budaya baik- kepentingan dan bagaimana budaya baik diterapakan dalam pelbagai disiplin ilmu

32
1.0 Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir pada 1971 daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia dengan objektifnya untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Walaupun dasar kebudayaan kebangsaan telah lahir lebih kurang 40 tahun, tetapi adakah kami memahami apa itu budaya dan kepentingannya diwujudkan. Umumnya budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture iaitu berasal daripada perkataan latin cultura. Dalam bahasa Mandarin disebut ‘Wen Hua’ dan dalam bahasa Arab disebut Thaqafah. Dalam pertuturan harian, kebanyakan orang menggunakan perkataan ‘budaya’ untuk membawa pengertian kebudayaan ‘tinggi’ seperti tarian, muzik, makanan, atau pakaian. Bagi ahli-ahli sains sosiol , perkataan ini mempunyai maksud lebih luas. Ia membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat. Ini termaksuklah segala kepercayaan, nilai, politik, adat resam, undang-undang, dan peraturan, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa, dan bahan-bahan material. Budaya boleh diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang. Walaubagaimanapun, manusia tidak dilahirkan dengan corak-corak tingkah laku yang sedia ada 1

Upload: albert-sia

Post on 29-Jul-2015

290 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

1.0 Pengenalan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir pada 1971 daripada gagasan Kongres

Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan

identiti negara Malaysia dengan objektifnya untuk memperkukuh perpaduan

melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.

Walaupun dasar kebudayaan kebangsaan telah lahir lebih kurang 40 tahun,

tetapi adakah kami memahami apa itu budaya dan kepentingannya diwujudkan.

Umumnya budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture iaitu berasal

daripada perkataan latin cultura. Dalam bahasa Mandarin disebut ‘Wen Hua’ dan

dalam bahasa Arab disebut Thaqafah. Dalam pertuturan harian, kebanyakan

orang menggunakan perkataan ‘budaya’ untuk membawa pengertian

kebudayaan ‘tinggi’ seperti tarian, muzik, makanan, atau pakaian. Bagi ahli-ahli

sains sosiol , perkataan ini mempunyai maksud lebih luas. Ia membawa

pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam

sesebuah masyarakat. Ini termaksuklah segala kepercayaan, nilai, politik, adat

resam, undang-undang, dan peraturan, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa,

dan bahan-bahan material.

Budaya boleh diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun sejak zaman

nenek moyang. Walaubagaimanapun, manusia tidak dilahirkan dengan corak-

corak tingkah laku yang sedia ada untuk membolehkan mereka hidup di dalam

sesuatu persekitaran. Manusia juga perlu mempelajari dan mencari cara yang

baik untuk hidup dalam persekitarannya[1]. Cara-cara hidup yang dipelajari,

diubahsuaikan dan diturun-temurunkan daripada satu generasi kepada generasi

lain telah diberi nama “budaya”. Budaya terdiri daripada hasilan dikongsi oleh

masyarakat, manakala masyarakat pula terdiri daripada manusia yang

berinteraksi di antara satu sama lain, yang berkongsi satu atau beberapa

budaya. Sesuatu individu atau masyarakat itu tidak dapat hidup tanpa budaya

kerana budaya memainkan peranan penting dalam mewujudkan perubahan nilai

dan norma masyarakat.

1 Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann (m) Sdn. Bhd.

1

Page 2: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

2.0 KEPENTINGAN BUDAYA

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Budaya

berperanan penting dalam proses pembangunan negara di mana keperibadian

sesebuah negara harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah

meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya

memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat

dalam satu proses yang berterusan. Selain itu, budaya juga memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan seseoarang individu di mana bergaul dengan

masyarakat.

2.1 Kepentingan Budaya Kepada Manusia Dalam Dunia

Apakah yang menyebabakan manusia hidup di planet bumi selama

berjuta-juta tahun tanpa pupus seperti berlaku pada spesis dinasour?

Jawapannya ialah budaya. Manusia telah mencipta budaya dan seterunya

budaya telah manusia. Manusia tidak perlu lagi menjadi mangsa

persekitaran semula jadi. Manusia dapat membina dan menyesuaikan

persekitaran sosial, membuat dan berkongsi peraturan serta tingkah laku

yang membentuk kehidupan manusia. Daripada pengetahuan yang

dipelajari, maka manusia dapat mengubahsuaikan persekitaran semula jadi.

Budaya yang dikongsi ialah satu perkara yang membolehkan kehidupan

sosial manusia. Tanpa kebudayaan masa lalu, setiap generasi baru perlu

menyelesaikan masalah yang paling mudah tentang kehidupan semula,

contohnya, tanpa budaya zaman awal tamadun, setiap generasi perlu

membentuk sistem famili, bahasa, menemui api, mencipta roda dan lain-lain

semula.

Selain itu, budaya juga membebaskan manusia daripada keperluan

bergantng sepenuhnya kepada evolusi fizikal yang lambat, rawak dan

dengan cara kebetulan. Jika manusia menanti proses pemilihan semula jadi

untuk hidup di khutub uatara, terbang ke bulan, hidup di dalam laut, maka

manusia perlu menenti selama-lamanya. Tidak seperti haiwan lain, manusia

dapat mengubahsuaikan dirinya untuk di dalam sesuatu persekitaran, dan

2

Page 3: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

mengubahsuaikan persekitarannya untuk memenuhi keperluan kehidupan.

Kejayaan manusia telah terletak di dalam kebudayaan.

2.2 Kepentingan Budaya Dalam Masyarakat

Budaya melambangkan identiti sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat

mempunyai budaya dan nilai-nilai dalam yang dapat memaparkan identiti

yang unik masyarakat tersebut seperti set ritual dan tradisi. Budaya tersebut

hanya dimiliki oleh masyarakat tersebut dan akan mendapat satu identiti

yang unik, dan hanya dimiliki oleh masyarakat tersebut sahaja, contohnya

masyarakat Islam mengguna tangan untuk makan dan masyarakat china

megguna penyepit unutk makam. Apabila seserbuah masyarakat begaul

dengan masyarakat lain, maka budaya masyarakat tersebut yang unik

seperti bahasa, seni, dan agama akan dikongsi berfungsi sebagai satu

simbol utama untuk membezakanya daripada masyarakat lain serta sebagai

simbol untuk masyarakt lain untuk mengenali masyarakat tersebut.

Budaya yang unik yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat merupakan

khazanah kepada sesebuah masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana,

setiap masyarakat mempunyai budaya sedinri yang unik. Budaya yang unik

dan berguna, maka akan disebar luas dan digubah lalu disesuaikan serta

digunapakai oleh masyarakat lain, contohnya Pizza asalnya makanan

masyrakat Itali, tetapi telah disebar luas di dunia, begiu juga dengan Sistem

Demokrasi yang asalnya dicipta oleh orang yunani. Walaupun budaya ini

telah diguna oleh seluruh dunia, tetapi masyarakat lain akan selalu

mengingati asalnya. Disamping itu, budaya unik yang dimiliki oleh sesebuah

masyarakat juga dapat memajukan ekonomi negara dalam bidang

pelancongan. Sebagai contoh, Malaysia dengan pelbagai kaum dalam satu

negara, maka ini dapat menarik minat para pelancong untuk melihat corak

hidup rakyat malaysia.

Budaya juga berfungsi sebagai tanda untuk masyarakat masing-masing

mengingati jasa, sumbangan dan warisan nenek moyang. Hal ini penting,

kerana tanpa mereka kam tidak akan wujud dan warisan budaya saeperti

3

Page 4: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

sejarah, konsep politik, makanan, cara pemakaian, konsep ekonomi semua

merupakan warisan yang penting untuk sesebuah masyarakat dibangunkan

dan dimajukan.

3.0 BAGAIMANA BUDAYA MEWUJUDKAN PERUBAHAN NILAI SERTA

NORMA DALAM SESESBUAH MASYARAKAT

Budaya merupakan satu ilmu displin yang sangat luas dan terdiri daripada

pelbagai komponen-komponen kecil seperti agama, politik, teknologi, ekonomi,

kesenian, bahasa dan lain-lain unsur. Semua komponen atau unsur budaya

memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perubahan nilai serta

norma dalam sesebuah masyarakat.

Budaya dapat mengubah niali dan norma sesebuah masyarakat apabila

masyarakat tersebut berhubung atau berinteraksi dengan masyarakat lain.

Teknologi, pengangkutan dan media merupakan 3 cabang yang utama

membolehkan sesebuah masyarakat berinteraksi dengan masyarakat lain.

4

Budaya yang unik(khazana

h masyara

kat / negara)

Menonjolkan

indentiti sesebua

h masyara

kat

Menarik perhatian

pelancongan dari negara

lain berkunju

ng ke negara

kita

Kegiatan pelancon

gan diperkem

ba-ngankan

Ekonomi negara

dimajukan +

KDNK negara

mewningkat

Kepentingan Budaya Dalam

Masyarakat

Page 5: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

Apabila wujudnya interaksi, maka masyarakat tersebut akan belajar mengenai

nilai dan norma lain, lalu menyesuaikannya dalam kehidupan harian mereka.

Perubahan ini biasanya berlaku dalam 2 bentuk iaitu akluturasi dan asimilasi.

Perubahan nilai dalam masyarakat umunnya akan diikuti dengan perbahan

norma masyarakat. Contonhnya, nilai kebebasan yang berasal dari masyarakat

barat yang kini mulai tumbuh di negara Indonesia telah melahirkan berbagai

norma baru dalam negara tersebut, seperti kebiasaan masyarakat untuk

bersikap kritis terhadap pemerintahan (Folkways); larangan para penyelenggara

Negara untuk memberikan dan menerima gratifikasi/hadiah (mores).

Selain itu, komponen budaya pendidikan juga akan mempengaruhi perubahan

nilai dan norma dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan adalah satu proses

untuk membentuk seorang individu kepada insane iaitu seorang manusia yang

bukan sahaja berilmu tetapi juga bermoral dan berakhlak megikut budaya

masyarakat masing-masing. Pendidikan merupakan satu cara atau langkah

untuk mengubah nilai dan norma masyarakat. Contohnya jika kerajaan ingin

mengubah budaya masyarakatnya yang kurang amalkan amalan membaca,

maka melalui pendidikan formal di sekolah untuk menggalakkan kanak-kanak

membaca sejak kecil merupakan satu langkah yang amat berkesan. Hal ini telah

jelas dibuktikan dengan kajian 1997 yang menujukkan purata membaca hanya 1-

5

Bentuk Perubahan Nilai dan Norma

Akulturasi- pertumuan dua budaya

yang menghasilkan budaya baru

tanpa menghilangk

an identiti budaya

tersebut.

Asimilasi- peleburan dua budaya

dengan menghilangkan indentiti kebudayaan

masing-masing.

Page 6: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

2 buah buku setahun.di Malaysia , tetapi selepas kementeriaan pelajaran

melaksanakan program nilam di sekolah kajian pada tahun 2009 telah

menujukkan purata membaca di Malaysia telah meningkat kepada 8-12 buah

buku setahun.

Secara kesimpulannya, satu budaya dapat mengubah nilai dan norma

sesebuah masyarakat biasanya melalui pertembungan dengan budaya lain

ataupun dengan komponen pendidikan, sama ada dalam bentuk formal(sekolah)

atau tidak formal(media massa, kempen).

4.0 BUDAYA BAIK

Budaya diertikan sebagai cara atau corak hidup manusia yang merangkumi

asperk seperti sistem keluarga, agama, ekonomi, dan politik, adat istiadat,

bahasa, perkakas, pakaian, teknologi, bangunan, dan karya seni. Jadi budaya

baik adalah cara atau corak hidup dalam aspek tersebut yang bersifat positif.

Dengan kata lain, budaya baik adalah cara atau corak hidup manusia yang

positif dan boleh diterima oleh seluruh genap masyarakat.

Usaha ke arah kebaikan adalah perlu dengan memberi latihan dan

membiasakan diri sehingga ia sebati dengan jiwa. Contohnya seperti apa yang

dilakukan oleh guru terhadap kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak diajar dan

dididik untuk pembentukan akhlak yang mulia. Selain guru, ibu bapa, dan

masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-

kanak agar mereka dapat mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada

amalan baik yang ditonjolkan. Mereka diibaratkan seperti kain putih, yang mana

perlu dicorakkandengan warna-warna nilai yang baik.

Selain itu, budaya baik juga berbeza mengikut masyarakat yang berbeza. Hal

ini demikian kerana setiap masyarakat mempunyai konsep dan prespetif

terhadap budaya yang berbeza. Contohnya masyarakat memandang permainan

poker (berjudi) adalah sesuatu aktiviti atau permainan yang baik kerana dapat

membangunkan memori dan daya pemikiran logik, serta mempromosikan day

kreatif dan imaginasi. Walaubagaimanapun, permainan ini dianggap negative

6

Page 7: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

dalam masyarakat Islam, dan merupakan sesuatu yang haram dalam peraturan

agama Islam.

5.0 KEPENTINGAN BUDAY BAIK DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU

5.1Tidak Menyeleweng Dari Norma-norma Sosial

Konsep terhadap budaya baik adalah berbeza mengikut masyarakat yang

berbeza, contohnya masyarakat barat menganggap pakaian sexy sebagai

satu seni tetapi masyarakat islam menganggap ia merupakan sesuatu yang

memalikan. Jadi budaya baik merupakan satu peraturan hidup dalam

sesebuah masyarakat untuk individu agar segala tindakan mereka terpimpin

dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam

masyarakat. Dengan ini, kehidupan kita akan menjadi lebih sempurna kerana

kita mengikut budaya yang tidak bertentang dengan masyarakat dan dapat

diterima oleh masyarakat.

5.2 Membentukan Individu Yang Berakhlak Mulia

Budaya baik adalah penting untuk kehidupan individu. Ini kerana norma

dalam masyarakat dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Budaya

7

Budaya Baik

Sesuatu budaya yang bersifat positif

Cara menetukannya

berbeza mengikut

masyarakat yang berbeza

Dilatih atau diamalkan

sejak kecil lagi

Apa itu

budaya baik

Page 8: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

baik dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Budaya baik yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan

mencerminkan susana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Budaya baik telah menjadi warisan keluarga di mana dari kecil lagi kita

telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan pelbagai budaya baik. Ketika

dibangku sekolah pula guru-guru mendidik kita dengan kepelbagaian nilai

murni seperti bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita juga telah diasuh

supayas entiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu-

membantu, merendah diri, jujur , amanah dan sebagainya. Seseorang yang

mengamalkan nilai-nilai murni akan dihormati dan dipandang mulia di

kalangan keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Selain itu, budaya orang

Timur yang kaya dengan budi bahasanya, kita perlulah menjaga tatasusila

adat ketimuran kita.

5.2.1 Menjaga nama baik dan maruah individu dan keluargannya

Seseorang yang berakhlak mulia dapat menjaga nama baik sendiri

dan maruah individu tetapi juga keluargannya. Ini adalah disebabkan

seseorang itu sentiasa dinilai oleh orang lain melalui tingkah laku dan

cara pertuturannya. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat

pujian dan pengesahan daripada masyarakat, maka marauah dan imej

individu tersebut dapat dibangunkan dan seterusnya juga meningkat imej

keluarga.

5.3 Merapatkan Hubungan Dengan Keluarga

8

Budaya baik (Nilai & norma

masyarakat yang baik)

Melahirkan individu yang berakhlal

mulia

Individu yang berakhlak mulia disanjungi oleh

masyarakat

Imej individu dijaga+

imej keluarga ditingkatkan

Bagaimana budaya baik menjaga imej

individu dan keluarga

Page 9: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

Budaya baik dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Apabila

kita mengaplikasikan budaya baik dalam keluarga, kita akan disenangi dan

diterima dengan baik. Selain itu,penerapan nilai-nilai murni juga dapat

melahirkan sebuah keluarga yang bahagia di samping terjalinnya ikatan

kekeluargaan yang erat.

Antara contoh budaya baik yang dapat mengeratkan hubungan seisi

keluarga adalah kasih saying antara ahli keluarga. Kasih sayang dapat

diertikan sebagai perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan

berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa

sebarang unsure kepentingan diri 2. Amalan kasih sayang ini sememangnya

perlu diaplikasikan dalam hubungan seisi keluarga terutamanya kepada

kedua orang tua kita. Adalah penting untuk kita menyayangi mereka di atas

segala pengorbanan yangtelah mereka lakukan. Begitu juga dengan ahli

keluarga yang lain seperti abang adik dan sebagainya. Secara tidak

langsung juga, bibit-bibit kemesraan akan timbul dalam hubungan

kekeluargaan.

Satu lagi budaya baik yang dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga

ialah jujur kepada ahli keluarga. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,

kejujuran boleh didefinisikan sebagai perihal jujur, kelurusan hati dan juga

keikhlasan3.Kejujuran juga adalah kelakuan yang menunjukkan niat baik,

amanah, dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sifat jujur ini

mempunyai kepentingan serta kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah

dapat melahirkan sifatamanah dalam diri seseorang individu. Amanah

merupakan sifat mulia yang wajib diamalkan oleh setiap individu. Amanah

juga menyebabkan lahirnya sikap bertanggungjawab yang boleh

menimbulkan kepercayaan dan keyakinan oranglain. Ia merupakan anak

kunci kepada keharmonian dan kebahagian keluarga serta masyarakat4.

2 Tam Yeow Kwai, Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program Pendidikan Moral. Kuala Lumpur, 1996,

m.s. 443 Sidang Pengarang , Kamus Dewan Edisi Ketiga Kuala Lumpur, 1998 , m.s 546.4 Ahmad Khamisi, Etika (Pendidikan Moral) Untuk Institusi Pengajian Tinggi Kuala Lumpur,

1996, m.s. 49

9

Page 10: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

Ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih erat dengan adanya amalan-amalan

sebegini di dalam kehidupan individu. Selain itu, kejujuran juga membuatkan

seseorang itu bercakap benar dantidak menipu. Bercakap benar ialah

menyatakan sesuatu dengan betul danbenar tanpa menokok tambah dan

berselindung. Orang yang sentiasa benar didalam percakapannya akan

dihormati dan dipercayai oleh masyarakat. Selain itu, keikhlasan juga akan

turut lahir dalam diri mereka yang jujur dalam kehidupan sehari-hari. Ikhlas

merupakan kesucian hati tanpa mengharapkan balasan bila melakukan

sesuatu. Semua ini lahir melalui amalan kejujuran yang diamalkan

seseorang itu. Di dalam sesebuah keluarga, amalan bercakap benar adalah

perlu supaya seluruh anggota keluarga mempercayai serta menerima kita.

Kepercayaan keluarga amat penting kerana ia merupakan tunjang bagi kita

menjalani hidup sehari-harian.

5.4 Disanjungi Oleh Masyarakat

Seseorang yang berbudaya baik akan memperolehi pelbagai

kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain. Hal ini kerana

individu yang berbudaya baik sentiasa berbudi bahasa dan bersopan santun

dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-

kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tidak

akan menyinggung perasaan orang lain. Dengan perangai ini yang mulia ini

maka menyebabkan diri individu tersebut dipandang mulia oleh masyarakat.

Rasa hormat masyarakat pada diri kita juga akan hilang dan kita mungkin

akan dipinggirkan daripada kehidupan bermasyarakat. Jadi, adalah penting

untuk kita mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan supaya diterima

dengan baik oleh masyarakat.

5.5 Mengubah Seorang Individu Yang Bersikap Negatif

Kepentingan terakhir mengamalkan budaya baik dalam diri individu ialah

dapat mengubah sikap seseorang. Penerapan budaya baik, membolehkan

10

Page 11: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

sikap seseorang diubah bagi mencapai keseimbangan hidup. Rakan-rakan

dan orang di sekeliling juga akan mula menghormati dan menerima kita.

Contoh budaya baik yang boleh mengubah sikap individu ialah sikap

kerajinan. Kerajinan ialah usaha berterusan yang penuh dengan semangat

ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya usaha dalam

melakukan sesuatu perkara 5. Dalam konteks daya usaha pula kerajinan

bererti berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif

dan kreatif untuk mencapai kejayaan. Ini bererti dalam mengejar kejayaan,

kita tidak seharusnya bersifat pasif yakni malas dan tidak mempunyai

sebarang usaha ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki. Dengan

adanya daya usaha dalam diri seseorang, sikap pasif boleh diubah menjadi

aktif dan bersemangat dalam memperoleh kejayaan.

Dapat dirumuskan bahawa amalan-amalan baik sangat penting dalam

kehidupan setiap individu. Amalan-amalan baik berfungsi sebagai

pemelihara keharmonian. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya

pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Akhirnya

menyebabkan berlakunya pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati di

kalangan pihak yang berkaitan. Ia juga membantu kepada kesejahteraan,

kerukunan dan kedamaian hidup. Seseorang yang sentiasa mengamalkan

budaya baik dalam kehidupan akan dapat menikmati kebaikan fizikal, rohani

dan mental. Mereka juga akan sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak

bertentangan dengan kehendak masyarakat.

Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi

yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional,

bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang

berakhlak mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak

mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat

perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia

seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul

5 http: / / pendidikanmoralspm.blogspot.com/2008/11/kerajinan.html

11

Page 12: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

walau di mana ia berada kerana nilai murni telah membentuk falsafah hidup,

gaya berfikir dan tindak tanduknya.

6.0 BAGAIMANA BUDAYA BAIK DITERAPKAN DALAM PELBAGAI DISPLIN

ILMU

Pengetahuan manusia dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu

kumpulan sains dan kumpulan kemanusiaan. Kumpulan sains merujuk kepada

pengetahuan yang dikaji dan dikumpul mengikut kaedah sistematik dan saintifik.

Kumpulan sains pula terbahagi kepada dua bidang iaitu sains tulen dan sains

sosial. Sains tulen mengkaji ,mengenai fisiologi, benda-benda hidup dan alam

semula jadi. Sebagai contoh bidang fizik, kimia, matematik dan sebagainya.

Berbeza pula bagi sains sosial. Sains sosial mengkaji tentang tingkah laku

manusia dan aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam kelompok

sifat, fungsi, dan perkembangan manusia.[6] Pengetahuan sains sosial cuba

memahami tentang pencapaian dan limitasi manusia, bagaimana

mempertingkatkan kehidupan manusia, serta cuba meramal berkenaan dengan

masa depan masyarakat manusia. Secara umumnya, sains sosial merangkumi 6

disiplin ilmu yang berbeza-beza. Antaranya ialah displin ilmu antropologi,

geografi, ekonomi, sejarah, sosiologi, dan sains politik.

6.1 Antropologi

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian

mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti

bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan

adat resam. [7] Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah

antropologi budaya, antropologi fizikal, antropologi linguistic, arkeologi dan

juga etnologi.

6 kukmweb.ukm.my/~myahya/falsafah/Syarahan2.htm

7 http://ms.wikipedia.org/wiki/Antropologi

12

Page 13: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

6.1.1 Bagaimana budaya baik diterapkan

Budaya Bersyukur

Antara budaya yang boleh kita terapkan ke displin ilmu ini ialah

budaya bersyukur dengan menghargai dan menghayati kejadian

manusia. Manusia diciptakan dengan penuh keunikan dan mempunyai

pelbagai kelebihan sama ada dari fizikal mahupun mentalnya.

Penciptaan dan perkembangan manusia juga sangat berbeza daripada

makhluk-makhluk lain yang ada di bumi ini. Jadi, kita perlulah sentiasa

bersyukur dengan muhasabah diri dan menghargai anugerah pencipta.

Budaya hormat-menghormati

Selain itu, kita juga boleh menerapkan budaya hormat-mneghormati

dalam displin ilmu ini. Kita akan mengamalkan budaya hormat

menghormati dalam setiap kaum. Biasaannya, adat dan budaya berbeza

mengikut bangsa, agama dan juga Negara. Pepatah melayu "Biar mati

anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta

amalannya dalam masyarakat melayu. Budaya dan adat ini dapat dilihat

dari segi perkahwinan, kematian, kelahiran dan sebagainya. Jadi, setiap

bangsa haruslah menghormati budaya bagi setiap bangsa dan suku

kaum di Malaysia termasuklah budaya masyarakat Melayu itu sendiri.

6.2 Geografi

Bidang ini mengkaji tentang aspek-aspek semula jadi dan bagaimana

kehidupan manusia dibentuk olehnya. Selain itu, bidang geografi juga turut

mengkaji bagaimana alam semula jadi mempengaruhi perkembangan sosial

dan kebudayaan masyarakat. Secara umumnya, bidang geografi ini dapat

dikelaskan kepada dua bahagian, iaitu geografi alam sekitar fizikal dan

geografi alam sekitar manusia. Geografi alam sekitar fizikal adalah segala

yang berkaitan dengan permukaan bumi yang meliputi tanah, air, udara,

corak, suhu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya (atmosfera, biosfera,

13

Page 14: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

hidrosfera, litosfera). [8] Bagi alam sekitar manusia pula, ianya lebih tertumpu

kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara

manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan

kegiatan manusia.

6.2.1 Bagaimana budaya baik diterapkan

Budaya Mencintai Alam Sekitar

Antara budaya baik yang boleh diterapkan ke dalam disiplin ilmu ini

ialah budaya mencintai alam sekitar. Alam sekitar memainkan peranan

yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang baik dan

menyegarkan dapat memberikan kita satu suasana yang selesa dan

menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia

juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan

Negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Antara kepentingannya adalah dapat menjamin kesihatan manusia

menerusi penyederhanaan suhu oleh tumbuhan. Jadi, suhu yang tinggi

dapat dielakkan sekaligus dapat menghindarkan kepanasan yang

melampau yang akan memberi impak yang buruk kepada kesihatan

manusia. Selain itu, alam sekitar juga penting sebagai pembekal udara

yang segar sekaligus dapat menarik pelancong untuk datang ke Negara

kita. Setelah melihat kepada kesemua kepentingan alam sekitar ini,

maka adalah penting bagi kita untuk mencintai dan menjaganya dengan

baik supaya generasi akan datang tidak kehilangan aset yang berharga

ini. Salah satu caranya adalah melalui penyertaan kita di dalam

persatuan pencinta alam sekitar - CARE. Selain itu, sukatan pelajaran

geografi di peringkat sekolah menengah juga turut dimasukkan tentang

alam sekitar bagi mendidik mereka akan kepentingan alam sekitar

kepada manusia.

