buku panduan pendaftaran - psas.edu.my · pdf filedasar kualiti 11 bahagian 2: ... falsafah...

41
SESI SEPT 2017 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Selamat Datang Pelajar Baharu PSAS Disediakan oleh: Azlida binti Abdullah Noraimi binti Ahmad Datang dengan harapan, Rahimah binti Ibrahim Pulang dengan kejayaaan JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Upload: duongphuc

Post on 04-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

SESISEPT2017

PANDUANPENDAFTARANPELAJARBAHARU

Selamat Datang Pelajar Baharu PSAS

Disediakan oleh: 

Azlida binti Abdullah 

Noraimi binti Ahmad 

Datang dengan harapan, Rahimah binti Ibrahim 

Pulang dengan kejayaaan JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Page 2: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: PENGENALAN 

Perutusan Pengarah  4  Kata Alu‐Aluan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar  5  PSAS Sepintas Lalu  6  Carta Organisasi  9  Visi dan Misi  10Dasar Kualiti  11

BAHAGIAN 2: MAKLUMAT AM PENDAFTARAN 

2.1 Panduan Ke Politeknik Sultan Azlan Shah  13  2.2 Peringatan Sebelum Pendaftaran  132.3 Bayaran Yuran Pengajian & Asrama dan Bayaran Pelbagai Politeknik  14  2.3.1 Pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik  16  2.4 Penempatan Asrama  18  2.5 Bantuan Kewangan  19 2.6 Rupa Diri Pelajar  21  2.7 Kenderaan Pelajar  24  2.8 Kawasan Larangan Merokok  24 2.9 Petikan Akta Institusi‐Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)  25  2.10 Perkara ‐ Perkara Lain  27 

BAHAGIAN 3: PANDUAN SEMASA MENDAFTAR 

3.1 Hari Pendaftaran  30  3.2 Perkara‐perkara Yang Mesti Dibawa Semasa Hari Pendaftaran 30 3.3 Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran  31  3.4 Minggu Suaikenal (MSK)  32 

BAHAGIAN 4: LAMPIRAN

Lampiran A:  i. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)  34  ii. KAEDAH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)  36 Lampiran B:  PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH  37  Lampiran C: PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 38 Lampiran D:  i. SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN  39  ii. SENARAI SEMAK SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN  40 

2 | P a g e 

Page 3: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 

PENGENALAN

3 | P a g e 

Page 4: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PERUTUSAN PENGARAH Assalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia dan salam perkenalan kepada siswa dan siswi baharu. 

Alhamdulillah  terlebih  dahulu  saya  ingin  mengucapkan  tahniah  dan  syabas  kerana  anda  semua  telah berjaya ditawarkan ke program pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Kejayaan anda melangkah kaki  ke  PSAS  merupakan  satu  amanah  dan  tanggungjawab  terhadap  diri  sendiri,  keluarga,  masyarakat, agama dan negara. 

Anda adalah insan yang terpilih untuk berada di PSAS bagi menelaah ilmu sebanyak mungkin sebelum menjadi 

warganegara  yang  mempunyai  mentaliti  kelas  pertama.  Bagi  makluman  pelajar  baharu,  PSAS  adalah  salah 

sebuah  dari  Politeknik Malaysia  yang  sedang  berusaha  untuk  transform  ke  arah menjadi  institusi  pendidikan 

teknikal bertaraf global. Sehubungan dengan itu usaha mentransformasi Politeknik dibuat secara terancang dan 

berkesan. Pelbagai usaha sedang dibuat untuk memperkasa Politeknik sebagai institusi peneraju bidang teknikal. 

Program  Ijazah  Sarjana  Muda  juga  sudah  ditawarkan  di  kesemua  Politeknik  Premier  dan  PSAS  sendiri 

menawarkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) Dengan Kepujian 

kepada semua pelajar lepasan Diploma Politeknik yang berkelayakan. 

Sekali  lagi,  saya  ingin  mengalu‐alukan  kehadiran  anda  ke  Politeknik  ini  dan  PSAS  akan  cuba  memberi khidmat  terbaik bagi menjadikan kembara  ilmu anda sesuatu yang menyeronokkan dan membantu anda dalam mengejar impian dan cita‐cita murni negara.  Sekian, terima kasih. Selamat menjelajah ke dunia baharu. 

HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA  Pengarah, Politeknik Sultan Azlan Shah. 

4 | P a g e 

Page 5: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017                           PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU  

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu kerana telah berjaya terpilih menjadi sebahagian daripada ribuan pelajar untuk meyambung pengajian ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). 

Tiga tahun yang akan datang ini adalah suatu tempoh masa yang sangat berharga bagi pembangunan diri anda  sama  ada dalam bidang  akademik mahu pun kokurikulum yang menjadi  penentu  kejayaan  anda  di dalam  kerjaya.  PSAS  telah  menyediakan  pelbagai  kemudahan  untuk  memperkembangkan  potensi  diri pelajar yang merangkumi aspek  jasmani, emosi,  rohani dan  intelektual  selaras dengan visi dan misi PSAS dan  JHEP  untuk  melahirkan  graduat  yang  seimbang,  berciri  keusahawanan  dan  holistik  selaras  dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) juga telah membuka peluang yang luas kepada  pelajar  untuk  bergiat  secara  aktif  di  dalam  aktiviti  anjuran Majlis  Perwakilan  Pelajar  (MPP)  agar pelajar dapat meneroka potensi diri dan boleh berdikari di dalam dunia serba mencabar ini. 

Kami di PSAS ingin melihat anda berjaya dan meminta anda menggunakan sepenuhnya peluang  ini untuk menimba  ilmu dan  pengalaman bagi menyiapkan  diri  supaya  dapat  berbakti  kepada  negara, masyarakat dan keluarga setelah tamat pengajian kelak. Fikirkan dan lakukanlah pilihan yang terbaik dalam membuat setiap keputusan penting semasa belajar di PSAS supaya ia merupakan keputusan yang terbaik demi masa depan anda. 

PSAS  akan  cuba memberikan  khidmat  yang  terbaik  untuk  anda  dan  kami  berharap  anda  dapat  melalui kembara ilmu anda di sini dengan jayanya. 

Sekian, terima kasih. 

AZLIDA BINTI ABDULLAH  Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Azlan Shah. 

5 | P a g e 

Page 6: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PSAS SEPINTAS LALU

PSAS  yang  dahulunya  dikenali  sebagai  Politeknik  Tanjung  Malim  (PTM)  adalah  Politeknik  ke  15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PTM mula beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Teknik, Slim River pada 1 Mac 2002. Pada 1 April 2003, PTM berpindah ke kampus sendiri berkeluasan 110 ekar di Behrang, Perak. Kampus PTM dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. Kumpulan pelajar pertama seramai 553 orang telah mendaftar pada 6 Julai 2003. 

Pada 27 Mac 2004, PTM dengan rasminya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 

dengan menawarkan 7 program sijil dan 8 program diploma pada ketika itu. Pada 7 Mei 2005, PTM telah dirasmikan  oleh  DYMM  Paduka  Seri  Sultan  Perak,  Sultan  Azlan Muhibbuddin  Shah  dengan  diberi  nama baru, Politeknik Sultan Azlan Shah. 

Bermula  Julai  2010,  PSAS menumpukan  kepada  14  Program  Pengajian  di  peringkat  Diploma  dan  1 

Program  Pengajian  di  peringkat  Diploma  Lanjutan  iaitu  Diploma  Lanjutan  Kejuruteraan  Rekabentuk  dan Pembuatan  Automotif  yang mula  dikelolakan  pada  Julai  2010.  Program  ini  adalah  usahasama  di  antara pihak Proton Holdings Berhad bersama pihak Politeknik Sultan Azlan Shah yang menggunakan pendekatan Work  Based  Learning  (WBL).  Sehingga  kini  seramai  89  orang  pelajar  telah  berdaftar  di  dalam  program pengajian  tersebut  dan  bergraduat  pada  Majlis  Konvokesyen  yang  ke  10.  Program  pengajian  lain dikelolakan oleh 4 Jabatan utama di PSAS iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan, disokong oleh 2 jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan  Jabatan Matematik dan  Sains  Komputer.  Pihak pengurusan pentadbiran PSAS dibantu oleh 14 unit sokongan dan perkhidmatan. 

Selepas  13  tahun  penubuhan,PSAS  mengorak  langkah  lebih  jauh  kehadapan  dengan  menawarkan 

program  Ijazah  Sarjana  Muda  dalam  bidang  Automotif  Pembuatan,  tahun  2014  menyaksikan  kohort pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Automotif Pembuatan seramai 25 orang ini memulakan sesi pengajian di  PSAS.  Tahun  2015  juga mencatatkan  sejarah  di  dalam pencapaian  PSAS  apabila  berjaya memperolehi Gold  Award  di  dalam  siri  audit  APACC  yang  diadakan  pada  awal  tahun  2015.  Ini merupakan  pencapaian antarabangsa yang pertama oleh PSAS di dalam Pengurusan Institusi. 

6 | P a g e 

Page 7: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KATEGORI  JABATAN / UNIT JABATAN AKADEMIK JABATAN KEJURUTERAAN AWAM 

(Induk)  Menawarkan program:  Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)  Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB)  Diploma Ukur Bahan (DUB)  JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK 

Menawarkan program:  Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)  Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)  Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)  JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

Menawarkan program:  Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)  Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP)  Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)  Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)  Diploma Lanjutan Kejuruteraan Reka Bentuk dan Pembuatan  Automotif (AAD)  Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka  Bentuk Automotif)

JABATAN PERDAGANGAN 

Menawarkan program:  Diploma Akauntansi (DAT)  Diploma Pemasaran (DPR)  Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)  Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)  JABATAN AKADEMIK JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER 

(Sokongan)  Unit Matematik  Unit Sains 

Unit Komputer 

JABATAN PENGAJIAN AM  Unit Pendidikan Islam & Moral Unit Bahasa Inggeris 

7 | P a g e 

Page 8: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

KATEGORI  JABATAN / UNIT JABATAN / UNIT  Unit Pentadbiran & Kewangan

SOKONGAN AKADEMIK 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Unit Perhubungan & Latihan Industri

Unit Perpustakaan

Unit Kualiti

Unit Psikologi

Unit ICT 

Unit Peperiksaan

Unit Asrama (Kamsis)

CISEC 

Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Unit Pembangunan & Selenggaraan

Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia

Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum

8 | P a g e 

Page 9: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

9 | P a g e 

Page 10: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

10 | P a g e 

Page 11: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

11 | P a g e 

Page 12: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MAKLUMAT AM PENDAFTARAN

Baca  dengan  teliti  semua maklumat  yang  terkandung  di  dalam 

panduan  ini,  fahamkan  dan  ambil  tindakan  yang  berkaitan 

dengan  segera  agar  anda  dapat  memulakan  pengajian  anda  di 

politeknik dengan selesa. 

