cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

35
BAB 5 CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL

Upload: sengkean

Post on 23-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cabaran terhadap hubungan etnik di M'sia

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

BAB 5

CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL

Page 2: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menyenaraikan cabaran-cabaran hubungan etnik

yang dihadapi oleh rakyat Malaysia 2. Menerangkan cabaran-cabaran hubungan etnik

yang perlu ditempuhi 3. Membezakan cabaran-cabaran yang dihadapi

oleh masyarakat majmuk 4. Menganalisis setiap cabaran secara telus demi

mencapai keharmonian kaum di Malaysia

Page 3: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.1 PENGENALAN

• Malaysia adalah sebuah negara yang unik didiami oleh pelbagai kaum dengan tradisi, kebudayaan dan agama yang berbeza - masyarakat majmuk .

• Hubungan etnik dan perpaduan tidak boleh dipandang remeh untuk mewujudkan kestabilan dan keamanan negara.

• Dalam merealisasikan hubungan etnik beberapa perkara perlu diberi tumpuan supaya tidak akan berlaku salahfaham antara satu sama lain dalam mempertahankan hak masing-masing, umpamanya Islam sebagai agama rasmi, isu ketuanan Melayu, isu dominasi ekonomi oleh kaum Cina, kedudukan bahasa Melayu dan kedudukan kaum minoriti yang lain.

Page 4: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.2 KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA • Melihat keadaan masyarakat Malaysia secara

keseluruhannya dari sudut sebelum dan selepas penjajahan serta kedudukan masyarakat Malaysia kini.

• Menerima hakikat proses sejarah telah mengubah Malaysia daripada didiami oleh satu bangsa sahaja kepada sebuah negara yang didiami oleh pelbagai bangsa.

• Hubungan etnik dan cabarannya bukanlah perkara kecil kerana boleh menyebabkan berlaku ketegangan andai tidak diatasi dengan betul.

• Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latar belakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami.

Page 5: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.2.1 Masyarakat Sebelum Penjajahan

• Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara sejak dahulu lagi.

• Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu dan pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara.

• Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara.

• Kewujudannya sebagai pusat perdagangan, kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca, penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu adalah sebahagian daripada kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka ketika itu.

Page 6: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.2.2 Masyarakat Semasa Penjajahan • British mula berperanan dalam sejarah Tanah Melayu pada 1875

terutama di kawasan bijih timah seperti Perak, Selangor, dan Sg. Ujung.

• Melalui dasar campur tangan, Inggeris mula menguasai keseluruhan Tanah Melayu yang mewah dengan sumber seperti bijih timah.

• Kaum Cina mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan.

• Faktor lain - kesengsaraan ekonomi, pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan kawasan pertanian, peluang pekerjaan yang terhad perkembangan perusahaan bijih timah mengkehendaki lebih ramai pekerja dibawa masuk.

• Kesimpulannya, pihak British menggalakkan penghijrahan orang-orang Cina ke Tanah Melayu bagi tujuan pembangunan ekonomi mereka.

Page 7: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• British membawa orang India sebagai tenaga buruh bagi sektor perladangan seperti getah, kelapa sawit dan sektor pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan keretapi.

• Pertambahan orang India semakin meningkat menjelang abad ke-20, sewaktu berlakunya perluasan dan pertambahan kawasan tanaman getah yang dibuka oleh orang-orang Eropah.

• Tenaga buruh India lebih disukai kerana upahnya yang rendah dan proses pengambilannya yang mudah kerana terdapat pusat pentadbiran British di India. Manakala orang-orang India yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang perkeranian.

Page 8: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan James Brooke sebagai Raja Sarawak - orang Cina dibawa masuk untuk digunakan dalam disektor perlombongan, penanaman lada, sagu, gambir dan juga getah.

• Di Sabah pula orang Cina dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan.

• Kesimpulannya, kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam.

Page 9: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.2.3 Masyarakat Majmuk di Malaysia

• Kemasukan orang Cina dan India seperti yang dihuraikan telah melahirkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

• Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing.

