buletin skillsmalaysia edisi 1 november 2011

22
London Bridge Double Decker Bus Peserta Malaysia (Beauty) ISSN: 2231-9972 EDISI 1 | SEPTEMBER - NOVEMBER 2011 Malaysia Kemahiran “Gerbang Kerjaya Anda” Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) London,2011 PERCUMA ISSN 2231-9972

Upload: zrai-aziz

Post on 12-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Mengarusperdana Latihan Kemahiran

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

London BridgeDouble Decker BusPeserta Malaysia (Beauty)

ISSN: 2231-9972 EDISI 1 | SEPTEMBER - NOVEMBER 2011Malaysia

Kemahiran“Gerbang Kerjaya Anda”

Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC)

London,2011

PERCUMA

ISSN 2231-9972

Page 2: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

PenaungDr. Pang Chau Leong

PenasihatDr. Mohamad bin Sulaiman

Ketua PengarangGhalip bin Spahat

Penolong Ketua PengarangPuteh Melor Wesma bt. Salehen

Pengarang GrafikMohd Faizal Azrai bin Ab Aziz

PengarangNurul Amin bin BadrulHamimah bt. MamatNorfaeza bt. SalihinMohd Baktiar bin SobrieMuhamad Azuddin bin HassanRoslan bin SalimMohd Syazwan bin ZahariAhmad Nadzreen bin Mohamad AliMuhammad Aizat bin Tumiran

PRO JabatanOmar bin Md DawiSyed Hamdan bin Syed Sulaiman

PenerbitJabatan Pembangunan Kemahiran

Sidang Pengarang Buletin SkillsMalaysia amat mengalu-alukan sumbangan artikel daripada agensi dan individu yang terlibat dengan latihan kemahiran. Artikel terpilih akan dimasukkan kedalam Buletin SkillsMalaysia akan datang. Sumbangan artikel tersebut boleh dikemukakan ke :

Unit SkillsMalaysiaBahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO),Jabatan Pembangunan Kemahiran,Aras 7-8,Blok D4, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 Putrajaya.

Telefon : 03-8886 5400 / 5904Fax : 03-8889 2425atau Emel kepada :[email protected]

Buletin SkillsMalaysia diterbitkan setiap suku tahunan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk “Mengarusperdana Latihan Kemahiran. Buletin ini diterbitkan untuk memberikan penerangan dan hebahan kepada masyarakat tentang kepentingan latihan kemahiran dan maklumat yang berkaitan dengannya.

Sidang Pengarang

Kand

unga

n

Pend

ahul

uan

1 | Buletin SkillsMalaysia

INSPIRASI MINDA KETUA PENGARAH

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sidang Pengarang yang telah berjaya menerbitkan Buletin SkillsMalaysia terbitan September 2011.

Buletin SkillsMalaysia yang diterbitkan julung kali adalah merupakan satu lagi saluran yang digunakan untuk menyebarluaskan maklumat bagi menjayakan program mengarusperdana latihan kemahiran.

SkillsMalaysia merupakan inisiatif penjenamaan baru latihan kemahiran seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu daripada 19 EPP di bawah aktiviti Program Trasnformasi Ekonomi (ETP). Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan sebagai badan peneraju untuk melaksanakan kempen SkillsMalaysia. Melalui penjenamaan SkillsMalaysia ini, kerajaan berharap dapat meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi masyarakat terhadap latihan kemahiran sejajar sasaran negara untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi.

Penerbitan Buletin SkillsMalaysia ini diharap dapat meningkatkan kerjasama agensi yang berkaitan dalam sama-sama menjayakan usaha kearah melahirkan rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

Dr. Pang Chau LeongKetua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Page 3: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

3

Majlis Pelancaran Kempen SkillsMalaysia

Pertandingan Kemahiran 2011

Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2011,LONDON

Menarik di dalam

segmen utama

inovasi

rencana khas

Kand

unga

n

357

lensa skillsmalaysia9 Galeri gambar aktiviti SkillsMalaysia

words of wisdomMotivasi20

5

7

Buletin SkillsMalaysia | 2

9

Page 4: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Majlis Pelancaran Kempen SkillsMalaysia 2011

“Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT”

Majlis Pelancaran Kempen SkillsMalaysia telah diadakan dengan jayanya pada 5

Mei 2011 bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato’Maznah binti Mazlan.

