buletin maik 2011 wednesday, 28 december 2011

32
1 Sumber Pendapatan dan Pengagihan Baitulmal Muka 5 BAITULMAL : JALINAN KERJASAMA PUSBA DENGAN PIHAK LUAR Muka 8 KURSUS MICROSOFT OFFICE 2010 Muka 10 LAWATAN KERJA KE HONG KONG/SHENZEN Muka 15 EDISI 2011

Upload: lamnhan

Post on 18-Jan-2017

242 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

1

Sumber Pendapatandan Pengagihan

BaitulmalMuka 5

BAITULMAL :

JALINAN KERJASAMA PUSBADENGAN PIHAK LUAR

Muka 8

KURSUSMICROSOFT OFFICE 2010

Muka 10

LAWATAN KERJAKE HONG KONG/SHENZEN

Muka 15

EDISI 2011

Page 2: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

2

Sumber Pendapatandan Pengagihan

BaitulmalMuka 5

BAITULMAL :

JALINAN KERJASAMA PUSBADENGAN PIHAK LUAR

Muka 8

KURSUSMICROSOFT OFFICE 2010

Muka 10

LAWATAN KERJAKE HONG KONG/SHENZEN

Muka 15

EDISI 2011

SIDANG REDAKSIPenaung

Dato’ Syekh Uzir Bin BaharomDSDK., AMN., AMK., BCK., BPL.

PenasihatDato’ Haji Kharudin Bin Zain

DSDK., AMK., BCK.

Ketua EditorEncik Abdul Malek Bin Shaari, BCK.

Penolong Ketua EditorPuan Norhasmiza Binti Mt. Zain, BCK.

Sidang EditorPuan Rosnani Binti Haji Abdul Rahim, BCK.

Tuan Syeikh Fakhrurrazi Bin YubTuan Syeikh Ahmad Zaki bin Ghazali

Ustaz Mukhtaruddin Bin IshakEncik Muhamad Fairus Bin Abd.RahimEncik Khairul Anhar Bin Fathir@Fadzil

Puan Masya Mariza Binti Mansur

FotografiEncik Ahmad Bin Othman

Encik Muhd. Khairi Rezza Bin Azmi

Konsep dan RekabentukInfografik Design Consultants

ISI KANDUNGAN

1. Perutusan Yang Dipertua MAIK 32. Dari Meja Penasihat 43. Laporan Kursus Pengurusan Borang Prestasi dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) MAIK Tahun 2011 54. Program Pembangunan Tilawah Al-Quran (Taranum)5. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan MAIK Tahun 2010 56. Pengambilan Kakitangan Baru Di MAIK Tahun 2011 67. Kursus Persekitaran Dan 5S 68. Kursus Human Re-engineering Breakpoint Pada 20-200 Oktober 2011 7 Senarai Nama Ahli MAIK 2011-2012 89. Yang Dipertua MAIK dari dahulu hingga sekarang 910. Penubuhan Bahagian / Unit Baru a. Penubuhan Bahagian Pembangunan Hartanah di MAIK i. Carta Organisasi Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK 10 b. Penubuhan Unit Audit Dalam MAIK 1111. Hasil Kutipan Sewa 1212. Masalah Penyewa Tegar Yang Berjaya Dikenakan Tindakan Mahkamah 1213. Tanah Wakaf Yang Dibangunkan Untuk Tujuan Menara

Telekomunikasi / Pencawang 1214. Projek RMK10 Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 1315. Projek Pembangunan Tanah Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia 1416. Lawatan Kerja Ke Hong Kong/ Shenzen Pada 24 Hingga 28 Februari 2011 1617. Mengenali Personaliti Pekerja 1818. Prestasi Kewangan MAIK 1919. Jalinan Kerjasama PUSBA dengan Pihak Luar 2020. Dari Manakah Baitulmal Mendapat Sumber Pendapatan Dan Ke Manakah Hasil tersebut Dibelanjakan 2121. Carta Aliran Penebusan / Pembelian Balik Pangguan Baitulmal 2122. Bantuan Hari Raya Untuk Fakir Miskin Bagi Tahun 2011 Pada Ogos 2011 Bersamaan 22 Ramadhan 1432H 2223. Kursus Microsoft Office 2010 23 24. Bengkel Penyediaan KEW 1 2325. Kursus OpenOffice.Org 2326. Lawatan Kerja Ke MAIM dan MAINS 2427. Sudut IT 2528. Badan Kebajikan MAIK - Aktiviti-aktiviti Yang Dianjurkan Oleh Badan Kebajikan MAIK 26

Sebarang komen dan penambahbaikan atau cadangan sila hubungi:

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMANBangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Tel (04) 734 3755 / 3990 / 4043Faks (04) 731 6634

e-mel [email protected] Web www.maik.gov.my

2

Page 3: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

3

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Buletin MAIK bagi tahun 2011 akhirnya dapat diterbitkan. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya kita perlu menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W di atas nikmat iman dan Islam. Dua perkara pokok yang ditinggal kepada kita umat Islam hari ini ialah Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Justeru itu, Majlis Agama Islam Negeri Kedah amat menitikberatkan budaya pembacaan Al-Quran dikalangan wargakerjanya dan disertai dengan kelas-kelas pengajian Al-Quran di peringkat zon di dalam Negeri Kedah yang dikendalikan oleh beberapa tenaga pengajar yang telah dilantik.

Saya amat yakin dan percaya bahawa tidak ada satu kaedah pun yang dapat menyelamatkan kita daripada menghadapi cabaran dan arus perubahan semasa melainkan kita tetap berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Dengan niat yang ikhlas, jalinan kerjasama yang erat diantara semua pihak sama ada dengan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, pihak swasta dan individu. Budaya untuk menghidupkan kembali generasi Al-Quran dan Al-Sunnah akan beroleh kejayaan sekiranya langkah pertama dimulakan dan diperjuangkan hingga ke akhir hayat kita semua. Insyaallah kejayaan dan janji-janji Allah S.W.T pasti dapat direalisasikan.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam penerbitan Buletin MAIK Edisi 2011. Semoga penerbitan buletin ini akan menjadi satu medium perantara bagi menyampaikan informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti dan program-program untuk pengetahuan umum. Jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan tiada tandingannya. Hanya Allah S.W.T yang memberi ganjaran kepada semua pihak yang menjayakan usaha murni ini untuk MAIK terus cemerlang pada masa hadapan.

Sekian, wasalam.

DATO’ SYEIKH UZIR BIN BAHAROMDSDK., AMN., AMK., BCK., BPL.Yang DipertuaMajlis Agama IslamNegeri Kedah Darul Aman

PerutusanYang Dipertua

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

3

Page 4: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

4

Saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana sekali lagi dipertemukan dalam Buletin MAIK Edisi 2011.

Pihak Pentadbiran MAIK dari semasa ke semasa sentiasa berusaha dalam meningkatkan lagi prestasi dalam hal pengurusan dan pentadbiran melalui kursus-kursus yang diadakan. Semua kakitangan diwajibkan menghadiri kursus sebanyak 7 hari dalam setahun. Di antara kursus dan latihan yang dilaksanakan ialah ”Key Performance Indicators” dan “5S” bagi merangsangkan minda ke arah pembaharuan dan penambahbaikan. Segala usaha murni dan kerjasama oleh semua pihak telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan di mana pada tahun ini juga MAIK diberi penarafan 4 bintang oleh Jabatan Audit Negara untuk tempoh 3 tahun berturut-turut. Ini merupakan kejayaan yang berterusan dalam usaha meningkatkan prestasi organisasi ini.

