siasaaan saria kesetiausahaan syarikat dan perundangan -...

4
Francais @ PNS 9 Adelphia Communications Corp Adelphia Communications Corporation adalah sebuah syarikat daripada Pennsylvania yang merupakan syarikat kabel yang kelima terbesar di Negara Amerika Syarikat. Pada tahun 2002 syarikat ini melalui skandal rasuah dalaman dan hutang yang tinggi sebanyak AS$2.3 billion yang mengakibatkan kebankrapan syarikat ini. Pengasas syarikat ini telah di dalam rekod mereka. Penguatkuasa Amerika Syarikat dan United Kingdom telah menemui kesalahan penyalah- gunaan wang, rasuah, sokongan kepada pengganas, penyeludupan senjata, penjualan teknologi nuklear, menjalankan dan membantu mengelakkan pembayaran cukai, penyeludupan dan kesalahan imigresen serta pembelian bank dan hartanah yang menyalahi undang- undang. Sumber: Tuanku Ja’afar Law Conference: 2010 didakwa di bawah pelanggaran keselamatan. Lima lagi pegawai telah didakwa dan dua lagi pegawai iaitu John Rigas dan Timothy Rigas telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan 20 tahun. Adik-beradik Rigas ini telah memperolehi AS$100 billion melalui sistem pengurusan wang tunai yang rumit di mana wang telah dimasukkan ke pelbagai entiti milik keluarga mereka. Drexel Burnham Lambert Inc. Pada era 1980-an, Drexel Burnham Lambert Inc. merupakan sebuah bank pelaburan yang kelima ter- besar di Amerika Syarikat namun akhirnya jatuh bankrap akibat daripada menjalankan akiviti-aktiviti yang me- nyalahi undang-undang. Seorang pekerjanya, Michael Miken telah melakukan penipuan di dalam pasaran bon dan beliau tidak mengaku salah terhadap enam lagi tuduhan terhadap beliau, iaitu tiga tuduhan ke atas manipulasi pegangan stok dan tiga tuduhan lagi ke atas manipulasi nilai stok. Beliau akhirnya bersetuju untuk membayar saman berjumlah AS$650 juta yang mana merupakan saman tertinggi pada masa itu. Bank of Credit and Commerce International (BCCI) Kes BCCI telah menjadi satu skandal kewangan yang terbesar di dunia pada tahun 1991 apabila didapati sekurang-kurangnya AS$13 billion tidak dapat dikesan a Kesetiausahaan Syarikat dan Perundan Kesetiausahaan Syarika Kesetiausahaan Syarikat dan Perundangan Pemalsuan akaun, meninggikan paras keuntungan (inflating) sebanyak AS$1 billion dan lain-lain penipuan termasuklah pembayaran gaji kepada 13,000 akaun di mana pada hakikatnya kumpulan tenaga kerja tersebut adalah tidak wujud

Upload: trinhdang

Post on 08-Apr-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Francais @ PNS 9

adelphia Communications Corp

Adelphia Communications Corporation adalah sebuah syarikat daripada Pennsylvania yang merupakan syarikat kabel yang kelima terbesar di Negara Amerika Syarikat. Pada tahun 2002 syarikat ini melalui skandal rasuah dalaman dan hutang yang tinggi sebanyak AS$2.3 bil l ion yang mengakibatkan kebankrapan syar ika t in i . Pengasas syarikat ini telah

di dalam rekod mereka. Penguatkuasa Amerika Syarikat dan United Kingdom telah menemui kesalahan penyalah-gunaan wang, rasuah, sokongan kepada pengganas, penyeludupan senjata, penjualan teknologi nuklear, menjalankan dan membantu mengelakkan pembayaran cukai, penyeludupan dan kesalahan imigresen serta pembelian bank dan hartanah yang menyalahi undang-undang.

Sumber: Tuanku Ja’afar Law Conference: 2010

didakwa di bawah pelanggaran keselamatan. Lima lagi pegawai telah didakwa dan dua lagi pegawai iaitu John Rigas dan Timothy Rigas telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan 20 tahun. Adik-beradik Rigas ini telah memperolehi AS$100 billion melalui sistem pengurusan wang tunai yang rumit di mana wang telah dimasukkan ke pelbagai entiti milik keluarga mereka.

Drexel Burnham lambert inc.Pada era 1980-an, Drexel Burnham Lambert Inc.

merupakan sebuah bank pelaburan yang kelima ter- besar di Amerika Syarikat namun akhirnya jatuh bankrap akibat daripada menjalankan akiviti-aktiviti yang me- nyalahi undang-undang. Seorang pekerjanya, Michael Miken telah melakukan penipuan di dalam pasaran bon dan beliau tidak mengaku salah terhadap enam lagi tuduhan terhadap beliau, iaitu tiga tuduhan ke atas manipulasi pegangan stok dan tiga tuduhan lagi ke atas manipulasi nilai stok. Beliau akhirnya bersetuju untuk membayar saman berjumlah AS$650 juta yang mana merupakan saman tertinggi pada masa itu.