12 | P a g e 

Page 13: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.1 PANDUAN KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 

Sila rujuk Peta Lokasi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang disertakan di BAHAGIAN 4: LAMPIRAN B. 

2.2 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN 

a) BAWA  DOKUMEN  ASAL:  Kad  Pengenalan,  Surat  Tawaran,  Sijil‐sijil  Kokurikulum,  dan  Slip 

Keputusan / Sijil Peperiksaan (BAGI LEPASAN SPM) @ Transkrip / Slip Keputusan Peperiksaan 

Semester Akhir (BAGI LULUSAN LEPASAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI dan LEPASAN 

DIPLOMA POLITEKNIK) pada hari pendaftaran untuk semakan. 

PENDAFTARAN  ANDA  AKAN  DITOLAK  SEKIRANYA  ANDA  GAGAL 

MENUNJUKKAN DOKUMEN‐DOKUMEN ASAL TERSEBUT. 

Kementerian  Pendidikan  Tinggi  juga  BERHAK  MENARIK  BALIK 

TAWARAN  TEMPAT  PENGAJIAN  di  Politeknik  Sultan  Azlan  Shah 

sekiranya  terdapat  percanggahan  maklumat  di  antara  dokumen  asal 

dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan 

Tinggi semasa memohon ke Politeknik. 

b) LENGKAPKAN SEMUA BORANG yang terdapat di dalam Buku Panduan Pendaftaran sebelum diserahkan kepada pihak PSAS pada hari pendaftaran. 

13 | P a g e 

Page 14: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.3 BAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK 

Untuk makluman,  bagi pengambilan  Sesi  SEPT2017,  bilik  asrama Politeknik  Sultan Azlan Shah adalah  terhad  kepada 1200 orang  sahaja.  Penawaran bilik  asrama adalah bergantung  kepada pengesahan pendaftaran daftar online SPMP PSAS. Calon pelajar selebihnya (yang tidak dapat asrama) diminta untuk mencari rumah sewa yang berdekatan dengan PSAS. 

Berikut adalah maklumat pembayaran yuran pengajian, yuran asrama (jika ditawarkan asrama), bayaran pelbagai dan bayaran tambahan bagi pelajar yang ditawarkan asrama: 

a)  YURAN PENGAJIAN & ASRAMA (SEMUA PELAJAR KECUALI KATEGORI PELAJAR MDAIM) Perkara

RM

Kaedah Bayaran 

200.00 

Bayaran  boleh  dilakukan  di  mana‐mana

Yuran Pengajian 

cawangan Bank Islam (M) Berhad  (BIMB) atas

(satu semester)  nama “POLITEKNIK KPT” melalui 3 saluran

berikut SAHAJA:

Yuran Asrama  60.00  a. PERBANKAN  INTERNET  (bagi yang

‐JIKA DITAWARKAN DENGAN  memiliki akaun BIMB)  b. MESIN  ATM  BANK  ISLAM  (bagi yang

ASRAMA 

memiliki akaun BIMB) 

(satu semester, tidak termasuk 

c.  MESIN  DEPOSIT  TUNAI  (CDM)  BANKmakan & minum) 

ISLAM (bagi yang TIDAK memiliki akaun

BIMB)

SILA  RUJUK  KAEDAH  BAYARAN  PADA 

LAMPIRAN A(i) DI MUKA SURAT 34 

14 | P a g e 

Page 15: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

b) BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK  Kategori Program  RM Kaedah Bayaran 

i. Diploma bagi LULUSAN  Bayaran boleh dilakukan di mana‐mana  cawangan Bank SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL  600.00 Islam (M) Berhad (BIMB) melalui 4 saluran berikut:

POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ  KOMUNITI/ LULUSAN PRA  a. PERBANKAN INTERNET  (bagi yang  memiliki akaun 

DIPLOMA / LULUSAN SIJIL  BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53  ILKA / LULUSAN SIJIL SKM  b. MESIN ATM BANK ISLAM (bagi yang memiliki akaun 

BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53  c.  MESIN DEPOSIT TUNAI (CDM) BANK ISLAM (bagi yang

ii. Pra Diploma (Sains dan  150.00 TIDAK  memiliki  akaun  BIMB)  –  caj  perkhidmatan 

Perdagangan)  RM0.53  d.  KAUNTER – caj perkhidmatan RM2.12 

*CAJ PERKHIDMATAN ADALAH TERMASUK GST 

Nama penerima:  KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570) 

No.Akaun: 08068010020364 

SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN (kaunter) PADA LAMPIRAN  A(ii) DI MUKA SURAT 36

c)  BAYARAN TAMBAHAN ASRAMA (JIKA DITAWARKAN ASRAMA SAHAJA)  Perkara  RM Kaedah Bayaran 

Bayaran Deposit / Cagaran  50.00 Bayaran boleh dilakukan di mana‐mana cawangan Asrama  Maybank. 

Nama penerima: KOPSAS BERHAD (HEP) 

No.Akaun: 558154507612

Pembelian Langsir Tingkap 25.00

15 | P a g e 

Page 16: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.3.1 PECAHAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK 

Berikut adalah anggaran pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik: 

a) Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ 

KOMUNITI/ LULUSAN PRA DIPLOMA / LULUSAN SIJIL ILKA / LULUSAN SIJIL SKM 

Bil.  Perkara  Kadar Bayaran Semua Program 

1  Kelengkapan MSK  RM160.00 

2  Urusan Pendaftaran / MSK  RM 110.00 

3  Sukan/Kokurikulum/Kebudayaan/MSP RM 55.00 

4  Peperiksaan/Kebajikan/Psikologi/Kerjaya RM 25.00 

5  Aktiviti Pelajar / MPP / Kelab & Persatuan / Jabatan / RM114.90  Keusahawanan / Asrama 

6  Yuran Keahlian dan Saham Koperasi PSAS RM 25.00 

7  Insuran Berkelompok (3 tahun). RM110.10 

JUMLAH BAYARAN RM600.00 

b) Pra Diploma (Sains dan Perdagangan) 

Bil.  Perkara  Kadar Bayaran 

1  Kelengkapan MSK  RM 63.00 

2  Aktiviti Pelajar / Kebajikan / Asrama RM 40.30 

3  Insuran Berkelompok (sepanjang pengajian) RM 36.70 

4  Urusan Pendaftaran  RM 10.00 

JUMLAH BAYARAN RM150.00

16 | P a g e 

Page 17: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Nota : 

A. Akaun Yuran Pengajian & Asrama dan Akaun Bayaran Pelbagai Politeknik adalah 

 BERBEZA SAMA SEKALI. 

 B. PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN DI DALAM SATU AKAUN YANG SAMA 

 C. SEMUA  bayaran  hendaklah  dibayar  SEBELUM  hari  pendaftaran  bagi  mengelakkan 

masalah semasa mendaftar. Sila bawa salinan Slip Bayaran sebagai pengesahan dan 

untuk semakan. (JANGAN DIPOSKAN)  

D. Sila pastikan nama, no. kad pengenalan dan program anda dicatatkan pada Slip 

Bayaran yang digunakan.  

E. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya 

anda berhenti dari menjadi pelajar PSAS.  

F. Pelajar  yang  mendapat  tajaan  daripada  mana‐mana  agensi  kerajaan  atau  swasta 

hendaklah membawa  bersama  SURAT  PENGESAHAN  PENAJAAN  yang  asal  beserta 

satu  salinan  semasa  mendaftar.  Mana‐mana  bayaran  yang  tidak  ditanggung  oleh 

penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran 

PERINGATAN 

I. WANG POS (POSTAL ORDER) TIDAK AKAN DITERIMA 

II. PEMBAYARAN MENGGUNAKAN CEK PERSENDIRIAN & TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA  

III. SEMUA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA MENARIK DIRI SELEPAS MENDAFTAR. 

17 | P a g e 

Page 18: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.4 PENEMPATAN ASRAMA 

Penempatan di asrama adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan 

kemudahan tersebut kepada semua PELAJAR BAHARU  sesi  semasa yang datang dari  luar  kawasan. 

Untuk  semester  berikutnya  anda  perlu  bersedia  mengatur  sendiri  penginapan  anda  jika  tidak 

ditawarkan  penempatan  di  asrama.  Pelajar  baharu  yang  tidak  ditawarkan  asrama  dinasihatkan 

datang lebih awal untuk mencari bilik / rumah sewa yang berhampiran. 

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut,  semasa melaporkan diri di ASRAMA 

PSAS sila bawa: 

a) Bantal dan Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas).  

b) Sepasang Baju Melayu berwarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersamping) bagi 

pelajar lelaki beragama Islam.  

c) Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP / HITAM, baju‐T dan lain‐lain.  

d) Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 2.6 – Rupa diri pelajar, untuk pakaian ke kuliah)  

e) Borang BHEP‐5, BHEP‐6a dan BHEP‐6b yang diisi dengan lengkap.  

f) Barang keperluan harian untuk kegunaan anda semasa di asrama (boleh dibeli di Kedai KOPSAS)  

g) Kasut kulit / kanvas berwarna hitam 

Pelajar Asrama boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga 

RM10.00 sehari untuk perbelanjaan makan. 

18 | P a g e 

Page 19: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.5 BANTUAN KEWANGAN 

a) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya 

untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain‐lain. 

 

 b) Pelajar  dinasihatkan  supaya  berusaha mendapatkan maklumat  dan  seterusnya  (kalau  layak) 

memohon biasiswa/pinjaman dari YAYASAN NEGERI masing‐masing  atau  LAIN‐LAIN AGENSI 

sebelum mendaftar diri di PSAS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke Politeknik untuk 

tujuan tersebut. Setiap pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman sahaja. 

  

 

c) Semua pelajar DIPLOMA layak memohon pinjaman PTPTN. 

