buku peraturan pelajar - kmj.matrik.edu.my · edisi ke-10 2011 edisi ke-11 2012 edisi ke-12 2013...

39

Upload: dangphuc

Post on 03-Aug-2019

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BUKU PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SESI 2018/2019

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Segala butiran cetakan adalah tertakluk kepada pindaan BMKPM

dari semasa ke semasa

Edisi pertama 2002

Edisi kedua 2003

Edisi ketiga 2004

Edisi keempat 2005

Edisi kelima 2006

Edisi keenam 2007

Edisi ketujuh 2008

Edisi kelapan 2009

Edisi kesembilan 2010

Edisi ke-10 2011

Edisi ke-11 2012

Edisi ke-12 2013

Edisi ke-13 2014

Edisi ke-14 2015

Edisi ke-15 2016

Edisi ke-16 2017/ Versi Dalam Talian 2017

Edisi ke-17 2018/ Versi Dalam Talian 2018

Tarikh Berkuat kuasa : 23 Mei 2018

© Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel : +603-88844083 Fak: +603-88844028 Laman sesawang : http://www.moe.gov.my

Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2018/2019

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Visi, Misi dan Obejktif ii

BAHAGIAN A : PERATURAN AM PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran 1 PERKARA 2 : Disiplin Am 2 PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, 3 Bengkel, Aktiviti Kokurikulum, Aktiviti Rasmi Kolej PERKARA 4 : Kad Matrik 4 PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej 4 PERKARA 6 : Peperiksaan 4 PERKARA 7 : Pakaian dan Penampilan Diri 5 PERKARA 8 : Potongan Rambut, Misai, Janggut 6 dan Bauk (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil.2/1976) PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum 7 PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan, Kawasan dan 7 Peralatan PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan 7 PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej 8 PERKARA 13 : Lawatan 8 PERKARA 14 : Aktiviti-Aktiviti Kolej 9 PERKARA 15 : Menjemput Penceramah/ Pensyarah Luar 9 PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah/ Syarahan Yang Bukan 10 Diadakan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 17 : Rawatan Perubatan 10 PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar, Menayang dan 10 Memperdengarkan Penerbitan Bercetak dan Bahan Bukan Bercetak PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej 11 PERKARA 20 : Makanan dan Minuman yang Dilarang 11 PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah 11 PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah (Akta Dadah 12 Berbahaya 1952)/ Racun (Akta Racun 1952) PERKARA 23 : Larangan Merokok 12 PERKARA 24 : Membuli atau Mencederakan 13 PERKARA 25 : Bahan Letupan 13 PERKARA 26 : Mencuri/ Mengalih/ Meminda/ Mengubah Objek 13 PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah 13 PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan 13 PERKARA 29 : Berkahwin 14 PERKARA 30 : Rujukan Perubatan/ Hospital 14 PERKARA 31 : Keingkaran 14 BAHAGIAN B : PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran 15 PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman 15 PERKARA 3 : Pengesahan Kesempurnaan Bilik dan 17 Kemudahan-Kemudahan Di Dalamnya PERKARA 4 : Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat, 17 Cuti Hujung Minggu dan Cuti Am PERKARA 5 : Barang Kepunyaan Sendiri 18

KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 6 : Masa Memadamkan Lampu 18 PERKARA 7 : Penggunaan Peralatan Elektrik 18 PERKARA 8 : Menerima Tetamu 19 PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu/ Cuti Lain 19 PERKARA 10 : Aktiviti di Blok Kolej Kediaman 20 BAHAGIAN C : PERATURAN KAFETARIA PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan dan Tambahan 21 PERKARA 2 : Pakaian Semasa di Kafetaria 21 PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti 22 PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli 22 BAHAGIAN D : PERATURAN PERPUSTAKAAN PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan 23 PERKARA 2 : Pendaftaran 24 PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman 24 PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman 25 PERKARA 5 : Kehilangan dan Kerosakan 27 PERKARA 6 : Mencuri atau Mencacatkan Bahan-Bahan 27 Perpustakaan PERKARA 7 : Kemudahan Internet Perpustakaan 27 BAHAGIAN E : JENIS-JENIS HUKUMAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

i

VISI

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian

tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang

2020.

MISI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains,

teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang

berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

OBJEKTIF

1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan Universiti Awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan,

kreatif dan berdaya saing.

ii

1

PERATURAN PELAJAR

PROGRAM MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN A

PERATURAN AM PENDAHULUAN Buku peraturan ini disediakan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan

oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk

membantu pengurusan pelajar di Kolej-kolej Matrikulasi KPM. Peraturan yang

ditetapkan perlu diguna pakai oleh semua pelajar Program Matrikulasi KPM demi

kesejahteraan pelajar sendiri dan nama baik kolej. PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran 1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang

mengikuti pengajian Program Matrikulasi KPM.

1.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya

menghendaki makna yang lain;

(a) “Pengetua Kolej Kediaman” bermaksud Ketua Jabatan Pengurusan

Pelajar bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kolej

kediaman.

(b) “Ketua Felo” bermaksud Ketua Warden iaitu pegawai yang

bertanggungjawab terhadap kolej kediaman dan dilantik dalam kalangan

pegawai/ pensyarah dan mengetuai felo kolej kediaman.

(c) “Felo” bermaksud Warden iaitu pegawai utama yang menjaga sesuatu

kolej kediaman dan termasuklah seseorang yang diberikan kuasa

dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak pengurusan kolej

matrikulasi KPM.

(d) “Ketua Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia kolej

kediaman.

(e) “Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia

Asrama mengurus selia kolej kediaman.

(f) “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan yang disediakan

oleh institusi untuk kediaman pelajar.

2

(g) “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk

bangunan yang ada di dalam kolej.

(h) “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam kolej

seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan

luar di sekeliling bangunan.

(i) “Kolej” bermaksud institusi pendidikan yang menjalankan Program

Matrikulasi KPM.

(j) “Lawatan keluar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-

mana jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan Matrix Excellence

Programme (MEPro), kumpulan tutoran, persatuan, kelab dan badan-

badan kebajikan.

(k) “Pelajar” bermaksud pelajar Program Matrikulasi KPM.

