allah peliharakan sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 semua pelajar wajib mengosongkan kolej...

27

Upload: vuongquynh

Post on 26-Aug-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan
Page 2: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

Allah Peliharakan Sultan

‘Nugerahkan dia segala kehormatan

Sihat dan ria kekal dan makmur

Luaskan kuasa naungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi

Dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.

Page 3: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman

Jawatankuasa Kerja i

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Pemakaian dan Tafsiran 1

3.0 Peraturan Penginapan Kolej Kediaman 3

4.0 Penggunaan Bilik Air, Tandas, Ruangan Membasuh dan Ampaian 8

5.0 Etika Berpakaian 10

6.0 Kegiatan Pelajar di Luar Waktu Akademik 14

7.0 Menerima Tetamu 14

8.0 Peraturan keluar Masuk Dari kawasan Kolej 15

Page 4: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

ii

JAWATANKUASA KERJA

PERATURAN DALAMAN (LOCAL RULES) KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 2017

Penaung : Pn. Nor Haslida binti Tahir,Pengarah Kolej Matrikulasi Johor.

Penasihat : Timbalan Pengarah, Kolej Matrikulasi Johor.

Penerbitan :

1. Encik Azman Bin Abdul Rahman

2. Encik Zin Akmal Bin Mohd Halid

3. Puan Nurul Hadiyati Binti Onos @ Yunus

4. Cik Sarah Afifah Binti Muhammad Ghazali

5. Encik Salim Bin Abu Taib

6. Puan Nor Irdawaty Binti Alias

7. Encik Muslimin Bin Parman

8. Encik M. Paramesparan A/L Muniandi

9. Cik Nurul Fitriah binti Mohd Zaidi

10. Encik Abd Bahar Bin Salamon

11. Puan Halimatul Saadiah Binti Hashim

12. Puan Fauziah Binti Hashim

13. Puan Haslinda Binti Baharin

14. Puan Nur Deena Binti Khalid

15. Encik Mohd Afizal bin M Yusuf

16. Cik Nurul Hayati Binti Che Rose

17. Encik Wan Muhammad Amir Ashraf Bin W Ramli

18. Puan Nuruljannah binti Shamsuri

19 Puan Nurul Shafini Binti Lukman

20. Puan Nur Hidayah binti Ahmad

21. Cik Nursabrina Binti Rahmat

22

23

24

Puan Nurul Aida binti Ahmad

Encik Rozi Bin Mohamad Zain

Cik Nurul Syuhadah Binti Hasnan

Page 5: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

3

PERATURAN DALAMAN (LOCAL RULES) KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

1.0 PENDAHULUAN

Buku peraturan ini disediakan sebagai garis panduan untuk pentadbiran dan pengurusan

pelajar di Kolej Matrikulasi Johor. Peraturan yang ditetapkan perlulah diguna pakai oleh

semua pelajar Kolej Matrikulasi Johor.

2.0 PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN

2.1 Pelajar yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang

mendaftar Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor.

2.2 Dalam pemakaian peraturan ini, perkataan berikut bermaksud:

2.2.1 “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan yang disediakan oleh

Kolej Matrikulasi Johor untuk kediaman pelajar.

2.2.2 “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal berbentuk bangunan

yang ada di dalam Kolej Matrikulasi Johor.

2.2.3 “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam Kolej

Matrikulasi Johor seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan

dalam dan luar di sekeliling bangunan.

2.2.4 “Kolej” bermaksud institusi Pendidikan yang menjalankan Program

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.2.5 “Kluster” bermaksud kelompok/gugusan kolej kediaman

2.2.6 “Lawatan ke luar kolej” bermaksud apa jua bentuk lawatan anjuran mana-

mana jabatan, unit, kumpulan kokurikulum, kumpulan mentor menti, kumpulan

tutorial, persatuan, kelab dan badan-badan kebajikan yang mendapat

kebenaran Pengarah Kolej.

2.2.7 “Pengetua Kolej Kediaman” bermaksud Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej Kediaman.

2.2.8 “Ketua Felo” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej

Kediaman dan dilantik dalam kalangan pegawai / pensyarah dan mengetuai

felo kluster.

Page 6: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

4

2.2.9 “Felo” bermaksud pegawai yang bertanggungjawab ke atas Kolej Kediaman

dan dilantik dalam kalangan pegawai / pensyarah oleh Pengarah Kolej.

2.2.10 “Felo Blok” bermaksud felo yang bertanggungjawab bagi sesebuah blok

kediaman.

2.2.11 “Ketua Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang mengurus selia Kolej

Kediaman.

2.2.12 “Penyelia Asrama” bermaksud pegawai yang membantu Ketua Penyelia

Asrama mengurus selia kolej kediaman.

2.2.13 “Pelajar” bermaksud pelajar-pelajar Program Matrikulasi Kementerian

Pendidikan Malaysia.

2.2.14 “Ahli Jawatankuasa Blok” bermaksud pelajar yang dilantik membantu Felo

Blok.

2.2.15 “Kad Pelajar” bermaksud dokumen yang digunakan oleh pelajar bagi tujuan

keluar masuk kolej berasaskan Matrix Information System (MIS) dan juga

tanda pengenalan diri pelajar

2.2.16 “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang sedia ada dalam

bangunan dan di kawasan kolej.

