memorandum masalah sumber perikanan dan nelayan …

24
MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA: CADANGAN DAN GESAAN Disediakan oleh SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM) PERSATUAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN JARINGAN NELAYAN PANTAI MALAYSIA (JARING) NOVEMBER 2017

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

MEMORANDUM

MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA:

CADANGAN DAN GESAAN

Disediakan oleh

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)

PERSATUAN PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN

JARINGAN NELAYAN PANTAI MALAYSIA (JARING)

NOVEMBER 2017

Page 2: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

1

MEMORANDUM

MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA: CADANGAN DAN GESAAN

Pengenalan Industri perikanan merupakan industri yang berkembang maju di Malaysia. Namun di sebalik perkembangan pesatnya pelbagai isu dan masalah perikanan dan nelayan masih belum ditangani dengan serius dan berkesan. Antara isu yang boleh dilihat adalah seperti polisi, pembangunan dan pelaksanaan dasar, penguatkuasaan undang-undang serta kemerosotan ekosistem marin. Situasi ini menimbulkan kebimbangan kepada nelayan pantai. Oleh yang demikian, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) memandang serius isu ini dan merasakan adalah perlu untuk dibangkit dan diketengahkan supaya dapat diatasi bersama dengan baik. Rangka kerja dan penyelesaian yang menyeluruh harus dipertimbangkan dengan mengambil kira persoalan polisi dan dasar perikanan negara, perundangan, perancangan dan pembangunan perikanan yang mengambil kira aspek sosio-ekonomi nelayan dan ekosistem marin yang sihat, pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan serta kerjasama semua pihak dalam menangani isu-isu perikanan negara. Dasar Agro-Makanan 2011-2020 mensasarkan 50% daripada sumber perikanan negara adalah daripada akuakultur dan hanya 50% adalah dari tangkap liar (lampiran 1). Dasar ini perlu dikaji semula kerana SAM dan JARING percaya industri akuakultur yang tidak terkawal merupakan salah satu faktor yang merosakkan sumber perikanan. Dasar ini akan menggalakkan kawasan hutan paya bakau, pinggir pantai dan kawasan sungai dimusnahkan. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan protein kepada masyarakat dan memastikan industri perikanan negara berkembang seiring dengan kelestarian sumber marin, SAM dan JARING menegaskan adalah perlu untuk semua pihak berganding bahu menjalankan usahasama yang bersepadu serta mencari kaedah terbaik untuk menguruskan sumber perikanan secara mapan. Memorandum yang disediakan oleh SAM dan JARING ini menggariskan beberapa isu dan persoalan tentang status industri perikanan di Malaysia. SAM juga menyenaraikan beberapa cadangan bagi memungkinkan cabaran dan persoalan berikut dapat ditangani dengan baik. Masalah Semasa Sektor Perikanan Malaysia 1. Eksploitasi berlebihan, pembaziran stok perikanan dan pendaratan ikan baja yang

tinggi

Walaupun pendaratan ikan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1955-2015 (Lampiran 2) menunjukkan trend peningkatan yang ketara, namun demikian peningkatan ini tidak boleh dibanggakan kerana telah berlakunya pembaziran sumber perikanan. Melihat kepada situasi global pula, Food and Agriculture Organization of United Nations (FAO) menganggarkan 75% sumber perikanan laut telah dieksploitasi sepenuhnya, eksploitasi secara berlebihan, pupus dengan teruk atau dalam pemulihan. Manakala analisis global yang dibuat oleh penyelidik dari Kanada dan Amerika Syarikat menunjukkan 90%

Page 3: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

2

sumber marin telah musnah dan perikanan global akan hilang menjelang 2048 jika masyarakat global tidak membuat sesuatu bagi melindungi sumber.

Kajian menunjukkan penurunan populasi dan spesies-spesies yang terancam serta hampir pupus kebanyakan adalah spesies ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran (Lampiran 3). Nelayan juga mendakwa bahawa hasil tangkapan mereka bagi spesies-spesies tertentu seperti ikan parang, siakap, semilang, kerapu, pari dan lain-lain juga semakin berkurangan (Lampiran 4).

SAM dan JARING telah mendapat aduan daripada nelayan tempatan, kini lebih 50 spesies ikan sama ada sudah pupus atau hampir pupus. Spesies ikan yang popular, terutama ikan yang berharga, ditangkap dengan sewenang-wenangnya menyebabkan bilangannya jatuh secara mendadak.

Pembaziran dalam pendaratan ikan dapat dikenal pasti dengan peningkatan enam kali ganda pendaratan ikan baja dari keseluruhan pendaratan ikan dalam tempoh 45 tahun. Ikan baja ialah anak-anak ikan yang terlalu kecil dan tidak mempunyai nilai perdagangan; ia hanya digunakan sebagai makanan ternakan atau pun dibuat baja dagangan. Pada tahun 1955 pendaratan ikan baja hanya 5% daripada jumlah pendaratan dan pada tahun 2010 telah meningkat kepada 31.6% daripada jumlah pendaratan. Pada tahun 2015, pendaratan ikan baja menurun kepada 17.16% daripada jumlah pendaratan keseluruhan. Malangnya, penurunan peratusan ikan baja tidak menggambarkan penurunan kuantiti ikan baja yang ditangkap berbanding 10-20 tahun lepas. Realitinya kuantiti pendaratan ikan baja sebenarnya melebihi dari data rasmi yang direkodkan kerana sebahagiannya tidak diisytiharkan. Pada tahun 2015, pukat tunda telah mendaratkan sekurang-kurangnya 210 000 tan metrik ikan baja atau hampir 32% jumlah pendaratan pukat tunda. Dianggarkan sekurang-kurangnya ikan baja yang didaratkan sepanjang tempoh lima tahun dari tahun 2011 hingga 2015 adalah melebihi 1,000,000 (1 juta) tan metrik di Malaysia. Pukat tunda juga telah menyumbang lebih 84% keseluruhan tangkapan ikan baja (Lampiran 5). Kajian SAM dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menunjukkan 1 kilogram ikan baja bersamaan sekurang-kurangnya 92 ekor anak-anak ikan komersial. Sekiranya ikan ini dibiarkan dewasa dan mencapai saiz matang dianggarkan 1 kilogram anak-anak ikan ini akan menjadi sekurang-kurangnya 12 kilogram ikan saiz dewasa. Berdasarkan kiraan ini, dianggarkan tangkapan ikan baja bagi tahun 2015 telah memusnahkan 2,520,000,000 kilogram (2,520,000 tan metrik) ikan saiz dewasa dengan nilai RM20.16 billion. Berdasarkan anggaran ini (Lampiran 6), jumlah ini adalah lebih dari mencukupi untuk memenuhi permintaan protein Negara dan meningkatkan sosio-ekonomi nelayan di Malaysia jika isu pukat tunda dan ikan baja dapat diatasi dengan baik.

Pada tahun 2015 pukat tunda telah memusnahkan 2,520,000,000 kilogram (2,520,000 tan metrik) ikan komersial saiz dewasa dengan nilai RM20,160,000,000 atau RM20.16 billion jika ikan ini dibiarkan membesar

sehingga saiz matang

Page 4: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

3

2. Penggunaan alat tangkap yang memusnahkan ekosistem dan sumber perikanan serta pencerobohan kawasan tangkap nelayan pantai Pukat tunda – Pukat Apollo – Pukat Rawa Sorong – Bot Pengorek Retak Seribu

Teknologi moden telah diperkenalkan sejak tahun 1960-an untuk meningkatkan hasil pengeluaran ikan negara. Perkembangan yang paling ketara ialah penggunaan pukat tunda yang dianggap sebagai peralatan tercanggih mengikut ukuran semasa. Penggunaan pukat ini adalah tidak terkawal, sekali gus telah menambahkan pendaratan ikan baja dengan banyaknya (Lampiran 7). Selain itu pukat tunda yang memusnahkan permukaan dasar laut telah merosakkan kawasan pembiakan dan pembesaran ikan di perairan laut pantai.

Penangkapan ikan menggunakan pukat tunda masih dibenarkan di Malaysia. Akta Perikanan 1985 (Akta 317) hanya melarang nelayan pukat tunda daripada menangkap ikan di Zon A, iaitu 5 atau 8 batu nautika dari pantai yang dikhususkan kepada nelayan kecil. Bagaimanapun, zon ini juga sering diceroboh oleh nelayan pukat tunda akibat penguatkuasaan yang lemah. Ini menyebabkan kepupusan sumber-sumber perikanan negara dan mengancam mata pencarian nelayan pantai.

Kegiatan nelayan pukat tunda semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini berikutan peningkatan permintaan ikan baja untuk projek akuakultur. Penggunaan utama ikan baja adalah untuk projek akuakultur pesisir pantai, memandangkan hampir 90% penternakan ikan di Malaysia membabitkan pemberian ikan baja sebagai makanan.

Dalam pemerhatian SAM dan JARING, pencerobohan bot pukat tunda masih bergiat aktif di beberapa perairan dari Kuala Perlis, Kuala Kedah, Kuala Sanglang, Yan, Tanjung Dawai, Kuala Muda hingga ke perairan Pulau Pinang, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Kuala Sepetang, Sungai Besar, Kuala Selangor, Kuantan, Kemaman dan sehingga menyusuri sepanjang perairan sehingga ke Pontian, Kukup di Johor.

Kaedah penangkapan menggunakan pukat tunda yang memusnahkan dasar lautan telah menguasai kawasan sepanjang pesisir perairan Malaysia. Ia diburukkan lagi apabila pukat tunda ini diubahsuai menjadi Pukat Apollo, Pukat Buaya, Pukat Harimau dan sebagainya

Kerajaan telah mengiktiraf bahawa terdapat kekurangan/kepupusan spesis ikan di pesisir pantai, namun dalam waktu yang sama masih mengeluarkan permit/lesen penggunaan bot pukat tunda. Tindakan ini hanya memburukkan lagi keadaan selain tidak melindungi hak dan mata pencarian nelayan pantai. Jika keadaan ini berterusan, berkemungkinan besar Malaysia akan kehilangan sumber perikanan dalam tempoh yang lebih singkat

Beberapa negara seperti Hong Kong, Venezuela, Palau, Belize, Jepun dan Indonesia telah mengharamkan sama sekali penggunaan pukat tunda dalam perairan mereka.

Pukat Kenka 2 bot (Pukat Apollo)

Pukat Apollo merupakan pukat yang telah diubahsuai dengan menggunakan lesen daripada pukat Kenka. Pukat ini banyak beroperasi di sekitar Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Pulau Pinang. Walaupun beroperasi secara haram, Pukat Apollo ini dilihat seperti ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang. Penggunaan pukat ini memberi kesan kerosakan yang besar kepada ekosistem marin dan laut.

Page 5: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

4

Perbandingan Pukat Kenka dan Pukat Apollo adalah seperti berikut :

Perkara

Pukat Kenka Dua Bot Pukat Apollo

Pemberat Tidak melebihi 40 kati (24kg) Sehingga 80 kg

Rantai Tali ladung Rantai

Jaring Nylon Tali Jepun

Masa operasi 6 pagi - 6 petang 24 Jam

Kawasan Kerian 5 batu nautika keatas Masuk ke zon A, Pulau Pinang, Perak dan Kedah

Pelampung 20 biji 7 biji

Berdasarkan perbandingan ini, jelas menunjukkan bahawa pukat Apollo telah melanggar syarat sah lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan kerana tidak mengikut spesifikasi pukat kenka yang sebenarnya. Pukat Apollo hanya dibenarkan beroperasi di daerah Kerian dan biasanya tertumpu di kawasan Kuala Kurau. Dari tinjauan yang dilakukan, lebih 500 buah pukat Apollo yang beroperasi sekitar Kuala Kurau, Perak (Lampiran 8). Dari pemantauan dari tahun 2016, pencerobohan kawasan tangkapan zon A oleh pukat kenka 2 bot atau dikenali pukat Apollo telah berlaku hampir setiap hari bermula dari pengairan Kuala Kurau hingga ke Pulau Pinang. Pukat Apollo ini adalah pukat yang telah diubah suai dan secara terang menyalahi Akta Perikanan 1985 dan boleh dikategorikan sebagai pukat haram. Pukat Rawa Sorong Penggunaan pukat rawa sorong yang juga dikenali sebagai pukat sodok dalam kalangan nelayan tempatan merupakan peralatan perikanan yang tidak mesra alam. Dengan penggunaan buluh yang panjangnya lebih 42-50 kaki, yang disorong di dasar pantai mahupun sungai memusnahkan benih kerang, anak ikan dan ketam serta hidupan marin lain. Malah ia juga turut merosakkan peralatan penangkapan ikan lain. Penggunaan pukat rawa sorong juga boleh merosakkan ekosistem pantai dan memutuskan kitaran hidupan laut termasuk ikan dan udang. Pukat sorong ini sangat aktif di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Johor (Lampiran 9). Antara kawasan aktiviti pukat sorong adalah Kuala Sepetang, Pantai Remis, Sungai Tengi, Sg Trong, Kuala Gula, Sungai Kerang, Kuala Sanglang, Tanjung Dawai, Kuala Sala dan

Sejarah pengeluaran lesen ini bermula pada tahun 1970an dan rentetan sejarahnya meliputi pembatalan lesen ini pada awal tahun 1980an sepanjang tempoh lesen dibatalkan rayuan demi rayuan kami terima dari pemegang lesen berkenaan, justeru itu Jabatan Perikanan atas sifat prihatin kepada mereka ini sebagai nelayan telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk nelayan pantai di Kerian dan Pulau Pinang. Jabatan mengambil masa mengkaji implikasi pengeluaran lesen tersebut. Seterusnya Jabatan menetapkan syarat yang sangat ketat dan pemegang lesen telah diminta menandatangani perjanjian untuk mematuhi syarat berkenaan. Setelah perjanjian dibuat maka lesen dikeluarkan semula pada 15 April 1987. (Dato’ Junaidi bin Che Ayob bertarikh 5 Ogos 2009)

Page 6: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

5

Pontian. Pukat ini tidak pernah dilesenkan oleh Jabatan Perikanan. Kebanyakan pengusaha adalah tauke-tauke yang mengupah nelayan asing. Dari maklumat nelayan tempatan, kehadiran bot pukat rawa sorong ini telah menggugat hasil tangkapan nelayan dan juga keselamatan nelayan. Kebanyakan tangkapan adalah anak-anak ikan, anak-anak udang dan spesis-spesis marin yang bersaiz kecil.

Menurut nelayan terdapat sekitar 200 buah bot pukat sorong yang beroperasi di sekitar Larut Matang, Perak, Utara Kedah dan Perlis. Kami percaya jumlah ini adalah lebih banyak kerana pukat ini beroperasi di lorong-lorong sungai terutamanya di kawasan Kerian ke Pantai Remis.

Bot Siput Retak Seribu

Kerajaan Negeri Perlis telah mengharamkan penggunaan dan kegiatan Bot Pengorek Siput Retak Seribu. Langkah tersebut amat baik bagi nelayan-nelayan tempatan. Malangnya, lesen atau permit untuk Bot Pengorek Siput Retak Seribu masih dikeluarkan di negeri Kedah. Ia mengancam dan memusnahkan benih-benih ikan di dasar. Selain itu, nelayan terpaksa menanggung kerugian apabila pukat-pukat mereka rosak dan koyak kerana tersangkut. Difahamkan lebih 50 bot masih beroperasi di perairan Kedah dan Perlis. Selain itu, terdapat lain-lain jenis pukat yang memusnahkan sumber seperti pukat Lohong dan pukat Kisa yang masih beroperasi di perairan utara Kedah yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

3. Penguatkuasaan

Kebanyakan isu yang timbul berkaitan perikanan berpunca daripada masalah penguatkuasaan dan pengurusan. Nelayan mendakwa masih terdapat unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan boleh menyebabkan rasuah yang berlaku dalam kalangan mereka yang terlibat dalam sektor perikanan. Hal ini menyebabkan penguatkuasaan terhadap Akta dan Peraturan Perikanan yang sedia ada dilihat sangat lemah dan menyukarkan nelayan membuat aduan apabila berlaku sesuatu kesalahan.

Kepercayaan nelayan pantai kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tercalar apabila banyak kes pencerobohan dan aduan nelayan berkenaan pencerobohan pukat tunda tidak ditangani dengan baik. Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan sering dipersoalkan oleh nelayan-nelayan pantai. Nelayan sering membandingkan kecekapan dan ketelusan APMM semasa mula-mula ditubuhkan dahulu yang dilihat lebih berani dan cekap dalam menangani pencerobohan kawasan tangkapan nelayan pantai.

Nelayan juga mendakwa campur tangan sesetengah pemimpin-pemimpin politik dalam isu penguatkuasaan menjadikan sesuatu isu perikanan semakin rumit dan sukar diselesaikan. Selalunya ia akan lebih memberi keuntungan kepada nelayan-nelayan besar seperti pukat tunda sebaliknya nelayan pantai dan tradisional dipinggirkan.

4. Zon Tangkapan Nelayan Pantai

Jabatan Perikanan telah memperkenalkan penzonan semula kawasan penangkapan ikan di Malaysia sejak tahun 2014. Tujuan penzonan semula adalah untuk menjaga sumber perikanan supaya lebih mapan dan berkekalan. Penzonan semula disambut baik kerana telah menghadkan pukat tunda kepada kawasan yang lebih jauh iaitu kawasan 8 batu nautika dan ke atas. Walau bagaimanapun, penzonan tidak memberi impak yang berkesan kerana kawasan pantai sering diceroboh oleh pukat-pukat tunda.

Page 7: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

6

Melalui penzonan semula juga telah diwujudkan kawasan 0-1 batu nautika sebagai zon konservasi atau dikenali sebagai zon Refugia (Lampiran 10). Dimana aktiviti yang dibenar atau dilarang akan ditentukan oleh komuniti nelayan setempat. Selain itu, aktiviti akuakultur dibenarkan termasuk ternakan kerang dan kerang semula jadi serta pancing tidak melebihi 2 mata kail dibenarkan (Pekeliling Jabatan Perikanan, rujukan Prk.ML 08/35-22 bertarikh 28 Mac 2014)

Walau bagaimanapun, zon ini merupakan kawasan tangkap bagi jenis-jenis alat tangkap tradisional seperti pukat sembilang, bubu sembilang, pukat ketam, Bintol ketam, pukat belanak, Bintol udang lipat, pukat siakap, pukat bawal, Kerang, pukat senangin, siput, pukat udang, pancing, pukat ikan duri, Bubu kerapu, korek ketam, menjala, tangkap sotong kurita dan sebagainya yang tidak merosakkan ekosistem dan sumber perikanan. Kebanyakan nelayan pantai menggunakan sepenuhnya kawasan tersebut ini sebagai mata pencarian. Zon 0-1 batu nautika tidak sepatutnya dijadikan kawasan larangan tangkapan kepada nelayan pantai kerana kawasan ini merupakan kawasan tangkapan tradisi sejak turun temurun.

SAM dan JARING telah mengadakan pertemuan dengan pihak perikanan berkenaan isu zon tersebut pada 21 Mac 2014. Kami telah dimaklumkan bahawa aktiviti yang dibenarkan atau dilarang adalah ditentukan oleh komuniti nelayan setempat. Perbincangan dan pemahaman nelayan pantai terutamanya di Perak, Kedah dan Selangor adalah zon ini masih lagi kawasan zon tangkapan nelayan pantai asalkan tidak menggunakan alat tangkap yang boleh merosakkan sumber perikanan dengan berpegang kepada asas sebagai satu zon komuniti nelayan.

Isu dan masalah timbul apabila salah seorang nelayan di kawasan Kerian telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada bulan Oktober 2017. Nelayan tersebut telah dituduh di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dimana bot tersebut melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari 1 batu nautika dari pantai. Ini merupakan kesalahan pertama yang membabitkan nelayan pantai tradisonal yang dituduh menceroboh zon konservasi.

5. Pencerobohan nelayan asing dan pendaratan ikan di negara jiran

Pencerobohan bot nelayan asing sering sahaja berlaku di perairan negara ini terutama di kawasan perairan yang bersempadanan. Ini menyebabkan sumber perikanan di laut kita dimonopoli oleh mereka dan penerokaan secara intensif oleh nelayan asing menyebabkan kepadatan ikan-ikan semakin berkurangan.

Di samping jumlah ikan berkurangan, kehadiran nelayan asing ini telah menimbulkan pelbagai masalah dari segi sosial. Mereka ini dikhuatiri mengganggu gugat keselamatan para nelayan tempatan kerana biasanya bot nelayan asing dilengkapi senjata api. Selain itu, terdapat juga nelayan asing yang menggunakan bot atau kapal milik rakyat tempatan (menyewa secara gelap lesen kapal nelayan tempatan). Mereka mendaratkan sebahagian kecil hasil tangkapan di Malaysia dan selebihnya didaratkan di negara mereka.

Nelayan pantai di Daerah Kerian takut untuk keluar ke laut kerana arahan

perikanan dan penguatkuasaan oleh APMM terhadap zon 0-1 batu nautika.

Page 8: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

7

6. Lesen sampan

Statistik 2015 menunjukkan jumlah keseluruhan nelayan yang direkodkan diatas bot yang berlesen adalah 140,949 orang dan 85,373 orang darinya adalah terdiri daripada nelayan pantai/tradisional. Namun, jumlah nelayan pantai semakin meningkat dan nelayan sebenar yang menjalankan kegiatan menangkap ikan melebihi jumlah data yang direkodkan. Ini termasuklah mereka yang tidak memiliki lesen dan telah bekerja sebagai nelayan selama bertahun-tahun lamanya.

Selain itu, nelayan juga tidak dapat membuat permohonan lesen kerana sering diberikan alasan bahawa pengeluaran lesen bot telah dibekukan dan dihadkan. SAM dan JARING berpendapat bahawa pembekuan lesen adalah bertujuan untuk memastikan kejayaan polisi perikanan yang memberi tumpuan kepada perikanan laut dalam dan akuakultur. Kemerosotan sumber perikanan turut dijadikan alasan oleh kerajaan untuk tidak mengeluarkan lagi lesen kepada nelayan-nelayan tradisional A sedangkan yang menjadi punca utama kemerosotan sumber perikanan adalah pukat tunda dan pukat-pukat haram yang beroperasi tanpa kawalan dan tindakan sewajarnya.

7. Pembangunan akuakultur dan penternakan kerang Pembangunan industri akuakultur melalui projek berimpak tinggi yang diperkenalkan memberi impak yang besar kepada penurunan kualiti alam sekitar, kemusnahan ekosistem meningkatkan jurang pendapatan yang mengancam kehidupan nelayan pantai sekaligus memburukkan lagi situasi perikanan negara. Kita sedia maklum bahawa antara faktor perkembangan industri akuakultur di negara kita adalah bertujuan untuk menampung keperluan sumber protein negara yang tidak dapat dipenuhi oleh sumber perikanan laut. Namun melalui pemerhatian SAM dan JARING sebaliknya berlaku apabila industri ini sendiri menyumbang kepada beberapa impak negatif kepada alam sekitar seperti kemusnahan kawasan hutan paya bakau; pengurangan kawasan habitat semulajadi; kemerosotan kawasan perlindungan pesisir pantai; penangkapan ikan-ikan kecil sebagai makanan ternakan; pencemaran dan kemerosotan kualiti air; pengenalan spesies asing ke dalam perairan semulajadi; kemerosotan kualiti tanah dan sebagainya. Selain itu, projek penternakan kerang yang diperkenalkan telah menimbulkan beberapa masalah kepada nelayan. Pembenihan kerang yang berlaku secara semula jadi di kawasan pesisir pantai tertentu boleh dimanfaatkan oleh nelayan pantai. Namun, berlaku konflik pertindihan kawasan ternakan kerang milik individu dengan kawasan kerang semulajadi menyebabkan nelayan tidak dapat mengambil kerang-kerang tersebut. Secara tidak langsung ia turut menyekat sumber rezeki nelayan pantai dan menjejaskan pendapatan

Dari Juru, Seberang Perai hingga ke Selinsing, Perak; nelayan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kerja-kerja tangkapan apabila pancang-pancang kerang (kayu penanda sempadan) dipasang memenuhi kawasan penternakan kerang telah mengancam keselamatan dan mengganggu pergerakan keluar masuk nelayan. Seseorang penternak kerang dikatakan menanam puluhan batang kayu dan konkrit berbanding empat batang sahaja yang dibenarkan oleh Jabatan Perikanan.

Page 9: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

8

sampingan mereka. Penternak kerang telah menceroboh ke kawasan di luar kawasan yang dibenarkan. Di samping itu juga, teknik dan peralatan yang digunakan untuk mengaut kerang memberi kesan negatif dan memusnahkan dasar lautan. Jika dahulu nelayan menggunakan peralatan tradisional iaitu ”tangguk kerang” yang lebih mesra alam tetapi kini untuk mengaut hasil yang lebih banyak penternak kerang telah menggunakan mesin yang ditunda/tarik dikenali sebagai ”kor” untuk mengambil kerang. Kesan kemusnahan dasar laut menyebabkan spesies-spesies lain turut musnah. 8. Kebajikan dan Sosioekonomi Nelayan Pantai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai program untuk komuniti nelayan. Walau bagaimanapun, nelayan tradisional sering merasa tertekan dan gelisah kerana berlakunya penyelewengan sama ada dari segi subsidi, insentif, bantuan-bantuan kerajaan dan sebagainnya. Mereka juga mendakwa ia juga berkaitan dengan masalah pengurusan yang tidak cekap dan campurtangan pihak-pihak tertentu sama ada di peringkat persatuan nelayan kawasan, negeri dan kebangsaan. Kerajaan telah memperkenalkan skim insurans kepada nelayan. Skim disambut baik oleh para nelayan pantai kerana memberi manfaat kepada kebajikan nelayan terutama nelayan pantai (Lampiran 11). Data pada 2015, menunjukkan seramai 57,813 orang nelayan telah mencarum untuk skim ini secara wajib dan hanya seramai 419 orang nelayan telah beroleh manfaat dengan melibatkan jumlah pampasan bernilai RM2.54 juta (lampiran 12). Walau bagainmanapun, nelayan-nelayan sering mengadu dan mendakwa tuntutan kepada manfaat yang disenaraikan adalah sukar untuk diperolehi. Pelbagai alasan dan karenah birokrasi yang terpaksa dihadapi oleh nelayan pantai dalam membuat tuntutan hak mereka. Syarikat insurans dilihat lepas tangan dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Pada tahun 2015, syarikat insurans telah membuat keuntungan sebanyak kira-kira RM3.2 juta dari nelayan-nelayan. Selain itu, kepupusan sumber perikanan yang diakibatkan oleh tangkapan berlebihan pukat tunda menyebabkan kadar kemiskinan nelayan pantai pada tahap ketiga tertinggi, selepas penanam padi dan petani-petani lain. Keadaan bertambah buruk dengan kos operasi yang tinggi dan pulangan pendapatan yang tidak menentu seperti faktor harga ikan dan sebagainya. Nelayan-nelayan ini sentiasa hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Persoalan timbul kenapa golongan nelayan masih berada di takuk kemiskinan tetapi jika kita lihat harga ikan di pasaran amat tinggi. SAM dan JARING mendapati fungsi peraih yang merupakan orang tengah yang bertindak dalam rantaian pemasaran hasil-hasil nelayan menguasai sistem pemasaran hasil tangkapan nelayan walaupun kerajaan menyediakan program khidmat sokongan pemasaran seperti pasar nelayan.

Apa yang kerap terjadi, orang tengah atau peraih mempunyai kawalan penuh terhadap pasaran ikan baik dari aspek menetapkan harga mahupun jualan secara borong yang memberi implikasi secara langsung kepada kadar pendapatan para nelayan. Sistem harga ini amat merugikan nelayan.

Menurut nelayan, terdapat juga peraih yang mengambil kesempatan di atas kedaifan mereka dengan menurunkan harga pasaran ikan borong dengan sewenang-wenangnya supaya menjamin mereka mendapat keuntungan berlipat ganda. Kewujudan keadaan ini tidak akan memberi kesan kepada pulangan pendapatan nelayan walaupun hasil tangkapan

Page 10: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

9

bertambah. Justeru itulah wujudnya kaum nelayan semakin miskin ditelan arus masa dan orang tengah semakin kaya.

9. Kemerosotan ekosistem laut dan pantai dan pembangunan pinggir pantai

Kemerosotan ekosistem pantai dan laut sangat mengancam produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh ekosistem ini. Terumbu karang, hutan paya bakau, rumpai laut diancam oleh kegiatan manusia khususnya pembangunan pinggir pantai, pencemaran dan pelancongan. Bermula dari penambakan laut untuk pembangunan hartanah, sektor pelancongan, pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dari kilang yang merosakkan pesisiran pantai sehinggalah tumpahan minyak di tengah lautan mampu memusnahkan hidupan laut di sepanjang pesisiran pantai negara. Pencemaran yang berpunca dari kawasan daratan menyumbang kepada kebanyakan pencemaran pesisir pantai dan muara sungai di Malaysia. Pencemaran dari darat menyumbang kepada lebih 77% daripada pencemaran marin. Pada kebiasaannya sumber-sumber pencemaran air pesisiran pantai dan muara sungai yang terletak di daratan adalah aktiviti-aktiviti industri, pembangunan bandar, kerja-kerja pembinaan, aktiviti perlombongan, kegiatan pertanian dan akuakultur yang tidak terhad dan tidak terkawal, aktiviti pelancongan/rekreasi dan pembalakan. Kebanyakan bahan-bahan cemar dari daratan disalirkan ke dalam air pesisiran pantai dan muara sungai melalui laluan air (sungai, terusan, muara sungai). Penambakan laut juga merupakan antara kegiatan utama yang merosakkan kawasan pantai. Selain daripada memusnahkan ekologi zon litoral perikanan, ianya juga telah menyumbang kepada pencemaran air melalui kegiatan menyedut lumpur dan pasir di permukaan dasar laut dan melalui kegiatan penambakan tanah. Kita sedia maklum bahawa peranan hutan paya bakau sebagai pusat pembiakan hidupan marin antara lain tiga perempat (¾) daripada jenis ikan-ikan komersial. Setiap ekar hutan paya laut yang musnah akan menyebabkan kehilangan 304.2 kg hasil laut pertahun. Bagi kawasan terumbu karang pula, 23% kawasan batu karang Malaysia berada dalam keadaan sangat terancam (Reefs at Risk in Southeast Asia, WRI, 2002) manakala rumput laut (seagrass) hanya tinggal di 81 kawasan terpencil dikawasan seluas 295.5 ha di pantai barat dan timur Semenanjung Malaysia (Japar Sidik Bujang, 2007) SAM dan JARING juga mendapati pembangunan pinggir pantai yang berleluasa seperti pembangunan sektor perumahan, pelancongan, tempat-tempat penginapan seperti hotel, motel dan resort sebilangan besar telah menghampiri pantai dan dibina di atas permukaan laut itu sendiri. Air kumbahan daripada tempat kediaman tersebut telah disalurkan terus ke laut yang menyumbang kepada pencemaran. Perlombongan pasir serta mineral, pembinaan kawasan industri-industri berat, perkapalan, hub hidrokarbon, projek petrokimia dan sebagainya mengundang kepada kemusnahan kawasan hutan bakau, pesisiran pantai dan mengancam ekosistem marin keseluruhannya. Cadangan dan Gesaan Berikutan permasalahan dan situasi seperti yang dinyatakan di atas kian mengancam alam sekitar, masyarakat khususnya nelayan pantai, satu rangka kerja yang menyeluruh, adil dan teliti perlu dirancang dan diambil tindakan secara bersepadu. Semua pihak perlu mengamalkan sikap yang lebih telus dan terbuka, mengiktiraf penglibatan dan penyertaan

Page 11: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

10

masyarakat yang bermakna dalam proses membuat polisi dan dasar yang melibatkan nelayan serta memastikan keadilan terhadap alam sekitar terutamanya ekosistem marin. Bagi mengatasi isu-isu yang disenaraikan, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan JARING mengemukakan cadangan-cadangan berikut: 1. Pengurusan dan penguatkuasaan (polisi dan perundangan)

Mengkaji semula Dasar Agro-Makanan Negara (dasar perikanan) dan kesannya ke atas nelayan pantai dan ekosistem marin.

Kajian Stok menyeluruh stok ikan di pengairan negara harus dilakukan bagi memberi gambaran sebenar populasi dan stok perikanan negara.

Kerajaan juga harus mewujudkan dasar-dasar yang mesra kepada perikanan pantai kerana perikanan pantai merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran ikan negara berbanding perikanan laut dalam.

Membentuk undang-undang yang lebih tegas dan mengenakan denda yang lebih berat ke atas mereka yang bersalah.

Meningkatkan pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menangani isu dengan tegas dan serius.

Kerjasama yang menyeluruh antara agensi yang terlibat (Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim dan lain-lain) dalam menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan di perairan negara.

Penyelarasan kerja yang lebih cekap dan berkesan perlu dilaksanakan antara semua agensi yang berkaitan secara bersepadu.

Memantau dengan lebih ketat serta tindakan yang lebih tegas diambil terhadap aktiviti dan pencerobohan oleh nelayan asing.

Penguatkuasaan yang tegas dan berkala perlu dilakukan di jeti-jeti nelayan bagi memastikan tiada alat tangkap haram, tidak mengikut spesifikasi dan yang merosakkan sumber perikanan digunakan.

2. Pengharaman pukat tunda

Mengharamkan dengan serta merta kaedah tangkapan ikan yang menggunakan pukat tunda untuk menyelamatkan sumber-sumber dan kawasan pembiakan ikan seperti Hong Kong, Venezuela, Palau, Belize, Japan dan Indonesia.

Meningkatkan penguatkuasaan terhadap pencerobohan pukat tunda.

Mengenakan sejumlah denda kepada pukat tunda yang mendaratkan ikan baja.

Menghapuskan insentif RM 0.10 sen perkilo bagi pendaratan pukat tunda.

Mengkaji semula pemberian subsidi dan sebarang insentif kepada pengusaha bot pukat tunda yang menceroboh kawasan nelayan pantai.

Memperkenalkan garis panduan tentang rekabentuk pukat yang mungkin menyebabkan kemusnahan sumber marin. Ia bertujuan mengelakkan nelayan mengubahsuai peralatan dan saiz mata pukat sewenang-wenangnya.

