kursus peningkatan profesionalisme keguruan kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu...

11
. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus- kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. 2. Membuat penyelidikan dan penulisan Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. ontoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan akti!iti berkumpulan, perancangan akti!iti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. ". #saha ke arah perkembangan kendiri $uru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. $uru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungja%abnya dengan lebih berkesan. &ni seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. '. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini $uru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan (aman. )etiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. *. Pembelajaran sepanjang hayat Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. &lmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak

Upload: thenemolly-perumal

Post on 02-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

profesionalisme keguruan

TRANSCRIPT

. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. 2. Membuat penyelidikan dan penulisan Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. 3. Usaha ke arah perkembangan kendiri Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. 4. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. 5. Pembelajaran sepanjang hayat Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. Pic credit :http://education.asu.edu/dotAsset/3907.jpg Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN :http://ow.ly/KNICZ

rofesionalisme merupakan salah satu nilai yang menjadi aspek utama bagi mengenalpasti kredibiliti seorang warga pendidik. Seorang guru yang bersikap profesional akan melengkapi segala aspek kualiti yang diperlukan bagi melayakkan dirinya untuk diiktiraf sebagai dinamik dan berkaliber. Ciri profesionalisme pula hanya boleh diukur melalui kualiti kerja yang dilaksanakan berdasarkan indikator yang memenuhi aspirasi falsafah pendidikan. Tahap profesionalisme pula perlu dipertingkat dari masa ke semasa. Apabila difokuskan dalam bidang pendidikan, maka tahap profesionalisme yang paling diutamakan ialah dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap profesionalisme, saya akan sentiasapeka dan memahami setiap perubahan dasar yang berlaku dalam sistem pendidikan disamping memahami matlamat yang ingin dicapai. Demikian kerana, dalam usaha Negara untuk melahirkan modal insan ,mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah adalah medium yang melengkapi kearah matlamat tersebut. Pelajar yang cemerlang secara bersepadu perlu diperkukuhkan dari aspek rohaninya melalui penghayatan Al-Quran dan memahami konsep Sunnah agar potensi diri yang dimiliki menjurus kearah kebaikan. Usaha yang kedua ialahsentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi-inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan zaman. Dalam kemajuan teknologi maklumat contohnya, penggunaan ICT dalam mata pelajaran boleh dilaksanakan dengan jayanya . Contohnya menghasilkan bahan bantu mengajar dalam bentuk interaktif agar P&P yang dijalankan menjadi lebih menarik dan berkesan sesuai dengan kecenderungan pelajar di abad ini. Kemahiran dalam bidang ICT pula perlu diteroka melalui kursus-kursus multimedia dan komunikasi. Bidang agama tidak menghalang seseorang guru untuk mencapai tahap kemahiran yang sama tinggi dengan bidang akademik lain seperti sains dan matematik. Malah, bidang agama sangat fleksibel untuk disesuaikan dalam apa jua bentuk teknik dan kaedah selagi tidak mengubah nilai dan disiplin ilmunya.Kaedah Lesson Studyyang diperkenalkan pada tahun ini merupakan pendekatan berkesan untuk melatih diri menjadi seorang guru yang perfesional. Kaedah yang berkonsepkan pementoran dan perkongsian kepakaran memberi peluang kepada saya untuk mencari kelemahan dan membuat penambahbaikan melalui teguran serta cadangan membina yang diberikan oleh rakan sekerja lain. Malah, saya dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran guru lain dalam mencari kaedah paling berkesan bagi P&P yang dijalankan. Lantaran itu, penglibatan dalam program Lesson Study perlu dibudayakan secara konsisten dari masa ke semasa. Guru yang mencapai tahap pakar perlumenguasai mata pelajaran yang diajar sepenuhnya. Bagi meningkatkan tahap penguasaan, saya perlu sentiasa bersedia sebelum menjalankan P&P dari aspek isi pengajaran dengan memperbanyakkan sumber. Antaranya mengkaji kitab-kitab asal yang berkaitan dengan tajuk supaya input tambahan dapat dikongsikan bersama pelajar. Pergantungan kepada penggunaan buku teks perlu dikurangkan supaya P&P menjadi lebih menarik. Ada ketikanya, pelajar tidak berminat dengan penggunaan buku teks kerana dianggap rigid dan sukar difahami. Situasi ini merupakan cabaran bagi guru untuk menggarap minat pelajar terhadap mata pelajaran. Justeru, keperlbagaian sumber perlu digunakan supaya pemikiran pelajar dapat dikembangkan. Saban tahun, setiap guru akan ditawarkan dengan program kursus dan bengkel yang bertujuan untuk memantapkan kemahiran. Contohnya Kursus Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan, Kursus Penataran Instrumen Mata Pelajaran dan Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat dalam P&P. Sebagai guru yang komited, sayaakan menyertai setiap kursus atau bengkel yang ditawarkansebagai medium yang mengukuhkan lagi kemahiran dalam proses P&P. Sekembalinya dari kursus, sesi in-house-trainingperlu dilaksanakan dengan melibatkan guru panitia lain supaya segala input yang diperolehi dapat dikongsi dan dikembangkan secara menyeluruh. Budaya Perkongsian Ilmu juga perlu dilakukan melalui lawatan-lawatan penanda aras ataubenchmark ke sekolah-sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk melihat bidang-bidang kecemerlangan yang dicapai terutama dalam bidang akademik. Melalui program tersebut, saya dapatmelaksanakan integrasi ilmu dan mendapatkan khidmat pementoran daripada guru-guru cemerlang dari sekolah lain. Perkongsian dalam bentuk kepakaran juga dapat dilaksanakan lalu diaplikasikan di sekolah sendiri seterusnya menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.

