keluaran edisi ke 39 - mara.gov.my pendidik/2012/berita... · year 2012 dianjurkan bagi mewujudkan...

8
KELUARAN EDISI KE 39 M ajlis pelancaran ‘Malaysia Design Year 2012’ yang dianjurkan oleh Design Development Centre (DDEC) dengan usahasama KKTM Rembau telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh pada 20 Januari 2012 yang lalu. Majlis ini berlangsung di The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat, YBhg Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi Design Development Centre (DDEC), Yang Berhormat Datuk Md Othman Yusof. Malaysia Design Year 2012 dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan industri reka bentuk untuk memacu ekonomi ke arah status negara maju pada tahun 2020. Selain itu, dengan penganjuran program ini juga akan dapat menggalakkan penjanaan serta perkongsian ilmu berkaitan industri reka bentuk di antara penggiat industri reka bentuk tempatan dan antarabangsa. Antara pengisian program pelancaran Malaysia Design Year 2012 ini adalah pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh peragawati- peragawati profesional termasuk pelajar KKTM Rembau sendiri. Pakaian yang diperagakan adalah hasil senireka 15 pelajar-pelajar KKTM Rembau dengan 32 hasil rekaan. Selain daripada itu, tiga pelajar KKTM Rembau telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan Mural & Graffiti Penyampaian hadiah telah dilaksanakan semasa pelancaran tersebut. Tiga pelajar yang memenangi pertandingan ini adalah seperti berikut: Tempat Pertama (Hadiah RM 3, 000) Saudara Khairul Amran bin Ibrahim Sambungan di muka 1... Berita Pendidik39_mac2012.indd 1 3/29/2012 1:46:27 PM

Upload: vankhue

Post on 28-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KELUARAN EDISI KE 39

Majlis pelancaran ‘Malaysia Design Year 2012’ yang dianjurkan oleh Design Development Centre (DDEC) dengan usahasama KKTM Rembau telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh pada 20

Januari 2012 yang lalu. Majlis ini berlangsung di The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Turut hadir, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat, YBhg Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengerusi Design Development Centre (DDEC), Yang Berhormat Datuk Md Othman Yusof. Malaysia Design Year 2012 dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran tentang kepentingan industri reka bentuk untuk memacu ekonomi ke arah status negara maju pada tahun 2020. Selain itu, dengan penganjuran program ini juga akan dapat menggalakkan penjanaan serta perkongsian ilmu berkaitan industri reka bentuk di antara penggiat industri reka bentuk tempatan dan antarabangsa.

Antara pengisian program pelancaran Malaysia Design Year 2012 ini adalah pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh peragawati-peragawati profesional termasuk pelajar KKTM Rembau sendiri. Pakaian yang diperagakan adalah hasil senireka 15 pelajar-pelajar KKTM Rembau dengan 32 hasil rekaan.

Selain daripada itu, tiga pelajar KKTM Rembau telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan Mural & Graffiti Penyampaian hadiah telah dilaksanakan semasa pelancaran tersebut. Tiga pelajar yang memenangi pertandingan ini adalah seperti berikut:

Tempat Pertama (Hadiah RM 3, 000)Saudara Khairul Amran bin IbrahimSambungan di muka 1...

Berita Pendidik39_mac2012.indd 1 3/29/2012 1:46:27 PM

1

SIDANG PENERBIT

PENAUNGDatuk Ibrahim bin Ahmad

Ketua Pengarah MARA

PENASIHATLatipah binti Ahmad

PengarahBahagian Teknologi Pendidikan

KETUA PENERBITZalilah binti Mohamad

EDITORZulaikha binti Mohamed Ali

PEMBANTU EDITORIALKalsum binti Saari

PEREKA GRAFIKHaliza binti Abd Hamid

JURUFOTORamli bin Sudin

Che Ahmad Termizi bin Che AwangMohd Ashraff bin Lokman

Tengku Sharmizi bin Tengku SharifShahila Norddin

URUSAN EDARANHapipah binti Abd Wali

Mohd Irshad bin Jamaluddin

Berita Pendidik diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan 4 kali setahun. Sidang editor Berita Pendidik berhak meminda dan melakukan sebarang perubahan pada bahan/berita selagi tidak mengubah isi asalnya. Semua sumbangan yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak, tidak akan dikembalikan. Penerbit dan sidang editor juga tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan atau kerosakan bahan yang dikirimkan melalui pos. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat menyurat, rencana dan ulasan. Sebarang pertanyaan

hendaklah dialamatkan kepada :

Bahagian Teknologi Pendidikan MARATingkat 4,

Ibu Pejabat MARA50609 Jalan Raja Laut

Kuala Lumpur.

