kementerian kesihatan malaysia edisi 3 / 2018...

27
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Edisi 3 / 2018 Penyayang * Profesionalisme * Kerja Berpasukan

Upload: vanngoc

Post on 14-Mar-2019

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Edisi 3 / 2018

Penyayang * Profesionalisme * Kerja Berpasukan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera

B ersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi Buletin Kejururawatan edisi ketiga

tahun 2018 berjaya diterbitkan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan

khususnya kepada sidang redaksi e-Bulletin. Penerbitan e-Buletin Bahagian

Kejururawatan ini amat jelas memperlihatkan komitmen, kerjasama antara

wargakerja dalam usaha memaparkan aktiviti-aktiviti ilmu samaada diperingkat ibu pejabat maupun

kolabrasi dengan bahagian lain atau pun di peringkat antarabagsa, semoga usaha ini terus giat

di jalankan bagi memenuhi aspek keperluan serta merangkumi proses penyampaian pengetahuan dan

pengurusan pengetahuan (knowledge management), peningkatan kemahiran ini berhubung kait dengan

pengurusan kesihatan, peningkatan kompetensi, potensi diri serta intelek supaya lebih berkebolehan

dalam melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.

Akhir kalam, Semoga niat dan usaha murni ini akan diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya sumbangan

dan perkongsian keilmuan dan aktiviti ini amat diperlukan bagi memastikan Bahagian Kejururawatan terus menjadi

peneraju dalam perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

PN. HJH. TUMBLE BINTI NGADIRAN @ TOMBLOW Pengarah Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Sekapur Sirih

Perutusan Ketua Editor

S aya melahirkan rasa bangga dan sekalung tahniah diucapkan

kepada seisi warga Sidang Redaksi Bahagian Kejururawatan

yang telah pun berjaya menghasilkan edisi terbaru e-Buletin bagi peng-

gal ketiga 2018. Dalam edisi ini banyak program yang telah dijalankan

seperti aktiviti kolabrasi seperti 1st

National Nursing Infection Control

Conference ( Nursing Division & Infection Contol Unit, MOH) , 23rd

Joint

Malaysian–Singapore Nursing Conference 2018 ( Malaysian Nursing Di-

vision, Ministry of Health & Singapore Nursing Division, Ministry of

Health ), Sambutan Hari Raya Peringkat Bahagian Kejururawatan serta

Team Building Bahagian Kejururawatan. Selain itu juga setiap unit telah pun menjalankan program/

latihan serta bengkel untuk meningkatkan kompetensi warga kerja di unit masing-masing serta

penglibatan jururawat yang berada dilapangan.

Segala usaha dan kesungguhan dalam menyumbangkan idea dan informasi daripada semua warga

kerja Bahagian Kejururawatan amatlah dihargai. Oleh itu bagi memantapkan lagi usaha penerbitan e-

Buletin dimasa akan datang Bahagian Kejururawatan, pihak kami juga mengalu alukan input daripada

negeri-negeri berkaitan aktiviti / idea /artikel / rencana Kejururawatan untuk dikongsikan bersama .

Sekian, terima kasih

GOWRY NARAYANAN

Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan Cawangan Dasar Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Penasihat

Pn. Hjh. Tumble Binti Ngadiran @ Tomblow

Ketua Editor

Pn. Gowry Narayanan

Editor

Pn. Saibiah @ Salbiah binti Sindot

Pn. Wan Haslinda binti Wan Hassan

Pereka Grafik

En. Hairulnizam bin Yusoff

LAWATAN PEMANTAUAN PENEMPATAN PELATIH PROGRAM KEJURURAWATAN IPTA/IPTS DI FASILITI KESIHATAN KKM PADA

2 - 3 JULAI 2018 (HOSPITAL PORT DICKSON & HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BHARU)

L awatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan memastikan pelajar Kejururawatan Universiti Awam

(UA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mencapai objektif latihan klinikal yang ditetapkan. Selain itu

memastikan pihak UA/IPTS mematuhi garis panduan Penggunaan Fasiliti KKM 2015 serta standard Operating Prosedure for

Approval /Accreditation of Nursing Programmes disamping itu juga pelajar mendapat latihan klinikal yang

komprehensif dan teratur bagi melahirkan graduan yang kompeten.

