buku tukun (baiki) - · pdf fileperutusan ketua pengarah perikanan malaysia ringkasan sumber...

72

Upload: lamtuyen

Post on 30-Jan-2018

330 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR
Page 2: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR
Page 3: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR
Page 4: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Sumber: Raymond Firth, 1966

Page 5: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

STATUS TUKUN TIRUANDI PERAIRAN TERENGGANU

berdasarkan penilaian imej menggunakansonar pengimbas sisi

Ahmad AliMahyam Mohd Isa

Zaidnuddin lliasMohamed Pauzi Abdullah

Ku Kassim Ku YaacobNor Azman Zakaria

Jabatan Perikanan Malaysia2008

Page 6: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Perpustakaan Negara Malaysia

ISBN 9789839114379

Diterbitkan oleh:

Departemen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin,Jabatan Perikanan MalaysiaTaman Perikanan Chendering, 21080 Kuala TerengganuTel: 09-6175940/6171543Faks: 09-6176136/6174042E-Mel: [email protected] web: www.mfrdmd.org.my

©2008 Jabatan Perikanan MalaysiaHak Cipta Terpelihara

Buku ini hendaklah dirujuk seperti berikut:

Ahmad, A., Mahyam, M.I., Zaidnuddin, I., Mohamed Pauzi, A., Ku Kassim, K.Y., dan Nor Azman, Z.2008. Status Tukun Tiruan Di Perairan Terengganu Berdasarkan Penilaian Imej MenggunakanSonar Pengimbas Sisi. Jabatan Perikanan Malaysia. 57 ms.

Jurufoto: Ahmad Ali, Dr. Sukarno Wagiman, Zaidnuddin llias, Mohamed Pauzi Abdullah, AbdulAziz Yusof, Mushidi Hassan, Nor Azman Zakaria dan Azizi Ali.

Rekabentuk: Ahmad Ali dan Idealab Advertising & Design.

Page 7: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas penerbitan buku ini. Ianya boleh dijadikan sebagaipanduan kepada Jabatan di dalam merangka dan melaksanakan projek tukun tiruan di seluruh negarapada masa yang akan datang. Semua pihak yang terlibat di dalam merangka projek pembangunantukun tiruan sama ada untuk peringkat kebangsaan ataupun negeri haruslah membaca dan menelitihasil kajian ini dan seterusnya menghalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan agar projekyang dilaksanakan pada masa akan datang benar-benar mencapai objektif yang ditetapkan.

Kita menghargai cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh penulis untuk memantapkan lagiprogram tukun tiruan yang telah Jabatan laksanakan sejak tahun 70an lagi. Oleh kerana teknologipembinaan tukun sudah berkembang dengan pesat dan maklumat pula dapat diperolehi dengancepat maka projek tukun tiruan di dalam RMK-9 dapat dilaksanakan mengikut prosedur iaitu bermuladengan kajian pemilihan tapak, mereka bentuk tukun yang mengambil kira pelbagai aspek kejuruteraandan juga oseanografi. Jabatan mempunyai pengalaman yang cukup banyak di dalam aspek pembinaantukun tiruan di mana pengalaman pegawai-pegawai telah digabungkan dengan teknologi danpengetahuan-pengetahuan yang terkini. Adalah diharapkan semua tukun yang dibina di dalam RMK-9 dan rancangan-rancangan Malaysia yang akan datang mencapai objektif pembinaannya.

Penggunaan peralatan sonar pengimbas sisi atau “side scan sonar” di dalam mengesan danmemeta lokasi tukun tiruan merupakan satu inisiatif baru yang boleh dikembangkan lagi. Teknologiini boleh mengesan kedudukan tukun dengan tepat di mana setiap unit tukun dapat ditentukangarislintang dan garis bujur dengan tepat. Selain daripada itu alat ini seolah-olah sebagai kamerayang boleh merakamkan imej tukun di dalam kawasan yang luas. Semua maklumat ini amat pentingkerana penyelidik boleh memilih unit tukun mana yang hendak dikaji pada setiap kali merekamenyelam.

Akhir sekali saya mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat di dalam kajian ini iaitukakitangan Departemen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin, Institut PenyelidikanPerikanan Pulau Pinang, Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) dan Universiti MalaysiaTerengganu dan seterusnya membukukan hasil penyelidikan tersebut. Semoga dengan usaha inihasil penyelidikan yang dijalankan oleh kakitangan Jabatan dan pegawai penyelidik lain bolehdimanfaatkan untuk tujuan pembangunan dan pengurusan sumber perikanan negara.

Terima kasih dan salam hormat.

DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB

PerutusanKetua PengarahPerikanan Malaysia

Page 8: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

RINGKASANProjek ini dijalankan dengan menggunakanperuntukan Pemantauan Tukun Tiruan yangdisalurkan oleh Ibu Pejabat Perikanan pada tahun2006 dan 2007. Ianya dilaksanakan dengankerjasama Universiti Malaysia Terengganu yangmempunyai kepakaran di dalam penggunaanperalatan ”side scan sonar”. Projek ini dijalankan didalam dua fasa iaitu dari 9-14 November 2006 untukfasa pertama dan 15-21 Mei 2007 untuk fasa kedua.Projek disiapkan mengikut jadual.

Projek ini dilaksanakan sebagai memenuhi arahanIbu Pejabat Perikanan Malaysia yang memerlukanmaklumat status tukun tiruan yang telah lamadiletakkan di seluruh Malaysia iaitu sejak tahun1970-an lagi. Terengganu dipilih kerana memiliki tapaktukun yang paling banyak di Malaysia dan mempunyaipelbagai jenis tukun seperti tukun tayar, tukun PVC,tukun konkrit, tukun rekreasi, tukun sotong, tukunudang karang, tukun penghalang pukat tunda, tukunkuboid, dan tukun bot. Lokasi tukun diperolehi daripadarekod-rekod lama Pejabat Perikanan NegeriTerengganu, kertas-kertas penyelidikan dan jugadaripada penerbitan lain.

Sejumlah 21 tapak tukun/unjam telah dikaji iaitusembilan tukun tayar, dua tukun bot, 10 tukun/ unjamrekreasi. Hasil kajian mengesahkan bahawa semuatukun tayar yang diletakkan di tapak terbuka sudahmusnah kerana modulnya sudah terlerai danbertaburan di dasar laut. Ada juga tayar yang sudahtertimbus atau dihanyutkan ke tempat lain.

Page 9: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Daripada sembilan tapak tukun tayar yang dikaji, cuma empat lokasi sahaja yang ditemui iaituberhampiran Pulau Susu Dara, berhampiran Pulau Redang, berhampiran Pulau Kapas danberhampiran Pulau Chepu. Untuk tukun/unjam rekreasi, daripada 10 tapak yang dikaji, hanya enamtapak telah ditemui. Bagi tukun bot, daripada dua tapak yang dikaji, cuma satu tapak telah ditemuitetapi imejnya tidak jelas. Walau bagaimanapun tiga imej tukun bot ditemui berhampiran PulauRedang tetapi tidak mempunyai rekod di Pejabat Perikanan Negeri Terengganu. Bot-bot ini dipercayaidihanyutkan dari tempat lain.

Akhir sekali kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato’ Junaidi bin Che Ayub,Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Tn. Hj. Abd. Rahman bin Mohamad, Pengarah BahagianPelesenan dan Pengurusan Sumber, Y.M. Raja Mohammad Noordin bin Raja Omar PengarahPenyelidikan IPP, Batu Maung, Pulau Pinang kerana sokongan dan galakkan yang telah diberikansehingga projek ini dapat disiapkan mengikut jadual. Tidak ketinggalan juga kepada kepada Tn. Hj.Munir bin Mohd Nawi, Dr. Sukarno bin Wagiman, En. Mohamed Ridzuan bin Mohamed Alias, Prof.Madya Dr. Khalid bin Samo, En. Azizi bin Ali dan rakan-rakan daripada Universiti Malaysia Terengganuyang terlibat di dalam kajian ini.

Mahyam Zaidnuddin Mohamed Pauzi Ku Kassim Nor AzmanAhmad

Page 10: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Perutusan Ketua Pengarah Perikanan MalaysiaRingkasanSUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRANPANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA 1967-1988 .................................................. 1SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRANPANTAI NEGERI TERENGGANU 1967-2001...................................................................... 6KEADAAN DASAR LAUT PERAIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA............ 8KEMEROSOTAN SUMBER PERIKANAN DEMERSAL DI PERAIRAN TERENGGANU........... 11PROGRAM PEMBANGUNAN TUKUN TIRUAN DI PERAIRAN TERENGGANU (1979-2006)... 13

ObjektifJenis-Jenis Tukun Tiruan Di Terengganu

Tukun TayarTukun KonkritTukun PVCTukun BotTukun/Unjam RekreasiTukun Udang KarangTukun SotongTukun Tetrapod

MENGESAN DAN MEMETA LOKASI TUKUN TIRUANMENGGUNAKAN SONAR PENGIMBAS SISI.................................................................... 23

Bahan dan KaedahKeputusanPenilaian Imej

Tukun Yang Tidak Dapat Dikesan Tapak Yang Tidak Sesuai

Struktur Tukun Tidak KukuhTukun Yang Dapat Dikesan

KESIMPULAN................................................................................................................ 47CADANGAN TINDAKAN.................................................................................................. 48

Melaksanakan Projek tukun Tiruan Secara Besar-BesaranSTRATEGI PELAKSANAAN............................................................................................ 49

Survei Tapak Tukun Secara MenyeluruhMewujudkan Kawasan SantuariPembinaan Tukun Bersaiz BesarKawasan Tapak Tukun yang LuasPembinaan Tukun Dasar LembutPembinaan Tukun Khusus Untuk Spesies TertentuPemantauan BerterusanPenyediaan Laporan

RUMUSAN..................................................................................................................... 56

RUJUKAN

KANDUNGAN

Page 11: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR
Page 12: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Sumber: Raymond Firth, 1966

Page 13: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

SUMBER PERIKANAN DEMERSALPERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

SEMENANJUNG MALAYSIA1967-1988

Latar Belakang

Kajian sumber ikan demersal menggunakan pukattunda yang pertama di pantai timur SemenanjungMalaysia telah dijalankan dari 1 Mac hingga 11 April1967 oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysiadengan kerjasama Jabatan Perikanan Thailand(Anon, 1967). Kajian ini bertujuan untukmendapatkan maklumat status sumber ikandemersal bagi tujuan memperkenalkan pukattunda ke pantai timur Semenanjung Malaysia.Kajian di perairan Terengganu adalahsebahagian daripada kajian yang dijalankan diseluruh perairan persisiran pantai bagi pantaitimur Semenanjung Malaysia. Kajian telahdijalankan pada 160 stesen di mana 49daripadanya terletak di dalam perairan lautnegeri Terengganu. Bagi negeri Terengganu,kawasan kajian dijalankan ialah di antara1-28.5 batu nautika daripada pantai yangberkedalaman di antara 10-60 meter.Tundaan dijalankan selama satu jam bagisetiap stesen. Kedudukan stesen kajianadalah seperti yang ditunjukkan di

dalam gambarajah di sebelah.

Sumber: Anon,1967

1

Page 14: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Selain daripada merekodkan tangkapan ikan, kajian berkenaanjuga merekodkan kedudukan stesen yang terletak di kawasanberbatu karang yang telah menyebabkan kerosakan terukkepada pukat tunda yang digunakan dalam kajian berkenaan.Jenis-jenis batu karang dan sepan yang masuk ke dalamkeroncong pukat tunda juga direkodkan. Kajian selanjutnya ialahpada tahun 1970, 1971, 1972, 1974, 1981, 1983, 1984, 1988dan yang terakhir sekali ialah pada tahun 2001.

Sumber: Anon,1967

2

Page 15: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Gambarajah 1: Perbandingan Kadar Tangkapan (kg/jam) Untuk PerairanNegeri Kelantan (Sub-area I) Terengganu (Sub area II),Pahang (Sub-area III) dan Johor Timur (Sub-area IV)Semasa Kajian Tahun 1967 (Sumber: Anon, 1967).

Kajian tersebut juga merekodkan kadar tangkapan mengikutkedalaman air. Kadar tangkapan yang tinggi ialah padakedalaman di antara 21-30 meter di dalam perairan negeriKelantan, Pahang dan Johor Timur, manakala bagi negeriTerengganu ialah pada kedalaman 31-40 meter.

Kajian tersebut mendapati purata tangkapan secarakeseluruhan bagi perairan pantai timur Semenanjung Malaysiaialah seberat 428 kg/jam. Gambarajah 1 menunjukkan puratakadar tangkapan untuk keseluruhan kawasan kajian di dalamperairan pantai timur iaitu Sub-area I untuk Kelantan, Sub-area IIuntuk Terengganu, Sub-area III untuk Pahang dan Sub-area IVuntuk Johor Timur. Purata tangkapan untuk perairan Terengganuialah seberat 479 kg/jam. Jumlah ini adalah kedua tertinggiselepas perairan Pahang (745 kg/jam) diikuti oleh perairanKelantan seberat 331 kg/jam manakala yang paling rendah ialahdi dalam perairan Johor Timur seberat 183 kg/jam.

3

Page 16: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Gambarajah 3. Kadar Purata Tangkapan Ikan Komersil Mengikut Kedalamandan Sub-area Berdasarkan Kajian Tahun 1967 Bagi PerairanPantai Timur Semenanjung Malaysia (Sumber: Anon, 1967).

Gambarajah 2. Purata Kadar Tangkapan Keseluruhan Mengikut KedalamanAir dan Sub-area Bagi Perairan Persisiran Pantai TimurSemenanjung Malaysia Berdasar Kajian 1967 (Sumber:Anon, 1967).

Data bagi kadar tangkapan ikan komersil juga dianalisismengikut kedalaman air. Kajian pada tahun 1967 mendapatitangkapan ikan komersil yang tinggi ialah di perairan negeriKelantan dan Pahang pada kedalaman di antara 21-30 meter,Terengganu 31-40 meter, dan Johor Timur pada kedalamankurang daripada 20 meter. Kajian ini mendapati perairan 21-40 meter merupakan kawasan habitat ikan demersal yang utamauntuk negeri Kelantan dan Terengganu manakala untuk negeriPahang, habitat ikan demersal ialah pada kedalaman 21-30dan 51-60 meter. Ringkasan keputusan kajian berkenaan ialahseperti di Gambarajah 3.

Kajian ini membuktikan kawasan persisiran pantai terutama yangkurang daripada 40 meter merupakan habitat yang sesuaididiami oleh ikan demersal seperti yang ditunjukkan di dalamGambarajah 2.

4

Page 17: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tangkapan ikan baja yang paling tinggi ialah di dalam perairan negeriPahang diikuti negeri Terengganu. Tangkapan ikan baja paling kurangdi Kelantan. Kawasan perairan yang kurang daripada 20 metermerupakan habitat ikan baja yang penting bagi perairan Terengganumanakala bagi negeri Pahang ialah pada kedalaman 31-40 meter.Kajian ini menunjukkan bahawa sebelum pukat tunda diperkenalkan,perairan pantai merupakan habitat ikan baja yang penting untuk perairanpantai timur Semenanjung Malaysia sebagaimana yang ditunjukkanpada Gambarajah 4.

Gambarajah 4. Tangkapan Ikan Baja Mengikut Kedalaman dan Sub-area BerdasarkanKajian Tahun 1967 Bagi Perairan Persisiran Pantai TimurSemenanjung Malaysia (Sumber: Anon, 1967).

Sumber: Raymond Firth,1966

5

Page 18: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

SUMBER PERIKANAN DEMERSALPERAIRAN PERSISIRAN PANTAINEGERI TERENGGANU 1967-2001

Pengenalan

Hasil kajian pada tahun 1967 mendapati kadar tangkapan paling tinggidi perairan Terengganu ialah sebanyak 2130.36 kg/jam padakedudukan di sekitar Lat. 4° 32.5’ U, Long. 103° 34.5’T kira-kira 5 batudari pantai Labohan. Tangkapan paling rendah ialah seberat 30. 62kg/jam pada kedududukan di sekitar Lat. 5° 37’ U, Long. 102° 58.5’T,kira-kira 5 batu dari pantai Setiu. Hasil kajian membuktikan kawasanpersisiran pantai Terengganu suatu ketika dulu adalah merupakanhabitat yang sesuai untuk pelbagai spesies ikan sebelum dirosakkanoleh aktiviti pukat tunda. Kajian terakhir yang dijalankan pada tahun2001 mendapati pendaratan ikan di kawasan persisiran pantaiTerengganu secara purata ialah seberat 45 kg/jam iaitu satu angkayang amat merisaukan berbanding dengan 478 kg/jam semasa kajianpada tahun 1967 iaitu penurunan seberat 433 kg/jam dalam tempoh34 tahun (Sumber: Anon, 1967).

Sumber: Anon, 1967

6

Page 19: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Gambarajah 5 : Purata Kadar Tangkapan Mengikut Kedalaman BerdasarkanKajian Tahun 1967-1988 Bagi Perairan Pantai Negeri Terengganu

Data juga dianalisis untuk mendapatkan maklumat mengenai jumlah ikan komersil dan ikanbaja yang ditangkap di sepanjang tempoh kajian di antara tahun 1967-1988. Hasil kajian mendapatitangkapan ikan komersil sentiasa lebih daripada ikan baja walaupun jumlah beratnya merosotdari setahun ke setahun. Kadar pengurangan yang paling ketara ialah selepas tahun 1974 dimana kadar tangkapan ikan komersil berada kurang daripada 100 kg/jam sebagaimanayang ditunjukkan pada Gambarajah 6.

Gambarah 6: Trend Purata Tangkapan Ikan Keseluruhan, Ikan Komersildan Ikan Baja Untuk Negeri Terengganu 1967-1988

Analisis ke atas data-data tangkapan di antara tahun 1967-1988 untuk negeri Terengganumendapati kawasan yang kedalamannya kurang daripada 50 meter amat penting kepadakebanyakan spesies ikan demersal. Kerosakan terhadap ekosistem ini telah menyebabkanpendaratan merosot dengan teruknya seperti mana yang ditunjukkan di dalamGambarajah 5.

7

Page 20: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

KEADAAN DASAR LAUT PERAIRANPANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

Kawasan berbatu karang menjadi punca utama kerosakanpukat tunda semasa kajian dijalankan sejak 1967. Spesieskarang seperti “cup-sponges” (Poterion spp) tersebar hampirdi semua kawasan tundaan. Pada 50 tundaan yangdijalankan, didapati sebanyak 1-20 spesies karang jenis “cup-sponges” direkodkan pada setiap jam menunda. Tundaanyang berterusan di kawasan ini telah memusnahkan hidupankarang ini. Bagi kawasan perairan Terengganu dan Pahang,karang sepan jenis silikon banyak ditemui. Sepan jenis ini akanpecah bila didaratkan di atas dek kapal sehingga menyukarkankerja-kerja pengasingan kerana boleh menyebabkan kulitmenjadi gatal (Anon, 1967). Sebahagian spesies karang yangditemui adalah seperti gambar di bawah.

8

Page 21: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Kajian yang dijalankan sebelum musim tengkujuh pada tahun1970 mendapati perairan di bahagian selatan KualaTerengganu pada kedalaman kurang daripada 30 meter terdiridaripada sedimen jenis lumpur. Kajian di kawasan yang samayang dijalankan pada bulan Mac-Mei 1971 mendapatisedimennya ialah jenis pasir. Ini menunjukkan berlakunyapemindahan pasir dari satu kawasan ke kawasan yang lainsemasa musim tengkujuh ( Pathansali et al., 1974).

Kajian pada tahun 1970 di kawasan selatan Pulau Tioman,mendapati dasar laut kawasan berkenaan adalah jenis lumpurberpasir manakala kajian pada tahun 1971 pula mendapatidasar lautnya adalah jenis pasir berlumpur.

Perubahan juga berlaku di timur Mersing di mana kajian padatahun 1970 mendapati kawasan berkenaan ialah jenis lumpurberpasir bagi kawasan kedalaman 45 m, manakala kajianpada tahun 1971 mendapati dasar lautnya ialah jenis pasir.

