cabaran pembinaan negara bangsa dan cara mengatasi

21
1 ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGENALAN 2 DEFINISI KONSEP NEGARA BANGSA 3 PEMBINAAN NEGARA BANGSA 4-6 CABARAN ISU KEBUDAYAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA 7-9 PENDEKATAN KEPADA CABARAN BAGI ISU KEBUDAYAAN 9-14 KESIMPULAN 15 RUJUKAN 16

Upload: syahir-adha-razali

Post on 14-Feb-2015

2.613 views

Category:

Documents


63 download

DESCRIPTION

Cabaran Pembinaan Negara

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

1

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGENALAN2

DEFINISI KONSEP NEGARA BANGSA3

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

4-6

CABARAN ISU KEBUDAYAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA

BANGSA

7-9

PENDEKATAN KEPADA CABARAN BAGI ISU KEBUDAYAAN9-14

KESIMPULAN

15

RUJUKAN

16

Page 2: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

2

PENGENALAN

Rajah 1: Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa

Rajah 1 menunjukkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Untuk

melahirkan masyarakat yang bersatu padu. konsep Negara Bangsa telah

diperkenalkan. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang

disandarkan bagi menggapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini,

sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan

kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut. Konsep negara bangsa

dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui

konsep satu bangsa, satu identiti.

Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat

dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen

perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang

dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Berakarumbikan semangat

perpaduan, konsep negara bangsa cuba direalisasikan melalui Wawasan 2020

yang mengimpikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020.

Page 3: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

3

DEFINISI KONSEP NEGARA BANGSA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, negara-bangsa didefinisikan sebagai negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.

Pembinaan negara-bangsa pula adalah merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dalam kalangan semua penduduk sesebuah Negara. Ini beerti mewujudkan sentimen satu bangsa dan satu Negara serta melahirkan keperibadian bangsa

Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.

Page 4: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

4

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Bagi mencapai matlamat ini, masyarakat harus sedar bahawa perpaduan adalah teras

utama yang menunjangi konsep ini. Oleh sebab itu, pelbagai aspek perlu diberikan

penekanan khususnya yang berkaitan dengan semangat perpaduan kerana tanpa

kesepakatan dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat, sudah pasti hasrat

mencapai taraf negara maju menemui jalan buntu.

Rajah 2: Masyarakat Malaysia yang bersatu padu

Kearah pembinaan Negara bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang paling penting

iaitu faktor politik, ekonomi dan sosial.

FAKTOR EKONOMI

FAKTOR POLITIK

FAKTOR SOSIAL

Page 5: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

5

Faktor politik merupakan ciri asas kearah mempercepatkan agenda pembinaan negara bangsa. Kestabilan politik menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah Negara. Penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum telah menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam negeri.

FAKTOR POLITIK

Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan Negara bangsa. Selepas Merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia.

FAKTOR EKONOMI

Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan nagara bangsa pula merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa kebangsaan.Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional.

FAKTOR SOSIAL

Page 6: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

6

Sememangnya tidak dapat dinafikan, banyak isu yang berbangkit sepanjang proses

pembinaan negara bangsa dilaksanakan. Hal ini termasuklah isu bahasa, kebudayaan,

pendidikan dan demokrasi. Isu bahasa merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh

masyarakat kita khususnya dalam kalangan yang optimis terhadap bahasa kaum

masing-masing. Mereka menafikan usaha kerajaan untuk mengangkat satu bahasa

sebagai satu identiti bagi satu bangsa kerana bimbang bahasa ibunda mereka tergugat.

Rajah 3: Isu kebudayaan merupakan salah satu isu yang ingin ditangani melalui

pembinaan Negara Bangsa.

Isu kebudayaan pula menampakkan kesukaran kepada pihak kerajaan untuk

menyatukan kesemua kebudayaan yang ada untuk dilabelkan sebagai satu identiti.

Masyarakat kita pada hari ini masih lagi tidak memahami konsep negara bangsa kerana

mereka tidak sanggup untuk berkongsi budaya dengan meletakkan kebudayaan yang

ada sebagai hak milik bersama. Selain itu, isu pendidikan cuba dibangkitkan oleh

sesetengah aktivis kaum yang menuduh kerajaan cuba memanipulasikan sistem

pendidikan demi memartabatkan satu kaum sahaja. Sementara itu, isu demokrasi yang

dilaksanakan melalui sistem pemerintahan di Malaysia dikatakan tidak telus dan

kerajaan cuba menggunakan sistem ini untuk kepentingan sendiri. Natijahnya, wujud

politik berunsur perkauman yang menyukarkan lagi proses pembinaan negara bangsa

dilakukan.

Page 7: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

7

CABARAN ISU KEBUDAYAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Rajah 4: Masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya memerlukan satu titik pertemuan

untuk mencapai perpaduan.