Kempen SkillsMalaysia anjuran

Kementerian Sumber Manusia (KSM) bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap latihan kemahiran yang boleh memberi peluang kerjaya ke arah mencapai ekonomi Negara berpendapatan tinggi. Kerajaan juga berusaha menjadikan latihan kemahiran sebagai pilihan utama kepada pelajar-pelajar terbaik di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Penjenamaan SkillsMalaysia adalah salah satu daripada 19 projek permulaan (EPP) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mentransformasikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) melalui penjenamaan SkillsMalaysia dengan tagline ”Mengarusperdana

Latihan Kemahiran” sebagai pemangkin ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Penjenamaan ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan menonjolkan peluang latihan kemahiran sedia ada kepada lepasan sekolah dan meningkatkan keupayaan pekerja kurang mahir.

Acara perasmian melibatkan tiga aktiviti utama iaitu gimik pelancaran, persembahan video korporat SkillsMalaysia dan persembahan pantomin muzikal. Selain itu, pameran pelbagai agensi berkaitan kemahiran turut diadakan di perkarangan Auditorium melibatkan 16 agensi awam dan swasta. Timbalan Perdana Menteri kemudian meluangkan masa melawat pameran agensi sebelum sesi sidang akhbar. Sebanyak sepuluh (10) kementerian yang terlibat dalam

Majlis PelancaranKempen SkillsMalaysia

3 | Buletin SkillsMalaysia

segmen utama

Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Kempen SkillsMalaysia bersama S. Subramaniam,Menteri Sumber Manusia. Turut disaksikan oleh Maznah Mazlan (kiri) dan Zainal (kanan)

Page 5: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Latihan Kemahiran” sebagai pemangkin ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Penjenamaan ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan menonjolkan peluang latihan kemahiran sedia ada kepada lepasan sekolah dan meningkatkan keupayaan pekerja kurang mahir.

Acara perasmian melibatkan tiga aktiviti utama iaitu gimik pelancaran, persembahan video korporat SkillsMalaysia dan persembahan pantomin muzikal. Selain itu, pameran pelbagai agensi berkaitan kemahiran turut diadakan di perkarangan Auditorium melibatkan 16 agensi awam dan swasta. Timbalan Perdana Menteri kemudian meluangkan masa melawat pameran agensi sebelum sesi sidang akhbar. Sebanyak sepuluh (10) kementerian yang terlibat dalam

TEVT turut bekerjasama mengadakan pameran dan demostrasi latihan kemahiran bagi memberikan pendedahan kepada pelajar, lepasan sekolah dan masyarakat mengenai latihan kemahiran di Malaysia.

Penjenamaan SkillsMalaysia perlu diiktiraf dan mendapat keyakinan daripada semua pihak yang terlibat serta dijadikan satu entiti utama dalam membangunkan TEVT di Malaysia. Dengan perubahan persepsi ini, diharapkan lebih ramai tenaga muda yang berpotensi menceburi bidang latihan berteraskan kemahiran tinggi dan sekaligus menambah kebolehkerjaan (employability) mereka di samping meningkatkan daya saing negara dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif.

Buletin SkillsMalaysia | 4

• Persembahan Pantomime • Lawatan ke tapak pameran

• Nyanyian Lagu Negaraku

Fakta berkaitan Pelancaran Kempen SkillsMalaysia

• “TEVTdiharapkanbukanlagimenjadialiranpilihankeduaataupunterakhir bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik sahaja tetapi akan menjadi aliran pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini.” -Timbalan Perdana Menteri.• JabatanPembangunanKemahiranakanmemastikankurikulumsemuapusat latihan kemahiran mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan. • SebagailangkahpenyeragamandanpengiktirafanpersijilanTEVT,Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT.• ”Malaysiamestimencapaitarget37%pekerjamahirmenjelang2015untukmenjadinegaramajumenjelang2020.Malaysiahanyamempunyai23%tenagakerja mahir.” - Datuk Dr. S. Subramaniam.• Kerajaantelahmenggariskanempat(4)terasdasariaitumenambahbaikpersepsi TEVT untuk menarik minat lebih ramai pelajar; membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif; mempertingkatkan dan mengharmonikan

“Jermanmempunyai80%pekerja mahir, Finland 58%dannegarajirankitaSingapura52%”- Datuk Dr. S. Subramaniam

segmen utama

Page 6: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Pertandingan Kemahiran 2011