Bank of Credit and Commerce international (BCCi)Kes BCCI telah menjadi satu skandal kewangan

yang terbesar di dunia pada tahun 1991 apabila didapati sekurang-kurangnya AS$13 billion tidak dapat dikesan

Kesetiausahaan Syarika Kesetiausahaan Syarikat dan PerundanKesetiausahaan SyarikaKesetiausahaan Syarikat dan Perundangan

Pemalsuan akaun, meninggikan paras keuntungan (inflating) sebanyak AS$1 billion dan lain-lain penipuan termasuklah pembayaran gaji kepada 13,000 akaun di mana pada hakikatnya kumpulan tenaga kerja tersebut adalah tidak wujud

Francais @ PNS10

Pembangunan KoridorPembangunan KoridorPembangunan Koridor

PEJABAT CAWANGAN PNS SABAH DAN PULAU PINANG KINI DI LOKASI BARU

Oleh unit peMBangunan KOriDOr

K eDatangan tahun baru 2013 melahirkan kesyukuran dan kegembiraan pada dua pejabat Pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang

telah berubah lokasi iaitu pejabat PNS Wilayah Sabah dan Pejabat PNS Wilayah Utara.

Kini, Pejabat PNS Wilayah Sabah telahpun ber- pindah ke Blok C, Lot 15 – 3, Tingkat 2, DBKK No. C – 2 – 4, Harbour City New Coastal Highway Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi baru ini berada pada kedu- dukan lokasi yang strategik iaitu di sepanjang lebuh raya utama. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan industri francais sekaligus pejabat PNS di negeri Sabah, khususnya di kawasan Kota Kinabalu.

Malah, diharapkan dengan lawatan YBhg. Dato’ Mohd Arif Bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (PDN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Pengarah KPDNKK Sabah serta ketua-ketua agensi di bawah KPDNKK ke pejabat PNS Wilayah

Perancangan Perniagaan

Pusat Komersial Sunway Perdana (Pejabat PNS Wilayah Utara)

Harbour City New Coastal Highway Sembulan (Pejabat PNS Wilayah Sabah)

Sabah akan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak berkuasa tempatan.

Pejabat PNS Wilayah Utara juga kini di lokasi baru. Memulakan operasi pada Januari 2010 di Pejabat Tribunal Pengguna, KPDNKK Bangunan Tuanku Syed Putra, hari ini Pejabat PNS Wilayah Utara dengan rasminya telah berpindah ke Plot A11, 21-2, Pusat Komersial Sunway Perdana, Jln Todak 6, Seberang Jaya 13700 Pulau Pinang.

Bangunan yang dibeli oleh PNS berharga RM1.5 juta mempunyai tiga tingkat di mana pejabat PNS terletak di Tingkat 3. Lokasi yang strategik, dikelilingi pejabat kerajaan dan swasta, restoran terkemuka dan pusat membeli-belah. Bangunan baru ini terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan dan Butterworth Kulim Expressway diharap dapat memudahkan pelanggan-pelanggan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berurusan.

Ternyata, lokasi baru bagi kedua-dua Pejabat PNS Wilayah Sabah dan Pulau Pinang ini adalah lebih strategik dan lebih memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang francais dengan lebih mudah.

Francais @ PNS 11

Pembangunan Koridor Perancangan PerniagaanPerancangan PerniagaanPerancangan Perniagaan

PELUANG KEmBANG PERNIAGAAN KEPADA 570 JUTA PENDUDUK

ASIA TENGGARA

mOleh JaBatan peranCangan perniagaan

alaYSia merupakan satu-satunya negara yang telah mendapat unjuran menaik pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi

tahun 2013 oleh Tabung Wang Antarabangsa (IMF). IMF menjangka pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2013 meningkat sebanyak 4.7 peratus.

Walaupun Malaysia disasar mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif, namun sasaran pasaran dalam negara adalah terhad pada populasi penduduk sebanyak 29 juta orang sahaja. Malah, perkembangan dan kemajuan ekonomi negara banyak bergantung pada pertumbuhan dan perbelanjaan dalaman, sokongan pelaburan dan perkara ini dijangka mengurangkan eksport ke luar negara. Justeru, syarikat francais tempatan digalakkan untuk meluaskan jaringan perniagaan ke luar negara.

Pasaran Asia Tenggara (ASEAN) merangkumi 10 buah negara dengan jumlah penduduk melebihi 570 juta. Dijangka pertumbuhan atau pembangunan ekonomi Asia Tenggara adalah purata lima peratus setahun bagi tempoh lima tahun akan datang (2013-2017). Malah, apabila perjan- jian hubungan perdagangan bebas intra–ASEAN direalisasikan pada tahun 2015, ia akan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat francais tempatan untuk meluaskan jaringan ke negara-negara sekitar rantau Asia Tenggara. Pada masa yang sama, Malaysia juga berpotensi menjadi sebagai negara welcoming gate pada jaringan perniagaan dan pelaburan luar kepada negara di rantau Asia dan Asia Tenggara.

