buletin perpustakaandari pustaka negeri sarawak atas lawatan penanda aras yang berlangsung selama...
TRANSCRIPT
1
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah
ISU: 3, 2016
EDISI
JUN-OGOS
Penasihat:Pn. Normah [email protected]
Ketua Editor:Pn Dg. Salwah Pg Abd [email protected]
Editor:Inah [email protected]
Pereka Grafik:Mohd Tarmizi Bin Mohd [email protected]
Jurugambar:Jonathan Leslie [email protected]
Pelajar Praktikal:Nurul Nabilah Binti Wawan
SIDANG PENGARANG
02 06 10Menarik di dalam...
PERUTUSAN PENGARAH
Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa,Setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya kita bersua lagi dalam buletin edisi ini. Sepan-jang bulan Jun sehingga Ogos terdapat beberapa perisian yang menarik dan memberi manfaat kepada kita semua.
Terutama sekali pada bulan Jun di mana umat Islam mula berpuasa dan men-yambut Hari Raya pada bulan berikutnya. Dikesempatan ini saya percaya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada warga pekerja PNS yang beragama Islam.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga pada Bulan Kemerdekaan ini kita lebih menghargai keaamanan yang telah dikecapi hasil daripada pengorbanan pemi-mpin dan wira-wira negara yang mempertaruhkan nyawa demi negara yang ter-cinta.
Pada bulan ini juga kita telah berjaya merasmikan satu lagi bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah iaitu PNS Cawangan Kota Belud. Diharapkan den-gan pembukaan Perpustakaan baharu ini akan banyak memberi manfaat kepada pengguna di daerah Kota Belud.
Sesuai sempena Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita tanamkan sifat cintakan tanah air seterusnya berjuang menentang anasir luar dan fahaman-fahaman ra-dikal yang berbentuk ancaman kepada diri dan negara. Semoga negara kita akan tetap aman dan maju jaya.
Pembentukan Semula BAKTI
Pelancaran Pameran Lukisan Jepun
Perasmian Bangunan Baharu PNS Cawangan Kota Belud
Wong Vui YinPengarahPerpustakaan Negeri Sabah
2
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PNS CAWANGAN KOTA BELUD
PNS CAWANGAN KOTA BELUD 13 OGOS 2016 - Perasmian bangunan baharu PNS Cawangan Kota Belud telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu YB Senator Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said bersama-sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Peng-guna iaitu YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid. Koleksi PNS Cawangan Kota Belud kini adalah sebanyak 61,666 naskah, manakala pinjaman bahan perpustakaan adalah 48,816 nas-kah dan keahlian adalah seramai 5.864 ahli. Jumlah pengunjung PNS pula adalah seramai 65,076 orang. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah kemudahan komputer (internet), Sudut Pandang Dengar, Bilik Perbincangan (2), Bilik Mesyuarat, Dewan Serbaguna, Bilik Aktiviti dan Sudut Etnik dan Sejarah.
3
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
LATAR BELAKANG RINGKAS CAWANGAN KOTA BELUD
1974 - Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud telah di tubuhkan di sebuah bilik yang berkeluasan 150 kaki persegi di Dewan Masyarakat.
1976 - Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud telah berpindah ke bangunan Dewan Kelab Belia Daerah.
1984 - Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud telah berpindah ke bangunan SEDCO di atas Sabah Finance Bank.
1986 - Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud tel-ah berpindah ke tingkat dua bangunan Hotel Tai Seng.
1993- Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud sekali lagi berpindah ke Lot 30, 31, 32 Kompleks Centenary
2015- Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kota Belud telah berpindah ke bangunan sendiri.
4
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
TAKLIMAT KESEDARAN PENCEGAHAN KEBAKARAN
IBU PEJABAT PNS, 13 JUN 2016 - Satu taklimat pencegahan ke-bakaran telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Taklimat tersebut memberi pendedahan kepada umum dan pekerja awam amnya tentang pentingnya untuk bersikap peka dan waspada ter-hadap ancaman kebakaran.