NOTA: 

PINJAMAN PTPTN  Permohonan pinjaman adalah secara online melalui laman web ptptn: 

http://www.ptptn.gov.my/gateway  Mulai 1 Jan 2012 semua pemohon PTPTN wajib ada akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20.00  Akaun Pembayaran bagi pelajar Politeknik ‐ BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)  Maklumat  lanjut  atau  sebarang  pertanyaan  boleh  diperoleh  daripada  laman web 

http://www.ptptn.gov.my atau telefon PTPTN HOTLINE: 03‐20927788 

MAKLUMAT YANG ANDA PERLU ADA SEBAGAI PEMOHON 

Senarai maklumat yang diperlukan oleh pemohon bagi memudahkan pengisian butiran di laman web 

adalah seperti berikut: ‐ 

i. Butiran Peribadi: ‐ 

Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / 

Polis Alamat eMel yang sah 

Nombor Pin BSN (untuk pemohon kali pertama, anda perlu beli nombor pin BSN di mana‐mana 

cawangan BSN) 

Nombor Pendaftaran Kecacatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkenaan), Alamat Tetap dan 

Surat‐Menyurat 

19 | P a g e 

Page 20: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Nombor Telefon Bimbit dan Telefon Tetap 

Nama Institusi, Kampus & Kursus, Jurusan, Nombor Matriks, Jenis Pengajian, Tempoh & Tarikh Mula 

Kursus (jika mempunyai kelayakan pendidikan lain) 

Nama & Nombor Akaun Bank Islam (anda perlu membuka akaun sendiri) 

ii. Butiran Ibu / Bapa / Pasangan / Penjamin: ‐ 

Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / 

Polis Alamat Tetap Surat‐Menyurat 

Nombor Telefon Tetap / Bimbit (jika tiada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan nombor 

telefon saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua‐dua nombor telefon tersebut.) Alamat e‐

Mel yang sah (yahoo atau gmail) 

Gaji Kasar & Bersih (slip gaji yang terkini)  Nombor Cukai Pendapatan  Nombor Ahli KWSP (jika bekerja) 

Akuan Bersumpah (Pesuruhjaya Sumpah / Majistret) sekiranya ibu/bapa bercerai atau tidak 

dapat dikesan. 

Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dikehendaki menyediakan SATU SALINAN DOKUMEN 

SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN (kertas putih bersaiz A4) seperti berikut: 

a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (salinan muka depan dan belakang Kad Pengenalan pada 

satu helaian yang sama);  

b. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik;  

c. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);  

(bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM, hanya slip yang tidak 

melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);  

d. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : Sijil Politeknik 

KPM / Sijil MLVK; 

(sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari  IPT yang mengendalikan kelayakan masuk 

tersebut,  jika  pemohon  belum  menerima  sijil  dan  pada  transkrip  peperiksaan  juga  tidak 

dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil); 

e. Salinan Pengesahan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);  

f. Penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga/suami/isteri pemohon; Slip Gaji atau Borang J (bagi yang 

bermajikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan 

20 | P a g e 

Page 21: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Pengurusan & Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai / Pengamal Undang‐undang / 

Wakil Rakyat / Senator / Penggawa / Penghulu (bagi yang bekerja sendiri); 

g. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa sebagai maklumat penjamin;  

h. Salinan Sijil Kematian / surat pengesahan kematian ibu / bapa pemohon sekiranya telah 

meninggal dunia;  

i. Salinan surat Perakuan Penceraian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibubapa pemohon telah 

bercerai / atau tidak dapat dikesan;  

j. Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.  

k. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos 

2.6 RUPA DIRI PELAJAR 

Pelajar  adalah  tertakluk  kepada  semua peraturan  seperti  terkandung di  dalam Buku Peraturan Am 

Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia serta apa‐apa peraturan bertulis di politeknik. 

Secara umumnya pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar 

Islam) dan bersopan. 

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. 

Semua  pelajar  diwajibkan  memakai  baju‐T  berkolar  (seperti  di  dalam  panduan  di  muka  sebelah), 

seluar trek (track bottom) berwarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti 

kokurikulum. 

21 | P a g e 

Page 22: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:  Pelajar Lelaki  Pelajar Perempuan 

Baju/Pakaian

1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. 1. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan2. Baju‐T tidak berkolar adalah dilarang. Baju‐T jenis bagi semua pelajar Islam. 

berkolar   yang   dibenarkan   mestilah   tidak 2. Baju ‐T tidak berkolar adalah dilarang. Baju‐T jenis mempunyai tulisan atau gambar yang membawa  berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai pengertian liar atau negatif.  tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar3. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck‐in).  atau negatif.4. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan  3. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang

sempurna.  ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan5. Pemakaian  Baju  Melayu  @ B aju  Kebangsaan mendedahkan mana‐mana bahagian badan seperti

dibenarkan  tetapi  hendaklah  lengkap  sepasang dada, bahu dan belakang adalah dilarang. beserta samping dan songkok hitam.  4. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke

pergelangan tangan.

5. Labuh baju sekurang‐kurangnya menutupi paras punggung. 6. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang 

lebih pendek dari paras lutut. 

Seluar  1. Seluar 'slack' panjang.  1. Seluar 'slack' panjang.2. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan.  2. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan. 3. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal‐ 3. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal‐

tampal tidak dibenarkan. tampal tidak dibenarkan.  4. Jika memakai Sarung/’Maxi’ hendaklah labuh, longgar, tidak jarang & tidak ketat. 

Kasut  1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan 1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan

sempurna berstoking.  sempurna berstoking.2. Kasut sukan dibenarkan. 2. Kasut sukan dibenarkan. 3. Selipar, terompah, capal, sandal dan seumpamanya 3. Selipar, terompah, capal, kasut ‘platform’ dan

adalah dilarang.  seumpamanya tidak dibenarkan. 4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising 4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising

adalah dilarang.  adalah dilarang. 5. Kasut mestilah menutup jari kaki dan tumit.

Rambut 1. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang 1. Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti yang

tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak disyariatkan Islam. 

melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak

2. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar melebihi aras dahi. 

perempuan. 2. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’,  ‘mohawk’,’k‐pop’, berekor dan diwarnakan adalah 3. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, ‘mohawk’, dilarang.  ’k‐pop’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.3. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

Perhiasan 1. Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang  1. Tidak digalakkan memakai barang kemas. 

melainkan cincin. Cincin emas adalah dilarang. 2. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan2. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan. dilarang.

3. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan.

22 | P a g e 

Page 23: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SETIAP HARI ISNIN SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI BERPAKAIAN FORMAL:

LELAKI DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU KEMEJA BERTALI LEHER DAN BERKASUT KULIT WARNA GELAP; DAN PELAJAR WANITA BERBAJU KURUNG ATAU YANG BERSESUAIAN. PEMAKAIAN T’SHIRT TIDAK

DIBENARKAN PADA HARI ISNIN 23 | P a g e 

Page 24: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.7 KENDERAAN PELAJAR 

a) Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan bermotor.  

b) Pelajar  harian  (tidak  tinggal  di  Asrama)  yang  memandu  kenderaan  sendiri  hendaklah 

mendaftarkan kenderaan masing‐masing dengan membeli PAS KENDERAAN (bawa bersama 

lesen memandu dan cukai jalan/insuran yang sah) di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kenderaan 

hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.  

(Rujuk Papan Tanda dan Arahan Pengawal Keselamatan). 

2.8 KAWASAN LARANGAN MEROKOK 

Kampus Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Anda boleh 

dikenakan tindakan disiplin sekiranya ditangkap merokok di mana‐mana kawasan di kampus. 

24 | P a g e 

Page 25: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.9 PETIKAN AKTA INSTITUSI‐INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 (AKTA 174) 

a) Kehadiran Di Kuliah 

 Kehadiran  di  kuliah  adalah  wajib.  Pelajar  hendaklah  dengan  seberapa  segera  memberitahu 

pensyarah yang berkenaan sebab‐sebab tidak hadir yang memuaskan hatinya dan mendapatkan 

kelulusan mengenainya. 

  

b) Pakaian dan Penampilan Diri  

Pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial, 

peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa‐apa aktiviti sama 

ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana‐mana bahagian di dalam kampus. 

c) Kad Pelajar  

Pelajar  hendaklah  memakai  Kad  Pelajarnya  pada  bila‐bila  peristiwa  dan  pada  bila‐bila  masa 

sebagaimana  yang  diarahkan  oleh  Pegawai  Hal  Ehwal  Pelajar.  Kad  pelajar  hendaklah  dipakai 

ditempat yang sesuai dan mudah dilihat. Sebarang pengubahsuaian terhadap kad pelajar adalah 

dilarang sama sekali. 

  

d) Judi Dalam Kampus  

Tiada  seseorang  pelajar,  dan  tiada  sesuatu  pertubuhan,  badan  atau  kumpulan  pelajar,  boleh 

mengorganisasi, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengorganisasi, mengurus atau 

menjalankan, atau menyertai, apa‐apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus. 

  

e) Minum Atau Memiliki Minuman Keras Dan Mabuk  

Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau 

kawalannya apa‐apa minuman keras di dalam kampus. 

  

f) Bahan Lucah  

Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa‐ 

apa bahan lucah di dalam kampus. 

25 | P a g e 

Page 26: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

g) Dadah Dan Racun 

 Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa‐ 

apa dadah atau racun. 

  

h) Kebersihan Di Dalam Kampus  

Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan kekemasan 

tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana‐mana 

asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan mana‐mana bangunan atau 

binaan lain di dalam kampus. 

  

i) Membuat Bunyi Yang Menggusarkan Dan Mengganggu  

Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa‐apa bunyi atau bising, atau menyebabkan diterbitkan 

apa‐apa bising atau bunyi, dengan apa‐apa jalan atau dengan apa‐apa cara, jika bising atau bunyi 

itu menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain di dalam kampus. 

  

j) Tempat Tinggal Dan Tempat Tidur Di Kampus  

Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebab digunakan mana‐mana bahagian 

kampus atau mana‐mana bahagian daripada mana‐mana bangunan di dalam kampus sebagai 

tempat tinggal atau tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama 

dalam Institusi. 

  

k) Larangan‐larangan Am  

Seseorang pelajar  tidak boleh berkelakuan,  samada di  dalam atau di  luar  kampus,  secara  yang 

boleh  merosakkan  atau  mendatangkan  mudarat  kepada  kepentingan,  kesentosaan  atau 

namabaik  Institusi,  atau  kepada  kepentingan,  kesentosaan  atau  namabaik mana‐mana  pelajar, 

kakitangan, pegawai, atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, 

atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib. 

