hubungan etnik bab 6 cabaran terhadap hubungan etnik di malaysia dan global.docx

27
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global Presentation Transcript 1. CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL 2. KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik ataumasyarakat majmuk. Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan u persoalan hubunga dan cabarannya. Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyeb berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabaran persoalan sejarah lampau ataupun latarbelakang sejarah yang memb pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. 3. Masyarakat Sebelum Penjajahan Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatk bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara. Kemunculan kera kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit ad kemunculan Tamadun Melayu. Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan pendu asal di Nusantara. - sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu franca , penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Mela 4. Masyarakat Semasa Penjajahan Menjelang tahun 1875, British menjajah Melayu melalui dasar campurtangan. mula menguasai kawasan yang dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk beke sektor perlombongan. menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektorperladangan, getah, sektorpembinaan seperti pembinaan jalanraya dan keretapi. O rang-orang India yang berpe dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang perkeranian. 5. Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan Jame sebagai Raja Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di se perlombongan, penanaman lada hitam, sagu, gambir dan getah. Di orang Cina juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor pelad seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan. Kesimpulan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sa menjadititik permulaankepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian buda agama, bahasa dan adat resam.

Upload: muhammad-solehudin-sudin

Post on 22-Jul-2015

1.509 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global Presentation Transcript

1. CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL 2. KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau masyarakat majmuk. Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan u persoalan hubungan etnik dan cabarannya. Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. 3. Masyarakat Sebelum Penjajahan Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara. Kemunculan kerajaankerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu. Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara. - sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu sebagai lingua franca , penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu. 4. Masyarakat Semasa Penjajahan Menjelang tahun 1875, British menjajah Tanah Melayu melalui dasar campurtangan. mula menguasai kawasan yang mewah dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan. menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan, getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan keretapi. O rang-orang India yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang perkeranian. 5. Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan James Brooke sebagai Raja Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan, penanaman lada hitam, sagu, gambir dan getah. Di Sabah pula orang Cina juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan. Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam.

6. Masyarakat Majmuk di Malaysia Kemasukan orang Cina dan India telah melahirkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing. 7. Pemisahan penempatan Melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan Perintah ( divide and rule ) orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar. Orang India bekerja di estet-estet dan mereka juga menetap di situ. Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak minimum. 8. Politik kelahiran pelbagai parti politik untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang Melayu), MCA, DAP, Gerakan (mewakili kaum Cina), dan MIC (mewakili kaum India). 9. Pendidikan setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran tersendiri sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka. 10. Kesan daripada dasar British dalam bidang ekonomi, sosial dan politik melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum. Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara satu kaum dengan kaum yang lain. konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut: i. perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza. iii.prasangka dan prejudis yang menebal. iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing. v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. 11. PEMBINAAN JATI DIRI Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di Malaysia i. kedudukan agama Islam ii. pluraliti masyarakat iii.kekuatan ekonomi kaum Cina iv.kedudukan kaum-kaum minoriti yang lain. 12. Kedudukan Agama Islam Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). Justeru itu kedudukan Islam

sebagai agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya. Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan. Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi. Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan adalah diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai Islam. Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.

13. Al-Quran menegaskan: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:256) Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang termulia antara kamu ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (49:13) 14. Ketuanan Melayu Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153. Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya. pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu ini. kewujudan kaum-kaum besar yang lain seperti kaum Cina dan India harus juga diberikan perhatian dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia. Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk jatidiri rakyat Malaysia. 15. Ekonomi Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain. Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya. Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan. Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain. Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah

mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

16. Kedudukan Bahasa Melayu bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan. Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka. Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik. 17. CABARAN HUBUNGAN ETNIK Pemisahan penempatan Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh Kerajaan British. orang Melayu tinggal di luar bandar. kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur. Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan. pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja. melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum. Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk berlaku. Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja 18. Sistem pendidikan yang berasingan Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. British membiarkan sistem pendidikan wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar. 19. Politik Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka. Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan sebagai

senjata masing-masing. Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.

20. EKONOMI Perbezaan pekerjaan Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan perasaan perkauman terus menebal. Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu. Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-estet. 21. Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara setiap etnik setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat. Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan. Aspek yang perlu diberi perhatian -keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang 22. Cabaran intraetnik dan interetnik Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya. Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain. Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat. Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu -terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu -bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak -fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain. 23. Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS. menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum. kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik. 24. Perbezaan nilai dan agama) setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka,

mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

25. CABARAN GLOBALISASI Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat -proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan social. -penjajahan bentuk baru -menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. 26. Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan. Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan sekutunya mendominasi politik dunia. Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka. Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia 27. setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara. Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut. Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lainlain lagi. 28. Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan. Setiap hakhak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya. Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan

faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya. Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.