(l) “Pelajar menetap” bermaksud seseorang pelajar yang tinggal dalam

sesuatu kolej kediaman.

(m) “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam

bangunan dan di kawasan kolej.

(n) “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada dalam rombongan yang

mewakili sesuatu institusi kerajaan, institusi pendidikan, agensi-agensi

kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan serta

kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan Negara

1966.

(o) “Tetamu” bermaksud, keluarga dan saudara mara terdekat yang datang

mengunjungi pelajar di kolej. 1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan

dalam bentuk helai cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian

daripada peraturan ini. (Akta 174: Kaedah 3b)

PERKARA 2 : Disiplin Am 2.1 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar

kolej demi menjaga nama baik diri, kolej, Bahagian Matrikulasi dan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (Akta 174: Kaedah 3a)

2.2 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai

melebihi RM100.00 dan barang kemas bernilai tidak melebihi RM300.00 pada

satu-satu masa.

3

2.3 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan, perniagaan atau

perdagangan sama ada sepenuh atau separa masa pada sepanjang

pengajian di kolej matrikulasi.

(Akta 174: Kaedah 14)

2.4 Pelajar yang meninggalkan pengajiannya dengan sebab-sebab di bawah

Fasal 7 Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia akan dikenakan tindakan sebagaimana yang

dinyatakan dalam fasal tersebut.

2.5 Jika seseorang pelajar telah disabitkan kesalahan bagi sesuatu kesalahan

jenayah di mana-mana mahkamah, pelajar itu akan diberhentikan serta-merta

daripada menjadi pelajar Program Matrikulasi. (Akta 174: Seksyen 14.2)

2.6 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki atau membawa peralatan elektronik yang berharga dan bertanggungjawab mendaftar peralatan tersebut di kolej kediaman. Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap pemilikan barangan tersebut.

PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, Bengkel, Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti Rasmi Kolej 3.1 Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum

dan semua aktiviti rasmi kolej.

3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri

kuliah, tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum dan semua aktiviti rasmi

kolej.

3.3 Kelewatan lebih daripada sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu kuliah,

tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum, pelajar akan dikira tidak hadir

bagi kuliah, tutoran, amali, bengkel, aktiviti kokurikulum berkenaan.

3.4 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang

sah atau mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis daripada

Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej

dibenarkan untuk meninggalkan kuliah, tutoran, amali, bengkel, aktiviti

kokurikulum dan aktiviti rasmi kolej.

3.5 Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk

memaklumkan seberapa segera kepada pegawai yang berkaitan.

(Akta 174: Kaedah 4)

3.6 Kehadiran pelajar bagi setiap subjek yang tidak mencapai 90% boleh diambil

tindakan termasuk dihalang dari menduduki peperiksaan akhir semester

Program Matrikulasi. (Akta 174: Kaedah 4)

4

PERKARA 4 : Kad Matrik 4.1 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan

mempamerkan kad matrik yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di

dalam kolej.

4.2 Kad matrik tidak dibenarkan untuk dipindah milik.

4.3 Kad matrik yang hilang/ rosak mesti dilaporkan kepada pegawai yang

berkaitan untuk diganti dan kos ditanggung oleh pelajar. (Akta 174: Kaedah 25)

PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej 5.1 Pengawal Keselamatan kolej adalah pegawai yang diberikan tanggungjawab

menyelia dan melaporkan keselamatan keseluruhan kolej.

5.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki menunjukkan dokumen

pengenalan diri seperti kad pengenalan, kad matrik, kad pelawat atau lesen

memandu apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan, Felo, Felo Kanan atau

pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

5.3 Seseorang pelajar yang keluar atau masuk lewat dari jam 7.00 malam perlu

mendapat kebenaran daripada Pengarah atau pegawai lain yang diberikan

kuasa oleh Pengarah kolej.

5.4 Semua pelajar dikehendaki mendaftar keluar masuk kolej di Pondok

Pengawal Keselamatan pada masa-masa yang dibenarkan oleh kolej. (Akta 174: Kaedah 3b)

PERKARA 6 : Peperiksaan 6.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan luar kecuali

dengan kebenaran Pengarah Bahagian Matrikulasi, KPM sepanjang

tempoh pengajian di Program Matrikulasi.

(Fasal 4e: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program

Matrikulasi)

6.2 Pelajar yang didapati bersalah melakukan penipuan dalam mana-mana

peperiksaan akan dikenakan tindakan tatatertib dan boleh diberikan markah

kosong bagi kertas peperiksaan berkenaan atau diberikan gred F bagi mata

pelajaran berkenaan. Rayuan berhubung perkara ini tidak akan

dipertimbangkan.

(Akta 174: Kaedah 3j dan 7A)

5

PERKARA 7 : Pakaian dan Penampilan Diri

7.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej.

7.1.1 Pelajar Lelaki; (a) Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan

berseluar panjang (slack). Tali pinggang berwarna hitam/ gelap, tidak bercorak dan tidak melebihi 3 sm lebar sahaja yang dibenarkan manakala bagi kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan;

(b) Dikehendaki memakai kasut kulit/ PVC bertutup; dan

(c) Dilarang: i. berseluar pendek.

ii. berseluar jeans.

iii. berkemeja ‘Hawaii’.

iv. berbaju ‘T’.

v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal.

(d) Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.

7.1.2 Pelajar Perempuan;

(a) Dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk tubuh;

(b) Dikehendaki memakai kasut kulit/ PVC bertutup; dan

(c) Dilarang: i. berbaju ‘T’, ii. berseluar jeans, berskirt pendek dan berseluar pendek, iii. memakai sebarang jenis baju tanpa lengan dan ketat (mengikut

susuk tubuh). iv. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal, v. memakai sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan

bahagian muka. 7.2 Pelajar wajib memakai kot makmal/ baju bengkel, kasut bertutup dan

pelindung mata (sekiranya perlu) ketika berada di dalam makmal sains/

bengkel.

7.3 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum;

(a) Bagi unit beruniform, pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang

ditetapkan; dan

6

(b) Bagi sukan dan permainan atau kelab dan persatuan pelajar dikehendaki

memakai seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh

pihak kolej.

