borang soal selidik complete

7
Borang Soal Selidik Penggunaan Aplikasi Google Earth Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Mata Pelajaran Geografi di Sekolah Menengah. Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah Februari - Jun 2013 PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR 1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai minat dan pandangan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah sekolah. 2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar. 3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. 4. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E.

Upload: siti-elfera

Post on 20-Jan-2016

131 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh borang kaji selidik

TRANSCRIPT

Page 1: Borang Soal Selidik Complete

Borang Soal Selidik 

Penggunaan Aplikasi Google Earth Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Mata Pelajaran Geografi di Sekolah Menengah.

 

Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek

Program Sarjana Muda Pendidikan

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial

Universiti Malaysia Sabah

Februari - Jun 2013

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

1. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai minat dan pandangan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah sekolah.

2. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar.

3. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rahsia dan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

4. Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D dan E.

5. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini.

6. Atas kerjasama semua pelajar pelajar saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Page 2: Borang Soal Selidik Complete

BAHAGIAN A

Profil Maklumat Diri Pelajar

Sila lengkapkan ruangan ini dengan maklumat maklumat berkenaan :

A1 . Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]

A2 . Bangsa : Melayu [ ] Cina [ ] India [ ]

Lain lain (sila nyatakan)_____________________

A3 . Keputusan ujian bulanan mata pelajaran Geografi

0 - 39 [ ] 40 - 49 [ ] 50 - 64 [ ] 65 - 79 [ ] 80 - 100 [ ]

ARAHAN : Bagi setiap kenyataan di bahagian B, C, D dan E di bawah, sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5 , sila tandakan / pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.

1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Kurang Setuju 4 Setuju 5 Sangat Setuju

BAHAGIAN B

Persepsi Pelajar Dalam Kaedah Konvensional dalam Pembelajaran Geografi

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5B1. Saya suka kaedah konvensional ketika belajar mata

pelajaran Geografi B2. Kaedah konvensional membuatkan saya tidak mengantuk

ketika belajar Geografi B3. Saya lebih bermotivasi jika kaedah konvensional

digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran Geografi

B4. Guru akan lebih banyak idea menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran Geografi

Page 3: Borang Soal Selidik Complete

B5. Saya dapat meneroka dengan lebih luas topik-topik yang diajar jika belajar menggunakan kaedah konvensional

B6. Saya merasakan kaedah konvensional memudahkan saya menguasai isi kandungan pelajaran yang diajar.

B7. Adalah lebih menyeronokan jika Geografi tidak menggunakan kaedah konvensional

B8. Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam matapelajaran Geografi jika menggunkan kaedah konvensional

B9. Saya boleh menjelaskan kepada orang lain sebab sesuatu topik yang diajar difahami jika guru menggunakan kaedah konvensional ketika dalam pengajarannya.

B10. Penyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah konvensioanl adalah lebih teratur dan tersusun

B11. Saya berasa tidak bosan ketika sesi pengajaran menggunkan kaedah konvensional

B12. Saya berasa keyakinan diri akan bertambah jika kaedah konvensional digunakan dalam sesi pembelajaran

B13. Prestasi Geografi menurun jika saya tidak belajar menggunakan kaedah konvensional.

B14. Saya dapat menyelesaikan sesuatu topik dengan segera jika guru menggunakan kaedah konvensional ketika pengajaran

B15. Kaedah konvensional kurang memberi kefahaman kepada saya dalam topik yang diajar

BAHAGIAN C

Skala ini hanya pada bahagian C sahaja.

1 Sangat Tidak Mahir2 Tidak Mahir3 Kurang Pasti 4 Mahir 5 Sangat Mahir

Tahap Penggunaan ICT di kalangan pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5C1. Saya tahu cara menggunakan sistem pengoperasian

Window pada komputer.C2. Saya tahu cara mencari maklumat melalui Internet bagi

tujuan pengajaran dan pembelajaran.C3. Saya mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian

persembahan elektronik iaitu kebanyakan perisian yang

Page 4: Borang Soal Selidik Complete

disediakanC4. Saya mahir menggunakan peralatan ICT seperti komputer

dan projektor LCD bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

C5. Saya memahami istilah atau terminologi komputer. C6. Saya mahir menggunakan Pengimbas imej (scanner) bagi

mendapatkan media yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

C7. Saya boleh menginstalasi (install) program-program komputer seperti aplikasi program atau permainan komputer.