Guru yang profesional membantu melonjakkan kualiti pendidikan Negara sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mencapai tahap tersebut, setiap guru perlu menghayati tugas dan peranannya sebagai pendidik agar tidak tersasar daripada fungsinya yang sebenar sebagai agen sosial utama dalam masyarakat . Justeru, setiap guru perlu mengamalkan tiga prinsip utama iaitu, menjalankan tugas sebagai tanggungjawab, sumbangan dan pengorbanan. Guru yang profesional akan menjadi pemangkin kemajuan Negara . Ini bertepatan dengan moto Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.Posted byMerija Kadirat04:31

ujudnya peluang-peluang yang terbentang luas dalam setiap industri. Di mana adanya minda terbuka, di situ hadirnya sempadan baru) Sebagai seorang guru, saya berpegang kuat kepada idea bahawa seseorang guru perlu mempunyai minda terbuka supaya dapat menerokai sempadan-sempadan baru dan meningkatkan tahap professionalismenya. Hal ini adalah kerana setiap guru mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pelajar dan mereka perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mewujudkan minda kelas pertama dalam kalangan generasi baru negara ini. Ke arah memastikan bahawa minda saya sentiasa terbuka kepada idea-idea dan pengetahuan baru dan terkini, amalan pembelajaran sepanjang hayat sentiasa menjadi budaya kerja dan amalan hidup saya

Gambar Hiasan : Guru-guru Koperasi SMK Baru Sedang bermesyuarat, mencari idea bernas untuk meningkatkan prestasi Koperasi

Saya percaya bahawa persediaan ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkesan dari semua segi tidak hanya bermula dan berakhir dengan latihan yang saya terima dari kursus perguruan di universiti. Pengalaman saya sebelum saya mengambil kursus perguruan tersebut memang mempengaruhi persediaan saya melangkah ke dalam bidang perguruan tetapi yang lebih penting, adalah kesudian untuk sentiasa menganggap semua situasi dan pengalaman baru yang saya alami dalam kehidupan, samada baik atau buruk, adalah peluang untuk saya terus belajar dan meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran saya sebagai seorang guru. Saya juga berpendapat bahawa keghairahan yang saya rasa terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru mempengaruhi saya supaya sentiasa berinvosi untuk mencari idea-idea yang boleh digunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sentiasa cuba berfikir di luar kotak untuk idea-idea yang lebih kreatif bagi menghasilkan keadah dan pendekatan baru yang boleh membantu membentuk akhlak mulia dan melengkapkan pelajar dengan keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Gambar Hiasan : Surat Khabar sebagai bahan bacaan selain buku-buku ilmiah

Dengan itu saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam semua bidang, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Perkara ini dilakukan dengan mengamalkan tabiat membaca. Bahan bacaan saya adalah luas, contohnya surat khabar, jurnal ilmiah MELTA (Malaysian English Language Teaching Association) yang mempunyai idea-idea baru berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta hasil kajian-kajian yang berkaitan, majalah seperti the BBC Knowledge Magazine, The National Geographic dan The Times Magazine, selain maklumat yang diakses melalui internet. Antara sumber Internet yang saya sentiasa gunakan adalah Portal Guru Sarawak, Engkabang.net. Saya sering muat turun maklumat dan juga muat naik modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina sendiri. Saya juga cuba menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dengan melayari laman web yang berkaitan dengan kemahiran menulis dan membaca serta membaca atas talian penulisan ilmiah dan rencana-rencana dari buku, surat khabar dan juga jurnal.

Gambar hiasan..

Melalui tabiat membaca ini, saya dapat membina lagi pengetahuan diri saya tentang Bahasa Inggeris dan meningkatkan lagi penguasaan saya dalam Bahasa Inggeris selain mengikut perkembangan baru dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam dunia moden. Hal ini adalah penting kerana saya perlu dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia sebenar apabila mereka keluar dari alam sekolah dan masuk ke arena kerja. Istilah-istilah baru diperkembangkan tiap-tiap hari terutama dalam dunia internet dan seorang guru yang tidak dapat berhadapan dengan perubahan dalam bidang kepakarannya, tidak akan dapat membantu pelajarnya membuat persediaan yang lengkap untuk masa hadapan mereka sekiranya tandus maklumat ini.

