buletin hrmis 2/2011

20
BIL. 2/2011 JULAI – DISEMBER I ISSN NO. : 2229 – 8215 HRMIS <50% 50-85% >85% 15% 26% 59% Bil. MO : 27 orang 16 orang 7 orang 4 orang Menarik di dalam: Sekitar Dialog HRMIS Bil. 2/2011 Agensi Cemerlang KPI HRMIS 2010 Program Pembangunan Kepakaran BPM

Upload: lediep

Post on 23-Jan-2017

258 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin HRMIS 2/2011

bil. 2/2011 julai – disember i issn no. : 2229 – 8215

HRMIS

<50% 50-85% >85%

15%

26%59%

Bil. MO : 27 orang

16 orang7 orang4 orang

Menarik di dalam:

Sekitar Dialog HRMIS Bil. 2/2011

Agensi Cemerlang KPI HRMIS 2010 Program Pembangunan Kepakaran BPM

Page 2: Buletin HRMIS 2/2011

2 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Syukur Alhamdulillah dipertemukan kita dengan keizinanNya pada edisi ke-2 Buletin HRMIS bagi tahun 2011. Edisi kedua pada tahun ini memaparkan pelbagai berita, peristiwa dan fakta

menarik pada fasa pelaksanaan HRMIS di seluruh negara.

Tahun 2011 merupakan tahun yang begitu mencabar bagi Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JPA dalam mengharungi pelaksanaan HRMIS ke seluruh agensi perkhidmatan awam. Tanggungjawab penambahbaikan aplikasi HRMIS kini dipikul sepenuhnya oleh 218 orang pegawai BPM dan tidak lagi bergantung harap kepada pihak pembangunan luar.

Pelbagai langkah yang proaktif telah diambil bagi memastikan kelancaran pembangunan HRMIS tidak terhalang seperti Program Pembangunan Kepakaran BPM yang telah dilaksanakan sejak awal tahun 2010 lagi. Antara objektif program adalah untuk mengenal pasti tahap kepakaran pemilik modul bagi perancangan dan pemantauan pembangunan kepakaran dengan lebih berkesan. Selain itu juga, program tersebut membolehkan para pegawai mempertingkatkan kepakaran ICT selaras dengan keperluan sumber manusia sektor awam.

Dalam fasa pelaksanaan HRMIS pula, 5 agensi sektor awam yang memperolehi pencapaian cemerlang KPI HRMIS 2010 telah diberi pengiktirafan dengan sijil penghargaan semasa Dialog HRMIS Bil. 2/2011. Pengiktirafan sedemikian adalah untuk menghargai usaha-usaha agensi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan HRMIS diteruskan dari semasa ke semasa. Ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin motivasi kepada agensi-agensi lain.

Edisi Buletin HRMIS kali ini juga tidak ketinggalan memaparkan beberapa peristiwa yang telah dilaksanakan sepanjang fasa kedua tahun 2011. Di antaranya adalah Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2011, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil. 2/2011 dan Dialog HRMIS Bil. 2/2011. Semua platfom tersebut adalah amat penting kepada BPM dalam mengatur strategi pelaksanaan HRMIS. Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu JPA untuk melakar strategi yang lebih berkesan supaya kelestarian HRMIS dapat dicapai dan memenuhi keperluan pengguna HRMIS selaras dengan dasar pengurusan sumber manusia sektor awam.

Sebagai penutup, adalah amat diharapkan edisi Buletin HRMIS dapat memberi maklumat, tips dan manfaat kepada semua pembaca dalam memahami pelaksanaan HRMIS serta dapat membantu meningkatkan penggunaan HRMIS di agensi masing-masing.

“HRMIS: Dari Kita, Untuk Kita”

TUAN HAJI KAMARUDIN BIN TAHIRPENGARAHBAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JPA

Sekapur SirihAssAlAmuAlAikum WArAhmAtullAhi WAbArAkAtuh, sAlAm sejAhterA dAn sAlAm 1 mAlAysiA.