Jenis sedimen di dalam perairan negeri Terengganuberdasarkan kajian pada tahun 2007

Nota: Kajian sedimen yang dijalankan di perairan pantai negeri Terengganu pada tahun 2007mendapati sebahagian besar perairan Besut terdiri daripada sedimen jenis lumpur. Bagi daerahSetiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sebahagian besar kawasannya adalahterdiri daripada sedimen jenis pasir. 9

Page 22: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Perkara ini berlaku kerana dua kemungkinan iaitu berlakunyaperpindahan pasir dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkanoleh ombak dan arus yang kuat di kawasan persisiran pantai timurSemenanjung Malaysia ataupun lokasi tapak kajian yang berubah.Kajian lebih terperinci yang dijalankan pada tahun 2006 dan 2007mendapati kawasan berlumpur dan berpasir untuk kawasan perairandi antara 3-5 batu nautika dari pantai adalah bertompok-tompok.Keadaan ini diperjelaskan lagi apabila peralatan sonar pengimbassisi digunakan untuk mengesan kedudukan tapak-tapak tukun tiruan.Ternyata memang benar terdapat kawasan berlumpur bersebelahandengan kawasan berpasir. Tukun yang diletakkan ada yang termasukdi dalam lumpur dan ada yang terletak di kawasan berpasir.

Perairan Besut terdiri daripada dasar laut jenis lumpur manakalakawasan berhampiran pulau seperti Pulau Redang dan PulauPerhentian dari jenis pasir dan batu karang. Spesies batu karangjenis menegak (akar bahar) yang banyak terdapat pada kedalamandi antara 20-40 meter telah menjadi punca utama kerosakan pukattunda semasa kajian dijalankan di sini. Sebahagian besar kawasanKemaman terutama pada kedalaman di antara 25-55 meter di manadasar lautnya adalah jenis batu karang juga telah menyebabkanbanyak kerosakan pada pukat tunda semasa kajian berkenaandijalankan.

Kajian yang dijalankan oleh Jothy et al., (1975), mendapati spesieskarang lembut dan akar bahar ditemui pada kedalaman sehingga 40meter di banyak stesen dalam perairanTerengganu terutama sekali di antara KualaTerengganu dan Tanjung Dungun. Spesieskarang lembut dan akar bahar ditemui dikawasan sedimen jenis pasir dan lumpurberpasir. Spesies karang jenis “cup sponges”(Poterion sp) juga diperolehi dalam jumlahyang banyak sehingga kedalaman 50 meterterutama di kawasan sedimen jenis pasir ataulumpur berpasir.

10

Page 23: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

KEMEROSOTAN SUMBER PERIKANAN DEMERSALDI PERAIRAN TERENGGANU

Aktiviti perikanan yang sangat aktif dan tidak seimbangdengan proses pembiakan dan pembesaran spesies-spesiesikan tertentu telah menyebabkan sumber perikanan semakinmerosot. Ianya ditambah pula dengan kemusnahan habitatsemulajadi iaitu kawasan berbatu karang yang menjaditempat pembiakan, semaian dan mencari makanansebahagian besar spesies demersal. Selepas 39 tahun pukattunda beroperasi, banyak kawasan berbatu karang telahmusnah dan menyebabkan banyak habitat ikan juga turutmusnah. Kajian pertama pada tahun 1967 melaporkankerosakan pukat yang teruk kerana menunda di kawasan batukarang. Selain daripada itu banyak kawasan persisiran pantaiTerengganu ditumbuhi oleh ”black coral” atau pokok bahar. Inimembuktikan bahawa sumber perikanan demersal yangbanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan kewujudankawasan batu karang yang luas kerana kawasan berkenaanmenyediakan habitat yang sesuai untuk pembiakan danpembesaran ikan. Pendaratan dari bot pukat tunda yangberoperasi di kawasan batu karang adalah seperti gambardi bawah.

11

Page 24: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Selain daripada kemusnahan habitat di laut,habitat di darat yang mempunyai pertaliandengan kesuburan air laut juga diganggu.Kawasan hutan bakau dan hutan nipah telahberkurangan dengan banyaknya di seluruhnegeri Terengganu. Banyak kawasan payabakau dan hutan nipah telah ditebusgunauntuk tujuan lain seperti membina projekperumahan, ternakan ikan, pelabuhan danjuga sebagai kawasan perindustrian.Kawasan bakau amat unik keranamembekalkan nutrien kepada air laut melaluiproses pereputan semulajadi dan jugapenguraian oleh organisma detritus.Kekurangan hutan bakau telahmenyebabkan laut pantai kurang subur bagikeperluan plankton untuk hidup danmembiak. Kekurangan sumber makananboleh menyebabkan kawasan persisiranpantai tidak sesuai sebagai kawasannurseri anak-anak ikan.

Pukat tunda juga menangkap banyak anakikan komersil yang masih kecil. Eksploitasiyang berterusan pada jangka waktu yangpanjang telah menyebabkan sumberperikanan merosot dengan teruknya.

12

Page 25: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

PROGRAM PEMBANGUNAN TUKUN TIRUANDI PERAIRAN TERENGGANU (1979-2006)

Objektif

Objektif utama pembinaan tukun tiruan ialah untukmeningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan dikawasan persisiran pantai dengan cara:

• mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagaisuatu santuari,

• menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikandan lain- lain hidupan marin,

• memulih dan melindungi habitat marin yang musnahkerana aktiviti perikanan dan

• membantu memulih dan meningkatkan sumberperikanan di kawasan pantai supaya tangkapannelayan tradisional meningkat.

Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan programtukun tiruan sejak 32 tahun yang lalu. Tukun tiruan yang pertamatelah dilancarkan di Pulau Telur, Kedah pada bulan Mei 1975dengan menggunakan tayar-tayar terpakai. Selepas itu dualagi tapak tukun tayar telah dibina berhampiran Pulau Payarpada bulan Oktober 1975 dan berdekatan dengan PulauAman, Pulau Pinang pada bulan Julai 1976. Jabatanmemulakan kempen penggunaan tayar sebagai tukun tiruanmulai tahun 1987. Sehingga tahun 1994, sejumlah 3,188,474biji tayar telah dikumpulkan di mana 3,145,856 bijidaripadanya telah dijadikan tukun tiruan di 54 buah tapak tukundi seluruh negara. Selain daripada tayar, bahan-bahan lainyang digunakan untuk membina tukun tiruan di Malaysia ialahkonkrit, paip PVC, seramik dan vesel penangkapan ikanyang dirampas.

13

Vesel nelayan asing yangditenggelamkan sebagaitukun tiruan.

Page 26: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun tiruan yang pertama sekali di Terengganudiletakkan di Pulau Ekor Tebu pada 22 Jun 1979dengan menggunakan sebanyak 49,931 biji tayar.Jabatan juga meletakkan tukun khusus untuk spesiestertentu seperti tukun sotong, tukun udang karang danakhir sekali tukun gamat. Semua tukun tiruan yangdisebutkan di atas mempunyai rekabentuk yangtersendiri dan diletakkan pada tempat-tempat yangterpilih.

Jenis-jenis tukun lain yang terdapat di Terengganuialah tukun konkrit, tukun PVC, tukun bot dan tukun/unjam rekreasi. Selain daripada Jabatan PerikananMalaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)juga telah meletakkan pelbagai rekabentuk unjamterutama yang diperbuat daripada konkrit. Kerajaannegeri Terengganu juga membina tukun tiruan seramikmelalui penglibatan pihak swasta yang menggunakanteknologi Korea.

14

Unjam LKIM

Unjam LKIM

Tukun konkrit

Page 27: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Jenis-jenis Tukun Tiruan DiTerengganu

Tukun Tayar

Pusat pembinaan tukun tayar di Terengganu ialahdi Pelabuhan LKIM Chendering. Semua tayarditebuk dan diikat supaya menjadi satu modul.Setiap modul terdiri daripada 3-4 biji tayar. Modulditurunkan dengan tali dan penyelam Jabatan akanmengikatnya supaya tidak hanyut. Lebih daripada420,850 biji tayar telah diletakkan di perairanTerengganu iaitu di Pulau Ekor Tebu (48,931),Pulau Cepu (62,198), Kertih (29,379), PulauKapas (28,040), Merchang (28,000), Batu Rakit(57,066), Dungun (29,259), Pulau Bidong(49,813), Pulau Perhentian (28,002), Besut(30,162) dan Kemaman (lebih daripada30,000 biji tayar).

Tukun ini tidak berkesan kerana telah hilangdaripada kawasan ianya diletakkan terutamasekali di kawasan terbuka. Tukun ini juga menjadiisu kerana dikatakan tayar boleh mengeluarkanbahan toksid yang merosakkan hidupan laut.

15

Page 28: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun Konkrit

Sejumlah 144 unit modul tukun konkrit diletakkandi Kuala Ibai dan Setiu pada bulan November 1987.Kedudukan tukun konkrit di Kuala Ibai ialah kira-kira satu batu nautika dari pantai pada kedalaman20 meter. Sejumlah 10 silinder konkrit yang bergarispusat 61 cm dan 122 cm panjang dengan ketebalan4 cm digunakan untuk satu modul. Tapak moduladalah daripada kayu. Semua tukun mungkin telahtenggelam ke dasar laut kerana tali pengikatselinder konkrit mungkin sudah terputus dan unit-unit konkrit berselerak terutama semasa musimtengkujuh. Tukun ini tidak dikaji menggunakan sonarpengimbas sisi kerana koordinat tapaktidak diperolehi.

16

Page 29: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun PVC

Tukun PVC diletakkan di kawasan berkedalaman20 meter berhampiran pantai Keranji di PulauPerhentian pada tahun 1991. Garis pusat paip PVCialah 10 cm. Tukun ini berbentuk ’X’ dan mempunyaiempat cabang di mana setiap satu cabangmempunyai tiga batang paip menegak berukuran1.8 meter. Tukun dikukuhkan dengan memasangsauh sedalam 1.2 meter ke dasar laut.Perkembangan awal amat cepat dengan pelbagaiflora dan fauna tumbuh dan melekat di atasnyatetapi akhirmya tukun ini runtuh kerana bebananfauna dan juga aktiviti memukat. Tukun yangdiletakkan berhampiran pantai Keranji ini sudahtidak dapat dikesan lagi. Tukun PVC reka bentuklain juga diletakkan di beberapa tempat dansebahagiannya berkembang dengan baik.