Cg Naomi sedang memimpin guru-guru menyanyi lagu tema hari guru 2012

Saya juga menganggap kewajipan saya sebagai seorang guru adalah untuk bertindak sebagai seorang pakar rujuk dan fasilitator kepada pelajar. Dengan itu, pengetahuan baru yang saya dapat dari tabiat membaca itu saya dapat diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baru dan isu-isu semasa. Amalan membaca sambil meningkatkan pengetahuan juga menjadi teladan dan galakan kepada pelajar saya. Saya berkongsi majalah yang dibeli untuk dibaca oleh pelajar di sudut membaca kelas dan tajuk-tajuk tertentu dijadikan bahan perbincangan sewaktu proses pengajaran dan pembelanjaran, terutamanya dalam kelas MUET. Surat khabar juga merupakan satu sumber maklumat yang banyak digunakan untuk menghasilkan Modul pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi maklumat semasa yang relevan kepada pelajar.

Di samping itu, saya juga menyediakan dan meningkatkan diri saya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris yang berkesan melalui jaringan komunikasi (networking) yang luas dalam kalangan guru Bahasa Inggeris dan Guru Cemerlang yang lain. Selepas berkhidmat selama lebih 25 tahun di empat buah sekolah, saya mempunyai jaringan rakan kerja guru yang senior dan berpengalaman yang merupakan pakar dalam bidang-bidang mereka sendiri. Kami sentiasa berkongsi pengalaman dan memberi sokongan antara satu sama lain supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum yang terkini serta sentiasa meningkatkan pengetahuan dan tahap professionalisme diri.

Rakan-rakan guru juga merupakan aset penting dalam membina kerjaya

Selain itu, pengalaman saya sebagai Ketua Pemeriksa untuk kertas MUETSpeakingsejak 2003 dan kertas MUETWritingpada tahun 2009 membantu saya mengetahui tentang perkembangan terbaru dalam proses penilaian. Saya juga sentiasa cuba mendapat maklumat terkini tentang perkembangan terbaru dalam penilaian kertasWritingmelalui kursus dan dari pemeriksa yang berpengalaman. Proses Networking dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang lain membolehkan saya mendapat panduan terkini tentang penilaian Bahasa Inggeris pada peringkat PMR, SPM, MUET serta untuk Ujian dan Penilian Lisan Berasaskan Sekolah.

Saya juga kerap kali menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan, kursus atau bengkel yang dianjuran oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran atau pun pihak swasta, terutamanya kursus yang berkaitan dengan bidang kepakaran saya supaya dapat pendedahan kepada bahan yang relevan dan terkini. Penyertaan saya dalam persidangan, bengkel dan kursus yang dikelolakan oleh pihak swasta biasanya adalah atas inisiatif dan kos sendiri. Sebagai contohnya saya telah menghadiri beberapa kursus dan persidangan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh MELTA, Bengkel IELTS (Intenationl English Language Testing System) anjuran the British Council, Bengkel Koir anjuran the Miri Orchestra and Choir Society dan juga Persidangan NIE (Newspaper in Education) anjuran The New Straits Times di Kuala Lumpur.

Guru yang hebat akan melahirkan ramai pelajar yang cemerlang

Pengalaman saya sebagai Jurulatih Utama (JU) untuk Kursus-kursus ETeMS semenjak 2002 dan JU Negeri Sistem Bimbingan Taulan dan English for Mathematics and Science (EMS) semenjak 2007 juga telah membantu saya meningkatkan profesionalisme diri sebagai seorang jurulatih dan fasilitator di samping memberi saya peluang meningkatkan kemahiran komputer. Saya juga telah berusaha untuk menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah meningkatkan profesionalisme guru-guru lain. Saya telah dijemput sebagai fasilitator dan penceramah untuk Sesi Peningkatan Prestasi guru Bahasa Inggeris dan guru MUET di beberapa buah sekolah di Miri. Selain itu, saya juga telah dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Miri untuk menggalas tugas sebagai fasilitator dan penceramah kursus dan bengkel Bahasa Inggeris untuk guru-guru sekolah menengah di bahagian ini. Saya percaya bahawa proses membuat penyelidikan dan persediaan semasa membina bahan untuk bertugas sebagai seorang penceramah, juga membantu saya memahami bidang kepakaran saya dengan lebih mendalam dan membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang kepakaran saya.

Gambar Hiasan : Sumber - Google : Tun Mahathir , Mantan PM Malaysia yang mempunyai idea dan pandangan yang sangat hebat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata semasa menyampaikan syarahan perdana Transformasi Minda Penyelidik Muda di University Teknologi MARA baru-baru ini, bahawa para penyelidik muda perlu mempunyai minda terbuka yang sentiasa mahu memperbaiki hasil penyelidikan atau ciptaan mereka dari semasa ke semasa dan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang mereka perolehi. Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan penyelidik muda yang akan menjana perkembangan Negara Malaysia, kewajiban saya adalah untuk sentiasa berusaha bagi mentransformasikan minda diri saya sendiri dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme diri dan menjadi teladan kepada generasi muda.Terima kasih Cikgu..