2.2.17 “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada yang mewakili sesuatu institusi

kerajaan, institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan,

kelab-kelab dan badan-badan serta kumpulan yang sah pendaftarannya di

bawah Akta Pertubuhan Negara.

2.2.18 “Tetamu” bermaksud, keluarga dan saudara mara terdekat yang datang

mengunjungi pelajar di kolej.

2.3 Pemakaian Peraturan Dalaman Kolej Matrikulasi Johor adalah tertakluk kepada Buku

Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan

Undang-undang Malaysia Akta 174.

2.4 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam

bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebahagian daripada peraturan ini.

(Akta 174 : Kaedah 26)

Page 7: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

5

3.0 PERATURAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

3.1 Peraturan Am

3.1.1 Pelajar Kolej Matrikulasi Johor wajib menetap di Kolej Kediaman.

3.1.2 Pelajar wajib menetap di bilik yang didaftarkan.

3.1.3 Permohonan perpindahan bilik boleh dilakukan melalui prosedur yang telah

ditetapkan dan hanya dengan kelulusan bertulis daripada Pengetua Kolej

Kediaman atau wakil yang diberi kuasa.

(Akta 174 : Kaedah 32)

3.1.4 Jika permohonan perpindahan bilik diluluskan, pelajar wajib memulangkan

semula kunci dengan sempurna (salinan asal dan rantai kunci) pada tarikh

yang ditetapkan.

3.1.5 Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik dan di blok kediaman masing-masing

dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang pada hari kuliah.

3.1.6 Pelajar tidak dibenarkan berada di luar blok kediaman masing-masing selepas

jam 11.00 malam.

(Akta 174 : Kaedah 29 & 30)

3.1.7 Had nyala lampu bilik pelajar sehingga jam 12.00 malam kecuali mendapat

keizinan dari pengurusan felo untuk dilanjutkan masa.

3.1.8 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan Kolej Kediaman pelajar

perempuan dan sebaliknya. Rujuk lampiran peta laluan (yang dikeluarkan

oleh HEP) bagi pelajar lelaki dan perempuan.

3.1.9 Pelajar perlu menggunakan premis Kolej Kediaman dan segala

kemudahannya dengan cermat, bertanggungjawab menjaga kebersihan,

keceriaan, kekemasan serta menghindarkan sebarang kerosakan.

(Akta 174 : Kaedah 31)

3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan

setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan daripada pihak

pengurusan. (Akta 174 : Kaedah 33)

3.1.11 Barangan dan tingkah laku terlarang:

i. Semua pelajar dilarang sama sekali membawa dan menggunakan

sebarang dadah, inhalan dan racun.

(Akta 174 : Kaedah 20)

ii. Menyalahgunakan ubat batuk, pil khayal, dadah, inhalan, memiliki atau

membawa atau menghisap atau mengedar ganja, menyuntik dadah

Page 8: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

6

merupakan satu kesalahan jenayah yang serius. Pihak kolej berhak

pada bila-bila masa untuk mengarah membuat ujian air kencing secara

rawak ke atas pelajar.

(Akta 174 : Kaedah 20)

iii. Menyimpan, memiliki, menjual, mengedar dan menghisap rokok, e-rokok

(vapor) dalam kawasan kolej.

iv. Barang-barang tidak halal seperti daging babi,anjing, arak dan

seumpamanya adalah dilarang sama sekali dibawa masuk/

digunakan/dimakan ke dalam kawasan kolej.

v. Makanan dan minuman yang dibeli dari luar tidak digalakkan.

vi. Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan berlainan jantina dikawasan kolej

3.1.12 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan rumah felo kecuali dengan

kebenaran felo berkenaan. Pelajar yang ingin berurusan dengan felo

hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat (pelajar muslim).

3.1.13 Pelajar hendaklah bersopan dan beradab ketika ingin berurusan dengan

semua warga kolej.

3.1.14 Sebarang perlakuan yang bersifat membazir, mengundang risiko keselamatan

dan membahayakan adalah dilarang , contohnya; (bermain tepung, air sabun,

baling telur, dan lain-lain bahan yang boleh mengotorkan kolej kediaman).

3.1.15 Kafetaria kolej kediaman adalah dibuka untuk pelajar sehingga jam 11.00

malam. Operasi kafeteria ditutup sementara pada jam 7.00 petang hingga

8.00 malam. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada di kafeteria perempuan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

3.1.16 Pelajar dilarang berada di kawasan terbuka (contoh: padang dan gelanggang

permainan) sewaktu kilat dan petir serta jerebu.

3.1.17 Pelajar dilarang melakukan aktiviti yang mengundang bahaya di kawasan

lereng-lereng bukit dan kolam-kolam tadahan.

3.1.18 Pelajar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan apabila

berhadapan dengan binatang liar dan berbahaya.

3.1.19 Apabila tamat pengajian, kunci bilik dan rantai kunci hendaklah diserahkan

kepada penyelia asrama di pejabat penyelia asrama masing-masing pada

tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Denda akan dikenakan jika

berlaku kehilangan kunci bilik.