KANDUNGANSekapur Sirih 2

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2011 3

Sekitar Dialog HRMIS Bil. 2/2011 4 – 5

Agensi Cemerlang KPI HRMIS 2010 6

Lawatan PUSAKA – Menzahirkan Hasrat Meningkatkan Pemahaman Menggunakan HRMIS

7

Penyertaan HRMIS di Pameran Sempena Persidangan ICT Kebangsaan (NICT) 2011

8-9

Menyemarak Kembali HRMIS di MARA 10

Trend Bilangan Pengguna, Log Masuk dan Transaksi HRMIS bagi Tahun 2011

11

Program Pembangunan Kepakaran BPM 12 – 13

Portal Rasmi HRMIS 14 – 15

Mengenali Sistem Pengurusan Maklumat 16

Tembok HRM dan IS 17

FAQ 18

Pantun Seloka PSM 19

Page 3: Buletin HRMIS 2/2011

3Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Sekitar MesyuaratJawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 2/2011 telah diadakan pada 27 Oktober 2011 bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

(PICC). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia. Semasa menyampaikan perutusan mesyuaratnya, beliau telah memberi penekanan kepada pelaksanaan HRMIS dan ekspektasi stakeholders terhadap perkhidmatan awam khususnya harapan yang tinggi ke arah menjadikan ICT sebagai satu alat pemangkin pengurusan yang efektif. Beliau turut mengingatkan bahawa “kesempurnaan perkhidmatan sektor awam” sentiasa menjadi perhatian semua pihak dari pucuk pimpinan negara, para stakeholders sehingga rakyat terbanyak. Justeru, beliau menyeru semua pihak khususnya Ketua-ketua Agensi agar terus mempertingkatkan perkhidmatan agensi masing-masing dan memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa diberi perhatian untuk menjamin kesempurnaan perkhidmatan. Dua kertas makluman telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini iaitu Pelaksanaan Submodul LNPT Tahun 2010 di Kementerian Dalam Negeri dan Usaha-usaha Peningkatan Prestasi HRMIS.

Page 4: Buletin HRMIS 2/2011

4 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

SekitarDIALOG HRMIS Bil. 2/2011

Dialog HRMIS Bil. 2/2011 yang diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2011 bertempat di Perdana Ballroom, Hotel Palm Garden, Putrajaya telah

dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Sesi Dialog ini telah dihadiri oleh para peserta dari semua kementerian seramai 190 orang.

Modul yang dibincangkan pada Dialog kali adalah Modul Pembangunan Organisasi, Modul Data Perjawatan, Modul Penamatan Perkhidmatan dan Submodul Perisytiharan Harta. Penglibatan para peserta semasa sesi dialog berlangsung adalah amat menggalakkan dan ahli-ahli panel yang terlibat juga amat berpengalaman dalam merungkai permasalahan yang dihadapi dan menjawab pelbagai soalan yang diajukan.

Page 5: Buletin HRMIS 2/2011

5Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Selain itu, para peserta turut dipersembahkan dengan pembentangan Usaha-usaha Peluasan Pelaksanaan HRMIS oleh Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara pembentangan lain yang dapat menarik perhatian para peserta adalah seperti Faedah Penggunaan Executive Information System (EIS) dan SQL Reporting, Pelaksanaan HRMIS Strong Password, Perbezaan HRMIS dan Facebook dan Cadangan Antaramuka Baru HRMIS.

Sebagai kelainan pada dialog kali ini berbanding sesi-sesi lepas, pihak penganjur telah mengambil inisiatif memuatkan aktiviti Cergas Minda pada kedua-dua hari atur cara. Aktiviti tersebut bertujuan agar para peserta dapat mengikuti perjalanan dialog dan pembentangan yang disampaikan dengan lebih santai dan stress-free di samping membawa pulang hadiah-hadiah sumbangan pihak penganjur.

Page 6: Buletin HRMIS 2/2011

6 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

KPI HRMIS 2010Agensi CemerlAng

Sebanyak lima agensi sektor awam telah mencapai rating sangat melepasi sasaran atau significantly exceed target (ST) dalam

pelaksanaan HRMIS pada tahun 2010. Agensi-agensi tersebut adalah seperti berikut:

• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air;

• Kementerian DalamNegeri;

• Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar;

• KementerianPerdaganganDalamNegeri,KoperasiDan Kepenggunaan; dan

• Kementerian Penerangan Komunikasi DanKebudayaan.

Pengiktirafan dan sijil penghargaan kepada kelima-lima wakil agensi tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) semasa program Dialog HRMIS Bil. 2/2011 bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya pada 17 Oktober 2011 yang lalu. Semoga pengiktirafan seumpama ini dapat memberi semangat kepada semua agensi pelaksana di dalam usaha meningkatkan lagi tahap peluasan HRMIS.

