pembangunan perisian multimedia kemahiran hidup · pdf filepembangunan perisian multimedia...

26
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU BERTAJUK “MESIN JAHIT” ROKIAH BINTI SUDAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vutu

Post on 01-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU

BERTAJUK “MESIN JAHIT”

ROKIAH BINTI SUDAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU BERTAJUK “ MESIN JAHIT”

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya : ROKIAH BINTI SUDAR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 109, BATU 5, JALAN BAKRI, 84000 MUAR,

JOHOR

Tarikh : 1HB MAC 2004 Tarikh : 1HB MAC 2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

EN. MOHD FADZLI B. ALI

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU

BERTAJUK “MESIN JAHIT”

ROKIAH BINTI SUDAR

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

ii

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ______________________

Nama Penyelia : En. Mohd. Fadzli Ali

Tarikh : 1 hb Mac 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

iii

1 HB MAC 2004

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ............................................. ROKIAH BINTI SUDAR Nama Penulis : ............................................. Tarikh : .............................................

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

iv

Istimewa buat ahli keluarga dan insan-insan tersayang.

Terima kasih atas pengorbonan dan sokongan kalian.

Kasih sayang dan dorongan merupakan pencetus semangat ini.

Semoga kejayaan sentiasa bersama kita.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

v

PENGHARGAAN

Sekalung terima kasih diucapkan kepada En. Mohd. Fadzli b. Ali selaku

penyelia Projek sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan telah

banyak membantu dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan, rakan

guru dikalangan guru Kemahiran Hidup dan rakan-rakan sekuliah. Ucapan terima

kasih juga ditujukan kepada guru-guru yang bertugas di pusat kegiatan guru yang

turut memberikan idea dan input membina dalam menjayakan Projek Sarjana Muda

ini.

Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

vi

ABSTRAK

Di dalam alaf baru ini teknologi multimedia digunakan secara meluas dalam

pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Perlaksanaan sistem Sekolah Bestari

memerlukan perisian (PBK) multimedia untuk digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Walaubagaimana pun perisian PBK multimedia bercirikan

tempatan masih kurang di pasaran. Oleh itu perisian ini dibina sebagai alat bantuan

mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah

menengah rendah. Perisian ini menggunakan bahasa Melayu sebagai pengajaran

perantaraannya. Ia boleh digunakan sebagai model untuk alat bantu mengajar atau

pembelajaran kendiri. Tajuk utama perisian ini adalah mengenai mesin jahit. Ia

merangkumi cara penggunaan, kendalian dan penyelenggaraan mesin jahit. Tajuk ini

berasaskan kepada Huraian Sukatan Pelajaran KBSM dan objektif perisian ini adalah

untuk membantu pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran

Hidup di sekolah. Bagi menjayakan perisian ini, ia dibina menggunakan program

pengarangan Macromedia Authorware 6.0. Program ini juga dibantu dengan lain-

lain perisian seperti Adobe Photoshope 6.0, Adobe Image Ready 3.0, Adobe

Premiere 6.5 Sound Forge 5.0 dan Ulead Video Studio 8.0. Perisian ini juga

dihasilkan dalam bentuk cakera padat memandangkan ianya kecil, mudah alih dan

senang untuk digunakan. Diharap perisian ini dapat membantu proses pengajaran

dan pembelajaran dengan lebih efektif lagi.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

vii

ABSTRACT

Multimedia technology is being used increasingly in computer assisted

learning especially in these millenniums. With the implementation of smart schools,

teaching and learning process need a lot of computer based instruction software.

However the availability of local education multimedia software in this country are

less in the market. In that case, this software was designed as a computer aided

learning for the living skills subject in lower secondary school. This software used

Malay language as medium of instruction. It can be used for teaching aids or self-

learning module. The main topic of this software is about sewing machine. It’s

including the usage, operation and maintenance of the sewing machine. The topic

based on syllabus from KBSM curriculum and the objective of this software is to

aided teaching and learning for the living skills subject in school. This multimedia

software is developed by Macromedia Authorware 6.0 together with other supporting

software such as Adobe Photoshop 6.0, Adobe Image Ready 3.0, Adobe Premiere

6.5, Sound Forge 5.0 and Ulead Video Studio 8.0. This software in compact disk

format, which is small, portable and convenient to use. Hopping that, this software

will make teaching and learning process very effectively.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

DAFTAR SINGKATAN/ISTILAH

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xiii

xiv

xv

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 6

1.4 Rasional projek 7

1.5 Objektif projek 7

1.5.1 Objektif rekabentuk 8

1.5.2 Objektif perisian 9

1.6 Skop kajian 9

1.7 Kepentingan projek 9

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

ix

1.7.1 Pelajar 10

1.7.2 Guru 10

1.7.3 Pusat Perkembangan kurikulum

(PPK) 11

1.8 Definisi istilah 11

1.8.1 Pembelajaran berbantukan

komputer 11

1.8.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 12

1.8.3 Multimedia 12

1.8.4 Interaktiviti 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) 13

2.2.1 Kelebihan pembelajaran berbantu

komputer 15

2.2.2 Jenis pembelajaran berbantu komputer 17

2.2.2 Multimedia dalam pembelajaran

berbantu komputer 19

2.3 Teori pembelajaran dalam merekabentuk

PBK 25

2.3.1 Teori Behaviorisme 26

2.2.2.1 Aplikasi prinsip teori

behaviorisme ke dalam

rekabentuk pembinaan PBK 27

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

x

2.3.2 Teori Kognitivisme 27

2.3.2.1 Aplikasi prinsip teori

kognitivisme ke dalam

rekabentuk pembinaan

PBK 29

2.4 Model rekabentuk dalam pembangunan 30

2.4.1 Model ASSURE 30

BAB III REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Model rekabentuk perisian 34

3.3 Teori pembelajaran dalam rekabentuk

Perisian 35

3.4 Aplikasi teori pembelajaran dalam

rekabentuk perisian 35

3.5 Fasa membangun perisian 36

3.6 Pemilihan perisian dalam rekabentuk

perisian 40

3.7 Bahasa pengarangan 41

3.7.1 Macromedia Authorware 6.0 41

3.7.2 Ciri-ciri Authorware 42

3.8 Cartalir rekabentuk perisian 42

3.9 Pemilihan perisian perkakasan

pembangunan dan main balik 42

3.9.1 Perisian pembangunan 43

3.9.2 Perkakasan pembangunan 43

3.9.3 Perkakasan main balik 44

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

xi

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Pakej perisian 45

4.3 Panduan pengguna 46

4.4 Struktur dan asas kandungan perisian 47

4.4.1 Cartalir perisian 47

4.4.2 Skrin paparan 48

4.5 Ciri multimedia dalam perisian 61

4.5.1 Teks 61

4.5.2 Grafik 62

4.5.3 Animasi 62

4.5.4 Audio 63

4.6 Ciri-ciri keseragaman 63

4.6.1 Latar belakang 63

4.6.2 Pemilihan warna 63

4.7 Ciri-ciri interaktif 64

4.7.1 Masukkan data nama 64

4.7.2 Maklumbalas jawab soalan

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan 65

5.2.1 Model pembangunan multimedia 66

5.2.2 Teori pembelajaran 67

5.2.3 Kelebihan perisian 69

5.2.4 Kelemahan perisian 71

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

xii

5.3 Cadangan 72

5.4 Kesimpulan 73

5.5 Penutup 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN 79

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

xiii

DAFTAR SINGKATAN/ISTILAH

CAI - Computer Assisted Instructor

CD - Compact Disk

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

ERT - Ekonomi rumahtangga

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1. Kadar ingatan berdasarkan kaedah