KPJH dan Jururawat Klinikal bersama

Pelatih Hospital Port Dickson

Taklimat kepada pelatih Damai Service

Hospital (DSH)

Demonstrasi Hand rub oleh Jururawat

Pelatih

Sesi Soal Jawab bersama Jururawat Pelatih Hospital

Sultanah Aminah Johor Bharu.

Sesi Pebincangan Penolong Pengarah Kejururawatan

Kanan, Bahagian Kejururawatan, KKM Klinikal dan

Ketua Jururawat Wad .

LAWATAN PEMANTAUAN PENEMPATAN PELATIH PROGRAM KEJURURAWATAN UA/IPTS DI FASILITI KESIHATAN KKM PADA

23 JULAI 2018 (HOSPITAL KUALA LUMPUR)

Pemantauan pelatih dari UITM dan Kolej MAHSA

Engagement session

Riang-Ria Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

Bahagian Kejururawatan

4 Julai 2018

Pemenang pertandingan Pengadil memberi permarkahan Hidangan yang dipersembahkan

G aya hidup masyarakat yang semakin moden menyebabkan promosi makan secara sihat

menjadi mencabar dan memerlukan pelbagai strategi dan pendekatan bagi meningkatkan

keberkesanannya. Dengan itu, pertandingan ini merupakan salah satu strategi yang dapat

membantu menyediakan persekitaran yang menyokong masyarakat mengamalkan makan secara

sihat.

Pertandingan Penyediaan Makanan Sihat telah disertai oleh dua orang wakil dari setiap unit dari

Bahagian Kejururawatan dimana terdapat sebanyak 12 penyertaan.Tema pertandingan penyediaan

makanan sihat ialah “Aku yang masak,Kau yang suka”

Objektif:

1)Memupuk kesedaran mendalam mengenai cara penyediaan makanan sihat.

2)Membentuk pekerja yang anggun, berketerampilan menarik dengan amalan makanan sihat.

3)Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

Pertandingan di adili oleh 2 orang pengadil yang dilantik dimana penilaian juri adalah berdasarkan

kepada hidangan

makanan yang sesuai, kreativiti hidangan, rasa, kebersihan, hiasan meja dan kerjasama dalam

kumpulan.

Peserta Pertandingan

LAWATAN PENANDA ARAS

JAWATANKUASA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM(EKSA)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KUALA LUMPUR (IPGKBM) KE ZON KEJURURAWATAN

PADA 12 JULAI 2018

Tarikh:12 Julai 2018

Masa : 10.00 pagi

Jumlah Peserta: 18-20 orang

Objektif lawatan:

Mempelajari dan mendapatkan pendedahan berkenaan amalan-amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh Bahagian

Kejururawatan dalam membudayakan EKSA di kalangan warga bahagian khususnya.

LAWATAN PERTANDINGAN INOVASI DARIPADA PERBADANAN PUTRAJAYA

Tarikh : 12 Julai 2018

Masa : 11 pagi

Jumlah : 6 orang

Objektif lawatan:

Untuk penilaian pemarkahan bagi pertandingan kitar semula peringkat Kebangsaan anjuran Perbadanan Putrajaya

WORKSHOP FOR NURSES : EVIDENCE BASED PRACTICE

16-17 JULAI 2018 ( PUTRAJAYA )

T ujuan bengkel ini adalah untuk memberi kemahiran kepada peserta dalam mencari input dari

sumber-sumber yang berkaitan dan pendedahan penggunaan evidence based practice dalam

setiap amalan klinikal supaya proses penilaian klinikal dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan

efisien. Ceramah dan sesi perbincangan dikelolakan oleh penceramah jemputan Prof. Dr. Khatijah Lim

binti Abdullah. Setiap kumpulan membuat pembentangan dan sesi soal jawab bersama penceramah di

akhir bengkel ini.

Perbincangan bersama penceramah Kerja kumpulan

Perbentangan kerja kumpulan Sesi bergambar bersama penceramah dan AJK

PROGRAM TEAM BUILDING BAHAGIAN KEJURURAWATAN (27-29 Julai 2018)