7.4 Pakaian semasa lawatan keluar kolej

Semasa mengikuti lawatan rasmi ke luar atas nama mana-mana pihak di kolej,

pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada Peraturan 7.1.1 dan

7.1.2 serta mempamerkan kad matrik.

7.5 Pakaian semasa keluar kolej (outing) (a) Pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk

tubuh; atau

(b) Pakaian formal/ baju ‘T’ kolej/ pakaian yang d ibenarkan oleh pihak kole j .

7.6 Sebarang penambahan, pengecualian dan pelepasan terhadap peraturan ini

adalah berdasarkan surat pekeliling kolej berkaitan dengannya. (Akta 174: Kaedah 6)

PERKARA 8 : Potongan Rambut, Misai, Janggut dan Bauk

(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian

Pelajaran Bil. 2/1976) 8.1 Semua pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang

ialah seperti berikut;

(a) di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua

telinga;

(b) di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengah dahi;

(c) di sisi - rambut menutup kedua-dua cuping telinga atau sebahagian daripadanya dan bauk melebihi paras tengah hidung; dan

(d) di atas - rambut tidak melebihi daripada 6 inci panjang.

8.2 Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya

dengan kemas.

8.3 Pelajar perempuan yang berambut panjang dinasihatkan mengikat atau

mendandankannya supaya kelihatan kemas.

8.4 Mewarnakan rambut dilarang sama sekali.

7

PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum

9.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum. (Akta 174: Kaedah 4)

9.2 Pelajar boleh memilih jenis kegiatan kokurikulum yang mereka minati. Walau

bagaimanapun, Unit Kokurikulum kolej berhak menentukan pengagihannya.

PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan, Kawasan dan Peralatan

10.1 Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan kolej selepas waktu pejabat,

pada cuti hujung minggu dan pada hari-hari cuti hendaklah mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberikan

kuasa oleh Pengarah kolej.

10.2 Setelah menggunakannya hendaklah diaturkan kembali segala perabot dan

peralatan seperti keadaan asalnya. (Akta 174: Kaedah 31)

10.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa pulang peralatan milik kolej tanpa

kebenaran pihak kolej.

10.4 Kehilangan/ kerosakan peralatan perlu dilaporkan segera kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jika berlaku kehilangan peralatan, pelajar dikehendaki untuk membuat bayaran ganti rugi mengikut nilai barang tersebut.

PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan

11.1 Kenderaan Kolej

(a) Penggunaan kenderaan kolej oleh mana-mana pihak hendaklah

mendapat kelulusan daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang

diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

(b) Pihak pentadbiran kolej berhak pada bila-bila masa membatalkan

sebarang tempahan terhadap penggunaan kenderaan kolej sekiranya

terdapat keperluan lebih penting oleh pihak kolej.

11.2 Kenderaan Luar

(a) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan luar tanpa

pengetahuan pihak kolej termasuk penyewaan kenderaan persendirian.

8

PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej 12.1 Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan

sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.

12.2 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa cara juga atau

melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang atau mengganggu

pergerakan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kolej. (Akta 174: Kaedah 45)

PERKARA 13 : Lawatan 14.1 Lawatan ke luar kolej

(a) Permohonan untuk membuat lawatan ke luar kolej hendaklah

dikemukakan kepada Pengarah kolej dalam tempoh seperti berikut;

i. bagi lawatan dalam negara - satu bulan sebelum tarikh lawatan; dan

ii. bagi lawatan ke luar negara - dua bulan sebelum tarikh lawatan. (Akta 174: Kaedah 13)

(b) Surat kebenaran rawatan kecemasan dan dokumen pengenalan diri

seperti kad pengenalan, pasport dan kad matrik hendaklah dibawa

bersama dan keselamatannya terjaga semasa membuat lawatan.

14.2 Menerima lawatan pihak luar ke kolej

(a) Pihak luar yang ingin membuat lawatan ke kolej perlu mendapatkan

kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang

diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

(b) Mana-mana pihak dalam kolej (termasuk individu) yang ingin menerima

dan membawa pihak luar melawat ke dalam kolej perlu memohon dan

mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej atau pegawai

lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

(c) Pihak luar yang ingin menginap di dalam kolej perlu mendapatkan

kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej atau pegawai lain yang

diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

(d) Pihak luar yang melawat ke dalam kolej yang ingin menjalankan sebarang

aktiviti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej

atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej. Salinan

surat kebenaran berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua

Jabatan Pengurusan Pelajar.

9

PERKARA 14 : Aktiviti-Aktiviti Kolej

14.1 Aktiviti/ program pelajar

(a) Sebarang aktiviti/ program pelajar sama ada di dalam atau di luar

kawasan kolej mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada

Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah

kolej.

(b) Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar hendaklah diiringi oleh

penasihat/ pensyarah sepanjang aktiviti/ program pelajar dijalankan.

(c) Pelajar adalah dilarang daripada mengadakan, menganjurkan dan

menyertai;

i. sebarang aktiviti yang bercanggah dengan keputusan yang telah

dipersetujui oleh Pengarah kolej; dan (Akta 174: Kaedah 9)

ii. aktiviti kongsi gelap, maksiat dan aktiviti lain yang menyalahi

undang-undang negara sama ada di dalam atau di luar kawasan

kolej. (Akta 174: Kaedah 3a)

14.2 Masa menamatkan semua aktiviti/ program dalam perkara 14.1 pada sebelah

malam ialah tidak lewat daripada jam 11.00 malam. Sebarang aktiviti yang

melewati masa tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah

kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej. (Akta 174: Kaedah 29)

14.3 Aktiviti riadah pada waktu petang perlu tamat 30 minit sebelum waktu

Maghrib.

PERKARA 15 : Menjemput Penceramah/ Pensyarah Luar 15.1 Mana-mana kelab/ pertubuhan/ persatuan pelajar yang ingin menjemput

perceramah/ pensyarah luar hendaklah mengikut peraturan;

(a) Kebenaran daripada Pengarah kolej hendaklah diperolehi terlebih dahulu

sebelum penceramah/ pensyarah luar itu dijemput memberi ceramah di

kolej.

(b) Penceramah/ pensyarah yang dijemput hendaklah terdiri daripada

pegawai kakitangan di Kementerian/ Jabatan Kerajaan dari Institusi

Pendidikan/ Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan;

10

(c) Penceramah/ pensyarah yang dijemput tidak boleh dalam kalangan ketua/

pemimpin atau ahli sebarang perkumpulan/ persatuan/ pertubuhan yang

tidak disetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia;

(d) Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara

yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif kelab/ pertubuhan/

persatuan yang menjemput dan tidak bercanggah dengan peraturan kolej

dan undang-undang negara; dan

(e) Semasa ceramah/ syarahan diadakan, pensyarah atau penasihat kelab/

badan/ persatuan yang berkenaan hendaklah hadir bersama dan

bertanggungjawab menyediakan dan menghantar laporan bertulis kepada

Pengarah kolej atau Bahagian Matrikulasi.

PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah/ Syarahan Yang Bukan Diadakan Oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelajar tidak dibenarkan menghadiri sebarang ceramah/ syarahan yang bukan

anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali dengan kebenaran Pengarah

kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

PERKARA 17 : Rawatan Perubatan 17.1 Pelajar yang memerlukan rawatan di pusat perubatan kerajaan hendaklah

mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej atau pegawai lain

yang telah diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

17.2 Kemudahan pengangkutan disediakan kepada pelajar bagi mendapatkan

rawatan kesihatan ke klinik kerajaan.

17.3 Pelajar dikehendaki menanggung sendiri kos keseluruhan perubatan jika

ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik/ hospital swasta dengan

persetujuan Ibu/ Bapa/ Penjaga.

17.4 Pelajar dibenarkan berada di bilik sakit setelah mendapat kebenaran secara

bertulis dari Pengarah kolej atau pegawai yang diberikan kuasa oleh

Pengarah kolej.

PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar, Menayang dan Memperdengarkan

Penerbitan Bercetak dan Bahan Bukan Bercetak 18.1 Tiada seorang pelajar dan tiada suatu pertubuhan, kelab atau kumpulan

pelajar boleh menyimpan, mendengar, menayang, menampal dan

memperdengarkan sebarang penerbitan sama ada bercetak atau bukan

bercetak seperti filem, kaset, audio, video dan lain-lain bahan bukan cetak

11

yang dilarang di bawah Akta Cetakan Negara dan Undang-Undang Negara

(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).

18.2 Sebarang bahan penerbitan bercetak dan bahan bukan bercetak yang

hendak diedarkan atau ditontoni atau diperdengarkan kepada pelajar

Program Matrikulasi perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada

Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

18.3 Semua urusan surat-menyurat yang menggunakan nama dan logo kolej yang

hendak dibuat edaran sama ada di dalam atau luar kawasan kolej hendaklah

dibuat melalui Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh

Pengarah kolej.

18.4 Percetakan sebarang jenis kad yang menggunakan nama dan logo kolej

yang hendak dibuat untuk edaran perlu mendapat kebenaran daripada

Pengarah kolej atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej. (Akta 174: Kaedah 12)

PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh terlibat dengan apa-apa jua

cara dalam sebarang aktiviti perjudian di dalam kolej. (Akta 174: Kaedah 17)

PERKARA 20 : Makanan dan Minuman Yang Dilarang

20.1 Seseorang pelajar tidak boleh minum atau ada dalam miliknya atau

jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman beralkohol di dalam kolej.

20.2 Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kolej

adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

20.3 Seseorang pelajar tidak boleh minum, makan atau ada dalam miliknya atau

jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman, makanan dan bahan-bahan

yang tidak halal di dalam kolej.

(Akta 174: Kaedah 18 dan 3b)

PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki atau dibawah jagaan atau kawalannya, atau mempamer, mengedar, melihat, menonton atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kolej.

(Akta 174: Kaedah 19)

12

PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah (Akta Dadah Berbahaya 1952)/ Racun (Akta Racun 1952)

22.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau

kawalannya apa-apa dadah atau racun.

22.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau

kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat

pihak berkuasa tatatertib adalah direka bentuk bagi memakan atau meminum

atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya

secara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau

racun.

22.3 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau

menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau

menawarkan apa-apa dadah atau racun kepada sesiapapun.

22.4 Tiada seorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap atau

menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau

dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

22.5 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang

seorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang

pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.

22.6 Pihak kolej berhak pada bila-bila masa meminta seseorang pelajar untuk

menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan perubatan.

22.7 Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil atau

menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalah

atas suatu kesalahan tatatertib.

(Akta 174: Kaedah 20)

PERKARA 23 : Larangan Merokok 23.1 Keseluruhan kawasan kolej adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah

Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997.

23.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau dibawah jagaannya atau kawalannya apa-apa hasil tembakau atau rokok atau rokok elektronik (vape).

23.3 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah direka bentuk bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan dengan apa-apa jua cara lain apa-apa hasil tembakau atau rokok.

(Akta 174: Kaedah 26)

13

PERKARA 24 : Membuli atau Mencederakan 24.1 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh membuli seorang pelajar

lain sama ada secara lisan atau bertulis atau perbuatan atau mana-mana dua atau lebih.

24.2 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh mendatangkan kecederaan atau kemudaratan kepada diri sendiri dan atau orang lain. (Akta 174: Kaedah 3a dan 3b)

PERKARA 25 : Bahan Letupan 25.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau

kawalannya apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api.

25.2 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api kepada sesiapapun mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957.

(Akta 174: Kaedah 3b dan 22)

PERKARA 26 : Mencuri/ Mengalih/ Meminda/ Mengubah Objek

Tiada seorang pelajar boleh mencuri/ mengalih/ meminda/ mengubah objek, harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu tanpa kebenaran.

(Akta 174: Kaedah 3h)

PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah

Tiada seorang pelajar boleh memusnah, merosak atau mencacatkan harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu lain atau harta benda yang berada di dalam kawasan kolej.

(Akta 174: Kaedah 3g)

PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan

28.1 Tiada seorang pelajar boleh berkelakuan kurang sopan terhadap mana-mana

pegawai, kakitangan yang bertugas di kolej atau pelajar lain.

(Akta 174: Kaedah 3a)

28.2 Tiada seorang pelajar dibenarkan berkelakuan tidak sopan pada setiap masa

dan di mana-mana tempat di dalam atau luar kawasan kolej.

14

PERKARA 29 : Berkahwin

Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum atau semasa tempoh pengajiannya. (Fasal 5h: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi)

PERKARA 30 : Rujukan Perubatan/ Hospital

30.1 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang

pihak kolej merujuk mana-mana pelajar jika didapati perlu menjalani apa-apa

rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta

Perubatan 1971.

30.2 Seseorang pelajar yang mempunyai masalah kesihatan serius perlu

mengistiharkan status kesihatan kepada Pengarah kolej atau pegawai yang

diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

PERKARA 31 : Keingkaran

Seseorang pelajar mestilah mematuhi atau tidak melanggar apa-apa arahan atau

kehendak yang dikeluarkan oleh Pengarah kolej atau mana-mana pegawai yang

diberikan kuasa olehnya. (Akta 174: Kaedah 26)

15

BAHAGIAN B

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran 1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ialah semua pelajar

Program Matrikulasi.

1.2 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan

dalam bentuk helai cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian

daripada peraturan ini. PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman 2.1 Semua pelajar Program Matrikulasi diwajibkan tinggal di kolej kediaman.

2.2 Tiada sesiapa boleh memasuki, menetap atau berada dalam bilik yang

diduduki pelajar kecuali pelajar menetap itu sendiri;

(a) dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi seseorang

kakitangan, pegawai, pekerja kolej yang memasuki bilik itu dengan

maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya, atau

bagi sesiapa yang memasukinya atau berada didalamnya mengikut

sesuatu kebenaran secara lisan atau secara bertulis oleh Pengarah

kolej; dan

(b) dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai

melarang seseorang pelajar menetap lain daripada jantina yang sama

untuk lawatan sosial. (Akta 174: Kaedah 27)

2.3 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk

menghalang, menentang atau menahan seseorang pegawai, kakitangan,

pekerja kolej daripada memasuki mana-mana bilik di kolej kediaman bagi

tujuan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab di bilik itu. (Akta 174: Kaedah 28)

2.4 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar blok kolej kediaman

masing-masing selepas jam 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang

diberi oleh Pengarah kolej atau pegawai yang diberikan kuasa oleh Pengarah

kolej. (Akta 174: Kaedah 29 & 30)

2.5 Pelajar yang menetap di sebuah kolej kediaman yang berkaitan tidak boleh

berada dalam premis kolej kediaman lain, melainkan dengan kebenaran Ketua

Felo/ Felo dan kebenaran itu direkodkan.

16

2.6 Penggunaan premis dan larangan-larangan;

(a) Seseorang pelajar menetap hendaklah menggunakan premis kolej

kediaman dengan cermat yang sewajarnya dan tidak melakukan sesuatu

yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan

benda atau kelengkapan yang ada di dalamnya;

(b) Seseorang pelajar bertanggungjawab untuk membuat aduan secara

bertulis terhadap sebarang bentuk kerosakan di kolej kediaman kepada

penyelia asrama.

(c) Sepanjang tempoh menggunakan premis kolej kediaman dan

kemudahan-kemudahan di dalamnya, seseorang pelajar menetap

hendaklah berhemat dan cermat bagi memastikan supaya ia tidak

menyebabkan apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau gangguan

kepada orang lain.

(Akta 174: Kaedah 31)

(d) Seseorang pelajar menetap sama sekali dilarang memasak di dalam

biliknya kecuali dalam bilik yang disediakan.

(Akta 174: Kaedah 31 (3))

(e) Seseorang pelajar menetap tidak boleh ada di dalam miliknya atau di

bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa jenis binatang di dalam

biliknya atau premis kolej kediaman.

2.7 Seseorang pelajar menetap yang telah diperuntukkan sesebuah bilik tidak

boleh menukar tempat tinggalnya ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat

kebenaran secara bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman.

(Akta 174: Kaedah 32)

2.8 Menjadi tanggungjawab pelajar menetap memaklumkan kepada felo

sekiranya rakan sebilik tidak berada/ bermalam di bilik penginapan lebih

daripada sehari (24 jam) tanpa sebab.

2.9 Arahan mengosongkan bilik atau berpindah;

(a) Seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu kolej kediaman mengikut

budi bicara dan kuasa mutlak pihak kolej;

(b) Pihak kolej boleh menghendaki seseorang pelajar menetap

mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat lain yang

disediakan oleh kolej pada bila-bila masa tanpa memberi sebab; dan

(c) Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan atau

berpindah dari tempat tinggalnya, ia hendaklah berbuat demikian dalam

tempoh yang ditetapkan oleh pihak kolej dan hendaklah dalam tempoh

itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya daripada tempat tinggal

17

yang ia dikehendaki mengosongkan atau dari tempat ia dikehendaki

berpindah.

(Akta 174: Kaedah 33)

(d) Pelajar perlu menyerahkan semula kunci dan peralatan yang diterima

dalam keadaan sempurna kepada penyelia asrama atau pegawai yang

diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

2.10 Semua pelajar wajib mengosongkan kolej kediaman semasa cuti semester

atau selepas menamatkan pengajian.

2.11 Borang Daftar Keluar Kolej Kediaman perlu diisi, disahkan dan mesti

diserahkan di Pondok Pengawal Keselamatan sebelum meninggalkan kolej

kerana tangguh pengajian/ berpindah/ berhenti pengajian/ selepas tamat

pengajian.

2.12 Felo atau mana-mana orang lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej

boleh, dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa

perintah atau arahan yang difikirkan perlu atau bermanfaat untuk

memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam kolej kediaman, dan

perintah atau arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau

seseorang pelajar tertentu, dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar

menetap yang diberi perintah atau arahan itu mematuhi dan

melaksanakannya.

(Akta 174: Kaedah 34)

PERKARA 3 : Pengesahan Kesempurnaan Bilik dan Kemudahan- Kemudahan di Dalamnya 3.1 Semua pelajar dikehendaki mengisi borang pengesahan kesempurnaan bilik

dan kemudahan asas yang disediakan. Borang tersebut hendaklah

dikembalikan dalam masa tujuh hari dari tarikh menetap di kolej kediaman.