Page 9: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

7

3.2 Peraturan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kolej Kediaman

3.2.1 Tanggungjawab pelajar kolej kediaman.

i. Setiap pelajar perlu memastikan bilik penginapan sentiasa dalam

keadaan bersih dan kemas setiap hari sebelum ke kuliah atau tutoran

atau amali.

ii. Pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib jika membiarkan bilik

penginapan kolej kediaman kotor dan berselerak.

iii. Pelajar digalakkan melaksanakan aktiviti gotong-royong

membersihkan kolej kediaman dan persekitarannya sekurang-

kurangnya sebulan sekali.

iv. Pelajar dilarang sama sekali memiliki / menyimpan/ memelihara

sebarang jenis binatang di bilik / blok kediaman / mana-mana premis

kolej kediaman.

v. Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang

disediakan oleh pihak kolej dan memastikan tiada sampah yang

dibuang melalui tingkap, sepanjang koridor dan tangga aras.

vi. Pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik-

bilik khas seperti bilik tv, bilik rekreasi, bilik tetamu, bilik bacaan, surau

blok, bilik gerakan atau mana-mana bilik khas yang disediakan oleh

pihak kolej.

vii. Pelajar diwajibkan mengenakan cadar tilam serta sarung bantal yang

bersih sepanjang masa.

viii. Buku-buku, alat tulis, alat sukan dan lain-lain peralatan perlu disusun

dengan kemas dan tidak berselerak.

ix. Pelajar bertanggungjawab memastikan perabot / peralatan yang

dibekalkan oleh pihak kolej berada dalam keadaan yang baik.

(Akta 174: Kaedah 31)

x. Penggunaan cat,paku dan sebarang tampalan bersifat kekal di dinding

dan perabot adalah dilarang.

xi. Pastikan langsir tingkap kemas dan bersih. Perbuatan menanggal,

menggulung, mengikat simpul dan menjulur keluar kain langsir adalah

tidak dibenarkan.

xii. Kasut, selipar dan sandal perlu disusun dengan kemas dan diletakkan

di atas rak kasut yang disediakan oleh pihak kolej di luar bilik

kediaman masing-masing.

xiii. Tuala hendaklah disidai dengan kemas.

Page 10: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

8

xiv. Pakaian basah tidak dibenarkan digantung di dalam bilik. Ianya

hendaklah digantung di ampaian yang disediakan. Pelajar dilarang

membuat ampaian tambahan di dalam bilik.

xv. Menjemur pakaian di koridor, rel langsir atau tingkap adalah tidak

dibenarkan.

xvi. Semua pelajar diwajibkan membersih dan mengemas bilik sebelum

pulang bercuti.

xvii. Pelajar hendaklah memastikan semua barang berharga dibawa

bersama ketika ke kelas dan pulang bercuti. Pihak kolej tidak akan

bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan.

xviii. Pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai melebihi RM100 dan

barang kemas melebihi RM300 pada satu-satu masa. Pihak kolej tidak

akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan.

xix. Pelajar tidak digalakkan memiliki dan membawa gajet elektronik. Pihak

kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap barangan tersebut.

xx. Pelajar hendaklah mematikan semua suis di dalam bilik kediaman

ketika meninggalkan bilik.

xxi. Pelajar tidak dibenarkan memasak di dalam bilik kediaman.

3.3 Penggunaan, Kekemasan dan Kesempurnaan Bilik/ Perabot / Peralatan

3.3.1 Mengalih / meminda / mengubahsuai susunan perabot / peralatan bilik.

i. Pelajar mesti memastikan susunan asal kedudukan perabot / peralatan di

dalam bilik tidak diubah kecuali dengan kebenaran Pengetua Kolej

Kediaman, Ketua Felo atau felo blok masing-masing.

ii. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua perabot / peralatan berada

dalam keadaan baik dan seperti asal.

iii. Menambah kunci / membuat kunci pendua pintu bilik adalah tidak

dibenarkan.

iv. Pelajar tidak dibenarkan membawa bersama perabot / peralatan kolej

apabila diarahkan berpindah bilik.

3.3.2 Perabot / peralatan tambahan (persendirian).

i. Pelajar dibenarkan membawa perabot / peralatan kecil seperti rak buku.

ii. Bantal tambahan dibenarkan dibawa.

iii. Pelajar dibenarkan membawa permaidani, tikar getah atau bakul

sampah sendiri.

3.3.3 Kerosakan Kemudahan Bilik / Perabot / Peralatan.

Page 11: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

9

i. Pelajar wajib melaporkan sebarang jenis kerosakan kepada Penyelia

Asrama dengan mengisi Borang Aduan Kerosakan.

ii. Pelajar tidak dibenarkan membaiki sendiri sebarang kerosakan.

iii. Pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib jika melakukan kerosakan

dengan sengaja.

iv. Pelajar bertanggungjawab membayar ganti rugi kerosakan kemudahan

atau peralatan yang disediakan di kolej kediaman.

v. Pelajar wajib membayar kos pembaikan atau kos penggantian yang

dikenakan sekiranya kerosakan yang berlaku adalah akibat kecuaian

atau kegiatan vandalisme individu pelajar atau perkumpulan pelajar.

vi. Sekiranya kecuaian melibatkan sekumpulan pelajar, pelajar berkenaan

akan menanggung kos ganti rugi secara sama rata.