C8. Saya boleh menjelaskan kepada orang lain sebab sesuatu program itu tidak atau akan berfungsi pada sesebuah komputer.

C9. Saya boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan (word processor) dalam membuat kerja sekolah.

C10. Saya rasa seronok belajar dengan menggunakan komputer kerana ianya dapat melatih saya menjadi lebih cekap dengan perisian-perisian komputer.

C11. Saya merasakan komputer memudahkan saya menguasai isi kandungan pelajaran yang diajar.

C12. Saya boleh menjadi lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran jika menggunakan komputer

C13. Saya dapat meneroka dengan lebih luas topik-topik yang diajar jika belajar menggunakan komputer

C14. Saya lebih bermotivasi jika penggunaan komputer ketika pengajaran dan pembelajaran oleh guru

C15. Saya kecewa jika rangkaian komputer sering mengalami masalah ketika pengajaran dan pembelajaran

BAHAGIAN D

Penggunaan aplikasi Google Earth dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5D1. Kandungan aplikasi ini mempunyai maklumat samasa dan

terkini D2. Saya berasa tidak bosan semasa guru menjalankan sesi

pengajaran menggunkan aplikasi terebut D3. Melalui aplikasi tersebut saya dapat menyelesaikan

masalah dalam sesautu topik Geografi D4. Saya dapat menerangkan setiap data yang terdapat

dalam aplikasi tersebut D5. Penyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru

Page 5: Borang Soal Selidik Complete

berpandukan aplikasi yang digunakan adalah secara teratur dan tersusun

D6. Maklumat aplikasi ini sesuai dengan objektif yang hendak dicapai

D7. Tulisan yang terdapat dalam aplikasi tersebut adalah jelas D8. Lokasi yang dipaparkan dalam aplikasi adalah jelasD9. Foto yang dipaparkan dalam aplikasi adalah sangat

menarik D10. Aplikasi tersebut memudahkan saya mempelajari sesuatu

topik dari peringkat rendah ke peringkat yang tinggi D11. Perjalanan persembahan dalam aplikasi ini sangat

memuaskan D12. Pembelajaran menggunakan aplikasi dapat meningkatkan

lagi kefahaman saya D13. Saya berasa keyakinan diri akan bertambah jika aplikasi

seumpama ini sering digunakan dalam sesi pembelajaran D14. Aplikasi tersebut memudahkan saya mencapai maklumat

topik yang dikehandaki D15. Warna yang digunakan dalam aplikasi tersebut adalah

sesuai

BAHAGIAN E

Minat Pelajar dalam Mata Pelajaran Geografi

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5E1. Geografi adalah mata pelajaran yang saya minati.E2. Saya seronok belajar penyelesaian masalah dalam

GeografiE3. Saya selalu membuat latihan penyelesaian masalah

Geografisendiri di rumah.E4. Semakin banyak saya mempelajari penyelesaian masalah

dalam Geografi, semakin saya menyukainya.E5. Saya akan cuba menjawab semua soalan penyelesaian

masalah Geografi yang diberikan.E6. Saya sentiasa menunggu nunggu masa untuk

matapelajaran Geografi E7. Adalah lebih menyeronokan jika Geografi tidak diajar di

sekolah E8. Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep

dalam mata pelajaran Geografi E9. Saya dapat mengaitkan mata pelajaran Geografi yang

dipelajari dalam kehidupan seharian saya. E10. Pengajaran Geografi di sekolah sangat berguna kepada

saya. E11. Saya tidak suka menangguhkan kerja sekolah Geografi.

Page 6: Borang Soal Selidik Complete

E12. Mata pelajaran Geografi menambah pengetahuan saya tentang ilmu ilmu kehidupan seharian

E13. Saya akan berbincang dengan kawan semasa menjawab soalan penyelesaian masalah Geografi.

E14. Masalah-masalah harian yang berkaitan Kemahiran Geografi dalam mata pelajaran Geografi dapat saya selesaikan.

E15. Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah Geografi.