K elab Sukan dan Kebajikan BKj telah menganjurkan acara riadah semasa program Team Building dengan kerjasama

dari Redma Recreation Sport Centre bertempat di D’Village Ayer Keroh Melaka. Aktiviti riadah pada hari pertama

ialah aktiviti integrity explorace challenge di mana ia dimulai dengan ice breaking pada awal pagi dan diikuti dengan

acara lasak disebelah petang seperti kayaking, water confident, rafting , flying fox dan 4 Check Point Games. Aktiviti- akitiviti

yang dijalankan amat menyeronokkan dimana ianya dapat mengeratkan siratul rahim diantara warga BKj dan ia juga

mampu menguji daya ketahanan diri warga BKj. Pada sebelah malamnya pula warga BKj diraikan dengan acara makan mal-

am, majlis persaraan, penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan penyampaian hadiah kepada warga BKj yang

telah berpindah keluar. Pada hari terakhir sebelum warga BKj pulang ke destinasi masing-masing, majlis diakhiri dengan ce-

ramah motivasi bertajuk Ke arah Budaya Kerjaya Cemerlang dimana ia disampaikan oleh wakil Redma Recreation Sport

Centre.

KURSUS MINDA SIHAT DIKALANGAN JURURAWAT PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE),

ALOR GAJAH, MELAKA

30 – 31 JULAI 2018

Peserta kursus terdiri dari 31 orang jururawat dari pelbagai kategori dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Objektif kursus ialah :-

1) Memberi pendedahan kepentingan minda sihat dikalangan jururawat.

2) Memberi pendedahan dan latihan cara-cara mengurangkan stress ketika bekerja.

3) Meningkatkan kemahiran dalam komunikasi interpersonal secara berkesan.

4) Meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah dan daya tindak.

5) Membentuk kemahiran dalam menggunakan teknik relaksasi.

Pengarah Kejururawatan bersama Urusetia Kursus Minda Sihat.

Pengarah Kejururawatan bersama Peserta-peserta

Peserta kursus sedang tekun melakukan aktiviti dengan dipantau oleh Fasilatator.

Peserta dengan hasil aktiviti.

BENGKEL PENGENDALIAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT JURURAWAT (SPMJ) 2018

31 JULAI 2018 , 1 & 2 OGOS 2018 (PUTRAJAYA)

Objektif:

1) Memberi latihan kepada peserta terutamanya pengguna baru mengenai cara mengendalikan Sistem Pengurusan

Maklumat Jururawat (SPMJ) secara online;

2) Mempertingkatkan kemahiran pengguna dalam memproses maklumat pelajar-pelajar kejururawatan secara online.

3) Meningkatkan kefahaman tentang fungsi-fungsi utama yang terdapat dalam SPMJ.

4) Berkongsi isu dan cabaran semasa mendaftarkan maklumat pelatih ke dalam SPMJ.

Para Peserta Bengkel SPMJ yang terdiri daripada ILKKM, UA dan IPTS

Ahli Jawatan Kuasa Bengkel SPMJ 2018 Sesi Ceramah SPMJ yang disampaikan oleh

PRE CONFERENCE & 1ST NATIONAL NURSING INFECTION CONTROL

CONFERENCE

TEMA : WAR AGAINST SEPSIS : THE FIGHT WE CAN’T AFFORD TO

LOOSE CONFERENCE

( 31 JULAI 2018— 2 OGOS 2018 )

P ersidangan ini melibatkan seramai 442 peserta yang terdiri di kalangan Pegawai Perubatan, Jururawat, serta Pembantu

Pegawai Perubatan. Pada 31 Julai 2018 Pre workshop telah diadakan dan disertai oleh 188 orang jururawat dari seluruh

Malaysia. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Perubatan ) Malaysia YBhg Dato’ Dr Azman Bin

Abu Bakar dan seramai 19 orang penceramah telah dijemput. Objektif persidangan Memastikan jururawat dan anggota

kesihatan memahami peranan mereka dalam kawalan jangkitan yang merupakan sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan

dan pencegahan jangkitan.

Penyampaian Hadiah

Sesi media

Acara Perasmian

Sesi soal jawab dari peserta

Lawatan VIP ke tapak pameran Peserta Conference

Barisan Panel Penceramah dan AJK

Pendaftaran Peserta

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGURUS WAD 13-17 OGOS 2018

B engkel ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran klinikal dan sikap yang positif dikalangan Ketua

Jururawat/ Penyelia Jururawat dalam pengurusan wad. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kejururawatan Malaysia

dan dihadiri oleh 40 orang Jururawat dari setiap negeri. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) turut hadir dan

menyampaikan ceramah bertajuk Attributes of Competent Ward Manager.

Modul kursus ini meliputi hampir semua tugas pengurus wad dimana ia disampaikan dalam bentuk ceramah dan pembentangan kertas

kerja hasil kerja kumpulan.

Tempat : IPK Bangsar Kuala Lumpur.