Budaya adalah sesuatu yang melibatkan perlakuan dan tabiat yang dilakukan oleh seseorang. Namun begitu, apabila perlakuan ini melibatkan ruang lingkup yang lebih besar atau melibatkan masyarakat maka keadaan ini dipanggil sebagai kebudayaanBudaya

Kebudayaan merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam dan lain-lain keupayaan yang wujud dalam sesuatu komuniti. Kebudayaan

Page 8: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

8

Antara cabaran dalam isu kebudayaan:

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kebudayaan hasil

daripada kepelbagaian kaum dan etnik melihat proses pembentukan kebudayaan

nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi bagi mewujudkan corak hidup

yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan yang dilakukan adalah berteraskan kepada

nilai-nilai murni bagi menjaga pembinaan bangsa dan keutuhan pembinaan negara.

Dalam konteks ini, semua kaum dibenarkan mengamalkan adat dan kebudayaan kaum

masing-masing dan anggota masyarakat diingatkan supaya saling menghormati adat

dan kebudayaan kaum lain. Dasar Kebudayaan Malaysia yang digubal merupakan asas

kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu kebudayaan di Malaysia. Kerajaan

optimis bahawa dengan kelebihan memiliki masyarakat majmuk, menuntut kita untuk

meletakkan nilai-nilai kebudayaan yang wujud dalam satu-satu kaum dikongsi bersama

kaum lain bagi mengukuhkan nilai perpaduan dalam kalangan sejagat.

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang unik di dunia kerana mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras dan etnik atau dikenali sebagai masyarakat plural. Kewujudan masyarakat majmuk merupakan satu cabaran yang besar bagi membina sebuah negara bangsa kerana kemajmukan yang wujud akan menimbulkan pelbagai percanggahan, konflik dan paksaan.

Kesukaran kepada pihak kerajaan untuk menyatukan kesemua kebudayaan yang ada untuk dilabelkan sebagai satu identiti. Masyarakat kita pada hari ini masih lagi tidak memahami konsep negara bangsa kerana mereka tidak sanggup untuk berkongsi budaya dengan meletakkan kebudayaan yang ada sebagai hak milik bersama.

Page 9: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

9

Rangkumannya, perkongsian nilai-nilai kebudayaan ini akan dapat memastikan

kelangsungan proses pembangunan negara yang mengimpikan taraf negara maju pada

tahun 2020. Dasar yang diwujudkan akan menjadi garis panduan dalam membentuk

serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di

pentas dunia. Namun demikian, usaha giat perlu terus dilaksanakan bagi memastikan

pembinaan negara bangsa dapat direalisasikan kerana sehingga hari ini Malaysia

hanya berjaya memujuk masyarakat untuk berkongsi budaya tetapi pada masa yang

sama negara masih lagi gagal membentuk satu identiti kebudayaan bagi bangsa

Malaysia.

PENDEKATAN KEPADA CABARAN BAGI ISU KEBUDAYAAN

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, isu tentang kebudayaan masih lagi hangat

diperkatakan sehingga hari ini. Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik sekiranya

semua pihak mampu bersepakat menerima kebudayaan Kebangsaan sebagai

kebudayaan setiap kaum di negara ini. Budaya melambangkan satu identiti bagi

sesebuah negara. Amalan masyarakat majmuk di Malaysia harus dipelihara agar

menjadi satu warisan kepada anak bangsa akan datang. Persoalannya, masyarakat

hari ini ingin memartabatkan budaya masing-masing sehingga menimbulkan

perpecahan antara satu sama lain.

Rajah 5: Meraikan kesepaduan didalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Page 10: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

10

Rajah 6: Langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memupuk perpaduan dalam

kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sekaligus menangani isu kepelbagaian

kebudayaan.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

PERPADUAN MELALUI PERAYAAN

KERJASAMA ANTARA KEMENTERIAN

TARIAN 1 MALAYSIA

Page 11: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

11

Langkah kerajaan untuk memperkenalkan satu kebudayaan kebangsaan

amatlah wajar bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di

Malaysia. Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaaan merupakan satu medium bagi

kerajaan untuk menanam semangat cinta dan sayang akan tanah air dan bangsa

sendiri. Melalui dasar ini, ia dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan

nilai-nilai yang dipersetujui bersama oleh semua kaum. Kerajaan telah menitikberatkan

pembentukan secara beransur-ansur daripada pelbagai kebudayaan yang dimiliki oleh

masyarakat Malaysia berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah

menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Antaranya ialah penganjuran rumah terbuka bagi setiap perayaan di Malaysia. Sebagai

contoh kerajaan telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina

2009 yang bertemakan “Perpaduan Melalui Perayaan”.

Rajah 7: Kepelbagaian perayaan di Malaysia

Page 12: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

12

Kerajaan cuba untuk mengukuhkan perpaduan melalui seni budaya warisan

sesebuah masyarakat dengan penyertaan dan penglibatan semua kaum. Melalui

penganjuran rumah terbuka ini, kita dapat melihat semua penduduk tanpa mengira

bangsa dan agama keluar bersama-sama meraikannya dengan suasana gembira.