Budaya bekerjasama

8 Rusly Musa dan Nurasyikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal,

14

Page 15: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

Selain itu, bidang geografi ini juga dapat menerapkan budaya baik

seperti budaya membantu dan budaya bekerjasama untuk mencegah

pencemaran yang berlaku pada alam sekitar. Pencemaran ialah

sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia, dan biologi pada

mana-mana alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam

terjejas. Pencemaran juga boleh didefinisikan sebagai pengumpulan

bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita.

Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar.

Terdapat beberapa jenis pencemaran yang berlaku di Malaysia seperti

pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran

tanah, pencemaran cahaya atau sinaran, pencemaran haba atau terma

dan pencemaran alam marin. Punca pencemaran biasanya disebabkan

oleh kenderaan dan janakuasa, industri perkilangan, industry pertanian,

pembalakan yang tidak dirancang dan sebagainya. Maka, menjadi

tanggungjawab kita bagi mencegah pencemaran-pencemaran yang

berlaku. Kita juga boleh membantu menangani masalah pencemaran

yang semakin berleluasa di Malaysia. Sebagai contoh ialah dengan

memberikan sokongan sepenuhnya dalam setiap kempen yang

dilaksanakan kerajaan dan menjadi sukarela dalam setiap aktiviti

gotong-royong bagi membersihkan kawasan yang tercemar.

6.3 Ekonomi

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji

pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini

termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui

pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Subjek dalam

ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar iaitu ekonomi mikro (yang

berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu) dan ekonomi

makro (melihat ekonomi secara keseluruhan termasuk inflasi, pengangguran,

pengeluaran industri, dan peran pemerintah) . Aspek yang menerima

15

Page 16: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran,

pengedaran, perdagangan dan persaingan.[9]

6.3.1 Bagaimana budaya baik diterapkan

Budaya tolong-menolong

Budaya baik seperti budaya tolong-menolong dapat diamalkan

melalui displin ilmu ini. Sebagai contoh, di dalam institusi kewangan

Islam. Badan-badan seperti zakat dan baitul mal yang terdapat dalam

institusi tersebut bertindak sebagai agen menguruskan pengagihan

wang yang diterima daripada masyarakat Islam untuk di beri kepada

golongan fakir miskin dan tidak berkeupayaan. Jadi, dasar diskriminasi

tidak berlaku di sini seperti diskrimasi terhadap orang miskin, orang

kurang upaya, orang-orang tua dan pelbagai lagi. Selain itu, penindasan

juga dapat dielakkan seperti mana orang kaya menindas mereka yang

miskin, orang yang berjawatan tinggi menindas mereka yang berjawatan

rendah dan sebagainya.Budaya ini dipupuk melalui Dasar Ekonomi Baru

(DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan kemiskinan

tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB

berakhir, kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional

(1991) dan Dasar Wawasan Negara (2001).

Budaya berjimat-cermat

Selain itu, di dalam bidang ekonomi juga manusia dapat

mengamalkan budaya berjimat-cermat dalam menggunakan wang ketika

berbelanja. Ini dapat difokuskan di bawah tajuk wang dan institusi

kewangan. Seperti yang dipelajari di dalam bidang ekonomi, wang

berfungsi sebagai pengantaraan pertukaran. Ini bermakna, jika kita ingin

mendapatkan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan, kita perlu

9 Heng Siew Ngu dan Md. Zyadi Md. Tahir, Teks Pra-U STPM Matrikulasi Mikroekonomi ,

Selangor, 2008, m.s. 1-4

16

Page 17: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

menukarkannya dengan wang. Tanpa wang, manusia tidak dapat

memenuhi keperluan dan kehendak diri masing-masing. Di sini kita

dapat lihat betapa pentingnya wang dalam hidup sehari-hari. Namun,

perlu diingatkan, jika wang digunakan dengan boros dan perbelanjaan

tidak dirancang, kita akan menghadapi masalah yang besar. Segala

keperluan dan kehendak tidak dapat dipenuhi selain manusia hidup

dalam tekanan dan kesusahan. Jadi, budaya berjimat-cermat amatlah

penting dalam hidup kita bagi menstabilkan ekonomi individu di samping

dapat menjamin masa depan kita kelak.

Budaya Jujur

Budaya jujur dan amanah ini boleh menerapkan ke dalam displin ilmu

ini apabila penjualan dam pembelian dijalankan. Penjual tidak harus

menaikkan harga barang sesuka hati. Penipuan terhadap harga, kualiti,

dan keselmatan barang tidak harus dikenakan kepada para pembeli.

6.4 Sejarah

Sebenarnya, bidang sejarah ini menekankan tentang peristiwa lampau

dan berkait dengan peristiwa lepas serta masa kini. Perkembangan

masyarakat juga turut dikaji di dalam bidang ini.

6.4.1 Bagaimana budaya baik diterapkan

Budaya mengenang jasa

Antara amalan baik yang boleh diamalkan dalam bidang disiplin ilmu

ini ialah menghargai tokoh-tokoh dan pejuang terdahulu yang telah

banyak berkorban dalam menuntut kemerdekaan tanah air. Malaysia

tidak mencapai kemerdekaan menerusi pertumpahan darah

sebagaimana negara-negara Asia . Namun jerit-perih dan pengorbanan

dan kegigihan yang diberikan oleh para pejuang pada masa itu dan

sebelumnya amatlah besar. Banyak sekali pengorbanan yang

dicurahkan oleh ramai insan demi kemerdekaan. Air mata, darah,

17

Page 18: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

keringat, tenaga, wang ringgit, harta benda dan nyawa dikorbankan

tanpa mengharapkan balasan melainkan kebebasan. Kemajuan dan

kemakmuran negara pada masa ini tidak mungkin dapat direalisasikan

tanpa pengorbanan dan darah pejuang-pejuang bangsa zaman dahulu.[10]

Budaya kegigihan

Jika dikira dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis

Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi

Tanah Melayu, penentangan menuntut kebebasan telah pun bermula

walaupun diperingkat wilayah. Bentuk-bentuk penentangan ini walaupun

kecil dan sering dilabel oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat, lanun

atau pemberontak namun semangat kegigihan tidak berputus asa

mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang. Selepas itu. nama-nama

seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Dato'

Maharajalela, Rosli Dhobi, Mat Salleh, Panglima Hitam, Dato Onn

Jaafar, Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T. Sambathan, Tunku Abdul Rahman

dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat Malaysia dari

generasi ke generasi. Begitu juga semangat yang ditunjukkan oleh

pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang gigih berjuang

menentang pendudukan Jepun dan komunis. Pengorbanan mereka

bukanlah kecil tetapi demi negara, nyawa mereka dipertaruhkan seperti

Leftenan Adenan, Peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi.

Budaya tidak berputus asa

Rombongan kemerdekaan tidak berputus asa dalam perjalanan

menuntut kemerdekaan demi Negara kita. Kemerdekaan bukanlah

sesuatu yang cukup sekadar dilakarkan dalam lakaran sejarah atau

diraikan tahun demi tahun tanpa penghayatan yang sebenar. Antara

cara-cara yang boleh menunjukkan betapa kita menghargai dan

10 http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/roha-hassan/85-adakah-kita-generasimerdeka

18

Page 19: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

menghayati erti kemerdekaan yang sebenar adalah dengan merdekakan

minda. Kemerdekaan tanah air tidak akan membawa makna yang

mendalam sekiranya kita sebagai rakyat tidak memerdekakan minda kita

daripada penjajahan budaya yang negatif dan merosakkan. Selaku

bangsa yang berdaulat, rakyat Malaysia memiliki adab, nilai-nilai murni

dan budaya tersendiri. Dengan membebaskan diri daripada belenggu

jajahan budaya yang merosakkan, barulah kita menjadi generasi yang

benar-benar bebas dan merdeka.

Budaya Patriotisme

Selain itu, melalui diplin ilmu sejarah ini juga kita dapat memupuk

semangat patriotisme yang sememangnya perlu ada dalam diri setiap

masyarakat Malaysia. Istilah patriotisme membawa maksud yang amat

bermakna dan menjadi unsur penting bagi menyemarakkan semangat

cintakan tanah air. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan

pencapaian dan budaya bangsa, memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar

budayanya, serta identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Salah

satu langkah diambil oleh kerajaan bagi menyemai semangat patriotism

dalam diri setiap individu ialah melalui Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN). Melalui program sebegini, semangat cintakan tanah air dapat

ditanam dalam diri para pelatih.

6.5 Sosiologi

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang

berkenaan dengannya dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai

individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi.

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam

masyarakatnya. Sosiologi lebih cenderung untuk mengkaji tentang perangai

kita sebagai manusia. Secara ringkas, sosiologi adalah mengkaji hubungan

antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal, kepada suatu

peringkat yang lebih kepada proses sosial sejagat. Cabang utama dalam

19

Page 20: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

sosiologi adalah fungsionalisme, iaitu mengkaji fungsi perlakuan sosial atau

institusi yang kegiatan mereka menyumbang kepada penerusan masyarakat,

teori konflik, Interaksionisme /teori tindakan sosial, dan interaksionisme

bersimbol. [11]

6.5.1 Bagaimana budaya baik diterapkan

Budaya menyesuaikan diri

Penerapan budaya baik dalam bidang ini boleh dilakukan menerusi

menyesuaikan diri dan mengadaptasikan diri dengan lingkungan

sosialnya. Sebagai contoh lingkungan sosial kita adalah masyarakat

kampung. Jadi, kita perlu menyesuaikan diri mengikut lingkungan social

supaya kita boleh bergaul dan berinteraksi dengan baik tanpa

mengahadapi sebarang masalah. Masyarakat kampung biasanya kaya

dengan adat dan berbudi bahasa. Selain itu, masyarakat kampung juga

sangat menjaga kesopanan diri dan mempunyai nilai kemasyarakatan

yang sangat tinggi. Jadi, kita perlulah belajar menyesuaikan diri dengan

lingkungan sosial masyarakat kampung bagi membolehkan mereka

menerima kita dalam organisasi sosial mereka.

Budaya Tegur-menegur

Budaya menegur bererti budaya yang menggalakkan anggota budaya

itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan memperbaik keadaan.[12] Tegur menegur merupakan satu budaya yang baik dan diamalkan

oleh masyarakat kita sejak sekian lama. kalau dahulu, kita tidak boleh

berkelakuan negatif sesuka hati kerana ada sahaja jiran atau orang

kampung yang menegur. Orang yang lebih tua tidak akan teragak-agak

menegur dan orang muda dapat menerima teguran dengan hati terbuka.

Maka berlakulah satu proses pembelajaran. Budaya tegur menegur mula

menjadi pudar di dalam masyarakat kita. langkah permulaan ialah

11 Ting Chew Peh, Konsep Asas Sosiologi , Selangor , 1979 , m.s. 121

12 Hassan Ahmad. (2005). Dewan Masyarakat April 2005. Selangor: Ultimate Print Sdn. Bhd.

20

Page 21: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

dengan memulakan budaya menegur di dalam keluarga sendiri. Kita

tegur anak-anak, suami isteri. lepas tu kita boleh panjangkan kepada

anak-anak buah di pejabat. Pada masa yang sama kita juga perlu

bersedia untuk menerima teguran. Barulah jadi budaya tegur menegur.

Teguran perlulah secara positif dan dengan niat yang baik.

6.6 Sains politik

Sains politik merujuk kepada kerajaan, polisi, dan ideologi yang diamalkan

untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan. Selain itu, bidang ini juga

mengkaji pengaruh dan kepentingan politik dalam kegiatan masyarakat

umum. Antara cabang yang terdapat di dalam displin ilmu sains politik ini

ialah sistem politik dan organisasi kerajaan, politik antarabangsa, dasar

awam, falsafah dan teori politik.

6.6.1 Bagaimana budaya baik diterapkan

Budaya mengambil berat tentang isu-isu politik semasa

Budaya baik yang boleh diterapkan melalui bidang ilmu sains politik

ialah mengambil tahu tentang perkembangan isu-isu politik semasa.

Lazimya, golongan yang mengambil tahu tentang kedudukan politik di

negaranya boleh dikatakan memiliki asas pengetahuan politik yang baik.

Bangun dan jatuhnya sesebuah Negara adalah bergantung pada

pemahaman pemerintah memahami dan mendalami kehendak rakyat,

sama ada dari seri kehendak agama, ekonomi atau sebagainya. Politik

amatlah penting kerana ianya memainkan peranan dalam ekonomi

Negara kita. Banyak bukti menunjukkan kestabilan politik akan

membantu ekonomi sesebuah Negara meningkat. Sebagai contoh,

pelabur asing semakin minat melabur dalam Negara yang kukuh institusi

politiknya. Itulah alasan sesetengah Negara mengenakan akta dan

undang undang yang keras, seperti ISA ke atas golongan yang cuba

mencetuskan huru hara dalam Negara. Keadaan sama tidak hanya

memberi kesan pada industri major, tapi juga kepada industri minor,

21

Page 22: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

seperti pelancongan dan pendidikan. Sebagai contoh, keamanan dan

kemakmuran Negara Singapura dan Britain berjaya menarik pelajar -

pelajar pintar dari Negara – Negara mundur untuk melanjutkan pelajaran

ke sana. Situasi ini seumpama suatu bonus kepada mereka, di mana

sesetengah dari golongan ini biasanya akan memilih untuk terus

menetap di Negara tersebut sepanjang hayat mereka. Peningkatan

modal insan berkualiti ini adalah berkat dari politik sesebuah Negara

yang stabil dan makmur. Selain itu, politik juga memainkan peranan

dalam institusi masyarakat dan juga institusi sosial Negara kita. Dalam

institusi masyarakat, kestabilan politik akan membantu meningkatkan

taraf hidup masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan akan membantu

dalam memelihara kebajikan rakyatnya. Pembangunan juga dilakukan

bertujuan untuk kesenangan rakyat. Pelbagai usaha dan inisiatif dapat

dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada rakyatnya. Dalam

institusi sosial pula, politik dapat membantu mempertingkatkan mutu diri,

agama, masyarakat, dan bangsa sesebuah Negara. Jadi, kita perlulah

sentiasa mengetahui dan mengambil tahu akan perkembangan politik

Negara agar dapat memastikan bagaimana keadaan semasa Negara

kita.

7.0 Kesimpulan

Budaya memainkan peranan penting dalam mewujudkan perubahan nilai dan

norma masyarakat di Malaysia. Budaya-budaya baik seperti budaya hormat-

menghormati, budaya membantu, budaya berjimat- cermat, budaya patriotisme,

dan sebagainya dapat mengubalkan nilai-nilai negatif yang sepanjang ini berada

dalam kalangan rakyat. Selain itu, budaya baik ini juga dapat menjadikan norma

masyarakat bertambah baik. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan

melalui adat dan budaya baik ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat

Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa

pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa

22

Page 23: budaya baik- kepentingan dan Bagaimana Budaya Baik Diterapakan Dalam Pelbagai disiplin ilmu

dan penuh dengan sikap toleran. Budaya baik yang dipupuk itu akan mencirikan

sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan

memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah

negara yang merdeka dan bermaruah.

23