buku+amali+4

11
4.0 4.1 LITERASI BAHASA Bengkel Asas Membaca:Kaeah Pandang dan Sebut PENGENALAN Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini memerlukan kanak-kanak menghafal pola-pola suku kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Uniknya bahasa Melayu adalah kerana pola-pola suku katanya jelas dan terdapat lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 suku kata merupakan satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. KAEDAH PANDANG SEBUT Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini juga dikenali dengan nama pandang sebut kerana aktiviti utamanya iaitu memandang dan menyebut. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan perkataan dan gambar. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai suku kata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan 42

Upload: ng-wy

Post on 20-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Buku+ Amali+4

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU+AMALI+4

4.0

4.1

PENGENALAN

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca

dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini memerlukan

kanak-kanak menghafal pola-pola suku kata yang terdapat dalam bahasa Melayu. Uniknya

bahasa Melayu adalah kerana pola-pola suku katanya jelas dan terdapat lebih daripada 1000

pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 suku kata merupakan satu

jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.

KAEDAH PANDANG SEBUT

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan

memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini juga dikenali

dengan nama pandang sebut kerana aktiviti utamanya iaitu memandang dan menyebut.

Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal

huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan perkataan dan

gambar.

Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara

kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris.

Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai suku kata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut

tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya

perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu

menyebut terus contohnya;

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )

ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)

bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad

imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola suku kata ditulis di atas

42

Page 2: BUKU+AMALI+4

4.2

kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad

manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,

kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto “photographic memory “. Sebab itulah, hanya

dengan imbasan setiap perkataan dapat dalam ingatan dan dikeluarkan apabila diperlukan.

APLIKASI KAEDAH DAN PANDANG SEBUT

4.2.1 MENYEBUT PERKATAAN

Contohnya :

Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid-murid diminta menyebut perkataan ‘ayam’.

Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam. Kedua-dua objek membawa

bunyi yang sama iaitu ‘ayam’.

Selepas itu, mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar ayam dan

minta mereka menyebut ‘ayam’.

Setelah murid dapat menyebut perkataan ayam, barulah diperkenalkan huruf-huruf

atau abjad yang membentuk perkataan ‘ayam’.

Cara ini diteruskan dengan perkataan lain.

43

Page 3: BUKU+AMALI+4

4.3

4.2.2 MENCERAKINKAN PERKATAAN

Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, murid dikehendaki

mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

Kaedah mencerakinkan perkataan turut bertujuan untuk memperkenalkan kata dan

memperkenalkan huruf

4.2.3

MEMBINA DAN MEMBACA AYAT

Dengan menggunakan bahan bantu belajar, bimbing murid untuk membina ayat.

Seterusnya, teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap

44

Page 4: BUKU+AMALI+4

4.4

4.5

KELEBIHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Murid-murid tidak dikehendaki menghafal nama-nama huruf yang abstrak.

Mereka didedahkan dengan bahan yang konkrit atau bermakna.

Mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka.

KELEMAHAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat.

Murid-murid agak lambat mengenali huruf.

Murid-murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tapi

berdasarkan gambar.

Mereka sebenarnya menyebut nama gambar, bukannya membaca apa-apa yang ditulis.

Kadang-kadang mereka keliru dengan gambar yang kurang jelas.

Kaedah ini lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan yang bersifat

‘logografik’.

Pelaksanaan aktiviti

45

Page 5: BUKU+AMALI+4

4.5.1 LATIHAN MENYEBUT PERKATAAN

AKTIVITI : UJI MINDA

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT

PELAKSANAAN :

AKTIVITI : PADANKAN AKU

PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT

46

1. Para pelajar diminta untuk duduk dalam dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki

dan kumpulan murid perempuan.

2. Dengan menggunakan Powerpoint, para murid akan didedahkan dengan aktiviti

menyebut perkataan. Gambar akan ditunjukkan kepada para murid terlebih dahulu,

kemudian guru akan menyebut perkataan yang mewakili gambar tersebut. Guru akan

meminta murid menyebut kembali perkataan yang disebut oleh guru.

3. Kemudian, perkataan yang mewakili gambar tadi pula akan ditunjukkan kepada

murid-murid. Guru akan menyebut perkataan yang terdapat pada slaid tersebut dan

diikuti oleh murid. Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula.