3.2 Sebelum seseorang pelajar menyerahkan balik kunci biliknya kepada

penyelia asrama, ia hendaklah memastikan dan mengesahkan yang

keadaan bilik dan kemudahan asas yang disediakan dalam keadaan

sempurna. (Akta 174: Kaedah 31)

PERKARA 4 : Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat, Cuti Hujung

Minggu dan Cuti Am

Pelajar menetap yang memerlukan rawatan kecemasan atau sakit selepas waktu

pejabat, cuti hujung minggu atau pada cuti am hendaklah memberitahu Ketua Felo/

Felo dan jika perlu akan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

18

PERKARA 5 : Barangan Kepunyaan Persendirian 5.1 Pelajar menetap hendaklah menyimpan wang dan barang-barang kepunyaan

sendiri di tempat yang selamat. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab

atas sebarang kehilangan.

5.2 Segala pakaian (termasuk kasut) yang basah hendaklah disidai atau dijemur

ditempat yang disediakan. Sebelum dijemur di ampaian pastikan pakaian

basah diperah supaya air di pakaian tidak menitik pada pakaian orang lain di

tingkat bawah.

5.3 Semasa cuti semester atau semasa tidak lagi menetap di kolej kediaman

semua barang persendirian hendaklah dikeluarkan dari bilik.

5.4 Sekiranya pelajar hendak menumpangkan barang-barang persendirian

semasa cuti semester di dalam stor blok kolej kediaman perlu mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej atau Pengetua Kolej Kediaman.

Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan barang persendirian yang

ditumpangkan.

PERKARA 6 : Masa Memadam Lampu 6.1 Lampu utama bilik kolej kediaman hendaklah dipadamkan selewat-

lewatnya pada jam 12.00 tengah malam pada tiap-tiap malam. Walau

bagaimanapun, lampu meja boleh digunakan jika diperlukan.

6.2 Penggunaan bilik-bilik khas selepas jam 12.00 tengah malam perlu

mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Felo/ Felo.

6.3 Pelajar menetap hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas

angin jika tiada sesiapa di dalam bilik atau apabila meninggalkan bilik

masing-masing.

6.4 Pelajar terakhir menggunakan bilik khas bertanggungjawab memastikan

semua suis elektrik dan kipas di bilik berkenaan dimatikan.

6.5 Pelajar menetap dilarang membuat bising terutama selepas masa lampu

padam.

PERKARA 7 : Penggunaan Peralatan Elektrik 7.1 Pelajar menetap dilarang menggunakan peralatan elektrik seperti peralatan

audio visual, peti televisyen, perakam dan pemain video, peti sejuk, cerek,

dapur, periuk, pemanas air dan seterika di dalam bilik kolej kediaman.

7.2 Pelajar yang menggunakan cerek elektrik dan seterika elektrik hendaklah

menggunakannya di bilik ‘pantri’ atau bilik rehat blok kolej kediaman.

19

7.3 Pelajar menetap ditegah sama sekali membuat sambungan haram di dalam

bilik masing-masing untuk sebarang peralatan elektrik.

7.4 Radio dan peralatan audio hanya boleh digunakan sebelum jam 12.00 tengah

malam dan tidak mengganggu penghuni lain.

7.5 Pihak kolej akan mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab

menyebabkan kemalangan yang berpunca daripada sambungan haram dan

kerosakan alatan elektrik yang digunakan di bilik kolej kediaman masing-

masing dan apa jua kemalangan terhadap pelajar menetap lain yang

disebabkan oleh kecuaian atau mengingkari peraturan-peraturan kolej

kediaman yang telah diperuntukkan. (Akta 174: Kaedah 31)

PERKARA 8 : Menerima Tetamu 8.1 Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa tetamu memasuki mana-mana

kawasan blok kolej kediaman dan hanya boleh menerima tetamu di tempat

yang ditetapkan.

8.2 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya meninggalkan

kawasan kolej sebelum jam 7.00 malam.

8.3 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya kenderaan

diletakkan di tempat letak kereta yang disediakan sahaja.

8.4 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya tidak menjalankan

aktiviti dalam kawasan kolej tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah kolej

atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

8.5 Seseorang pelajar menetap adalah bertanggungjawab terhadap kelakuan baik

tetamu mereka dan memastikan semua peraturan kolej dipatuhi semasa

mereka berada di dalam kolej.

PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu/ Cuti Lain 9.1 Pelajar menetap dibenarkan bercuti dan berada di luar kolej dalam sesuatu

semester untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara mengikut tempoh

yang ditetapkan oleh kolej. Permohonan untuk tujuan itu hendaklah diisi

dalam borang khas/ dalam talian yang disediakan.

9.2 Borang permohonan/ permohonan secara dalam talian tersebut hendaklah

disampaikan kepada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang bertanggungjawab

untuk kelulusan pada masa yang ditetapkan.

20

9.3 Jika berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan seseorang pelajar

menetap itu berada di luar kolej, pelajar menetap yang berkenaan hendaklah

mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang

bertanggungjawab.

9.4 Ibu bapa atau waris yang ingin membawa pelajar keluar bermalam khas

perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Felo/ Felo/ pegawai yang

bertanggungjawab.

PERKARA 10 : Aktiviti di Blok Kolej kediaman 10.1 Semua aktiviti blok termasuk mesyuarat jawatankuasa blok kolej kediaman

hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Felo/ Felo.

10.2 Sebarang kejadian seperti kecurian, pergaduhan, pencerobohan orang luar,

aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan lain-lain hendaklah dimaklumkan kepada

Ketua Felo/ Felo bertugas dengan seberapa segera.

10.3 Sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman penghuni kolej

kediaman yang melibatkan bunyi bising dan tingkah laku di luar kawalan

adalah tidak dibenarkan.

21

BAHAGIAN C PERATURAN KAFETARIA

PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan dan Tambahan 1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang

sah berdaftar dan menetap di kolej kediaman.

1.2 Mereka yang mendapat kebenaran bertulis bagi menggunakan kafetaria atas

sesuatu tujuan seperti mengadakan majlis-majlis yang tidak bercanggah

dengan peruntukan peraturan kolej.

