hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

29
HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI & MENANGANI CABARAN

Upload: siti-hawa

Post on 01-Jul-2015

5.856 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI & MENANGANI CABARAN

Page 2: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

PENGENALAN

Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk

Persoalan hubungan etnik sangat penting bagi mewujudkan kestabilan politik, dan seterusnya memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Page 3: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

PENGENALAN

Antara kekuatan Malaysia :-“Semua golongan etnik utama terlibat dalam

ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi”.

Contoh : 1. Pengaruh Cina Peranakan @ Baba. Mereka mengasimilasikan tiga kebudayaan iaitu kebudayaan Cina, Melayu & Barat

2. Sumbangan orang India terdapat dalam budaya & falsafah politik Melayu

Page 4: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

DASAR & PELAN TINDAKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk mengukuhkan hubungan etnik secara holistik adalah amat mencabar.

2 perkara terawal sebagai pelan tindakan untuk mengekalkan serta mengukuhkan hubungan etnik :-

1) RUKUN NEGARA2) PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Page 5: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA

Dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri yang unggul

Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 Digubal oleh Majlis Perundingan Negara Bertujuan menyemai dan memupuk

integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969

Page 6: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA

Rukun negara dengan prinsip bertunjangkan semangat perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri sebagai bangsa Malaysia

Rukun negara menjadi pedoman untuk sebarang program pembangunan negara

Menjadi ikrar untuk acuan integrasi nasional, pembentukan bangsa Malaysia dan ideologi negara

Page 7: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

IKRAR RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Page 8: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

IKRAR RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 9: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

Secara keseluruhan, dalam konteks pembangunan politik, Rukun Negara dengan jelas menyatakan cita-cita untuk membina negara bangsa malaysia yang hidup bersatu-padu, mengamalkan cara hidup demokratik, melaksanakan keadilan sosial dan juga berfikiran terbuka

Dalam konteks ekonomi ditekan tentang sains dan teknologi berasaskan perindustrian untuk membentuk masyarakat progresif

Page 10: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip ini membawa maksud

rakyat di negara ini mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Islam adalah agama Persekutuan. Namun kebebasan beragama selain daripadanya tidak dihalang sama sekali. Dengan kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia yang bermoral, akomodatif, jujur dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Page 11: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAYang Dipertuan Agong lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Rakyat mesti menunjukkan kesetiaan dan kepada baginda dan negara. Kedudukan raja-raja telah termaktub di dalam perlembagaan

Page 12: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

3. KELUHURAN PERLEMBANGAAN

Rakyat harus mematuhi dan menghormati perlembagaan sebagi undang-undang yang tertinggi.Perlembagaan melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran

Page 13: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANGMesti menghormati kedaulatan undang-undang kerana dengan undang-undang kesepakatan dan juga keamanan akan dapat terpelihara.

Page 14: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

RUKUN NEGARA : KUPASAN

KESOPANAN DAN KESUSILAANRakyat haruslah mempunyai akhlak yang baik dan terpuji sesuai dengan ciri-ciri atau nilai ketimuran kita. Dengan akhlak yang terpuji akan dapat melahirkan sikap akomodatif.

Page 15: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Dalam konteks hubungan etnik, dasar pembangunan negara merujuk kepada :-

1) Usaha kerajaan bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum

Page 16: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Terdapat 3 pelan dasar pembangunan negara yang utama :

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN

NEGARA

ERA DASAR EKONOMI BARU

(1971 – 1990)

ERA DASAR PEMBANGUNAN

NASIONAL(1991 – 2000)

ERA DASAR WAWASAN NEGARA

(2001 – 2010)

Page 17: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

ERA DASAR EKONOMI BARU (1971 – 1990)

Memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara

kaum dan wilayah

Mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang

perniagaan dan perusahaan

Page 18: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

ERA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (1991-2000)

Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu

padu dan adil

Mewujudkan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Page 19: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

ERA DASAR WAWASAN NEGARA (2001 - 2010)

Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan

makmur

Meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia

Page 20: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa pengantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya

Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960

Page 21: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961

Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara.

Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979

Page 22: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik

Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.

Page 23: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Falsafah Pendidikan Negara

Berasaskan pendekatan keseimbangan J.E.R.I

Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu mencapai kesejahteraan diri lalu menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Page 24: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

1. Bahasa Kebangsaan sbg bahasa pengantar

2. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

3. Sistem peperiksaan yang sama4. Melicinkan tatacara pengurusan

pendidikan

Page 25: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

5. Meningkatkan mutu pendidikan menyeluruh

6. Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun

7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dan membuka peluang kepada golongan kurang bernasib baik dan di luar bandar

Page 26: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

8. Memperkenalkan sistem KBSR & KBSM berasaskan perkara 3M

9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik

10.Mempermudahkan dan memperbanyakkan kemudahan universiti

Page 27: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

11. Mempertingkat aspek kerohanian, moral dan disiplin

12. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib yang diajar di sekolah dan memberi peluang pembelajaran bahasa lain (Tamil & Mandarin)

13. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin

Page 28: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

Memperkenalkan sekolah wawasan RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk

Perpaduan. Objektif RIMUP :1) Menggalakkan penyertaan guru dan murid

dlm kegiatan bersama2) Mewujudkan sikap kerjasama 3) Melahirkan persefahaman atr murid

pelbagai kaum4) Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga

dan kepakaran dlm kegiatan khas

Page 29: Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran

Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan

Menawarkan pembelajaran bhasa Tamil & Mandarin di sekolah kebangsaan

PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

**Secara jelas banyak dasar dan sistem pendidikan memberi ruang kepada penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini