cabaran pbs dan cara menanganinya.docx

5
CABARAN PBS DAN CARA MENANGANINYA Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan PBS. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah pelaksanaan murid secara individu secara holistik. Ianya menjadi jurang besar perbezaan antara pelaksanaan sistem terdahulu dengan sistem PBS kini. Hal ini disebabkan sistem terdahulu dinilai secara menyeluruh pada peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan ini yang menjadi kayu ukur kejayaan murid selama enam tahun di sekolah rendah. Namun, berdasarkan kepada pelaksanaan PBS ini, murid akan dinilai secara berterusan sepanjang pembelajaran. Penilaian secara individu ini membolehkan guru memerhatikan perkembangan murid secara menyeluruh dari awal dan pembelajaran hinggalah ke tahap yang mampu dicapai murid. Hal ini bermakna guru harus lebih menyeluruh dan sepenuhnya memberi perhatian kepada setiap anak murid di dalam kelasnya. Tugas guru yang harus mengajar dan kini bertambah dengan ketelitian dalam memberi penilaian semasa di dalam kelas. Ianya bukan sekadar memberi kerja rumah atau lembaran yang harus disiapkan malah pencapaian mereka diutamakan. Jika dahulu harus melihat pencapaian menyeluruh melalui kelas yang diajarnya tetapi kini harus melihat secara terperinci kepada setiap murid yang diajar di dalam kelasnya. Secara tidak langsung guru akan dapat meningkatkan kualiti di dalam professionalnya sebagai guru malah semua murid dapat bergerak seiring dengan pencapaian objektif pengajarannya. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru ialah dalam mencapai tahap atau band yang ditetapkan di dalam standard prestasi. Pencapaian murid kini bukanlah berdasarkan skor atau pun gred A, B, C, D dan E,

Upload: fadhli1991

Post on 25-Oct-2015

109 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

cabaran pbs

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN PBS DAN CARA MENANGANINYA.docx

CABARAN PBS DAN CARA MENANGANINYA

Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan PBS. Antara

cabaran yang dihadapi oleh guru ialah pelaksanaan murid secara individu secara holistik. Ianya

menjadi jurang besar perbezaan antara pelaksanaan sistem terdahulu dengan sistem PBS kini.

Hal ini disebabkan sistem terdahulu dinilai secara menyeluruh pada peperiksaan awam seperti

UPSR dan PMR. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan ini yang menjadi kayu ukur

kejayaan murid selama enam tahun di sekolah rendah. Namun, berdasarkan kepada

pelaksanaan PBS ini, murid akan dinilai secara berterusan sepanjang pembelajaran. Penilaian

secara individu ini membolehkan guru memerhatikan perkembangan murid secara menyeluruh

dari awal dan pembelajaran hinggalah ke tahap yang mampu dicapai murid.

Hal ini bermakna guru harus lebih menyeluruh dan sepenuhnya memberi perhatian

kepada setiap anak murid di dalam kelasnya. Tugas guru yang harus mengajar dan kini

bertambah dengan ketelitian dalam memberi penilaian semasa di dalam kelas. Ianya bukan

sekadar memberi kerja rumah atau lembaran yang harus disiapkan malah pencapaian mereka

diutamakan. Jika dahulu harus melihat pencapaian menyeluruh melalui kelas yang diajarnya

tetapi kini harus melihat secara terperinci kepada setiap murid yang diajar di dalam kelasnya.

Secara tidak langsung guru akan dapat meningkatkan kualiti di dalam professionalnya sebagai

guru malah semua murid dapat bergerak seiring dengan pencapaian objektif pengajarannya.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru ialah dalam mencapai tahap atau band yang

ditetapkan di dalam standard prestasi. Pencapaian murid kini bukanlah berdasarkan skor atau

pun gred A, B, C, D dan E, tetapi melalui band yang ditetapkan iaitu band 1 iaitu yang terendah

sehinggalah ke band tertinggi iaitu band 6. Masalah ini turut diutarakan oleh guru sains SK

Permatang Janggus iaitu En. Shafawi. Untuk mencapai tahap band, guru terpaksa mengukur

murid mengikut lembaran kerja yang diberi bagi melihat pencapaian mereka. Band minima yang

disamatarafkan sebagai lulus ialah band 3. Guru ini terpaksa menyediakan pengajaran yang

sebaik mungkin bagi mencapai sekurang-kurangnya band 3 ini. Sekiranya gagal dicapai,

pengajaran terpaksa dilakukan semula dengan aktiviti pemulihan bagi mencapai band 3. Ianya

memang mudah dicapai bagi murid yang mempunyai pemikiran yang bijak tetapi En Shafawi

yang mengajar sains di kelas yang terbelakang amatlah sukar dilakukan.

