cabaran pemupukan hubungan etnik di malaysia

2
Cabaran pemupukan hubungan etnik di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Pelbagai struktur pentadbiran dan rangka perancangan yang amat rapi telah direncang dalam usaha untuk memastikan proses kemajuan dan pembangunan ini terlaksana dengan sistematik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kestabilan dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya tentu menghadapi cabaran hubungan etnik. Usaha- usaha untuk menerapkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.Malaysia kini sebenarnya menjejak langkah ke arah negara “Maju”. Oleh yang demikian, aspek keharmonian antara etnik amatlah penting dalam memastikan proses pembangunan dan kemajuan negara akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. Terdapat banyak cabaran dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Antaranya adalah dari aspek ekonomi dan perbezaan pekerjaan.Contohnya majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Kaum Cina pula yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Setiap kaum sentiasa bersaing dalam ekonomi untuk berusaha mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Perbezaan pekerjaan antara kaum menghalang interaksi antara satu kaum dengan kaum lain juga merupakan salah satu cabaran kepada pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Contohnya, kaum Melayu hanya berinteraksi dengan kaum sendiri sahaja tanpa bergaul dengan kaum lain. Hal yang sama juga berlaku pada kaum Cina dan kaum India juga. Ini menyebabkan semangat perkauman semakin merosot dan jurang persefahaman antara kaum semakin besar. Cabaran yang seterusnya ialah perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka tersendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitfvitinya disentuh dan dipersoalkan.

Upload: sengkean

Post on 16-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Cabaran pemupukan hubungan etnik di Malaysia

TRANSCRIPT

Cabaran pemupukan hubungan etnik di MalaysiaMalaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Pelbagai struktur pentadbiran dan rangka perancangan yang amat rapi telah direncang dalam usaha untuk memastikan proses kemajuan dan pembangunan ini terlaksana dengan sistematik. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kestabilan dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya tentu menghadapi cabaran hubungan etnik. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.Malaysia kini sebenarnya menjejak langkah ke arah negara Maju. Oleh yang demikian, aspek keharmonian antara etnik amatlah penting dalam memastikan proses pembangunan dan kemajuan negara akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. Terdapat banyak cabaran dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Antaranya adalah dari aspek ekonomi dan perbezaan pekerjaan.Contohnya majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Kaum Cina pula yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Setiap kaum sentiasa bersaing dalam ekonomi untuk berusaha mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Perbezaan pekerjaan antara kaum menghalang interaksi antara satu kaum dengan kaum lain juga merupakan salah satu cabaran kepada pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Contohnya, kaum Melayu hanya berinteraksi dengan kaum sendiri sahaja tanpa bergaul dengan kaum lain. Hal yang sama juga berlaku pada kaum Cina dan kaum India juga. Ini menyebabkan semangat perkauman semakin merosot dan jurang persefahaman antara kaum semakin besar.Cabaran yang seterusnya ialah perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka tersendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitfvitinya disentuh dan dipersoalkan.Selain daripada itu, berlainan bahasa yang membataskan interaksi antara satu dengan bangsa yang berlainan bahasa juga merupakan salah satu cabaran yang dihadapi. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain ini boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan.Cabaran yang terakhir ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi politik,perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya cabaran seperti diatas, maka usaha untuk memupuk hubungan etnik akan menghadapi rintangan.