Page 7: Buletin HRMIS 2/2011

7Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

HRMIS DI MARA

Satu perjumpaan di antara pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JPA dengan Bahagian Sumber Manusia, MARA telah diadakan pada 26 Julai

2011, bertempat di Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kehadiran pegawai-pegawai dari BPM, JPA ini adalah bagi menyokong dan memenuhi hasrat Bahagian Sumber Manusia, MARA untuk menyemarakkan semangat usaha-usaha peluasan HRMIS. Sungguhpun MARA merupakan agensi perintis pelaksanaan HRMIS pada peringkat awal dahulu dan sewajarnya pelaksanaan HRMIS menjadi sesuatu yang biasa dengan warga MARA, namun pertukaran pegawai-pegawai pengurusan atasan memerlukan kepada satu hala tuju pelaksanaan HRMIS dimantapkan semula. BPM, JPA amat menghargai komitmen pengurusan atasan MARA ini.

Selain daripada itu, keperluan kepada pengemaskinian maklumat perjawatan sektor awam, telah menjadi pemangkin untuk Bahagian Sumber Manusia, MARA memulakan inisiatif memastikan maklumat perjawatan betul dan tepat seperti di waran perjawatan MARA. Maklumat perjawatan yang betul dan tepat menyumbang kepada integriti maklumat yang diperoleh dari HRMIS.

Perjumpaan khas itu telah diketuai oleh YBrs. Puan Hajjah Hanisah bt. Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan). Pegawai-pegawai kanan MARA lain yang hadir adalah seperti berikut:

1. Tn. Hj Ramli Bin Sudin Pengarah Bahagian Sumber Manusia

2. Encik Abdul Halim Bin AbasTimb. Pengarah Cawangan Pengurusan Operasi

3. Encik Zainal Abidin Bin OthmanTimb. Pengarah Cawangan Perancangan & Pembangunan Organisasi

4. Encik Kamarudin Bin AhmadTimb. Pengarah Cawangan Pengurusan Kompetensi

5. Pn. Noraizah Binti Hj HassanTimb. Pengarah Cawangan Pembangunan Sumber Manusia, BSM

Perjumpaaan itu juga telah turut dihadiri oleh anggota kerja Bahagian Sumber Manusia, MARA.

Menyemarak Kembali

Page 8: Buletin HRMIS 2/2011

8 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JPA telah membuka booth pameran HRMIS di pameran ICT sempena Persidangan ICT Kebangsaan 2011 (NICT) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 dan 8 Julai 2011 lalu. Persidangan tersebut dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC). Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu telah disertai dan dikunjungi ramai penjawat awam dan mereka yang dari sektor swasta.

Ruang pameran HRMIS telah dikunjungi YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Hassan, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi MDeC.

Ruangan pameran HRMIS telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai khususnya para penjawat awam dalam mengenali dan memahami HRMIS.

PeNyeRtAAN HRMIS DI PAMeRAN SeMPeNA

Page 9: Buletin HRMIS 2/2011

9Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

PeRSIDANGAN ICt KeBANGSAAN (NICt) 2011

Page 10: Buletin HRMIS 2/2011

10 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Lawatan PUSAKA:Menzahirkan hasrat Meningkatkan PeMahaMan Menggunakan hrMis

Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah menerima lawatan pegawai-pegawai dari Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada 17 November

2011. Delegasi 14 orang pegawai PUSAKA tersebut diketuai oleh Puan Dayang Masmolydiza bt. Abang Haji Dawi. Lawatan yang bertujuan meningkatkan pemahaman pegawai-pegawai PUSAKA mengenai HRMIS adalah satu usaha yang boleh dipuji. Kebenaran daripada pihak pengurusan PUSAKA untuk pegawai-pegawai PUSAKA hadir sendiri ke Bahagian ini merupakan satu sokongan dan dorongan daripada pihak atasan kepada Delegasi PUSAKA. Taklimat yang telah disampaikan adalah berkenaan Modul/Submodul Rekod Peribadi, Perisytiharan Harta, Profil Perkhidmatan, Pengurusan Cuti dan Penamatan Perkhidmatan. Lawatan 1 hari tersebut telah diakhiri dengan sesi lawatan ke Helpdesk HRMIS JPA dan juga Pusat Data HRMIS.