3.3.4 Pemeriksaan kebersihan, kekemasan dan keceriaan.

i. Pengetua Kolej Kediaman, Ketua Felo, Felo dan Penyelia Asrama

adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan

kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik penginapan pelajar pada

bila-bila masa yang difikirkan perlu.

ii. Ahli jawatankuasa blok dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan

kebersihan, kekemasan dan kecerian bilik penginapan pelajar atas

arahan Pengetua Kolej Kediaman, Ketua Felo, Felo dan Penyelia

Asrama.

iii. Pelajar wajib membenarkan pegawai yang diberikan kuasa untuk

membuat pemeriksaan bilik.

(Akta 174 : Kaedah 28)

3.4 Penggunaan Alat-Alat Elektrik

3.4.1 Pelajar dikehendaki menutup suis elektrik / suis lampu setiap kali

meninggalkan bilik.

(Akta 174 : Kaedah 31)

3.4.2 Dilarang membawa sebarang peralatan elektrik kecuali komputer riba, ,

telefon bimbit dan peralatan elektrik perubatan yang diluluskan oleh pegawai

perubatan. Pelajar yang ingin membawa komputer riba perlu memohon

borang kebenaran membawa komputer riba daripada pegawai Hal Ehwal

Pelajar.

Page 12: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

10

3.4.3 Pelajar hanya dibenarkan menggunakan seterika dan peralatan elektrik yang

disediakan oleh pihak kolej di tempat yang telah disediakan sahaja.

3.4.4 Televisyen (dibekalkan oleh pihak kolej) boleh ditonton di bilik televisyen

sahaja. Masa menonton yang dibenarkan adalah dari jam 4.00 petang hingga

11.00 malam pada hari kuliah dan 7.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari

cuti.

3.4.5 Pelajar hendaklah memastikan semua perabot dan peralatan di bilik

televisyen berada dalam keadaan kemas dan tersusun sebelum

meninggalkan bilik berkenaan.

3.4.6 Penggunaan radio adalah untuk pendengaran sendiri sahaja (penggunaan

head-phone adalah digalakkan) dan tidak mengganggu rakan sebilik atau

pelajar yang lain.

3.4.7 Sebarang bentuk peralatan muzik persendirian adalah tidak boleh dibawa

masuk di dalam kawasan kolej kecuali dengan kebenaran bertulis daripada

pihak Kolej.

3.4.8 Barangan atau peralatan milik peribadi pelajar seperti komputer riba atau

telefon bimbit yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab pelajar itu

sendiri.Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang

kerosakkan atau kehilangan barang-barang tersebut.

3.5 Kebebasan Beragama

3.5.1 Pelajar bukan beragama Islam adalah bebas menganuti mana-mana agama.

Pelajar boleh mengikuti aktiviti keagamaan di luar kawasan kolej dengan

kebenaran Hal Ehwal Pelajar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

3.5.2 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan serta mempamerkan lambang, patung,

gambar, kemenyan, setanggi, colok dan sebagainya di mana-mana kawasan

kolej.

3.5.3 Sebarang aktiviti keagamaan mestilah tidak menghalang pelajar daripada

menyertai aktiviti kolej.

3.5.4 Pelajar Bukan Islam yang mendapat kebenaran menghadiri upacara

keagamaan di luar kolej bertanggungjawab menyediakan sendiri kemudahan

seperti pengangkutan dan sebagainya.

Page 13: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

11

4.0 PENGGUNAAN BILIK AIR, TANDAS, RUANGAN MEMBASUH DAN AMPAIAN

4.1 Bilik air

4.1.1 Pelajar perlu menggunakan bilik air sebaik mungkin dengan menjimatkan

penggunaan air di tahap optimum. Pastikan semua pili air ditutup selepas

digunakan.

4.1.2 Pelajar dilarang merosakkan kemudahan bilik air seperti cermin muka, kepala

paip dan lain-lain. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang

melakukan kerosakan tersebut.

(Akta 174 : Kaedah 3g)

4.1.3 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan peribadi seperti sabun,

berus gigi, bekas makanan dan sebagainya di dalam bilik air. Peralatan

tersebut hendaklah disimpan di bilik pelajar sendiri.

4.1.4 Pelajar dilarang meninggalkan atau menyidai pakaian di bilik air.

4.1.5 Pelajar digalakkan mencuci bilik air selepas setiap kali digunakan.

4.1.6 Pelajar dilarang membuang sisa makanan ke dalam sinki dan di ruangan

membasuh.

4.1.7 Pelajar dilarang meninggalkan bekas makanan/minuman di kawasan

sinki/ruangan membasuh. Pelajar hendaklah membersihkan sinki setiap kali

membasuh bekas makanan/minuman selepas digunakan.

4.1.8 Pelajar dikehendaki memastikan kebersihan dan keselamatan setiap kali

menggunakan bilik air.

4.1.9 Pelajar perlu membuat aduan kerosakan kepada penyelia asrama.

4.2 Tandas

4.2.1 Pelajar perlu menggunakan tandas sebaik mungkin.

4.2.2 Pelajar perlu menekan curahan (‘flush’) selepas menggunakan tandas.

4.2.1 Pelajar dilarang sama sekali membuang sampah seperti TUALA WANITA,

kertas, plastik dan sebagainya di dalam mangkuk tandas.