Tel : 03-26903645Fax : 03-26910075

Sambungan dari muka hadapan

Tempat Kedua (Hadiah RM 2, 000)Nor Amierah bt Ghazali

Tempat Ketiga (RM 1, 000)Muhammad Aizuddin bin Mazlan

KKTM Rembau juga telah membuka kiosk bagi tujuan promosi dengan mempamerkan hasil kerja pelajar-pelajar KKTM Rembau. Selain daripada itu, KKTM Rembau juga terlibat dalam persiapan dan perhiasan tempat sempena pelancaran ini.

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang Pertandingan Mural & Graffiti dan pelajar-pelajar KKTM Rembau yang terlibat dalam pertunjukan fesyen. Juga tahniah kepada semua staf dan pelajar-pelajar KKTM Rembau yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pelancaran ini. Ucapan tahniah dan penghargaan juga kepada DDEC kerana memberi peluang kepada KKTM Rembau dalam sama-sama menjayakan majlis pelancaran ini.

Berita Pendidik39_mac2012.indd 2 3/29/2012 1:46:30 PM

International Youth Invention Exhibition yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 10 feb-13 feb 2012 di Tainan, Taiwan.Tajuk Projek adalah “Salt Cell Alternative Source of Energy to Replace the Usage of Dry Cell “ telah memenangi Gold Medal.

Produk ciptaan 3 pelajar tingkatan 5 MRSM Terendak iaitu Mohd Syafiq Bin Abd Aziz, Muhammad Dhiyauddin Asyraf Bin Jalal dan Muhamad Nazmi Bin Mohamad Norrizal dan guru penasihat projek Puan Wan Rohila Binti Wan Hassan dan Mohd Firdause Bin Ab. Razak adalah berkeupayaan menghasilkan arus letrik dengan menggunakan garam biasa dan mampu menyalakan lampu hiasan selama 5 jam berterusan.

Kami cukup berbangga dengan kejayaan tersebut kerana saingan yang diterima dari penyelidik lain adalah cukup sengit. Lebih 1000 penyertaan diterima dipusingan awal dan hanya 300 produk terbaik sahaja yang terpilih ke pusingan akhir. IYIE 2012 yang berlangsung di Far East University, Tainan, Taiwan turut disertai oleh penyelidik muda dari Jepun,Korea, Kanada, Australia, Thailand, Vietnam, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, China dan Filipina .

2

Oleh : Puan Wan Rohila Binti Wan Hassan.

In conjunction with the 40th Anniversary of the formation of Maktab Rendah Sains MARA(MRSM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) in collaboration with Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) and A1 Niaga Sdn Bhd organized the Second MRSM

Innovation Day on 22nd March 2012 at German-Malaysia Institute, Bangi, Selangor.

The event consists of an innovation competition from all the 45 MRSM nationwide. The theme “Moving Innovation” aims to inculcate techniques of creating ideas into values. Continues on page 6...

Berita Pendidik39_mac2012.indd 3 3/29/2012 1:46:33 PM

3 4

INTERNATIONAL YOUTH INVENTION EXHIBITION (IYIE)

IYIE merupakan satu pameran dan pertandingan inovasi dan produk baru hasil daripada kreaviti belia di seluruh dunia. IYIE menggalakkan inovasi dan mewakili jiwa inovatif belia dan

IYIE telah membawa bersama, menggalakkan dan mempamerkan beribu-ribu rekacipta domestik dan antarabangsa. Untuk peryertaan IYIE, Unit Fizik Kolej MARA Kuala Nerang telah menganjurkan FIST Australia Science Engineering Fair (FASEF) pada 21 September 2011 di Dewan Badlishah, Kolej MARA Kuala Nerang. Produk dan penyelidikan yang dihasilkan oleh para pelajar KMKN dalam FASEF telah berjaya menarik minat juri professional kerana mempunyai nilai kreativiti dan keunikan serta berpotensi untuk mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Penyertaan pasukan dari Kolej MARA Kuala Nerang dalam pertandingan dan pameran ini dapat melonjakkan nama MARA di persada antarabangsa. Para peserta berpeluang untuk mempamer produk-produk inovasi dan bersaing dengan peserta lain dari seluruh dunia. Di samping itu para peserta berpeluang untuk berkomunikasi dan bertukar idea tentang projek inovasi. Program ini dapat dijadikan satu tanda aras standard inovasi antarabangsa.