Page 11: Buletin HRMIS 2/2011

11Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

2,500,000

PENGGUNA HRMIS

LOG MASUK HRMIS

TRANSAKSI HRMIS

2,000,000

1,500,000

1,000,000

1,194,340

681,968

642,613

806,909

954,585

979,348866,053

1,071,757

905,668 857,919

970,846

1,089,200

882,617

1,102,283

1,321,267

1,835,093

1,980,227

1,071,745

746,155

1,075,940

1,334,825

785,787

167,764 163,691 175,275 163,802 180,712 178,005 186,063 207,823 177,889 218,429 239,443

BIL

. REK

OD

500,000

0JAN

*Sumber: Pangkalan Data HRMIS sehingga 8 Dis 2011

Trend Bilangan Pengguna, Log Masuk Dan Transaksi HRMIS Bagi Tahun 2011

FEB MAC APRIL MEI JUN

BULAN

JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

Trend Bilangan Pengguna, Log Masuk Dan Transaksi HRMIS Bagi Tahun 2011

Trend Bilangan Pengguna, Log Masuk Dan Transaksi HRMIS Sektor Awam Bagi Tahun 2011

2011

Jan FeB MaC aPriL Mei Jun JuLai OgOs sePt Okt nOV

PENGGUNA HRMIS 167,764 153,691 175,275 163,802 180,712 178,005 186,063 207,823 177,889 218,429 239,443

LOG MASUK HRMIS 1,194,340 806,909 954,585 785,787 905,668 857,919 882,617 1,102,283 746,155 1,075,940 1,334,825

TRANSAKSI HRMIS 681,968 642,613 979,348 866,053 1,071,757 970,846 1,089,200 1,321,267 1,071,745 1,835,093 1,980,227

Rumusan daripada trend penggunaan HRMIS sehingga November 2011 mengikut bil. pengguna, log masuk dan transaksi adalah didapati meningkat dengan ketara pada bulan November iaitu penghujung tahun jika dibandingkan dengan bulan pertama. Peningkatan ini satu indikator bahawa HRMIS di terima pakai oleh kebanyakan agensi.

Page 12: Buletin HRMIS 2/2011

12 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

kepAkArAn bpmprogrAm pembAngunAn

Program Pembangunan Kepakaran (PPK) merupakan program kepakaran bagi pembangunan sistem yang komprehensif dirancang dan dilaksanakan mulai pertengahan tahun 2009 oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), JPA. Program ini adalah khusus untuk 27 orang Pegawai Teknologi Maklumat gred F44/F41 dan 35

orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat gred F32/F29 yang bertanggungjawab sebagai Module Owner (MO) dan Developer untuk membangun dan menyenggara modul/submodul HRMIS dan aplikasi-aplikasi lain yang digunakan di JPA.

Melalui PPK kekuatan BPM di dalam menguruskan keperluan teknikal untuk modul-modul dapat dikenal pasti melalui indikator warna kepakaran iaitu hijau, kuning dan merah digunakan untuk menentukan tahap kepakaran. Warna hijau melambangkan pakar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran melebihi 85 peratus, kuning melambangkan separa pakar iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran daripada 50 hingga 85 peratus, dan merah melambangkan belum pakar iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran kurang daripada 50 peratus.

<50% 50-85% >85%

Rajah 1: Warna Kepakaran

15%

26%59%

Bil. MO : 27 orang

16 orang7 orang4 orang

Rajah 2: Status Kepakaran 2011

Page 13: Buletin HRMIS 2/2011

13Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Aktiviti-aktiviti pembangunan kepakaran yang dijalankan adalah secara on-the-job training, program transfer of technology (TOT) dalam kalangan ahli pasukan, program pensijilan profesional yang dilaksanakan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta kursus-kursus lain dalam program training road map.

Sehingga kini status kepakaran anggota mo adalah seperti di rajah 2 dan status kepakaran Developer pula adalah seperti di Rajah 3.

19%

51%

30%

Persekitaran Microsoft Persekitaran OpenSource

Bilangan Developer :Hijau : 7 orangKuning : 17 orangMerah : 11 orang

Bilangan Developer :Hijau : 6 orangKuning : 7 orangMerah : 22 orang

22%17%

61%

Rajah 3 : Status Kepakaran Developer 2011

Dari Imran r.a katanya, saya bertanya: “Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang berkerja?” Baginda menjawab; setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.”