Inovasi | Pertandingan

5 | Buletin SkillsMalaysia

“Modal insan yang berkemahiran dan kompetensi akan terus dapat dilahirkan melalui pertandingan kemahiran sejajar transformasi kemahiran yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10”“ ”“Malaysia perlu meningkatkan komposisi pekerja berkemahiran

tinggi sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015. Pelbagai perancangan telah disiap siagakan oleh kementerian sejajar dengan keperluan Mengarusperdana Latihan Kemahiran di Malaysia antaranya menganjur dan mengurusetiakan pertandingan kemahiran yang merupakan landasan kepada peserta negara untuk bertanding ke peringkat antarabangsa seterusnya menjadi penandaaras tahap latihan kemahiran di Malaysia” Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam,

Dalam Model Baru Ekonomi (MBE) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kejayaan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi menjaya kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambilalih penganjuran dan pengendalian pertandingan kecuali bidang pembinaan dari Kementerian Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui keputusan Jemaah Menteri bertarikh 3 Mac 2010. KKR dan JPK, KSM telah menganjurkan secara bersama bagi Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM), Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) dan Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) manakala JPK, KSM menganjurkan dan mengendalikan sepenuhnya Pertandingan MySkills dan MySkills-ASEAN.

Pertandingan MySkills dan MySKills-ASEAN dianjurkan kepada tenaga pengajar manakala PKM, ASC dan WSC kepada belia. Mulai tahun 2014, Pertandingan MySkills-ASEAN akan dikenali sebagai ASEAN Trainer Skills Competition (ATSC) dan penganjuranya adalah secara bergiliran dengan negara ASEAN.

Perancangan Pertandingan Kemahiran 2012

• Empat (4) pertandingan o PKM, ASC, Pertandingan MySkills dan MySkills-ASEAN. o PKM :27 bidang kemahiran dipertandingkan dengan 18 bidang kemahiran anjuran JPK, KSM iaitu mechatronics, mould making, IT software solution for business, electronics, web design, ladies’/men’s hairdressing, beauty therapy, IT network systems administration, graphic design technology, restaurant service, cooking, confectioner/pastry cook, automobile technology, fashion technology, cabinetmaking, batik, CNC milling dan CNC turning manakala 9 bidang kemahiran dianjurkan oleh KKR iaitu plumbing and heating, bricklaying, decorative painting, joinery, wall and floor tiling, refrigeration and air conditioning, mechanical engineering design –CAD, welding dan electrical installations.o Pertandingan MySkills: 8 bidang kemahiran dipertandingkan iaitu mechatronics, wall & floor tiling, electrical installations, bricklaying, ladies’/men’s hairdressing, beauty therapy, refrigeration & air conditioning dan batik, o Pertandingan MySkills-ASEAN: 8 bidang kemahiran dipertandingkan iaitu mechatronics, welding, web design, electronics, electrical installations, automobile technology, IT software solutions for business dan IT network systems administration o ASC akan ditentukan bidangnya berdasarkan pencapaian peserta PKM 2011.

Peserta bidang “Decorative Painting”

Page 7: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Buletin SkillsMalaysia | 6

“Justeru, hasrat Malaysia untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi akan tercapai melalui pencapaian cemerlang belia dan tenaga pengajar Malaysia dalam pertandingan kemahiran.”

Subramaniam ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang PKM 2011 turut disaksikan oleh Maznah Mazlan.

Peserta bidang “Decorative Painting” Peserta bidang “Welding”

Peserta bidang “Automobile Technology”

Peserta bidang “Mechatronics”Peserta bidang “Electrical Installation”

Page 8: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

7 | Buletin SkillsMalaysia

WSC

orldkillsompetition

rencana khas | wsc 2011

• Lokasi Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2011, Excel London

• The O2 London, lokasi majlis perasmian dan penutup WSC 2011

Malaysia telah mengambil bahagian buat kali pertama dalam Pertandingan Kemahiran

Dunia (WSC) yang ke-32 di Taipei, Taiwan pada tahun 1993 setelah menjadi ahli The International Vocational Training Organization (IVTO) bermula tahun 1992 Pada masa itu, pertandingan ini dikenali sebagai ’The International Youth Skills Olympic (IYSO)’ dan Negara berjaya memperoleh 1 Sijil Kecemerlangan daripada 3 peserta yang dihantar.