4. Selepas kesemua gambar dan perkataan telah diajar kepada murid, guru akan

menguji minda dengan memanggil murid secara rawak untuk menyebut kembali

perkataan yang telah diajar tadi dengan menggunakan kadbod gambar dan kadbod

perkataan

Page 6: BUKU+AMALI+4

1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan diberikan kotak yang mengandungi kad-kad perkataan yang telah

diajar di dalam aktiviti satu.

3. Gambar-gambar yang telah diajar dalam aktiviti satu tadi pula akan ditampal di sekitar

kelas.

4. Murid-murid akan dikehendaki

memadankan dan melekatkan

kad perkataan yang mereka

perolehi di bawah gambar-gambar

tersebut.

PELAKSANAAN :

4.5.2 LATIHAN MENCERAKINKAN PERKATAAN MENJADI SUKU KATA

AKTIVITI : KOTAK MISTERI DAN LAGU

47

Page 7: BUKU+AMALI+4

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT

PELAKSANAAN :

48

1. Gambar akan ditunjukkan kepada para murid terlebih dahulu, kemudian guru akan

menyebut perkataan yang mewakili gambar tersebut. Guru akan meminta murid

menyebut kembali perkataan yang disebut oleh guru.

2. Kemudian, suku kata-suku kata yang mewakili gambar tadi pula akan ditunjukkan

kepada murid-murid. Guru akan menyebut setiap suku kata yang terdapat pada kad

lipat dan diikuti oleh murid. Aktiviti ini diulang untuk gambar yang lain pula.

3. Kemudiannya, lagu akan dimainkan. Apabila lagu dimainkan, para pelajar diminta untuk

menghantar kotak misteri daripada seorang murid kepada murid yang lain sehingga

muzik yang dimainkan berhenti.

4. Murid yang memegang kotak misteri ketika muzik berhenti dikehendaki mengambil

sekeping kad yang mengandungi suku kata dari kotak misteri tersebut dan dia akan

diminta untuk menyebut suku kata tersebut.

5. Murid yang lain juga akan menyebut suku kata tersebut bersama-sama.

6. Kemudiannya lagu akan dipasang semula dan murid akan bermain sehingga kesemua

murid mendapat suku kata masing-masing.

Page 8: BUKU+AMALI+4

AKTIVITI: CARI PASANGANKU

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT

PELAKSANAAN :

4.5.3 LATIHAN MEMBINA DAN MEMBACA AYAT

AKTIVITI : ALBUM SAYA

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT

PELAKSANAAN :

49

1. Dalam aktiviti sebelum ini, para murid telah memperoleh suku kata masing-masing.

2. Murid-murid diminta menunjukkan suku kata masing-masing dan diminta bergerak

untuk mencari pasangan suku kata mereka.

3. Kemudian mereka akan diminta untuk melekatkan suku kata pada gambar-gambar

yang diwakili oleh suku kata yang ada pada mereka di papan hitam.

1. Guru tunjukkan carta ayat bergambar. Guru akan menyebut ayat-ayat tunggal yang

diberi.

2. Guru akan meminta murid menyebut kembali ayat yang disebut oleh guru. Aktiviti ini

diulang untuk gambar yang lain pula.

3. Kemudiannya, para murid akan duduk dalam kumpulan masing-masing dan dibekalkan

dengan sebuah kotak yang mengandungi beberapa perkataan. Mereka juga turut akan

dibekalkan dengan sebuah album.

4. Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kotak tersebut,

murid diminta untuk memilih gambar yang berkaitan dengan perkataan-perkataan yang

mereka perolehi dan kemudiannya membina ayat.

5. Mereka akan menampal gambar yang mereka pilih di atas kad manila dan kemudiannya

menampal perkataan-perkataan yang mereka perolehi untuk membentuk ayat di bawah

gambar tersebut.

Page 9: BUKU+AMALI+4

4.6 Rumusan

Dengan terlaksananya aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, diharapkan murid-murid akan dapat

mengasah minda mereka dalam mengingat gambar dan perkataan dan seterusnya mereka akan

boleh membaca kerana ejaan bahasa Melayu adalah bersifat fonemik (satu huruf boleh

dikatakan melambang satu ‘bunyi’ )

50

Page 10: BUKU+AMALI+4

4.7 DOKUMENTASI

51