17

Page 30: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun Bot

Bot mula digunakan sebagai tukun di Malaysiapada tahun 1984. Bot yang digunakanbiasanya ialah bot rampasan nelayan asingyang menceroboh perairan negara. Bot inilebih kukuh berbanding dengan bot tempatan.Sukarno et al. (1994) melaporkan kebanyakanbot yang dilupuskan dijadikan sebagai tukunberdekatan Pulau Kapas. Walau bagaimanapun bot ini hanya bertahan di antara 3-4 tahunsahaja kerana bahan binaan bot akan reputatau berkarat. Di Pulau Bidong sejumlah 800buah bot pelarian Vietnam telah dijadikantukun di antara 1984-1988. Kajian pada tahun1991 mendapati semua bot telah musnah danyang tinggal hanyalah enjin, lunas dan rangka.Bot juga telah hanyut ke tempat lain ketikamusim tengkujuh.

18

Page 31: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun/Unjam Rekreasi

Tukun/unjam rekreasi direka untuk tujuanmemancing khusus kepada pemancingrekreasi. Tukun/unjam ini dilaksanakandengan kerjasama Kumpulan EkonomiNelayan (KEN) dengan peruntukan dari IbuPejabat Perikanan. Reka bentuknya berbezadaripada unjam biasa kerana sauhnya terdiridaripada konkrit yang boleh menarikperhatian ikan demersal manakala bahagianatasnya pula menarik ikan pelagik. Tukun/unjam ini banyak diletakkan di sekelilingPulau Kapas untuk tujuan penyelidikan sejaktahun 2000.

Sebanyak lapan tapak tukun/unjam rekreasitelah dibina dengan kerjasama KEN iaitumasing-masing satu tapak di Rhu Sepuluh(Setiu); Kuala Ibai, Tok Jembal, Batu Buruk(Kuala Terengganu); Merchang (Marang);Rantau Abang, Dungun dan dua tapak lagi diPulau Redang. Berat sauh ialah di antara 300-3,100 kg.

19

Page 32: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun Udang Karang

Terdapat empat spesies udang karang di Terengganuiaitu Panulirus polyphagus, P. stimsoni, P. versicolordan P. ornatus. Tukun udang karang telah diletakkan didalam kawasan Taman Laut Pulau Redang pada bulanJun 1992. Tiga rekabentuk telah dihasilkan iaitu bentukblok, menggunakan paip seramik dan konkrit berbentukiglu. Setiap modul untuk bentuk blok terdiri daripadaempat blok bawah dan dua blok di atasnya. Di atassekali diletakkan sekeping slab konkrit. Untuk modulpaip seramik, sebanyak lapan paip bergaris pusat 15cm dan 60 cm panjang telah digunakan. Salah satulubang seramik ditutup menggunakan simen. Bagibentuk iglu, bahan binaan adalah daripada konkritbersaiz 60 cm x 53 cm x 45 cm tinggi. Modul inimempunyai tiga lubang yang bergaris pusat 20 cm, 150cm dan 10 cm. Tukun ini tidak berjaya menarik perhatianudang karang, puncanya ialah sama ada kawasanberkenaan tidak mempunyai udang karang ataupun rekabentuk berkenaan tidak digemari oleh udang karang.

Panulirus polyphagus

Panulirus stimsoni Panulirus versicolor

Panulirus ornatus

20

Paip seramik

Paip seramik

Blok konkrit

Page 33: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun Sotong

Tukun sotong telah dibina di Jambu Bongkok pada tahun1992. Tiga jenis tukun sotong telah diletakkan iaitu tukuncumit, tukun mengabang dan tukun ketupat. Tukun ini dibuatdaripada konkrit. Setiap reka bentuk mempunyai 35 unittukun dan dibina untuk menjadi satu kompleks yang terdiridaripada 105 unit tukun. Jenis sedimen di tapak tukun ialahberpasir. Keluasan tapak ialah 620 meter persegi. Sebelummusim tengkujuh, semua unit tukun berkeadaan baik danmenarik perhatian sotong untuk bertelur. Udang karang jugaditemui di dalam kesemua reka bentuk yang dikaji dengankepadatan di antara 1-5 ekor bagi seunit tukun. Walaubagaimanapun selepas musim tengkujuh, hampir kesemuaunit tukun telah terbalik dan rosak dipercayai kerana aktivitipukat tunda dan arus yang kuat semasa musim tengkujuh.

Hasil kajian mendapati sotong hanya bertelur semasa tukunmula-mula diletakkan sahaja. Selepas tukun ditumbuhi olehpelbagai flora dan dilekati oleh pelbagai fauna, sotong tidaklagi berminat untuk bertelur di kawasan berkenaan. Walaubagaimanapun ikan dan udang karang menjadikan tapaktukun sebagai habitat baru mereka.

21

Page 34: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun Tetrapod

Tukun ini dibina bertujuan untuk menghalang pencerobohanpukat tunda di kawasan yang kurang dari lima batu nautikadari pantai. Berat setiap tukun ialah kira-kira 10 tan metrik.Tukun ini mempunyai empat bucu dan hanya satu sahajayang akan menegak. Tiga lagi akan menjadi tapak. Tinggitukun ini ialah 2.385 meter dan lebarnya pula ialah 2.655meter. Pada tahun 2006 sejumlah 17 unit tukun ini telahdiletakkan di kawasan berhampiran Santuari Penyu Ma’Daerah. Walaupun tukun ini dilihat tidak membantu secaralangsung usaha pemuliharaan sumber kerana kurangmenarik perhatian ikan tetapi ianya boleh menjadi perisaikepada kawasan tersebut kerana pukat tunda tidak dapatmerosakkan perairan yang menjadi kawasan pembiakandan semaian ikan demersal.

22

Page 35: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

MENGESAN DAN MEMETA LOKASI TUKUN TIRUANMENGGUNAKAN SONAR PENGIMBAS SISI

Keberkesanan tukun-tukun tiruan yang diletakkan sejak 1979di dalam aspek memulihara dan menambahkan sumberperikanan agak perlahan. Keadaan sumber perikanan yangterus merosot membuktikan tukun-tukun yang dibina selamaini kurang berfungsi dengan baik. Sehubungan dengan itusatu kajian bersama dengan Universiti Malaysia Terengganu(UMT) telah dijalankan pada 9-14 November 2006 dan15-21 Mei 2007 untuk mendapatkan maklumat mengenaistatus tukun-tukun berkenaan terutama tukun tayar, tukun botdan tukun/unjam rekreasi.

Lokasi yang dikaji ialah tapak tukun yang diletakkan olehJabatan Perikanan Malaysia untuk tujuan meningkatkansumber dan juga untuk penyelidikan. Sejumlah 21 tapak yangterdiri daripada 10 tapak tukun/unjam rekreasi (konkritsebagai sauh dan jurai plastik sebagai apendej yang diikatpada tali sauh), dua tapak tukun bot dan sembilan tapak tukuntayar telah dikaji dengan menggunakan peralatan sonarpenimbas sisi. Kajian ini bertujuan untuk mengesan danmemeta semula lokasi tukun yang diletakkan oleh Jabatandi antara tahun 1979-2003. Kajian mendapati semua tukuntayar tidak seperti modul asal kerana telah berselerak didasar laut manakala imej tukun bot dapat dikesan tetapisudah pecah. Imej tukun/unjam rekreasi yang diletakkan dikawasan dasar laut berpasir kasar masih lagi kelihatan tetapitukun/unjam rekreasi di kawasan pasir halus tidak dapatdikesan.

Bahan dan Kaedah

Alat sonar pengimbas sisi ialah peralatan untuk mengimbasobjek yang terletak di dasar laut. Alat ini menggunakanteknologi yang hampir sama dengan penduga gema (echo-sounder). Imej objek dapat dirakamkan oleh komputer. Alatini disambungkan dengan sistem satelit GPS yang bolehmerekodkan kedudukan objek yang terdapat di dasar lautdengan tepat.

Dalam kajian ini kedudukan kawasan imbasan (lokasi tukun)adalah berdasarkan kepada lokasi yang diberikan olehPejabat Perikanan Negeri Terengganu. Oleh keranakebanyakan lokasi tukun pada masa itu direkodkanberdasarkan bering objek di daratan maka garis lintang(Latitud) dan garis bujur (Longitud) adalah kurang tepatberbanding dengan teknologi menggunakan GPS. Setiaplokasi diimbas meliputi kawasan tidak kurang dari satu

23

Page 36: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

kilometer persegi. Ianya bertujuan untuk memastikantukun yang diletakkan dapat dikesan. Lokasi yangdiberikan oleh Pejabat Perikanan Negeri Terenganudijadikan sebagai pusat dan beberapa transek (5-7transek) dibuat untuk kawasan seluas satu kilometerpersegi. Setiap transek lebarnya 400 meter iaitu 200meter di kiri dan 200 meter di kanan bot yang digunakanuntuk mengheret peralatan pengimbas. Apabila objekditemui, imbasan kedua dibuat dengan mengurangkanlebar kepada 75 meter.

Penentuan lokasi semasa di atas bot untuk kerjaimbasan ditentukan dengan menggunakan “DifferentialGlobal Positioning System”. Beberapa garis transekdilakar menggunakan perisian “Hypax Max” untukmerangkumi kawasan satu kilometer persegi. Bot yangmembawa alat pengimbas akan bergerak mengikutigarisan transek sambil mengimbas di kedua-dua sisibot. Kedalaman alat pengimbas diubahsuai mengikutkesesuaian dengan mengubahsuai panjang kabel dankelajuan bot. Kelajuan bot ialah kira-kira 4-5 knot.Rakaman imej dibuat secara berterusan sepanjanglaluan transek.

