berita perikanan bil 83 dis 2012

28
 Disember 2012 Berita Perikanan 1  Bil. 83 (Disember 2012) • (PERCUMA) Kaedah Mengawal Serangan Lintah Laut Terhadap Ikan Kerapu Makmal Kultur Tisu Tumbuhan  Akuatik Komersia l Dibina Siput Manis (Babylonia areolata) Berjaya Dibiak, Diasuh Dalam  Hatceri Keunikan Panau Untuk  Tangkap Bawal  Melalui Inovasi Generasi Muda   Mentransf or masikan P ertanian

Upload: kazar-abdul

Post on 06-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Wadah mengenai teknologi perikanan di Malaysia dan rantau asia.

TRANSCRIPT

  • Disember 2012 Berita Perikanan 1

    Bil. 83 (Disember 2012) (PERCUMA)

    KaedahMengawalSeranganLintahLautTerhadapIkanKerapu

    MakmalKulturTisuTumbuhanAkuatikKomersialDibina

    SiputManis(Babyloniaareolata)BerjayaDibiak,DiasuhDalam

    Hatceri KeunikanPanauUntuk TangkapBawal

    Melalui Inovasi

    Generasi Muda Mentransformasikan Pertanian

  • 2 Berita Perikanan Disember 2012

    Isi Kandungan Perutusan

    EditorialPenasihatHj. Ahmad Azahari Ahmad

    Ketua EditorialZaki Haji Mokri

    Sidang RedaksiPengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd Fakhrudin Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz Pengembangan : Kasim Tawe Akuakultur : Azura Markus Biosekuriti : Norashikin Daliyana & Hamidon Ahmad Pelesenan & PS : Mohamad Hafiz Mushidi Shakori Perlindungan Sumber : Wan Nurul Shuhada Wan IbrahimPembangunan & PKT : Azimah Jumatli Kejuruteraan : Sumawati Amad Bugis Sumber Manusia : Zam Zam SarifanPenyelidikan : Nor Hadzirah Ramli DPPSPM : Wahidah Mohd ArshaadInst. Perikanan Malaysia : Mohd Faizal Mat Ahan

    KorespondenKedah: Anuar Omar, Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau Pinang: Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah Salehhuddin, Selangor: Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh, Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman, Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman, Kelantan: Wan Azman Mamat, Labuan: Nazrul Azman Mat Rahim, Sarawak: Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin

    JurufotoNor Yubas Sahari Yaacob, Abdul Razak Mohamad

    EdaranAbdul Razak Mat Aini

    Reka Bentuk dan PercetakanSasyaz Holdings Sdn. Bhd. (219275-V)

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

    Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

    Pembaca yang dihormati sekalian,Malaysia sebagai salah sebuah negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah menandatangani dua perjanjian penting iaitu Perjanjian Halangan-halangan Teknikal kepada Perdagangan (Technical Barriers to Trade (TBT) Agreement) dan Perjanjian (Sanitary and Phytosanitary (SPS) Agreement) yang merangkumi peraturan teknikal, standard, pematuhan serta peraturan bagi melindungi kesihatan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan termasuk keselamatan makanan dalam urusan perdagangan. Selain itu, Malaysia juga menganggotai Pertubuhan Antarabangsa Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang telah menetapkan standard kesihatan haiwan termasuk ikan untuk dilaksanakan di dalam negara anggota bagi mencegah dan mengawal kejadian penyakit haiwan yang boleh mengakibatkan kerugian ekonomi serta kehilangan biodiversiti.

    Pergerakan atau perdagangan ikan hidup antarabangsa telah menjadi salah satu sebab berlakunya penyebaran penyakit ikan dari satu kawasan ke kawasan lain. Aktiviti pengimportan ikan hiasan, benih ikan dan benih udang ke Malaysia telah membawa masuk pelbagai patogen baharu seperti Koi herpes virus (KHV), Spring viraemia of carp virus (SVC), Epizootic ulcerative syndrome (EUS), Red sea bream iridoviral disease (RSIV) dan penyakit-penyakit udang seperti White spot syndrome virus (WSSV) dan lain-lain.

    Penyakit ini boleh menyebabkan kerugian yang besar akibat kematian ikan dan penolakan pasaran yang membawa kepada pengurangan produktiviti akuatik. Oleh itu, pencegahan penyakit di peringkat ladang adalah kunci utama bagi menjamin stok yang sihat dan mencegah penyebaran patogen yang serius di peringkat negara dan serantau. Pengusaha hendaklah mengguna pakai prosedur langkah-langkah biosekuriti yang sesuai untuk mengawal dan memusnahkan penyakit.

    Pembaca yang dihormati sekalian,Maka, di sinilah pentingnya penerapan aspek kreativiti di kalangan kakitangan dan juga warga negara bagi menghasilkan inovasi yang boleh mengatasi pelbagai masalah yang timbul termasuk pengawalan penyakit ikan. Justeru, Jabatan Perikanan telah berjaya menemui beberapa kaedah melalui kajian bagi mengatasi masalah penyakit ikan seperti penggunaan ekstrak daun sirih sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat seperti mana yang dijayakan oleh kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tg. Demong, Besut, Terengganu.

    Terbaharu, pegawai penyelidik, Puan Kua Beng Chu dari NaFisH telah menghasilkan inovasi yang bertajuk Break & Protect bagi menangani masalah serangan lintah laut (Zeylanicobdella arugamensis) terhadap ikan kerapu. Walau pun inovasi ini hanya memerlukan kos yang murah, namun impaknya besar kerana mampu mengelak kerugian kepada penternak ikan yang disebabkan oleh serangan lintah laut.

    Sukacita saya ingin mengucapkan tahniah kepada kakitangan dan peserta yang telah berjaya mencipta pelbagai inovasi dalam bidang perikanan terutama kepada pemenang sempena Hari Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia yang diadakan pada November lalu yang bertemakan Sains dan Inovasi Pemaju Transformasi. Adalah diharapkan supaya lebih banyak lagi inovasi dalam pelbagai subbidang perikanan dapat dihasilkan oleh kakitangan yang boleh diguna pakai oleh kumpulan sasar dan sekali gus dapat meningkatkan daya saing di peringkat global.

    Sekian, wassalam.

    (DATO AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)Ketua Pengarah Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya

    23

    4 & 56

    6789

    9

    10101111

    121213

    14,15,16,1718

    19

    2021

    222324

    25 & 2626

    272828

    PerutusanGenerasi Muda Mentransformasikan Pertanian Melalui InovasiPeruntukan RM8 Juta Untuk Kluster Rumpai Laut Perikanan Laut Dalam Menyumbang Transformasi Ekonomi NegaraNelayan, Penternak Sarawak Terima BantuanKeunikan Panau Untuk Tangkap BawalPusat Udang Galah Akan Ditubuhkan Di SarawakSediakan Jaket Keselamatan, Jangan Darat IkanDi Negara JiranPengusaha Akuakultur, Kakitangan Ikuti Bengkel Asas Penyakit IkanIPM Dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2008Pelatih IPM Curah Bakti Pada Masyarakat NelayanKakitangan, Pelatih IPM Derma DarahDari Akhbar: Pencemaran - 10 Lot Kebun Kerang Sungai Buloh TerjejasKembara Bersama Media DUN Sungai LinggiPembetulanKaedah Mengawal Serangan Lintah Laut Terhadap Ikan KerapuLensa PerikananMakmal Kultur Tisu Tumbuhan Akuatik Komersial DibinaAncaman Penyakit EMS Terhadap Udang Putih (P. Vannamei)Superworm Makanan Mahal ArowanaSiput Manis (Babylonia areolata) Berjaya Dibiak, Diasuh Dalam HatceriPesara Ceburi Bidang AkuakulturAzam Chamnat Mahu Jadikan Keli Disukai RamaiPerusahaan Ikan Kering SeriNelayan Empangan BekokProgram Pemeriksaan, Permohonan Lesen Sampan KhasUji Minda Anda!! - Teka Silang KataKartun - Ikan Oh! IkanResipi Pilihan Sup Tiram Herba & Sambal Tiram

  • Disember 2012 Berita Perikanan 3

    Oleh: CawanganKomunikasi IbuPejabatPerikanan,Putrajaya

    Generasi Muda

    YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan Anugerah Perdana Menteri kepada Encik Mohd Zakiron Zahid sempena sambutan MAHA International dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2012.

    YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, menyampaikan Anugerah Usahawan Ikan Jaya kepada Encik Hanim Bin Hj. Raduan.

    YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia memberi penerangan kepada pengunjung pameran rangka ikan paus terbesar.

    Serdang, Selangor: Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dari 23 November hingga 2 Disember 2012 di MAEPS. Pameran yang dirasmikan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia ini bertemakan Transformasi Pertanian Melalui Inovasi dan telah disertai oleh 2,240 syarikat tempatan dan antarabangsa dari 25 buah negara termasuk rantau Eropah, Amerika Latin, Asia dan Australia. Pameran berkenaan telah dikunjungi seramai 3.5 juta orang dan mencatatkan transaksi jualan sebanyak RM24.12 juta serta unjuran padanan perniagaan hampir RM158 juta. Pada MAHA 2010, seramai 2.66 juta orang telah mengunjunginya serta mencatatkan transaksi jualan dan padanan perniagaan masing-masing sebanyak RM23.58 juta dan RM152.26 juta.

    YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian berkata, bagi membolehkan proses pembangunan semula pertanian, kerajaan perlu menyediakan pelapis di kalangan generasi muda untuk meneruskan kelangsungan dalam bidang berkenaan memandangkan ia berpotensi besar untuk dimajukan dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.

    Tema Transformasi Pertanian Melalui Inovasi dipilih sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi dan inovasi agar terus berdaya saing dan signifikan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh, aktiviti penternakan ikan kelah iaitu sejenis ikan air tawar yang juga dikenali sebagai empurau di Sarawak, mampu menjana pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Ini adalah kerana harga seekor ikan berkenaan seberat tiga kilogram boleh mencecah antara RM2,800 hingga RM3,000. Untuk tujuan ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan tersebut. Selain itu, sebuah syarikat Amerika Syarikat berminat untuk melabur bagi melaksanakan Projek Akuakultur Udang Karang Bersepadu di Semporna, Sabah.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap golongan peladang, penternak dan nelayan dapat mencontohi kejayaan penerima Anugerah Perdana Menteri seperti Encik Mohd Zakiron Zahid dari Kelantan yang menjadi pengusaha kilang padi dan mengusahakan projek pertanian dan bukan pertanian yang memberikan hasil pendapatan melebihi RM10 juta pada tahun lepas.

    Katanya, sementara itu Abdul Kadir Ibrahim dari Pahang yang menggunakan pinjaman untuk membeli bot pertama dengan harga RM70,000, kini memiliki tiga buah bot yang bernilai RM1 juta. Beliau kini berjaya memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Datuk Seri Noh Hj. Omar pula berkata, sesuai

    dengan temanya, MAHA tahun ini telah berjaya mengetengahkan konsep pameran teknologi dan inovasi yang merangkumi pembaharuan sepanjang rantaian nilai from farm to tabledalam bidang pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani. Sehingga kini, lebih RM7.5 bilion nilai tambah dihasilkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian.

    Beliau berkata, golongan muda mampu mengaplikasikan bidang pertanian melalui penggunaan teknologi canggih dan moden yang boleh dipelajari menerusi sistem pendidikan dan latihan. Bidang ini mampu menarik golongan muda kerana pendapatan daripada sektor ini adalah jauh lebih besar sekiranya teknologi dan inovasi yang mudah dan efisien diguna pakai.

    Justeru kita mahukan lebih ramai belia, generasi muda dan mahasiswa menjayakan sektor pertanian, contohnya penubuhan MyAgrosis adalah antara usaha melah i rkan leb ih ramai mahasiswa dalam pertanian moden, katanya.

    Sebagai langkah untuk membantu usahawan pertanian baharu, kita bercadang untuk menaikkan pinjaman mikro kredit yang diberikan di bawah TEKUN dan Agrobank dari RM50,000 ke RM100,000, katanya.

    PertanianMelalui Inovasi

    Mentransformasikan

  • 4 Berita Perikanan Disember 2012

    Oleh: CawanganKomunikasi IbuPejabatPerikanan,Putrajaya

    Semporna, Sabah: Majlis Pelancaran Mini MAHA Daerah Semporna & Projek NKEA-EPP3 Kluster Rumpai Laut Sabah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada November lalu. Dalam ucapannya beliau berkata, dalam usaha untuk membangunkan industri rumpai laut secara berskala besar dan komersial, Kementeriannya telah menaik taraf kelompok penanam rumpai laut berskala kecil sedia ada dengan memperkenalkan kaedah secara kluster. Melalui kaedah kluster, infrastruktur

    Peruntukan RM8 Juta Untuk Kluster Rumpai Laut

    Pengusaha rumpai laut secara tradisional ini akan berubah setelah mengusahakannya secara kluster.

    YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Mini MAHA Daerah Semporna & Projek NKEA-EPP3 Kluster Rumpai Laut Sabah di Semporna.

    Encik Ab Rosdy Sairuna, Pengerusi Masyarakat Bajau Laut (PELAHU) Lahat Datu Berhad. menerima buku Manual Pengkulturan Rumpai Laut.

    utama seperti kompleks pelantar bersepadu yang mengandungi ruang pengeringan, penyimpanan dan peralatan sokongan disediakan bagi menyediakan suasana kerja yang lebih kondusif serta selamat.

    Projek ini memberi keutamaan kepada penduduk bagi meningkatkan pendapatan melalui pemindahan teknologi dan pemodenan industri. Kerajaan melalui Agrobank turut menyediakan dana sejumlah RM5 juta untuk dipinjamkan kepada penanam-penanam rumpai laut di negeri Sabah.

    Pada tahun 2012, sebanyak empat buah kluster rumpai laut sedang dibangunkan di daerah Semporna dan Tawau yang melibatkan seramai 170 orang peserta dengan kos peruntukan sebanyak RM8.3 juta. Setiap peserta kluster dijangka mampu menghasilkan sejumlah empat tan metrik rumpai laut kering setahun bernilai RM12,000.

    Pengeluaran rumpai laut diunjurkan meningkat kepada 900,000 tan metrik dan nilai eksport rumpai laut dalam bentuk kering dan karagenan dijangka mencecah RM1.4 bilion pada tahun 2020. Australia, Kanada dan Jepun merupakan negara pengimport utama rumpai laut kering. Pada masa ini, sekitar 85% pengeluaran dunia disumbangkan oleh

  • Disember 2012 Berita Perikanan 5

    negara BIM-EAGA yang melibatkan negara Indonesia, Filipina dan Malaysia.

    Bagi membangunkan Industri huluan dan hiliran rumpai laut dengan lebih sistematik dan terancang, Jabatan Perikanan Malaysia telah berjaya menerbitkan Manual Pengkulturan Rumpai Laut untuk diamalkan di peringkat ladang hingga ke peringkat pemprosesan. Jabatan Perikanan juga telah berjaya membangunkan Piawaian Rumpai Laut MS 2467:2012 yang merupakan panduan kepada penanam dan pengilang rumpai laut bagi meningkatkan pendapatan, kualiti dan produktiviti.

    Salah sebuah kluster rumpai laut yang terlibat dalam program ini ialah Koperasi Masyarakat Bajau Laut (PELAHU) Lahat Datu Berhad yang dipengerusikan oleh Encik Ab Rosdy Sairuna, 43, yang mempunyai seramai 15,000 ahli. Kluster ini mengusahakan rumpai laut di Pulau Silungan, Semporna yang dibahagikan kepada 60 blok di mana setiap blok berkeluasan 1.3 ekar. Selain Pulau Silungan, rumpai laut juga diusahakan di Roach Reef dan Tubing yang

    Kluster/ Nama Syarikat

    Lokasi Projek

    Saiz Kawasan Projek (Ha)

    Bil. Peserta

    Nilai Peruntukan (RM Juta)

    Bantuan

    Look Butun Seafarm Kluster Sdn. Bhd.

    Kg. Look Butun, Semporna

    150 50 2.41 Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja pengikat benih

    Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope

    Gelam-gelam Seafarm Kluster Sdn. Bhd.

    Kg. Gelam-gelam, Semporna

    100 30 1.404 Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja pengikat benih

    Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope

    Koperasi Masyarakat Bajau Laut (PELAHU) Lahad Datu Berhad

    Pulau Silungan, Semporna 200 60 2.738

    Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja pengikat benih

    Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope

    Koperasi Bumi Asli Merotai Tawau Berhad

    Merotai/ Umas, Tawau 100 30 1.754

    Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja pengikat benih

    Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope

    Jumlah 550 170 8.306

    Selain melalui kluster, terdapat juga pengusaha yang menjalankan pengkulturan rumpai laut secara individu seperti Encik Norsin, 55, yang mengusahakannya sejak 27 tahun lalu di kawasan Gelam-gelam, Look Butun, Semporna yang menghasilkan sebanyak satu tan metrik rumpai luat kering sepusingan (dua bulan). Rumpai laut kering dijual kepada pemborong dengan harga antara RM1.80 hingga RM2.00 sekilogram.

    Encik Norsin pengusaha rumpai laut secara individu di kawasan Gelam-gelam, Look Butun, Semporna.

    YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bersama pengusaha-pengusaha kluster rumpai laut.

    Jadual: Kluster Rumpai Laut Negeri Sabah

    kini menghasilkan antara 50 hingga 70 tan metrik rumpai laut kering bernilai antara RM100,000 hingga RM140,000 sepusingan (dua bulan).

  • 6 Berita Perikanan Disember 2012

    Santubong, Sarawak: Seramai 150 nelayan dan penternak dari kawasan Parlimen Santubong, Sarawak telah menerima bantuan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Benih Ikan Melalui Program Touch Point Jabatan Perikanan Laut Sarawak yang diadakan di Pejabat Perikanan Laut Wilayah 1 Kuching pada Oktober lepas. Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong.

    Oleh: NataBakar JabatanPerikananLautSarawak

    Nelayan, Penternak Sarawak Terima Bantuan

    Projek Touch Point atau juga dikenali sebagai Projek Titik Sentuh merupakan skim di mana pihak kerajaan mengenal pasti keperluan-keperluan utama dalam sesuatu bidang yang diusahakan bagi memaksimumkan hasil pengeluaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengusaha.

    Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Dr. Wan Junaidi berkata, setiap penduduk negara ini memerlukan sekurang-kurangnya 45.5 kilogram ikan setahun. Oleh itu nelayan perlu meneroka penangkapan ikan di laut yang lebih dalam. Manakala penternak ikan juga hendaklah memanfaatkan benih dan makanan ikan yang diberikan bagi meningkatkan

    pengeluaran kerana sektor akuakultur merupakan alternatif dalam menjamin bekalan ikan negara sentiasa mencukupi.

    Saya juga berharap supaya program pelepasan benih ikan di perairan umum diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya para nelayan, katanya.

    Dalam usaha untuk memastikan pelbagai maklumat seperti dasar, status industri dan isu semasa dapat disampaikan kepada kumpulan sasar, komunikasi dua hala delivery system perlu ditingkatkan melalui sesi perjumpaan dan dialog seperti yang diadakan pada pagi tadi, katanya.

    Perikanan Laut Dalam MenyumbangTransformasi Ekonomi Negara

    Kuching, Sarawak: Menjelang tahun 2020, negara memerlukan kira-kira 500,000 tan metrik ikan daripada pendaratan vesel laut dalam. Bolehkah sasaran ini dicapai memandangkan pendaratan ikan oleh 1,522 buah vesel laut dalam yang beroperasi di zon C2 pada tahun 2011 hanyalah 289,771 tan metrik? Justeru, kegiatan mendaratkan ikan di luar negara dan pemindahan ikan dan minyak bersubsidi di tengah laut perlu dibanteras.

    Selain membanteras kegiatan yang merugikan negara itu, penerokaan kawasan dan sumber baharu sedang diusahakan oleh Jabatan Perikanan. Justeru, Jabatan Perikanan telah menjalankan survei pada tahun 2005 dan 2010 di kawasan-kawasan yang masih belum diterokai oleh nelayan. Kawasan kajian mempunyai ciri-ciri topografi yang sukar untuk kegiatan menangkap ikan tanpa kepakaran, maklumat dan peralatan yang bersesuaian. Kawasan-kawasan berkenaan mempunyai dasar berkarang, berbatu, cerun, beralun dan kedalamannya melebihi 200 meter. Sehingga kini, sumber perikanan di kawasan ini masih tersimpan dan menunggu untuk diterokai. Antara ikan pelagik laut dalam yang bernilai tinggi dan berpotensi untuk dieksploit secara komersial ialah spesies-spesies tuna, ikan merah, kerisi dan udang merah.

    Oleh: NataBakar JabatanPerikananLautSarawak

    Sehubungan i tu , Jaba tan Per ikanan mengadakan Simposium Hasil Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Dalam Perairan Sarawak dan Sabah pada Oktober lalu di Kuching, Sarawak. Simposium yang bertemakan Perikanan Laut Dalam Menyumbang Transformasi Ekonomi Negara ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Sarawak.

    Bel iau menyarankan kepada nelayan, pengusaha laut dalam, pelabur dan bakal pelabur supaya dapat mengambil peluang ini

    untuk meneroka kawasan-kawasan berkenaan bagi membangkitkan semula industri yang telah bertapak di Sarawak sejak 25 tahun lepas. Kini, bilangan vesel laut dalam yang aktif di Sarawak ialah 302 buah. Manakala potensi pengeluaran ikan pelagik di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) termasuk Sabah dan Labuan ialah sekitar 852,000 tan metrik. Sedangkan realitinya pendaratan yang direkodkan adalah hanya 533,404 tan metrik sahaja oleh semua jenis vesel.

    Kerajaan Negeri Sarawak memandang serius perkembangan yang perlahan ini kerana nilai dan jumlah pendaratannya tidak menunjukkan potensi sebenar, katanya.

    Dari segi tenaga kerja pula, hampir 90% dari 5,565 pekerja dalam industri laut dalam negeri Sarawak adalah warga negara asing di mana hanya sekitar 550 orang sahaja anak-anak tempatan, katanya.

    Justeru, saya amat berharap supaya Kolej Latihan Pertanian Negara atau NATC dapat melatih anak-anak muda tempatan dalam bidang perikanan laut dalam bagi memastikan sasaran 50% tenaga kerja dalam bidang berkenaan adalah anak-anak tempatan, katanya.

    YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, menyampaikan benih ikan.

    YB Datuk Dr. Wan Junaidi bersama tetamu-tetamu kehormat lain melepaskan benih ikan siakap di Sungai Santubong.

    YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Sarawak bersama YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood melawat pameran.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 7

    pemberat. Pemberat biasanya seberat 19 kilogram setiap satu yang merupakan beg plastik yang diisi pasir. Daun nipah diikat bersama pemberat untuk menarik perhatian ikan untuk berkumpul. Kerja mengisi pasir ke dalam beg plastik dan menyediakan daun nipah dilakukan sebelum nelayan turun ke laut.