1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam

bentuk helai cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada

peraturan ini.

PERKARA 2 : Pakaian Semasa di Kafetaria

2.1 Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk tubuh.

2.2 Pelajar Lelaki Dilarang:

(a) berkain pelikat sarung; (b) berseluar jeans; (c) berseluar pendek; (d) memakai sebarang jenis baju tanpa lengan; (e) pakaian tidur (pijama); (f) seluar bermuda (seluar bersaiz tiga suku); (g) leggings ; dan (h) tuala.

2.3 Pelajar Perempuan Dilarang:

(a) berseluar jeans; (b) berseluar pendek; (c) memakai sebarang jenis baju tanpa lengan dan ketat (mengikut susuk

tubuh); (d) berkain batik atau pario; (e) pakaian tidur (pijama); (f) seluar bermuda (seluar bersaiz tiga suku); (g) leggings; (h) tuala; (i) skirt pendek; dan (j) berkain telekung.

22

PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria untuk Mengadakan Aktiviti 3.1 Mana-mana persatuan, kelab dan pihak lain di kolej yang hendak

menggunakan kafetaria sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti hendaklah

memohon dan mendapatkan kebenaran daripada Pengarah kolej atau pegawai

yang diberikan kuasa oleh Pengarah kolej.

3.2 Pelajar lelaki/ perempuan dibenarkan berada di kafetaria kolej kediaman

pelajar perempuan/ lelaki dari jam 7.00 pagi sehingga jam 7.00 malam.

Sekiranya penggunaan premis kafetaria ini melebihi waktu yang ditetapkan,

pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Felo/ Felo/ PPHEP/

KJPP.

3.3 Selepas menggunakan kemudahan di kafetaria, semua perabot hendaklah

disusun atur semula seperti asalnya.

(Akta 174: Kaedah 31)

3.4 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilik masing-masing kecuali

untuk rakan yang sakit.

PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli

Pelajar tidak dibenarkan berhutang dengan pihak pengurusan kafetaria.

(Akta 174: Kaedah 3b)

23

BAHAGIAN D PERATURAN PERPUSTAKAAN

PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan 1.1 Pelajar perlu memakai dan mempamerkan kad matrik di dalam perpustakaan.

Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada kad matrik.

1.2 Untuk menjaga kepentingan semua, pelajar dilarang berbual-bual dalam

kawasan perpustakaan melainkan di bilik perbincangan.

1.3 Merokok, makan dan minum adalah dilarang sama sekali.

1.4 Beg, payung, bungkusan dan sebagainya, tidak boleh dibawa masuk ke dalam

perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut

disediakan di pintu masuk. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab

terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut. (Laci-laci berkunci

boleh ditempah di Kaunter Perkhidmatan).

1.5 Pihak perpustakaan memerlukan kerjasama semua pelajar untuk memelihara

susunan perabot supaya kemas dan teratur.

1.6 Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul sampah yang

disediakan.

1.7 Pelajar hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan sebaik-baiknya ke

tempat asal atau di atas troli yang disediakan. Jangan longgokkan buku di atas

meja/ tempat membaca.

1.8 Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-alat lain yang

ditinggalkan di atas kerusi dan meja akan dipungut oleh pegawai bertugas.

Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang

hak milik perseorangan.

1.9 Pelajar mesti berpakaian kuliah pada waktu pejabat. Pakaian lain yang kurang

sesuai tidak dibenarkan di dalam perpustakaan.

1.10 Pegawai yang bertugas berkuasa mengarahkan seseorang pelajar

meninggalkan perpustakaan jika didapati mengganggu ketenteraman

perpustakaan.

1.11 Ketika hendak keluar dari perpustakaan, pelajar hendaklah menunjukkan

semua buku dan fail kepada pegawai yang bertugas di pintu keluar untuk

pemeriksaan.

1.12 ‘Buzzer’ akan dibunyikan sepuluh minit sebelum masa perpustakaan ditutup

dan semua pelajar dikehendaki meninggalkan perpustakaan apabila

24

mendengar isyarat tersebut. Urusan pinjaman dan mengembalikan buku tidak

dibenarkan selepas ‘buzzer’ dibunyikan.

1.13 Waktu rasmi untuk sebarang urusan perpustakaan adalah mengikut jam

kaunter perpustakaan.

1.14 Masa perkhidmatan perpustakaan boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Pengumuman akan diletakkan di papan kenyataan perpustakaan.

1.15 Perpustakaan dibuka kepada pelajar jam 8.30 pagi. Bagaimanapun, sekiranya

kuliah diadakan awal daripada waktu tersebut, pensyarah berkenaan boleh

memohon kepada pustakawan supaya membenarkan pelajar masuk.

1.16 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari

semasa ke semasa.

PERKARA 2 : Pendaftaran

2.1 Perpustakaan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada pensyarah,

kakitangan sokongan dan pelajar kolej sahaja.

2.2 Semua pelajar adalah ahli perpustakaan secara automatik.

2.3 Kad matrik pelajar akan digunakan pada setiap kali urusan pinjaman dan

pemulangan dibuat.

2.4 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari

semasa ke semasa.

PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman

Kemudahan pinjaman bagi pelbagai kategori pembaca adalah seperti berikut :- 3.1 Buku rak terbuka dan buku bertanda kuning boleh dipinjam dua buah buku

selama seminggu.

3.2 Buku bertanda merah

Sebuah buku dibenarkan untuk dipinjam selama dua jam. Pinjaman

semalaman dibenarkan dengan syarat buku dikembalikan sebelum jam

9.00 pagi pada keesokan harinya.

3.3 Bahan-bahan terbitan bersiri

Terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan di perpustakaan

sahaja.

