buletin rancang bil 1/2011

28
Kandungan Menarik Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan ‘Zero Lot Line’ Garis Panduan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’ Bagi Negeri Terengganu BIL 1/2011 | BULETIN JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI TERENGGANU RANCANG BULETIN

Upload: jabatan-perancangan-bandar-dan-desa-negeri-terengganu

Post on 07-Mar-2016

265 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Bil 1/2011 | Buletin JawatanKuasa Perancang Negeri Terengganu

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Rancang Bil 1/2011

Kandungan Menarik

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan ‘Zero Lot Line’

Garis Panduan Perancangan ‘Gated Community and Guarded Neighbourhood’ Bagi

Negeri Terengganu

Bil 1/2011 | Buletin JawatanKuasa Perancang negeri terengganu

RANCANGBuletiN

Page 2: Buletin Rancang Bil 1/2011

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, Buletin Rancang 1/2011 ini berjaya dihasilkan. Terbitan buletin ini adalah selaras dengan Perenggan 4(4)(c), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang telah memperuntukkan salah satu fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri iaitu menyiarkan buletin dan menyampaikan perkembangan semasa mengenai keputusan-keputusan dasar perancangan sertaprogram berhubung pemakaian dan pelaksanaan akta, garis panduan dan piawaian perancangan, rancangan pemajuan dan lain-lain perkembangan perancangan peringkat negeri dan PBT.

Fokus utama buletin kali ini adalah memaklumkan penerima pakaian garis panduan umum melibatkan Perancangan Perumahan ‘Zero Lot Line’ dan Perancangan Gated Community and Guarded Neighbourhood. Selain itu, kandungan buletin ini turut memaklumkan prestasi keseluruhan Pencapaian OSC bagi 6 bulan pertama, Pemakluman Kawasan Lapang, Siri Ketujuh bagi Rancangan Struktur Negeri, Pemantauan dan pewartaan rancangan pemajuan Negeri Terengganu serta maklumat-maklumat perancangan keseluruhannya.

Adalah menjadi hasrat jabatan agar paparan buletin ini akan menjadi satu saluran terkini yang boleh digunakan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan pembangunan masa hadapan demi meningkatkan kualiti kehidupan.

Akhir kata, semoga paparan maklumat dan info yang disampaikan ini akan memberikan manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada pembaca.

Haji Mokhtar SamadiPemangku Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu

SIDANG REDAKSIPENASIHATHaji Mokhtar Samadi

SIDANG PENGARANG Ahmad Faiez MohammedHaji Ahmad Ariza MalikiHarun Abdullah

GRAFIK & FOTOGRAFIJamili IbrahimMohd Paisi NgahM. Shuzaidi ZakariaNur Shahida Ramli

EDARANAbdul Rahman ZainNorhasiah MamatNasir Jusoh

2 | Buletin Rancang 1/2011

Diterbitkan Oleh:JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI TERENGGANUTingkat 4, Wisma Negeri , 20646 Kuala TerengganuTel. Pengarah : 09 - 630 1212Tel. Am : 09 - 622 2444 Samb. 4290/4313Faks : 09 - 624 4117Email : [email protected] Web :www.jpbdtrg.gov.my

BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR DAN LEMBAGA RAYUAN(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)No. Lot 1107-1, Jalan Pejabat, 20646 Kuala TerengganuTel. Am : 09 - 630 1432 hingga 38

Page 3: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 3

BENGKEL PENYELARASAN KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH AKTA 172 BAGI SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI TERENGGANU

Pada 20 April 2011, JPBD Terengganu telah mengadakan Siri Pertama Bengkel Penyelarasan kaedah-kaedah di bawah Akta 172 melibatkan pegawai-pegawai di Bahagian Perancang Bandar dan Bahagian Undang-undang bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu. Jabatan telah mengundang 3 orang wakil pembentang daripada Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, JPBD Semenanjung Malaysia. Sebanyak 6 kaedah-kaedah telah dibincangkan di dalam bengkel ini yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPBD Negeri Jalan Pejabat.

Page 4: Buletin Rancang Bil 1/2011

4 | Buletin Rancang 1/2011

Pada 11 Julai 2011, JPBD Terengganu dengan Kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Kerajaan Tempatan) telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Kaedah-Kaedah di bawah Akta 172 bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu bagi SIRI KE-2 yang telah diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri. Sebanyak 2 kaedah-kaedah telah diperincikan dan dibincangkan di dalam bengkel ini iaitu Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Terengganu 2011 dan Kaedah-Kaedah Rancangan Kawasan Khas Negeri Terengganu 2011. Bengkel yang diadakan sehari ini telah mendapat sambutan yang baik daripada wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan yang menghadirinya.

Page 5: Buletin Rancang Bil 1/2011

GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN PERUMAHAN ‘ZERO LOT LINE’

Garis panduan dan piawaian perancangan perumahan ‘Zero Lot Line’ ini disediakan bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, pemaju dan orang awam di dalam merancang, menyelaras dan mengawal rekabentuk konsep pembangunan perumahan ‘zero lot line’ di Negeri Terengganu serta telah diterimapakai di Mesyuarat JPN 2/2011.

LATAR BELAKANG ‘Zero Lot Line’ atau ‘zero lot boundry’ adalah merupakan salah satu konsep rekabentuk tatatur perumahan sesebuah.

‘Zero Lot Line’ boleh dianggap sebagai pembinaan satu bahagian dinding luar di atas garisan sempadan lot (rujuk Contoh ‘Zero Lot Line’)

Di dalam perancangan bandar, ‘Zero Lot Line’ diaplikasikan bagi tujuan memaksimakan bahagian sisi laman rumah sebagai kawasan lapang persendirian (private open space) dan untuk memudahkan penyelenggaraan landskap (rujuk Ilustrasi Laman Rumah Dioptimumkan).

Terdapat juga amalan di luar negara pembangunan ‘Zero Lot Line’ yang menyediakan anjakan sisi selebar 1.2 meter (4 kaki) bagi tujuan penyelenggaraan seperti untuk memudahkan mengecat bangunan, memasang penghawa dingin dan tangga.

Garisan sempadan lot

Contoh ‘Zero Lot Line’

Dinding rumah dibina di atas garis sempadan lot

Buletin Rancang 1/2011 | 5

Page 6: Buletin Rancang Bil 1/2011

6 | Buletin Rancang 1/2011

KELEBIHAN KONSEP ‘ZERO LOT LINE’ Rekabentuk rumah sesebuah ‘zero lot line’ adalah sesuai untuk para pembeli yang mahukan laman sisi yang luas dan suasana yang lebih privasi kerana jarak antara rumah dengan rumah bersebelahan adalah optima dari segi penyediaan kawasan lapang persendirian.

Memberi kemudahan kepada pemilik rumah untuk memaksimakan penggunaan laman contohnya membina rumah binatang peliharaan, ruang landskap yang lebih luas dan alat permainan.

Memudahkan penyelenggaraan laman sisi.

Menjimatkan kos pembinaan sekaligus harga rumah yang lebih rendah kerana tidak perlu memasang tingkap atau pintu di bahagian dinding yang dibina di atas garisan sempadan lot.

Membantu mencegah dan mengurangkan risiko dari kebakaran merebak kerana jarak langkauan api yang luas.

Garisan sempadan lot

Ilustrasi laman rumah dioptimumkan

Page 7: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 7

PIAWAIAN PERANCANGAN ‘ZERO LOT LINE’

PIAWAIAN PERANCANGAN RUMAH SESEBUAH ‘ZERO LOT LINE’

Densiti Maksimum • 20 unit / hektar • 8 unit / ekar

Lot Minimum • 12.2 meter x 21.3 meter • 40’ x 70’

Luas Ruang Lantai Minimum • Mengambilkira penyediaan anjakan bangunan dan anjakan sempadan bersama

Jalan Perkhidmatan • Minimum 12.2 meter (40’)

Jalan Buntu (cul de sac) • Maksimum 304.8 meter (1000’)

Bilangan Tingkat Maksimum • 3 tingkat mengikut keadaan tanah

Anjakan Bangunan • Anjakan hadapan • 6.1 meter (20’) • Anjakan hadapan anjung kereta • 3.1 meter (10’) • Anjakan belakang • 3.1 meter (10’) • Anjakan tepi • 6.1 meter (20’) • Anjakan sisi (sempadan bersama) • 6.1 meter (20’) • Anjakan belakang tingkat atas • 1.5 meter (5’)

Jarak Maksimum Cucur Atap (roof eave) • 1 meter (3’)yang Dibenarkan Memasuki Anjakan Bangunan

Balkoni • Tidak dibenarkan keluar daripada garisan anjakan bangunan

Catatan : • Sekiranya pemohon ingin menyediakan ruang penyelenggaraan selebar 1.2 meter (4 kaki) bagi tujuan penyelenggaraan penghawa dingin, mengecat bangunan, membina tangga dan lain-lain penyelenggaraan adalah dibenarkan. • Anjakan sisi adalah 4.9 meter (16 kaki) sekiranya ruang penyelenggaraan diadakan.

Anjakan Hadapan6m (20 Kaki)

Anjakan Belakang 3m (10 Kaki)

Anjakan Tepi 6m (20 Kaki)

Anjakan Sisi(Sempadan Bersama)6m (20 Kaki)

Contoh dan ilustrasi piawaian ‘Zero Lot Line’

Page 8: Buletin Rancang Bil 1/2011

8 | Buletin Rancang 1/2011

GARIS PANDUAN PERANCANGAN ‘ZERO LOT LINE’ Setiap permohonan memecah sempadan lot untuk tujuan rumah sesebuah ‘Zero Lot Line’ perlu ditunjukkan dengan jelas garisan bangunan (Building Line) bagi lot yang terlibat untuk pecahan tersebut.

Setiap pembinaan rumah sesebuah ‘Zero Lot Line’ perlulah dipasang ‘Gutter’ atau pancur (atap).

Tingkap dan pintu pula adalah tidak dibenarkan dipasang pada dinding yang dibina di atas garisan sempadan lot.

Bahagian atap, ‘Gutter’ atau pancur (atap) atau sebarang struktur binaan hendaklah tidak melepasi garisan sempadan lot bersama.

Sekiranya pemilik atau pemaju masih belum membina rumah mengikut rekabentuk ‘Zero Lot Line’ kedua-dua bahagian sisi laman atau lot perlu diberikan perhatian.

Adalah digalakkan perumahan ‘Zero Lot Line’ dimajukan menggunakan konsep komuniti berpagar (Gated Community).

Page 9: Buletin Rancang Bil 1/2011

GARIS PANDUAN PERANCANGAN ‘GATED COMMUNITY AND GUARDED NEIGHBOURHOOD’ BAGI NEGERI TERENGGANU

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Bilangan Skim‘Gated Community’

Bertingkat(Highrise)

MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU 1. Green Acres Golf & Country, Kuala Ibai 2. Taman Sri Kolam 3. Flat Padang Hiliran 4. Wisma Tenang 5. Ladang Gemilang 6. Permint Harmoni 7. Taman Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN1. Rantau Petronas 2. Awana Kijal

6111111-211

21-----111-

Bertanah(Landed)

Buletin Rancang 1/2011 | 9

Keperluan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih baik telah menarik penduduk khususnya di kawasan bandar memilih skim-skim kediaman yang menawarkan sistem kawalan keselamatan secara berpagar (gated) dan berpengawal (guarded). Selain daripada skim kediaman berbilang tingkat (high-rise) berhak milik strata, pembangunan hartanah kediaman bertanah (landed property) yang memperkenalkan konsep Gated Community (GC) dan Guarded Neighbourhood (GN) mula menjadi pilihan dan tarikan penduduk.

Pembangunan skim-skim kediaman ini semakin berkembang dan menjadi suatu fenomena dalam industri perumahan negara. Perkembangan skim GC dan GN yang pesat terutamanya di kawasan Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru jelas membuktikan sambutan penduduk kepada pembangunan skim ini semakin meningkat malah telah menjadi trend dalam pemilikan hartanah kediaman.

Justeru itu, pemakaian garis panduan ini merupakan salah satu langkah Pihak Berkuasa Tempatan di dalam mewujudkan skim-skim perumahan yang lebih terancang dan berdaya saing di samping meningkatkan tahap keselamatan penghuninya. Garis panduan yang telah diterimapakai di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Terengganu 1/2011 ini merupakan satu garis panduan baru yang menjadi satu tanda aras kepada skim-skim perumahan baru yang akan dilaksanakan khususnya di Negeri Terengganu.

Page 10: Buletin Rancang Bil 1/2011

Ladang Gemilang

Permint Harmoni

Taman Sri Kolam

Rantau Petronas Wisma Tenang

Green Acres Golf and Country

Flat Hiliran

Awana Kijal

10 | Buletin Rancang 1/2011

Page 11: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 11

GARIS PANDUAN UMUM DAN KHUSUS a. Definisi Skim Gated Community GC boleh ditafsirkan sebagai suatu kumpulan penduduk yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di kawasan bangunan kediaman berbilang tingkat (high-rise property). Secara umum, ia merupakan satu skim kediaman tertutup dengan tembok / pagar mengelilingi keseluruhan kawasan kediaman, mempunyai akses keluar masuk yang terhad dan terkawal serta mempunyai kemudahan harta bersama (common property). Skim GC boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada ciri-ciri berikut: - Pembangunan hartanah kediaman bertanah (landed) yang meliputi rumah banglo, berkembar, teres dan sebagainya yang dibangunkan di atas satu lot tanah utama dengan pecahan kepada petak tanah kecil (land parcel) dengan pemilikan tanah secara hak milik strata. - Pembangunan yang eksklusif dikelilingi oleh pagar atau tembok yang dijadikan sempadan dengan kawasan pembangunan atau kediaman bersebelahan. - Mempunyai akses keluar masuk yang terhad dan sistem kawalan keselamatan 24 jam sama ada menggunakan pengawal keselamatan atau penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) atau kedua-duanya. - Mempunyai beberapa komponen kemudahan harta bersama seperti rumah kelab, kolam renang dan kawasan rekreasi / taman permainan yang penggunaannya hanya terhad kepada komuniti yang tinggal di kawasan tersebut. - Mempunyai sistem pengurusan dan penyelenggaraan sendiri yang diselia oleh MC yang dilantik selaras dengan peruntukan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

b. Definisi Skim Guarded Neighbourhood

GN boleh ditafsirkan sebagai satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau baru yang pegangan tanahnya berhak milik individu (individual land title).

Kewujudan GN adalah tidak berdasarkan kepada mana-mana peruntukan undang-undang atau peraturan. Ia hanya wujud secara ad-hoc berdasarkan persetujuan penghuni-penghuni di sesebuah kawasan kejiranan untuk menjadikan kawasan mereka sebagai kawasan berpengawal (guarded).

c. Garis Panduan Umum

Pembangunan skim GC perlu mematuhi kawalan am perancangan sebagaimana berikut: - Pembangunan GC hanya dibenarkan di lokasi-lokasi tertentu dan hanya terhad di kawasan bandar.

Page 12: Buletin Rancang Bil 1/2011

12 | Buletin Rancang 1/2011

- Cadangan membangunkan skim GC perlu ditentukan dan ditandai dalam pelan susun atur pembangunan, khususnya bagi cadangan pemajuan kediaman berskala besar dan tertakluk kepada kelulusan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT). - Luas minimum kawasan yang boleh dipertimbangkan untuk pembangunan GC ialah 1.0 hektar. Bagi pembangunan GC yang mempunyai banyak skim, luas maksimum bagi setiap skim adalah 10.0 hektar. - Kemudahan harta bersama (common property), termasuk jalan dalam skim GC adalah milik komuniti skim tersebut dan ianya perlu diselenggarakan sendiri oleh penghuni melalui MC yang dilantik. - Pembinaan sebarang tembok atau pagar yang mengasingkan sepenuhnya di antara penduduk GC dan bukan GC adalah tidak dibenarkan. - Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam subseksyen 21A(1A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) perlu disediakan sebelum pemajuan GC diberi pertimbangan oleh PBPT.

d. Garis Panduan Khusus

Garis panduan khusus dicadangkan bagi memperincikan kawalan am perancangan yang digariskan dalam garis panduan umum. Ia meliputi 14 aspek kawalan perancangan seperti berikut: - Saiz Keluasan Pembangunan Bagi aspek kawalan saiz pembangunan, garis panduan ini menetapkan pembangunan skim GC yang melibatkan kawasan yang besar (>10 hektar) perlu dipecahkan kepada skim yang lebih kecil dengan keluasan setiap skim adalah 1.0 hektar (minimum) hingga 10.0 hektar (maksimum) atau 200-500 unit kediaman setiap skim.

Skim 11 hektar – 10

hektar

Skim 21 hektar – 10

hektar

Skim 31 hektar – 10

hektar

Skim 41 hektar – 10

hektar

Perletakan kemudahan awam dan

ameniti

10 Ha10 Ha

10 Ha10 Ha40 Ha.

Page 13: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 13

- Perancangan Tapak Perancangan tapak perlu bersesuaian dan mematuhi dasar serta garis panduan perumahan yang telah ditetapkan dalam rancangan pemajuan. Perancangan skim GC perlu mengambil kira topografi asal dan disesuaikan dengan elemen-elemen yang dapat mewujudkan persekitaran yang menarik, selamat, selesa dan harmoni. - Lokasi Pembangunan Lokasi pembangunan GC hanya dibenarkan di kawasan bandar yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi berdasarkan rekod PDRM. GC tidak digalakkan untuk dibangunkan di kawasan perkampungan kerana dikhuatiri memberi impak negatif terutamanya kepada masyarakat serta boleh mewujudkan pengasingan sosial yang ketara. - Sistem Dan Hierarki Jalan Raya Bagi aspek sistem dan hierarki jalan raya, kawalan ini mengambil kira penyediaan laluan terus dengan menyediakan sekurang-kurangnya 2 laluan keluar masuk dengan keperluan jalan selebar 12 meter. - Reka Bentuk Perumahan Dan Anjakan Bangunan Reka bentuk bangunan dan susun atur kawasan perumahan perlu menekankan aspek keselamatan dan mempunyai identiti seni bina yang menarik serta mengikut garis panduan / piawaian perumahan semasa yang diguna pakai oleh PBPT.

- Pembinaan Pagar / Tembok Pembinaan pagar / tembok di sekeliling kawasan GC sebagai sempadan dengan kawasan bersebelahan adalah dibenarkan. Ia tertakluk kepada ketinggian tidak melebihi 2.75 meter (9 kaki) selaras dengan peruntukan seksyen 98, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984). Reka bentuk pagar hendaklah 50% terbuka dan dapat dilihat daripada luar.

Page 14: Buletin Rancang Bil 1/2011

14 | Buletin Rancang 1/2011

- Laluan Keluar Masuk Sekurang-kurangnya 2 laluan (pintu) keluar masuk perlu disediakan di dalam kawasan skim GC selaras dengan peruntukan UKBS 1984. Pintu pertama digunakan sebagai laluan keluar masuk utama, manakala pintu kedua digunakan sebagai laluan keluar masuk semasa berlaku kecemasan.

- Pembinaan Pondok Pengawal Pondok pengawal hendaklah dibina di dalam kawasan skim GC dan tidak menghalang lalu lintas. Saiz yang dibenarkan adalah tidak melebihi 1.8 meter × 2.4 meter atau saiz yang difikirkan sesuai oleh PBT.

- Landskap dan Penanaman Pokok Landskap dan penanaman pokok haruslah bersesuaian dan sentiasa diselenggarakan. Ketinggian pokok renek hendaklah tidak melebihi ketinggian pagar dan tidak terlalu rimbun.

- Ketinggian Bangunan Ketinggian maksimum bangunan kediaman landed yang dibenarkan adalah 18.5 meter (4 tingkat) selaras dengan peruntukan UKBS 1984;

- Penyediaan Tempat Letak Kereta / Motosikal Tempat letak kereta atau motosikal bagi penghuni dan pelawat perlu disediakan secara mencukupi. Pembelian dan pemilikan unit rumah mestilah termasuk kemudahan tempat letak kereta selaras dengan kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan.

- Laluan Khas Utiliti Laluan khas utiliti seperti elektrik, telefon, bekalan air, gas dan sistem pembetungan selebar sekurang-kurangnya 2.5 meter perlu disediakan dalam kawasan GC bagi meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan penyelenggaraan.

Page 15: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 15

- Peletakan Kemudahan Awam Kemudahan awam berhierarki rendah seperti rumah kelab, taman permainan kanak-kanak, kawasan rekreasi dan kolam renang sahaja dibenarkan dalam kawasan GC. Penyediaan kawasan rekreasi di dalam kawasan GC tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada 10% tanah lapang awam seperti yang lazim disyaratkan di dalam keseluruhan skim pembangunan.

- Nama Taman / Kejiranan Nama-nama GC hendaklah menggunakan nama-nama tempatan serta bercirikan budaya Malaysia.

e. Garis Panduan Guarded Neighbourhood

Penubuhan skim GN adalah tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang. Bagi tujuan pemantauan dan pengawalseliaan oleh pihak berkuasa, khususnya Kementerian Dalam Negeri, PBT, Pejabat Tanah Daerah dan PDRM, terdapat beberapa syarat dan kawalan yang perlu dipatuhi oleh persatuan penduduk kejiranan sedia ada atau kejiranan baru di dalam menubuhkan dan menjalankan operasi GN. Ia meliputi 6 aspek iaitu kawalan am perancangan, syarat asas penubuhan, kawalan pembinaan pondok pengawal, kawalan pembinaan pagar, syarat pengawal keselamatan dan syarat pelepasan status.

Page 16: Buletin Rancang Bil 1/2011

16 | Buletin Rancang 1/2011

Sempena ulangtahun KETENGAH yang ke-38, pihak JPBD Negeri Terengganu telah menyertai pameran serta memaklumkan kajian rancangan kawasan khas Tasik Kenyir kepada orang awam. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan bersempena ulangtahun KETENGAH ini yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dari 6-8 Mei 2011. Festival Kenyir Kali Ke-38 telah diadakan dengan meriah dan pelbagai aktiviti dianjurkan termasuklah Karnival Usahawan dan Pameran, Pertunjukan Belon Udara Panas, Pertunjukan Jetski, Pertunjukan Tomoi, Pertandingan Bot Berhias, Pertandingan Hantaran dan Gubahan serta Masukkan Ikan Air Tawar. Selain itu juga, Pertunjukan serta Pertandingan Perahu Naga juga turut diadakan pada hari tersebut. Pameran yang diadakan ini telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta.

Sebahagian daripada program-program yang dianjurkan oleh pihak KETENGAH sempena ulangtahun yang ke-38.

PAMERAN RKK TASIK KENYIRSempena Festival Kenyir 2011 Kali Ke-38 Anjuran KETENGAH Bertempat di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Pada 6-8 Mei 2011.

Page 17: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 17

Pameran KETENGAH dengan kerjasama JPBD Terengganu turut memaklumkan kandungan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Kenyir bagi tujuan hebahan awam kepada orang awam yang mengunjungi pameran tersebut.

Page 18: Buletin Rancang Bil 1/2011

18 | Buletin Rancang 1/2011

Status pelaksanaan OSC di Negeri Terengganu bagi 1 Januari 2011 sehingga 30 Jun 2011 menunjukkan sebanyak 2,097 permohonan telah diterima sepertimana yang telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Kali Kedua 2/2011. Perincian bilangan permohonan adalah seperti jadual dibawah :-

KEDUDUKAN KESELURUHAN STATUS PERMOHONAN OSC YANG DITERIMA DARI 1 JANUARI 2011 HINGGA 30 JUN 2011 MENGIKUT NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA

STATUS PELAKSANAAN OSC DI NEGERI TERENGGANU1 JANUARI 2011 – 30 JUN 2011

BIL NEGERI BILANGAN PERMOHONAN DITERIMA DARI 1 JANUARI

SEHINGGA 30 JUN 2011

BILANGAN PERMOHONAN YANG DISELESAIKAN DARI 1 JANUARI

SEHINGGA 30 JUN 2011

JUMLAH BESAR

1 2 3 45 6 7 8 9

10 11 12

Selangor Wilayah Persekutuan Perak Johor Terengganu Kelantan Kedah Pahang Pulau Pinang Negeri Sembilan Melaka Perlis

4,0894,4984,0382,2222,0972,0851,8901,7401,4821,18061077

26,008

2,434 (59.53%)3,426 (76.17%)2,665 (66.00%)1,466 (65.98%)1,876 (89.5%)

1,368 (65.61%)1,312 (69.42%)1,273 (73.16%)640 (43.18%)922 (78.14%)502 (82.30%)48 (62.34%)

17,888 (68.78%)

KEDUDUKAN KESELURUHAN STATUS PERMOHONAN OSC YANG DITERIMA DARI 1 JANUARI 2011 HINGGA 30 JUN 2011 MENGIKUT PBT NEGERI TERENGGANU

BIL PBTJUMLAH

PERMOHONAN SELESAI

JUMLAH

1

2

3

4

5

6

7

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Perbandaran Kemaman

Majlis Perbandaran Dungun

Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Hulu Terengganu

Majlis Daerah Marang

Majlis Daerah Setiu

505

365

210

248

164

402

203

2,097

502 : 99.4%

317 : 86.8%

184 : 87.6%

201 : 81.0%

151 : 92.1%

341 : 84.8%

180 : 88.7%

1,876 : 89.5%

Page 19: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 19

Permohonan OSC yang diterima dan diselesaikan bagi tempoh 1 Januari 2011 hingga 30 Jun 2011 mengikut PBT Negeri Terengganu

*Nota : Jenis BorangBil. Senarai Nama Ringkasan1 Borang 1 Permohonan Serentak2 Borang 2 Kebenaran Merancang3 Borang 3 Pelan Kejuruteraan4 Borang 4 Pelan Bangunan5 Borang 5 CFO6 Borang 6 CCC

JUMLAH PERMOHONAN YANG DITERIMA MENGIKUT JENIS BORANG

PBTBIL. PERMOHONAN DITERIMA DARI 1 JANUARI 2011 – 30 JUN 2011

JUMLAH BESAR

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Majlis Perbandaran Kemaman

Majlis Perbandaran Dungun

Majlis Daerah Besut

Majlis Daerah Hulu Terengganu

Majlis Daerah Marang

Majlis Daerah Setiu

1

17

34

5

79

0

100

105

340

2

260

127

186

66

99

141

45

924

3

2

33

0

0

0

0

1

36

4

226

150

16

101

64

138

52

747

5

0

10

0

0

1

0

0

11

6

0

11

3

2

0

23

0

39

Jumlah

505

365

210

248

164

402

203

2,097

Page 20: Buletin Rancang Bil 1/2011

20 | Buletin Rancang 1/2011

PELAPORAN KAWASAN LAPANG

KAWASAN LAPANG, REKREASI DAN HUTAN LIPUR NEGERI TERENGGANU MENGIKUT KEPERLUAN SEHINGGA JUN 2011

DAERAH

KAWASAN LAPANG (HEKTAR)

BILANGANPENDUDUK

*PIAWAIAN(2 HEKTAR

/ 1000 PENDUDUK)

HUTAN LIPUR (DI BAWAH KELOLAAN

DAN WARTA OLEH JABATAN

HUTAN (HEKTAR)

D

JUMLAH(HEKTAR)

A+B+C+D

LEBIHAN / KEKURANGAN

(HEKTAR)

TELAH WARTA

(HEKTAR)

A

DALAM PROSES WARTA

(HEKTAR)

B

JUMLAH(HEKTAR)

A+B+C

LEBIHAN / KEKURANGAN

(HEKTAR)KAWASAN

LAPANG SAHAJA

BELUM DIAMBIL

TINDAKAN(HEKTAR)

C

K. Terengganu

Kemaman

Dungun

Besut

Marang

Hulu Terengganu

Setiu

JUMLAH

367,800

181,000

168,300

152,800

106,500

78,100

66,500

1,121,000

735.6

362

336.6

305.6

213

156.2

133

2,242.00

438.674

69.637

35.813

125.40

162.461

110.533

125.117

1,067.635

10.296

7.484

15.542

0.087

0.965

1.688

0

36.062

510.606

219.46

91.817

131.876

186.485

124.862

141.167

1406.273

-224.994

-142.54

-244.783

-173.724

-26.575

-31.338

+8.167

-809.21

0

533

8665

703

0

836

2921

13658

510.606

752.46

8756.817

834.876

186.485

960.862

3062.167

15,064.273

-224.994

390.46

8420.217

529.276

-26.515

804.662

2929.167

12822.273

61.636

142.339(Termasuk kaw.Zoo-

120 hek)

40.462

6.389

23.059

12.641

16.05

302.58

Nota : i. Jumlah Tanah Lapang Awam berbanding penduduk adalah berkurangan sebanyak 809.21 hektar (tidak mengambilkira tanah lapang hasil dari pecahan lot). Jumlah tanah lapang berbanding dengan penduduk apabila ditambah Hutan Lipur (bawah pengurusan Jabatan Hutan) adalah berlebihan iaitu sebanyak 12,822.273 hektar. ii. Keputusan MPFN ke-5, 6 Oktober 2005 menetapkan nisbah penduduk : +13.424 hektar / 1000 penduduk iii. Daerah Kuala Terengganu dan Marang tidak ada Hutan Lipur yang dikendalikan oleh Jabatan Hutan Negeri Terengganu

Page 21: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 21

SENARAI HUTAN LIPUR NEGERI TERENGGANU

BIL DAERAH KEDUDUKANHUTAN LIPUR

TAHUN DITUBUHKAN

LUAS (HEKTAR)

JUMLAH KESELURUHAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Hulu Terengganu

Besut

Besut

Setiu

Setiu

Setiu

Kemaman

Kemaman

Dungun

Dungun

Dungun

Dungun

Dungun

Dungun

Dungun

Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Lata Tembakah

Hutan Lipur Lata Tembakah

Hutan Lipur Lata Payong

Hutan Lipur Seri Amar

Hutan Lipur Chakah II

Hutan Lipur Rasau Kerteh

Hutan Lipur Air Menderu

Hutan Lipur Tanjung Gadung

Hutan Rimba Bandar Bukit Bauk

Hutan Lipur Rantau Abang

Hutan Lipur Bumbung Raja

Hutan Lipur Sungai Cemerung

Hutan Lipur Besul

Hutan Lipur Bukit Kesing

1985 ( rasmi pada 1985)

1987

1993

1993

1999

2005

1987

1990

1990

2005

1985 (rasmi pada 1994)

1992

1993

1993

1995

836

300

403

227

694

2000

73

460

196

7564

159

10

292

258

186

13,658

Kompt. 20,21,27 – Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan

Kompt. 47,48,54,59 – sebahagian Hutan Simpan Pelagat

Kompt. 49,50 – Hutan Simpan Gunung Tebu

Kompt. 75 – Hutan Simpan Hulu Nerus

Kompt. 18,19,43,57- Hutan Simpan H. Nerus

Kompt. – Hulu Seladang, Setiu

Kompt. 62,63 – Hutan Simpan Rasau Kerteh

Kompt. 60 – Hutan Simpan Rasau Kerteh

Kompt. 4,5 Hutan Simpan Bukit Bauk

Kompt. 11A – Hutan Simpan Bukit Bauk

Kompt. 6, Hutan Simpan Jambu Bongkok

Tanah Kerajaan Hulu Sungai Dungun

Kompt. 25,26 – Hutan Simpan Pasir Raja

Kompt. 19A – Hutan Simpan Besul

Kompt. 9, 10 – Hutan Lipur Bukit Kesing

Sumber: Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu

Page 22: Buletin Rancang Bil 1/2011

22 | Buletin Rancang 1/2011

Bab 7: Pengurusan, Pelaksanaan RSN TerengganuRANCANGAN STRUKTUR NEGERI TERENGGANU

PENDAHULUAN Siri ke-tujuh dan terakhir Rancangan Struktur Negeri Terengganu ini memfokuskan mekanisme pengurusan dan pelaksanan Rancangan Struktur Negeri (RSN), pelaksanaan projek dan pembangunan, kajian semula RSN, dan sistem-sistem yang terlibat dalam pemantauan RSN Terengganu.

Rancangan Struktur (RS) merupakan satu dokumen yang menerangkan rangka perancangan yang menjadi panduan kepada aktiviti perancangan Bandar dan desa di setiap negeri. RS mempunyai gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar dan cadangan yang dikemukan. RS ini diperlukan dalam melengkapkan system perancangan fizikal khususnya dalam penggunaan tanah, menterjemahkan dasar Rancangan Fizikal Negara, dan menyelaras dasar-dasar Rancangan Tempatan dan PBT yang telah sedia ada.

Kejayaan pelaksanaan RS terletak kepada keberkesanan penggunaan dan pelaksanaannya. Proses penyediaannya melibatkan semua jabatan dan agensi sama ada pada peringkat negeri mahu pun persekutuan akan terlibat sama secara aktif dalam penyediaan RS bagi memastikan kesemua dasar, program, projek dan cadangan yang diterima oleh RS diterjemahkan kepada pelan tindakan dan dijadikan input untuk bajet tahunan, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan lain-lain Rancangan Pembangunan.

Peranan di setiap peringkat pentadbiran:- Di peringkat persekutuan, Majlis Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri merupakan badan utama yang bertanggungjawab dalam perancangan spatial seperti menggalakkan Perancangan Bandar dan Desa sebagai medium yang berkesan dalam memperelokkan persekitaran fizikal dan pemajuan mapan dalam Negara (seksyen 2A, Akta 172).

Di peringkat negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar merupakan Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menasihat dan menggalakkan dalam negeri, dalam bidang dasar Negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam negeri.

JPBD Negeri dipertanggungjawabkan dibawah Akta 172 untuk menguruskan perancangan spatial. Peruntukan yang diberikan membolehkan JPBD Negeri mengetuai kerja-kerja menyelaras rancangan spatial dan memastikan semua jabatan seperti pihak berkuasa tempatan, UPEN, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, dan Jabatan Alam merancang pembangunan mengikut RS.

MEKANISME PELAKSANAAN RSN TERENGGANU1. RS dijadikan sebahagian daripada Perancangan Sosio-Ekonomi dan Perancangan Projek

Memastikan objektif pertumbuhan mampan, pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama tercapai sepenuhnya, cadangan RS ini diterjemahkan kepada projek dan program melibatkan :-

Page 23: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 23

a) Semua jabatan dan agensi kerajaan sama ada Negeri atau Persekutuan dan PBT hendaklah menerima pakai RS Terengganu dan dijadikan sebagai satu dokumen panduan di dalam membuat perancangan dan pelaksanaan projek dan program termasuk penyediaan Bajet Tahunan, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan lain-lain Rancangan Pembangunan. b) Semua jabatan dan agensi kerajaan hendaklah memastikan kesemua program, projek, dasar serta pelan tindakan dilaksana sebagaimana dasar dan cadangan yang terkandung dalam RS Terengganu. c) Projek, program dan cadangan RS dijadikan asas untuk jabatan dan agensi melaksanakan program dan projek pembangunan di Negeri Terengganu. d) Projek dan pembangunan yang akan dilulus dibawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan bajet tahunan hendaklah hanya yang berasaskan kepada projek dan program yang dicadangkan oleh RS dan lain-lain rancangan pemajuan yang diwartakan. e) Jabatan dan Agensi kerajaan sama ada Negeri atau Persekutuan hendaklah membuat bida untuk projek berdasarkan cadangan RS. f ) Pihak Berkuasa Negeri melalui UPEN / Jabatan Pembangunan Negeri di dalam menimbangkan projek-projek hendaklah memastikan ianya selaras dengan cadangan RS.

2. Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Pemantauan RSN di Peringkat Negeri

Di peringkat Negeri, Pihak Berkuasa Negeri menubuhkan Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Terengganu (JRPNT) untuk menyelaras, memantau pelaksanaan dasar, program, projek dan unjuran yang dicadangkan oleh RS dan lain-lain rancangan pemajuan. JRPNT dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan keahlian terdiri daripada ketua-ketua jabatan yang terlibat dengan RS termasuk Y.D.P PBT dan Pegawai Daerah. Setiausaha JRPNT adalah pengarah JPBD Negeri Terengganu manakala JPBD Negeri sebagai secretariat. JRPNT ditubuhkan sebagai jawatankuasa kecil kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) bagi membolehkannya beroperasi dengan kuasa perundangan yang ada pada JPN.

Antara fungsi-fungsi JRPNT adalah:-

Memantau pelaksanaan dasar, program dan projek-projek yang dicadang oleh RS. Memaklum kepada JPN pembangunan yang menyimpang daripada dasar dan strategik RS. Member panduan dan nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi memastikan perancangan spatial dilulus bersesuaian dengan kehendak Akta. Sedia laporan berkala atau apabila perlu, mengenai pelaksanaan dan pencapaian RS serta isu-isu dan masalah berkaitan kepada MMKN dan lain-lain jawatankuasa yang berkaitan. Menyebar maklumat mengenai RS dan rancangan pemajuan lain kepada agensi kerajaan, NGO dan masyarakat. Memantau dan mengkaji semula semua aspek pelaksanaan RS dan lain-lain rancangan pemajuan. Mempertimbangkan kajian semula / pengubahan bagi kajian Rancangan Pemajuan untuk diangkat ke Jawatankuasa Perancangan Negeri.

3. Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Pemantauan RSN di Peringkat PBT

Pihak Berkuasa Negeri bertanggungjawab dalam memastikan di Peringkat Berkuasa Tempatan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan di setiap PBT (JPRP-PBT). Urusetianya adalah Jabatan Perancang di setiap PBT. Sekiranya PBT tidak ada pegawai perancang, JPBD Negeri akan bertindak sebagai urusetia. Antara fungsi JRPNT-PBT iaitu:- - Menyelesaikan isu-isu sektoral dan perancangan yang tertangguh di PBT. - Memberi input kepada kerja-kerja perancangan yang sedang dilaksanakan. - Menggalakkan pembangunan di kawasan yang berpotensi untuk pembangunan. - Membantu JRPNT menyelesaikan isu-isu wilayah atau lain-lain perkara yang dirujuk oleh PBT / agensi. - Melaporkan secara berkala kepada JRPNT pencapaian dan pelaksanaan RS dan lain-lain rancangan pemajuan.

•••

••

Page 24: Buletin Rancang Bil 1/2011

24 | Buletin Rancang 1/2011

4. Penyelarasan di antara dan sesama Jabatan / Agensi

Jabatan / agensi penyelaras dan pelaksana bertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan sesuatu projek pembangunan dan melaporkannya setiap bulan kepada JRPNT. Penyelarasan di antara jabatan/agensi di dalam jentera pelaksana adalah perlu kerana ada hubungkait di antara mereka dan setiap jabatan mempunyai autonomi di dalam melaksana tugas dan tanggungjawabnya.

5. Tanggungjawab PBT untuk menjayakan RSN

Mengenalpasti tindakan-tindakan untuk melaksana RS Terengganu dan lain-lain rancangan pemajuan. Sediakan jadual pelaksanaan untuk tindakan-tindakan yang dikenalpasti dan disusun mengikut prioritinya. Menyelaras strategik pembangunan yang dipilih dan memastikan perancangan korporat dan operasi setiap PBT adalah selaras denganya. Memberi penerangan dan kesedaran kepada masyarakat ke arah menjayakan.

6. Penglibatan Swasta di dalam Pelaksanaan RSN Terengganu

Sumbangan dan Peranan sektor swasta di dalam pelaksanaan RS Terengganu terutamanya di dalam sektor perumahan dan perdagangan begitu besar. Sokongan PBT, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan adalah perlu bagi memastikan sektor swasta melabur dan melaksanakan pembangunan mengikut perancanagan yang diunjurkan oleh RSN Terengganu.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:-

Swasta sebagai rakan dalam pembangunan - PBT dan agensi kerajaan menerima sektor swasta sebagai rakan dalam pembangunan dan diberi layanan sebagai rakan di dalam urusan perniagaan.

Projek untuk diswastakan dikenalpasti - Projek-projek yang boleh dilaksanakan secara penswastaan dikenalpasti dan diumumkan.

Kawasan pembangunan yang berpotensi digalakkan pembangunannya - Kawasan yang berpotensi yang telah dikenalpasti oleh RS Terengganu sebagai kawasan untuk dimajukan digalakkan pembangunannya. Sektor swasta diberi penerangan dan panduan untuk turut serta di dalam pembangunan tersebut.

Proses kelulusan perancangan dipermudahkan dan dipercepatkan - Proses kelulusan yang berkaitan dengan pembangunan hartanah seperti kelulusan kebenaran merancang, pelan pembangunan, tukar syarat tanah dan sebagainya dipermudahkan dan dipercepatkan. Kerajaan Negeri, PTG, Pejabat Tanah dan PBT perlu memastikan keseluruhan proses kelulusan perancangan tidak mengambil masa melebihi 6 bulan dan tidak diganggu birokrasi kerajaan.

Sesi penerangan berkala - JPBD mengadakan sesi penerangan secara berkala mengenai RS Terengganu kepada pemaju perumahan dan lain-lain pelabur.

7. Penyertaan Awam

Penyertaan awam dijadikan ciri penting di dalam pelaksanaan, pemantauan dan kajian semula Rancangan Struktur. JPBD Negeri Terengganu dan PBT mewujudkan program-program di mana orang awam boleh berkomunikasi dengannya secara lisan atau bertulis. JPBD dan PBT mengadakan laman web khusus untuk memudahkan orang awam berinteraksi dengannya berkaitan dengan RS dan lain-lain Rancangan Pemajuan.

••

Page 25: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 25

8. Sistem Maklumat RSN

RFN mencadangkan sistem maklumat yang berasaskan GIS yang dinamakan NPP Information System (NPPIS) diwujudkan. Sistem maklumat ini yang berasaskan guna tanah akan memudahkan penyediaan RFN, mengesan perubahan kepada guna tanah dan memantau keberkesanan dasar guna tanah.

RFN mencadangkan NPPIS dibangunkan melalui satu rangka kerja sistem maklumat guna tanah yang diintegrasikan di tiga peringkat iaitu di peringkat pusat (NPPIS) di peringkat negeri (State Structure Plan Information System – SSPIS) dan di peringkat tempatan (District Local Plan Information System – DLPIS). Ketiga-tiga sistem ini menjadi pelengkap di antara satu sama lain melalui pertukaran maklumat dan data.

Selaras dengan cadangan RFN, JPBD Negeri mewujudkan unit GISnya yang akan mempunyai data dan maklumat mengenai guna tanah yang terkini dan sentiasa dikemaskini. Maklumat-maklumat akan diperolehi daripada pelbagai sumber di peringkat tempatan (melalui DLPIS).

PBT juga perlu mewujudkan unit GISnya. Unit GIS di PBT perlu mempunyai peralatan, perkakasan dan perisian yang bersesuaian serta mempunyai kakitangan yang mencukupi dengan kemahiran teknikal yang bersesuaian. Diantara data dan maklumat yang perlu ada dalam sistem GIS adalah:- - Guna tanah dan lot-lot tanah sedia ada status pembangunan setiap lot tanah. - Kedudukan infrastuktur seperti jalan raya dan lebuh raya. - Rangkaian utiliti seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi. - Kemudahan awam - Bilangan penduduk dan kepadatan - Data-data asas ekonomi, perniagaan, sosial dan guna tenaga.

PELAKSANAAN RSN TERENGGANU

Terdapat 10 dasar yang telah dikenalpasti untuk diterjemahkan dan dilaksanakan oleh jabatan dan agensi bagi menjayakan projek, program dan pelan tindakan:-

1. D1- RS Terengganu 2005-2020 dijadikan sebagai rangka pembangunan spatial Negeri di dalam memastikan pembangunan fizikal yang berterusan dan terkawal. 2. D2- Memperkukuhkan hierarki bandar-bandar utama dengan memberi tumpuan pembangunan bagi bandar-bandar terpilih untuk mengelakkan pertindihan fungsi bandar serta memudahkan penyaluran kemudahan. 3. D3- Pembangunan pusat-pusat pertumbuhan desa (PPD) akan diperkukuhkan dengan penyaluran kemudahan serta perkhidmatan yang bersesuaian bagi kemudahan penduduk kawasan luar bandar. 4. D4- memperkukuhkan sistem perhubungan di peringkat wilayah dan serantau bagi memastikan kerjasama ekonomi dapat dijalinkan. 5. D5- kawasan sensitif alam sekitar akan diperlihara dan dimanfaatkan untuk tujuan penyelidikan, pembelajaran, pelancongan dan pemuliharaan. 6. D6- mempelbagaikan struktur asas ekonomi dan meningkatkan produktiviti pengeluaran bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri. 7. D7- menggalakkan aktiviti ekonomi masyarakat luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup. 8. D8- menyedia serta mempertingkatkan kualiti pembangunan infrastruktur dan utiliti secara menyeluruh, mencukupi, cekap , selamat berkualiti dengan kos yang efektif. 9. D9- menyediakan pelbagai kemudahan sosial merangkumi kemudahan pendidikan, kesihatan, keagamaan, rekreasi dan lain-lain kemudahan sokongan yang mencukupi dan berkualiti ke arah pengujudan masyarakat yang cemerlang. 10. D10- menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Page 26: Buletin Rancang Bil 1/2011

26 | Buletin Rancang 1/2011

PELAKSANAAN PROJEK DAN PROGRAM PEMBANGUNAN

Dalam melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan yang dicadangkan oleh RS melibatkan pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan juga sektor swasta. Terdapat projek yang melibatkan hanya satu jabatan dan ada juga projek dan program pembangunan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi. Peranan agensi penyelaras adalah penting apabila wujud projek yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi. Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada keberkesanan pengurusan agensi penyelaras. Senarai projek dan program pembangunan yang dicadangkan oleh RS serta jabatan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakannya adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam dokumen Rancangan Struktur Negeri Terengganu.

KAJIAN SEMULA ATAU PENGUBAHSUAIAN RSN

RS dikaji semula untuk setiap lima tahun seiring dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun sebagaimana yang telah diperuntukan dibawah seksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 2001 (Akta A1129).

1. Tatacara kajian semula

Kajian semula RS akan dibuat apabila:- - Menerima arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri - Terdapat perubahan kepada dasar-dasar sektor berkaitan - Terdapat perubahan kepada trend pembangunan Negeri

RS dikaji semula apabila berlaku perubahan kepada dasar-dasar negara mahupun dasar-dasar sektor yang melibatkan perubahan kepada dasar-dasar di peringkat Negeri. Sekiranya perubahan trend pembangunan di Negeri berlaku disebabkan pelaksanaan projek-projek berkepentingan Negara,maka keseluruhan RS dikaji semula. Contohnya pembinaan lapangan terbang, pelabuhan dan lebuh raya. Namun, perubahan trend pembangunan yang berlaku di peringkat sektor dan tidak bercanggah dengan dasar-dasar RS akan dikaji di peringkat dasar sektor yang berkenaan sahaja.

2. Tatacara Pengubahan RSN

RS (pengubahan) yang disediakan dipublisitikan di dua peringkat laporan iaitu peringkat Laporan Pemeriksaan dan Draf RS. Publisiti ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk memeriksa laporan –laporan yang disediakan dan bersama-sama merancang hala tuju pembangunan di kawasan mereka. Bantahan dan rayuan yang diterima daripada orang awam akan dipertimbangkan oleh satu jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh JPN. Draf RS (pengubahan) yang disediakan mengambil kira bantahan dan rayuan orang awam dan dikemukakan kepada JPN untuk dipertimbangkan sama ada melulusnya secara keseluruhan atau sebahagiannya dan sama ada dengan atau tanpa pindaan, atau menolaknya. RS (pengubahan) yang dilulus oleh JPN perlu dibawa kepada PBN untuk kelulusan dan mewartanya melalui Warta Negeri untuk dikuatkuasakan.

Page 27: Buletin Rancang Bil 1/2011

Buletin Rancang 1/2011 | 27

SISTEM PEMANTAUAN RSN

1. JPBD Negeri merupakan jabatan utama yang dipertanggungjawabkan oleh Akta 172 untuk pengurusan perancangan spatial. JPBD bertanggungjawab mengepalai kerja-kerja menyelaras rancangan spatial dan memastikan semua jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Negeri dan PBT merancang dan melulus pembangunan negeri mengikut RS.

2. Jawatankuasa Pelaksanaan Pemantauan dibuat melalui dua jawatankuasa yang dicadangkan iaitu:- - Peringkat Negeri, Jawatankuasa Rancangan Pemajuan Negeri Terengganu (JRPNT) yang ditubuhkan sebagai jawatankuasa kecil kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). - Peringkat tempatan, Jawatankuasa Pemantauan Rancangan Pemajuan PBT (JPRP-PBT) yang akan ditubuhkan di setiap PBT.

3. Pemantauan lebih berkesan di peringkat negeri (JPBD Negeri) dan di peringkat tempatan (setiap PBT) dengan pelaksanaan sistem maklumat RS. Melalui sistem yang berasaskan GIS, Pihak Berkuasa Negeri, JPBD dan PBT dapat mengesan perubahan guna tanah dan memantau keberkesanannya.

4. Penyelarasan di antara dan sesama jabatan/agensi menjadikan pemantauan lebih berkesan.

5. Laporan yang disediakan dan mesyuarat yang diadakan oleh JRPNT dan JPRT-PBT mengenai pelaksanaan dan pencapaian RS serta isu-isu dan masalah yang berkaitan dengannya membolehkan:- - Pelaksanaan dasar, program dan projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan dapat dipantau. - Pembangunan yang menyimpang daripada dasar dan strategik RS akan diketengahkan.

Artikal ini merupakan siri penerangan kepada Rancangan Stuktur Negeri Terengganu. Untuk keterangan lanjut mengenai Rancangan Struktur Negeri Terengganu sila hubungi Bahagian Perancangan Dasar dan Lembaga Rayuan (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu) No. Lot 1107-1, Jalan Pejabat, 20646 Kuala Terengganu. Tel 09 - 630 1432 hingga 38 Web: www.jpbdtrg.gov.my

Page 28: Buletin Rancang Bil 1/2011

PEWARTAAN RANCANGAN PEMAJUAN NEGERI TERENGGANU 2011Pewartaan tiga (3) rancangan pemajuan terkini telah diwartakan dan menjadi pelengkap kepada keseluruhan rancangan tempatan di Negeri Terengganu.

Rancangan Tempatan Kuala TerengganuKelulusan JPN : 8 November 2010Kelulusan MMKN : 9 Februari 2011No warta : Warta (No. 318 dalam Jilid 64, No. 7) pada 31 Mac 2011

Rancangan Tempatan Hulu TerengganuKelulusan JPN : 8 November 2010Kelulusan MMKN : 9 Februari 2011No warta : Warta (No. 319 dalam Jilid 64, No. 7) pada 31 Mac 2011

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik KenyirKelulusan JPN : 8 November 2010Kelulusan MMKN : 9 Februari 2011No warta : Warta (No. 320 dalam Jilid 64, No. 7) pada 31 Mac 2011

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI TERENGGANUTingkat 4, Wisma Negeri , 20646 Kuala TerengganuTel. Pengarah : 09 - 630 1212Tel. Am : 09 - 622 2444 Samb. 4290/4313Faks : 09 - 624 4117Email : [email protected] Web :www.jpbdtrg.gov.my