    Sebaik saja sampai di kawasan operasi, pelampung yang diikat dengan tali akan dibuang ke laut dari bahagian sisi tengah bot. Tali yang dibuang tadi akan ditarik naik dari bahagian belakang bot untuk diikat daun nipah pada jarak sembilan meter dari pelampung. Pemberat pasir akan diikat pada hujung tali yang sama sebelum dibuang ke laut. Jarak dari unjam ke pemberat ialah antara 45 meter hingga 100 meter.

    bertindak sebagai pemburu ikan. Apabila bot panau ini menghampiri unjam (umpan) yang telah dipasang, pemerhati akan menyelam di permukaan air untuk menganggar bilangan ikan yang berkumpul di unjam. Sekiranya jumlah ikan melebihi 10 ekor, lima hingga enam penyelam lain akan terjun ke laut sambil membawa jala selam. Mereka akan memburu ikan supaya masuk ke dalam pukat. Proses ini mengambil masa kurang dari seminit. Kecekapan penggunaan panau ini banyak bergantung kepada kecekapan penyelam itu sendiri.

    Menurut nelayan panau ini, hasil tangkapan yang lumayan diperoleh di antara bulan Februari hingga Mei setiap tahun. Tangkapan utamanya adalah ikan bawal hitam.

    Panau merupakan peralatan menangkap ikan tradisional yang masih diusahakan oleh masyarakat nelayan di kawasan perairan Mukah dan Bintulu di Sarawak. Panau adalah gelaran yang diberikan untuk bot menangkap ikan yang menggunakan kaedah pemasangan umpan untuk mengumpul ikan. Setelah ikan berkumpul, jala selam digunakan untuk menangkapnya. Kebanyakan nelayan mewarisi pekerjaan ini daripada keluarga mereka secara turun-temurun.

    Operasi pukat panau ini banyak bergantung kepada kecekapan penyelam yang juga bertindak sebagai pemburu ikan. Unjam digunakan sebagai alat mengumpan ikan untuk berkumpul. Unjam ini terdiri dari pelampung, daun nipah, tali dan

    Keunikan Panau Untuk Tangkap Bawal Oleh: JabatanPerikananLautSarawak

    Penyelam memburu ikan masuk ke dalam pukat.

    Bentuk lakaran jala selam.

    Pemberat.

    Bentuk unjam atau umpan.

    Memerhati jumlah ikan di unjam.

    Bot panau.

    Jala selam yang berbentuk kon digunakan untuk menangkap ikan. Ia berukuran antara tujuh hingga lapan meter panjang dan 15 hingga 20 meter ukuran keliling di bahagian mulut. Jala selam ini dilengkapi dengan pelampung, gelang, tali kajar, isi pukat, tali penjerut dan pemberat. Isi pukat disirat menggunakan tangsi dan polietilena.

    Keunikan operasi panau ini ialah ia memerlukan kepakaran pemerhati dan penyelam yang

  • 8 Berita Perikanan Disember 2012

    Terdapat 23 buah sungai di Sarawak yang kaya dengan udang galah.

    Udang galah jantan bersaiz A (>150g seekor) atau dipanggil apek oleh penduduk tempatan.

    Udang galah bersaiz sederhana yang sarat dengan telur.

    Hasil tangkapan bubu oleh nelayan Batang Kayan, Lundu.

    Sarawak menghasilkan lebihi 25 tan metrik udang galah setahun.

    Selambau sejenis peralatan untuk menangkap udang galah dan ikan di hulu sungai.

    Bubu yang diperbuat dari kulit kayu lazimnya digunakan oleh nelayan kawasan Nyalau, Bintulu untuk menangkap udang galah.

    Oleh: InstitutPenyelidikanPerikanan(FRI)Bintawa,Sarawak

    Udang galah (Macrobrachium rosenbergii) merupakan spesies udang bersaiz besar yang boleh mencapai hampir 500 gram seekor. Malaysia merupakan pelopor utama penternakan udang galah pada awal tahun 70-an. Selain diternak, udang galah juga banyak ditangkap dari sumber asli di mana Sarawak merupakan penyumbang utama. Dianggarkan negeri-negeri Semenanjung Malaysia menyumbang sebanyak tiga tan metrik udang galah setahun. Sabah pula menghasilkan sembilan tan metrik dan Sarawak melebihi 25 tan metrik udang galah setahun. Walau bagaimanapun, banyak pendaratannya tidak direkodkan.

    Sarawak terkenal dengan udang galah kerana mempunyai jaringan sungai yang besar dan panjang. Di negeri berkenaan terdapat 23 buah sungai yang mempunyai kualiti air yang bersih dan sesuai untuk pembiakan udang galah.

    Pusat Udang Galah Akan Ditubuhkan Di Sarawak

    Para penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Jabatan Perikanan Malaysia telah menjalankan kajian di kawasan utama tangkapan udang galah di Sarawak, dan mendapati sumbernya masih lagi pada tahap mampan. Survei ini menganggarkan tahap optimum penangkapan udang galah di Sarawak adalah dalam lingkungan 50 tan metrik yang bernilai melebihi RM1 juta setahun.

    Memandangkan sumber udang galah di Sarawak masih tinggi, Jabatan Perikanan Malaysia bersama Jabatan Pertanian Sarawak bercadang untuk melaksanakan program pemuliharaan dan pengurusan sumber yang seumpama sistem tagal bagi mengekalkannya sebagai aset perikanan tangkapan dan akuakultur. Buat masa ini, penternakan udang galah di Sarawak dijalankan

    Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Induk (Broodstock Multiplying Centre, BMC) dan Pusat Pengeluaran Benih Udang Galah (Nucleus Breeding Centre, NBC) di Sarawak. Pusat-pusat ini akan berfungsi untuk membekalkan induk serta benih yang bermutu tinggi hasil penyelidikan genetik baka kepada industri akuakultur negara khususnya di Sarawak. Objektif penubuhan pusat ini adalah untuk memastikan Malaysia akan terus menerajui kepakaran dalam bidang udang galah serta bagi menjamin bekalan makanan negara.

    secara kecil-kecilan kerana faktor tanah. Tanah banyak digunakan bagi penanaman komoditi pertanian lain seperti kelapa sawit yang mana masih lagi memberi keuntungan besar kepada negara.

    Melalui penyelidikan yang dijalankan, Jabatan Perikanan Malaysia bercadang untuk menubuhkan

  • Disember 2012 Berita Perikanan 9

    Bachok, Kelantan: Program Penyerahan Jaket Keselamatan dan Bantuan Perikanan Melalui Program Touch Point Jabatan Perikanan Negeri Kelantan telah diadakan di Kompleks Perikanan Tawang, Bachok pada Oktober lepas. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia.

    Dalam ucapan perasmian, beliau berkata lebih 1,500 nelayan yang memiliki bot laut

    Selaras dengan perkembangan industri akuakultur dunia, aktiviti import dan eksport ikan hidup juga semakin meningkat. Aktiviti ini juga secara langsung turut meningkatkan berlakunya penyebaran penyakit haiwan akuatik. Senario perebakan penyakit haiwan akuatik boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha akuakultur di seluruh dunia.

    Atas kesedaran ini, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjong Demong, Terengganu telah menganjurkan Bengkel Asas Penyakit Ikan Untuk Pengusaha Akuakultur dan Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan pada 5 Disember 2012 di Institut Pengurusan Peladang Machang, Kelantan. Bengkel yang telah dihadiri lebih 100 orang peserta ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para peserta berhubung dengan penyakit yang biasa menyerang ternakan akuatik. Turut dibincangkan ialah kaedah diagnosa ikan sakit, cadangan pencegahan serta rawatan penyakit ikan. Para peserta turut diajar cara

    Sediakan Jaket Keselamatan, Jangan Darat Ikan Di Negara Jiran

    Pengusaha Akuakultur, Kakitangan Ikuti Bengkel Asas Penyakit Ikan

    YBrs. Encik Mohamad Shaupi (kanan) memakaikan jaket keselamatan kepada nelayan.

    YBrs. Encik Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan majlis.

    Pemeriksaan kehadiran virus dalam ikan ternakan menggunakan IQ Kit.

    Peserta mengikuti simulasi pemeriksaan parasit pada ikan ternakan.

    dalam diberi amaran bahawa Jabatan Perikanan akan membatalkan lesen mereka jika terus mendaratkan ikan di negara jiran.

    Sehingga kini, lebih 300 buah bot laut dalam termasuk 43 buah dari Kelantan sudah dibatalkan lesen operasi kerana sebahagian besarnya melakukan kesalahan mendaratkan ikan di negara lain, terutama Thailand, katanya.

    Dalam program berkenaan, Encik Mohamad Beliau berkata, sesetengah nelayan tidak pernah melaporkan jumlah ikan yang didaratkan sebagaimana yang disyaratkan untuk layak mendapatkan minyak subsidi. Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa memantau pergerakan nelayan ketika berada di lautan menerusi peralatan pengesanan khas dalam usaha membendung kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan nelayan terbabit. Jabatan Perikanan juga tidak akan memperbaharui lesen bot sekiranya nelayan tidak menyediakan kemudahan jaket keselamatan di atas bot mereka untuk kegunaan semasa berlaku kecemasan.

    Shaupi menyampaikan bantuan jaket keselamatan dan benih ikan kepada seramai 210 nelayan dan penternak dari Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh bagi meningkatkan pendapatan mereka.

    Encik Mohamad Shaupi berkata, kerajaan telah mengalami kerugian besar setiap tahun, apabila terpaksa me n a n g g u n g s u b s i d i m i n y a k sedangkan ikan yang ditangkap tidak didaratkan di negara ini.

    pemeriksaan parasit, isolasi dan kultur bakteria di atas plat agar. Demonstrasi kaedah mengesan virus dalam ikan ternakan menggunakan IQ Kit turut dijalankan oleh pihak FRI Tanjong Demong.

    Terdapat kaedah-kaedah rawatan yang terbukti berkesan dalam merawat penyakit ikan. Namun, langkah-langkah pencegahan penyakit ikan adalah wajar dilaksanakan dan perlu diberi keutamaan. Secara keseluruhannya, bengkel ini mencapai matlamatnya dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang yang akan dilaksanakan mengikut kategori ternakan ikan air tawar dan ternakan ikan marin.

    Oleh: ShadiahMohamad JabatanPerikananNegeriKelantan

    Oleh: WanAzmanMamat JabatanPerikananNegeriKelantan

  • 10 Berita Perikanan Disember 2012

    IPM Dianugerah PensijilanMS ISo 9001:2008

    Pelatih IPM Curah Bakti Pada Masyarakat Nelayan

    Chendering, Terengganu: Institut Perikanan Malaysia atau IPM yang merupakan institut latihan di bawah kendalian Jabatan Perikanan Malaysia telah beraya memperoleh Pensijilan MS ISO 9001:2008 setelah menepati standard pengauditan pihak SIRIM QAS untuk kategori Sistem Pengurusan Kualiti bagi penyediaan dan pengendalian latihan untuk kursus jangka pendek.

    Pada 23 Ok t obe r 2008 , I PM t e l ah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2000

    Marang, Terengganu: Aspek pendidikan sentiasa menjadi perhatian banyak pihak dan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan sebenar. Sehubungan itu, sebagai usaha menabur bakti kepada masyarakat khususnya para nelayan, Institut Perikanan Malaysia (IPM) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Khidmat Bakti Pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP) Merchang, Marang, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Abdul Khalil bin Abdul Karim.

    Seramai 30 orang pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 serta 20 kakitangan Institut Perikanan Malaysia (IPM) dan Pejabat Perikanan Negeri (PPN) Terengganu bersama-sama ahli KPEP Merchang yang merupakan nelayan sampan, terlibat dalam program tersebut. Mereka menjalankan aktiviti mencuci dan mengecat semula premis memproses keropok Kumpulan KPEP berkenaan secara gotong-royong.

    Encik Abdul Khalil berkata, di samping menabur bakti kepada masyarakat nelayan, pelatih mendapat pendedahan kepada suasana sebenar industri perikanan dan peluang-peluang yang ada. Ia juga berfungsi sebagai latihan awal supaya mereka lebih berketerampilan dan mempunyai keyakinan

    IPM komited untuk menyediakan perkhidmatan latihan yang berkesan, cekap dan berkualiti serta sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

    Gotong-royong - mencuci dan mengecat semula premis memproses keropok milik KPEP Merchang.