• Suasana kewujudan masyarakat majmuk boleh dilihat dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

• Orang Melayu sebagai penduduk terawal Tanah Melayu kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar.

• Orang Cina pula dengan aktiviti ekonomi mereka menetap di bandar-bandar dan penglibatan mereka dalam perusahaan bijih timah telah melahirkan beberapa buah bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Kelang.

• Orang India selesa bekerja di estet-estet dan mereka juga menetap di situ.

Page 10: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Dalam bidang pendidikan, setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai sekolah aliran tersendiri dengan sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka.

• Tiada sukatan pelajaran yang sama untuk semua kaum ketika itu.

• Manakala dalam bidang politik, wujud pelbagai parti politik untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing.

• Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang Cina dan India, mereka lebih berkiblatkan dan lebih menumpukan taat setia kepada negara asal mereka.

Page 11: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Kesan daripada dasar British dalam bidang ekonomi, sosial dan politik telah melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum.

• Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara satu kaum dengan kaum yang lain. (i) Perbezaan dalam unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. (ii) Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza. (iii) Prasangka dan prejudis yang menebal.

Page 12: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

(iv) Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing. (v) Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.

• Kesimpulannya keadaan ketika ini memungkinkan berlakunya keretakan kaum jika tidak diatasi dengan betul akibat beberapa tindak tanduk British yang hanya mementingkan keuntungan material. Oleh kerana kepelbagaian yang wujud maka perlu diwujudkan suatu bentuk jati diri tersendiri supaya kefahaman dan kesepaduan antara etnik dapat dihayati sepenuhnya.

Page 13: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.3 PEMBINAAN JATI DIRI • Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira

semua elemen asas yang telahpun wujud dan bertapak di Malaysia umpamanya kedudukan agama Islam, pluraliti masyarakat, kekuatan ekonomi kaum Cina dan kedudukan kaum-kaum minoriti yang lain. Ini kerana perkara-perkara di atas adalah merupakan polisi-polisi yang telahpun wujud.

Page 14: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.3.1 Islam Sebagai Agama Persekutuan • Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan Per 3 (1). • Keadaan ini memberi implikasi bahawa kedudukan

Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya.

• Walaupun agama lain bebas dianuti dan diamalkan tetapi kedudukannya tidak sama dengan agama Islam.

• Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-nilai Islam.

Page 15: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Namun apa yang lebih penting yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.

• Al-Qur’an menegaskan: • “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);

sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (2:256) .

Page 16: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• “Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang termulia antara kamu ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (49:13)

Page 17: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.3.2 Ketuanan Melayu

• Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153.

• Namun begitu dalam negara demokrasi setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya.

• Dalam pembinaan jatidiri harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu sebagai kaum yang majoriti selain kaum Cina dan India dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia.

Page 18: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan yang lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk jatidiri rakyat Malaysia.

• Semua kaum sebenarnya terlibat dalam pembangunan negara sebagai seorang rakyat yang merdeka.

Page 19: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.3.3 Ekonomi • Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah

jelas berbanding dengan kaum yang lain dan keadaan ini diakui oleh seluruh rakyat Malaysia.

• Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling memerlukan antara satu sama lain dan mereka ini berperanan sebagai pengguna.

• Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara sesuatu kaum berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain.

• Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

Page 20: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.3.4 Kedudukan Bahasa Melayu • Bahasa merupakan satu medium yang cukup

penting dalam perhubungan antara satu sama lain.

• Keutuhan dan kesepaduan antara kaum mampu dicorakkan oleh faktor bahasa.

• Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Page 21: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan.

• Walaupun begitu, kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka.

• Kesimpulannya, pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara di atas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.

Page 22: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.4 CABARAN HUBUNGAN ETNIK • Negara yang berbilang kaum akan

menghadapi pelbagai cabaran seperti dalam bidang ekonomi, politik dan sosial dan perlu ditanggani bersama.

5.4.1 Sosial (a) Pemisahan penempatan

Page 23: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

(b) Sistem pendidikan yang berasingan • Sistem pendidikan sebelum Laporan Razak 1956

memperlihatkan bahawa wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris.