Bagi membantu usahawan francais tempatan yang berpotensi dikembangkan ke peringkat antarabangsa, Bahagian Pembangunan Francais (BPF) Kementerian Perbadanan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merancang mengadakan beberapa misi perdagangan luar negara untuk tahun 2013.

Misi perdagangan adalah sebahagian daripada pendekatan amalan baik sesebuah syarikat yang ingin menembusi pasaran antarabangsa. Usahawan perlu mempunyai jaringan hubungan yang kukuh dan memastikan kualiti produk dan perkhidmatan menepati citarasa dan kesesuaian negara asing. Usahawan juga harus memberikan tumpuan pada promosi produk dan penjenamaan peringkat antarabangsa. Sehingga kini, terdapat 46 jenama francais tempatan yang menghasil-kan 1,420 outlet telah berjaya menembusi pasaran 50 buah negara seperti Indonesia, Singapura, negara Timur Tengah dan China. Namun, banyak lagi sektor perniagaan francais yang dijangka mempunyai potensi untuk keluar negara. Antaranya, sektor perniagaan dan perkhidmatan profesional, teknologi maklumat, latihan dan pembelajaran, perubatan pelancongan, kesihatan dan lain-lain.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sentiasa me-nyokong syarikat-syarikat francais ini melalui bantuan pembiayaan meluaskan perniagaan ke luar negara.

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia mem-bimbing usahawan ini. Di PNS, kami yakin, peluang mengembangkan perniagaan ke luar negara bakal melahirkan usahawan francais yang lebih cemerlang, berdaya saing, kompetitif serta mewujudkan hubungan pelbagai hala dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa.

Antara bantuan yang ditawarkan:• Skim Pembiayaan Francaisor yang menawarkan

pembiayaan sehingga RM2 juta. • Skim Pelaburan Ekuiti dengan pelaburan sehingga

maksimum RM10 juta. • Bantuan teknikal. • Jaringan perniagaan.• Sistem Penilaian Francais (SAFe).

Francais @ PNS12

Oleh unit peMODenan perunCitan

U

Pemodenan PeruncitanPemodenan PeruncitanPemodenan Peruncitan

nit Pemodenan Peruncitan (RMU) telah dijemput sekali lagi bagi mewakili Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Hari Inovasi anjuran Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Putrajaya pada 13 Disember 2012 yang lalu.

Acara dua hari itu merupakan peluang bagi RMU memperkenalkan konsep bisnes kecil-kecilan di bawah Program Business In Transformation (B.I.T) kepada orang ramai serta para pegawai dari pelbagai agensi. Antara agensi yang terlibat termasuklah Perbadanan Harta Intelek (MYIPO), Surahanjaya Persaingan (MYCC), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Jabatan Bomba, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga daripada KPDNKK sendiri.

Di bawah konsep B.I.T, RMU telah melakukan bebe-rapa inovasi di mana beberapa usahawan perniagaan kecil-kecilan telah dipilih melalui saringan bagi mem-bincangkan secara bersama dalam membangunkan konsep perniagaan kecil-kecilan dengan memasukkan elemen-elemen ringkas, moden, menarik, bersih, kemas, mampu milik serta mampu tadbir.

Konsep B.I.T juga mestilah mempunyai elemen mudah alih di mana ia boleh dilipat dan dibawa ke mana saja. Secara tidak langsung, ia merupakan konsep perniagaan kecil-kecilan yang akan diperkenalkan serta mampu membawa para penjaja serta peniaga kecil- kecilan ke arah paradigma perniagaan yang lebih baik, moden dan mampan. Di samping itu, ia dijangka mem- beri kesan yang positif pada masyarakat sekeliling di samping membantu persekitaran dengan elemen yang kemas, bersih dan menarik.

Usahawan-usahawan yang terpilih di bawah pro- gram B.I.T tersebut dikenali sebagai pra-francaisor iaitu pemilik konsep perniagaan kecil-kecilan itu. Sejak Program B.I.T dilancarkan pada awal 2012, lima usaha- wan telah dipilih iaitu Rich d Blended (perniagaan Iced Blended), Old Time Sengkuang (perniagaan sengkuang calit), Evora Marketing (perniagaan waffle sticks station),

My Fruit Zone (perniagaan buah potong dalam cawan) dan Waffle King (perniagaan waffle).

Di Hari Inovasi 2012 tersebut, pra-francaisor Rich D Blended dan Old Time Sengkuang telah dipilih untuk memeriahkan acara tersebut. Sambutan yang diterima sungguh menggalakkan di mana jualan dua hari tersebut telah menarik minat orang ramai. Malah, mereka telah menerima beberapa permintaan untuk membuka konsep tersebut di majlis-majlis keramaian dan tidak kurang juga ada yang berminat untuk menjadi pra-francaisi perniagaan mereka. Malah YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sempat meluangkan masa melawat serta melihat konsep-konsep tersebut.

KONSEP Business in TransformaTion PUNyAI ELEmEN

KREATIF DAN INOVASI

Rich D Blended Old Time SengkuangEvora Marketing My Fruit Zone Waffle King

Makluman