Tahniah diucapkan di atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh semua pihak dan semoga usaha-usaha ini mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah S.W.T. hendaknya.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HAJI KHARUDIN BIN ZAINDSDK., AMK., BCK.SetiausahaMajlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

Dari MejaPenasihat

4

Page 5: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

5

Penerima Anugerah PerkhidmatanCemerlang Tahun 2010

Tuan Syeikh Ahmad ZakiBin Ghazali

Penerima Anugerah PerkhidmatanCemerlang Tahun 2010

Puan Nor AizrahBinti Abdul Had

PROGRAM PEMBANGUNAN TILAWAH AL-QURAN

(TARANUM)Pihak pentadbiran Majlis dengan kerjasama Tuan Syeikh Othman bin Mohd. Noor Al-Hafiz dan Tuan Haji Kasim bin Hj. Ahmad mulai tahun 2000 hingga sekarang telah mengadakan Program Pembangunan Tilawah Al-Quran di Masjid Al-Bukhari, Alor Malai dan Masjid Sungai Menghulu, Langkawi, Kedah.

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan individu yang bersih hatinya, pemikirannya, pandangan hidupnya, perasaannya dan murni perjalanan hidupnya dari sebarang unsur yang lain selain daripada landasan Illahi yang terkandung dalam Al-Quranul Karim. Dalam erti kata lain ialah belajar untuk melaksana serta merta iaitu mempelajari Al-Quran sebagaimana arahan dan perintah Allah di dalam urusan hidup bermasyarakat dan individu untuk diamalkan.

Pada 24 April 2011 yang lalu, pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Borang Prestasi Dan Sasaran Kerja Tahunan dan dihadiri oleh 30 orang kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Aziz bin Yusoff dari Institut Tadbiran Awam Wilayah Utara (INTURA) Sungai Petani yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

KELEBIHAN-KELEBIHAN KURSUS PENGURUSAN BORANG PRESTASI DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

Dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam pengurusan Borang Prestasi Dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).i-

ii- Dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan tentang kepentingan pengurusan Borang Prestasi Dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terhadap borang prestasi tahunan.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KAKITANGAN MAJLIS

AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2010

Pada 28 Julai 2011 yang lalu, pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 serta sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Regency Alor Setar dan dihadiri oleh semua kakitangan MAIK. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Sohibus Saadah Dato’ Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Seramai tiga orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 iaitu :-

Tuan Syeikh Ahmad Zaki bin Ghazali1- Puan Nor Aizrah binti Abdul Hadi2- Encik Ahmad bin Othman3-

Dalam intipati ucapan Dato’ Yang Dipertua, beliau memberi penekanan mengenai penglibatan semua kakitangan dengan memberikan komitmen yang padu di dalam usaha menjadi sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga telah menerapkan nilai-nilai murni iaitu menggalakkan sifat-sifat positif seperti berkelakuan baik, ikhlas dalam melakukan pekerjaan dan mengelakkan diri dari gejala rasuah.

Adalah diharapkan bahawa dengan adanya majlis ini dapat memberikan suntikan semangat dan meningkatkan motivasi kakitangan lain di dalam memberikan perkhidmatan cemerlang pada masa hadapan.

Kursus Pengurusan Borang Prestasi Dan Sasaran Kerja

Tahunan (SKT) Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul

Aman Tahun 2011

5

Penerima Anugerah PerkhidmatanCemerlang Tahun 2010

Encik AhmadBin Othman

Page 6: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

6

PENGAMBILAN KAKITANGAN BARU DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2011

Pada tahun 2011, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah menerima ahli keluarga baru dengan perlantikan 5 orang kakitangan yang baru. Mereka yang berjaya menjadi kakitangan baru di MAIK ialah:-

1. Encik Mohd. Fairus bin Abdul Rahim - Pegawai Tadbir N412. Puan Masya Mariza binti Mansur - Penolong Juru Audit W273. Encik Mohd. Nizam bin Saad - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N174. Encik Muhd. Khairi Rezza bin Azmi - Juruaudio Visual N175. Encik Fadzil bin Khalid - Pemandu Kenderaan Bermotor R3

Semoga dengan kehadiran wargakerja yang baru akan membantu melicinkan lagi pentadbiran di MAIK.

KURSUS PERSEKITARAN DAN 5S ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN DENGAN

KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Pada 12 Oktober 2011 yang lalu, pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA Kedah telah berjaya menganjurkan kursus Persekitaran Dan 5S yang dihadiri 34 kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Kursus 5S adalah konsep kebersihan yang diperkenalkan oleh Jepun. Amalan penjagaan kebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat yang kemas dan bersih berdasarkan kepada tempat untuk semua dan semuanya ditempat.

Objektif utama penjagaan kebersihan ialah untuk mempraktik disiplin dan moral yang baik dikalangan pekerja. Ini dapat meninggikan produktiviti dan membenruk tabiat kerja yang baik.

Pengertian 5S :-1- SEIRI = ASINGKAN2- SEITON = SUSUNKAN3- SEISO = BERSIHKAN4- SEIKETSU = KEKALKAN5- SHITSUKE = LATIHAN DAN DISIPLIN

Kelebihan-Kelebihan Kursus Persekitaran dan 5S

a) Memberi pendedahan tentang persekitaran 5S dengan lebih mendalam.b) Dapat memdisplinkan diri tentang penjagaan kebersihan di tempat kerja dan di rumah.

6

Page 7: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

7

KURSUS HUMANRE-ENGINEERING BREAKPOINT

PADA 20-22 OKTOBER 2011Pada 20 – 22 Oktober 2011, pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah berjaya mengadakan Kursus Human Re-engineering Breakpoint mengadakan satu kursus bertempat di The Regency Alor Setar. Kursus ini telah dihadiri seramai 46 orang kakitangan.

Kursus ini telah diuruskan oleh HRB Training Cosultancy yang diterajui oleh Encik Abdul Rahman bin Ahmad dan dibantu oleh Encik Ghazali bin Endon.

Melalui kursus ini telah berjaya menekankan kepada ketahanan individu dalam membentuk jatidiri individu yang cemerlang. Ia dapat direalisasikan dalam bidang pekerjaan yang mana boleh menyerap tekanan yang di hadapi dalam pekerjaan.

Kelebihan-Kelebihan yang diperolehi adalah seperti berikut:-- Dapat mendidik jiwa menjadi insan yang cemerlang.- Dapat menjadi insan yang sanggup menerima dan menghadapi tekanan.- Melahirkan insan yang bertanggungjawab.- Dapat menjadi insan yang bermotivasi.

7

Page 8: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

8

Bil Nama

1. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Syeikh Uzir bin Haji Baharom, DSDK., AMN., AMK., BCK., BPL.)

2. Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad,

DHMS., DSDK., BKM.)

3. Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Wira Syeikh Yahya bin Haji Jusoh, DGMK., DSDK., BCK.)

4. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Seraja Setia, Dato’ Paduka Haji Rasli bin Basir, DHMS., DGMK., DSDK., AMK., BCK.)

5. Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, DSDK., BCK.)

6. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Wira Haji Mohd. Puat bin Mohd. Ali, DGMK., DSDK., AMN., AMK., BCK., BPL.)

7. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran Dan Koperasi Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Haji Mohamed Taulan bin Mat Rasul., DSDK., PSK.)

8. Yang Berbahagia Dato’ Bijaya Indera, Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, DHMS., JMN., SDK., PAT., BMS., AMK., BCK., BPL., JP. Ketua Setiausaha Sulit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Sultan Negeri Kedah Darul Aman / Pengelola Bijaya Diraja.

9. Sohibul Samahah Dato’ Mursyid Di Raja, Dato’ Paduka Syeikh Abdul Majid bin Mohd. Noor, DHMS., DPMK., PCK., JP. No. 9, Seberang Pantai Johor, 05150 Alor Setar,Kedah.

10. Yang Berbahagia Dato’ Wira Mahkota, Dato’ Wira Haji Ismail bin Hamid, DGMK., DSDK., AMN., AMK., BCK., BPL. 3128, Seri Taman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah.

11. Yang Berbahagia Tuan Syeikh Othman bin Md. Noor Al-Hafiz, AMK., BCK. No. 42, Taman Seri Pantai, Pantai Johor 05250 Alor Setar.