26 | P a g e 

Page 27: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

l) Keingkaran 

 Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah 

yang  diberi  atau  dibuat  oleh  mana‐mana  kakitangan,  pegawai  atau  pekerja  politeknik  yang 

diberikuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar  itu adalah bersalah 

atas suatu kesalahan tatatertib. 

  

m) Hukuman Tatatertib  

Seseorang  pelajar  yang  didapati  bersalah  atas  sesuatu  kesalahan  tatatertib  boleh  dikenakan 

mana‐mana satu daripada hukuman yang berikut atau mana‐mana dua atau  lebih hukuman  itu 

disatukan sekali:  

i. amaran;  

ii. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;  

iii. penggantungan daripada mana‐mana daripada atau kesemua kemudahan Institusi 

selama tempoh yang ditentukan;  

iv. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang 

ditentukan;  

v. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;  

vi. penyingkiran daripada mana‐mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;  

vii. pembuangan daripada Institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib. 

2.10 PERKARA ‐ PERKARA LAIN 

a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti ‘track‐bottom’, baju‐ T (keutamaan 

putih), kasut dan stoking. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang menutup 

aurat.  

b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian bersolat yang lengkap.  

c) Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (Boleh dibeli di 

kedai KOPSAS). 

27 | P a g e 

Page 28: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MAKLUMAT TAMBAHAN: 

SEMUA PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL , JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK dikehendaki menyediakan 

Wang Tunai RM120.00 (anggaran) Untuk Pembelian ‘Safety Boots’ dan Jaket Bengkel / Makmal. URUSAN PEMBELIAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PIHAK JABATAN MASING‐MASING. 

28 | P a g e 

Page 29: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN SEMASA MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti 

supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan 

didaftarkan sekiranya mana‐mana perkara yang disebutkan di bawah tidak 

dipenuhi. 

29 | P a g e 

Page 30: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.1 HARI PENDAFTARAN 

Tarikh dan waktu pendaftaran serta maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat iringan yang 

telah diposkan atau di dalam portal PSAS. 

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah 

ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini) 

3.2 PERKARA‐PERKARA YANG MESTI DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN 

a) DOKUMEN – DOKUMEN ASAL yang berikut: 

 i. Kad Pengenalan 

 ii. Slip Bayaran BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Asrama) 

 iii. Slip Bayaran BIMB (Bayaran Pelbagai) 

 iv. Surat Tawaran ke Politeknik 

 v. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V) 

 vi. Dokumen kokurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri) 

 vii. Borang‐borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:‐ 

 1) BHEP1‐Borang Maklumat Peribadi Pelajar  2) BHEP2‐Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung  3) BHEP3‐Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan  4) BHEP4‐Akujanji Pelajar PSAS  5) BHEP5‐Borang Pendaftaran Asrama  6) BHEP6A‐Borang Jaminan Tatatertib Asrama  7) BHEP6B‐Borang Jaminan Tatatertib Asrama (Salinan Pelajar)  8) BHEP7‐Laporan Pemeriksaan Doktor 

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen ASAL, pendaftaran anda boleh DITOLAK) 

b) Lima keping gambar warna yang terbaharu ukuran pasport /  lesen memandu  (termasuk 

yang dilekatkan pada borang). Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut 

pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak 

mendedahkan bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung 

hitam. 

Sila catatkan nama, no kp dan program anda di belakang setiap keping gambar. 

30 | P a g e 

Page 31: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.3 PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN 

Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang kemas 

seperti berikut: 

a) Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH dan SELUAR ‘ SLACK’ HITAM (GELAP), 

serta memakai stoking dan KASUT HITAM. 

  

b) Pelajar perempuan hendaklah memakai sama ada BAJU KURUNG PUTIH (tanpa corak), KAIN  

SARUNG  HITAM  DAN  KAIN  TUDUNG  HITAM  (pelajar  Islam)  atau  ‘BLOUSE’  PUTIH  (tanpa 

corak) DAN SKIRT LABUH HITAM yang kemas dan bersopan serta memakai stoking dan KASUT 

HITAM (bertutup penuh). 

  

c) Rambut mestilah kemas. Bagi pelajar lelaki, rambut hendaklah PENDEK DENGAN PARAS  

BELAKANG TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS ATAS 

TELINGA DAN PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI. 

PERINGATAN:

PEMAKAIAN TOPI, SELUAR ‘JEANS’, SELUAR PENDEK, SELUAR SUKAN DAN BERSELIPAR ADALAH DILARANG.

31 | P a g e 

Page 32: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.4 MINGGU SUAI KENAL (MSK) 

a) SEMUA pelajar baharu PSAS diwajibkan mengikuti program Minggu Suai kenal yang bermula 

selepas selesai pendaftaran pelajar dan ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala 

urusan lain hendaklah dibuat di luar waktu program tersebut. 

  

b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja lengan panjang putih dan seluar ‘ slack’ 

hitam/gelap sewaktu sesi taklimat / ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan). 

 

 c) Pelajar  perempuan  dikehendaki  memakai  baju  kurung  putih  (tanpa  corak),  kain  tudung 

hitam dan kain sarung atau ‘blouse’ putih (tanpa corak) dan skirt labuh hitam/gelap sewaktu 

sesi taklimat/ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan). 

  

d) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan. 