Apabila perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali,

Krismas dan lain-lain lagi disambut secara beramai-ramai maka ia akan mencerminkan

semangat kekitaan dan perpaduan serta keharmonian sesebuah masyarakat.

Pendekatan ini diambil sebagai langkah awal untuk mengubah mentaliti masyarakat

tentang konsep perkongsian budaya menjadi satu identiti.

Rajah 8: Perpaduan melalui perayaan

Page 13: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

13

Rajah 9: Usahasama KPKK dengan KPM dan KPT

Usaha sama antara Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan

(KPKK) dengan kementerian-kementerian lain juga dapat memantapkan lagi usaha-

usaha ke arah memupuk perpaduan. Sebagai contoh, kerjasama antara KPKK dengan

Kementerian Pelajaran (KPM). Melalui kerjasama ini subjek budaya dan warisan boleh

diperkenalkan di sekolah rendah mahupun menengah. Tujuannya untuk memberi

pendedahan awal mengenai budaya masyarakat Malaysia kepada golongan pelajar.

Kata orang “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Apabila perpaduan ini telah pun

mantap sejak dari kecil, sudah tentu ia tidak akan mudah goyah apabila berlaku

sesuatu yang perkara yang boleh meleburkan ikatan perpaduan rakyat Malaysia. KPKK

juga boleh membekalkan tenaga pengajar untuk mengajar subjek ini di sekolah dengan

memberi peluang kepada penuntut Akademi Seni dan Budaya Kebangsaan (Aswara)

berkhidmat sebagai guru untuk mengajar subjek sampingan ini.

Di samping itu, KPKK juga boleh menjalinkan kerjasama dengan Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) dalam melaksanakan beberapa program atau acara yang boleh

mengeratkan hubungan mahasiswa dan mahasiswi universiti yang berbilang kaum.

Tambahan pula, penuntut universiti terdiri daripada pelbagai latar belakang yang

berbeza dari segi agama, budaya, dan fahaman. Sebagai pewaris kepimpinan negara,

semua mahasiswa dan mahasiswi perlu menguasai ilmu pengetahuan di samping

mengetahui adat budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini supaya mereka

mampu memimpin diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

KPKK

KPTKPM

Page 14: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

14

Rajah 10: Tarian 1 Malaysia

Budaya menyatupadukan bangsa. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia

telah lama menjadi simbol kekuatan negara. Kementerian Pelancongan dan KPKK telah

memperkenalkan sejenis tarian iaitu “Tarian 1 Malaysia”. Tarian ini merupakan hasil

gabungan beberapa tarian termasuk tarian Melayu, Cina, India serta tarian etnik dari

Sabah dan Sarawak. Menurut Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan

Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie, melalui program kebudayaan seumpama ini akan

dapat menjadi jambatan untuk mengeratkan hubungan antara kaum ke arah mencapai

matlamat gagasan 1 Malaysia.

Selain itu juga, ia dapat mempromosikan keunikan kebudayaan Malaysia bagi

meningkatkan industri pelancongan negara. Tarian yang julung kali diadakan di Dataran

Bandaraya Ipoh itu berjaya mencatatkan penyertaan masyarakat paling ramai iaitu

seramai 10 000 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Ternyata,

elemen penyatuan dan integrasi antara kaum terserlah apabila kita dapat melihat

masyarakat Cina dan India serta etnik Sabah dan Sarawak menari tarian tradisional

Melayu dan begitu juga sebaliknya. Melalui seni tari, semua perbezaan dan

permasalahan masyarakat bagaikan hilang dan hanyut dalam setiap gerak langkah

gemalai peserta sewaktu menari.

Page 15: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

15

KESIMPULAN

Isu kebudayaan pula menampakkan suatu keadaan yang semakin runcing untuk

diselesaikan kerana setiap kaum tidak mahu kehilangan identiti budaya masing-masing.

Namun, melalui pendekatan yang berteraskan Dasar Kebudayaan Negara

yang bertindak sebagai pelindung kepada identiti semua budaya yang ada di

Malaysia, dilihat mampu untuk menyakinkan semua masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak menghilangkan

identiti sebenar sesuatu budaya.

Masyarakat harus berganding bahu untuk menyokong pembinaan negara bangsa kerana kejayaan membina negara bangsa akan memberi manfaat kepada semua sejagat.

konsep satu bangsa, satu identiti

akan membawa sejuta pengertian

buat kita dan generasi akan

datang.

Page 16: Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Dan Cara Mengatasi

16

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong. (2001), Negara-Bangsa: Proses Dan Perbahasan, Bangi:

Penerbit UKM.

Abu Hassan Adam. (1992), Menghala Wawasan 2020, Kuala Lumpur: Arena

Ilmu Sendirian Berhad.

Abu Hassan Othman. (1997), Transformasi Masyarakat Dalam Konteks

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia.

Azizi Ismail. (1997), Pembentukan Negara-Bangsa Malaysia, Kertas Projek

Tahun Akhir, UPM.

Ranjit Singh. (!996), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur:

Federal Publictions.