12. Yang Berbahagia Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Haji Muhamad Nor bin Haji Rofie, DSDK., AMK., BCK.,BPL.)

13. Yang Berbahagia Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (Dato’ Syeikh Ghazali bin Yaacob, DSDK.)

14. Yang Di Hormati Ketua Polis Negeri Kedah Darul Aman Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah Jalan Stadium, 05000 Alor Setar. (DCP Dato’ Ahmad bin Ibrahim, DPSK., JMN., DSPP., KMN., ANS.)

15. Yang Berbahagia Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman (Encik Elmi bin Yusoff, SDK., AMN., AMK., BCK.)

16. Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Aziz bin Hj. Hanafi, SDK. Dekan Kulliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

17. Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Fadzil bin Haji Awang, DSDK., AMK., BCK. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman

18. Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Abd. Razak bin Yusof, DSDK., BCK. Pengetua Sekolah Menengah Agama Maahad Dini

19. Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Ismail, AMK., BCK. Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah Darul Aman

20. Yang Berbahagia Tuan Haji Nasir bin Haji Othman Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPS) Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar.

21. Yang Berbahagia Dato’ Seraja Wangsa, Dato’ Syed Azizan bin Syed Mohamad, DSDK., JSM., KMN., AMN., BCK. 2824 N, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar.

22. Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Abd. Hamid bin Md. Tahir, DSDK., AMN., AMK. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.

23. Yang Berbahagia Dato’ Hajjah Nafisah binti Abdullah, DSDK., BCK. Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

24. Yang Berbahagia Professor Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh bin Hj. Din, DGMK., DSDK., SMK., AMK. 698-F, Batu 3, Jalan Jeniang, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman.

25. Yang Berbahagia Tuan Syeikh Ahmad Faisol bin Hj. Omar, AMK., BCK. Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu Jalan Changloon, 06000 Jitra.

26. Yang Berbahagia Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah (Dato’ Haji Kharudin bin Zain, DSDK., AMK., BCK.)

SENARAI NAMA AHLI MAIK 2011-2012

8

Page 9: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

9

Dato’ Wira Syeikh Yahaya Bin Hj. JusohYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Kasim Bin Haji SaadYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

Syeikh Wan Sulaiman Bin Wan SidikSyeikhul Islam dan Yang Dipertua

Majlis Agama IslamNegeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Ismail Bin Haji SallehYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Abd. Halim Bin OthmanYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

Dato’ Haji Abd. Rahman Bin Abdul LatifYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

Dato’ Paduka Syeikh Abd Majid Bin Mohd. Noor (Dato’ Mursyid Diraja)

Yang Dipertua Majlis Agama IslamNegeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Othman Bin Hj. IbrahimYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Mohd. Yusuf Bin Hj. Ismail(Dato’ Jaya Perkasa)

Yang Dipertua Majlis Agama IslamNegeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Abd. HalimBin Dato’ Abd. Rahman

Yang Dipertua Majlis Agama IslamNegeri Kedah Darul Aman

Dato’ Syeikh Uzir Bin Hj. BaharomYang Dipertua Majlis Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAH DARUL AMAN DARI DAHULU HINGGA SEKARANG

9

Page 10: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

10

BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAHTujuan Penubuhan

Selaras dengan pemerkasaan MAIK, maka Majlis Agama Islam Negeri Kedah mewujudkan Bahagian Pembangunan Hartanah. Pengwujudan bahagian ini bagi memastikan tanggungjawab MAIK sebagai pemegang amanah tunggal harta Wakaf dan Baitulmal di Negeri Kedah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahagian ini berperanan dalam mengurus, membangun dan menyelenggara harta-harta tersebut agar dapat memberikan pulangan dan manfaat kepada umat Islam di negeri ini.

Latar Belakang

Permohonan mewujudkan Bahagian Pembangunan Hartanah telah dibuat melalui Kertas Kerja Pengstrukturan Semula MAIK yang telah dihantar kepada JPA pada 17 Disember 2009. Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Am dan Kewangan Bil 3/2010 pada 23 November 2010 telah meluluskan pengwujudan Bahagian Pembangunan Hartanah dengan pengambilan 3 jawatan sementara iaitu Pegawai Pembangunan Hartanah (N41) dan 2 jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/ Operasi (N17) pada tahun 2011.

Objektif Pembangunan Hartanah

Merancang pembangunan hartanah di Majlis Agama Islam Kedah supaya mendatangkan pulangan hasil kepada Majlis 1. secara optimum dan efektif bagi membantu meningkatkan ekonomi kepada Majlis dan umat Islam di Negeri Kedah. Melaksanakan segala bentuk pembangunan fizikal untuk Majlis Agama Islam Negeri Kedah. 2. Mengurus selia projek-projek pembangunan yang dilaksanakan supaya ianya dapat memenuhi kehendak Majlis Agama 3. Islam Negeri Kedah selaras dengan hukum syarak. Menyelenggara pembangunan hartanah Majlis bagi memastikan pembangunan sedia ada berada dalam keadaan yang 4. sempurna dan ekonomik.

Fungsi-fungsi utama Pembangunan Hartanah

Membuat kajian kemungkinan dan analisa sebelum sesuatu pembangunan hartanah MAIK dilaksanakan.• Mentadbir dan mengurus projek-projek pembangunan hartanah Majlis supaya berada dalam keadaan baik dan •memanfaatkan hartanah MAIK.Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan Majlis yang sedang berjalan.•Memastikan penyelenggaraan hartanah MAIK secara terancang, sistematik dan selamat.•

PENUBUHAN BAHAGIAN /UNIT BARU DI MAIK

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAHMAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH

* Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah

10

Page 11: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

11

PENUBUHAN UNIT AUDIT DALAM MAJLIS AGAMA ISLAM

NEGERI KEDAHBila AUDIT DALAM ditubuhkan?Pada tahun 2009, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Audit Dalam dalam jentera pentadbiran. Tujuan penubuhan Unit Audit Dalam bersesuaian dengan objektif Audit demi untuk mempertingkatkan lagi akauntabiliti dan ketelusan dalam operasi Majlis Agama Negeri Kedah.

Audit Dalam telah ditubuhkan sebagai satu Unit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan ia mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Bahagian ini dianggotai oleh seorang Penolong Juruaudit Dalam yang dilantik secara rasmi pada 3 Januari 2011. Bagi menjamin beliau mempunyai kebebasan dalam menjalankan kerja audit dalaman, beliau melapor terus kepada Yang Dipertua MAIK.

Apa Itu AUDIT DALAM?Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan penilaian yang berterusan serta sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi.

Justeru itu Audit Dalam sebagai satu badan bebas, menjalankan penilaian yang objektif dan aktiviti perunding bertujuan untuk menambah nilai dan mempertingkatkan operasi organisasi. Ia membantu organisasi mencapai objektifnya melalui pendekatan audit yang berdisiplin dan sistematik untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan risiko pengurusan, kawalan dan proses Tadbir Urus. Hasil daripada auditan adalah dalam bentuk laporan.

Siapa yang terlibat dalam AUDIT DALAM?Unit Audit Dalam telah memulakan mesyuarat Jawatankuasanya yang pertama pada 28 Mac 2011 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Jawatankuasa Audit Dalam dianggotai oleh sembilan orang ahli yang terdiri daripada Setiausaha Majlis, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Ketua Bahagian Kewangan dan Pelaburan, Ketua Bahagian Baitulmal, Ketua Bahagian Wakaf, Ketua Bahagian Sumber Maklumat, Pengetua PUSBA, Pengurus Syarikat Pengurusan Izzah Sdn Bhd, Penyelia Syarikat Lubitrade Sdn Bhd dan Penolong Juruaudit selaku setiausaha mesyuarat. Unit Audit Dalam akan bermesyuarat sebanyak empat kali setahun mengikut pekeliling perbendaharaan bilangan 9 2004.