Sesi bergambar bersama peserta kursus

Permarkahan

Perbincangan kerja kumpulan

SESI PERBINCANGAN DATA ANALISA & PENULISAN LAPORAN KAJIAN DOKUMENTASI KEJURURAWATAN (SBARe) UNTUK JURURAWAT

16-17 OGOS 2018 ( PUTRAJAYA )

P erbincangan ini adalah bertujuan untuk menganalisa data-data yang diperolehi dari 9 buah hospital

kerajaan yang terlibat dalam projek Rintis Dokumentasi Kejururawatan (SBARe) dimana data ini adalah

untuk dibentangkan kepada Pengarah Kejururawatan. Hasil dari data yang diperolehi akan memberi

rumusan kepada cara/kaedah dokumentasi yang akan di guna pakai oleh semua jururawat di lapangan.

Perbincangan bersama Pengarah Kejururawatan

Sesi bergambar bersama AJK

LAWATAN PEMANTAUAN PENEMPATAN PELATIH PROGRAM KEJURURAWATAN UA/IPTS DI FASILITI KESIHATAN KKM PADA 20 OGOS 2018

( HOSPITAL BANTING )

LAWATAN PEMANTAUAN PENEMPATAN PELATIH PROGRAM KEJURURAWATAN IPTA/IPTS DI FASILITIS KESIHATAN KKM PADA 7– 8 OGOS 2018

( HOSPITAL UMUM SARAWAK & HOSPITAL SENTOSA )

Sesi perbincangan bersama Pelatih Kejuru-

rawatan Hospital Banting Engagement session

Sesi perbincangan bersama Pelatih

Kejururawatan Hospital Sentosa

Staf kejururawatan Hospital

Sentosa

Sesi perjumpaan bersama Pengarah

Hospital Umum Sarawak & Penyelia

Jururawat

Sesi perbincangan bersama pelatih

Kejururawatan

Sesi soal jawab

Pemantauan di lakukan oleh Matron Haslina Jamaluddin dan Matron Rosfazila Roslan. Dimana pertemuan ini

melibatkan pelajar dari IASM seramai 8 orang pelatih dan 1 orang Pengajar Klinikal.

Pemantauan pelatih dari Universiti Institut Teknolgi Malaysia (UITM) dan Kolej International College of Advanced

Technology (ICAT) Sarawak

KURSUS AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DAN CARA MENJAWAB NCR/OFI

BILIK MESYUARAT UTAMA ARAS 3 BAHAGIAN KEJURURAWATAN

29 OGOS 2018

K ursus dijalankan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan yang baru dan lama yang di lantik

sebagai Juruaudit dalaman versi ISO 9001:2015. Kursus ini bertujuan untuk memastikan Juruaudit dalaman

telah di beri latihan dan mendapat sijil perlantikan sebelum audit MS ISO 9001:2015 yang akan diadakan pada bulan

November 2018. Selain dari memperolehi kemahiran dan pengetahuan tujuan utama kursus ini di jalankan untuk

mengenal pasti berbagai isu dan permasalahan terhadap Audit MS ISO 9001:2015 yang akan di adakan nanti.

Perbincangan bersama auditor –auditor

Sesi bergambar bersama penceramah

Ucapan Aluan dari Pengarah Kejurawatan

Penyampaian Sijil

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. : QMS 02143

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. : QMS 02143

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. : QMS 02143

23rd JOINT MALAYSIAN - SINGAPORE NURSING CONFERENCE 2018

“ Soaring Together Corroborating Academic and Practice in Nurturing Excellent Nursing Care”

5 - 7hb September 2018 ( Hotel Equatorial, Melaka )

23 rd Joint Malaysia-Singapore Nursing Conference 2018 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Equatorial,

Melaka dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Kejururawatan.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Hj Azman bin Hj Abu Bakar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

(perubatan). Di antara VVIP yang hadir pada masa itu adalah YB Dr Wong Fort Pin Wakil EXCO Negeri Melaka, Datuk

Dr Ghazali bin Othman Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Hatijah binti Hj Mohd Tan Pengarah Hospital Melaka, Pn

Hjh Tumble bt Ngadiran @ Tomblow Pengarah Kejururawatan dan Pn Tan Soh Chin.Chief Nursing Office Singapura.