(al-Bukhari)

Page 14: Buletin HRMIS 2/2011

14 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Portal Rasmi HRMIS (Portal HRMIS) merupakan gerbang utama bagi penyaluran maklumat dan infomasi terkini berkaitan aplikasi HRMIS yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA. Portal HRMIS yang dapat dilayari pengguna pada masa kini merupakan portal yang bersifat dinamik.

portal rasmi hrmisAntara muka utama Portal HRMIS ini memfokus kepada makluman semasa yang sentiasa dikemas kini. Nombor talian khidmat Meja Bantuan HRMIS di peringkat Kementerian dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri turut diutamakan bagi membantu pengguna mendapatkan penyelesaian untuk masalah-masalah atau kemusykilan yang dihadapi semasa menggunakan aplikasi HRMIS.

Susun atur portal ini mempunyai menu navigasi yang teratur dan kemas bagi memudahkan carian. Disediakan juga capaian pada muka utama seperti “Muat Turun” dan “Aplikasi Online” bagi memudahkan pengguna mengakses secara terus dengan lebih pantas. Capaian-capaian ini adalah capaian yang sering diakses oleh pengguna dan mendapat hit tertinggi. Akses kepada maklumat adalah apa yang pengguna mahukan, maka, segala maklumat berkaitan dengan modul dan submodul aplikasi HRMIS dapat dicapai dan dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan. Penerbitan bahan bacaan juga disediakan dan dikemaskini. Ia mempunyai ciri-ciri interaktif seperti Buletin HRMIS di dalam versi Flipbook.

Bahagian ini juga menghargai pandangan pengguna. Ruangan tinjauan di sediakan bagi membolehkan pengguna membri penilaian kepada isu-isu tuntutan.Keputusan-keputusan yang diperolehi dikaji bagi membantu bahagian mencari nilai tambah di dalam menyampaikan perkhidmatan.

Page 15: Buletin HRMIS 2/2011

15Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Panduan dan Manual Pengguna Portal turut disediakan di ruangan “Muat Turun” bantuan bagi memudahkan pengguna yang pertama kali melayari portal. Melalui ruangan carian yang disediakan, pengguna mampu mencari maklumat dengan lebih cepat dan pantas tanpa perlu melayari portal sepenuhnya.

Pengguna-pengguna HRMIS disyorkan sentiasa mencapai Portal HRMIS di dalam pencarian maklumat berkaitan HRMIS. Ia mampu membantu pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan meningkatkan pembelajaran bagi melancarkan penggunaan aplikasi HRMIS.

Page 16: Buletin HRMIS 2/2011

16 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Mengenali SISTEM pengurusAn mAklumAt

Disediakan : Fairuz Eliza bt Mohamed Norawi

Peningkatan teknologi maklumat dengan komputer dan perisian aplikasi membolehkan kerja-kerja diautomasikan dan menjadikan maklumat lebih tersedia. Sungguhpun begitu, perisian aplikasi itu sendiri bukanlah sistem maklumat. Sebaliknya, polisi, peraturan dan amalan-amalan yang menggerakkan operasi urusan organisasi serta juga anggota yang berinteraksi dengan maklumat, perisian dan perkakasan membentuk satu sistem pengurusan maklumat. Sistem pengurusan maklumat apabila digabungkan dengan sistem sokongan pembuatan keputusan seperti Decision Support System, Executive Information System dan Expert System dapat membantu organisasi membuat analisis bagi tujuan perancangan.

Pelaksanaan sistem pengurusan maklumat yang berasaskan komputer boleh dianggap sebagai berjaya jika ia dapat meningkatkan kecekapan rutin harian pengguna dan membolehkan pelbagai peringkat stakeholder memperoleh maklumat dalam masa yang diperlukan. Oleh yang demikian untuk mengetahui sama ada sesuatu projek sistem pengurusan maklumat itu berjaya atau tidak, perlu ada objektif yang dapat diukur. Ini membolehkan mereka yang terlibat membuat pelarasan yang sewajarnya supaya faedah sebenar dari pelaksanaan sistem pengurusan maklumat terhasil.