4.2.2 Pelajar perlu bertanggungjawab dan cermat menggunakan kemudahan

tandas untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

4.3 Ruangan membasuh

4.3.1 Pelajar perlu menggunakan ruangan membasuh sebaik mungkin.

4.3.2 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan membasuh seperti

Page 14: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

12

berus, baldi, sabun dan sebagainya di dalam ruangan membasuh.

4.3.3 Peralatan tersebut hendaklah disimpan di bilik pelajar sendiri.

4.3.4 Pastikan ruangan membasuh dibersihkan selepas digunakan (contoh: sisa air

sabun dan sampah).

4.3.5 Dilarang menyidai pakaian di ruangan membasuh.

4.3.6 Pelajar dilarang merendam pakaian di dalam sinki.

4.3.7 Bekas rendaman hendaklah diletakkan di atas lantai.

4.4 Bilik mandi

4.4.1 Pelajar perlu menggunakan bilik mandi sebaik mungkin.

4.4.2 Kemudahan bilik mandi seperti pancur air (‘shower head’), pintu dan

sebagainya mestilah dijaga dengan baik. (Akta 174 : Kaedah 3g)

4.4.3 Pelajar digalakkan membersihkan bilik mandi selepas setiap kali digunakan.

4.4.4 Pelajar dilarang membuang sabun dan sampah di dalam saluran keluar air.

4.5 Ampaian

4.5.1 Pakaian basah hendaklah dijemur di ampaian luar blok kediaman masing-

masing.

4.5.2 Pelajar digalakkan menggunakan penyangkut baju apabila menggunakan

ampaian untuk menjimatkan ruang.

4.5.3 Pastikan pakaian dikepit dengan sempurna dan diangkat dari jemuran apabila

kering.

4.5.4 Pelajar dilarang menyidai pakaian selain daripada tempat yang disediakan

seperti di tangga blok, di stor, bilik kosong, bilik tv, bilik-bilik khas, surau, di

tingkap bilik, koridor blok, garaj kereta felo dan bumbung blok kediaman.

5.0 ETIKA BERPAKAIAN

5.1 Etika Berpakaian Pelajar Lelaki

5.1.1 Berurusan di kawasan akademik pada waktu rasmi (waktu PdP dan

minggu ulangkaji).

i. Baju kemeja berlengan panjang tidak bercorak (plain) dan dimasukkan

dalam seluar (tuck-in) atau executive pantsuit.

ii. Tali leher WAJIB dipakai pada hari kuliah dan semasa Majlis Rasmi Kolej.

iii. Seluar panjang (slack) berwarna gelap sahaja.

iv. Tali pinggang mestilah tidak melebihi 3 cm lebar dan berwarna gelap

sahaja. Kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan.

Page 15: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

13

v. Kasut kulit atau PVC yang bertutup keseluruhan dan berwarna gelap (kasut

sukan/sandal tidak dibenarkan sama sekali).

vi. Berstokin.

vii. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan iaitu baju T kolej yang

ditetapkan oleh pihak pengurusan, seluar trek ’bottom’ (longgar) dan kasut

sukan pada hari yang melibatkan P&P Kokurikulum sahaja.

viii. Pemakaian songkok dibenarkan tetapi berwarna hitam sahaja.

ix. Pelajar digalakkan memakai baju melayu lengkap bersampin dan

bersongkok hitam pada hari Khamis atau majlis rasmi.

x. Semua pelajar dihendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan

kad pelajar yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.

xi. Baju batik kolej dibenarkan pada setiap hari Ahad sahaja dan semasa

Majlis Rasmi Kolej. (Akta 174 : Kaedah 25)

* Rujuk lampiran 1

5.1.2 Keluar dari kolej

i. Pelajar hanya dibenarkan untuk memakai baju formal / baju T rasmi kolej

yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dan seluar panjang (slack) /seluar trek

sukan serta berkasut ketika keluar.

ii. Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.

5.1.3 Di luar blok kediaman/kawasan sekitar/kafeteria/akademik di luar

waktu rasmi.

I. Kemeja lengan panjang/pendek

II. Baju T

III. Baju melayu

IV. Seluar panjang tidak digulung atau dilipat dan tidak ketat.

V. Seluar trek panjang sukan

VI. Kasut, capal atau sandal.

VII. Tidak dibenarkan berkain pelikat, seluar pendek/bermuda/ hawaii/khakis

pendek/’boxer’, singlet, baju T tanpa lengan/ketat dan tuala (kain pelikat

hanya dibenarkan di kawasan kafetaria lelaki sahaja)

5.1.4 Riadah

i. Pelajar dikehendaki memakai seluar trek panjang sukan dan berbaju T.