• Kurikulum yang berlainan - sekolah Melayu dengan kurikulumnya yang tersendiri, sekolah Cina dan India mengunakan kurikulum sepertimana di negara China dan India. Malahan buku teks dan guru juga dibawa masuk dari luar.

• Tiada peluang untuk bergaul.

Page 24: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.4.2 Politik

• Kewujudan pelbagai persatuan politik yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka.

• Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

• Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman.

• Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing.

Page 25: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.4.3 Ekonomi • Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan

dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu. • Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu

perniagaan dan perdagangan, orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-estet.

• Wujud jurang pendapatan antara setiap etnik dan akhirnya setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih dan ini mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat.

• Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan bertujuan untuk memperbaiki keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang perlu diberikan perhatian.

Page 26: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.4.4 Cabaran Intraetnik dan Interetnik • Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala

boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain apatah lagi kewujudan ahli-ahli yang tidak memahami kaedah berpolitik yang tulen.

• Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu iaitu seperti terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu; bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak; dan fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain.

Page 27: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Gejala-gejala ini pernah muncul dalam masyarakat dunia, antaranya pembunuhan Indira Ghandi (1984) dikaitkan dengan pelampau Sikh yang menjadi pengawal peribadinya, pembunuhan Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel dikaitakan dengan kumpulan ultra-ortodoks Yahudi dan lain-lain lagi. Keadaan sebegini kalau berlaku di Malaysia boleh membawa konflik dan pertumpahan darah yang akibatnya boleh menghancurkan negara.

• Ketaksuban yang berlaku dalam bidang politik bukan sahaja melibatkan hubungan antara kaum malahan kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS juga menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum.

Page 28: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.4.5 Agama, Bahasa dan Kebudayaan (Perbezaan Nilai dan Agama)

• Dalam masyarakat majmuk setiap kumpulan

etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza.

• Orang Melayu terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka manakala Cina dan India pula membawa bersama-sama nilai kebudayaan mereka yang dibawa dari negara asal mereka.

Page 29: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka dan mereka juga tidak mengetahui adat kebudayaan etnik yang lain, masing-masing hanya mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik.

• Kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Page 30: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.5 CABARAN GLOBALISASI • Globalisasi selalu dikaitkan dengan dunia tanpa

sempadan di mana perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.

• Melalui globalisasi proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan sosial di ketengahkan.

• Dahulu barat dikenali dengan gelaran penjajah, kini melalui globalisasi mereka berjaya menjajah melalui bentuk yang baru menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan bebas dan budaya hedonisme.

Page 31: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden.

• Dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia dan lain-lain dominasi lagi.

Page 32: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan. Setiap hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya.

• Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya.

Page 33: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan, malahan setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.

• Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik. Cabaran ini perlu difahami dan ditangani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.

Page 34: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

• Akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut ialah

(i) kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum

lain. (ii) kuasa politik ditangan kaum Melayu. (iii) orang Melayu miskin kerana malas. (iv) Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu sahaja. (v) kuasa ekonomi ditangan kaum Cina. (vi) kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan. (vii) orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu (viii) setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah disebabkan

oleh sabotaj orang-orang Cina. (ix) orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai taat

setia kepada negara ini.

Page 35: Cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global

5.6 KESIMPULAN • Isu hubungan etnik memerlukan sikap saling bertolak ansur

di kalangan semua kaum. • Kedegilan dan kataksuban sebelah pihak boleh

mengundang sengketa yang berpanjangan di mana susah untuk diubati.

• Pelbagai cabaran akan timbul yang mungkin disebabkan oleh sedikit salah faham antara satu sama lain.

• Oleh itu usaha-usaha untuk memahamkan masyarakat perlulah dilaksanakan dan proses integrasi antara satu sama lain perlu diperluaskan lagi.

• Masyarakat harus melihat akibat dari konflik yang berlaku di luar negara sebagai iktibar supaya sejarah hitam yang pernah berlaku seperti peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi.