bukan badan jadi ukuran

35
Bukan Badan Jadi Ukuran

Upload: sim-chong

Post on 23-Jun-2015

764 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bukan badan jadi ukuran

Bukan Badan Jadi Ukuran

Page 2: Bukan badan jadi ukuran

Ini Pulau Tiong. Pulau itu sangat jauh.Semua binatang tinggal di sini.

Page 3: Bukan badan jadi ukuran

Pulau Tiong ada raja. Rajanya, seekor siput. Kecilnya raja mereka. Kisahnya begini……

Page 4: Bukan badan jadi ukuran

Semasa pulau ini dijumpai dahulu, semua haiwan berkumpul untuk memilih raja. Beratus-ratus ekor binatang banyaknya berkumpul.Hampir berlaku pergaduhan besar pada hari itu.

Page 5: Bukan badan jadi ukuran

“Siapa ingin menjadi raja ,sila tampil,”kata sang Kancil. Harimau,

Singa,dan Serigala menolak binatang lain ke

tepi.

Page 6: Bukan badan jadi ukuran

Kosa kata

1.pergaduhan : pertengkaran, rusuhan

2.tampil : datang atau maju ke hadapan

3.menolak : menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang.

4.memilih : mengasingkan/ mencari yang terbaik.

Page 7: Bukan badan jadi ukuran

Melihat kemunculan harimau dan rakannya,

binatang lain berasa bimbang.

Page 8: Bukan badan jadi ukuran

“Sesiapa sahaja yang berjaya menjadi raja, kita semualah yang akan susah. Mereka itu ganas!” keluh Rusa.“Betul!” sahut Monyet. “Betul binatang yang baik takut bertanding.”

Page 9: Bukan badan jadi ukuran

“Apa kata kalau aku cuba nasib?”tiba-tiba kata

seekor siput.

Page 10: Bukan badan jadi ukuran

Siput berjalan terkesot-kesot ke hadapan. Singa,

harimau dan serigala tertawa terbahak-bahak.

Page 11: Bukan badan jadi ukuran

“Hei, jangan buang masa kamilah! Baik engkau balik ke tempat asalmu!”ejek serigala. Singa dan harimau tersenyum menyeringai.“Raja tidak semesti kuat dan besar. Yang penting dia cerdik dan sabar menghadapi

Page 12: Bukan badan jadi ukuran

kerenah rakyat. Badan besar pun kalau tidak

tahu memerintah tidak berguna.”

Page 13: Bukan badan jadi ukuran

Kosa kata

1.kemunculan : keluar dgn tiba-tiba

2.ganas : liar dan suka menyerang

3.terkesot-kesot : beralih dgn menggeserkan punggung

4.kerenah :proses atau urusan kerja

Page 14: Bukan badan jadi ukuran

Sang Kancil berkata,”Siapa yang

tahan pedas, dialah kita pilih menjadi raja.”

Page 15: Bukan badan jadi ukuran

Sang Kancil mengarahkan monyet

mengumpul lada sebanyak-banyaknya.

Page 16: Bukan badan jadi ukuran

“ Hari ini tidak boleh,” kata serigala. “Beri saya tempoh

sehari untuk berpuasa. Apabila

Page 17: Bukan badan jadi ukuran

Perut saya sudah kosong, baru saya boleh makan!”

“Betul, saya pun kena berpuasa juga. Supaya esok saya boleh makan dengan banyak!” kata singa.

Page 18: Bukan badan jadi ukuran

Pada hari itu pertandingan tidak diadakan. Ketiga-tiga binatang ganas itu tidak makan dan minum.

Page 19: Bukan badan jadi ukuran

Siput pulang juga ke tempatnya. “Macam mana, siput? Dapatkah engkau makan semua lada itu?” tanya rusa.

Page 20: Bukan badan jadi ukuran

“Sudah tentu tidak tetapi tidak ada masalah.Aku ada rancangan. Tengok nanti,” kata siput.

Page 21: Bukan badan jadi ukuran

Kosa kata

1.pedas : berasa seperti rasa cili

2.mengarahkan: mengeluarkan perintah

3.berpuasa: tidak makan dan minum

4.rancangan: Sesuatu yang diramalkan

Page 22: Bukan badan jadi ukuran

Pada keesokan harinya,binatang berhimpun di Pulau Tiong. “Mulakan sekarang!”

Page 23: Bukan badan jadi ukuran

Keempat-empat ekor binatang itu pun mengambil lada yang bertimbun di hadapan mereka lalu mengunyah sebiji demi sebiji.Kerup! Kerap!Kerup! Kerap! Bunyi lada dikunyah.

Page 24: Bukan badan jadi ukuran

Hai, boleh habiskah

semua lada itu? Itulah persoalan

yang berlegar di

kepala binatang.

Page 25: Bukan badan jadi ukuran

Tidak lama kemudian, keempat-

empat binatang

mula kepedasan.

“Pedas! Bolehkah

kami minum air?”

Page 26: Bukan badan jadi ukuran

Harimau, serigala, singa dan siput terus berlari ke arah sebatang sungai. Tebing sungai ditumbuhi semak samun dan lalang yang tebal.

Page 27: Bukan badan jadi ukuran

Kosa kata

1.bertimbun:bersusun bertindih-tindih

2.berlegar : bergerak-gerak berkeliling, berputar,berpusing

3.lalang: rumput yang tinggi dan kasar

4.Semak samun: belukar yang terbiar

Page 28: Bukan badan jadi ukuran

Tanpa berlengah, keempat-empat ekor bintang itu meluru

ke arah sungai itu. Dalam sekelip mata, mereka menghilang di sungai.

Page 29: Bukan badan jadi ukuran

“Air! Air! jerit binatang-binatang itu lantas berlari semua ke arah sungai yang dilindungi lalang-lalang tebal.

Page 30: Bukan badan jadi ukuran

Setelah berlari ulang-alik ke sungai, harimau,singa dan serigala mula letihan. Rahang dan mata mereka berair kerana menahan pedas.

Page 31: Bukan badan jadi ukuran

Siput masih meneruskan usahanya. Setiap kali ia makan sebiji lada, siput segera berlari ke sungai mencari air.

Page 32: Bukan badan jadi ukuran

Apabila siput pertama berlari ke timbun lalang, siput lain pula akan keluar menggantikan tempatnya.

Page 33: Bukan badan jadi ukuran

Begitulah kisah siput yang berjaya mengalahkan lawan yang lebih besar.

Page 34: Bukan badan jadi ukuran

Kosa kata

1.berlengah: berlambat-lambat/berlama-lama

2.Ulang-alik:pergi ke sesuatu tempat dan kembali semula

3.rahang: bahagian mulut yang terdiri daripada dua tulang

4.menggantikan: menukarkan

Page 35: Bukan badan jadi ukuran

Pengajaran

1.Kekuatan akal lebih baik daripada kekuatan tubuh badan.

2.Kita harus menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Disediakan oleh: Cikgu Chong Hui Lin