Page 16: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

14

ii. Hanya kasut sukan yang bersesuaian dengan jenis permainan dan

berstokin dibenarkan.

iii. Selipar, sandal, dancapal tidak dibenarkan semasa bermain.

iv. Aktiviti bersukan hanya dibenarkan di tempat yang dikhaskan/disediakan di

dalam kawasan kolej sehingga jam 7.00 petang sahaja

5.1.5 Kekemasan diri.

i. Semua pelajar lelaki mestilah berambut pendek dan kemas. Istilah

berambut panjang ditafsirkan seperti berikut:

i. Di belakang – rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping luar

telinga.

ii. Di hadapan – rambut panjang menutupi garisan tengah dahi.

iii. Di sisi – rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya

dan ’side burn’ melebihi paras tengah hidung.

iv. Di atas – rambut tidak melebihi daripada 2 inci panjang.

i. Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa

mengurusnya dengan kemas.

ii. Mewarnakan/melunturkan rambut adalah dilarang sama sekali.

iii. Semua jenis baju tanpa lengan tidak dibenarkan.

iv. Semua jenis perhiasan diri atau barang kemas tidak dibenarkan seperti

subang, gelang, rantai dan lain-lain.

v. Sebarang tindikan di muka tidak dibenarkan.

vi. Membotakkan kepala adalah tidak digalakkan.

vii. Pelajar lelaki dilarang berpakaian /berpenampilan menyerupai perempuan.

viii. Memotong rambut dengan fesyen yang terlampau adalah dilarang sama

sekali.

5.2 Etika Berpakaian Pelajar Perempuan.

5.2.1 Berurusan di kawasan akademik pada waktu rasmi (waktu PdP dan

minggu ulangkaji).

i. Semua pelajar muslim perempuan dibenarkan memakai baju kurung /

blaus labuh (paras lutut), executive pantsuit yang tidak mencolok mata,

tidak jarang dan longgar. Pelajar muslim digalakkan memakai tudung.

ii. Semua pelajar perempuan non muslim dibenarkan memakai pakaian blaus

(paras lutut) / berkemeja dan berseluar slack yang sopan dan tidak

mencolok mata. Jika ingin memakai pakaian kebudayaan, dibenarkan

Page 17: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

15

dengan syarat tidak mencolok mata, sopan dan tidak melampaui batas

sebagai seorang pelajar. Pakaian kebudayaan etnik masing-masing

dibenarkan pada setiap hari Khamis sahaja kecuali seluar legging dan (

pakaian ketat yang mencolok mata.) Berbaju kurung adalah digalakkan.

iii. Kasut kulit atau PVC yang bertutup keseluruhan dan(kasut sukan/sandal

tidak dibenarkan sama sekali). Kasut bertumit tidak melebihi 1 inci sahaja

dibenarkan.

iv. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan iaitu baju T kolej yang

ditetapkan oleh pihak pengurusan, seluar trek ’bottom’ (longgar) dan kasut

sukan pada hari yang melibatkan PdP Kokurikulum sahaja.

v. Semua pelajar dihendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan

kad pelajar yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam

kolej.

(Akta 174 : Kaedah 25)

*Rujuk lampiran 1

5.2.2 Keluar dari kolej (outing dan balik bermalam)

i. Pakaian pelajar ketika keluar adalah baju kurung atau;

ii. Baju T kolej yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan seluar

panjang (slack)/seluar trek panjang sukan dan berkasut.

5.2.3 Di luar blok kediaman/kawasan sekitar/kafeteria/akademik di luar waktu

rasmi.

i. Baju T/baju blaus yang tidak ketat dan tidak jarang.

ii. Bagi pelajar muslim digalakkan untuk menutup aurat dengan memakai baju

T berlengan panjang atau memakai stoking lengan.

iii. Baju kurung atau jubah.

iv. Seluar panjang yang tidak ketat dan tidak jarang.

v. Kasut atau sandal.

vi. Sebarang baju tanpa lengan tidak dibenarkan.

vii. Seluar pendek/seluar paras lutut /bermuda, semua jenis baju tidur, kain

batik, kaftan, baju baby T dan tuala tidak dibenarkan.

5.2.4 Riadah

i. Pakaian sukan yang bersesuaian sahaja yang dibenarkan.

ii. Baju T/baju blaus yang tidak ketat dan tidak jarang.

Page 18: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

16

Bagi pelajar muslim digalakkan untuk menutup aurat dengan memakai baju

T berlengan panjang atau memakai stokin lengan.

iii. Seluar trek panjang yang longgar dan tidak jarang dibenarkan.

iv. Hanya kasut sukan yang bersesuaian dengan jenis permainan dan

berstokin dibenarkan.

v. Selipar dan sandal tidak dibenarkan semasa bermain.

vi. Aktiviti bersukan hanya dibenarkan di tempat dikhaskan/ disediakan di

dalam kawasan kolej.

5.2.5 Kekemasan diri.

i. Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat (pony tail)

atau mendandannya supaya kelihatan kemas.

ii. Mewarnakan/melunturkan rambut adalah dilarang sama sekali.

iii. Bertudung adalah sangat digalakkan.

iv. Pelajar perempuan di larang berpakaian/berpenampilan menyerupai lelaki.

5.2.6 Perhiasan diri.

i. Barang kemas yang dipakai adalah tanggungjawab sendiri sepenuhnya.

ii. Solekan sekiranya digunakan, mestilah tidak keterlaluan.

iii. Pemakaian inai dan mewarnakan kuku tidak dibenarkan.

iv. Subang di telinga hanya dibenarkan sepasang sahaja.

v. Anting-anting panjang atau besar tidak dibenarkan.

vi. Sebarang tindikan di muka tidak dibenarkan.