32 | P a g e 

Page 33: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN

33 | P a g e 

Page 34: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN A 

i. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA (RM200 & RM60) DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 

MULAI 15 OGOS 2013, BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI SALAH SATU DARIPADA TIGA (3) SALURAN IAITU: 

A PERBANKAN INTERNET (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB) 

1. Layari www.bankislam.com.my 

 2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts” 

Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank 

Islam. 

4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”. 

 5. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti. 

 6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next” 

 7. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay” 

Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak 8. 

di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay” 

9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..  

10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya. 

 Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan  

11. adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan. 

34 | P a g e 

Page 35: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

B MESIN ATM BANK ISLAM (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB) 

1. Pilih menu LAIN‐LAIN 

 2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT 

 3 Pilih menu YURAN IPT 

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ) 

 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 

 6. Pilih Bil yang ingin dibayar 

 7. Sahkan amaun yang ingin dibayar 

  8. Transaksi selesai dan ambil Resit 

MESIN DEPOSIT TUNAI (CASH DEPOSIT MACHINE ‐ CDM) BANK ISLAM (BAGI YANG C 

TIDAK MEMILIKI AKAUN BIMB)  1. Pilih menu YURAN IPT 

 2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar 

 3 Pilih POLITEKNIK KPT 

4. Sahkan data dan masukkan wang 

 5. Sahkan jumlah kemasukkan wang 

 6. Transaksi selesai dan ambil Resit 

35 | P a g e 

Page 36: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

ii. KAEDAH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI (RM600 @ RM150) 

DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 

Kaedah  membayar  Bayaran  Pelbagai  HENDAKLAH  melalui  KAUNTER  di  mana‐mana  cawangan 

BIMB dengan menggunakan  Slip Bayaran  (Bill  Payment)  BIMB  yang  disediakan  seperti  di  bawah 

atau menggunakan Slip Bayaran yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSAS: 

1  2  3 

5 4 

Calon boleh membuat bayaran di mana‐mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut: 

1.  Nama  : (sila letakkan nama calon pelajar) 

2.  No. Akaun  : 08068010020364 

3.  No. Telefon  : (sila letakkan no telefon calon pelajar) 

4.  Wang tunai Ringgit /  : Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja / Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima

Cash  Puluh Ringgit Sahaja (*bergantung kepada kategori calon pelajar)

5.  Jumlah Bersih  : RM600/RM150 (*bergantung kepada kategori calon pelajar)

6.  Bayar Kepada  : KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570)

7  Jenis Bayaran  : BAYARAN PELBAGAI

8  No. Kad Pengenalan  : (sila letakkan no kad pengenalan calon pelajar) 

(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM.70. Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran) 

36 | P a g e 

Page 37: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN B PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 

Koordinat 3°46'12.1"N 101°27'00.4"E 

37 | P a g e 

Page 38: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN C PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 

38 | P a g e 

Page 39: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN D 

a)  SENARAI SEMAK DOKUMEN ASAL YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN 

BIL  PERKARA TANDAKAN ( / )

DOKUMEN ASAL

1  Borang Hal Ehwal Pelajar 1‐7 (BHEP 1 – 7)

2  Lima (5) keping gambar berukuran pasport (memenuhi spesifikasi yang telah 

ditetapkan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah) 

3  Surat Tawaran Kemasukan Ke Politeknik

4  Kad Pengenalan 

5  Keputusan atau sijil SPM/SPMV

6  Sijil Berhenti Sekolah 

7  Surat Akuan Testimonial Sekolah (JIKA BERKAITAN)

8  Sijil kokurikulum 

9  Slip Peperiksaan Semester Akhir atau Transkrip (Intergrasi)

10  Slip Pengesahan Pendaftaran Online

11  Borang Lapor Diri Pelajar Baharu

12  Slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran 

Pelbagai Politeknik) 

13  Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET) – jika berkaitan 

39 | P a g e 

Page 40: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

b) SENARAI SEMAK SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN 

BIL  PERKARA TANDAKAN ( / )

DOKUMEN SALINAN

1  Tiga (3) salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik

2  Tiga (3) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) – disahkan

3  Tiga (3) salinan keputusan atau sijil SPM/SPMV – disahkan

4  Tiga (3) salinan sijil berhenti sekolah (tingkatan 5) – disahkan

5  Tiga (3) salinan surat akuan/testimonial sekolah (JIKA BERKAITAN) – disahkan 

6  Tiga (3) salinan sijil kokurikulum – disahkan

7  Tiga (3) salinan slip peperiksaan semester akhir atau transkrip (Intergrasi) – 

disahkan 

8  Tiga (3) salinan slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran 

Asrama / Bayaran Pelbagai Politeknik) 

9  Tiga (3) salinan Medical Check‐Up

10  Salinan Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET) – jika 

berkaitan 

Kesemua  salinan  dokumen  ini  adalah  untuk  SIMPANAN  PELAJAR  BAGI  TUJUAN 

SISTEM  PENASIHAT  AKADEMIK  DI  JABATAN  AKADEMIK,  PERMOHONAN  BIASISWA 

DAN LAIN‐LAIN. 

40 | P a g e 

Page 41: BUKU PANDUAN PENDAFTARAN - psas.edu.my · PDF fileDasar Kualiti 11 BAHAGIAN 2: ... Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ... Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer

Sesi SEPT2017 

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

41 | P a g e