IBU PEJABAT PNS, 17 JUN 2016 - Kursus dalaman anjuran Per-pustakaan Negeri Sabah ini melibatkan seramai 21 orang kakitan-gan PNS yang terdiri daripada kakitangan Ibu pejabat dan Perpus-takaan Gunasama.
BENGKEL SKIM PENGKELASAN PERPULUHAN DEWEY (DDC)
Santapan minda SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 59
Dalam Death March San-dakan - Ranau, lebih 1000 telah terkorban kerana ke-letihan, penyakit dan keb-uluran. Seramai 38 orang yang hidup di Ranau dalam keadaan tidak mampu untuk bergerak, namun akhirya dibunuh atas perintah tertinggi Jepun. Hanya 6 orang tawanan yang berjaya melepaskan diri dengan lari ke hutan kemudiann-ya dibantu oleh penduduk tempatan
sebelum diselamatkan. Mereka yang terse-lamat adalah Owen Campbell dan Rich-ard Braithwaite yang melarikan diri ketika kawad ke-2, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill, Wil-liam Maxham dan Prebet Nelson Short yang melarikan diri ketika di Ranau.
5
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
KOTA KINABALU, 27 JULAI 2016 - Mesyuarat sebelum lawatan Pusat Internet 1 Malaysia di PNS Cawangan Kota Belud. Mesyuarat tersebut diadakan di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu.
JOM NGAJI
IBU PEJABAT PNS, 27 JUN 2016 - Program Jom Ngaji diadakan sewaktu bulan Ramadhan. Ia merupakan aktiviti yang melibatkan seluruh Jabatan untuk mengaji bersama selama 30 minit serentak.
IBU PEJABAT PNS, 16 JUN 2016 - Kursus Sistem Pengurusan Dokumen Elektronik (SPDE) merupakan kursus dalaman yang melibatkan 36 orang kakitangan bahagian pengurusan. Terdapat dua sesi iaitu sesi pertama melibatkan kakitangan sokongan dan sesi kedua melibatkan kakitangan profesional.
MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT PNM
KURSUS SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN ELEKTRONIK (SPDE)
6
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
PNS CAWANGAN TAWAU 30 JUN 2016 - Program membaca dan bercerita yang dianjurkan oleh Per-pustakaan Desa Kg. Balung Cocos telah berlangsung dengan jayanya. Program yang berlangsung selama sejam tersebut berobjektifkan untuk memupuk minat dan melatih mereka untuk membaca dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk selalu berkunjung ke Perpustakaan.
PROGRAM MEMBACA DAN BERCERITA DARI PERPUSTAKAAN DESA KG. BALUNG
IBU PEJABAT PNS, 11 OGOS 2016 -Majlis Perasmian pameran seni lukis kanak-kanak Malaysia-Jepun merupa-kan kerjasama pintar antara May Library Jepun dan Perpustakaan Negeri Sabah. Pa-meran seni lukis ini diadakan pada setiap tahun dan pada kali ini Ibu pejabat PNS dijadikan tempat pameran lukisan-luki-san kanak-kanak Malaysia-Jepun. Pam-eran pada tahun ini lebih istimewa kera-na pada kali ini NPO Corporation MAY Asaka Center menghulurkan “transfer of
PAMERAN SENI LUKIS KANAK-KANAK MALAYSIA-JEPUN
skills/knowledge” dalam pendidikan seni lukis kanak-kanak Jepun. Bengkel khas tersebut dihadiri oleh 40 orang guru pendidikan seni visual dari sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu termasuk 5 orang kakitan-gan perpustakaan. Fasilitator bengkel bagi mengajar teknik seni lukis Jepun didatangkan khas dari negara matahari terbit iaitu Puan Nakamura Meiko. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Jainab DSP Haji Ahmad Ayid. Turut hadir Y. Bhg Pn. Hiroko Matsuo Konsul Jepun Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Fumiko Oike, Pengerusi Authorized NPO Corperation May Asaka Center (MAY Library) Jepun dan Encik Kipli Gitam mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan.
