borang pengesahan status tesis - fp.utm.my file4962 rpt sentang, laluan sentang 2, 31000 batu gajah,...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya LYNDA NOOR AFZAN BINTI ZULKIPLI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PENDIMENSIAN DAN TEKS BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER (HURUF BESAR) DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD 4962 RPT SENTANG, LALUAN SENTANG 2, 31000 BATU GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN PSZ 19:16(Pind. 1/97)

Upload: vohuong

Post on 29-Aug-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya LYNDA NOOR AFZAN BINTI ZULKIPLI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL

PENGAJARAN KENDIRI PENDIMENSIAN DAN TEKS BAGI MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

(HURUF BESAR)

DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

4962 RPT SENTANG, LALUAN SENTANG 2, 31000 BATU GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

ii

 

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penyelia : Dr Muhammad Sukri bin Saud

Tarikh : ………………………………...

iii

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : Lynda Noor Afzan binti Zulkipli

Tarikh : ………………………………….

iv

 

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN

MODUL PENGAJARAN KENDIRI

PENDIMENSIAN DAN TEKS BAGI MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

LYNDA NOOR AFZAN BINTI ZULKIPLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

v

 

DEDIKASI

Teristimewa buat abah dan emak,

En Zulkipli bin Mohd. Din dan Pn. Fatimah binti Khatib,

Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buatku,

Pengorbananmu akan ku kenang sehingga akhir hayat.

Buat saudara kandungku yang dikasihi,

Muhammad Fauzie,

Muhammad Fazlie,

Terima kasih ku ucapkan di atas tunjuk ajar dan pengorbananmu.

Buat sahabat-sahabat semua,

Aimi, Diyana, Hasma, Melissa, Shafina, Priscilla, Zawani

Farhana dan Syahidee

Budi dan jasa kalian akan ku kenang selagi hayat dikandung badan,

Kenangan bersama kalian sentiasa segar dalam ingatan.

Terima kasih atas kebaikan dan kesetiaan serta doa berpanjangan,

Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

vi

 

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan Rasullah (SAW) serta keluarga dan sahabat baginda.

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat juga penyelidik

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan berkat dan kekuatan dan kemudahan

yang dikurniakan olehNya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Muhammad

Sukri bin Saud selaku pensyarah pembimbing yang sudi member ilmu yang berguna,

tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang berterusan sehingga projek ini sempurna

disiapkan.

Kepada rakan-rakan sekalian, diucapkan terima kasih di atas kebaikan yang

dihulurkan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

vii

 

ABSTRAK

Sumber bahan bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset yang penting

untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

dan menilai status kesesuaian 2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bertajuk

Pendimensian dan Teks dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994).

Status kesesuaian MPK yang dibina secara Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan

Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Satu set soal selidik yang dikenali sebagai Soal

Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) oleh Shaharom (1994) digunakan

sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang diperolehi dianalisis secara

statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan minimum. Hasil kajian ini

mengesahkan bahawa MPK yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan

pengajaran dalam bilik darjah dan diharapkan implikasi bagi MPK ini dapat

dimanfaatkan oleh pelajar, pensyarah, penggubal kurikulum dan Institusi Pengajian.

viii

 

ABSTRACT

Sources of quality instructional material are important method that will improve

the teaching and learning process toward higher efficiency. The aim of this study is to

design and evaluate the suitability status of two Self-Instructional Modules (SIM)

entitled Dimension and Text by using the “Teras-Cabang” Model by Shaharom, 1994.

The SIM suitability status was designed by One to One Formative Evaluation and Small

Group Formative Evaluation. A set of questionnaire which designed by Shaharom

(1994) called as “Soal Selidik” Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri” was used as the

instrument of this study. Data obtained was analyzed using descriptive statistic in the

form of mean, maximum and minimum. Results of this study shows that the SIMs

designed was suitable as teaching materials in the classroom. The research will

definitely add value to lecturers, students, curricular developer and Training teacher

institute.

ix

 

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN TESIS i

JUDUL ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Rangka Kerja

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pelajar

1

3

6

6

7

8

9

9

x

 

1.6.2 Pensyarah

1.6.3 Institusi Pengajian Tinggi

1.7 Skop Kajian

1.8 Definisi Operasi

1.8.1 Modul

1.8.2 Modul Pengajaran Kendiri

1.8.3 Penilaian Formatif

1.8.4 AutoCAD

10

10

11

11

11

11

12

12

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

2.1 Teori-Teori Berkaitan

2.2.1 Model Burns

2.2.2 Model Klingstedt

2.2.3 Model Eijl

2.2.4 Model De Vito-Krockever

2.2.5 Model Meyer

2.2.6 Model Teras-Cabang Shaharom

2.2 Rasional Pengggunaan Model Teras-Cabang

Shaharom Noordin

2.3 Penilaian Formatif

2.3.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS)