OBJEKTIF PROGRAMMendedahkan dan membuka minda pelajar dan pensyarah •kepada standard inovasi /rekacipta antarabangsa . Menyediakan pelajar untuk bersaing di peringkat antarabangsa •terutama dalam bidang sains dan inovasi.Memberi keyakinan kepada pelajar-pelajar ke arah globalisasi •dengan menimba pengalaman dan pengetahuan baru yang

membolehkan kolej menjadi lebih cemerlang di peringkat antarabangsa.Meningkatkan pengetahuan pelajar dan pensyarah dalam bidang •penyelidikan dan inovasi dengan cara menimba pengetahuan melalui pemerhatian, penyertaan dan perkongsian pendapat. Memberi peluang untuk pelajar dan pensyarah berinteraksi •secara efektif dan produktif bersama rakan-rakan dari pelbagai latar belakang dan tradisi.

KEJAYAAN / IMPAKPengiktirafan / Anugerah Peringkat Antarabangsa

PENCAPAIANGold Prize1. Muhammad Yassin b Abdul Rahim2. Muhammad Syahidi b Safian

Silver Prize1. Ibrahim Fikry Bin Abd Nasir2. Muhammad Hanif Bin Ghazali

Invention Instructor AwardPuan Nabilah bt Hashim – Pensyarah KM Kuala NerangEncik Wan Ahamad Azran b W Salleh

PROJEKWater Energized Pump (WEP)

Buoyant Energy Generator(BEG)

BIL1.

2.

3.

Berita Pendidik39_mac2012.indd 4 3/29/2012 1:46:35 PM

3 4

Three projects from UniKL won 3 medals at the Malaysia Technology Expo 2012 (MTE). It was held at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur from February 16 till 18 February 2012. The medals

included 1 silver and 2 bronze.

The project entitled `Advance Paper Shredder` from UniKL IPROM won a silver medal in the category of Commercial, Industrial and Office Equipment, while the other two projects from MIIT, UniKL City Campus`Mobility Android Mobile System` and `Development of Wireless Mobile Robot Car Using Video Technology Wireless Management System` managed to grab bronze medal under the category of Electric – Electricity – Computer Science – Radio TV – Telecommunications.

The participation of the teams was coordinated by IRPS together with Innovation Unit of MARA. This annual event was to showcase the latest R&D and technology as well as creating exposure and market opportunities for the latest technology based product designs and solution services. The event featured the latest inventions and innovations by universities, research institutions, individual inventors and corporate sectors from Asian and European countries. It was a perfect meeting point for business and research organizations to

AT MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2012 (MTE 2012)

exhibit their latest inventions and compete with their competitors in the technology based industries. Congratulations to all involved in the event. You have done us proud. Medals List:SILVER: UniKL IPROM - Advanced Paper Shredder

Mohd. Ansar Bin Ismail•Fairuz Mazwa Binti Harizal•Amanuddin Bin Mohd. Noor•Jaronie Bin Mohd Jani•

BRONZE: MIIT, UniKL City Campus - Mobility Android System (MARS)

Sirajul Fikri Bin Zainul Nahar•Robiah Binti Hamzah•

BRONZE: MIIT, UniKL City Campus - Development Of Wireless Mobile Robot Car Using Video Technology Wireless Management System

Dr. Mohd Nazri Bin Ismail •Sayed Aziz Bin Sayed Hussin•Hannah Binti Sofian •Sufhian Bin Mohd Dzin•

Berita Pendidik39_mac2012.indd 5 3/29/2012 1:47:07 PM

Urusan Kerjaya, Bahagian Teknologi Pendidikan telah membuat lawatan kerjaya ke UniKL RCMP pada 7 dan 8 Mac 2012. Lawatan ini bertujuan bagi mengumpulkan maklumat kerjaya

dalam bentuk video dan gambar. Bahan-bahan kerjaya ini akan disunting dan akan dimuatnaik ke blog Laluan-Kerjaya.blogspot.com untuk rujukan pelajar.