    Pelatih Sijil Kemahiran Malaysia bersama-sama kakitangan IPM dan PPN Terengganu bersama-sama ahli KPEP Merchang, mengadakan Program Khidmat Bakti.

    Pensijilan MS ISO 9001:2008 untuk IPM berkuat kuasa 31 Oktober 2011 hingga 22 Oktober 2014.

    Justeru, Sistem Pengurusan Kualiti yang dijalankan di IPM telah dikemaskini supaya menepat i kehendak MS ISO 9001:2008. Kerja-kerja persediaan peralihan daripada MS ISO 9001:2000 kepada MS ISO 9001:2008 yang baharu telah dimulakan pada bulan Mac 2010. Pengauditan pensijilan semula oleh pihak SIRIM QAS pada 8 hingga 9 Ogos 2011 telah merumuskan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti bagi penyediaan dan pengendalian latihan untuk kursus jangka pendek yang dijalankan di IPM adalah menepati standard MS ISO 9001:2008. Sehubungan itu IPM telah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 berkuat kuasa 31 Oktober 2011 hingga 22 Oktober 2014.

    mengenai Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam sektor awam, semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010. Sehubungan itu, pihak SIRIM QAS Shah Alam

    Oleh: NorAiniIsmail InstitutPerikananMalaysia Chendering,Terengganu

    Oleh: NorAiniIsmail InstitutPerikananMalaysia Chendering,Terengganu

    bagi skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti penyediaan dan pengenda l i an l a t i han bagi kursus jangka pendek (tidak melebihi 30 hari latihan) yang berkaitan pemprosesan, kejuruteraan, pelayaran, peralatan dan keselamatan pelaut. Walau bagaimanapun, selaras dengan peraturan MAMPU melalui Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002

    telah menetapkan bahawa semua pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 perlu beralih ke standard Pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai tahun 2010.

    diri yang tinggi sebelum memasuki alam pekerjaan. Wakil Ketua IPM, Encik Mohd Faizal Mat Ahan,

    mengharapkan program-program seperti ini dapat mendedahkan pelatih kepada tanggungjawab sosial serta memupuk modal insan generasi pelapis nelayan yang bertanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara. Pelatih-pelatih juga dapat memajukan diri mereka dalam entiti perniagaan dan keusahawanan serta memperkenalkan IPM sebagai sebuah institusi latihan unggul dalam bidang perikanan tangkapan di negara ini.

    Pengerusi KPEP Merchang, Encik Awang Omar mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 11

    Kakitangan, Pelatih IPM Derma Darah

    Pencemaran - 10 Lot Kebun Kerang Sungai Buloh Terjejas

    Chendering, Terengganu: Bagaimanakah reaksi anda apabila salah seorang ahli keluarga anda ditimpa musibah di mana doktor atau jururawat tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan hospital kekurangan bekalan darah? Memang ramai akan simpati, tetapi simpati sahaja tidak dapat membantu mahu pun meringankan kesedihan yang ditanggung keluarga pesakit.

    Atas kesedaran ini, seramai 46 orang pelatih dan kakitangan Institut Perikanan Malaysia (IPM) telah menderma darah sempena Kempen Derma

    Kuala Selangor: Pencemaran sungai tidak berkesudahan sejak lima tahun ini menyebabkan hasil 10 lot kebun kerang di perairan Sungai Buloh, Kuala Selangor terus terjejas dan didakwa menjadi punca hasil kerang mengecil serta memberi risiko keracunan kepada pengguna. Sesuatu yang pelik berlaku, setiap kali pegawai atau kakitangan agensi berkaitan datang menjalankan ujian tahap pencemaran, air bersih mengalir namun selang beberapa hari air sungai bertukar hitam dan busuk.

    Salah seorang nelayan yang terbabit ialah Encik Kahar Buntal, 60, berkata, dia mengambil inisiatif mengambil sampel air bermula Ogos lalu hingga kini sebagai bukti bahawa aduan oleh lebih 400 nelayan Bagan Sungai Buloh mengenai berlaku pencemaran adalah berasas.

    Mereka mendakwa bahawa sebelum ini purata hasil kerang mencecah RM35,000 sebulan, namun kini hanya mendapat sekitar RM15,000, dan perlu dikongsi bersama 10 pekebun dan jumlah itu belum ditolak dengan kos minyak, upah serta perbelanjaan-perbelanjaan lain.

    Difahamkan, pencemaran berkenaan pernah diajukan kepada pihak berkaitan namun hingga kini tiada perkembangan positif. Bagi Encik Mohd Ismail Ibrahim, 58, dia sudah putus asa dengan sikap pihak berkenaan yang memandang ringan pencemaran itu dengan hanya berbincang tentang isu itu tanpa menyelesaikannya.

    Darah anjuran bersama dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada 27 September lalu. Selain untuk membantu hospital berkenaan menangani masalah kekurangan bekalan darah, kempen ini dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan kakitangan dan pelatih dalam membantu masyarakat umum sekali gus dapat melahirkan pelatih dan kakitangan yang prihatin kepada hasrat kerajaan. Penderma juga memperoleh informasi berguna mengenai

    Oleh: NorAiniIsmail InstitutPerikananMalaysia Chendering,Terengganu

    penjagaan kesihatan di samping mendapat keistimewaan tertentu dari pihak hospital. Dari sudut kesihatan pula badan penderma

    darah mampu merangsang penghasilan lebih banyak sel darah baharu yang akan

    meningkatkan taraf kesihatan mereka.Pihak IPM berharap agar kempen in i

    dapat diteruskan pada masa hadapan dengan mengadakan promosi yang lebih meluas yang akan turut melibatkan kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, MFRDMD dan LKIM.

    Sementara itu, Encik Jamaludin Mohd Isa, 43, berkata, dia adalah antara pekebun kerang yang terpaksa gulung tikar setelah hasil berkekurangan gara-gara pencemaran. Mereka terpaksa mengeluarkan modal hampir RM100,000 untuk mengusahakan kebun kerang. Namun ia habis begitu sahaja apabila usaha berkenaan tidak menjadi dan terpaksa menanggung hutang.

    Sumber: Akhbar Sinar Harian

    Pelatih dan kakitangan menderma darah di IPM.

    Encik Kahar (kiri) bersama nelayan lain melihat sampel air yang disimpan sebagai bukti pencemaran di Bagan, Sungai Buloh.

  • 12 Berita Perikanan Disember 2012

    Oleh:Mohd.AzamJusoh JabatanPerikananNegeriMelaka

    Kembara Bersama Media DUN Sungai Linggi

    Kuala Linggi, Melaka: Program Kembara Bersama Media anjuran Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah diadakan pada 23 Oktober 2012 di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi. Program ini diadakan untuk mempromosikan aktiviti Jabatan Perikanan kepada masyarakat dan kumpulan sasar, sekali gus dapat mengeratkan silaturrahim dengan pihak media seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, Metro dan Melaka Hari Ini. Kembara yang diketuai oleh YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, ADUN Kuala Linggi ini turut dihadiri Puan Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

    Program ini melibatkan aktiviti menyusuri Sungai Kuala Linggi dengan bot dan melepaskan benih ikan ke perairan umum, melawat projek penternakan ikan tilapia dalam sangkar, menangkap udang galah serta melihat demonstrasi keselamatan dan penggunaan peralatan elektronik di atas vesel.

    Sebanyak 110 ribu ekor benih udang telah dilepaskan oleh pihak media bagi meningkatkan stok udang galah yang semakin berkurangan ekoran aktiviti penangkapan secara terlarang dan tidak terkawal. Program ini juga dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan terutamanya nelayan-nelayan sungai yang berjumlah 450 orang. Secara purata, mereka mampu memperoleh tangkapan udang galah seberat antara tiga hingga lima kilogram sehari selain pelbagai spesies ikan.

    Aktiviti demonstrasi keselamatan dan penggunaan peralatan GPS dan Echo Sounder di atas vesel mendedahkan kepada pihak media bagaimana nelayan dapat meningkatkan hasil tangkapan melalui penggunaan teknologi yang lebih moden.

    Aktiviti menyusuri Sungai Kuala Linggi dengan bot.

    YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, ADUN Kuala Linggi dan Puan Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka bersama-sama media melawat jeti pendaratan ikan.

    Terdapat kesi lapan yang di laporkan dalam Berita Perikanan Bil. 82 Keluaran September 2012 pada artikel yang bertajuk Spesies Yu Diekslpoitasi Secara Lestari (muka surat 10).

    Maksud sebenar artikel berkenaan ialah aktiviti shark fisheries tidak berlaku di Sabah dan di mana-mana negeri di Malaysia.

    Shark fisheries bermaksud nelayan keluar ke laut pada bulan tertentu semata-mata untuk menangkap ikan yu dan ikan pari menggunakan peralatan rawai atau pukat hanyut.

    Terdapat kekeliruan iaitu istilah shark fisheries perlu ditukar kepada shark processing yang bermaksud kerja-kerja memproses ikan yu untuk dijual seperti memotong sirip dan badannya dijeti.

    Ejaan SEAFDRC yang dimaksudkan ialah SEAFDEC.

    Pihak Sidang Redaksi memohon maaf kepada para pembaca dan penulis atas kesilapan laporan ini.

    PEMBETULAN

    Melepaskan benih udang ke perairan umum. Nelayan menerima jaket keselamatan.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 13

    Oleh: KuaBengChu PusatPenyelidikanKesihatanIkanKebangsaan(NaFisH), BatuMaung,PulauPinang

    Terhadap Ikan Kerapu

    Kaedah MengawalSerangan Lintah Laut

    Penternakan ikan kerapu di Malaysia berkembang pesat dengan adanya permintaan yang tinggi terhadap ikan berkenaan. Namun, perkembangan akuakultur yang pesat sering dikaitkan dengan penyakit seperti serangan virus, bakteria dan parasit. Masalah serangan lintah laut (Zeylanicobdella arugamensis) terhadap ikan kerapu membantutkan pengeluaran dan seterusnya menjejaskan pendapatan pengusaha.

    Lintah laut merupakan sejenis parasit luaran yang menyerang ikan laut. Induk ikan kerapu yang diserang lintah akan mati dalam tempoh masa tiga hari. Di Malaysia, aduan mengenai kematian ikan siakap akibat serangan lintah laut Z. arugamensis dilaporkan pada tahun 2006. Kerugian yang dialami oleh penternak adalah 90% akibat benih ikan siakap yang baharu dimasukkan di sangkar selepas tempoh dua minggu menunjukkan kematian 70% manakala 30% lagi menunjukkan serangan oleh penyakit sekunder. Pada tahun 2010, seorang petani menanggung kerugian beribu ringgit apabila 75% anak ikan kerapu harimaunya dijangkiti lintah laut yang turut diserang oleh jangkitan bakteria dalam tempoh ternakan kurang dari sebulan.

    Lintah laut merupakan parasit yang bersifat Low host specific dan sifat ini membolehkannya menyerang pelbagai spesies ikan marin ternakan di dalam kolam dan sangkar. Ikan yang dijangkiti sering dikaitkan dengan serangan sekunder seperti bakteria. Peratus kematian akibat serangan lintah laut ini boleh mencapai 60 hingga 70%, manakala 30 hingga 40% ikan yang tidak mati akan mempunyai tanda-tanda serangan sekunder seperti bakteria. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil dengan segera, serangan akan merebak dan menyebabkan kematian yang tinggi dan boleh membawa kerugian teruk kepada penternak.