2.3.2 Penilaian Formatif Kumpulan Kecil

(PFKK)

2.3.3 Penilaian Formatif Percubaan Luar

(PFPL)

2.4 Kajian Tentang Penilaian Status Kesesuaian

MPK Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional

2.5 Rumusan

13

13

14

16

18

19

21

24

31

33

34

35

35

36

36

xi

 

III PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan

3.1 Kandungan Modul Pengajaran Kendiri

3.1.1 MPK 1: Pendimensian

3.1.2 MPK 2: Teks

3.2 Subjek Kajian

3.3 Alat Kajian

3.4 Tatacara Kajian

3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK

3.4.2 Kajian Tahap Dua

3.4.2.1 Kajian Rintis

3.4.2.2 Penilaian Formatif

3.4.3 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data

3.5 Andaian Kajian.

3.6 Batasan Kajian

3.7 Rumusan

38

38

39

39

39

40

41

43

45

45

45

47

48

49

49

IV KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

4.1 Kajian Rintis

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian

MPK

4.2.1 Persoalan Kajian Satu

4.2.2 Persoalan Kajian Dua

4.3 Rumusan

50

51

52

52

54

56

xii

 

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Perbincangan

5.2 Kesimpulan

5.4 Cadangan

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan

5.5 Rumusan

58

58

62

63

64

65

BIBLIOGRAFI 66

LAMPIRAN

A-F

69

xiii

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 1.1 Rangka kerja konsep 8

Rajah 2.1 Carta Aliran Model Teras Cabang Shaharom 26

Rajah 2.2 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 31

Rajah 3.1 Rangka Kerja Keseluruhan (Ubahsuai Shaharom

Noordin, 1994)

42

Rajah 3.2 Rangka Kerja Tahap Satu (Ubah suai Shaharom

Noordin, 1994)

43

Rajah 3.3 Rangka Kerja Kajian Pembentukan MPK (Sumber

Shaharom, 1994)

44

Rajah 3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 46

xiv

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Model-model Pengajaran Kendiri 34

Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan MPK (Sumber: Shaharom,1994) 47

Jadual 4.1 Data Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 53

Jadual 4.2 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) 54

Jadual 4.3 Data Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 55

Jadual 4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 56

xv

 

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

SIM - Self-Instruction Module

AutoCAD - Computer Aided Design

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kumpulan Kecil

PFSS - Penilaian Satu dengan Satu

X - Min

= - Sama Dengan

∑ - Jumlah

X₁ - Jumlah Setiap Markah

n - Bilangan Responden

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

xvi

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK)

69

B Soal Selidik Kesesuaian Pengajaran Kendiri

(MPK)

71

C Skala Pemeringkatan MPK (Sumber:

Shaharom,1994)

75

D Huraian Sukatan Pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Berbantu Komputer

76

E Surat Kebenaran daripada Fakulti 79

F Pengesahan MPK oleh Professor Madya Dr

Shaharom bin Noordin

81

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

AutoCAD (Computer Aided Design) adalah salah satu perisian yang

membolehkan pelajar merekacipta, menvisual dan mendokumenkan idea dengan

lebih jelas. Daripada konsep rekabentuk sehinggalah melukis dan memperincikan

lukisan, Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer menjadikannya mudah, cepat dan

tepat. Pelajar boleh membina, mengedit dan membangunkan rekabentuk alternatif

berdasarkan objek dan permukaan tertentu.

Sejarah perkembangan CAD (Computer Aided Design) hanyalah bermula

pada era tahun 1960an. Ianya terus berkembang dengan perlaksanaan TX -2

komputer di MIT’s Lincoln Laboratory (Sutherland, 1963) oleh Ivan E. Sutherland’s

Sketchpad System. Seterusnya, IBM telah membangunkan DAC-1 (Design

Augmented by Computer) bagi kegunaan General Motors untuk rekabentuk

automobil. Computer-aid-design juga terus berkembang dengan pesatnya dalam

pelbagai bidang seperti dalam aspek mekanikal, awam, elektrik, kimia dan

kejuruteraan industri: (Gott, 1973). Dawson, (1961), Eberhand (1962) dan

Sounderand Clark (1963) pula telah menyatakan bahawa perbincangan mengenai

 

 