Merampas dan menghapuskan alat tangkap atau pukat–pukat yang terlarang/haram/tidak berlesen.

3. Memelihara ekosistem marin, spesis terancam dan kawasan pembiakan bagi sumber perikanan

Melaksanakan program pemuliharaan untuk melindungi dan memulihkan hutan bakau, terumbu karang dan lain-lain kawasan pembiakan ikan.

Mengharamkan kegiatan penangkapan ikan ketika tempoh mengawan di kawasan pembiakan.

Page 12: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

11

Memulihara dan membiakkan semula semua spesies ikan laut yang sedang menghadapi ancaman kepupusan.

Melaksanakan program pemuliharaan untuk melindungi dan memulihkan hutan bakau, terumbu karang dan lain-lain kawasan pembiakan ikan.

Mengadakan program-program kesedaran dengan kerjasama NGO, mengadakan ‘roadshow’ untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan nelayan tentang undang-undang dan peraturan yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber marin.

4. Akuakultur

Menghentikan promosi akuakultur kerana ianya kurang efisien, memusnahkan sumber perikanan dan secara tidak langsung meningkatkan penangkapan ikan baja.

Mengharamkan penggunaan ikan baja sebagai makanan untuk ternakan akuakultur.

Pengharaman penebusgunaan kawasan hutan paya bakau untuk projek akuakultur dan tidak membenarkan sebarang aktiviti akuakultur di kawasan hutan paya laut, pesisir pantai dan rizab sungai.

5. Kaji Semula Zon 0-1 batu nautika

Mengkaji semula kawasan 0-1 batu nautika bagi membolehkan aktiviti nelayan pantai dijalankan memandangkan kawasan ini menjadi tempat mencari rezeki oleh nelayan pantai sejak turun temurun lagi. Oleh itu, sewajarnya mereka diberi hak menjalankan aktiviti tangkapan berpandukan kepada peraturan di bawah Akta Perikanan 1985.

Pihak perikanan perlu senaraikan alat tangkap yang dibenarkan dan dilarang bagi zon ini dengan mendapat persetujuan dari komuniti nelayan.

6. Mengeluarkan lesen kepada nelayan pantai dengan syarat yang ketat

Mengkaji semula dasar yang membekukan pengeluaran lesen kepada nelayan pantai. Lesen perlu diberikan kepada nelayan-nelayan pantai yang sememangnya mencari pendapatan dengan menangkap ikan bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan dengan cara yang sah.

Mengeluarkan pass atau permit untuk menangkap ikan dengan sokongan komuniti nelayan setempat kepada nelayan pantai yang tidak mempunyai lesen. Tanpa memberi apa-apa subsidi atau insentif kepada meraka.

7. Penglibatan masyarakat setempat

Pengupayaan masyarakat dalam usaha pemeliharaan marin dilihat sebagai satu langkah terbaik dalam meningkatkan sumber perikanan negara.

Setiap cadangan projek-projek pembangunan fizikal di pinggir pantai dan laut yang akan dilaksanakan perlu mendapat maklum balas dan penglibatan daripada nelayan sepenuhnya.

Sebarang usaha ke arah pembangunan/kebajikan nelayan yang dijalankan hendaklah mendapat maklum balas dan penglibatan nelayan sepenuhnya supaya mereka tidak tertindas oleh pihak-pihak tertentu.

Page 13: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

12

Kesimpulan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Pesatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) mengharapkan agar pihak Kementerian, Jabatan dan agensi-agensi berkenaan memandang serius isu-isu yang telah dikemukakan supaya polisi yang dibuat menguntungkan semua pihak. Sistem yang sedia ada dapat diperbaiki untuk menjaga kesejahteraan masyarakat nelayan dan ekosistem marin. Penggunaan pukat tunda perlu dihentikan segera di mana pukat ini telah mencetuskan pelbagai masalah iaitu kekurangan sumber, lambakan ikan baja, pencerobohan dan konfilk dengan nelayan pantai. Diharap memorandum ini dapat memperbaiki ruang kelemahan yang selama ini wujud di agensi dan jabatan yang terlibat berhubung dengan perikanan. Disamping itu juga, SAM dan JARING mengharapkan agar melalui memorandum ini kelestarian sumber perikanan dapat dipulihkan.

Page 14: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 1 : Jadual polisi 50 : 50

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia https://www.dof.gov.my/index.php/pages/view/2443

Page 15: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 2 : Pendaratan Ikan Marin Dan Ikan Baja Tahun 1955-2015

PENDARATAN IKAN MARIN DAN IKAN BAJA TAHUN 1955-2015

TAHUN PENDARATAN IKAN (tan metric)

IKAN BAJA (tan metric)

PERATUS IKAN BAJA (%)