Cabaran PBS juga ialah mengenai masa. Guru perlu bertarung dengan masa dalam

menyiapkan segala keperluan PBS dalam masa yang ditetapkan. Jika seorang guru sains itu

mengajar sains di tiga buah kelas yang secara puratanya mempunyai 30 orang murid, maka

Page 2: CABARAN PBS DAN CARA MENANGANINYA.docx

guru tersebut perlu memasukkan data ke sistem PBS untuk murid seramai 90 orang. Lebih

malang lagi sekiranya guru tersebut juga mengajar selain daripada subjek sains seperti bahasa

inggeris dan bahasa melayu. Guru tersebut juga terpaksa memasukkan maklumat PBS ke

dalam sistem untuk semua kelas yang diajarnya. Ini menyebabkan guru kekurangan masa

untuk memasukkan maklumat PBS ke dalam sistem dan menyebabkan guru menghabiskan

banyak masa di hadapan komputer mengisi maklumat ke dalam sistem. Guru juga seorang

manusia biasa yang mempunyai tanggungjawab lain selain guru sebagai contoh seorang bapa,

seorang anak kepada keluarga dan seorang rakyat Malaysia yang mempunyai tanggungjawab

kepada Negara dan masyarakat. Sistem PBS ini menyebabkan ramai guru terbeban dengan

tekanan masa dan kerja.

Untuk mengatasi masalah masa untuk mengisi maklumat ke dalam sistem PBS,

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meneliti semula bebanan guru di sekolah. Guru

memerlukan pembantu untuk memasukkan maklumat ke dalam sistem. Sekiranya guru dibantu

oleh sekurang-kurangnya seorang pembantu, guru dapat memasukkan maklumat ke dalam

sistem dalam masa yang telah ditetapkan walaupun guru tersebut mengajar banyak kelas

dalam sesebuah tahun. Guru itu sendiri juga perlu bijak untuk menguruskan masa peribadinya

sendiri. Setiap masa pada tempoh mengisi maklumat ke dalam sistem adalah berharga dan

guru tidak harus sewenang-wenangnya menggunakan masanya untuk aktiviti yang tidak

berkaitan dengan bidang pendidikan seperti bekerja sendiri dan melakukan tugas-tugas

tambahan di luar. Sekiranya guru menggunakan masanya dengan berhemah, tidak mustahil

cabaran ini dapat diatasi dengan baik dan sistem PBS ini dapat dimaksimumkan kebaikannya.

Masyarakat juga turut memberkan cabaran kepada perlaksanaan PBS ini. Masyarakat

sebeleum diperkenalkan dengan sistem PBS ini mempercayai sistem peperiksaan berpusat

seperti UPSR adalah cara yang terbaik untuk menilai kebolehan pelajar semasa di peringkat

sekolah. Masyarakat di Malaysia terlalu dimomok-momokkan bahawa sistem peperiksaan

berpusat adalah lebih baik daripada sistem PBS yang sebenarnya adalah sebaliknya. Sistem

PBS lebih baik daripada sistem peperiksaan berpusat ini. Sistem peperiksaan berpusat

menjadikan murid lebih banyak pengetahuan dan mampu menjawab soalan di dalam

peperiksaan dan potensi mereka di labelkan di atas sijil peperiksaan UPSR. Namun, kajian

menunjukkan murid mampu menjawab peperiksaan tetapi murid tidak dapat

mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Murid yang didedahkan dengan sistem

peperiksaan berpusat tahu apakah itu nilai murni tetapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk

Page 3: CABARAN PBS DAN CARA MENANGANINYA.docx

mereka mengamalkan dan mengaplikasikan nilai murni tersebut di dalam kehidupan mereka

seharian.

Melalui sistem PBS, murid dinilai sepanjang masa dan apabila mereka mencapai band-

band tertentu, mereka akan diberikan band dan direkodkan di dalam sistem. Apabila guru

melakukan penilaian, murid akan mengaplikasikan pengetahuan yang mereka terima dan

membuatkan mereka lebih memahami apa yang mereka telah pelajari. Untuk mengatasi

cabaran masyarakat ini, pihak kementerian, pihak sekolah dan guru harus menerangkan

kepada masyarakat dan ibubapa khususnya mengenai kebaikan sistem PBS ini. Sistem

peperiksaan berpusat adalah baik namun sistem PBS ini adalah lebih baik dalam membantu

murid-murid untuk membesar di dalam dunia yang mementingkan aplikasi pengetahuan yang

mereka telah pelajari. Apabila masyarakat sudah menerima dan percaya bahawa PBS lebih

baik daripada sistem peperiksaan berpusat ini, barulah mereka menyokong dan membantu guru

untuk melaksanakan penilain PBS ini supaya murid dapat dinilai secara berterusan.

Cara mengatasi masalah ini tidaklah lain seperti yang dicatatkan di atas iaitu dengan

cara meningkatkan cara penyampaian pengajaran di dalam kelas. Ianya memerlukan usaha

dan komitmen guru dalam menjadi sesuatu pengajaran itu menarik. Secara tidak hal ini akan

meningkatkan kemahiran dan kualiti di dalam pengajaran para guru. Pihak kementerian telah

pun memudahkan guru yang terlibat dengan pelaksanaan PBS ini dengan menyediakan modul

pengajaran pada setiap darjah yang mana ianya terkandung beberapa contoh rancangan

pengajaran bagi beberapa topik. Tidak cukup dengan itu, lembaran kerja bagi rancangan

pengajaran tersebut turut disediakan beserta dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Ianya

memberi sedikit kelebihan bagi guru-guru ini dalam menyediakan rancangan pengajaran namun

ianya bergantung kepada guru sama ada ingin menggunakannya atau pun tidak mengikut

kesesuaian murid mereka dan bahan bantu mengajar yang ada di sekolah.