    Serangan lintah laut boleh dikawal melalui pemutusan kitaran hidupnya dengan meletakkan substrat untuk tujuan pelekatan kokun yang dikeluarkan oleh lintah dewasa. Secara ringkasnya, lintah laut menghisap darah kerapu harimau untuk terus hidup. Apabila kenyang ia akan bergerak jauh dari ikan bagi tujuan penghadaman. Lintah dewasa akan mencari substrat untuk mengeluarkan kokunnya. Kokun lintah laut akan melekat pada sebarang substrat dalam sangkar atau kolam. Walau bagaimanapun, ikan kerapu merupakan spesies dasar laut yang bersifat kanibalisme. Dengan sifat lintah laut yang mencari substrat untuk tujuan pelekatan kokun dan

    kelakuan ikan kerapu yang menyerang antara satu sama lain, timbul idea untuk menggunakan PVC sebagai substrat untuk lintah laut bertelur dan bagi tujuan pelindungan ikan kerapu. Pada masa yang sama, saiz PVC yang sesuai adalah perlu untuk membolehkan ikan kerapu mendiami di dalamnya dan pada masa yang sama membenarkan lintah laut berenang ke PVC tersebut untuk bertelur. Selain dari saiz PVC, tempoh masa untuk mengeluarkan PVC daripada sangkar atau kolam adalah amat penting untuk memaksimumkan bilangan lintah dewasa dan kokun yang telah melekat pada PVC.

    Idea awal penggunaan PVC sebagai substrat untuk pelindungan dan pelekatan telur lintah laut perlu diselarikan dengan tempoh kitaran hidupnya. Lintah dewasa yang matang boleh mengeluarkan 20 hingga 60 telur secara berterusan. Kokun lintah laut akan mengambil masa selama tujuh hari untuk menetas menjadi juvenil lintah laut. Pada peringkat juvenil ini, ia mampu hidup tanpa menghisap darah ikan selama tujuh hingga 14 hari bergantung kepada suhu persekitarannya. Sekiranya juvenil menghisap darah ikan, tempoh ia menjadi dewasa adalah selama antara 9 hingga 10 hari. Secara keseluruhan tempoh 16 hingga 17 hari diperlukan untuk melengkapkan kitaran hidupnya pada suhu 27oC.

    Penggunaan PVC sebagai substrat untuk pelekatan lintah dewasa dan kokun bagi tujuan kawalan serangan lintah laut pada ikan kerapu merupakan idea asli dan tidak pernah diamalkan lagi oleh mana-mana penternak. Idea ini tercetus selepas tempoh kitaran hidup lintah laut ditemui pada tahun 2009. Inovasi penggunaan PVC untuk kawalan lintah laut ini adalah bersifat mesra alam dan boleh digunakan tanpa memerlukan tenaga pekerja mahir atau ramai pekerja. Ia juga boleh menjimatkan kos operasi di samping tidak memberi tekanan `stress pada ikan kerapu harimau. Penggunaan inovasi ini boleh mengurangkan penggunaan bahan kimia seperti formalin dalam merawat jangkitan lintah laut.

    Dua percubaan telah dilakukan di sangkar Pulau Jerjak yang melibatkan pelekatan tiub PVC di dalam sangkar ikan kerapu harimau yang telah dijangkiti oleh lintah laut. Kajian menunjukkan bahawa ikan kerapu harimau akan menyembunyikan diri dalam tiub PVC untuk tujuan pelindungan. Pemerhatian ini membuktikan tiub PVC boleh bertindak sebagai tempat perlindungan bagi ikan kerapu harimau. Keadaan ini mengurangkan masalah kanibalisme ikan kerapu harimau dalam sangkar. Kajian percubaan ini menunjukkan pengeluaran tiub PVC selepas 10 hari pada suhu air 23 - 25oC daripada sangkar ikan kerapu harimau, boleh menurunkan kadar jangkitan lintah laut sebanyak 50% berbanding dengan hari pertama (tanpa tiub PVC) di sangkar Pulau Jerjak.

    Impak inovasi Inovasi ini boleh mengurangkan masalah akibat

    serangan lintah laut. Masalah serangan penyakit sekunder seperti penyakit sisik tanggal, reput ekor dan sirip dapat diminimumkan atau dielak terus. Masalah kanibalisme dalam penternakan ikan kerapu di sangkar dapat dikurangkan. Justeru itu, inovasi ini boleh meningkatkan produktiviti penternakan ikan kerapu harimau yang seterusnya boleh meningkatkan pengeluaran ikan ternak marin.

    Penggunaannya mudah dan menjimatkan masa kerana tidak memerlukan tenaga yang ramai atau mahir. Ini seterusnya dapat menjimatkan kos operasi penternakan.

    Ia mudah digunakan untuk mana-mana saiz sangkar di samping senang dibawa dan disimpan.

    Bahan yang digunakan untuk inovasi adalah tidak mahal dan senang diperoleh.

    Ia adalah mesra alam, murah dan selamat untuk digunakan.

    Lintah laut menyerang sirip ikan kerapu.

    Tiub PVC dilekati oleh kokun lintah.

  • 14 Berita Perikanan Disember 2012

    28 Oktober 2012YBrs. Encik Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia memakaikan jaket keselamatan kepada nelayan sempena Program Penyerahan Jaket Keselamatan dan Bantuan Perikanan Melalui Program Touch Point Jabatan Perikanan Negeri Kelantan di Kompleks Perikanan Tawang, Bachok.

    6 Oktober 2012YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, menyampaikan benih ikan sempena Majlis Penyerahan Bantuan Di Bawah Projek Touch Point Jabatan Perikanan Malaysia di Pejabat Perikanan Laut Wilayah 1 Kuching, Santubong, Sarawak.

    17 Oktober 2012YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan cenderahati kepada wakil Norway sempena Inception Meeting of the Regulatory Framework for Aquaculture in Malaysia yang diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

    16 Oktober 2012 YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Sarawak merasmikan Simposium Hasil Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Dalam Perairan Sarawak dan Sabah di Kuching, Sarawak.

    14 Berita Perikanan Disember 2012

  • Disember 2012 Berita Perikanan 15

    2 November 2012Karnival My Kampung My Future (MKMF) telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Kg. Merotai Besar, Tawau, Sabah.

    Disember 2012 Berita Perikanan 15

    4 November 2012Persidangan Tahunan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Prai, Pulau Pinang.

    5 November 2012Program Kecemerlangan dan Kecergaan Jabatan Perikanan Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.

    5 November 2012YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan anugerah kepada pemenang sempena Majlis Perasmian Hari Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia 2012 di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.

    3 November 2012YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan anugerah kepada petani, penternak dan nelayan sempena Majlis Pelancaran Mini MAHA Daerah Semporna & Projek NKEA-EPP3 Kluster Rumpai Laut Sabah di Semporna, Sabah.

  • 16 Berita Perikanan Disember 2012

    24 November 2012YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di MAEPS, Serdang, Selangor.

    16 Berita Perikanan Disember 2012

    2 Disember 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Anugerah Pavilion Negeri Terbaik kepada pavilion negeri Perak sempena Majlis Penutup MAHA International dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2012 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor.

    2 Disember 2012YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Memancing MAHA International 2012 yang diadakan di Tasik MAEPS, Serdang, Selangor.

    8 November 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Majlis Penutup Program Kecemerlangan dan Kecergaan Jabatan Perikanan Malaysia 2012 di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 17 Disember 2012 Berita Perikanan 17

    10 Disember 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bergambar bersama peserta kursus sempena Majlis Perasmian Kursus Pembangunan Modal Insan Projek AZAM Tani Tahun 2012 di Shah Alam, Selangor.

    5 Disember 2012YBhg. Dato Dr. Baharom Bin Jani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melawat pameran sempena Majlis Perasmian International Conference on Halal Gums 2012 & Workshop on Carrageenan Standard di Pulau Pinang.

    27 Disember 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bergambar bersama penerima sijil sempena Majlis Jasamu Dikenang 2012 di Dewan Serba Guna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.

    16 Disember 2012YBhg. Tan Sri Dato Paduka Haji Badruddin Bin Amiruldin, Pengerusi FAMA melawat pameran sempena Konvensyen Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara Kepada Pemimpin Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institut Latihan Pertanian di Dewan Serba Guna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Putrajaya.

    27 Disember 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bertukar dokumen dengan YBhg. Dato Hj. Osman Bin Muda, Pengerusi TADC Sdn. Bhd. sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Terengganu Agrotech Development Corp. (TADC) Dengan Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

  • 18 Berita Perikanan Disember 2012

    Oleh: NorhanizanSahidin InstitutPernyelidikanPerikanan(FRI)GlamiLemi,Jelebu,NegeriSembilan.

    Makmal Kultur Tisu TumbuhanAkuatik Komersial Dibina

    Pekerja sedang mengsubkultur tumbuhan akuatik di dalam bilik pemindahan.

    Bahan kimia ditimbang untuk penyediaan media pertumbuhan.

    Pekerja sedang mengsubkultur pokok akuatik.

    Botol kultur sedang diperiksa di dalam bilik kultur.

    Pandangan dari luar Makmal Komersial Kultur Tisu Tumbuhan Akuatik WAE.

    Kultur tisu Hemianthus sp.

    Kultur tisu Anubias sp.

    Kultur tisu Lilaeopsis sp.

    Tumbuhan akuatik merupakan salah satu produk dalam industri ikan hiasan. Pada tahun 2011, Malaysia telah mengeluarkan 143.6 juta ikat tumbuhan akuatik yang bernilai RM14.47 juta. Negeri-negeri pengeluar tumbuhan akuatik utama Malaysia ialah Johor dan Pulau Pinang.

    Industri tumbuhan akuatik di Malaysia adalah berorientasikan eksport. Kebanyakan ladang tumbuhan akuatik menggunakan kaedah penanaman secara konvensional sejak tahun 1980-an lagi. Masalah utama perladangan konvensional adalah tempoh masa yang lama diambil untuk pertumbuhan pokok, kawasan tanaman yang luas dan kesukaran untuk mengawal penyakit dan makhluk perosak. Pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi iaitu penanaman secara kultur tisu. Negara Denmark merupakan negara pengeksport utama kultur tisu tumbuhan akuatik dunia.

    Pengeluar kultur tisu tumbuhan akuatik yang terletak di Johor, Malaysia adalah kepunyaan syarikat dari Singapura. Memandangkan kepentingan teknologi ini dibangunkan bagi meningkatkan pengeluaran tumbuhan akuatik di Malaysia, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu telah mengambil inisiatif untuk membangunkan teknologi ini yang telah dimulakan sejak tahun 2000.

    Sejak tahun 2006, FRI Glami Lemi telah mula menjalankan beberapa siri pemindahan teknologi kepada kumpulan sasar. Pada tahun 2008, Institut ini telah memilih Syarikat World Aquatic Ecosystem (WAE) Sdn. Bhd. sebagai peserta inkubator projek kultur tisu tumbuhan akuatik selama dua tahun di FRI Batu Maung. Projek ini mendapat bantuan kewangan dari program SpEKS Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. Pada tahun 2009, Syarikat WAE telah berjaya memperoleh status BioNexus dari Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. dan pada 2010 telah berjaya memperoleh bantuan kewangan melalui Seed Fund dari Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. untuk membangunkan makmal komersial kultur tisu tumbuhan akuatik di Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Makmal komersial kultur tisu tumbuhan akuatik milik WAE ini berkeluasan 5,000 kaki persegi dan telah berfungsi sepenuhnya pada tahun 2011. Syarikat ini telah berjaya mengeluarkan lebih 20 spesies kultur tisu tumbuhan akuatik yang kini telah memasuki pasaran antarabangsa. Makmal komersial ini merupakan makmal komersial kultur tisu tumbuhan akuatik yang terulung di Malaysia. Dengan wujudnya makmal ini, adalah menjadi harapan agar Malaysia boleh menjadi pengeksport utama produk kultur tisu tumbuhan akuatik dunia suatu hari nanti.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 19

    Ladang ternakan udang secara komersial. Rawatan penyakit udang.

