buku program peningkatan profesionalisma guru 2015

5
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU TAHUN 2015 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN. 1.0 PENDAHULUAN Kecemerlangan sesebuah sekolah akan tercapai melalui cemerlang peranannya khusus kepada guru-guru dalam apa jua bentuk sumbangan yang diberikan. Bagi mencapai kecemerlangan sekolah seperti yang diharapkan, setiap anggota dalam sekolah tersebut perlu mencapai visi dan misi yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah. 2. 0 RASIONAL : Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pencapaian kecemerlangan sekolah. Bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan Malaysia, setiap pihak yang terlibat khususnya guru mesti memahami peranan penting yang mereka mainkan dan manfaat yang akan dinikmati. Justeru, usaha perlu dilaksanakan bagi membantu meningkatkan keupayaan guru bertaraf dunia bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Seiring dengan itu, impak pelaksanaan transformasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat direalisasikan. 3.0 OBJEKTIF : Setelah mengikuti program ini, diharap semua peserta akan mendapat : mengembalikan tahap prestasi dan keupayaan kendiri dalam organisasi; memperoleh input dan maklumat dalam aspek pembangunan dan motivasi diri ke arah usaha meningkatkan profesionalisme; 1

Upload: zana-amin

Post on 12-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Buku Program

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Program Peningkatan Profesionalisma Guru 2015

BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU TAHUN 2015

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN.

1.0 PENDAHULUAN

Kecemerlangan sesebuah sekolah akan tercapai melalui cemerlang peranannya khusus

kepada guru-guru dalam apa jua bentuk sumbangan yang diberikan. Bagi mencapai

kecemerlangan sekolah seperti yang diharapkan, setiap anggota dalam sekolah tersebut perlu

mencapai visi dan misi yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah.

2. 0 RASIONAL :

Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pencapaian kecemerlangan sekolah.

Bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi sistem pendidikan Malaysia, setiap

pihak yang terlibat khususnya guru mesti memahami peranan penting yang mereka mainkan dan

manfaat yang akan dinikmati. Justeru, usaha perlu dilaksanakan bagi membantu meningkatkan

keupayaan guru bertaraf dunia bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan.

Seiring dengan itu, impak pelaksanaan transformasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia dapat direalisasikan.

3.0 OBJEKTIF :

Setelah mengikuti program ini, diharap semua peserta akan mendapat :

mengembalikan tahap prestasi dan keupayaan kendiri dalam organisasi;

memperoleh input dan maklumat dalam aspek pembangunan dan motivasi diri ke arah

usaha meningkatkan profesionalisme;

meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal semasa menjalankan tugas di

sekolah masing-masing;

mengamalkan budaya kerja cemerlang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Guru yang berpotensi meningkatkan kemahiran dan profesionalisma keguruan

seterusnya membantu kecemerlangan pelajar di sekolah.

1

Page 2: Buku Program Peningkatan Profesionalisma Guru 2015

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Haji Norhassim bin Mahat

(Pegawai Pendidikan Daerah)

Naib Pengerusi : Encik Mahamad Fauzi bin Saad

(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selatan)

Naib Pengerusi II : Encik Waziri bin Jamli

(Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan)

En. Mohd Rizal bin Ismail

(Ketua Unit Akademik)

En. Mohd Dziauddin bin Md. Saad

(Ketua Unit Pengurusan Sekolah)

Setiausaha : Puan Zanazuriany bt Mohd Amin

(Kaunselor Organisasi)

Naib Setiausaha : En. Mohd Azuan bin Hj. Mohd Hashim

(Pegawai Kaunseling dan Kerjaya Murid)

Bendahari : Pn. Surina binti Subbri

(Penolong Akauntan)

5.1 Jawatankuasa Kerja

Urusetia / Laporan : i. Encik Mohd Azuan bin Hj. Mohd Hashimii. Puan Zanazuriany binti Mohd Amin

Pendaftaran :i. Puan Norida binti Chikii. Cik Normardiana bt Saidin

Pengacara: i. Tn. Hj Bohari bin Samsudinii. Puan Salasiah binti Mohd Yusof

Dokumentasi : i. Puan Masyani binti Musaii. Puan Che Ismahani binti Ismail

Makan Minum: i. Puan Jamilah binti Abdul Aziz ii. Puan Norsyuhada bt Selaiman

Persiapan Tempat & P.A Sistem :i. Encik Roger Edward ii. Encik Jasmi bin Ibrahim iii. Encik Saiful Azli bin Mohd Sadri

2

Page 3: Buku Program Peningkatan Profesionalisma Guru 2015

6.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan

Tarikh : 15 September 2015

Hari : Selasa

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Seminar Dato’ Haji Ahmad Tarmizi, PPD S.P.S

7.0 JADUAL PROGRAM

14 & 15 September 2015Personel (Penceramah /

Fasilitator)

7.30 - 8.30

pagiPendaftaran peserta / Sarapan

AJK yang terlibat

8.30 pagi

Aluan pengerusi / Bacaan doa

Ucapan Tn.Hj. Norhassim bin Mahat

(Ketua Pegawai Pendidikan Daerah)

9.00 pagi Slot 1 : Bengkel Pesona Diri Unggul

i. Puan Zanazuriany binti

Mohd Amin

ii. Encik Mohd Azuan bin Hj.

Mohd Hashim

11.00 pagi Minum pagi AJK yang terlebat

11.30 pagi Slot 2 : Bengkel Pemantapan I

i. SISC + Sekolah Menengah

& Rendah

ii. Urusetia

1.30 petang Makan tengahari / Solat Zohor / Rehat AJK yang terlibat

2.30 petang Slot 3 : Bengkel Pemantapan II

i. SISC + Sekolah Menengah

& Rendah

ii. Urusetia

4.45 petang Penilaian / Penutup / Bersurai AJK yang terlibat

* Bahan setiap slot kepada peserta disediakan oleh penceramah / fasilitator yang

berkenaan.

3

Page 4: Buku Program Peningkatan Profesionalisma Guru 2015

8.0 PENUTUP

Usaha melaksana dan menjayakan program ini, diharapkan akan dapat memberi ruang dan

peluang kepada guru-guru mengenal potensi diri dan mengorak langkah ke arah meningkatkan

profesionalisme bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah pada masa akan datang. Kerjasama

daripada semua pihak amat perlu bagi menjayakan program ini dengan berkesan dan mencapai

sasaran. Penekanan kepada etika, tanggungjawab dan matlamat adalah penting bagi

menampakkan hasilnya. Diharapkan program ini dapat membantu meningkatkan imej

perkhidmatan di JPN dan PPD Negeri Pulau Pinang.

Terima Kasih.

4