Apakah fungsi AUDIT DALAM?Penolong Juruaudit Dalam melalui Unit Audit Dalam diberi kuasa untuk memeriksa segala harta benda, rekod dan fungsi Bahagian, Anak-anak syarikat milik MAIK serta PUSBA. Untuk membolehkan Penolong Juruaudit Dalam melaksanakan kewajipannya, beliau diberi kuasa untuk mengakses secara bebas dan tanpa halangan segala fungsi, rekod, harta benda dan personel Bahagian, Anak-anak syarikat milik MAIK serta PUSBA, jika perlu, dengan izin daripada Yang Dipertua MAIK.

Kenapa perlu UNIT AUDT DALAM?Unit Audit Dalam adalah satu unit yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan audit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Daripada hasil audit ini boleh membekalkan dengan maklumat penting dan berguna. Unit Audit Dalam dapat membantu dalam mengenalpasti samada wujudnya kawalan dalaman yang mencukupi ke atas proses pentadbiran dan sistem. Unit Audit Dalam dapat mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kecekapan dan keberkesanan proses pentadbiran serta mencadangkan penambahbaikan dalam bidang ini dan berkaitan.

Bagaimana UNIT AUDIT DALAMmenjalankan tugasnya?Unit Audit Dalam melakukannya dengan cara menjalankan kajian bebas dan objektif terhadap operasi dan prosedur MAIK. Oleh itu Unit Audit Dalam adalah kawalan pengurusan dan matlamatnya adalah membantu MAIK melaksanakan tanggungjawab dengan cara melengkapkan analisis, penilaian, cadangan dan komen-komen yang bersangkut-paut dengan aktiviti yang dikaji. Pencapaian matlamat ini melibatkan

- Menilai keberkesanan kekukuhan dan kecukupan struktur kawalan dalaman. Kualiti dan pembaikan berterusan ditekankan dalam proses kawalan organisasi.

- Mengkaji kepatuhan terhadap polisi, perancangan, prosedur-prosedur, undang-undang dan peraturan-peraturan.

- Mengesahkan kewujudan aset-aset dan menentukan ianya telah diperakaunkan dengan betul serta dilindungi daripada sebarang jenis kerugian.

- Menyemak kebolehpercayaan kesahihan maklumat kewangan dan data operasi dengan menilai keseluruhan kawalan dan prosedur keselamatan komputer dalam pemprosesan data.

- Menjalankan pemeriksaan dan semakan khas yang dipinta oleh pihak pengurusan termasuk menyiasat laporan penipuan, pecah amanah, kecurian dan pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.

- Menilai dari segi ekonomi dan kecekapan penggunaan sumber-sumber yang digunakan serta mencadangkan pembaikan dalam operasi.

- Menentukan sejauh mana objektif dan sasaran yang ditetapkan untuk operasi atau program tercapai dengan cara yang efektif, efisyen dan ekonomikal dalam kekangan kos yang efektif dan sejajar dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Rujukan:Pekeliling Perbendaharaan bilangan 9 Tahun 2004http://www.mais.net.my/audit dalam

11

Page 12: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

12

HASIL KUTIPAN SEWA

JENIS HARTANAH

HASIL TAHUN 2010

HASIL TAHUN 2011

(SETAKAT 30/06/2011)

WAKAF AM RM104,722.00 RM54,867.00

WAKAF KHAS RM540,109.90 RM234,284.00

BANGUNAN BAITULMAL RM427,940.00 RM178,298.00

BENDANG BAITULMAL RM78,470.83 RM112,889.00

JUMLAH RM1,151,242.73 RM580,338.00

Pengertian wakaf – wakaf adalah salah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Amalan wakaf adalah salah satu ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang mendapat ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan bagi tujuan wakaf tersebut. Wakaf terbahagi kepada dua iaitu Wakaf Am dan Wakaf Khas.

Wakaf Am bertujuan untuk kebajikan umum maslahat umat Islam.

Wakaf Khas bertujuan untuk kebajikan yang telah ditetapkan oleh pewakaf seperti anak-cucu/ zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.

Hasil harta Wakaf Am terdiri daripada sewaan tanah bendang, tapak dan juga rumah kediaman. Manakala, hasil Wakaf Khas pula terdiri daripada sewaan tanah bendang, tapak dan menara telekomunikasi. Hasil yang diperolehi daripada Wakaf Am dan Baitulmal digunakan untuk tujuan bantuan dan kebajikan umum maslahat umat Islam. Bagi hasil sewa Wakaf Khas pula digunakan untuk tujuan kebajikan yang telah ditetapkan oleh pewakaf seperti masjid, surau, sekolah agama dan lain-lain.

MASALAH PENYEWA TEGAR YANG BERJAYA DIKENAKAN TINDAKAN MAHKAMAHSepanjang tahun 2010 terdapat beberapa penyewa yang dikenalpasti sebagai penyewa tegar oleh pihak syarikat. Senarai penyewa tersebut telahpun dipanjangkan kepada Panel Peguam Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk dikenakan tindakan mahkamah bagi mendapatkan

kembali tunggakan sewa dan juga tanah tersebut. Setakat 30 Jun 2011 sebanyak 3 kes telah berjaya diselesaikan di mana pihak Majlis berjaya merampas kembali tanah yang disewakan. Tanah-tanah yang yang telah diambil alih seperti berikut:

Tanah Bendang Milik Baitulmal 1. GM 107, Lot 1741, Mukim Tunjang, Daerah Kubang Pasu. Tanah Bendang Milik Baitulmal 2. GM 213, Lot 2165, Mukim Jeram, Daerah Kubang Pasu. Tanah Lot Milik Wakaf 3. GRN 8557, Lot 108, Mukim Kulim, Daerah Kulim.

TANAH WAKAF YANG DIBANGUNKAN UNTUK TUJUAN MENARA TELEKOMUNIKASI / PENCAWANGSetakat 30 Jun 2011 pihak Majlis telah menyewakan sebanyak 23 sewaan tapak tanah wakaf kepada 7 syarikat yang telah menandatangani perjanjian dengan pihak Majlis untuk tujuan pembinaan menara telekomunikasi di sekitar Negeri Kedah. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:

Digi Telecomunications Sdn. Bhd.1. Celcom ( M ) Berhad2. Maxis Broadband Sdn. Bhd.3. Yiked Bina Sdn. Bhd.4. Syruz Corporation Sdn.Bhd5. Stage One Resources Sdn. Bhd.6. Permata Iltizam Sdn. Bhd.7.

Hasil sewaan yang diperolehi daripada syarikat-syarikat ini disalurkan kembali kepada masjid-masjid, surau-surau yang terlibat untuk kebajikan surau dan masjid tersebut.

TAHUNHASIL

TERKUMPUL (RM)

BELANJA(RM)

SETAKAT 31/12/2010 487,517.79 126,461.30

SETAKAT 30/06/2011 428,577.49 127,800.20

Renungan:-

Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hiban yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”

12

Page 13: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

13

PROJEK RMK10JABATAN WAKAF ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR)

2. Cadangan Pembangunan Rumah Kedai Lot 319 Limbong Kapal

WakafKhasAnakcucuMohdAriffin Bin Morad GRN 19523 Lot 319 Bandar Alor Setar (Limbong Kapal) Luas 1.4381Hektar (4r 482j 40kp) Bangunan Kedai Pejabat (3 tingkat)

1. Menyiapkan Bangunan Sek. Men. Agama Maahad Ad Dini

Wakaf Khas Sek. Men. Agama Maahad Ad Dini GM 455 Lot 1306 MK. Pumpong (Suka Menanti) Luas 1.016Hektar (3.5351r) Menyiapkan Bangunan Sekolah Kos Pembinaan RM15 Juta

Cadangan Pembangunan RMK10 di atas tanah Wakaf surat hakmilik GM 455 Lot 1306 Mk. Pumpong seluas 1.016hektar Daerah Kota Setar adalah tanah Wakaf Khas Sekolah Agama Maahad Ad Dini. Majlis Agama Islam Negeri Kedah merupakan Nazir Amanah ke atas tanah tersebut.