Sesuatu sistem pengurusan maklumat itu tidak perlu mengautomasikan setiap operasi yang ada. Sesungguhnya apa yang penting adalah organisasi perlu mempunyai keyakinan bahawa sistem yang ada itu reliable dan betul (accurate) mengikut fungsi ia disediakan. Ukuran keupayaan sistem mengeluarkan laporan tanpa sebarang kelewatan merupakan satu contoh bagaimana prestasi sistem pengurusan maklumat diukur. Begitu juga dengan ukuran reliability, sebagai contohnya ia mengukur sistem yang mempunyai time-out-of-service tidak melebihi 4 jam dalam masa satu bulan. Malah indikator-indikator ukuran yang dibuat mestilah relevan dengan objektif bisnes organisasi serta dalam konteksnya. Ini adalah supaya ia dapat meningkatkan ketepatan maklumat, mengurangkan masa proses, memberikan hasil yang lebih bermanafaat serta meningkatkan produktiviti.

Pengkaji-pengakji sistem maklumat telah menyatakan bahawa aspek-aspek seperti kualiti sistem dan kualiti maklumat adalah penting di dalam menentukan keberkesanan sistem pengurusan maklumat. Kualiti

Sistem pengurusan maklumat atau disebut sebagai MIS merupakan satu sistem yang dapat menyediakan maklumat yang diperlukan untuk mengurus organisasi dengan cekap dan berkesan. Sistem ini melibatkan tiga perkara iaitu sumber manusia, teknologi dan maklumat di dalam aktiviti-aktiviti seperti pengumpulan, penyimpanan, pengesanan, pengeluaran dan penggunaan maklumat untuk keperluan urusan organisasi.

maklumat adalah merujuk kepada output yang terhasil daripada sistem dan kebergunaannya kepada pengguna. Ia diukur berdasarkan persepsi pengguna terhadap ciri-ciri maklumat dari aspek accuracy, precision, timeliness, reliability, completeness, dan conciseness. Manakala kualiti sistem pula merujuk kepada prestasi sistem itu berdasarkan ciri-ciri sistem dari aspek accuracy, processing speed, response time, easy access, easy use, friendly working environment dan menggunakan teknologi terkini untuk perisian dan perkakasan.

Sebagai rumusan sistem pengurusan maklumat merupakan satu sistem yang dapat mengurus secara efektif pelbagai maklumat mengikut keperluan organisasi tertakluk kepada polisi, peraturan, proses dan kualiti sistem yang dibangunkan supaya simpanan maklumat secara elektronik diurus dengan baik. Maklumat yang tepat dan betul ini kemudiannya dapat diguna bagi tujuan perancangan dan pembuatan keputusan yang lebih berkesan supaya hasil yang lebih baik diperoleh.

Rujukan:1. DeLone, W.H., and McLean, E.R. The DeLone and

McLean Model of Information System Success: A Ten Year Update. Journal of Management Information Systems / Spring 2003, Vol. 19, No.4, pp. 9 – 30.

2. Adeoti-Adekeye, W.B. The importance of management information systems Nigeria Library Review, Vol. 46 No. 5, 1997, pp. 318-327.

3. IS Implementation Guidelines http://www.cgap.org/technology 16/11/2011

Page 17: Buletin HRMIS 2/2011

17Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

bersediakah kita untuk berubah dan menerima transformasi dalam urusan kerja?

Apakah benteng daya saing yang kita bina ini adalah disengajakan?

Apakah AndA yang menjadi benteng penghalang dalam membendung pengaruh kemajuan teknologi?

mana lagi bagus? dulu macam-macam sistem, sekarang semua jadi satu?

Walaupun Kerajaan komited dan merancang bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan

keberkesanan dan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia, namun begitu kejayaan sesuatu perubahan itu terletak di atas tiga sumber iaitu, manusia, sistem dan infrastruktur. Manusia itu adalah anda dan saya, bakal pentadbir-pentadbir sistem, bakal pengguna-pengguna sistem, dan semua Pengurus Sumber Manusia.