7
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016MENELUSURI SEJARAH KEJAYAAN
KOTA KINABALU, 25 OGOS 2016 - Sempena Hari Kebangsaan 2016, Perpustakaan Negeri Sabah tidak terlepas untuk menyertai pameran hari merdeka di Kompleks membeli - belah Suria Sabah yang ber-langsung selama seminggu.
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENYUSUN “PICTURE PUZZLE”
PNS CAWANGAN PENAMPANG, 01 OGOS 2016 - Aktiviti pertandingan mewarna dan menyusun “picture puzzle” yang diadakan oleh PNS Cawangan Penampang mendapat sambutan yang menggalakkan.
PELAWAT DARI SMK SIKUATI KUDAT
IBU PEJABAT PNS, 15 JULAI 2016 - Terima kasih SMK Sikuati Kudat kerana memilih Perpustakaan Negeri Sabah sebagai tempat kunjungan sambil belajar.
8
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
IBU PEJABAT PNS, 25 JULAI 2016 - Pihak Perpustakaan Negeri Sabah berbesar hati menyambut kunjungan dari PUSTAKA Negeri Sarawak atas lawatan Penanda Aras yang berlangsung selama dua hari.
IBU PEJABAT PNS, 29 JULAI 2016 - Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M), program anjuran Kementerian Kewangan dan Inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS) telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan dari orang awam dan kakitangan perpustakaan. Kira-kira seramai 250 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga dewasa terlibat dalam kursus singkat (April 2016 hingga 30 Julai 2016) ini. Apa yang menarik bagi kelas Bahasa Inggeris 1 Malaysia ini ialah penyertaan mengikuti kelas ini adalah percuma, Kat-egori kelas yang dibuka antaranya ialah dewasa, surirumah, remaja dan kanak-kanak. Hadir pada upacara graduasi BI1M ialah Ketua Penolong Setiausaha Noraini Shafie yang mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Hajah Jainab DSP Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.
GRADUATION BI1M
LAWATAN PENANDA ARAS DARI PUSTAKA AWAM SARAWAK
9
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
UNIT STATISTIK
PNS IBU PEJABAT, 23 JUN 2016 - Bahagian Statistik dan Penyelidikan telah dimansuhkan dan di tukarkan kepada unit baru iaitu Unit Statistik. Unit tersebut telah digabungkan di bawah Bahagian Perkhidmatan Per-pustakaan. Berikut adalah carta Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan yang baharu.
PROGRAM KESEDARAN KORPORAT JERAYAWARA SIRI 3/2016
PNS CAWANGAN PENAMPANG, 26 OGOS 2016 - Program Jerayawara merupakan sesi penerangan dan pen-genalan umum kepada kakitangan berhubung pelan strate-gik Program Korporat diikuti oleh taklimat berhubung fungsi dan perancangan bahagian-bahagian dibawahnya. Bermula dari tahun 2015 sebanyak tiga sesi Program Kese-daran Korporat (Kualiti, Inovasi, Penerbitan dan lain-lain). Jerayawara telah diadakan, iaitu pada 29 Jun di Perpus-takaan Wialayah Sandakan, 27 hingga 28 Ogos di Perpus-takaan Wilayah Keningau, dan pada 23 Oktober di Perpus-takaan Wilayah tawau.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
PENGARAHWONG VUI YIN
TIMB. PENGARAH KANANMARIA SINTI
KETUA BAHAGIANGEORGE YIH
UNIT PNM DAN GUNASAMA
1. EDWARD NORMAN
UNIT CAWANGAN DAN
1. VALLIN AWOT2. LAIDAH LAN3. GARY RAY4. SELVESTER M SPINING
1. SITI NURAMIRA2. AZIZUL AZHAR
UNIT PERPUSTAKAAN DESA
1. DATU MOHD AYUB2. ILDAH AMBUN3. AZLINDAH ASLIE4. MOHD RAFIZ
UNIT PENGHANTARAN UNIT BERGERAK, DESANET DAN
1. SHARON CHANG
Santai Kedai Kopi
Bar kopi yang bersifat artistik ini terletak di dalam pusat membe-li-belah. Berkonsepkan seperti perpustakaan, kedai kopi ini di hiasi dengan rak-rak buku dan tempat duduk yang selesa pasti menimbulkan suasana yang santai buat penggemar kopi dan si ulat buku yang berkunjung.