2

potensi penggunaan komputer dalam rekabentuk arkitek telah bermula seawal

1960an di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1986, pendidikan di Malaysia mula mengorak langkah dalam

penggunaan komputer dengan mengadakan projek rintis literasi komputer di

beberapa buah sekolah di seluruh negara yang melibatkan pembelajaran subjek

Pengenalan Kepada Komputer. Sehingga ke hari ini, penggunaan komputer telah

menular dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran AutoCAD di

Malaysia mula diperkenalkan pada awal tahun 1980an tetapi bilangan

penggunaannya agak kecil ketika itu. Namun kini, pembelajaran AutoCAD telah

berkembang dalam pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta

seperti Universiti Teknologi Malaysia, Maktab Perguruan Teknik serta Cosmopoint

Sdn. Bhd.

Kebanyakkan institusi pengajian tinggi menyediakan modul-modul

pengajaran kendiri (MPK) untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Modul-

modul disediakan sebagai kemudahan pengajaran dalam tiga bentuk utama iaitu

pengajaran berasaskan modul, modul sebagai rujukan utama, dan modul sebagai

rujukan sampingan.Di dalam pengajaran berasaskan modul, pelajar-pelajar

bergantung sepenuhnya kepada modul pengajaran kendiri untuk tujuan peperiksaan

dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Bentuk modul sebagai rujukan utama bertujuan memandu arah pengajaran

dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. Biasanya pensyarah hanya

berpandukan isi-isi penting daripada modul tetapi tidak terikat sepenuhnya dalam

menyampaikan pengajaran. Pelajar-pelajar boleh merujuk kepada modul untuk

menjawab peperiksaan dan melengkapkan tugasan mereka.

Saadon Awang (2006), terdapat juga institusi pengajian yang hanya

menyediakan modul-modul pengajaran kendiri yang ringkas. Modul-modul ini boleh

 

 

3

dalam bentuk fakta ringkas, isi-isi penting ataupun himpunan bahan-bahan seperti

artikel, keratan akhbar, bab dari buku yang berkaitan dengan sesuatu subjek. Oleh

itu, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih bebas dan modul-modul ini

berperanan untuk menunjuk arah ke mana dan bagaimana segala maklumat tambahan

yang berkaitan boleh diperolehi.

Menurut G. Rex Meyer (1988), Modul Pembelajaran adalah satu bahan

pengajaran yang menitik beratkan pembelajaran secara individu dengan mengambil

kira perbezaan latar belakang, minat, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-

lain.Modul Pengajaran Kendiri (MPK) telah terbukti mempunyai kebaikan dan

kekuatan. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah satu pakej pembelajaran yang

lebih bersifat individu dan menekankan pada pembelajaran mampu diri (Self-paced

learning) (Shaharom & Yap, 1992). Bagi membantu proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) didalam kelas bagi sesebuah mata pelajaran yang diajar, sebuah

modul pengajaran yang lengkap dan mantap harus diterbitkan bagi membantu proses

P&P di dalam kelas.

1.1 Latar Belakang Masalah

Bahan atau sumber pengajaran merupakan satu sumber penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan merupakan bahan pergantungan bagi pelajar

dan guru (Abdul Shukor Abdullah & Yunus Muhammad, 1990).

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan bahan pembelajaran

bermodul yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar sendiri. Ia berbeza dari

segi panjang, kandungan serta formatnya (Shaharom & Yap, 1992). Daripada

pemerhatian dan tinjauan yang dibuat oleh penyelidik mendapati, bahan

pembelajaran bermodul bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu

 

 

4

Komputer kurang di pasaran. Kekurangan bahan pengajaran ini boleh menyukarkan

pembelajaran pelajar untuk memantapkan lagi daya pemahaman dan pengetahuan di

dalam mata pelajaran ini. Mereka hanya bergantung kepada buku teks dan nota yang

telah disampaikan oleh pensyarah di dalam kelas sahaja.

Sesetengah bahan rujukan menerbitkan skop pembelajaran yang berbeza

daripada huraian sukatan yang ditetapkan dan ini boleh menyebabkan pelajar berada

dalam dilema sama ada isi tersebut memenuhi keperluan huraian sukatan ataupun

sebaliknya. Merujuk kepada masalah di atas, dapat diperlihatkan bahawa mutu bahan

pengajaran yang digunakan dapat mempengaruhi keberkesanan proses P&P.

Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar akan menjana pemikiran pelajar

mengenai perkara yang dipelajarinya. Pembelajaran sendiri yang lengkap

mengandungi komponen seperti aktiviti-aktiviti pembelajaran (Kamdi, 1990).