    Udang harimau yang diserang penyakit.

    EMS mempunyai kaitan rapat dengan tekanan ekologi air di kolam yang amat berkait dengan sumber benih, kadar pelepasan benih tinggi dan perubahan cuaca mendadak.

    Oleh: BahagianPembangunanAkuakultur IbuPejabatPerikanan,Putrajaya

    Ancaman Penyakit Ems

    P a d a t a h u n 2 0 0 4 , u d a n g p u t i h(P. Vannamei ) ia i tu spes ies udang eksotik telah dibenarkan untuk diternak d i Ma lays ia bag i mengeka lkan kuant i t i pengeluaran udang laut di Malaysia ekoran penurunan penge luaran udang har imau akibat serangan penyakit. Sehubungan itu, pengeluaran udang putih telah meningkat dengan sokongan induk SPF dan pengenalan kepada strain baru genetik (Genetically improve strain) daripada NBC luar negara.

    kadar kepadatan yang tinggi iaitu 80 -120 ekor/m2 dan melakukan tuaian separa (partial harvest) bagi mengimbangi margin keuntungan yang rendah.

    Walaupun kes-kes terpencil penyakit seperti WSSV, TSV dan IHHNV dilaporkan berlaku, namun operasi masih menguntungkan. Pada pertengahan tahun 2010, kes terbaharu kematian udang (pemerhatian bermula hari ke-20 dan ke atas) telah dilaporkan di mana puncanya tidak tepat dikenal pasti. Isu ini merujuk kepada Early Mortality Syndrome (EMS) yang menyebabkan kerugian

    kepada industri akuakultur. Susulan dari itu, satu kajian telah dijalankan bermula pada bulan Oktober 2011 hingga Februari 2012 di ladang-ladang penternakan udang Semenanjung Malaysia khususnya Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

    Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa penyakit EMS di Semenanjung Malaysia adalah tidak berkaitan dengan virus. Patogen yang dijumpai biasanya ditemui di ladang sebelum EMS dilaporkan. Didapati, EMS mempunyai kaitan rapat dengan tekanan ekologi air di kebanyakan kolam yang dikaji. Isu-isu tersebut amat berkait dengan sumber benih, kadar pelepasan benih yang tinggi dan perubahan cuaca yang mendadak di Semenanjung Malaysia.

    Kebelakangan ini, penternak udang putih menggunakan benih daripada baka yang cepat membesar dan kerap bertukar kulit. Peringkat pertukaran kulit merupakan peringkat di mana udang lebih terdedah kepada jangkitan penyakit. Kepadatan dan kadar pertukaran kulit yang tinggi menyebabkan keperluan mineral dalam

    Terhadap Udang Putih (P. Vannamei)

    Namun, permasalahan penyakit dalam industri penternakan udang berterusan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kurangnya tahap pengawalan biosekuriti. Sejak kebelakangan ini, penyakit Early Mortality Syndrome (EMS) telah mula menyerang udang putih di China, Vietnam, Thailand, dan Malaysia. Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan telah menjalankan kajian bagi menangani permasalahan penyakit tersebut. Kajian melibatkan majoriti benih yang distok daripada generasi kedua puluh program pembiakbakaan dan telah berjaya menghasilkan 70 ekor/kg udang dalam tempoh 100 hari berbanding 100 ekor/kg sebelumnya. Majoriti penternak mengamalkan

    kolam ternakan tidak cukup dan ini menyebabkan tempoh soft shell menjadi lebih lama.

    Syor bagi mengurangkan masalah penyakit EMS ialah:

    Menyesuaikan tahap teknologi dan kadar pelepasan benih untuk mencapai produktiviti yang optimum.

    Menjadualkan penternakan. Pengawa l an o l eh p i hak

    bertanggungjawab ke atas pengenalan baka benih yang terdiri dari super growth/high achiver.

    Penggunaan probiotik yang terkawal.

    M e n g g a l a k k a n Ama l a n Akuakultur Baik.

    Makmal Kultur Tisu TumbuhanAkuatik Komersial Dibina

  • 20 Berita Perikanan Disember 2012

    Dari peringkat telur ia akan bertukar kepada larva. Peringkat inilah yang dipanggil ulat superworm dan sesuai dijadikan makanan ikan arowana. Jangka hayat pada peringkat larva boleh bertahan selama lapan hingga 10 minggu. Pada peringkat larva ini juga, ia memerlukan tempat yang selamat kerana ia sangat terdedah kepada bahaya musuhnya, termasuk superworm lain. Makanan yang perlu diberikan ialah lobak merah, kentang dan tebu bagi mempercepatkan kadar tumbesarannya. Saiz yang sesuai untuk

    superwormOleh: MazlanIsmail PusatBiosekuritiPerikananSelangor KLIA,Sepang,Selangor.

    S uperworm (Zophobas morio) adalah sejenis ulat (anak kumbang) yang menjadi makanan kegemaran ikan arowana dan juga haiwan-haiwan peliharaan lain seperti burung dan cicak gecko. Ia menjadi pilihan pemelihara haiwan kerana kurang mendatangkan penyakit kepada ternakannya serta mengandungi kandungan protein yang tinggi berbanding makanan lain. Superworm sebenarnya bukan cacing. Ia adalah anak serangga dalam bentuk larva. Ia memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mampu bertelur sehingga ratusan ekor sekali seumur hidup (dalam satu pusingan hidup).

    Harganya juga semakin meningkat dan bergantung kepada kawasan pengeluarannya. Contohnya di Kota Bharu, Kelantan dan di Bagan Serai, Perak harganya masing-masing RM46 dan RM36 sekilogram. Alasan pembekal ialah stoknya yang kurang kerana superworm banyak mati ekoran cuaca yang panas melampau.

    Begitu juga di Sungai Buloh, pembekal menjual dengan harga RM30 sekilogram bergantung kepada stok dan kuantiti penghantaran oleh pengeluar.

    Sehubungan itu, kepada sesiapa yang banyak menggunakan superworm seperti penternak arowana, disarankan supaya menghasilkannya sendiri. Namun, tidak ramai pengeluar superworm yang sudi berkongsi pengalaman berkenaan kaedah menternaknya kerana bimbang menjadi pesaing, apatah lagi usaha ini memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang menceburinya.

    Proses menternak superworm adalah mudah dan hanya mengambil masa empat bulan sebelum boleh dipasarkan. Kitaran hidup superworm terbahagi kepada empat peringkat iaitu telur, larva, pupa dan kumbang. Suhu antara 24C hingga 27C adalah amat sesuai untuk ternakan superworm. Menternaknya memerlukan penjagaan yang rapi terutama pada peringkat pengeluaran telur. Ia sesuai diternak dalam kawasan berbumbung dan tidak terdedah kepada cahaya matahari atau hujan.

    Pada mulanya kumbang perlu dimasukkan ke dalam bekas lut sinar (seperti dalam gambar)

    RingkasanPusinganHidupSuperworm

    Salah sebuah premis penternakan superworm di Kg. Baru Rahang, Seremban, Negeri Sembilan.

    Ulat superworm bersaiz dua inci dan sesuai untuk dipasarkan.

    Kitaran hidup superworm

    yang telah diisi oat setebal satu inci hingga dua inci sebagai tempat ia menanam telurnya. Kebiasaannya, setiap induk kumbang boleh menghasilkan sehingga 500 biji telur. Selepas satu hingga dua minggu, telur tersebut akan menetas. Pada masa ini induk memerlukan makanan yang mencukupi untuk mengelakkannya memakan telur sendiri. Ia juga hendaklah disimpan di tempat yang tiada serangga terutama semut yang selalu memakan telurnya. Selain itu, kumbang yang terdapat dalam bekas tersebut juga boleh diasingkan ke tempat baharu yang telah diisi dengan oat setebal satu hingga dua inci.

    Makanan Mahal Arowana

    dipasarkan adalah melebihi dua inci.U n t u k t u j u a n p emb i a k a n

    seterusnya, ulat ini hendaklah diasingkan ke dalam satu bekas kecil dan diletakkan di tempat gelap. Selagi dia tidak dapat tempat yang terlindung dari pemangsa, maka ia tidak akan berubah ke peringkat pupa. Fungsi peringkat larva ini adalah untuk memakan sebanyak mungkin sebelum menjadi pupa. Peringkat pupa adalah terhad iaitu antara dua hingga empat minggu sehingga ia lengkap proses

    metamorfosis kepada bentuk serangga (kumbang). Begitulah kaedah seterusnya sehingga kumbang tersebut akan mati dengan sendirinya apabila semua telur yang terdapat di dalam badannya dikeluarkan. Kumbang ini dapat hidup sehingga empat bulan sahaja sebelum mati.

    Oleh yang demikian, di harapkan penternak arowana dapat mencuba ternakan superworm ini memandangkan ia merupakan makanan yang berkhasiat, tidak memerlukan tempat yang luas di samping dapat mengurangkan kos makanan bagi arowana yang diternak seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka.

    Superworm diasingkan pada bekas yang berlainan dan disimpan ditempat gelap.

    Kumbang dicampur dalam bekas yang sama dan diberi makan tebu dan lobak merah.

    Pupa yang berumur dua minggu.

    Larva yang berumur dua bulan diberi makan tebu dan lobak merah.

    Larva (superworm) yang berumur empat hingga lima bulan, sedia untuk dipasarkan.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 21

    Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kedah telah berjaya membiak dan mengasuh spesies siput manis (Babylonia areolata) atau juga dikenali spotted babylon snail di dalam hatceri. Walau bagaimanapun, kajian untuk penambahbaikan yang melibatkan teknologi pembenihan dari peringkat telur hingga juvenil, pemakanan, tumbesaran dan aktiviti penggemukan bagi tujuan sumber induk sedang dijalankan sejak bulan Julai 2011.

    An ta ra mak lumat awa l yang te lah dikumpulkan mengikut peringkat adalah seperti berikut:-

    i. Induk Boleh menghasilkan sejumlah antara

    100 - 200 kapsul semasa bertelur (setiap kapsul mengandungi antara 300 - 400 biji telur).

    Persenyawaan telur adalah secara luar badan di mana siput betina mengeluarkan telur berkapsul yang melekat pada batu-batu dan siput jantan mengeluarkan sperma ke dalam air untuk persenyawaan.

    Tempoh metamorfosis telur dalam kapsul adalah antara 7 - 10 hari.

    ii. Larva Kesempurnaan telur terbentuk dan dilepaskan

    secara semula jadi dan berenang di dalam air dikenali sebagai butterfly larvae iaitu

    Siput ini merupakan spesies baharu moluska dalam kelas grastropoda yang terpilih untuk dibuat kajian kerana berpotensi untuk diternak secara komersial. Spesies siput marin bentos ini mudah diasuh dari peringkat benih hingga dewasa, mempunyai sifat pemangsa dan mendiami habitat semula jadi di kawasan perairan yang mengandungi subtratum lumpur berpasir pada kedalaman antara 15 hingga 20 meter. Dari aspek pemakanan, siput manis ini adalah sejenis makanan laut yang bernilai tinggi.

    Di Malaysia, aktiviti pengeluaran benih siput manis dalam hatceri belum dibangunkan oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan, universiti atau pun pihak swasta. Kebanyakan aktiviti pengkulturan dan pembenihan moluska tertumpu kepada spesies dwi cangkerang seperti tiram (Crassostrea iredalei), siput sudu atau kupang (Perna viridis) dan kerang (Anadara granosa). Pemerhatian awal menunjukkan spesies ini berpotensi besar untuk dikomersialkan oleh penternak moluska kerana mempunyai ciri-ciri seperti kadar hidup yang tinggi dan mudah dikendalikan.