24

Peralatan Sonar Pengimbas Sisi

Page 37: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Keputusan

Kajian mendapati kebanyakan tukun tayar tidak sepertimodul asal kerana telah berselerak di dasar laut manakalaimej tukun bot dapat dikesan tetapi sudah pecah danberselerak. Imej tukun unjam rekreasi yang diletakkan dikawasan dasar laut berpasir kasar masih lagi kelihatanmanakala tukun-tukun rekreasi di kawasan pasir halus tidakdapat dikesan. Kedudukan tukun berkenaan adalah sepertipada Gambarajah 7. Imej-imej tukun tayar bagi tapak PulauPerhentian, Pulau Kapas, Pulau Cepu dan Pulau Ekor Tebudijelaskan dalam imej I-8, tukun bot dalam imej 9-11 dantukun/unjam rekreasi dalam imej 12-19. Ringkasankeputusan kajian adalah seperti berikut:

Jenis Bahan Bilangan Bilangan BilanganTapak Dikaji Tapak Imej Tukun Tapak Imej Tukun

Kelihatan Tidak Kelihatan

Tukun/Unjam Konkrit 10 6 4Rekreasi (sauh)

Tukun Bot 2 2 0(satu tapak tidak jelas)

Tukun Tayar 9 4 5

Jumlah 21 12 9

25

Gambarajah 7: Kedudukan tapak tukun yang dikaji

Page 38: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 1

Tarikh kajian 9 November 2006Lokasi diberi Lat. 05° 57.30’ U, Long. 102° 40.36’ TLokasi imej dipamer Pulau Perhentian (Lat. 05° 57.30’ U, Long. 102° 40.36’ T)Kedalaman 15-20 meterMasa imbasan 5.30-7.30 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun TayarJumlah tayar 28,002 bijiTarikh diletakkan 19 Oktober 1986Jarak dari Pulau Susu Dara Kurang dari satu batu nautikaTafsiran imej Satu kelompok tayar yang besar berukuran 125 m x 50 m

26

Tapak ini terletak di antara Pulau Susu Dara, Pulau Tokong Kemudi dan Pulau Dara Kecil.Kedudukannya yang terlindung menyebabkan tapak tukun ini masih kekal dan modul-modultayar masih lagi berada di dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun terdapat jugakelompok modul yang jauh daripada kelompok besar. Puncanya tidak diketahui tetapikemungkinan besar modul-modul tersebut telah terputus daripada tali utama yang digunakanuntuk mengikat modul-modul tukun yang kecil. Tindakan susulan yang akan diambil ialahmenyelam skuba dan juga merakam tapak berkenaan menggunakan CCTV pada tahun2008. Daripada imej yang dirakamkan, jenis sedimen kawasan ini adalah berpasir. Kelompokbesar tukun tayar ditunjukkan dalam bulatan putih.

Page 39: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 2

Tarikh kajian 16 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 31.30’ U, Long. 103° 08.00’ TLokasi imej dipamer Batu Rakit I (Lat. 05° 31.466’ U, Long. 103° 07.759’ T)Kedalaman Tiada maklumatMasa imbasan 3.00-4.10 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun TayarJumlah tayar 28,332 bijiTarikh diletakkan 8 September 1986Jarak dari pantai 5 batu nautikaTafsiran imej Tukun tidak dapat dikesan

27

Tukun tidak dapat dikesan. Modul sudah terpisah dan berselerak. Tayar-tayar yang bertaburandi dasar laut sudah ditimbus oleh sedimen atau dihanyutkan arus. Tukun diletakkan di tempatterbuka dan terdedah kepada arus kuat semasa musim tengkujuh. Imej tapak adalah sepertidi bawah.

Page 40: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 3

Tarikh kajian 10 November 2006Lokasi diberi Lat. 05° 50.22’ U, Long. 102° 40.00’ TLokasi imej dipamer Besut (Lat. 05° 50.22’ U, Long. 102° 40.00’ T)Kedalaman 10 meterMasa imbasan 5.30-7.30 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun TayarJumlah tayar 30,162 bijiTarikh diletakkan 19 Oktober 1986Jarak dari pantai 4 batu nautikaTafsiran imej Tukun tidak ditemui

28

Tapak ini terletak kira-kira empat batu nautika dari pantai dan bertentangan dengan muaraSungai Kluang. Tidak ada imej tukun yang kelihatan walaupun imbasan dibuat berulang kali.Jumlah tayar sebanyak 30,162 biji adalah cukup banyak dan diyakini semua modul telahterputus ikatannya dan tayar berselerak di dasar laut. Kajian sedimen yang dijalankan dikawasan berdekatan (Lat. 05° 50.015’ U, Long. 102° 40.189’ T) pada 23 Julai 2007mendapati sedimen di kawasan ini ialah pasir halus bercampur kulit kerang. Oleh itu semuatayar berkemungkinan besar telah ditimbus oleh sedimen pasir dan kulit kerang selepas taliyang mengikatnya terputus. Kawasan ini tidak terlindung dan terdedah kepada ombak danarus yang kuat semasa musim tengkujuh. Imej tapak adalah seperti di bawah.

Page 41: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 4

Tapak ini terletak kira-kira 3.5 batu nautika dari pantai. Imej yang kelihatan amat jelas sebagaimodul-modul tukun dan masih bertimbun dan ada juga yang sudah berselerak. Jumlah tayaryang diletakkan ialah sebanyak 28,030 biji dan jumlah ini adalah cukup besar. Modul tukunmasih dapat bertahan kerana tapak ini terlindung daripada arus dan ombak yang kuat ketikamusim tengkujuh kerana berada di bahagian barat Pulau Cepu. LKIM juga meletakkan unjamseramik dan unjam kuboid yang diperbuat daripada konkrit di kawasan berkenaan. Semuaimej tukun dapat diimbas serentak kerana kedudukannya yang berdekatan di antara satudengan yang lain. Imej tukun tayar ditunjukan di dalam bulatan putih, unjam seramik dalambulatan kuning dan unjam kuboid dalam bulatan biru.

Tarikh kajian 11 November. 2006Lokasi diberi Lat. 05° 40.40’ U, Long. 102° 49.30’ TLokasi imej dipamer Pulau Cepu (Lat. 05° 40.40’ U, Long. 102° 49.30’ T)Kedalaman 10-12 meterMasa imbasan 5.30-7.30 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis TayarJumlah tayar 28,030 bijiTarikh diletakkan 5 Mei 1983Jarak dari pantai 3.5 batu nautikaTafsiran imej 3 kluster tukun tayar berhampiran unjam LKIM

29

Page 42: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tarikh kajian 11 November. 2006Lokasi diberi Lat. 05° 46. 32’ U, Long. 102° 45.06’ TLokasi imej dipamer Pulau Cepu 2 (Lat. 05° 46. 32’ U, Long. 102° 45.06’ T)Kedalaman 10-12 meterMasa imbasan 12.00-2.30 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis TayarJumlah tayar 34,146 bijiTarikh diletakkan Tiada maklumatJarak dari pantai 5 batu nautikaTafsiran imej Tukun tidak ditemui

Imej 5

Tapak ini terletak kira-kira lima batu nautika dari pantai. Imej yang kelihatan tidak begitujelas untuk mengesahkan ianya modul-modul tukun yang sudah berselerak. Walaupunimbasan dibuat berulang kali. Jumlah tayar yang diletakkan ialah sebanyak 34,146 biji danjumlah ini adalah cukup besar dan mudah dikesan jika masih ada. Modul tukun diyakinisemuanya sudah terputus ikatannya dan tayar berselerak di dasar laut. Kajian sedimenyang dijalankan di kawasan berdekatan (Lat. 05° 46.57’ U, Long. 102° 43.792’ T) pada 23Julai 2007 mendapati sedimen di kawasan ini ialah pasir saiz sederhana tetapi bercampurkulit kerang. Kawasan ini tidak terlindung dan terdedah kepada ombak dan arus yang kuatsemasa musim tengkujuh. Kulit kerang amat ringan dan mudah dipindahkan dari satu tempatke tempat yang lain terutama semasa musim tengkujuh. Imej tapak berkenaan adalah sepertidi bawah.

30

Page 43: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tapak ini terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Redang dan terletak di antara PulauEkor Tebu, Pulau Redang dan Pulau Pinang. Imej yang kelihatan amat jelas dan disahkansebagai modul-modul tukun. Ada yang masih bertimbun dan ada juga yang sudah berselerak.Jumlah tayar yang diletakkan ialah sebanyak 49,931 biji dan jumlah ini adalah cukup besar.Modul tukun masih dapat bertahan kerana tapak ini terlindung daripada arus dan ombakyang kuat ketika musim tengkujuh. Kedudukan tukun yang tepat ialah kira-kira 200 meterdaripada lokasi asal (Lat. 05° 44.22’ U, Long. 103° 01.42’ T). Kajian menyelam yang pernahdijalankan di sini mendapati sebahagian besar tukun telah tenggelam kerana sedimennyaialah jenis pasir halus. Ikan juga tidak banyak dan yang kelihatan hanyalah ikan anjang-anjang (Pentapodus setosus), kunyit-kunyit (Lutjanus lutjanus) dan sedikit ikan kerapudan jenahak. Imej tukun tayar adalah seperti ditunjukkan di bawah.

Imej 6

Tarikh kajian 15 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 44.22’ U, Long. 103° 01.42’ TLokasi imej dipamer Pulau Ekor Tebu (Lat. 05° 44.16’ U, Long. 103° 01.49’ T)Kedalaman Tiada maklumatMasa mula imbasan 2.00-3.00- petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun TayarJumlah tayar 49,931 bijiTarikh diletakkan 22 Jun 1979Jarak dari Pulau Redang 0.5 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun kelihatan

31

Page 44: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 7

Imej tidak jelas dan modul tukun diyakini telah terpisah dan bertaburan di dasar laut. Tayarpula sudah ditimbus oleh sedimen. Sedimen di kawasan ini adalah jenis pasir halus danpasir sederhana. Tapak tukun terdedah kepada arus yang kuat semasa musim tengkujuh.Imej tapak tukun adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 16 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 27.00’ U, Long. 103° 07.24’ TLokasi imej dipamer Batu Rakit II (Lat. 05° 27.0475’ U, Long. 103° 07.2888’ T)Kedalaman Tiada maklumatMasa imbasan 3.00-5.00 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun TayarJumlah tayar 28,734 bijiTarikh diletakkan Tiada maklumatJarak dari pantai 4.5 batu nautikaTafsiran imej Tukun berselerak dan tidak dapat dikesan

32

Page 45: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 8

Imej dapat dikesan pada lokasi yang diberikan tetapi modul tukun sudah pecah menjadikumpulan-kumpulan kecil. Keadaan ini berlaku kerana tali pengikat telah terputus dan modulterdampar di dasar laut. Dasar laut di kawasan ini adalah jenis pasir sederhana dan tukuntidak tengelam. Imej tukun tayar adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 20 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 12.24’ U, Long. 103° 16.20’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas 23 (Lat. 5° 12.2461’ U, Long. 103° 16.2352’ T)Kedalaman 20 meterMasa imbasan 10.35 -11.10 pagiLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun TayarJumlah 28,040 bijiTarikh diletakkan 30 Julai 1986Jarak dari Pulau Kapas 3 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun tayar dapat dikesan.