Anggaran kos pembangunan tersebut adalah sebanyak RM15 juta dan peruntukan akan disalurkan oleh Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR) melalui projek RMK10.

- Kos pembinaan RM15 juta Hotel Wakaf - Kos pembinaan RM30 juta

Cadangan pembangunan Rumah Kedai Lot 319 Limbong Kapal yang terletak di atas surat hakmillik GRN 19523, Lot 319 Bandar Alor Setar (Limbong Kapal) adalah tanah Wakaf Khas Anak Cucu milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang mempunyai keluasan seluas 1.4381hektar (4r 482j 40kp). Anggaran kos pembangunan tersebut adalah sebanyak RM45 juta dan peruntukan akan disalurkan oleh Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR) melalui projek RMK10.

13

Page 14: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

14

Masjid Sultan Muzaffar Shah1. Di atas Lot & Plot A, Seksyen 45 Mukim Bandar Sungai Petani Daerah Kuala Muda Unit : 4 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 17 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 29 / 03 / 2011

Masjid Al-Halimi2. Di atas Lot 299, 989 dan sebahagian Lot 102, Seksyen 10 Mukim Bandar Baharu Daerah Bandar Baharu Unit : 4 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 17 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 29 / 03 / 2011

Masjid Tanah Merah3. Di atas Lot 467, Pekan Tanah Merah Mukim Guar Kepayang Daerah Pendang Unit : 4 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 17 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 17 / 03 / 2011

PROJEK PEMBANGUNAN TANAH WAKAF YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Projek Pembinaan Bazar Wakaf Rakyat adalah kerjasama di antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerusi peruntukan bajet 2010 Yayasan Waqaf Malaysia.

Yayasan Waqaf Malaysia telah memperuntukkan pembiayaan bagi pembinaan Bazar Rakyat di atas tanah wakaf kawasan masjid di Negeri Kedah dengan jumlah peruntukan RM2.05 juta untuk tahun 2010. Projek pembinaan Bazar Rakyat ini akan dikawalselia melalui syarikat perunding dan kontraktor yang dilantik oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

Pembinaan Bazar Rakyat adalah berkonsepkan kedai di dalam kawasan Masjid yang akan memberi pulangan hasil kepada Majlis melalui pengurusan sewa oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Bazar Wakaf Rakyat yang telah dibangunkan di atas hartanah wakaf oleh Yayasan Waqaf Malaysia akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis Agana Islam Negeri Kedah dan segala urusan berkaitan penyelanggaran bangunan adalah di bawah tanggungjawab pihak MAIK sebagai pemegang amanah tunggal wakaf di Negeri Kedah.

Pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyenaraikan lokasi yang berpontesi untuk membina Bazar Rakyat di seluruh Negeri Kedah.

Senarai-senarai Bazar Rakyat yang telah siap dibina :-

14

Page 15: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

15

Senarai-senarai Lokasi Bazar Rakyat di dalam Perancangan Pembinaan :

Masjid Al-Khariah Bedong 4 unit.1. Madrasah Tarbiyatul Atfal, Alor Semandom, Alor Setar sebanyak 4 unit.2.

Masjid Seri Jerai4. Di atas Lot 53, Seksyen 7 Mukim Bandar Gurun Daerah Kuala Muda Unit : 4 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 17 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 17 / 03 / 2011

Masjid Al-U’la5. Di atas Lot 11309, Kariah Teloi Tua Mukim Teloi Daerah Sik Unit : 4 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 17 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 29 / 03 / 2011

Masjid Nur Al-Iman6. Di atas Lot 222, Seksyen 5 Kampung Keda, Kuala Sungai Udang Mukim Bandar Yan DaerahYan Unit : 3 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 13 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 14 / 03 / 2011

Masjid An-Naim7. Di atas Lot 128, 435 & 437 Pekan Sungai Kechil Hilir Mukim Bandar Baharu Daerah Bandar Baharu Unit : 2 Tarikh Mula Dibina : 20 / 12 / 2010 Tarikh Siap : 13 / 03 / 2011 Tarikh Terima Kunci : 14 / 03 / 2011

15

Page 16: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

16

Window of the World

Tn. Hj. Mohd. Zohdi B. Hj. Saad menyampaikan sumbangan daripada MAIK kepada Tuan Imam Masjid Shangmeilin

Tn. Hj. Fathullah Suhaimi B. Hj. Ismail menyampaikan sumbangan daripada MAIK kepada Tuan Imam Masjid Kowloon.

16

Page 17: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

17

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan lawatan kerja ke Hong Kong dan Shenzen selama 5 hari 4 malam iaitu pada 24 hingga 28 Februari 2011. Seramai 20 orang pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah terlibat dalam lawatan tersebut.

Lawatan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan Majlis dalam mencapai kejayaan membangunkan organisasi Majlis. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama, sokongan padu dan nasihat serta dorongan yang membina dari Ahli-Ahli Majlis. Di samping itu, lawatan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada kakitangan di dalam Pengurusan Pentadbiran Islam di luar negara.

Antara lokasi menarik yang dilawati di Hong Kong ialah Masjid Kowloon, Victoria Peak, Kampung Nelayan Aberdeen dan Kilang Permata JC. Manakala di Shenzen pula Masjid Shangmeilin, Window of the World dan Dongmen Market.

Peserta rombongan telah menunaikan solat di Masjid Shangmeilin yang merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Shenzen. Masjid ini dibina oleh pedagang Muslim yang datang berdagang di Shenzen. Ia merupakan tempat bagi umat Islam di Shenzen melakukan ibadat sembahyang dan aktiviti keagamaan. Sebagai tanda ingatan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam, Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyumbangkan 100 naskhah surah Yasin dan taqwim digital untuk kegunaan jemaah di situ. Sumbangan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Zohdi B. Hj. Saad kepada Tuan Imam masjid tersebut. Peserta juga sempat bersolat di Masjid Kowloon, iaitu salah satu Masjid utama di Hong Kong. Masjid ini aktif mengadakan aktiviti keagamaan

LAWATAN KERJA KE HONG KONG/SHENZEN PADA 24 HINGGA 28 FEBRUARI 2011

seperti kelas pengajian Al-Quran, kuliah agama serta majlis kenduri perkahwinan. Kapasiti masjid ini boleh memuatkan seramai 2000 jemaah. Pembinaan masjid ini telah dibiayai oleh Mass Transit Railway Corporation dan derma dari masyarakat Islam setempat. Ketua Imam masjid ini adalah Mufti Hong Kong iaitu Tn. Hj. Muhammad Arshad sejak tahun 2001. Sebagai tanda ingatan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam, Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyumbangkan 100 naskhah surah Yasin dan taqwim digital untuk kegunaan jemaah di situ. Sumbangan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Fathullah Suhaimi B. Hj. Ismail kepada Tuan Imam masjid tersebut.

FAEDAH DIPEROLEHI HASIL DARIPADA LAWATAN KERJA KE HONG KONG DAN SHENZEN

Dapat mengenali budaya masyarakat Islam di i) China.

Dapat meluaskan pengetahuan serta memberi ii) pengalaman baru kepada kakitangan MAIK.

Memberi lebih pengetahuan berkenaan iii) kejatuhan sesebuah negara, bangsa dan agama yang berkait rapat dengan sistem pentadbiran negara tersebut.

Insaf dengan keagungan dan kebesaran Allah iv) SWT.

Bersyukur kerana negara Malaysia adalah v) negara Islam dan dapat melaksanakan serta mentadbir institusi Islam dengan mendapat sepenuhnya sokongan dan bantuan dari pihak pentadbir negara.

Dapat mengetahui bahawa tidak mudah untuk vi) mentadbir dan mengurus sesebuah istitusi Islam jika pentadbiran negara adalah di bawah pentadbiran bukan Islam.