    Lanjutan itu, projek ini menyasarkan untuk membangunkan satu teknologi baharu dalam menghasilkan benih spesies moluska baharu dalam hatceri sehingga saiz pasaran. Spesies ini boleh dibangunkan melalui sistem hatceri menggunakan akuarium atau tangki-tangki

    menyerupai bentuk rama-rama apabila dilihat di bawah mikroskop.

    Larva ini bersifat suka cahaya. Pemakanan pada peringkat ini adalah alga,

    Isochrysis sp. atau Chaetoceros sp. Metamorfosis larva berlaku dalam tempoh

    14 hari dari sifat terapung di permukaan air kepada crawling atau merayap di dasar tangki (juvenil).

    Kadar pemendapan larva ke juvenil diperoleh adalah 48%.

    iii. Juvenil Juvenil memakan artemia untuk minggu

    pertama dan cebisan kecil daging ikan tamban diberi selama 3 - 4 minggu untuk mencapai dari saiz 1 - 2mm kepada 5mm dalam tempoh satu bulan.

    iv. Pembesaran Juvenil untuk Program IndukSehingga Disember 2011, sejumlah 28,000 ekor juvenil siput manis sedang dibesarkan di bangunan baharu moluska di FRI Pulau Sayak. Saiz juvenil semasa mula diasuh adalah 0.3 - 0.5cm bermula pada bulan Jun 2011. Julat saiz juvenil tersebut adalah 2.0 - 3.0cm @ 1.0 - 7.0gm (saiz induk adalah 5.0 - 6.0cm @ 25 - 30gm). Juvenil ini dijangka mencapai saiz induk dalam tempoh antara setahun hingga setahun setengah (2012/2013) dan satu sistem kolam konkrit dirancang untuk pemeliharaan induk-induk tersebut. pelbagai kapasiti, sistem RAS, kolam simen

    yang memerlukan ketinggian satu meter. Kadar hidup spesies ini dari peringkat telur hingga juvenil yang direkodkan oleh pengkaji luar adalah sederhana. Namun, berpotensi dipertingkatkan melalui penggunaan bahan berasaskan kalsium untuk pertumbuhan.

    K e j a y a a n p r o j e k i n i d a p a t mempelbagaikan pengeluaran spesies moluska di Malaysia selain tiram, siput sudu dan kerang untuk keperluan tempatan. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan akan mempermudah proses mengeksport spesies ini ke negara- negara jiran seperti Thailand yang memerlukan benih siput manis untuk program memperkayakan sumber laut mereka selain pasaran untuk makanan laut.

    Oleh: Mohd.SalehMohd.Taha,HussinMatAli, Dr.ZainoddinJamari&MohamadAmerHalib. PusatPenyelidikanPerikanan(FRI)PulauSayak,Kedah

    Siput Manis (Babylonia areolata) Berjaya Dibiak Dan Diasuh Dalam Hatceri

    Induk siput manis bersaiz antara 5 6 cm iaitu seberat antara 25 30 gm.

    Induk di dalam tangki akuarium.

    Butterfly larvae.

    Telur siput manis di dalam tangki akuarium.

    Benih di dalam tangki asuhan.

    Telur

    Benih bersaiz 3mm.

  • 22 Berita Perikanan Disember 2012

    Salah sebuah kolam ternakan ikan.

    Mampu menghasilkan antara 800 hingga 1,000 kilogram ikan talapia merah sebulan.

    Oleh: LimBoonChuan PejabatPerikananDaerahKulim,Kedah

    Di Malaysia, penternakan ikan tilapia merah secara komersial telah bermula dalam tahun 80-an. Spesies ikan air tawar ini senang untuk diternak yang boleh dijalankan secara intensif, semi intensif dan ekstensif di dalam pelbagai sistem seperti di dalam kolam, sangkar, tangki konkrit, tangki kanvas dan lain-lain. Ia juga sesuai diternak di pelbagai perairan seperti tali air, bekas lombong, tasik, sungai air tawar dan muara sungai yang berair payau. Ikan ini mempunyai tahap ketahanan yang tinggi kepada perubahan persekitaran dan penyakit. Dengan adanya penyelidikan yang berterusan, penternakan ikan tilapia merah telah berkembang pesat melalui penggunaan benih dan sistem penternakan yang moden. Kini, spesies ini mendapat permintaan yang baik dari dalam dan luar negara.

    Pesara Ceburi Bidang Akuakultur

    Faktor kelebihan ini telah menarik minat seorang pesara iaitu Tuan Haji Mohamad Bin Bakar, 58 tahun, yang kini meletakkan dirinya sebagai penternak ikan air tawar sepenuh masa di Kg. Desa Teruna, Karangan, Kulim, Kedah. Sebelum ini beliau yang kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1980, adalah Ketua Pegawai Operasi Pos Laju di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, beliau sering meninjau projek-projek akuakultur yang berdaya maju di sekitar negeri Selangor untuk meningkatkan pengetahuannya dalam bidang penternakan ikan. Disebabkan minatnya yang mendalam dalam penternakan ikan air tawar, bapa kepada dua anak ini mengambil keputusan bersara awal bagi mengusahakan penternakan ikan tilapia merah di kampungnya.

    yang bersih, stor penyimpanan makanan rumusan yang sempurna dan tidak menggunakan bahan kimia.

    Justeru, Jabatan Perikanan Malaysia telah memberi pengiktirafan Sijil Amalan Akuakultur Baik (SAAB) kepada ladangnya pada September 2012 kerana telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan setelah diaudit oleh Unit Biosekuriti Pejabat Perikanan Negeri Kedah.

    Kini, projek Haji Mohamad berjaya mengeluarkan hasil secara purata antara 800 1,000 kilogram ikan tilapia merah sebulan. Ikan dijual kepada pemborong di Pulau Pinang dengan harga antara RM9.30 hingga RM10.80 sekilogram. Selain penduduk tempatan, terdapat juga pembeli-pembeli yang datang dari daerah Kulim, Bandar Baharu, Baling, Sungai Petani dan utara negeri Perak untuk membeli ikan ternakannya.

    Untuk projek masa depan, beliau merancang untuk meningkatkan pengeluaran benih ikan tilapia merah yang diusahakan sekarang serta sedang membina kolam memancing yang berkonsepkan agro pelancongan.

    Haji Mohamad tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tapak yang sesuai, kerana beliau mempunyai kawasan di kampungnya yang tidak mudah banjir, jauh dari kawasan perindustrian, tanah yang berupaya menakung air dengan baik, terdapat kemudahan jalan dan yang menariknya terdapat sumber air bukit sepanjang masa. Ciri-ciri kesesuaian tersebut menyebabkan Tuan Haji Mohamad memilih tapak di kampung kelahirannya itu dan mengusahakan penternakan ikan tilapia di dalam lapan buah kolam. Spesies tilapia menjadi pilihan utamanya kerana cepat membesar (iaitu enam bulan sebelum boleh dipasarkan), tekstur daging yang boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk dan warna yang menarik untuk dipasarkan.

    Projeknya kini dibantu oleh ahli keluarga dan seorang pekerja tetap. Beliau menggunakan 100% makanan rumusan atau pelet untuk ikan ternakannya serta menjalankan pengurusan ternakan secara teratur dan rekod yang sistematik. Selain itu kawasan projeknya dipagar, menggunakan air yang bersih dalam pengendalian hasil lepas tuai, menyediakan tandas

    Tuan Haji Mohamad Bakar menunjuk sijil SAAB yang diterima.

  • Disember 2012 Berita Perikanan 23

    Oleh: OmarSaad JabatanPerikananNegeriKedah

    Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar (tengah) menyampaikan Anugerah Penternak Ikan Jaya kepada Encik Chamnat.

    Mempunyai lapan buah kolam dan berjaya menghasilkan antara 4,000 hingga 5,000 tan metrik ikan keli sebulan.

    Menyingkap di awal pembabitan saya pada awal tahun 2000 dengan melaburkan wang hasil sagu hati sebagai seorang tentera ke dalam industri ternakan ikan keli adalah risiko dan sekiranya gagal saya akan ditohmah sebagai orang yang tidak mahu mendengar kata atau degil.

    Sedikit sebanyak termakan juga nasihat kawan-kawan termasuk bapa saya sendiri supaya bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara keluarga adalah pilihan yang paling selamat.

    Saya telah membawa teksi selama sebulan tetapi bidang ini tidak membawa saya ke mana-mana lantas saya memohon persetujuan dari bapa sekali lagi untuk merestui pilihan bidang yang baharu iaitu penternakan ikan keli. Penternakan ikan keli ketika itu amat mencabar kerana pasaran untuk keli masih belum lagi berkembang pesat di tengah masyarakat. Dengan nekad, saya melaburkan modal sebanyak RM10 ribu bagi membina empat buah kolam untuk menternak ikan keli. Bermula saat itu saya tidak menoleh ke belakang lagi. Kemudahan Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra berhampiran rumah, saya manfaatkan sepenuhnya dengan menghadiri kursus ternakan dan pembenihan serta mendapat khidmat nasihat teknikal.

    Azam ChamnatMahu Jadikan Keli Disukai Ramai

    Setelah 12 tahun berkecimpung di dalam bidang penternakan ikan keli dengan khidmat nasihat dan bantuan yang disumbangkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Kedah, kini Chamnat menjadi ikon masyarakat Siam yang berjaya di negeri ini. Beliau adalah idola penting di dalam komunitinya dan memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi JKKP Kg. Huma dan Kg. Charok Ketiak, Timbalan Pengerusi Polis Komuniti Bandar Darul Aman, Bendahari Rumah Komuniti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pengerusi Rukun Tetangga Taman Maluri, Bandar Darul Aman.

    Masalah utama saya ialah tuaian pertama sebanyak 3,000 tan metrik tidak dapat dipasarkan kerana pasar borong dan pasar harian belum bersedia menerima bekalan ikan keli sebagai komoditi pasaran. Namun, saya cukup berterima kasih kepada Jabatan Perikanan yang telah mengadakan pelbagai promosi masakan, barulah ia diterima sebagai lauk yang lazat dan harganya juga terjangkau oleh masyarakat yang berpendapatan rendah.

    Begitulah profil Encik Chamnat A/L Iprat, 56, berbangsa Siam sebelum berjaya menerima

    Anugerah Penternak Ikan Jaya sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2012. Beliau kini mempunyai lapan buah kolam ikan keli di Kampung Charok Ketiak, Jitra, Kedah. Beliau berjaya menghasilkan purata antara 4,000 hingga 5,000 tan metrik ikan keli sebulan yang menjana pendapatannya lebih kurang RM10 ribu sebulan.

    Kepesatan pembangunan bandar Jitra yang ditumbuhi pusat perindustrian dan institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perguruan dan Politeknik, memudahkan Chamnat memasarkan ikan kelinya. Tambahan pula, dengan wujudnya warung-warung makanan yang begitu banyak di sekitar bandar ini, turut membantu pemasaran ikan kelinya yang kini digemari ramai kerana harganya lebih murah berbanding ikan marin.

  • 24 Berita Perikanan Disember 2012

    Perusahaan Ikan Kering Seri

    Usaha tangga ke jayaan dan tuhan tidak mengubah nasib seseorang melainkan kitalah yang merencanakannya. Itulah kata-kata hikmat yang dipegang oleh Encik Seri bin Idris, 48, pengusaha ikan kering dari Kampung Sri Pantai, Senggarang Batu Pahat, Johor. Pengusaha dari suku kaum Orang Asli Kuala ini mahu berjaya seperti orang lain dalam perusahaan ikan kering.

    Encik Seri mula berjinak-jinak memproses ikan kering kira-kira enam tahun yang lalu secara sambilan untuk kegunaan sendiri dan sedikit untuk dijual kepada orang-orang kampung yang datang ke rumah.

    Oleh: PejabatPerikananDaerahBatuPahat,Johor

    Ikan kering yang siap dibungkus.