6.0 KEGIATAN PELAJAR DI LUAR WAKTU AKADEMIK

6.1 Sebarang kegiatan pelajar di kawasan blok kediaman seperti jamuan, sukaneka

dan lain-lain, perlu merujuk kepada felo blok masing-masing.

6.2 Sebarang kegiatan pelajar di luar blok kediaman seperti di dataran wawasan,

dewan utama, bilik tutorial, dewan kuliah, kawasan parkir pensyarah, gelanggang

permainan,kawasan BBQ dan lain-lain hendaklah mendapat kebenaran bertulis

daripada PP HEP / KJPP.

6.3 Setiap aktiviti yang dijalankan pada waktu malam perlu berakhir sebelum pukul

11.00 malam.

6.4 Sebarang aktiviti mesti diiringi pensyarah/pegawai pengiring sepanjang aktiviti

dijalankan.

6.5 Aktiviti dan penggunaan tempat BBQ hanya dibenarkan sehingga jam 6.00

petang sahaja.

Page 19: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

17

(Akta 174 : Kaedah 29)

7.0 MENERIMA TETAMU

7.1 Semua pelajar bertanggungjawab memastikan tiada orang luar/pelawat dan tetamu

menginap atau memasuki atau bermalam di biliknya.

(Akta 174: Kaedah 27)

7.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa tetamu untuk memasuki mana-mana kawasan

dalam blok kediaman.

a. Waktu menerima tetamu adalah pada hujung minggu negeri Johor (Jumaat

dan SaBintiu) dan cuti umum sahaja seawal 7.00 pagi.

7.3 Waktu menerima tetamu pada hari Ahad bermula dari 4.00 petang sehingga 7.00

malam. Pelajar hendaklah memastikan tetamu meninggalkan kawasan kolej

sebelum jam 7.00 malam.

7.4 Pelajar hanya boleh berjumpa tetamu di kafeteria blok kediaman masing-masing,

wakaf yang disediakan, masjid atau Pusat Perkhidmatan Pelajar.

7.5 Tetamu/pelawat hendaklah memakai pas pelawat sepanjang berada di dalam

kawasan kolej selain waktu melawat rasmi.

7.6 Kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja dibenarkan memasuki

kawasan kolej.

8.0 PERATURAN KELUAR MASUK DARI KAWASAN KOLEJ

8.1 Peraturan Keluar (Outing)

8.1.1 Hari Ahad sehingga Rabu (waktu pejabat: 8.00 pagi hingga 5.00

petang) dan Khamis ( 8.00 pagi hingga 3.30 petang)

i. Pelajar sama sekali tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej pada

waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P) (mengikut waktu yang

dipohon) kecuali dengan syarat mempunyai urusan yang penting dan tidak

mempunyai kelas tutoran, kuliah dan amali, kegiatan ko-kurikulum, mentor

menti atau perhimpunan pelajar pada waktu tersebut.

ii. Urusan penting bermaksud;

a. Urusan polis atau mahkamah

b. Urusan pendaftaran kad pengenalan

c. Urusan hospital (temujanji doktor)

d. Urusan dengan pihak bank

iii. Pelajar perlu mengisi borang kebenaran keluar (1 salinan) yang boleh

didapati di kaunter HEP.

Page 20: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

18

iv. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sama ada daripada:

a. PP HEP

b. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

v. Pelajar bolehlah ke pondok pengawal untuk menyerahkan borang

kebenaran keluar dan mengimbas keluar kad pelajar. Apabila kembali

semula ke kolej pelajar perlu mengimbas masuk kad pelajar di pondok

pengawal.

8.1.2 Hujung Minggu (Jumaat dan Sabtu )

i. Jadual keluar hujung minggu adalah seperti berikut:

a. Pelajar perempuan – Hari Jumaat

b. Pelajar lelaki – Hari Sabtu

ii. Pelajar dibenarkan keluar bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

iii. Atas sebab-sebab keselamatan dan kemudahan pengurusan pihak kolej

kediaman, semua pelajar dikehendaki:

a. Mengimbas kad pelajar semasa keluar dan masuk ke kolej dan

b. menghubungi felo bertugas jika tidak dapat pulang pada waktu

yang ditetapkan.

iv. Pelajar akan ditahan keluar (outing) selama 14 hari sekiranya gagal

kembali ke kolej sebelum jam 6.00 petang

8.1.3 Cuti Umum

i. Pelajar tidak dibenarkan keluar outing atau balik bermalam pada cuti umum

kecuali diarahkan.

8.2 Peraturan Balik Bermalam

8.2.1 Hujung Minggu

i. Balik bermalam dibenarkan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

ii. Pelajar perlu kembali ke kolej sebelum jam 6.00 petang dan mengimbas kad

pelajar

8.2.2 Balik Bermalam Khas

i. Merujuk kepada balik bermalam yang dirancang lebih awal.

ii. Pelajar boleh balik bermalam khas jika mempunyai urusan yangpenting

seperti:

a. Temujanji doktor

b. Menghantar atau menjemput ibu/bapa menunaikan haji/umrah

Page 21: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

19

c. Menghadiri temuduga

d. Kenduri kahwin ahli keluarga terdekat

e. Sakit yang memerlukan rawatan lanjut

f. Sakit yang berjangkit

*Pelajar juga perlu mempunyai surat sokongan atau bukti yang kukuh (seperti

surat daripada penjaga yang sah, surat doktor dan lain-lain)

iii. Pelajar perlu mengisi borang balik bermalam (1 salinan) yang boleh didapati

di kaunter HEP atau bilik gerakan felo.

iv. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan sama ada daripada:

a. PP HEP

b. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

v. Akhir sekali, pelajar perlu ke pondok pengawal untuk menyerahkan

a. borang kebenaran dan mengimbas kad pelajar .