Eloklah kita fokuskan terlebih dahulu dengan diri kita sebagai human factor. Ini kerana kitalah orang yang akan menghidupkan sesuatu perubahan, mengguna pakai sistem HRMIS dan mengaplikasikan infrastruktur yang dibekalkan. Mari kita mempersiapkan minda dan fizikal kita untuk menerima tanggungjawab baru ini dan mengaktifkan transformasi ke arah mahir HRMIS. Persoalan artikel ini adalah satu isu umum yang harus dilihat secara positif, dan ditangani dengan bijak dan istiqamah (konsisten) oleh kita semua. Sekiranya pembaca mencari langkah penyelesaian atau jawapan kepada persoalan, ia tidak cukup untuk diberi di sini. Pembaca disyorkan mencari bahan bacaan, idea atau jawapan di bawah topik persepsi, resistance to change dan Change Management.

Tembok Pemisah Hrm dan isDisediakan oleh: Putri Noorafedah bt Megat Tajudin

Baiklah, apakah tembok-tembok yang kita bina atau sedia ada yang menghalang kita untuk menerima dan menggunakan HRMIS? Pernah kah kita terfikir apa yang ada di sebalik tembok itu mungkin adalah sesuatu yang baik untuk kita? Cuma kita kena rajin sedikit sama ada mendaki tembok itu, lompat mengatasi tembok itu atau pecahkan terus tembok yang kita bina itu. Memang ada banyak jenis tembok, sesetengah tembok itu adalah tembok yang diperlukan untuk menyokong struktur lain dan ada yang digunakan sebagai melindungi kita daripada ancaman.

Namun begitu, bagi tembok di antara Projek Sistem Maklumat PSM iaitu (Pengurusan Sumber Manusia) HRM dan (Sistem Maklumat) IS atau dikenali penuh sebagai HRMIS, saya fikir tiada tembok yang harus dipecahkan untuk menyatukan ia. Ini kerana ia hanya akan menyakiti diri kita sendiri. Bila kita sakit, ia pasti akan menimbulkan lagi rasa penolakan, marah, benci dan negatif. Oleh itu, kita harus berhenti menyalahkan tembok yang kita katakan itu, berhenti merungut, berhenti memikirkan dan mengatakan yang buruk tentang tembok itu dan mula ubah persepsi atau pemikiran kita tentang ia. Ia bukan sekadar tembok biasa, ia adalah tembok persepsi yang kita bina.

Mulalah mencari solusi kepada penghalang jalan kita, dengan tidak memusnahkan tembok itu yang ada ditengah jalan. Cuba kita bergerak-gerak sekelilingnya, atau mengalihkan ia, memanjat naik, atau melompat atasnya. Ingat! Pasti akan ada satu penyelesaian bagi set iap masa l ah yang mungk in kita hadapi dalam hidup. Sa tu-sa tunya benda i tu yang menghentikan anda di sini bukanlah benar-benar TEMBOK itu. Ia adalah anda. DIRI ANDA!

Page 18: Buletin HRMIS 2/2011

18 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

FAQ

1. Apakah prasyarat pelaksanaan Modul Penamatan

Perkhidmatan ?

Melengkapkan DATA ASAS di modul/submodul berikut

dengan TEPAT dan BETUL:

a) Modul Pengurusan Rekod Peribadi

b) Modul Profil Perkhidmatan

c) Modul Data Perjawatan

d) Modul Pembangunan

e) Submodul Pengurusan Cuti

f) Submodul Pengurusan Tatatertib

g) Submodul Pengurusan Saraan (Elaun)

h) Submodul Pengurusan Pinjaman

2. Gambar tidak dipaparkan semasa hendak mencetak borang JPA.BP.HRMIS01

walaupun semasa membuka borang tersebut gambar tersebut ada.

Pemilik Kompetensi / Pentadbir Rekod Peribadi perlu memuat naik gambar bersaiz

kurang 204K di modul Pengurusan Rekod Peribadi untuk membolehkan imej ditukar

ke format PDF.

3. Saya telah menghantar permohonan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan

tetapi masih belum dicetak. Bagaimana cara untuk saya mencetak borang-

borang yang telah dihantar:

Mohon Pentadbir Penamatan Perkhidmatan untuk kembali ke Menu Notis ke Pasca

Perkhidmatan untuk mencetak borang-borang yang berkaitan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” (Riwayat Ahmad Dan Muslim)

Page 19: Buletin HRMIS 2/2011

19Buletin HRMISBil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Pantun Seloka PSMOleh: Putri Noorafedah bt Megat Tajudin

Pergi sekolah naik beca,Genggam harapan untuk berjaya,Sudah bersijil, mula berdoa,Bagaimana cara nak dapat kerja.