Pertandingan ini merupakan landasan kepada belia dan tenaga mahir untuk bertanding dan seterusnya mendapatkan pengiktirafan dan memperoleh peluang untuk menonjolkan bakat di peringkat dunia. Disamping itu juga, ia dapat dijadikan penandaarasan terhadap pengetahuan dan kemahiran jurulatih dan pengajar kemahiran di Malaysia.

Pada tahun 2011, WSC akan diadakan di London United Kingdom dan Malaysia akan mengambil bahagian di dalam 10 bidang kemahiran dari 40 bidang yang dipertandingkan.

Bagi memastikan kecemerlangan dalam penyertaan negara di WSC, peningkatan kualiti dalam pemilihan peserta dan pakar negara telah dilaksanakan berdasarkan kriteria yang

telah ditetapkan seperti kecemerlangan di dalam penyertaan pertandingan peringkat kebangsaan dan peringkat ASEAN.

Sasaran negara kali ini adalah membawa pulang pingat yang pertama untuk negara setelah 9 kali penyertaan di WSC dan bukan hanya memperoleh Sijil Kecemerlangan ( Medallion of Excellent) sahaja.

Menurut Werner Amort dari Itali yang merupakan peserta WSC 2005 dan kini menjadi Hakim bagi bidang Hairdressing “ - Pertandingan ini memberi impak yang sangat besar dalam kerjaya saya”.

Sasaran pingat adalah kepada bidang :

•Beauty Therapy, Cooking, Automobile Technology ,Welding, ,Refrigeration & IT Network for Administration”

Budaya menghormati kemahiran ini perlu dipupuk di kalangan belia negara bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan seterusnya dapat memenuhi keperluan tenaga mahir industri negara.

Page 9: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Buletin SkillsMalaysia | 8

• Lokasi Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2011, Excel London

Peserta Malaysia Ke WSC 2011

• The O2 London, lokasi majlis perasmian dan penutup WSC 2011

rencana khas | wsc 2011

“Malaysia akan mengambil bahagian di dalam 10 bidang kemahiran dari 40 bidang yang dipertandingkan di WSC London”

“Bidang tersebut adalah: Mechatronics, Beauty Therapy, Cooking, Automobile Technology, Cabinetmaking, IT Network for Administration, Welding, Refrigeration, Electrical Installation, Plumbing & Heating”

Mohd Aiman YusofCooking

Wilson KulingPlumbing & Heating

Abdul Rahim MudaMechatronics

Stanley TaimingAutomobile Technology

Marzuki MohamadMechatronics

Sia Wan YingBeauty Therapy

Shum E HanIT Network System

Administration

Ng Vui ChienRefrigiration & Air

Conditioning

Muhammad Norsyazani Abdul KadirElectrical Installation

Muhammad Azmie BakarWelding

Libau Anak MunanCabinet Making

Page 10: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

9 | Buletin SkillsMalaysia

Majlis Pelancaran Kempen SkillsMalaysia5 Mei 2011, Auditorium Cempaka Sari, Presint 2,

lensa skillsmalaysia

9

•KetibaanTimbalanPerdanaMenteri

• Pelancaran Kempen SkillsMalaysia 2011

•Persembahanpantomime

•LawatanVIPketapakpameran

•Persembahanpantomime

•LawatanVIPketapakpameran

Page 11: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Buletin SkillsMalaysia | 10

lensa skillsmalaysia

10

•DiiringiMenteriSumberManusiakelokasipelancaran •NyanyianLaguNegaraku

•TimbalanPerdanaMenterimengambiltempatduduk

•BacaanDoa

•UcapanaluanolehMenteriSumberManusia•UcapanperasmianolehTimbalanPerdanaMenteri

• Pelancaran Kempen SkillsMalaysia 2011

•Persembahanpantomime

Page 12: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

11| Buletin Skills

lensa skillsmalaysia

11

• Seminar SKM Gerbang Kerjaya Anda.

Karnival SkillsMalaysia Zon Utara14-17 April 2011, Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Page 13: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Buletin Skills | 12

Karnival SkillsMalaysia Zon Selatan23-26 Jun 2011, PERSADA Johor Bahru, Johor

lensa skillsmalaysia

12

• Lawatan Menteri Besar Johor ke Tapak Pameran SkillsMalaysia

• Seminar SKM Gerbang Kerjaya Anda.