17

Page 18: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

18

MENGENALIPERSONALITI PEKERJAPekerja merupakan tonggak sesebuah organisasi. Justeru, mereka inilah yang akan menentukan jatuh bangun organisasi yang didukungi mereka, tidak kiralah sama ada sebuah syarikat swasta atau kerajaan. Komitmen pekerja akan menentukan sama ada sesebuah syarikat itu akan beroleh keuntungan atau sebaliknya. Bagi jabatan kerajaan pula, kakitangannya akan mencerminkan imej jabatan tersebut. Di dalam sesebuah organisasi sekurang–kurangnya terdapat tiga golongan pekerja.

1) Pekerja yang komited dengan kerjanya dan mereka menjalankan tugas dengan sempurna.

2) Pekerja yang berkerja sambil lewa.3) Pekerja yang semata–mata berkerja untuk mendapatkan

gaji.

Golongan Pertama terdiri daripada mereka yang rajin atau bersungguh-sungguh dalam menjalankan kerja yang diamanahkan, sentiasa akur pada arahan yang dikeluarkan dan akan menjalankan tanggungjawab tanpa berlengah-lengah sehingga tugasan diselesaikan. Mereka lebih banyak bekerja daripada bercakap. Pekerja dalam golongan ini akan menyelesaikan kerja dengan cepat dan kadang-kadang lebih awal daripada yang dijadualkan.

Di samping itu, golongan pekerja dalam kategori ini sentiasa amanah dan ikhlas dalam kerjanya. Mereka merasakan, apa yang dikerjakan sebagai tanggungjawab yang semestinya dijalankan tanpa sebarang pertikaian. Mereka tidak mementingkan pujian atau pengiktirafan sepanjang berkerja. Bagi mereka,kerja adalah amanah yang perlu ditunaikan.

Walau bagaimanapun, pekerja kategori ini kebiasaannya tidak popular dalam organisasinya kerana kelemahan dalam aspek interpersonalnya. Oleh itu, mereka kurang berinteraksi disebabkan konsentrasinya lebih kepada melaksanakan tugasan yang diberikan. Sekiranya tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan, maka mereka sanggup berkerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran.

Golongan Kedua pula ialah pekerja yang menjalankan tugas sambil lewa. Mereka banyak bercakap tetapi kurang berkerja. Kerja mereka tidak menentu,dan lebih serius lagi pekerja lain terpaksa menyelesaikan kerja yang tertangguh.

Selain daripada itu,mereka akan melontarkan pelbagai idea yang ‘’unggul’’ dan cuba’’ mengimaginasikan’’ idea itu untuk memperolehi kepercayaan daripada majikan. Walaupun tidak mampu menjalankan kerja itu, tetapi dia akan berusaha mempamerkan kebolehannya dengan pelbagai cara semata-mata untuk memenangi hati majikan tetapi tidak membuat sesuatu untuk membangunkan organisasi.

Golongan Ketiga ialah pekerja yang bekerja semata-mata untuk mendapatkan gaji. Pada kebiasaannya, pekerja di dalam kategori ini merupakan golongan majoriti yang bekerja mengikut peraturan di dalam sesebuah organisasi. Mereka akan tiba ke pejabat pada pukul 8.00 Pagi dan akan segera pulang tepat pukul 5.00 Petang. Golongan ini akan bekerja

mengikut masa dan tidak akan bekerja lebih dari masa yang ditetapkan. Jika khidmat mereka diperlukan selepas waktu bekerja, mereka tidak akan memberi kerjasama.

Selain itu, golongan ini tidak kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas. Mereka menjalankan tugas harian dengan hanya berpandukan prosedur sedia ada. Seandainya mereka mendapat tugasan yang baru atau sukar dilaksanakan, mereka tidak berupaya melaksanakannya kerana mereka lebih fokus kepada kerja rutin sahaja. Mereka enggan berusaha menyelesaikan tugasan yang memerlukan daya pemikiran yang kreatif.Justeru itu, pekerja ini perlu diberi perhatian dan bimbingan.

Berdasarkan kepada tiga golongan pekerja yang dikategorikan di atas, sebagai pekerja kita dapat mengenalpasti golongan mana kita berada. Sekiranya kita berada di dalam golongan pertama, maka kita tergolong dalam kalangan mereka yang komited dengan kerja. Seandainya kita termasuk dalam golongan kedua,maka seharusnya kita perbaiki diri untuk menjadi pekerja yang baik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Sekiranya ganjaran yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang dibuat akan ‘mencederakan’ keberkatan rezeki yang diperolehi. Begitu juga jika berada dalam golongan ketiga, maka kita hendaklah lebih bertangungjawab menjalankan kerja dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri. Sebagai khalifah di muka bumi ini,semua umat manusia seharusnya menyedari akan kewajipan diri kerana Allah S.W.T. Berfirman ‘sesungguhnya kamu akan dipersoalkan akan perbuatan dan pekerjaan kamu‘ (Surah Al-Nahl:93)

Ucapan tahniah

Pada tahun 2011, terdapat 2 orang kakitangan Bahagian Kewangan dan Pelaburan Majlis telah menamatkan pengajian luar kampus dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti Utara Malaysia Sintok. Mereka ialah :-

1. Puan Rubita bt. Hj. Ahmad Penolong Akauntan MAIK Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian

2. Siti Aminah bt. Omar Pembantu Akauntan MAIK Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dengan Kepujian

Kejayaan ini akan menjadi rangsangan kepada kakitangan lain untuk terus menambah ilmu pengetahuan walaupun kita sibuk dengan kerjaya masing-masing. Disamping itu, pengetahuan yang diperolehi dapat membantu meningkatkan lagi prestasi organisasi selaras dengan dasar baru kerajaan dalam mentransformasikan penjawat awam.

18

Page 19: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

19

Prestasi Kewangan MAIKKedudukan prestasi kewangan Majlis amat membanggakan walaupun hasil Majlis adalah terhad. Majlis masih lagi bergantung sepenuhnya dengan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri. Sepanjang tempoh 12 tahun Majlis telah memperolehi Sijil Bersih untuk Penyata Kewangan serta mencapai penarafan 4 bintang selama 3 tahun berturut-turut didalam pengauditan INDEKS AKAUNTABILITI daripada Jabatan Audit Negara.

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH MAJILIS

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH MAJILISi) PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA

Tahun Tarikh Siap Tarikh Sijil Jenis Sijil Dikeluarkan

1999 14/02/2001 15/10/2003 Bersih2000 11/06/2001 15/10/2003 Bersih2001 30/05/2002 15/10/2003 Bersih2002 08/07/2003 16/05/2004 Bersih2003 27/05/2004 20/06/2005 Bersih2004 30/03/2005 23/12/2005 Bersih2005 15/05/2006 31/05/2007 Bersih2006 15/07/2007 25/08/2008 Bersih2007 28/04/2008 04/12/12008 Bersih2008 26/04/2009 30/06/2009 Bersih2009 22/03/2010 10/08/2010 Bersih

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH MAJLISii) PENGURUSAN INDEX AKAUNTABILITI

TahunTarikh Sijil

Dikeluarkan Markah Rating 2007 28/04/2008 87% ***2008 26/04/2009 90% ****2009 22/03/2010 92% ****2010 31/3/2011 91.4% ****

Ke mana Wang Lebihan Majlis Dilaburkan?

Sesebuah organisasi perlu mempunyai sistem pungutan hasil yang tersendiri. Kepentingan sistem ini bukan sekadar untuk membiayai perbelanjaan bahkan untuk mencapai matlamat organisasi. Menceburi bidang pelaburan kewangan bagi mencairkan wang dan aset merupakan satu dasar yang digunakan oleh MAIK. Oleh yang demikian, perancangan perbelanjaan yang teliti bermula daripada penyediaan bajet tahunan dan setiap perbelanjaan yang tinggi hendaklah mempunyai justifikasi yang lengkap.