Antara kakitangan yang sempat ditemubual termasuklah doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G), Dr. Syed Rahim bin Syed Hamid, doktor pakar Kesihatan Awam, Dr. Ku Yusuf bin Engku Ismail dan

5

ANTARA MARA DAN BRUNEL UNIVERSITY, UK15 MAC 2012, KKTM BERANANGANJURAN BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA

KE UniKL ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK (RCMP)

Majlis Menandatangani MoU ini ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Tuan Hj. Abd. Rahim bin Abd. Ghani dan Pro-Vice Chansellor Brunel University,

Prof. Geoff Rodgers yang disaksikan oleh Tn. Haji Fadzil bin Ghazali, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan Prof. John Stonham, Senior Tutor, School of Engineering & Design, Brunel University. Turut menyaksikan adalah YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan Mr. Chris Chang, Director of Academic

Services, Brunel University. Pada masa ini, seramai 6 orang pelajar lepasan KKTM telah menyambung pelajaran ke peringkat Master of Engineering di dalam beberapa bidang seperti Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik di Brunel University. Pelajar ini telah ditawarkan kemasukan terus ke tahun dua setelah proses pemetaan silibus dilakukan antara KKTM dan universiti tersebut. Pelajar cemerlang yang terpilih adalah lepasan dari KKTM Pasir Mas, Petaling Jaya, Kuantan dan Balik Pulau.

doktor pakar Pediatrik, Dr. Muhammad Hadhrami bin Mohd Hussain dan Pakar Radiografi, En. Yussri bin Jemenin. Pelajar-pelajar juga sempat ditemubual bagi menceritakan pengalaman mereka belajar di RCMP. Kami diberikan kerjasama penuh oleh pelajar Kursus Perubatan dan Radiografi semasa sesi temubual berjalan.

Kami sempat membuat rakaman di beberapa kemudahan RCMP seperti Makmal Radiografi, Makmal Perubatan, Taman Herba, Muzium Pathalogi dan juga perpustakaan.

Oleh : Encik Ahmad Zaihan bin Ismail

Berita Pendidik39_mac2012.indd 6 3/29/2012 1:47:18 PM

6

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sedang berusaha membangunkan program e-Learning MARA. Salah satu komponen penting dalam program ini ialah pembangunan

bahan e-Learning dalam bentuk Learning Object (LO).

Pemilihan topik untuk dijadikan LO telah dikenal pasti berdasarkan kajian analisis keperluan pendidik dan pelajar terhadap tajuk dalam semua mata pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) dan Institut Kemahiran MARA ( IKM ). Maklum balas yang diperlukan untuk setiap topik adalah tahap kesukaran pendidik memberi penerangan secara verbal, visual , demonstrasi atau mengeksperimenkan dalam kelas/makmal dan tahap kesukaran penerimaan pelajar kepada topik yang diajar oleh pendidik.

Kerjasama daripada Bahagian Kemahiran dan Teknikal ( BKT ) dan IKM,KL menjayakan bengkel ini akan membantu mencapai wawasan

BAGI PENGAJAR IKM KUALA LUMPUR.

BTP iaitu menghasilkan bahan P&P yang lebih berkualiti, di samping menyahut cabaran bagi mempertingkatkan tahap pembelajaran generasi akan datang. Inovasi ini membolehkan MARA mengorak langkah dalam menyampaikan bahan P&P menggunakan pendekatan Information and Communication Technologies ( ICT ) sekaligus menjadi hub pembangunan bahan.

Bengkel ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan oleh unit e-Learning. Seramai 12 peserta dari IKM KL yang menghadiri bengkel ini pada 12 Mac 2012 sehingga 6 April 2012. Di antara tajuk-tajuk yang menarik ialah Instructional Design & Model , Instructional Strategies & Methos, Gine Nine Events of Instructions, Penulisan Content Script Learning Objects, Raptivity , Lecture Maker , Photoshop , Flash dan Pembangunan LO. Penceramah-penceramah dan para fasilitator bengkel ini terdiri daripada unit e-Learning Bahagian Teknologi Pendidikan yang diketuai oleh Dr Rosnah Md Saad.

From page 2 ...

More than 27,000 students have been exposed to the thinking tools of innovation by their trained teachers. The pinnacle of the program was the competition event of this MRSM Innovation Day and the main prize was the MRSM PERDANA INNOVATION THROPHY. On the same day , MRSM innovators was also held. The MRSM founder, En Wahab Alwi, ex-MRSM student En Yusoff Sulaiman, the CEO of MIGHT and ex-MRSM student En Husni Salleh, the CEO of Teraju gave their experiences and tips for innovation. An Imspiration Speech by ex-MRSM student YBhg Dato Sri Shazalli Ramli, CEO of Celcom Axiata , titiled “SMS to Innovators” was also given. The closing speech was delivered by the Chairman of MARA, YBhg Dato’ Seri Idris Jusoh.