    Encik Seri bin Idris

    Mampu mengeluarkan kira-kira 80 kilogram ikan kering sebulan.

    Encik Seri menjalankan perusahaan di tepi kawasan kediamannya.

    kapak, tuka, kembong dan malong. Sementara pasaran pula mula meluas ke Johor Bahru dan Singapura. Setiap bulan dianggarkan sebanyak 0.5 tan metrik di hantar ke Singapura dan 0.5 tan lagi di pasaran tempatan. Anggaran nilai jualannya sebulan sekitar RM10,000.

    Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, beliau terpaksa mendapatkan bekalan ikan basah dari Pontian selain dari nelayan-nelayan setempat. Bilangan pekerja juga telah ditambah dari kalangan jiran tetangga dan rakan-rakan sekampung.

    Untuk perancangan masa depan, Encik Seri berhasrat untuk membina sebuah bengkel yang berasingan dari kediamannya bagi menjalankan perusahaan dengan lebih teratur dan memenuhi kehendak amalan pengilangan yang baik dan memastikan bekalan ikan basah yang stabil. Pasaran turut akan diperluas dan kualiti produk juga akan sentiasa dijaga.

    menggalakkan dan mendapat pasaran di kedai-kedai runcit sekitar kampung dan pekan Senggarang. Beliau mampu mengeluarkan kira-kira 80 kilogram ikan kering sebulan. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, maka beliau terpaksa memperoleh bekalan ikan basah daripada nelayan-nelayan lain di pangkalan yang sama. Usahanya kini dibantu oleh isteri dan anak-anak untuk menjalankan kerja memotong dan membersihkan ikan.

    Pada pertengahan tahun 2008, beliau telah memohon bantuan khidmat nasihat daripada Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat untuk mengembangkan perusahaannya. Setelah

    dijalankan siasatan, beliau didapati layak mendapat bantuan peralatan kerana gigih dan berpotensi untuk maju dalam perusahaan berkenaan. Beliau akhirnya memperoleh bantuan peralatan chest freezer, sealer, penimbang digital dan stiker melalui Program Mempelbagaikan dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan. Selain itu, beliau juga telah didedahkan dengan Kursus Keusahawanan anjuran Jabatan Perikanan Malaysia.

    Atas kesungguhan yang ditunjukkan, serta khidmat nasihat yang berterusan diberikan oleh pihak Jabatan Perikanan, kini perusahaannya bertambah maju dan turut memproses ikan timah,

    P a d a m a s a t u , jumlahnya tidaklah banyak, cuma sekitar 20 kilogram sebulan yang diproses mengikut resipi daripada arwah ibu dan rasanya tidaklah begitu masin dan memenuhi cita rasa semua, katanya.

    B e k a l a n i k a n basah yang diperoleh ditangkapnya di laut kerana beliau juga merupakan seorang nelayan pantai. Spesies ikan yang diproses terd i r i dar ipada ikan gelama, duri dan belukang. Berkat usaha gigihnya, produk ikan keringnya mendapa t sambutan

  • Disember 2012 Berita Perikanan 25

    Nelayan Empangan Bekok

    Empangan Bekok yang terletak di dalam daerah Batu Pahat, Johor iaitu kira-kira enam kilometer dari Jalan Yong Peng Segamat, mula dibina pada Ogos 1987 dan siap sepenuhnya pada November 1990. Empangan yang diurus tadbir di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran ini, direka bentuk untuk menebat banjir Sungai Batu Pahat dengan pelepasan air maksimum 50 meter kiub sesaat (cumesc). Selain itu, empangan ini juga berfungsi sebagai pembekal air bersih kepada seluruh penduduk Batu Pahat. Pembinaan empangan yang berkeluasan 1,200 hektar ini amat signifikan kerana ia juga menjadi lubuk rezeki kepada kira-kira 30 orang nelayan di sekitarnya.

    Bagi memastikan air di empangan tidak tercemar dan strukturnya selamat, kawasan ini diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Sehubungan itu, orang awam tidak dibenarkan memasukinya sewenang-wenangnya. Walau bagaimanapun atas keprihatinan dan budi bicara pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), maka pengecualian diberikan kepada nelayan-nelayan sekitarnya yang mencari rezeki melalui aktiviti penangkapan ikan. Namun, pihak JPS telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak nelayan iaitu jumlah nelayan yang dibenarkan hanya terhad kepada 40

    Oleh: Mohd.NajibJamin PejabatPerikananDaerahBatuPahat,Johor

    Pembeli sedang menimbang ikan.

    Terdapat 30 orang nelayan di Empangan Bekok.

    pendaratan ikan oleh nelayan-nelayan di kawasan ini adalah sebanyak 4,000 kilogram sebulan dengan anggaran nilai sebanyak RM26,000. Hasil-hasil tangkapan ini biasanya dibeli oleh peraih tempatan yang kemudiannya menjualnya di gerai di tepi Jalan Yong Peng Segamat. Selain itu, ada juga hasil-hasil tangkapan ikan yang dijual kepada pengusaha-pengusaha produk perikanan. Pendek kata, nelayan-nelayan ini tidak menghadapi masalah untuk memasarkan hasil tangkapan mereka. Tambahan pula, langkah

    orang sahaja. Sampan yang digunakan pula hendaklah berukuran (13 x 4 x 2) kaki dan berenjin sangkut lima kuasa kuda hingga 10 kuasa kuda. Manakala peralatan menangkap ikan yang dibenarkan ialah pukat hanyut, lukah, jala, tajur dan rawai sahaja. Sekiranya pihak nelayan gagal mematuhinya, maka pihak JPS berhak menarik balik kelulusan penggunaan kawasan empangan ini.

    Aktiviti menangkap ikan di Empangan Bekok bermula sekitar tahun 1986. Nelayan-nelayan terbabit kemudiannya dilesenkan mengikut Kaedah-kaedah Perikanan Sungai Negeri Johor (di bawah Akta Perikanan 1985) pada tahun 1992.

    Empangan ini kaya dengan spesies ikan air tawar seperti tilapia, baung, jelawat, toman, belida, sebarau, terbul, ketutu, puyu, tebakang, rohu, tapa, patin, seluang, keli dan ikan putih. Purata

    Jabatan Perikanan yang mengadakan promosi galakan pemakanan ikan air tawar di kalangan orang ramai, turut meningkatkan pemasaran spesies ikan tersebut. Kini, kesannya dapat dilihat dengan kemunculan peraih-peraih dari luar kawasan yang datang ke Empangan Bekok untuk mendapatkan bekalan ikan segar daripada nelayan-nelayan.

    Aktiviti penangkapan ikan di empangan ini juga turut merancakkan aktiviti hiliran apabila hasil-hasil tangkapan mereka diproses menjadi ikan kering, ikan salai dan pekasam oleh pengusaha-pengusaha. Kini, produk tersebut bukan lagi dihasilkan daripada ikan lebihan jualan atau ikan-ikan yang berkualiti rendah, tetapi diproses daripada ikan-ikan segar dan berkualiti untuk dipasarkan di seluruh daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

  • 26 Berita Perikanan Disember 2012

    Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah menyalurkan bantuan dalam bentuk peralatan dan khidmat nasihat setelah melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengusaha-pengusaha di samping terdapat potensi untuk menyebarluaskan produk-produk yang dihasilkan mereka. Selain itu, bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Program Mempelbagaikan dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan (PMMPPN), turut disalurkan.

    Bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara Jabatan Perikanan, pihak nelayan dan Jabatan Pengairan dan Saliran, maka majlis-majlis interaksi kerap diadakan untuk memberi peluang kepada pihak nelayan mengemukakan permasalahan yang timbul untuk diselesaikan bersama.

    Pada tahun 1993, p ihak JPS te lah menyumbangkan sebuah jeti mudah alih untuk kemudahan nelayan. Namun, kini ia telah rosak dan dilupuskan. Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Pembangunan Pertanian Parlimen Ayer Hitam telah bersetuju untuk mendapatkan peruntukan

    peralatan nelayan dengan adanya penggiliran tugas terutama pada waktu malam. Kerja-kerja baik pulih kerosakan kecil pada sampan, enjin dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilakukan di sini. Malahan, Program Komuniti Nelayan boleh dijalankan seperti mesyuarat atau perbincangan mengenai pembangunan masyarakat nelayan setempat.

    Ikan baung sedia untuk dipasarkan

    Kakitangan Jabatan Perikanan menjalankan pemeriksaanbot nelayan.

    Proses soal selidik pemohon.

    Ikan Tioman.

    Ikan pekasam Empangan Bekok.

    bagi pembinaan sebuah jeti yang baharu. Keperluan jeti ini amat penting bagi memusatkan aktiviti perikanan di satu kawasan bagi tujuan pemantauan, kawal selia, pembangunan dan penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Perikanan dan pihak JPS. Selain untuk mendaratkan hasil tangkapan, jeti ini juga memudahkan aktiviti pengawasan dan keselamatan sampan serta

    Program Pemeriksaan, Permohonan Lesen Sampan Khas

    Batu Pahat, Johor: Program Pemeriksaan dan Permohonan Lesen Sampan Kes Khas 2012 telah diadakan dari 19 hingga 29 November 2012. Program dijalankan oleh kakitangan Unit Pelesenan dan Kawal Selia Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat, Pejabat Perikanan Negeri Johor dan bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Daerah Batu Pahat. Program ini diadakan sebagai memenuhi permintaan nelayan yang masih lagi belum mempunyai lesen. Ia melibatkan seramai 291 orang nelayan di Parlimen Parit Sulong (DUN Semerah) dan Batu Pahat (DUN Batu Pahat, DUN Senggarang dan DUN Rengit).

    Oleh: PejabatPerikananDaerahBatuPahat,Johor

    Syarat kelayakan untuk mendapatkan Lesen Sampan Kes Khas ialah seperti berikut: Warganegara Malaysia Nelayan tulen (iaitu 85% sumber pendapatan

    adalah dari hasil tangkapan ikan) Bekerja sebagai nelayan / penangkapan ikan

    lebih 160 hari setahun. Berdaftar sebagai ahli Persatuan Nelayan

    Kawasan (jika ada) Berdaftar dengan Jabatan Perikanan (Kad

    Nelayan Perikanan) Sedia ada mempunyai sampan dan enjin

    sangkut.

    Persediaan pemeriksaan di pangkalan nelayan: Nelayan hadir sendiri semasa pemeriksaan Memiliki sampan dan enjin sangkut sendiri

    di pangkalan (yang diusahakan sendiri) Menyediakan dokumen yang diperlukan

    (Kad Pengenalan, Kad Nelayan Perikanan dan Kad Ahli Persatuan Nelayan)

    Ketua Nelayan atau ALP Kawasan diwajibkan hadir untuk pengesahan nelayan.Sebelum diluluskan lesen, Jabatan Perikanan

    Malaysia akan menjalankan siasatan, temu duga dan keputusan muktamad akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya. Tiada bayaran

    dikenakan untuk pendaftaran lesen baharu kecuali bayaran lesen apabila diluluskan.

    Pada peringkat ini, permohonan masih lagi dalam tindakan semakan dan siasatan oleh Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga secara berperingkat. Kelulusan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya.

  • TEKA SILANG KATA (BP DISEMBER 2012):

    Hadiah disediakan kepada peserta yang berjaya menjawabsemua soalan dengan betul.Sila lengkapkan borang penyertaan dan fakskan kepadaPengarang Berita Perikanan melalui faksimili no. 03-88892498(Borang fotokopi juga diterima)

    BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA(BP DISEMBER 2012)

    Nama: .............................................................................................................................

    No. K/P: ............................................ No. Telefon: ........................................................

    4. Projek Kluster Rumpai Laut Sabah dikenali sebagai Projek NKEA-_______3.

    5. Tafsiran inov