Persidangan ini merupakan satu aktiviti dalam perjanjian dua hala antara Malaysia dan Singapura di mana sejak tahun

1995 kedua-dua Negara akan bergilir-gilir menganjurkan persidangan tersebut. Ini merupakan satu platform kepada juru-

rawat-jururawat kedua-dua buah negara untuk menjalinkan perhubungan profesional dan sekaligus berkongsi pengala-

man dan pengetahuan dalam meningkatkan lagi profesyen kejururawatan.

Tema pada kali ini iaitu Soaring Together, Corroborating Academic & Practice in Nurturing Excellent Nursing Care adalah

amat bertepatan kerana ini merupakan satu inisiatif utama bagi mengabungkan pendidikan dan amalan kejururawatan

bagi menyediakan jururawat yang lebih efektif dalam menjalankan perawatan kejururawatan selaras dengan kemajuan

teknologi dengan penggunakan evidence based practice. Secara tidak langsung persidangan ini dapat memberi peluang

kepada jururawat untuk mengaitkan teori dan praktis dan seterusnya memberi peluang kepada semua jururawat meli-

batkan diri dalam pembelajaran berterusan dan melengkapkan diri dengan ilmu yang terkini.

Seramai 435 peserta telah menghadiri persidangan termasuk dari Singapura dan Arab Saudi. Para peserta juga turut

diraikan dengan majlis gala dinner yang bertemakan konsep Baba Nyonya.

TAKLIMAT OVERVIEW CREDENTIALING & PRIVILEGING PROSES PERMOHONAN DAN DOKUMENTASI C&P

18 SEPTEMBER 2018 (PUTRAJAYA)

Kursus ini telah pun dijalankan pada 18 September 2018 hingga 19 September 2018 (Bil 5/2018) dimana ia

melibatkan penyelaras C&P dari Zon Utara iaitu Perak dan Pulau Pinang dimana ia melibatkan peserta seramai

37 orang peserta .

Objektif kursus dijalankan ialah:-

1) Untuk melancarkan dan memantapkan perlaksanaan credentialing & privileging KKM

2) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan aktiviti credentialing & privileging dikalangan jururawat.

Sesi taklimat kepada peserta kursus

KURSUS PEMANTAPAN AKTIVITI-AKTIVITI KUALITI KEJURURAWATAN BILIK MESYUARAT AL RADZI ARAS 1 BLOK E1 (PUTRAJAYA)

18 - 19 SEPTEMBER 2018

K ursus ini dijalankan selama 2 hari dan merupakan kursus siri ke 5 dalam tahun 2018. Ia dihadiri oleh semua

penyelaras dari setiap Hospital diseluruh Malaysia namun pada kali ini ia melibatkan negeri Perak dan

Pulau Pinang , tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi taklimat berkenaan penggunaan borang-

borang baru / Pengumpulan data dan mengadakan perbincangan berkenaan permasaalah yang dihadapi oleh

penyelaras semasa perlaksanaan dilakukan .Kursus ini juga mendapat maklum balas yang baik dan

memberangsangkan.

Perbincangan bersama peserta kursus dan AJK

Taklimat dilapangan Jab.Kesihatan Wilayah Persekutu-an Kuala Lumpur & Hospital Kuala Lumpur

Matron Datin Leong Sie Fung

Timbalan Pengarah Kejururawatan Gred U52

Bahagian Kejururawatan ( BKJ ) KKM

Tempoh Berkhidmat : 01.05.1982 - 20.08.2018

Puan Darmawan binti Ramli Pengajar Gred U44

Bahagian kejururawatan ( BKJ )KKM

Tempoh berkhidmat : 11.03.1985 - 29.06.2018

Matron Tan Ai Lian @ Irene

Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan Gred U44

Bahagian Kejururawatan ( BKJ ) KKM

Tempoh Berkhidmat : 17.01.1980 - 29. 07. 2018

SEKALUNG BUDI ,SEJAMBAK KASIH

SEKALUNG BUDI ,SEJAMBAK KASIH

Matron Chuah Geik Khon Penolong Pengarah Kejururawatan Gred U42

Bahagian kejururawatan ( BKJ ) KKM

Tempoh berkihdmat : 01.11.1985 - 02.09.2018

Matron Rahimah bt Itam Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan Gred U44

Bahagian kejururawatan ( BKJ ) KKM

Tempoh berkihdmat : 05.11.1986 - 29.09.2018

KAKITANGAN BKJ BERPINDAH KELUAR (SAYONARA …….SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU )

PUAN ATIQAH BINTI ABD.AZIZ

Tempoh Berkhidmat di BKJ : Tahun 2014 - 2018

Penempatan Baru : Hospital Melaka

EN MUHAMAD SUKRI BIN ABU SAMAH

Tempoh Berkhidmat di BKJ: Tahun 2014 - 2018

Penempatan Baru : Bahagian Sumber Manusia , KKM

AKTIVITI PENINGKATAN ADRENALIN BAHAGIAN KEJURURAWATAN

GO FIT DON'T QUIT

MASA :SETIAP HARI SELASA @ 4.30PTG TEMPAT:BERSEBELAHAN CAFÉ ARAS 2 BLOK E7

X'BREAK

MASA :SETIAP HARI 10.00 PG & 4.00 PTG TEMPAT: RUANG HADAPAN BILIK PENGARAH ARAS 3 BKJ

PENGLIBATAN WARGA BKJ

AKTIVITI DALAM & LUAR

Menghadiri Majlis Maal Hijrah pada

11.09.2018 di Masjid Putrajaya

Mengikuti perbarisan Kontigen Perkhidmatan Awam sempena Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun pada

31.08.2018

Seminar Hari Kejururawatan 2018

pada 15.05.2018

PANGGILAN KAABAH WARGA BKJ

HJ MOHD AZIZUL BIN NORDIN

Mengikuti Rombangan Petugas Haji 1440 Hijrah

mulai 15.07.2018 - 12.09.2018

HJH SARIMAH BINTI ABDUL RAHMAN

Menunaikan Haji Musim 1440Hijrah

14.07.2018 - 29.08.2018

LUAHAN

HATI

KETABAHAN

KEHIDUPAN INI AMAT INDAH, NAMUN DALAM KEINDAHAN ITU TERSELIT,

RIBUAN DUGAAN YANG DATANG MENERPA, APABILA DUGAAN , HALANGAN DATANG DALAM HIDUPMU KAU JANGANLAH

MELATAH, HARUSNYA KAU LALUI NYA DENGAN TABAH ,

LALUILAH LIKU-LIKU DUGAAN ITU DENGAN JIWA CEKAL DAN KENTAL,

HATI HARUS CEKAL, SEMANGAT HARUS KEBAL,

JANGAN MUDAH MENYERAH, JANGAN CEPAT MENGAKU KALAH,

ADA KETIKA KAU PERLU TUTUP TELINGA BILA TERGIANG KATA SINIS,

HATI HARUS KUAT SEPERTI BATU, JANGAN MUDAH KOYAK, JANGAN MUDAH PATAH,

JADIKAN KATA SINIS ITU PENGUAT SEMANGAT, PERANGSANG KEJAYAAN,

JANGAN JADIKAN KATA SNIS ITU SEBAGAI PEMUSNAH MASA DEPAN,

KEHIDUPAN MU KAU JUA YANG MENCORAKKANNYA, PASTIKAN MEMILIH CORAK YANG SESUAI,

AGAR SETIAP KEGIGIHAN YANG KAU SEMAI, AKAN MENBUAHKAN HASIL YANG BOLEH DITUAI,

MASA KINI BUKAN MASA UNTUK DIBUANG SAHAJA, TAPI SETIAP MASA YANG DATANG PENENTU MASA DEPAN KAU JUA,

DALAM MEMBUAT PILIHAN USAH TERSALAH LANGKAH, KERANA KELAK HIDUP KAU JUGA YANG PATAH TERBELAH BELAH,

MAKA SABAR DAN TABAHLAH SELALU, BIARKAN KISAH SURAM YANG KUSAM ITU BERLALU,

BIARKAN IA MENJADI PENGAJARAN DALAM HIDUP MU, AGAR IA BOLAH MENDEWASAKAN KAMU, AGAR IA BOLEH MEMATANGKAN KAMU,

TAPI HARI INI DAN MASA DEPAN HARUSLAH DI TEMPUHI, GAGAHKAN JIWA DAN SEMANGAT KAMU SETIAP HARI,

BERBEKALKAN IKTIZAM YANG TERPAHAT DI SANUBARI , BERPANDUKAN USAHA DAN DOA YANG TAK PERNAH BERTEPI,

PASTI KEJAYAAN MENJADI MILIK MU NANTI, PASTI IA MANIS UNTUK DIMILIKI,

MAKA TABAHLAH SELALU , KERANA TABAH ITU MEMBUAHKAN HASIL YANG AMAT INDAH….

WANDA 2371