Bahagian aktiviti amat penting kerana ianya menjadi kayu pengukur kepada tahap

kefahaman pelajar. Aktiviti yang terdapat di dalam MPK yang dibina perlu ada bagi

menambahkan minat pelajar untuk membaca modul tersebut. Aktiviti yang dibuat

perlulah jelas supaya segala aktiviti mudah difahami.

Bahan pembelajaran yang terdapat dipasaran sekarang khususnya kepada

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer tidak begitu berkualiti atau

memenuhi standart atau piawai yang ditetapkan .Selain itu, bahan pembelajaran ini

kebanyakkan ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana bahan pembelajaran ini

diimport dari luar dan tidak mengikut huraian sukatan mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Berbantu Komputer. Fenomena penggunaan Bahasa Inggeris yang

dialihbahasakan oleh pihak-pihak yang menghasilkan bahan pengajaran boleh

membawa kepada kesan pencemaran Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu

yang betul dari segi laras bahasa, tatabahasa, istilah dan sebutan baku harus

digunakan bagi menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu. James (1991)

menyatakan bahawa istilah yang tidak seragam antara buku-buku rujukan di pasaran

merupakan masalah yang berlaku dalam aspek bahasa.

 

 

5

Jika tidak diwujudkan suatu bahan pembelajaran atau modul ini di dalam

Bahasa Melayu dan mengikut huraian sukatan mata pelajaran yang ditetapkan,

pelajar akan menghadapi masalah dalam menyelaraskan pembelajaran yang telah

dipelajarinya dengan apa yang dirujuk. Kesinambungan terhadap apa yang diajar

oleh pensyarah dengan apa yang dirujuk daripada bahan pembelajaran ada penting

bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan salah faham.

Pengajaran Bermodul (PB) adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) sama ada pada sebahagian atau

keseluruhan sesuatu mata pelajaran. Ianya boleh dilaksanakan sama ada dengan

kehadiran pendidik atau sebaliknya. Daripada aspek yang dinyatakan berikut, jelas

kebanyakan buku rujukan yang terdapat di pasaran khususnya bagi mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer tidak membantu para pelajar mencapai

objektif pembelajaran. Gaya penulisan yang terlalu banyak teori dan persembahan

yang tidak kreatif boleh menjelaskan tumpuan pelajar. Kebanyakan buku rujukan di

pasaran tidak meletakkan sasaran dengan jelas dalam aktiviti penyampaiannya

menyebabkan persembahannya tidak terancang dan sistematik.

Bahan pembelajaran bermodul ini bukan sahaja merupakan bahan

pembelajaran yang boleh digunakan pada semua mata pelajaran, malahan di semua

peringkat dari sekolah rendah hingalah ke peringkat universiti (Shaharom & Yap,

1992). Bahan pembelajaran bermodul ini dapat membantu pelajar memahami serta

menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terdapat di dalam modul

ini. Pelajar juga berpeluang meneroka terlebih dahulu kandungan pelajaran yang

terdapat sebelum pensyarah menyampaikannya di dalam kelas.

Modul yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas masih lagi tidak wujud di

pasaran. Modul yang dimaksudkan ialah Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

Pendimensian dan Teks bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu

Komputer.

 

 

6

1.2 Penyataan Masalah

Pengajaran bermodul (PB) ditakrifkan sebagai kaedah pengajaran yang

menggunakan MPK sama ada pada sebahagian atau keseluruhan mata pelajaran

tertentu. (Creager & Murray, 1971). Penggunaan kaedah PB ini bukanlah sekadar

untuk mata pelajaran tertentu sahaja, malahan ia boleh digunakan pada semua mata

pelajaran dan di semua peringkat pengajian; daripada sekolah rendah hinggalah ke

peringkat universiti (Shaharom, 2000).

Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenal pasti adakah pembinaan

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks berpandukan Model

Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994) melalui penilaian formatif; Penilaian

Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Objektif

Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

1.3.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berdasarkan Model Teras-

Cabang (Shaharom Noordin, 1994) bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Berbantu Komputer bagi tajuk Pendimensian dan Teks.

1.3.2 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan

Teks bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer untuk

tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).

 

 

7

1.3.3 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan

Teks bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer untuk

tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

1.4 Persoalan Kajian

Di dalam membina MPK ini beberapa aspek diambil kira bagi memastikan

maklumat dapat disalurkan dengan berkesan:

1.4.1 Adakah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks sesuai

digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer melalui Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (FPSS)?

1.4.2 Adakah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks sesuai

digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)?