29. kesan globalisasi Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur. Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik. Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam segenap aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yang dipandang rendah dan tidak bertamadun. 30. Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik. Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum. Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut ialah; i kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum lain. ii iii orang Melayu miskin kerana malas. iv Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu sahaja. vi kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan. vii orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu viii setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina. ix orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai taat setia kepada negara ini.Kepentingan Hubungan Etnik: Cabaran Utama Hubungan Etnik di Malaysia Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .

the duri.

road

to

a

cohesive

and

proggressive

society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia.

Terdapat pelbagai cabaran hubungan etnik di Malaysia yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari : Aspek sosial

Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial

.Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Implikasi Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia Aspek Sosial Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan

institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. Cabaran Hubungan Etnik di Malaysia Aspek Ekonomi Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi: Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang dalam pendapatan masyarakat yang tidak seimbang itu, mengakibatkan ketidakstabilan majmuk. Justeru

implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan

berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isuisu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses

globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman. Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha

kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaanialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta

bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya

pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan iaitu menghapuskan dan Perindustrian kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah

berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Masyarakat

berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam Assalamualaikum. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan tetamu mestilah kata-kata yang bermaksud kecuali selamat. jika tuan Semasa rumah berkunjung, membuka kasut

membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan saya akan datang lagi serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum. Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

PENGENALAN Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju kearah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga

menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseim bangan? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara bereterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesimbungan. KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Usaha-usaha kearah memupuk perpaduan nasional oleh kerajaan masakini. Kerajaan telah mewujudkan seperti; penubuhan Jabatan Perpaduan Negara kini Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional ( JPNIN ). Pengenalan Rukun Negara iaitu satu ideologi kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru ( DEB ), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Gabungan Parti-Parti Politik ( Barisan Nasional ), Integrasi antara wilayah ( bandar denga luar bandar ) dan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha kerajaan berbentuk top - down sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha yang berbentuk bottom up menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik termasuk parti pembangkang. Keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza seperti pekerja, kelas menengah dan golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan. Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan

hubungan KONSEP-KONSEP

etnik ASAS

yang HUBUNGAN

harmonis. ETNIK.

Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan. Masyarakat- menurut Roucek dan Warren ( 1979 ), masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan serta mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta. Konsep Etnik atau kaum adalah satu kelomok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa contohnya dalam rumpun kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dan sebagainya. Konsep bangsa atau nasion mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa adalah rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela berkerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa Malaysia sebagai bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan berganding bahu dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garisgaris ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama ( common social will ) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial. Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharian, segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran contohnya; masyarkat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Golongan proletariat yang tidak memiliki perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja. Konsep Institusi sosial, sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkahlaku yang telah menjadi kebiasaan atrau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu matlamat sosial yang tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu keluarga, institusi pilitik, institusi agama, institusi pelajaran dan sebagainya. Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang benar-benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persafahaman antara kedua-duanya. Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang ain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem

kasta

yang

bercorak

tradisi,

mobaliti

sosial

jarang

sekali

berlaku.

Konsep Etnik membentuk konsep Etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada ras kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnosenterisme adalah satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentyrik apabila mereka menilai kebudayn lain berdasrkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada dan biasanya yan bersifat negatif. Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan diantara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya, ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat. Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal tersebut ditntukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi contohnya Mongoloid, Negroid dan Austroloid. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata, warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.

Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi. Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. Stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain. Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lainnya yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik. Konsep Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan

kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat. Perubahan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu kebudayaan. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti, dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegeraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya ialah dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan semesta ( world view ). Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Manusia itu sendiri yang membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lainlainnya, integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu Segregasi merupakan pemisah dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, penggangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati iaitu konsep Amalgamati iaitu satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula: A+B+C= D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Syaratnya, kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku. Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk kepada budaya. Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelak konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau selam-lamnya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka saling bergantung antara satu sama lain. Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadan harmoni dengan penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelsaikan maalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan. Konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan diantara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubung dengan penyerapan sehala individu atau kelompok kedalam kelompok yang lain. Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimlasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya

penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Formula: A+B+C = A. A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi. Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya besar. Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. Contohnya, di Thailand orang Melayu mengalami proses asimilasi yang mnyebabkan nama, bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Konsep Akulturasi adalah satu penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yang bersifat kebendaan. Konsep Kontrak Sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai diantara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak. Contohnya, di Malaysia kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan iaitu kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak Kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. KESIMPULANNYA Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan

faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah. Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.