33

Page 46: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 9

Tapak ini terletak kira-kira dua batu nautika dari Pulau Redang. Lokasi ini tidak terdapat didalam rekod Pejabat Perikanan Negeri Terengganu sebagai tapak tukun bot. Imej inidiperolehi secara tidak sengaja semasa mengesan tukun lain. Tiga buah tukun bot dapat dilihatdengan jelas di kawasan imbasan seluas 200 meter di bahagian kanan. Dua buah bot kelihatanberdekatan kira-kira 40 meter di antara satu sama lain. Bot yang ketiga terletak kira-kira200 meter daripada bot yang pertama dan kedua. Bot ini mungkin dihanyutkan ke sini oleharus yang kuat. Imej ketiga-tiga bot berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 15 Mei 2007Lokasi diberi TiadaLokasi imej dipamer Pulau Redang (Lat. 05° 44.49’ U, Long. 103° 02.38’ T)Kedalaman Tiada maklumatMasa imbasan 3.45-4.45 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun BotJumlah bot 3 buahTarikh diletakkan Tiada maklumatJarak dari Pulau Redang 2 batu nautikaTafsiran imej 3 tukun bot dapat dikesan

34

Page 47: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 10

Tukun terletak kira-kira empat batu nautika dari pantai. Imej dapat dilihat dengan jelas. Botterdampar di dasar laut. Sedimen adalah jenis pasir. Kedudukan tukun yang diberi telahberubah kira-kira 500 meter ke daratan. Ada dua kemungkinan iaitu mungkin lokasi yangdiberikan salah atau bot telah hanyut ke arah pantai kerana arus laut yang kuat semasamusim tengkujuh. Imej tukun berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 19 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 15.02’ U, Long. 103° 16.04’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas 10 (Lat. 05° 15.02’ U, Long. 103° 15.53’ T)Kedalaman Tiada maklumatMasa imbasan 10.20-11.30 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun BotJumlah bot Tiada maklumatTarikh diletakkan Tiada maklumatJarak dari pantai 4 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

35

Page 48: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 11

Kawasan ini berbatu dan sukar untuk membezakan di antara imej bot dan batu. Kawasanseperti ini sesuai untuk diletakkan dengan tukun konkrit kerana dasar laut yang amat keras.Kajian lanjut akan dibuat di kawasan ini pada masa akan datang untuk mendapatkan maklumatmengenai flora dan fauna kawasan berkenaan. Imej tapak tersebut adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 19 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 14.38’ U, Long.103° 15.48’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas 9 (Lat. 05° 14.57’ U, Long. 103° 15.61’ T)Kedalaman Tiada maklumatMasa imbasan 11.00-12.15 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis tukun BotJumlah Tiada maklumatTarikh diletakkan Tiada maklumatJarak dari pantai 3 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun tidak dapat dibezakan kerana kawasan berbatu

36

Page 49: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 12

Tapak ini terletak kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Redang. Tidak ada imej tukun yangkelihatan. Jumlah tukun rekreasi yang diletakkan ialah sebanyak 25 unit di mana tinggi danlebar sauh ialah kira-kira satu meter. Tukun diletakkan secara berselerak dengan jarak 10 meterdi antara satu sama lain. Tukun ini menggunakan tali polipropilina sebagai tali utama danjurai plastik dicucuk pada tali unjam ini untuk menjadi bahan menarik perhatian ikan. Kajianmenyelam yang dijalankan pada rekabentuk yang sama di Pulau Kapas mendapati jurai plastikdilekati oleh teritip, kerang-kerangan dan karang lembut selepas tiga bulan. Jurai akanmenjadi semakin berat dan akhirnya pelampung yang digunakan untuk mengapungkanstruktur bahagian atas tidak berupaya untuk menanggung beban yang berat. Semuanyaakan terdampar ke dasar laut selepas setahun. Sedimen di kawasan ini ialah jenis pasir.Imej tapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 11 November 2006Lokasi diberi Lat. 05° 49.36’ U, Long. 102° 57.04’ TLokasi imej dipamer Pulau Redang I (Lat. 05° 49.36’ U, Long. 102° 57.04’ T)Kedalaman 35 meterMasa imbasan 5.30-7.30 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis unjam Konkrit (tukun/unjam rekreasi KEN)Jumlah 25 unitTarikh diletakkan 3 Mei 2000Jarak dari Pulau Redang 3 batu nautikaTafsiran imej Imej tidak kelihatan

37

Page 50: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 13

Tukun/unjam rekreasi ini diletakkan di lokasi yang dicadangkan oleh KEN Tok Jembal. Tukun/unjam rekreasi ini dibina menggunakan konkrit sebagai sauh. Saiz sauh ialah 129 cm x 129cm dan tingginya ialah 136 cm. Jenis sedimen kawasan ini ialah pasir sederhana dan tempatini menjadi lokasi nelayan tempatan memancing dan menahan bubu. Kajian memancingyang dijalankan mendapati kawasan ini menjadi habitat pelbagai spesies ikan demersalseperti ikan merah, kerapu, kaci dan lain-lain. Bahagian atas ialah tali yang diikat denganjurai plastik. Bahagian atas telah terdampar di dasar laut kerana bebanan yang berat daripadateritip dan flora yang melekat pada jurai plastik. Imej tapak berkenaan adalah sepertidi bawah.

Tarikh kajian 16 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 25.14’ U, Long. 103° 09.24’ TLokasi imej dipamer Tok Jembal (Lat. 05° 25.1029’ U, Long. 103° 09.2765’ T)Kedalaman 22 meterMasa imbasan 10.35-11.32 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis Konkrit (tukun/unjam rekreasi Peruntukan SEAFDEC)Jumlah 40 unit (3.2 tan metrik /unit; 129 cm x 129 cm x 136 cm)Tarikh diletakkan 20 Ogos 2003Jarak dari pantai 4 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

38

Page 51: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 14

Tukun/unjam rekreasi ini diletakkan pada kedudukan 3.5 batu nautika dari pantai berdasarkancadangan KEN Batu Buruk. Sedimen tapak ini adalah jenis pasir kasar dan tapak ini amatstabil. Kajian memancing yang dijalankan mendapati kawasan ini menjadi habitat ikandemersal terutama kerapu. Kawasan ini masih menjadi lokasi memancing nelayantempatan.Imej tapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 17 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 20.20’ U, Long. 103° 13.19’ TLokasi imej dipamer Batu Buruk (Lat. 05° 20.15’ U, Long. 103° 13.26’ T)Kedalaman 19 meterMasa imbasan 12.25-1.05 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis Konkrit (tukun/unjam Rekreasi KEN)Jumlah 25 unit (300 kg/unit; 1.0m x 1.0 m x 1.0 m)Tarikh diletakkan 23 Oktober 1999Jarak dari pantai 3.5 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

39

Page 52: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 15

Tukun/unjam rekreasi ini diletakkan kira-kira tiga batu nautika dari pantai berdasarkan tapakyang dicadangkan oleh KEN Kuala Ibai. Sedimen tapak ini adalah jenis pasir kasar dantapaknya amat stabil. Kajian memancing yang dijalankan mendapati kawasan ini menjadihabitat ikan demersal terutama kerapu, merah dan kaci. Kawasan ini masih menjadi lokasimemancing nelayan tempatan. Imej tapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 17 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 17.87’ U, Long. 103° 13.47’ TLokasi imej dipamer Kuala Ibai (Lat. 05° 17.8564’ U, Long. 103° 13.53’ T)Kedalaman 16 meterMasa imbasan 12.20-3.00 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis unjam Konkrit (tukun/unjam rekreasi KEN)Jumlah 25 unit (300 kg/unit; 1.0m x 1.0 m x 1.0 m)Tarikh diletakkan 23 Oktober 1999Jarak dari pantai 3 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

40

Page 53: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 16

Tukun/unjam rekreasi yang diletakkan di sini berukuran 129 cm x 129 cm x 132 cm. Modelini adalah untuk penyelikan DPPSPM yang dibina menggunakan peruntukan Ibu PejabatPerikanan pada tahun 2000. Pukat nelayan yang menceroboh ditemui semasa kajianmenyelam. Sehingga tahun 2007 tukun/unjam rekreasi ini sudah berusia tujuh tahun. Imejtapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 20 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 11.771’ U, Long. 103° 17.617’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas (Lat. 05° 11.7441’ U, Long. 103° 17.5665’ T)Kedalaman 20 meterMasa imbasan 11.10-12.50 pagiLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis KonkritJumlah 16 unit (3.2 tan metrik/unit: tukun/unjam rekreasi Peruntukan

Ibu Pejabat, saiz 129 cm x 129 cm x 132 cm)Tarikh diletakkan Mei 2000Jarak dari pantai 4 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

41

Page 54: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 17

Tukun/unjam rekreasi ini adalah kajian bersama di antara DPPSPM dan KUSTEM (sekarangUMT) untuk mendapatkan maklumat dari segi ketahanan dan kesesuaian untuk aktivitiperikanan rekreasi. Konkrit ialah sauh untuk unjam berkenaan. Sehingga tahun 2007 usiakonkrit ini sudah mencapai 10 tahun. Imej tapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 20 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 11.642’ U, Long. 103° 18.022’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas 5 (Lat. 05° 11.6445’ U, Long. 103° 18.0604’ T)Kedalaman 20 meterMasa imbasan 11.25-12.30 tengahariLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis KonkritJumlah 25 unit (tukun/unjam Rekreasi )

(300 kg/unit; saiz: 1.0 m x 1.0 m x 1.0 m)Tarikh diletakkan Jun 1997Jarak dari pantai 4.5 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

42

Page 55: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 18

Pada peringkat pertama jumlah tukun/unjam rekreasi untuk tapak ini ialah sebanyak 10 unityang diletakkan pada bulan Jun 1997, manakala 15 unit lagi diletakkan pada bulan Mei2000. Tukun/unjam rekreasi ini sudah berusia di antara 7-10 tahun dan menjadi lokasimemancing yang penting di Pulau Kapas. Imej tapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 20 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 11.35’ U, Long.103° 17.96’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas 4 (Lat. 05° 11.3577’ U, Long. 103° 17.9148’ T)

Kedalaman 20 meterMasa imbasan 11.25-12.30 tengahariLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis Konkrit

Jumlah 25 unit (Unjam Rekreasi )(300 kg/unit; Saiz: 1.0 m x 1.0 m x 1.0 m)

Tarikh diletakkan Jun 1997, Mei 2000Jarak dari pantai 4.4 batu nautika

Tafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

43

Page 56: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Imej 19

Tapak ini dipilih berdasarkan kajian pemilihan tapak yang dibuat sebelum tukun diletakkan.Sedimen di kawasan tapak tukun ialah dari jenis pasir kasar dan stabil. Kajian memancingyang dijalankan mendapati kawasan ini menjadi habitat lebih daripada 30 spesies ikantermasuk kerapu. Kawasan ini masih menjadi lokasi memancing nelayan tempatan. Imejtapak berkenaan adalah seperti di bawah.