Disamping itu, konsep perbelanjaan mengikut vot (MBS) yang diperuntukkan dan kemampuan aliran tunai dapat dibuktikan dengan mengadakan sistem kawalan aliran wang tunai secara harian bagi tujuan kawalan perbelanjaan. Sekiranya terdapat lebihan, hendaklah dilaburkan ke dalam pelaburan Mudharabah yang memberi pulangan lebih baik jika disimpan di dalam akaun semasa.

Pelaburan Mudharabah mempuyai kelebihan terimaan keuntungan yang tinggi. Walaubagaimanapun kecairan pelaburan Mudharabah agak lambat berbanding dengan akaun semasa. Ini bergantung kepada tempoh matang yang dipersetujui menerusi sijil pelaburan. Pada masa kini, sistem kewangan berbentuk Islamik telah dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia. Berikut adalah perbandingan sistem konvensional dengan sistem kewangan Islam.

Perbezaan Perbankan Islam Dan Konvensional

PERBANKAN KONVENSIONAL PERBANKAN ISLAMFungsi dan operasinya didasari sepenuhnya prinsip yang dibuat oleh aqal manusia ‘’man made principles’’

Fungsi dan operasinya dilandasi oleh prinsip yang diambil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Cipta Allah SWT, pencipta seluruh alam yang maha mengetahui.

Pelabur dijanjikan dengan kadar faedah tetap di awal pelaburannya.

Mempromosi sistem perkongsian risiko dan untung di antara pelabur dan pengurus dana pelaburan. Maka pelaburan tidak dijanjikan kadar keuntungan tetapi, keuntungan akan dibahagikan berdasarkan keuntungan sebenar.

Mensasarkan keuntungan tanpa sebarang had batasan agama dan moral.

Mensasarkan keuntungan tetapi mestilah yang diterima Islam dan mendatangkan manfaat kepada masyarakat sejagat.

Tidak mengendahkan persoalan zakat.

Terlibat dalam pembayaran zakat, ia merupakan tanggungjawab sosial yang diberikan oleh Bank-bank Islam.

Mengamalkan sistem memberi pinjam wang kepada pelanggan dengan dikenakan faedah (interest) yang berganda.

Mengamalkan transaksi jual beli aset dengan pelanggan dan bukan cara pinjam meminjam.

Kepentingan utama hanyalah menjaga kepentingan bank, tiada sebarangan kepentingan untuk memastikan pembangunan ekuiti.

Memberikan penekanan kepada projek yang boleh memberikan manfaat kepada kepentigan masyarakat. Sasaran utama adalah memastikan pembangunan berserta ekuiti.

Oleh kerana pendapatan bank tetap melalui ’’fixed interest’’ (kadar tetap faedah)

Oleh kerana pandapatan bank adalah bergantung kepada konsep kongsi untung dan rugi bersama pelanggan, pihak Bank pastinya akan memberi perhatian lebih kepada perkembangan projek yang dibiayai.

Pernilaian besar terdapat kemampuan peminjam untuk membayar pinjaman sahaja ,tanpa mengendahkan berkenaan apa berlaku dengan sesuatu projek .

Pernilaian besar terhadap ‘’viability’’, prestasi dan prospek projek yang dibiayai.

Hubungan bank dan pelanggan adalah; Pemberi pinjam dan peminjam.

Hubungan Bank dan pelanggan; Penjual, pembeli atau rakan kongsi.

Sumber seminar Muamalat & Perbankan Islam Peringkat Negeri Kedah Tahun 2011

Berdasarkan perbandingan di atas adalah menjadi tanggunjawab Majlis memastikan wang lebihan hendaklah di laburkan di dalam sistem pengurusan kewangan Islam dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh hukum syarak. Sekiranya wang ini dilaburkan sebaik mungkin, MAIK dapat menambahkan lagi dana sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat MAIK.

19

Page 20: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

20

JALINAN KERJASAMA PUSBA DENGANPIHAK LUARKe arah memperbaiki proses pendidikan dan pemantapan aqidah peserta, PUSBA telah menjalinkan kerjasama dengan pihak luar yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Al-Bukhary, HALUAN dan PERKIM. Sebagai contoh, kerjasama dengan Yayasan Al-Bukhary lebih tertumpu kepada pemantapan aqidah peserta PUSBA dan telah di adakan di Kompleks Al-Bukhary setiap hujung bulan. Program ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. Antara aktiviti yang di anjurkan oleh Yayasan Al-Bukhary ialah kuliah Al-Quran, kuliah Maghrib dan Subuh, Tauhid dan Feqah serta aktiviti riadah. Program ini bermula seawal jam 5:00 pagi dan berakhir pada jam 10:00 malam. Program ini dijalankan secara berasingan di antara peserta lelaki dan perempuan.

PROGRAM DI KOMPLEKS AL-BUKHARY

Secara amnya, program ini telah memberi kebaikan dan manfaat serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua agensi.

Secara khususnya, jalinan kerjasama ini telah berjaya meningkatkan kefahaman saudara baru di dalam menghayati agama Islam selain dapat meningkatkan motivasi peserta untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Peserta juga dapat belajar dalam persekitaran dan method pembelajaran yang berbeza. Kesimpulannya, jalinan kerjasama dengan pihak luar dapat membantu PUSBA ke arah membimbing saudara baru untuk menjadi muslim sejati.

Suasana didalam bilik kuliah Kompleks Yayasan Al-Bukhary

Masjid Al-Bukhary yang tersergam indah

Antara peserta yang terlibat

Renungan

Melihat kepada keperibadian dan akhlak serta perubahan diri saudara baru setelah memeluk Islam mengingatkan kita kepada kata-kata seorang cendiakawan Islam yang tersohor seantero dunia persis nukilan kata di bawah.

“Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya”- HAMKA

20

Page 21: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

21

Dari Manakah Baitulmal Mendapat Sumber Pendapatan Dan Ke Manakah Hasil Tersebut Dibelanjakan?Hasil pendapatan Baitulmal adalah seperti berikut:-

• Harta Peninggalan simati: Harta lebihan faraid samada berbentuk tanah, bangunan dan wang akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan seperti berikut:

• Tiada pewaris yang berhak menerimanya. • Pewaris telah menerima bahagian masing-masing

tetapi masih terdapat baki daripada harta pusaka.

Kes Faraid : Permohonan untuk menentukan orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka Islam.

* Penentuan tersebut dikeluarkan dalam bentuk perakuan faraid. Kes ini berdasarkan Seksyen 9(2)(b)(ix) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993.

Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman

• Harta Luqatah (harta tercicir) berupa wang dan barang-barang berharga.

• Wang faedah bank yang tidak mematuhi syarie, hasil hutang yang tidak dapat dikesan pemiutang dan sebagainya.

• Sumbangan orang ramai untuk kemaslahatan masyarakat Islam.

Hasil Baitulmal dibelanjakan / disalurkan melalui:

• Bantuan Kecacatan Dan Kesihatan• Bantuan Bencana Alam• Bantuan Penyelenggaraan Jenazah Orang Islam Yang

Tidak Berwaris• Bantuan menganjurkan Seminar/Bengkel/Simposium

dan Sebagainya• Bantuan Untuk Menganjurkan Aktiviti-Aktiviti

Dakwah• Bantuan Hari Raya• Bantuan Kepada Sekolah-Sekolah Cacat• Bantuan Sekolah dan Melanjutkan Pengajian ke Institusi

Pengajian Tinggi

“Berikan makan dan berilah salam nescaya kamu akan mewarisi kebun-kebun di dalam syurga”

(Riwayat At- Tabrani)

CARTA ALIRAN PENEBUSAN / PEMBELIAN BALIK PANGGUAN

BAITULMAL

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : Ayat 188 yang bermaksud :

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang yang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”

21

Page 22: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

22

BANTUAN HARI RAYA UNTUK FAKIR MISKIN BAGI TAHUN 2011

PADA 22 OGOS 2011M BERSAMAAN22 RAMADHAN 1432H

22

Page 23: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

23

KURSUS MICROSOFTOFFICE 2010

Kursus Microsoft Office 2010 telah di adakan dengan jayanya pada 05 Januari 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MAIK dan PUSBA telah terlibat.