perolehan pengetahuan 21

4.1. Panduan keluar perisian 46

4.2. Cartalir yang dibangunkan 48

4.3 Skrin paparan masuk 49

4.4. Skrin selamat datang ke perisian 49

4.5. Skrin menu utama 50

4.6. Skrin objektif pembelajaran 51

4.7. Skrin pengenalan 52

4.8. Skrin animasi mesin berfungsi 53

4.9. Skrin utama tutorial 54

4.10. Skrin pelbagai butang 55

4.11. Skrin paparan video 56

4.12. Skrin animasi penggunaan mesin jahit 57

4.13. Skrin latih tubi 57

4.14. Skrin soalan objektif 58

4.15. Skrin soalan padanan 58

4.16. Skrin soalan subjektif 59

4.17. Skrin info 60

4.18. Skrin penutup 61

4.19. Contoh teks yang digunakan 62

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

1 Cartalir keseluruhan perisian 79

1a Cartalir objektif pelajaran, pengenalan

dan tutorial 80

1b Cartalir latih tubi dan info 81

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi

memajukan bidang pendidikan negara. Kaedah pengajaran dan pembelajaran turut

mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan sejajar dengan perkembangan

pendidikan masa kini iaitu menuju ke arah penggunaan teknologi maklumat sebagai

alat pengurusan dan alat pengajaran serta pembelajaran.

Pendedahan awal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlaku sejak

tahun 1986 dimana diperkenalkan program pengenalan kepada komputer dan ini

berterusan berdasarkan kepada Projek Kementerian pendidikan yang mula

melengkapkan 60 buah sekolah menengah terpilih dengan 21 buah komputer setiap

satu pada tahun 1992 (Zoraini Wati,1994). Manakala mulai tahun 2001, melalui

program perkomputeran sekolah, dijangka kerajaan dapat membekalkan makmal

komputer kepada 2,300 buah sekolah dan diperluaskan kepada semua sekolah dalam

tempoh Rancangan Malaysia ke 8, menurut Tan Sri Dato’ Seri Musa (2001).

Sekolah Bestari juga telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan

melalui pelaksanaan kurikulum bestari dan aplikasi komputer di mana kurikulumnya

melibatkan interaksi pelajar dengan komputer. Disamping itu Mohamad Muda

(1998) turut menjelaskan bahawa pelaksanaan Sekolah Bestari mewujudkan

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

2

transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum. Kemunculan

sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam

pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-

bahan pengajaran yang digunakan adalah dalam bentuk perisian komputer yang

dirancang khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mengikut kesesuaian tahap

kebolehan, pengetahuan dan jangka masa tertentu. Jelas menunjukkan dari program

tersebut, penggunaan komputer dititikberatkan dalam mempertingkatkan pendidikan

negara.

Komputer merupakan alat yang digunakan dalam penekanan terhadap

penerapan teknologi pendidikan. Menurut Ab. Rahim (1988) ia merupakan alat

yang digunakan untuk mempersembahkan, menyokong dan memperkukuhkan

pengajaran. Penggunaannya dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Bagi memastikan pendidikan berkualiti maka matlamat dan

penekanan khusus diberi melalui perubahan dan pembaharuan kurikulum melalui

pengintergrasian teknologi. Pengintergrasian teknologi ke dalam kurikulum menjadi

satu cabaran kepada guru-guru di dalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad

ke 21 ini tambah Mohd. Jasmy et.al (2001).

Dalam konteks ini, pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi boleh di

gunakan oleh guru-guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

sebahagian besarnya bergantung kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang

diamalkan oleh guru. Sesuatu pengajaran itu di anggap berkesan jika guru berjaya

mengubah perlakuan para pelajar dan menuju ke arah yang dihajatkan (Abdullah,

1996). Pembelajaran dikatakan berkesan apabila kebanyakan para pelajar dapat

menguasai sebahagian besar bahan pembelajaran yang diharapkan dari mereka dalam

satu tempoh yang tertentu, Baharuddin et.al (2000) menjelaskan. Selain itu salah

satu cara pendekatan pengajaran yang baik adalah melalui pengajaran individu.

Pengajaran individu adalah mirip pembelajaran terancang dan mesin

mengajar. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1900 dan dihidupkan semula pada

tahun 1960 (Baharuddin, Rio & Manimegalai, 2002). Pengajaran secara individu

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

3

merupakan bentuk teknologi pengajaran yang utama dan komputer merupakan salah

satu daripada media yang dapat digunakan bagi menjalankan sistem pengajaran

individu kerana ia mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan media-media

lain.