25

3.4 Bahan rujukan

Bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan sahaja. Peminjaman

bahan-bahan rujukan yang tertentu selama satu minggu hanya dengan

kebenaran pustakawan. 3.5 Alat pandang dengar

Hanya pensyarah sahaja boleh meminjam alat pandang dengar. Tempohnya

akan ditetapkan oleh pustakawan. Pelajar-pelajar lain hanya boleh

menggunakanya di dalam perpustakaan sahaja. Pustakawan boleh

menggunakan budi bicara untuk membenarkan pinjaman alat pandang dengar

dibawa keluar dari perpustakaan atas alasan-alasan tertentu. 3.6 Peralatan

Peralatan seperti OHP, projektor filem slaid, radio, pemain video, kamera video

dan sebagainya boleh dipinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan dengan

mengisi borang khas dan mendapat kebenaran pustakawan. 3.7 Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan di dalam

perpustakaan kolej sahaja. PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman 4.1 Peraturan am pinjaman buku rak terbuka

(a) Bawa buku yang hendak dipinjam kepada kaunter pinjaman.

(b) Tunjuk kad matrik untuk identifikasi.

(c) Pastikan tarikh pulang dicap di dalam buku.

(d) Kembalikan buku sebelum atau pada tarikh pemulangan seperti yang

dicap pada buku.

(e) Peminjam boleh diminta untuk memulangkan buku-buku yang dipinjam

sekiranya diperlukan.

(f) Pinjaman antara perpustakaan boleh diuruskan.

4.2 Buku-buku bertanda merah

(a) Bagi buku-buku yang permintaannya tinggi, seseorang pelajar tidak

dibenarkan menempah sesebuah buku yang sama lebih daripada sekali

pada hari yang sama.

26

(b) Bahan-bahan yang ditempah mesti diambil oleh pelajar yang membuat

tempahan.

(c) Buku yang ditempah akan disimpan selama sepuluh minit dan akan

dipinjamkan kepada pembaca lain jika tidak diambil dalam jangka masa

tersebut.

(d) Penempahan untuk pinjaman satu malam boleh dibuat pada waktu-waktu

yang ditetapkan oleh perpustakaan, iaitu setengah jam sebelum

perpustakaan ditutup. Buku tersebut mesti dipulangkan dalam masa

setengah jam selepas perpustakaan dibuka.

4.3 Membaharui Pinjaman

Bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tarikh

pinjamannya kecuali ia telah ditempah oleh pelajar lain. Kembalikan buku yang

dipinjam supaya tarikh baharu dapat dicap.

4.4 Tempahan

(a) Bahan-bahan di perpustakaan boleh ditempah.

(b) Bahan-bahan yang telah ditempah akan disimpan selama lima hari dari tarikh notis penempahan dikeluarkan. Selepas tempoh ini, bahan-bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain.

(c) Pelajar boleh membaharui pinjaman melalui telefon dengan

mengemukakan nombor ahli dan judul buku.

(d) Membaharui pinjaman melalui telefon mesti dibuat sebelum tempoh pinjaman seperti dicatat di buku tamat.

4.5 Buku-buku yang melewati tarikh/ masa pemulangan

Pelajar akan didenda sekiranya lewat memulangkan buku.

4.6 Panggilan balik

Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjam tertakluk kepada

panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja

notis-notis untuk berbuat demikian diterima.

27

PERKARA 5 : Kehilangan dan Kerosakan 5.1 Buku

5.1.1 Pelajar yang menghilangkan/ merosakkan buku perlu melaporkan

kepada pustakawan dengan segera.

5.1.2 Pelajar perlu mengganti buku atau membayar harga buku mengikut

harga pasaran bagi setiap buku yang hilang/ rosak.

5.1.3 Jika buku yang hilang/ rosak terdiri daripada satu set/ siri, pelajar perlu

mengganti buku atau membayar dengan harga set buku tersebut.

5.1.4 Sekiranya pelajar mengganti buku judul yang sama (bukan fotokopi),

denda lewat masih dikenakan tetapi bayaran pengurusan tidak

dikenakan. 5.2 Peralatan/ Perisian

5.2.1 Pelajar yang menghilangkan peralatan/ perisian perlu membayar kos

peralatan/ perisian yang sama mengikut harga pasaran.

5.2.2 Kos pembaikan peralatan/ perisian yang rosak semasa dipinjam oleh

pelajar ditanggung oleh pelajar sendiri.

PERKARA 6 : Mencuri atau Mencacatkan Bahan-Bahan Perpustakaan

Mencuri atau mencacatkan buku dan bahan-bahan lain di Perpustakaan merupakan

satu kesalahan dan akan didakwa di bawah peruntukan Akta 174.

PERKARA 7 : Kemudahan Internet Perpustakaan 7.1 Peraturan menggunakan internet

(a) Semua pelajar kolej dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini.

(b) Kad matrik akan disimpan semasa menggunakan perkhidmatan internet

ini.

(c) Penggunaan dihadkan kepada masa satu jam sekali atas dasar ‘siapa

datang dahulu’.

(d) Lengkapkan borang pendaftaran perkhidmatan internet di kaunter

sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

(e) Penggunaan perkhidmatan ini atas tujuan pembelajaran, pengajaran dan

penyelidikan sahaja.

28

(f) Pengaksesan kepada bahan lucah atau berupa ancaman tidak

dibenarkan dan akan dikenakan tindakan.

(Akta 174: Kaedah 19)

(g) Muat turun hanya dibenarkan dengan menggunakan pemacu pena/

pemacu jari yang telah diimbas.

(h) Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan.

7.2 Hak/ Keistimewaan

(a) Akses internet bukanlah hak tetapi satu keistimewaan sahaja.

(b) Keistimewaan ini akan ditarik balik sekiranya pelajar didapati

menyalahgunakannya.

7.3 Tingkah laku musnah (Vandalisme);

(a) Tingkah laku musnah ialah satu tindakan yang tidak bertimbang rasa ke

atas perisian atau perkakasan komputer.

(b) Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang didapati bersalah. (Akta 174: Kaedah 3g)

29

BAHAGIAN E

JENIS-JENIS HUKUMAN

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh

dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-

mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali;

(a) amaran; (b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

(c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-

kemudahan kolej selama tempoh yang ditentukan;

(d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di kolej selama tempoh yang ditentukan;

(e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di kolej;

(f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian kolej selama tempoh yang ditentukan;

(g) pembuangan daripada kolej oleh pihak berkuasa tatatertib.

(Akta 174: Kaedah 48)

30

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi :

Pengarah Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Tel : 03 88844083 Faks : 03 88844028/ 03 88886864

Laman Sesawang : http://www.moe.gov.my