Tarikh kajian 17 Mei 2007Lokasi diberi Lat. 05° 16.088’ U, Long. 103° 15.597’ TLokasi imej dipamer Pulau Kapas (Lat. 05° 16.05’ U, Long. 103° 15.53’ T)Kedalaman 20 meter

Masa imbasan 3.20-4.00 petangLebar jangkauan imbasan 150 meterJenis Konkrit (tukun/unjam rekreasi )Jumlah 25 unit (300 kg/unit; Saiz: 1.0 m x 1.0 m x 1.0 m)

Tarikh diletakkan 3 Mei 2000Jarak dari Pulau Kapas 4 batu nautikaTafsiran imej Imej tukun dapat dikesan

44

Page 57: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Penilaian Imej

Tukun Yang Tidak Dapat Dikesan

Sebanyak sembilan tapak (5 tukun tayar dan 4 tukun/unjamrekreasi) tidak dapat dikesan semasa kajian dijalankan.Di antara sebab yang telah dikenalpasti adalah sepertiberikut:

• Tapak Yang Tidak Sesuai

Tukun tayar yang tidak dapat dikesankesemuanya diletakkan di tempat terbuka danterdedah kepada arus yang kuat semasa musimtengkujuh. Tukun bot yang terletak di tempatterbuka juga tidak dapat dikesan. Unjam rekreasiyang tidak dapat dikesan kesemuanya terletakdi kawasan dasar laut yang berpasir halus. Sauhtukun/unjam rekreasi telah terbenam keranahakisan di bahagian tapak.

• Struktur Tukun Tidak Kukuh

Tali yang digunakan untuk mengikat modul-modul tukun tayar tidakkukuh bagi menanggung beban yang berat apabila modul-modulberkenaan ditindan untuk menghasilkan kompleks yang terdiridaripada berpuluh-puluh ribu biji tayar. Selain daripada itu arus yangkuat boleh mengheret dan seterusnya meruntuhkan timbunan modul.Tali yang mengikat unit-unit tayar juga terputus selepas satu tempohtertentu kerana proses pereputan. Akhirnya modul-modul tukun yangdiletakkan di tempat terbuka hilang samada tenggelam ke dasar lautatau dihanyutkan arus pada musim tengkujuh. Tukun bot memang tidaktahan lama kerana kayu akan reput manakala paku akan berkarat danakhirnya bahagian badan bot tertanggal. Selaman skuba hanya dapatmengesan bahagian lunas, sebahagian badan dan enjin sahaja. Enjindan kayu lunas bersama rangka ditemui terdampar di dasar laut.

45

Tali pengikat tukun tayaryang tidak kukuh

Page 58: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

Tukun Yang Dapat Dikesan

Sungguhpun begitu terdapat enam tapak tukun/unjam rekreasi, empat tapak tukun tayar dan duatapak tukun bot yang masih dapat dikesan. Tukuntayar yang dapat dikesan terletak di PulauPerhentian, Pulau Kapas, Pulau Chepu dan PulauEkor Tebu. Tukun tayar ini terlindung semasamusim tengkujuh kecuali di Pulau Kapas. Strukturtukun di Pulau Kapas sudah berselerak. Tiga buahtukun bot ditemui secara tidak sengajaberhampiran Pulau Redang. Pihak PejabatPerikanan Negeri Terengganu tidak mempunyaimaklumat mengenai tempat tukun berkenaan. Botini mungkin dihanyutkan oleh arus daripada tempatlain semasa musim tengkujuh.

Unjam rekreasi juga dapat dikesan di bahagianselatan dan timur Pulau Kapas. Unjam ini dibinauntuk tujuan penyelidikan oleh DPPSPM. Unjamrekreasi yang menggunakan konkrit seberat 300-3,100 kg sebagai sauh ini masih lagi berfungsi danmasih utuh kerana diletakkan di kawasan dasarlaut yang keras. Tukun/unjam rekreasi KEN jugamasih berfungsi di Tok Jembal, Kuala Ibai dan BatuBuruk kerana strukturnya terletak di kawasandasar laut jenis keras iaitu yang terdiri daripadasedimen jenis pasir bersaiz kasar atau sederhana.

46

Model Tukun/unjam Rekreasi

Page 59: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

KESIMPULANBerdasarkan kajian pemantauan yang dijalankan ini, projek tukun tiruan dinegeri Terengganu yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an kurangberkesan disebabkan faktor-faktor berikut:

• Kajian pemilihan tapak tukun tidak dibuat dengan betul ataulangsung tidak dibuat. Tukun/unjam rekreasi diletakkanmengikut permintaan nelayan atau atas pandangan kakitanganJabatan Perikanan Malaysia. Ini menyebabkan struktur tukuntenggelam atau dihanyutkan oleh arus yang kuat keranaperairan Terengganu terdedah kepada musim tengkujuh.

• Bahan binaan yang digunakan untuk membina tukun tidaksesuai terutama sekali bot-bot rampasan. Bot yang diperbuatdaripada kayu dan menggunakan paku memang tidak sesuaiuntuk dijadikan sebagai tukun terutama sekali jika diletakkandi tempat yang terbuka. Pembinaan tukun tiruanmengggunakan bot yang diperbuat daripada kayu perludihentikan kecuali tukun tersebut diletakkan di kawasan yangterlindung daripada arus yang kuat. Walau bagaimanapuntukun ini tetap akan musnah selepas satu tempoh tertentukerana proses pereputan. Paip PVC juga tidak sesuai keranatidak mampu menanggung beban yang berat selepas dilekatioleh pelbagai flora dan fauna.

• Reka bentuk tukun tidak mengambilkira ilmu kejuruteraan laut.Tali yang digunakan untuk mengikat unit-unit tayar tidak cukupkuat untuk menahan beban yang berat bagi tempoh yangpanjang. Tukun konkrit yang bersaiz kecil mudah terbenamatau diheret oleh pukat tunda seperti unjam rekreasi KEN yangsauh konkritnya hanya seberat 300-400 kg sahaja. Sauh yangkecil di buat pada masa itu kerana peruntukan untuk setiaptapak KEN adalah kecil tetapi bilangan tukun yang ingin dibuatpula adalah banyak. Tindakan ini tidak memberikan kebaikanuntuk tempoh jangka panjang. Apabila berada di dalam air,berat objek akan berkurangan sehingga separuh daripadaberat semasa berada di atas darat.

• Kekurangan sumber rujukan adalah satu isu penting padatahun 1970-1980-an. Program tukun tiruan dibuat berdasarkan“trial and error”. Pada masa tersebut maklumat berkenaantukun hanya diperolehi daripada luar dan tidak semestinyasesuai dengan persekitaran tempatan.

• Pegawai pelaksana tidak mempunyai pengetahuan yangcukup di dalam cabang-cabang ilmu pembinaan tukun tiruanterutama sekali ilmu kejuruteraan laut. Bahagian KejuruteraanJabatan juga tidak terlibat secara serius di dalam programtukun tiruan ketika itu.

47

Page 60: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

CADANGAN TINDAKAN

Melaksanakan Projek Tukun Tiruan SecaraBesar-Besaran

Pejabat Perikanan Negeri Terengganu perlu mempunyaisatu strategi baru yang mantap dari segi perancangan,pelaksanaan, pembangunan, penyeliaan dan pemantauanprogram tukun tiruan. Selepas berpengalamanmenjalankan program tukun tiruan sejak 1979, PejabatPerikanan Negeri Terengganu sudah matang untukmelaksanakan satu lagi projek tukun tiruan secara besar-besaran dengan menggunakan tukun yang diperbuatdaripada konkrit bersaiz besar. Tukun ini mampu menarikperhatian ikan untuk berkumpul terutama larva dan juvernildalam tempoh kurang daripada empat bulan. Tukunberkenaan menjadi habitat mereka dan selamat daripadaancaman pukat tunda yang menceroboh. JabatanPerikanan Malaysia juga perlu melaksanakan programtukun tiruan kebangsaan secara besar-besaran secaraberterusan dengan anggaran kos sebanyak RM1.0 jutabagi setiap daerah sebagaimana yang sedang dijalankanoleh PPN Terengganu sekarang.

48

Page 61: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

STRATEGI PELAKSANAAN

• Survei Tapak Tukun Secara Menyeluruh

Survei tapak tukun tiruan secara sistematik telahdijalankan di negeri Terengganu pada tahun 2007 untukmenentukan lokasi tapak tukun yang paling sesuai untukpembinaan tukun saiz besar dengan memberi keutamaankepada pemulihan kawasan batu karang yang musnahakibat aktiviti pukat tunda. Maklumat kedudukan kawasanbatu karang sebelum dimusnahkan oleh aktiviti pukattunda telah diperolehi daripada data yang direkodkanoleh Jabatan semasa program demonstrasi penggunaanpukat tunda dan juga kajian sumber demersal pada tahun1970-an. Maklumat ini telah ditebitkan di dalam BuletinPerikanan yang diterbitkan sekitar tahun 1970-an. Surveiini memerlukan kerjasama pelbagai bidang kepakaranseperti sedimen, bentos, plankton, taksonomi, nutrien danarus. Kajian sedimen dan bentos untuk negeriTerengganu telah dijalankan pada tahun 2007 olehDPPSPM.