*Pelajar diingatkan untuk membuat permohonan balik bermalam

sekurang-kurangnya TIGA hari lebih awal.

8.2.3 Balik Kecemasan

i. Merujuk kepada balik bermalam yang tidak dirancang, dan terdapat kejadian

yang tidak diingini yang memerlukan pelajar balik segera.Kecemasan yang

merujuk kepada:

a. Kematian ahli keluarga * terdekat.

b. Kemalangan ahli keluarga * terdekat.

c. Ahli keluarga * terdekat dimasukkan ke wad secara tiba-tiba.

*Ahli keluarga terdekat merujuk kepada ibu / bapa / penjaga / abang /

kakak / adik / nenek / datuk.

Jika pelajar mendapat berita kecemasan pada waktu PdP dan ingin balik

pada waktu tersebut, mereka perlu ke kaunter HEP.

ii. Pelajar perlu mengisi borang balik bermalam kecemasan (1 salinan).

iii. Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada:

a. Waktu P&P/Pejabat:

i. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar

ii. PP HEP

b. Di luar waktu P&P/pejabat:

i. Felo Blok atau

ii. Felo Bertugas atau

iii. Ketua Felo

Page 22: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

20

*Pastikan borang tersebut diberikan kepada pengawal di pondok pengawal dan

mengimbas kad pelajar.

8.3 Peraturan Balik Bercuti

8.3.1 Balik bercuti merujuk kepada cuti yang ditentukan oleh kolej/cutisemester/cuti

pertengahan semester.

8.3.2 Semua pelajar WAJIB balik / meninggalkan kawasan kolej untuk cuti-cuti yang

telah ditentukan oleh kolej, cuti semester, dan cuti pertengahan semester.

8.3.3 Pelajar dibenarkan balik bercuti pada hari terakhir perkuliahan (selepas tamat

waktu P&P)sahaja.

8.3.4 Pelajar yang keluar atau balik bermalam diwajibkan kembali ke kolej sebelum

jam 6.00 petang

8.4 Disiplin tingkah Laku Pelajar Semasa Berada Di Luar Kawasan Kolej

8.4.1 Setiap pelajar perlu menjaga tingkah laku semasa berada di luar kolej iaitu perlu

menjaga nama baik agama, keluarga dan kolej. (Akta 174: Kaedah 3a).

8.4.2 Premis larangan yang tidak boleh dikunjungi oleh pelajar semasa berada di luar

kawasan kolej seperti premis-premis hiburan yang berunsur maksiat, perjudian /

pelacuran / disko / tempat minuman keras / memabukkan.

8.4.3 Pelajar dilarang menyewa kenderaan sama ada kereta atau motosikal untuk

tujuan outing atau balik bermalam (Pihak Kolej tidak akan bertanggungjawab di

atas sebarang risiko yang berlaku).

Page 23: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

21

AKU JANJI

PENERIMA PERATURAN DALAMAN (Local Rules)KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

Kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Johor:

1. Saya,....................................................................................................................................

No. Matrik : .................................................. dengan ini mengaku bahawa saya telah

membaca dan memahami Peraturan Dalaman (Local Rules) Kolej KediamanKolej

Matrikulasi Johor.

2. Dan saya juga berjanji untuk mematuhi semua peraturan samada secara bertulis atau

lisan yang telah ditetapkan oleh Kolej Matrikulaisi Johor pada setiap masa.

3. Saya juga berjanji akan menjaga nama baik Kolej Matrikulasi Johor.

Tandatangan Pelajar : ...................................................................................

No Bilik : ...................................................................................

Tarikh : ...................................................................................

: ...................................................................................

Saksi,

Tandatangan Felo : ...................................................................................

Nama Felo : ...................................................................................

Tarikh : ...................................................................................

Page 24: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

22

PERSADA GEMILANG

Kami generasi harapan Menjunjung citra mulia

Berdisiplin Ketrampilan

Mercu tanda kejayaan

Perkasakan jatidiri

Cemerlangkan akademik

Iltizam menuju jaya

Ikrarku padamu

Kolej Matrikulasi Johor

Wahana ilmu berzaman

Majulah bangsa dan negara

Tuhan berkatilah

Bersamalah dijayakan

Wawasan negara murni

Aspirasi kolej dihayati Persada ilmu gemilang

Page 25: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

23

LAMPIRAN 1 ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Page 26: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan

24

Page 27: Allah Peliharakan Sultan - kmj.matrik.edu.my · 3.1.10 Semua pelajar wajib mengosongkan Kolej Kediaman pada cuti semester dan setelah tamat peperiksaan akhir semester atau atas arahan