Satu kelebihan istemewa komputer yang tidak terdapat pada media-media

lain ialah keupayaan berinteraktif. Interaktiviti merupakan kunci yang utama untuk

menjadikan sesuatu perisian multimedia lebih efektif dan berkesan menurut

Jamalludin & Zaidatun (1999). Perlu diingat bahawa proses pengajaran adalah

berbentuk komunikasi dua hala, iaitu di antara guru dengan pelajar dan sebaliknya.

Tanpa berinteraktif, pengajaran atau pembelajaran menjadi satu proses yang

membosankan. Kemahiran berinteraktif ini dapat dibekalkan dengan lebih berkesan

melalui komputer. Oleh kerana itu komputer dapat memainkan peranan yang

penting di dalam pengajaran individu.

Bagi pengajaran individu, tumpuan penggunaan komputer adalah kepada

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Instruction

(CAI). Strategi CAI yang biasa digunakan untuk pengajaran individu ialah latih tubi,

pengujian, simulasi, tutorial, inkuiri dan permainan pendidikan.

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer akan

menarik minat pelajar kerana situasinya yang menarik, interaktif dan mencabar.

Pelajar-pelajar memerlukan rangsangan yang pelbagai khususnya yang berbentuk

visual untuk memotivasikan mereka. Menurut Ismail (2002), tinjauan ke atas

sembilan kajian yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik Universiti Sains Malaysia

kepada pelajar-pelajar sekolah dengan variasi penyampaian pengajaran berasaskan

komputer terhadap pembelajaran menunjukkan kelebihan gaya penyampaian yang

bertambah baik. Dalam semua penyelidikan, olahan yang lebih baik (dalam bentuk

maklum balas huraian, paparan visual yang lebih menarik, tambahan kepada segmen

audio atau laluan pembelajaran yang lebih berstruktur) selalunya membawa kepada

peningkatan skor. Oleh itu penghasilan perisian PBK bagi memperbaiki mutu

pengajaran dan pembelajaran dari konsep tradisional kepada pengajaran kendiri

secara individu dan interaktif sangatlah digalakkan.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

4

1.2 Latar belakang masalah

KBSM menyarankan supaya pengajaran berpusatkan pelajar diamalkan agar

dapat mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Menurut

Mansor (1990) dalam Ahmad Sukri (2003), pendidikan berorientasikan murid atau

pembelajaran pusatan murid adalah ditegaskan dan diberi keutamaan dalam sistem

pendidikan. Salah satu matapelajaran yang memerlukan banyak tumpuan

berpusatkan pelajar ialah matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Rekabentuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang telah

dilaksanakan sepenuhnya di sekolah mulai tahun 1991 adalah bercorak pra-

vokasional yang menitikberatkan pembelajaran teori dan kerja praktis menurut Wan

Mohd. Zahid (1993) kerana tujuan utama matapelajaran ini digubal mengikut Pusat

Perkembangan Kurikulum (2001) ialah ingin membekalkan tenaga kerja yang

berpengetahuan, mahir dalam teknologi dan ekonomi, sanggup bekerjasama dan

sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.

Bagi memenuhi keperluan di bidang ini, pelajar diberi pendedahan melalui

matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Pelajar diberi peluang untuk

mengembangkan potensi kendiri dalam penggunaan sumber bagi meningkatkan

kualiti hidup selaras dengan matlamat KBSM melalui aktiviti yang tertumpu kepada

corak kerja-buat-sendiri terutamanya dalam bidang jahitan. Bidang jahitan

memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai jenis-jenis jahitan asas yang perlu

diketahui. Disamping itu, ianya juga membincangkan mengenai alatan dan mesin

yang perlu dikenali dan digunakan oleh pelajar semasa sessi amali. Mesin yang dan

digunakan ialah mesin jahit.

Hasil kajian Masyati (1999) mendapati 77.2% bersetuju, mesin jahit di

sekolah harian yang mempunyai pilihan ekonomi rumahtangga (ERT) tidak

mencukupi ketika sessi amali. Ini diikuti dengan hasil daripada pengalaman

mengajar, pengamatan dan perbincangan dengan guru-guru Kemahiran Hidup

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

5

mendapati bilangan mesin jahit yang berfungsi tidak mencukupi. Manakala bagi

sekolah harian yang tidak menawarkan mata pelajaran pilihan ERT pula, jumlah

mesin jahit yang dibekalkan adalah kurang bilangannya. Tambahan pula mulai tahun

2003, topik mesin jahitan telah dimasukkan ke dalam bahagian teras bagi sukatan

pelajaran KHB tingkatan satu mengikut Pusat Perkembangan kurikulum (2003).

Topik ini diajar kepada semua pelajar tingkatan satu.

Berikutan pertambahan pelajar yang menggunakan mesin jahit ini, guru

sudah tentu akan menghadapi masalah untuk menerangkan secara teori cara

penggunaan mesin jahit ini kepada sekumpulan pelajar yang besar dengan hanya

berbekalkan beberapa buah mesin sahaja. Selain dari itu, guru juga terpaksa

menunjuk cara dalam kumpulan kecil secara berperingkat. Kefahaman pelajar

mengenai mesin tersebut tentunya berada pada tahap yang minimum, sedangkan

mereka perlu menggunakannya dalam sessi amali kelak. Ini merupakan satu masalah

kerana bilangan mesin yang ada akan menghadkan masa penggunaannya.

Berdasarkan masalah yang dihadapi itu, satu bentuk pengajaran individu

perlu ditekankan maka perisian PBK dibina bagi memudahkan pengajaran guru

terutamanya dalam pengenalan mesin dan fungsinya agar konsep kendalian lebih

mudah difahami oleh pelajar dan seterusnya pelajar dapat mengaplikasikannya

dengan cepat ketika sessi amali.

Selain daripada itu berdasarkan Sektor Pembelajaran Media Pendidikan

(2002), tiada terdapat perisian matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang

dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, malah menurut Rio Sumarni

(1996) bahawa kebolehdapatan perisian sekolah adalah rendah. Jika ada pun perisian

yang ada adalah daripada jenis produk komersial yang tidak sesuai dengan

kurikulum sekolah negara ini. Penghasilan perisian dalam kuantiti yang banyak

dalam pasaran masih tidak dititikberatkan.

Sementara itu, perisian-perisian yang diimport dari luar negara terdapat

banyak di pasaran berbanding perisian tempatan. Biasanya perisian-perisian yang

diimport ini lebih cenderung kepada persekitaran budaya asing. Ini menyebabkan ia

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

6

tidak sesuai dari perspektif pelajar kita yang diasuh dengan nilai-nilai ketimuran dan

budaya tempatan.

Kebanyakan perisian multimedia biasanya dihasilkan oleh pakar-pakar dalam

multimedia atau lebih spesifiknya pakar dalam pengaturcaraan. Mereka kurang

mengambil kira kemahiran pedagogi dan keselarasannya dengan sukatan pelajaran

tempatan iaitu KBSR dan KBSM. Dengan itu perisian sedia ada di pasaran tidak

menepati kehendak pihak pendidikan kerana pembinaannya tidak merujuk kepada

pakar pendidikan yang terlibat secara langsung. Selain dari itu kebanyakan perisian

lebih tertumpu kepada permainan dan penerangan ringkas dan ianya tidak lengkap

bagi proses pengajaran pembelajaran.

Masalah kekurangan perisian yang berkualiti akan dapat diatasi apabila satu

usaha ke arah merekabentuk perisian pembelajaran berbantu komputer yang dapat

memenuhi objektif pengajaran dan selari dengan sukatan pelajaran, kurikulum,

budaya serta memaparkan elemen-elemen multimedia dapat dihasilkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Projek ini adalah satu usaha bagi memenuhi kehendak pasaran semasa

dalam bidang pendidikan bagi menghasilkan perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) . Pembinaan perisian aplikasi pembelajaran berbantukan komputer

(PBK) bagi pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu ini diharap dapat

menambahkan pendekatan pengajaran yang sedia ada di samping menyelesaikan

masalah-masalah seperti yang dijelaskan. Ia mempunyai ciri-ciri teknologi

multimedia, selaras dengan prinsip interaktif yang membolehkan pelajar menguasai

sesuatu konsep dengan mudah di samping menggunakan pendekatan pengajaran

individu.