1955 111,173 5,560 5.0%

1956 112,860 5,643 5.0%

1957 112,637 5,632 5.0%

1958 113,898 17,532 15.4%

1959 120,520 19,115 15.9%

1960 141,700 23,644 16.7%

1961 153,061 28,241 18.5%

1962 172,930 28,678 16.6%

1963 186,574 28,713 15.4%

1964 195,232 29,957 15.3%

1965 201,551 32,440 16.1%

1966 240,393 36,528 15.2%

1967 306,686 47,503 15.5%

1968 344,913 54,387 15.8%

1969 302,606 47,781 15.8%

1970 299,005 56,506 18.9%

1971 323,061 75,166 23.3%

1972 311,108 80,381 25.8%

1973 371,230 113,908 30.7%

1974 439,574 146,567 33.3%

1975 375,235 125,144 33.4%

1976 410,968 127,481 31.0%

1977 497,952 154,995 31.1%

1978 564,898 146,561 25.9%

1979 570,905 150,454 26.4%

1980 623,898 143,115 22.9%

1981 649,315 155,083 23.9%

1982 567,323 137,561 24.2%

1983 609,056 139,699 22.9%

1984 481,640 106,249 22.1%

1985 462,861 112,430 24.3%

1986 446,376 128,618 28.8%

1987 740,565 216,780 29.3%

1988 694,449 194,780 28.0%

1989 746,884 257,439 34.5%

1990 819,903 302,630 36.9%

1991 709,587 247,686 34.9%

1992 767,532 249,293 32.5%

1993 791,618 269,920 34.1%

1994 758,079 269,546 34.3%

Page 16: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

1995 819,464 275,539 33.6%

1996 807,657 260,033 32.2%

1997 837,574 250,160 29.9%

1998 901,933 293,548 32.5%

1999 903,282 273,274 30.3%

2000 933,893 294,825 31.6%

2001 1,231,289 - -

2002 1,272,078 - -

2003 1,283,256 - -

2004 1,331,645 - -

2005 1,209601 - -

2006 1,371,733 321,916 23.4%

2007 1,381,424 303,453 21.9%

2008 1,394,531 269,710 19.3%

2009 1,393,226 241,590 17.3%

2010 1,428,881 307,439 21.52

2011 261,669 19.06

2012 268,886 18.26

2013 1,482,900 260,662 17.58

2014 1,458,128 261,352 17.92

2015 1,486,052 255,000 17.16

SUMBER:Disusun semula dari Perangkaan Tahunan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Pelbagai Tahun

Page 17: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 3 : Population Declines In Large Fish Stocks On Fished Reefs In Sabah Lampiran 4 : Senarai Spesies Ikan Yang Semakin Pupus

POPULATION DECLINES IN LARGE FISH STOCKS ON FISHED REEFS IN SABAH

COMMON NAME % DECLINE IN POPULATION

Peacock grouper 97.09%

Coral grouper 99.5%

Camouflage grouper 99.25%

Leopard grouper 97.26%

Saddleback grouper

Squaretail coral trout

Longnose emperor 100%

Black snapper 97.5%

Midnight snapper

Sweetlips 92.39%

Big eye emperor 95.63%

Red bass 98.09%

Humphead wrasse 99.91%

Yellowmargin/pink face triggerfish 100%

Titan triggerfish 99.69% SOURCE: JABATAN PERIKANAN SABAH

SENARAI SPESIES IKAN YANG SEMAKIN PUPUS (kajian lapangan, maklumat daripada nelayan)

Yu parang Yu lentang Yu kenien Yu pulas Yu cicak Yu tok ke Yu momok Yu mata putih Yu jerung Yu burung Bagok Pelotan Seludu Mayong Otek Selumbu Temokong Semilang Semilang karang Duri misaim Duri kokak Duri pedukang Duri goh Duri tahi ayam

Ikan puput kuning Tenggiri bunga Tenggiri pipis Parang Gerut-gerut putih Gerut-gerut kuning Rambai cermin Kang kuit Pelata bulat Pelata bali Pelata sela Sengangin bui Senangin Kurau Senohong Cencaru Kerapu bara Kerapu ekor gelap Kerapu bintik jingga Kerapu lumpur Kerapu bebeh Haruan tasik Kunyit-kunyit Pinang-pinang

Kacang-kacang Tebal bibir Kerepoh Bawal putih Bawal hitam Pelandok Selampai Mengkeroi Nandong Kekek besar Ikan sebelah Pari Kerisi Sotong katak Jenahak Udang lipan

SUMBER: Kajian Lapangan bersama nelayan pantai

Page 18: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 5 : Pendaratan ikan marin dan ikan baja bagi tahun 2005 - 2015

Lampiran 6

Anggaran pendapatan negara jika nelayan pukat tunda dan pukat yang merosakkan

sumber tidak mengambil ikan baja dan anak-anak ikan sehingga tempoh matang

Tan Metrik Kilogram(KG) Nilai (RM)

Anggaran jumlah

pendaratan ikan baja bagi

tahun 2015

210,000 210,000,000

Anggaran dalam 1kg ikan

baja mempunyai 92 ekor

ikan, maka apabila ikan

tersebut menjadi saiz

matang ianya dianggarkan

menjadi 12 kg

210,000,000 x 12 kg

=

2,520,000,000 kg ikan

bersaiz matang

Anggaran nilai dengan

mengambil purata harga

ikan adalah Rm 8.00

2,520,000,000 x

RM 8.00

= 20,160,000,000

PENDARATAN IKAN BAJA OLEH PUKAT TUNDA TAHUN 2005-2015

TAHUN PENDARATAN IKAN (tan metric)

IKAN BAJA (tan metric)

PERATUS IKAN BAJA (%)

2005 640,000 260,000 40.63

2006 749,465 321,916 42.95

2007 741,725 303,453 40.91

2008 705,644 269,710 38.22

2009 703,816 241,590 34.33

2010 718,168 254,011 35.37

2011 661,751 220,000 33.25

2012 706,080 225,000 31.87

2013 659,308 220,000 33.37

2014 685,496 225,000 32.82

2015 655,507 210,000 32.04 SUMBER:Disusun semula dari Perangkaan Tahunan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Pelbagai Tahun

Page 19: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 7 : Pendaratan pukat tunda mengikut spesies utama, 2015

Sumber : Perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia

Page 20: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 8 : Peta Kawasan Kuala Kurau, Gambaran kompenen Pukat Apollo & cara operasi Pukat Apollo

Page 21: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Sumber : FRI

Cara Operasi Pukat Apollo

‘Tali Jepun’ yang digunakan oleh pukat Apollo

Page 22: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 9 : Kawasan Operasi Pukat Rawa Sorong di Perak,

Lampiran 10 : Penzonan Semula Kawasan Penangkapan Ikan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Page 23: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 11 : Manfaat perlindungan di Bawah Skim Insurans Nelayan

Sumber : Laporan Tahunan LKIM 2015

Page 24: MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN …

Lampiran 12: Bilangan Nelayan Yang Diinsuranskan Dan Menerima Faedah Mengikut Negeri

Sumber : Laporan Tahunan LKIM 2015