Lokasi Library Bar Coffee di Malaysia: Sunway Pyramid, Avenue K, Publika
10
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016PEMBENTUKAN SEMULA BAKTI
SENARAI AJK BAKTI IBU PEJABAT PERPUSTAKAAN NEGERI
IBU PEJABAT PNS, 05 OGOS 2016 - Badan Kebajikan Kakitangan PNS atau juga dikenali sebagai BAKTI PNS tertubuh semula di bawah penaung yang baharu. Di harapkan agar BAKTI PNS bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
BIL NAMA BAHAGIAN JAWATAN
1 Julkipli Bin JulPengerusi
Bahagian Sokongan IT / Penolong Pegawai IT
2 Jahan Bin Amir Timbalan Pengerusi
Bahagian Penyelenggaraan Bangunan dan Pelupusan Aset
3 Ainah Bt Haji IdrisSetiausaha
Bahagian Pembangunan Koleksi Buku / Pen. Pegawai Perpustakaan
4 Rosnah Haji IsmailPenolong Setiausaha
Bahagian Khidmat Pengurusan & Personel / Pembantu Tadbir
5 Md. Fairuz Bin Hj. SallehBendahari
Bahagian Akaun / Pembantu Tadbir
6 Laidah LanAJK
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan / Pembantu Perpustakaan
7 Azman Bin SulaimanAJK
Pusat Rujukan Negeri / Juruteknik
8 Mohd. Azreen JamainAJK
Bahagian Akaun
9 Siti Rogayah IsmailAJK
Bahagian Pembangunan Koleksi Buku / Pembantu Perpustakaan
10 Siti Nuramira SeriatiAJK
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan / Pustakawan
11 Siti Mimi Nazwa ZainuddinAJK
Bahagian Sumber Elektronik / Pen. PegawaiPerpustakaan
12 Mohd. Tarmizi B. Mohd SallehAJK
Bahagian Korporat & Penerbitan / Pustakawan
13 Jes Owen Dawinda Bin BairiAJK
Bahagian Sistem Maklumat Perpustakaan
MAJLIS ILMU SEMPENA RAMADHAN
IBU PEJABAT PNS, 17 JUN 2016 - Sempena Bulan Ramadhan pada tahun ini, satu majlis ilmu telah diadakan. Majlis ini dihad-iri kakitangan yang beragama islam bagi menghayati keindahan bulan Ramadhan .Penceramah jemputan menyampaikan cera-mah yang bertajuk “Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan”.