Bagi mengisi kekurangan perisian PBK tempatan dan memenuhi keperluan

pendidikan khususnya dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang

banyak menerangkan konsep alatan dan mesin, maka pereka bercadang membina

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

7

suatu perisian PBK yang bertajuk “Mesin Jahit”. Perisian ini adalah berlandaskan

sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM tingkatan satu. Prinsip

pembinaannya adalah interaktif (berupaya bertindak balas terhadap tindakan

pengguna) dan mesra pengguna ( user friendly). Diharapkan juga penghasilan

perisian multimedia ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

berkesan dan menarik.

1.4 Rasional Projek

Tajuk “Mesin Jahit” ini dipilih kerana ia adalah tajuk yang terkandung dalam

matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Tajuk ini adalah berdasarkan sukatan

pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran tajuk ini memerlukan

pemahaman teori dan pengaplikasian. Namun demikian, pelajar agak sukar untuk

kenalfaham fungsi alatan dan mengambarkan perjalanan kendalian mesin jahit ini.

Selain dari itu kekurangan mesin juga menyebabkan perisian ini

direkabentuk dan dibina. Dengan perisian ini adalah diharapkan pelajar akan

mendapat pendedahan yang lebih membina dan menyakinkan di dalam usaha untuk

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Selain dari itu perisian ini

diharap dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

1.5 Objektif Projek

Bagi melancarkan perjalanan pembinaan projek ini, objektifnya telah

dipecahkan kepada dua iaitu objektif rekabentuk dan ojektif perisian. Objektif

rekabentuk dibuat bagi memudahkan lagi proses pemilihan rekabentuk yang paling

sesuai supaya ianya akan dapat menghasilkan simulasi aktiviti pengajaran

pembelajaran yang sebenarnya. Proses ini mengambil masa yang panjang kerana ia

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

8

memerlukan kajian yang mendalam mengenai aspek rekabentuk yang sesuai dengan

keperluan pengguna iaitu pelajar. Ini bermaksud rekabentuk yang dipilih perlulah

disesuaikan dengan kehendak dan kepentingan pelajar supaya mereka akan mendapat

manfaat yang sepenuhnya daripada perisian yang dihasilkan berdasarkan rekabentuk

yang telah dipilih.

Objektif perisian pula lebih mirip kepada objektif pengajaran di dalam proses

pengajaran pembelajaran tradisional. Ianya menekankan tingkah laku pelajar selepas

menggunakan perisian. Perubahan tingkah laku dapat diukur melalui sistem

pengujian yang diadakan pada penghujung perisian.

1.5.1 Objektif Rekabentuk

Objektif rekabentuk projek ini ialah untuk:

1. Menghasilkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) versi

tempatan yang mengandungi elemen-elemen multimedia yang interaktif dan

boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu.

2. Membina perisian multimedia untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu, tingkatan satu bagi tajuk kecil “Mesin Jahit” yang berkesan dan

sesuai dengan persekitaran pengajaran pembelajaran sebenarnya dengan

menitikberatkan kepada kepentingan pelajar.

1.5.2 Objektif perisian

Perisian dibina dengan tujuan selepas menggunakan perisian ini, pelajar akan

dapat:

1. Mengenalpasti bahagian-bahagian mesin jahit dan fungsinya.

2. Mengenalpasti jenis pengendalian mesin jahit.

3. Menyusun langkah-langkah menggunakan mesin jahit.

4. Membezakan jenis kesilapan memesin.

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP · PDF filePEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU ... mengajar berbantukan komputer untuk mata pelajaran

9

1.6 Skop kajian

Pembinaan perisian PBK Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan satu “Mesin

Jahit” ini adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu KBSM (2001) dan merangkumi kesemua topik yang terdapat dalam

sukatan pelajaran. Isi kandungan perisian ini juga turut disokong dengan maklumat

tambahan daripada buku-buku rujukan.

Penjanaan isi kandungan perisian disusun dengan baik dan dilengkapi

dengan interaksi untuk membolehkan pelajar mengawal dan berinteraksi secara

langsung dengan komputer. Melalui perisian ini pelajar dapat meneroka sendiri

topik-topik yang disediakan di dalam perisian ini serta melakukan aktiviti dan latihan

yang disediakan.