Berita Pendidik39_mac2012.indd 7 3/29/2012 1:47:32 PM

LAGU KORPORAT MARA -

Pada 1 Mac 2012 , Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyambut Hari MARA ke – 46 Bertemakan ‘Transformasi Memartabatkan Bangsa’, Majlis Perasmian Sambutan Hari MARA ke-46 ini turut

dimuatkan dengan Pelancaran Lagu Korporat MARA yang baru bertajuk AMANAH RAKYAT. Lagu korporat MARA yang baru merupakan suara hati yang menggambarkan laluan perjuangan, harapan dan keyakinan sebuah organisasi unggul, Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk terus membawa anak bangsa yang berdaulat mara ke persada dunia sehingga menuju ke puncak kecemerlangan.

Ungkapan keramat ‘AMANAH RAKYAT’ yang dizahirkan pada tahun 1966 dahulu kini terus dijunjung oleh MARA. Atas tanggungjawab ‘Demi satu amanah mulia ’ inilah, maka ramai para cendekia dan usahawan cemerlang dilahirkan oleh MARA. Masa hadapan terus digapai dengan bersemangat perintis, penuh tekad dan keyakinan bagi mengharungi era globalisasi yang semakin mencabar kini.

MARA akan terus menjadi obor untuk rakyat. Nama yang kekal kukuh dan terpateri di hati sanubari anak bangsa terdahulu dan generasi masa kini, menjadi lambang kejayaan untuk melindungi bangsa dan Negara selamanya sejajar dengan hasrat… AMANAH RAKYAT.Diilhamkan oleh Dato’ Mohd Nasir Mohamed, lirik lagu AMANAH RAKYAT di cipta oleh Mohd Khirin Omar bersama Dato’ M.Nasir Mohamed dan di nyanyikan oleh Sharifah Zarina Wan Hasan. - http://ewarta.mara.gov.my

AMANAH RAKYAT

DEMI SATU KEUNGGULANBANGSA YANG BERDAULATSEBUAH LAMBANG MENAWAN PUNCAK JAYAPERKASA DI PERSADA DUNIA

OBOR PARA CENDEKIAMERENTAS MASA HADAPANUSAHAWAN JAYA TERCIPTA BAHAGIAMAJU MARA MAJU JAYA

MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH RAKYATMEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARABERSEMANGAT PERINTIS PENUH YAKINDEMI SATU AMANAH MULIA

MARA PERKASA, MENJUNJUNG AMANAH RAKYATMEMAYUNGI BANGSA DAN NEGARAPENUH KEYAKINAN DEMI SATUAMANAH MULIA

LAGU : DATO’ MOHD NASIR MOHAMEDLIRIK : MOHD KHIRIN OMAR DAN DATO’ MOHD NASIR MOHAMED

- SEKOLAH-SEKOLAH ASEAN 2012

Pertandingan Debat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) – Sekolah-sekolah ASEAN merupakan pertandingan debat antara MRSM yang terpilih melalui pertandingan debat MRSM

– Se-Malaysia, dan sekolah-sekolah jemputan dari negara-negara ASEAN. Pertandingan ini julung-julung kali diadakan pada tahun 2012 selaras dengan usaha MARA untuk menjadi kan MRSM sebagai trend setter dalam pendidikan global. Debat MRSM- Sekolah-sekolah ASEAN dilihat sebagai satu program yang dapat menggalakkan pemikiran kreatif , kritis dan analitikal pelajar, serta menaikkan taraf debat MRSM pada peringkat antarabangsa memandangkan MARA/MRSM adalah dalam usaha untuk meneroka program pengantarabangsaan.Pertandingan debat ini akan dijalankan mengikut format ‘ala parlimen ASIA ( Asian Parliamentary Debate* )’ dan menggunakan system power match Swiss bracket, seperti yang digunakan untuk Pertandingan Debat Asia Antara Universiti ( ALL ASIAN UNIVERSITY DEBATING CHAMPIONSHIPS). * http://debatepedia.idebate.org ** en.wikipedia.org/wiki/United_Asian_Debating_Championships

Objektif :-1. Menjadikan Pertandingan Debat MRSM – Sekolah-sekolah ASEAN sebagai pertandingan debat yang berprestij dalam kalangan MRSM – Sekolah-sekolah ASEAN2. Memperkenalkan dan menarik minat pelajar dalam debat ala parlimen seperti yang dilaksanakan pada peringkat antarabangsa.3. Meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif, kritis dan analitikal, menganalisis isu dengan tepat, serta dapat mengutarakan idea secara logik, rasional dan meyakinkan.4. Membentuk forum of nation building, bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan dan jaringan kerjasama dalam bidang pendidikan dalam kalangan generasi muda.

Tarikh : 9 - 14 Jun 2012Tempat: MRSM Felda Trolak

INFORUANGAN

Berita Pendidik39_mac2012.indd 8 3/29/2012 1:47:32 PM