Kursus ini di adalah anjuran Bahagian Sumber Maklumat MAIK dan Syarikat Northern Systems Global Sdn Bhd. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kakitangan MAIK dan PUSBA didalam penggunaan perisian Microsoft Office 2010.

BENGKEL PENYEDIAAN KEW1Bengkel Penyediaan KEW1 telah di adakan pada 21 Februari 2011 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Bengkel ini telah dihadiri oleh kakitangan MAIK dan PUSBA yang terlibat di dalam penyediaan pohon belanja (KEW1). Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Sumber Maklumat MAIK. Objektif bengkel ini adalah untuk mengurangkan kesilapan semasa penyediaan KEW1.

Kursus OpenOffice.org yang disertai oleh 12 orang kakitangan MAIK telah di adakan pada 30 Oktober hingga 01 November 2011 di Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN).

KURSUS OPENOFFICE.ORG

Objektif kursus ini adalah untuk :-• Memahami asas aplikasi OpenOffice.org dan

pengendaliannya.• Membantu meningkatkan kemahiran ICT dalam

meningkatkan mutu kerja.• Meningkatkan kemahiran dalam pengendalian

aplikasi OpenOffice.org dalam melaksanakan tugasan harian pejabat.

23

Page 24: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

24

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (MAINS) pada 22 dan 23 Mac 2011. Lawatan yang disertai oleh Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MAIK serta Pengurus Syarikat Pengurusan Izzah Sdn Bhd ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan ICT khususnya sistem yang digunapakai dalam pentadbiran, Pengurusan Hartanah Baitumal dan Wakaf, dan pentadbiran Unit Audit Dalam di MAIM dan MAINS. Di samping itu, lawatan ini juga dapat menambah pengetahuan dan pengalaman di dalam pengendalian pentadbiran dan pengurusan kewangan yang lebih sistematik serta perlaksanaan 5S.

Lawatan Kerja ke MAIM pada 22 Mac 2011 Lawatan Kerja Ke MAINS pada 23 Mac 2011

LAWATAN KERJA KEMAIM DAN MAINS

24

Page 25: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

25

Tips Elakkan Kehilangan Data

Kehilangan data akan memberi kesan kepada kita untuk melakukan kerja atau tugasan yang diberikan. Data yang hilang atau rosak mungkin tidak boleh dikembalikan lagi atau mungkin juga boleh dikembalikan, tetapi memerlukan kepakaran yang tinggi dan kos yang mahal.

Oleh itu, cara yang terbaik dan mudah bagi mengelakkan kehilangan data adalah dengan melakukan salinan (backup) bagi data-data tersebut.

Berikut adalah tips bagi mengelakkan kehilangan data :1. Jangan simpan data di dalam pemacu C. Ini adalah kerana sistem pengoperasian seperti

Windows dan lain-lain juga disimpan di dalam pemacu C. Apabila berlaku serangan virus atau sistem pengoperasian rosak atau perlu diformat semula, ini akan menyebabkan kerosakan atau kehilangan data – data yang turut berada di dalam pemacu yang sama.

2. Buat lebih daripada satu pemacu dalam cakera keras untuk menyimpan data.3. Buat salinan (backup) bagi data-data yang penting ke dalam CD, DVD, external hard disk atau pen

drive secara berkala sekerap yang mungkin (sehari sekali atau seminggu sekali dan sebagainya). Simpan salinan tersebut ditempat yang selamat seperti di dalam peti besi atau di bangunan / tempat lain.

4. Pastikan komputer atau komputer bimbit mempunyai antivirus yang sentiasa dikemaskini

SUDUT IT25

Page 26: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

26

BADAN KEBAJIKANMAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Badan Kebajikan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan dengan tujuan menjaga kebajikan semua kakitangan. Badan Kebajikan bagi sesi 2011-2012 dianggotai oleh 11 orang kakitangan yang terdiri daripada wakil setiap bahagian. Badan Kebajikan dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan aktiviti / program yang melibatkan semua kakitangan dengan matlamat mengukuhkan silaturrahim dengan semua anggota.

AKTIVIT-AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH BADAN KEBAJIKAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

Majlis Sambutan Hari Lahir Kakitangan

Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat Serta Majlis Meraikan Pelajar Praktikal

26

Page 27: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

27

Kejohanan Bowling di antara MAIK dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 12 Jun 2011 di Sky Bowl, Alor Setar

Kejohanan Bowling Agensi-Agensi Agama Peringkat Kebangsaan Bagi Merebut Piala Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka pada 16 Julai 2011 di Melaka

Majlis Berbuka Puasa di The Regency Darul Aman Golf & Country Club, Jitra pada 18/8/2011

27

Sumbangan Khairat Kematian kepada Encik RedzuanBin Abdul Hamid dan Puan Najah Binti Nasrun @ Asiron.

Page 28: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

28

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1432HPada 26/9/201128

Sumbangan pengajian kepada anak Encik Nurhaimi Bin Haron dan Encik Zamri Bin Abdullah.

Page 29: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

29

Puan SabarinaBt. Said

&Muhammad

NafisB. Zulkifli

Tarikh Perkahwinan:

12/3/2011

Puan Masya Mariza

Bt. Mansur&

Tn. Hj. Senapi

B. Hj. Ismail

Tarikh Perkahwinan:

4/2/2011

29

1) Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Ghazali

Nama Anak : Ahmad Fathi & Fathiah MaisarahTarikh Lahir : 13/03/2011

2) Encik Khairul Anhar Bin Fadzil

Nama Anak : Muhammad Aqeef Hazim

Tarikh Lahir : 10/2/2011

3) Ustaz Mukhtaruddin Bin Ishak

Nama Anak : Sara Khalisah

4) Puan Rusmimiadaha Binti Abd. Ghani

Nama Anak : Ahmad Rifqqi ShahmiTarikh Lahir : 15/5/2011

5) Mohd Nazir bin Zainol Abidin

Nama Anak : Nur Aqilah HaniTarikh Lahir : 2/2/2011

6) Tuan Syeikh Fakhrurrazi bin Yub

Nama Anak : Anis AnnaTarikh Lahir : 25/10/2011

7) Encik Khairul Faizi Bin Yahya

Nama Anak : Muhammad AfiqTarikh Lahir : 1/12/2011

Kelahiran Cahayamata Wargakerja MAIK Tahun 2011

Perkahwinan 2011

PERANAN KELAB KEBAJIKAN

Badan Kebajikan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ditubuhkan dengan tujuan menjaga kebajikan semua kakitangan. Badan Kebajikan bagi sesi 2011-2012 dianggotai oleh 10 orang kakitangan yang terdiri daripada wakil setiap bahagian. Badan Kebajikan dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan aktiviti/ program yang melibatkan semua kakitangan dengan matlamat mengukuhkan silaturrahim dengan semua anggota.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN MAJLIS AGAMA ISLAMNEGERI KEDAH

1. Tn.Syeikh Ahmad Zaki Bin Ghazali - Pengerusi2. Pn.Azarita Binti Ahmad - Setiausaha3. Encik Khairul Anhar Bin Fadzil - Ahli4. Pn.Siti Zabedah Binti Abdul - Ahli5. Cik Siti Aminah Binti Omar - Ahli6. Encik Mohd.Hanis Bin Osman - Ahli7. Puan Maznah Binti Yaakob - Ahli8. Encik Mohd.Nazir Bin Zainol Abidin - Ahli 9. Encik Mohd Fazli Bin Che Long - Ahli10. Encik Muhammad Nizal Bin Hamzah - Ahli

Page 30: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

3030

Catatan

Page 31: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

31

31

Page 32: Buletin MAIK 2011 Wednesday, 28 December 2011

32

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAHBangunan Wan Mat Saman

05000 Alor Setar, KedahTel : 04-734 3755 / 3990 / 4043 Fax : 04-731 6634e-mel : [email protected] / [email protected]