Mohon SPP, SPKP, JPA, dan SPA,Gembira dapat apa yang dihajat,Itulah dia urusan PSM pun bermula,Proses itu dan ini, semua nak cepat.

PDP 12 hingga 36bulan,Tak sabar tunggu confirmationBila sudah sah dalam perkhidmatan,Jaga integriti dan janganlah action

Tunggu tunggu jangan ditunggu,Pasti tiba bila masanya,Naik pangkat dan juga memangku,Percaya rezeki pasti kan tiba.

NP cepat orang lain marah, NP lambat semua orang marah,Berdoalah supaya hidup dipermudah,Jangan sampai lupa pada Allah.

Pergi kursus jumpa network baru,Pembangunan kompetensi tidak ditinggalkan,Seronoknya bekerja bila berilmu,Peluang diberi jangan disiakan.

Awal tahun SKT dibincang,Tengah tahun SKT disemak,Orang Berjaya,bijak merancangOrang gagal, mengeluh alamak!

Hujung tahun penilaian dibuat,Berdebar nak tahu prestasi sendiri,HRMIS harapan semua penjawat,Laju selaju jari menari.

Penamatan perkhidmatan modul terakhir,Dalam kerjaya semua penjawat,Jadi pesara usahlah khuatir,Demi masa, InsyaAllah belum terlambat,Syurga impian pasti dijabat.

Selamat tinggal PTK, SSM,SBPA, PROSPEK kita fahamkan,Jayakan aspirasi dan visi YAB PM,Tingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatanDemi rakyat yang didahulukan!

Dari Aisyah r.a., isteri Rasullulah s.a.w., dari Rasullulah s.a.w. sabdanya: “Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.”(Muslim)

NOTA

PSM : Pengurusan Sumber ManusiaPDP : Pengesahan dalam PerkhidmatanNP : Naik pangkatSPP : Suruhanjaya Perkhidmatan PendidikanSPA : Suruhanjaya Perkhidmatan AwamSPKP : Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan PerundanganJPA : Jabatan Perkhidmatan AwamSKT : Sasaran Kerja TahunanPTK : Penilaian Tahap KecekapanSSM : Sistem Saraan MalaysiaSBPA : Sistem Baru Perkhidmatan AwamPROSPEK : Program Sepadu Pembangunan KompetensiHRMIS : Human Resource Management Information System

Page 20: Buletin HRMIS 2/2011

20 Buletin HRMIS Bil. 2/2011 • JULAI – DISEMBER

Sidang RedaksiPenaungY.Bhg. Tan Sri Abu Bakar bin Haji AbdullahKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Penasihat Y.Bhg. Dato’ Dr. Ismail bin AliasTimbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Ketua Editor Tuan Haji Kamarudin bin TahirPengarah Bahagian Pengurusan Maklumat

Pasukan EditorialEn. Hairul Rashidan bin Md RashidEn. Shukri bin HamatEn. Mohd Yusuf bin Chek MatEn. Mohd Sahar bin Mohd NoorEn. Abdul Hamid bin AhmadEn. Rosfan bin HashimEn. Zainal Abidin bin SaitEn. Najmuddin bin JemainPn. Putri Noorafedah bt Megat TajudinPn. Mazni bt AhmadPn. Marina bt SaidPn. Salmiah bt IsmailPn. Rosnani bt Saion

Jurugambar En. Hasim bin Zainal AbidinPn. Ayu Salmee bt SalmonPn. Maya Azren bt Nathan

Pengurusan dan Edaran Pn. Fairuz Eliza bt Mohamed NorawiEn. Nawal Zakhran bin Mahazir

Penerbitan Bahagian Pengurusan MaklumatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Percetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Buletin HRMIS akan menjadi saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan dengan penglibatan yang aktif dari para pembaca. Sumbangan anda sangatlah dialu-alukan. Sama ada anda memberikan buah fikiran, pandangan, cadangan atau pertanyaan, penulisan anda hendaklah tidak melebihi 2000 patah perkataan dan ia berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Segala sumbangan hendaklah dialamatkan kepada:

Bahagian Pengurusan MaklumatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bangunan MKN-Embassy Techzone,Aras 3 Blok A, No. 3200

Jalan Teknorat 263000 Cyberjaya

Selangor Darul EhsanE-mel: [email protected]

Sumbangan & Maklum Balas