• Rancangan Role Model Kemahiran

12

Page 14: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

13| Buletin Skills

Karnival SkillsMalaysia Zon Tengah Bersempena Hari Belia Negara 201127-29 Mei 2011, Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

lensa skillsmalaysia

13

Page 15: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Buletin Skills | 14

lensa skillsmalaysia

14

Page 16: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Program Azam Kerja 3P JTK 201124 Februari 2011, Bandar Jengka 23, Jengka, Pahang

lensa skillsmalaysia

15

Page 17: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Program Sekolah Angkat 1 Malaysia,26 Mac 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh

lensa skillsmalaysia

16

Page 18: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Konvokesyen CIAST2 Julai 2011, CIAST Shah Alam

Al- Kuliyyah, TV315 Julai 2011, CIAST Shah Alam

Seminar CEO Pusat Bertauliah JPK14 Julai 2011, CIAST Shah Alam

lensa skillsmalaysia

17

Page 19: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Program Bulan SkillsMalaysiaJulai 2011, CIAST Shah Alam

lensa skillsmalaysia

18

Rancangan Hello Malaysia - Bernama TV20 Julai 2011, WIsma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Page 20: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

19

fakta tevt

Kajian Tahap Kebolehkerjaan Graduan Persijilan Kemahiran Malaysia di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)Tempoh Kajian : April – Jun 2011

FAKTA Penemuan Kajian•Sebanyak76.4%graduanSKMtelahberjayamendapatpekerjaandalamsektorswasta.Selebihnyaadalahbekerja sendiri.•BidangPerkhidmatanPenyelenggaraanMekanikaldanElektronikiaitudibawahNOSSPenyamanUdaradanPenyelenggaraantelahmencapaikesepadananbidangkursusdanpekerjaanpadakadartinggiiaitu88.6%.DiikutidenganbidangBangunan&Pembinaansebanyak69.8%.Bidanginijugamempunyaikadarpermintaanpasaran pekerjaan yang tinggi.•Bidanglatihanpertanian perlu diperkasakan bagi meningkatkan popularitinya di kalangan belia.•LepasanSKMyangmendapatpekerjaandalamtempohkurangdari6bulanselepastamatpengajianadalahsebanyak86.3%.•Sebanyak27.2%lepasanSKMmendapatpekerjaandalamtempohkurangdaripada1bulanselepastamatpengajian.

Fakta TEVT* TEVT ialah singkatan kepada Technical Education and Vocational Training.

Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang telah dikenal pasti bersesuaian.

Sebanyak 55 kursus turut dipertimbang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mewujudkan skim perkhimatan kerajaan bagi sektor berkenaan. Mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 1 tahun 2011, sebanyak 13 skim penjawatan telah menerima SKM sebagai syarat kemasukan ke perkhidmatan awam.

Ini adalah satu pengiktirafan kerajaan sebagai alternatif kepada mereka yang berpotensi dan boleh digilap dalam bidang kemahiran.

13 Skim Perkhidmatan Diiktiraf JPA

(1) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17; (2) Ahli Muzik Gred B17; (3) Ahli Fotografi Gred B17; (4) Jurusolek Gred B17; (5) Pengajar Kraf Gred E17; (6) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17; (7) Juruteknik Komputer Gred FT17; (8) Pembantu Perikanan Gred G17; (9) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17; (10) Pelukis Pelan Gred J17; (11) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17; (12) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan (13) Juruaudio Visual Gred N17.

Page 21: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

words of wisdom

20

“Resolving to take action is proof that you are progressing”

Even if you have the tendency to make a determination but only stick to it for two or three days, just keep renewing that determination. Then you will become the kind of person who can persevere and reach their goals - Daisuke Ikeda

Page 22: Buletin SkillsMalaysia Edisi 1 November 2011

Jabatan Pembangunan KemahiranAras 7-8 Blok D4, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 PutrajayaMALAYSIATel : 03-8886 5400Fax : 03-8889 2423

“Mengarusperdana Latihan Kemahiran”

facebook.com/skillsmalaysia @skillsmalaysiawww.skillsmalaysia.gov.my

KEMAHIRAN MENJANA KEMAJUAN

Asean Skills Competition (ASC) 2012, Jakarta Indonesia

Road to Jakarta

www.dsd.gov.my