49

Page 62: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

• Mewujudkan Kawasan Santuari

Menjadikan kawasan tertentu di dalam lingkunganlima batu daripada pantai sebagai kawasan santuariperikanan adalah satu langkah ke hadapan bagimengekalkan sumber induk untuk tujuan pembiakan.Kawasan santuari hendaklah diwartakan sebagaikawasan larangan di mana semua aktiviti perikanandiharamkan. Tapak santuari yang dicadangkan ialahbekas-bekas kawasan batu karang yang telahmusnah kerana aktiviti pukat tunda. Setiap tukun yangdibina di atas bekas kawasan batu karang untukdiwartakan sebagai kawasan santuari hendaklahmeliputi kawasan yang lebih luas lagi dan bilangannyaditambah dari semasa ke semasa sehingga semuakawasan berkenaan diletakkan dengan tukun. Tukunyang dibina di kawasan ini mudah berubah menjadihabitat pelbagai flora dan fauna kerana semua faktorpersekitaran sudah sesuai dan benih-benih sudahtersedia. Semasa kajian pemilihan tapak tukun didalam perairan Terengganu pada tahun 2007beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagaikawasan bekas tapak tukun asli terutama di dalamdaerah Kuala Terengganu dan Dungun. Keluasankawasan ini tidak dipastikan tetapi boleh ditentukanjika kajian lanjut dijalankan. Pembinaan tukun tiruandi dalam kawasan perairan Taman Laut juga perludiberi pertimbangan kerana tukun yang diletakkan dikawasan ini lebih mudah berkembang berbandingdengan kawasan yang jauh. Satu perbincangandengan Jabatan Taman Laut perlu diadakan untukmerealisasikan cadangan ini.

50

Page 63: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

• Pembinaan Tukun Tiruan Saiz Besar

Saiz tukun yang besar boleh menarik perhatian ikankerana struktur ini boleh menjadi objek rujukankepada mereka di dalam laut yang rata. Tukun danunjam bersaiz besar yang dilabuhkan sekarang olehJabatan dan LKIM terbukti amat berkesan untukmenarik perhatian ikan berkumpul dan menghalangpencerobohan pukat tunda. Tukun tiruan bersaizbesar dengan ukuran 2 m x 2 m x 3 m tinggi seberat10-14 tan metrik/unit adalah dicadangkan.Rekabentuk baru tukun besar memerlukanperkongsian idea di antara Bahagian Kejuruteraan,DPPSPM dan Institut Penyelidikan Perikanan. Rekabentuk baru boleh dikaji dari semasa ke semasa.

51

Page 64: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

• Kawasan Tapak Tukun Yang Luas

Bagi Projek Tukun Perdana di Terengganu, setiap tapaktukun mengandungi 132 unit tukun yang setiap satuberatnya 10 tan metrik. Saiz tukun ialah 2 m x 2 m x 3 mtinggi. Jarak di antara lajur ialah 10 meter dan jarak di antarabaris pula ialah 20 meter. Luas bagi setiap tapak ialah29,748 meter persegi bersamaan keluasan 4.2 padangbola sepak. Tukun yang diletakkan akan menjadi asaskepada benih flora berkenaan melekat dan seterusnyatumbuh. Pukat tunda tidak berupaya untuk memusnahkanhabitat baru ini kerana tukun berkenaan mampu melindungikawasan ini. Projek seperti ini dicadangkan jugadilaksanakan di negeri-negeri lain.

52

Page 65: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

• Pembinaan Tukun Dasar Lembut

Program membina tukun tiruan untuk kawasan dasarlembut seperti di Besut hendaklah diteruskan. Walaubagimanapun peruntukan hendaklah sekurang-kurangnyaRM1.0 juta setahun untuk satu tapak. Cadangan ini adalahuntuk memenuhi permohonan nelayan yang menjalankanaktiviti di kawasan dasar laut lembut di mana pukat tundasering menceroboh. Modul yang difikirkan paling sesuaiialah seperti gambar di bawah dan akan diperbaiki darisetahun ke setahun. Bahagian Kejuruteraan danBahagian Penyelidikan akan bekerjasama rapat denganDPPSPM bagi menghasilkan reka bentuk baru padasetiap tahun sehingga satu reka bentuk yang terbaikditemui. Berat untuk setiap unit tukun dasar lembut yangdilabuhkan pada tahun 2007 ialah 18 tan metrik dantingginya 3.6 meter.

53

Page 66: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

• Pembinaan Tukun Khusus UntukSpesies Tertentu

Spesies-spesies tertentu seperti udang karang dansotong dikenal pasti hanya mendiami tukun tiruan jikarekabentuk yang dibina sesuai dengan keadaanhabitat semulajadinya. Keadaan ini amat berbezadengan tukun untuk ikan. Sehubungan dengan itukajian berterusan perlu diljalankan untukmenghasilkan rekabentuk tukun khusus untukspesies-spesies seperti ini. Tukun untuk sotong danudang karang pernah dibina oleh Jabatan tetapihasilnya tidak memberangsangkan kerana faktor rekabentuk dan tapak yang tidak sesuai. Kawasan JambuBongkok dan Rantau Abang dikenal pasti sebagaikawasan udang karang pada suatu ketika dahulu.

54

Page 67: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

• Pemantauan Berterusan

Tukun hendaklah dipantau secara berterusan.Pemantauan dicadangkan dibuat dengankaedah menyelam skuba, penggunaan “CCTV”yang disambungkan dengan sistem GPSsupaya dapat merekodkan koordinat setiap unittukun, kedalaman dan masa kajian dijalankan.Kajian pengesanan dan pemetaanmenggunakan sonar pengimbas sisi dan kajianmemancing untuk mendapatkan maklumatkepelbagaian spesies juga perlu dilaksanakan.

• Penyediaan Laporan

Laporan tahunan perlu disediakan dan ditebitkan sebagai rujukan dan panduan. Semuaaktiviti dan keputusan pemantauan yang dilakukan pada tahun berkenaan dibukukanuntuk rujukan dan penilaian.

55

Page 68: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

RUMUSANJabatan Perikanan Malaysia berada di landasan yangbetul di dalam melaksanakan program pembinaan tukuntiruan secara besar-besaran terutamanya di Terengganudengan menggunakan peruntukan Kerajaan NegeriTerengganu mulai tahun 2007. Langkah ini penting keranasebahagian besar tukun yang dibina sebelum ini sudahtidak berfungsi sebagai kawasan pembiakan dan nurserisebagaimana yang diharapkan. Bahan yang paling sesuaiuntuk pembinaan tukun ialah konkrit kerana ianya tahanlama dan boleh dibentuk mengikut acuan yang disediakan.Pemilihan tapak adalah satu kemestian dan semua tukunhendaklah diletakkan di kawasan yang sesuai dengan rekabentuk yang dibuat. Pembinaan tukun tiruan bukanprogram bermusim tetapi hendaklah dilaksanakan secaraberterusan dan diubahsuai mengikut situasi semasa.Memandangkan kos pembinaan tukun semakin meningkatmaka peruntukan yang besar diperlukan untukmerealisasikan cadangan di atas. Kekurangan kakitangandan peralatan penyelidikan boleh menyukarkan aktivitipemantauan. Sehubungan dengan itu Jabatanmemerlukan satu pasukan penyelidik dan jurutera yangcukup dan cekap supaya semua program dapatdilaksanakan dan dipantau mengikut jadual. Peralatansonar pengimbas sisi memang sesuai digunakan untukmengesan kedudukan tukun tiruan pada masaakan datang.

56

Page 69: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR

RUJUKAN

Anon, 1967. Results of the Joint Thai-Malaysian-German Trawling Survey off the East Coastof the Malay Peninsula, 1967. Prepared by The Marine Fisheries Laboratory, Departmentof Fisheries Ministry of Agriculture, Bangkok, Thailand and The Fisheries ResearchInstitute, Fisheries Division, Ministry of Agriculture and Cooperatives Malaysia. 64pp

A.A.Jothy, G.Rauck, Mohd. Shaari bin S.A.Latif, Ong Kah Sin, Liong Pit Chong and J.L.Carvalho, 1975. Demersal Fish Resources In Malaysian Waters. Second Trawl Survey ofthe Coastal Waters Off the East Coast of Peninsular Malaysia (March-May, 1971).

Birtwistle, W. and Green, C.F. (1927). Report on the Working of the S.T. Tongkol for the Period28th May to 31st December, 1926. Pt.1 By C.F. Green; Pt.2 By W. Birtwistle. GovernmentPrinting Office, Singapore, 1927.

Birtwistle, W. and Green, C.F. (1928). Report on the Working of the S.T. Tongkol for the Year1927. Pt.1 By C.F. Green; Pt.2 By W. Birtwistle. Government Printing Office, Singapore,1928.

Hayasi, S. 1971. Stock Assessment in “The Indian Ocean Programme”. IOFC/DEV/71/3,FAO, Rome: 34 pp.

Tiews, K. 1966. On the Possibilities for Further Developments of the Southeast AsianFisheries. Curr.Aff. Bull. Indo-Pacif. Fish. Coun., (47): 1-13.

Ruamragsa, S. and Isarankura, A.P 1965. An Analysis of Demersal Catches Taken From theExperimental Trawling Operation in the Gulf of Thailand. Contribution No.3. Dept. of Fish.Bangkok.

Raymond Firft, 1966. Nelayan Melayu Ekonomi Tani Mereka. DBP. 250 ms.

Sukarno, W., Raja Mohammad Noordin, R.O., Che Omar, M.H. dan Rosdi. M.N. 1994. TukunTiruan Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia. 132 pp

57

Page 70: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR
Page 71: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR
Page 72: Buku Tukun (Baiki) -  · PDF filePerutusan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ringkasan SUMBER PERIKANAN DEMERSAL PERAIRAN PERSISIRAN PANTAI TIMUR