KEBAIKAN BERPUASA :1. Mengurangkan berat badan2. Mengawal diri daripada pelbagai godaan kehidupan3. Membantu mengurangkan kolestrol4. Merehatkan sistem penghadaman5. Mengubah tabiat-tabiat buruk
FADHILAT BERPUASA:•Pintu langit dibuka•Pintu-pintu syurga di buka•Mendapat peliharaan Allah SWT•Mendapat dua (2) kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah SWT pada hari kiamat kelak
11
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
BIL NAMA PEGAWAI PENEMPATAN TARIKH LANTIKAN
1. ANSELM BIN GABRIEL CAWANGAN TAMBUNAN 04 JULAI 2016
2. MEX TONY JUNIOR MARINUS CAWANGAN TAMBUNAN 04 JULAI 2016
LANTIKAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) BAHARU JUN-OGOS
PERKEMBANGAN KAKITANGAN PNS
SENARAI KAKITANGAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH YANG BERSARA
BIL NAMA JAWATAN TARIKH BERSARA
1. ANNIE LIEW @ LIEW MUI KYUN(BHGN. PEMBANGUNAN KOLEKSI
BUKU, IBU PEJABAT PNS)
PEM. PERPUSTAKAAN S22 27 JUN 2016
2. KIMBIN BIN LUJUM(CAWANGAN KOTA BELUD)
PEM. PERPUSTAKAAN S22 15 JULAI 2016
3. JOSEPH AWOI(CAWANGAN TAMBUNAN)
PEMBANTU OPERASI N11 01 OGOS 2016
4. NORA LING NYUK FENG(BHGN. PEMBANGUNAN KOLEKSI
BUKU, IBU PEJABAT PNS)
PEM. PERPUSTAKAAN S22 28 MEI 2016
SENARAI NAMA PELATIH INDUSTRI JUN - OGOS
BULAN NAMA UNIVERSITI/KOLEJ/AGENSI/JABATAN PENEMPATAN
JUN2016
1. NURUL HASWANI BINTI YAHYA
DIPLOMA PENGAJIAN PENULISAN KREATIF (AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN - ASWARA)27 JUN 2016 - 26 OGOS 2016
PERPUSTAKAAN CAWAN-GAN PENAMPANG
JULAI2016
1. REYZUWANNI BINTI MOHLIYARDI2. SYAZWANI BINTI HAMZAH
TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM(INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA KINABALU - ILP)18 JULAI 2016 - 14 OKTOBER 2016)
PERPUSTAKAAN CAWAN-GAN PENAMPANG & BAHA-
GIAN SOKONGAN IT
OGOS2016
1. RADZSATA BINTI ABD. RAZAK
SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT (KEPUJIAN), PENGURUSAN & MAK-LUMAT (UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM
DI BEBERAPA BAHAGIAN YANG BERKAITAN DI IBU
PEJABAT PNS DAN LIBRARY @ UTC
12
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 3, 2016
ntai - intai PNSi
Perpustakaan Negeri Sabah tumpang gembira atas kelahiran si comel yang di nanti-nantikan. Semoga dengan cahaya mata baharu akan menambah rezeki dan seri dalam rumah tangga. Tahniah!
Perpustakaan Negeri Sabah mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat bakti kakitangan PNS selama bertugas di ibu pejabat. Sekalung tahniah dan semoga berjaya di tempat bertugas yang baharu.
Nama : Hazurah Bin Mohd KifleeBahagian : Cawangan Kuala PenyuNama Anak : Sham Ahmad Herzy (Lelaki)Tarikh Lahir & Tempat Lahir : 07.08.2016 & Hospital Beaufort
Nama : Nurul Aima Binti KaimBahagian : Korporat dan PenerbitanPenempatan Baharu : Jabatan Perkhidmatan Komputer NegeriTarikh Berpindah : 30 Jun 2016
Nama : Salina Binti TitiBahagian : Pusat Penyerahsimpanan NegeriPenempatan Baharu : PNS Wilayah SandakanTarikh Berpindah : 10 Jun 2016
Kuning emas masaknya padi,Mawar merah dalam jambangan,Terima kasih daun keladi,Budi tuan jadi kenangan.
Nama : Norisah Binti Mohd TalipBahagian : Pusat Rujukan NegeriNama Anak : Nur Ayra Adreena (Perempuan)Tarikh Lahir & Tempat Lahir : 11.07.2016 & Jesselton Medical Centre
KELAHIRAN CAHAYA MATA BAHARU
Selamat kembali bertugas di Ibu Pejabat PNS Puan Farhdiza Binti Taip. Sebelumnya berkhidmat di PNS Cawangan Ranau, kini beliau menggantikan posisi Puan Salina binti Titi.
PERPISAHAN PERTUKARAN KAKITANGAN PNS