pembangunan sahsiah pelajar: persepsi · pdf filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar...

25
PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ TUN FATIMAH TERHADAP PERANAN JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA, KOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JAWARIAH BINTI ZAABAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyenhanh

Post on 07-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ TUN FATIMAH TERHADAP PERANAN

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA, KOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWARIAH BINTI ZAABAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9
Page 3: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI PELAJAR KOLEJ TUN FATIMAH TERHADAP PERANAN JAWATANKUASA

KOLEJ MAHASISWA, KOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWARIAH BINTI ZAABAR

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEB 2004

Page 4: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………

Nama Penulis : Jawariah Binti Zaabar

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 5: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

iii

DEDIKASI

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya

terhasillah laporan PSM ini yang menemui titisan ayat terakhir.

Khas buat,

Ayahanda & Bondaku tercinta Zaabar B. Abd Ghani & Zakiah Bt. Mohd Maiden

Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah Tiada kata-kata yang mampu mentafsir....

Mentafsir segala pengorbananmu Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.

Adinda yang dikasihi,

Nor, Lela, Ahmad, Jiji, Jojo, Arif, Irah, Fadhlina, Muhaimin dan Fahmi Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi....

Hidup mesti di teruskan...Semoga berjaya

Sahabat Seperjuangan,

Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian... Akan kuabadikan ....Bersama kita menegakkan

Apa yang sebenarnya perlu kita tegakkan...

Page 6: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia

dan inayahNya, maka dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan

jayanya.

Oleh itu, di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Ustaz Mohd Ismail

Bin Mustari selaku penyelia projek yang telah memberikan panduan, tunjuk ajar dan

banyak bersabar dengan kerenah anak seliaannya ini sepanjang proses menyiapkan

projek ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa

memberikan sokongan dan dorongan kepada saya agar terus bersemangat dan tabah

untuk meneruskan perjuangan di UTM ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga

dihulurkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa memberikan bantuan

dan kerjasama yang menggalakkan sepanjang pelaksanaan Projek Sarjana Muda ini.

Buat akhirnya, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

usaha saya menyiapkan projek ini. Semoga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang

setimpal di atas segala jasa baik kalain. Semoga projek ini dapat memberikan saham

dan manfaat kepada semua. InsyaAllah

Page 7: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

v

ABSTRAK

Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara

pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembinaan sahsiah yang

sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya

merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Kajian ini merupakan sorotan

kepada persepsi pelajar Kolej Tun Fatimah (KTF) terhadap peranan Jawatankuasa

Kolej, Kolej Tun Fatimah (JKM, KTF) dalam membangunkan sahsiah pelajar.

Secara keseluruhannya, program-program yang dijalankan di Kolej Tun Fatimah

dibahagikan kepada empat bahagian iaitu keagamaan, sosial, akademik dan sahsiah.

Akan tetapi, kajian ini hanya memfokuskan kepada aspek sahsiah sahaja. Melalui

kajian ini diharap dapat menjelaskan secara lebih terperinci tentang program-

program yang telah dilaksanakan oleh JKM, KTF. Data-data yang diperolehi

dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences

(SPSS) version 11.0 . Data tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap

seluruh program yang melibatkan program pembangunan sahsiah pelajar sama ada

berkesan atau sebaliknya. Oleh yang demikian, program tersebut perlu kepada

pengubahsuaian atau tidak supaya dapat dimanfaatkan kepada seluruh pelajar. Hasil

dapatan kajian yang dijalankan mendapati bahawa penglibatan pelajar terhadap

program-program anjuran kolej kurang menggalakkan. Akibatnya, keberkesanan

setiap aktiviti ke ats pembentukan peribadi pelajar adalah kurang. Seterusnya

penyelidik akan membuat kesimpulan berdasarkan data-data yang diperolehi bagi

menjelaskan kedudukan program pelajar dalam membina dan membangunkan

sahsiah pelajar di kolej khususnya di Kolej Tun Fatimah.

Page 8: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

vi

ABSTRACT

Students are country most important assets for future national glory. Their

ability to balance personality development as prescribed in religiuos teaching and

traditional values adopted within society to the intellectual development are the

success to the society and the country. This study is a reflection of Committee

Members at Tun Fatimah College (KTF) activities in personality development

organized for students within the college. Generally, activities at KTF may be

divided into four categories namely religious, social, academic and personality

development. However, this study only focusing on personality development related

activities. Through this study, it is hope that programs organized by Committee

Members may be described in detail. Data obtained in this study were analyzed using

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software. The abovementioned data

able to clearly illustrate whether those activities are effective or otherwise in student

personality development. Therefore, those programs may be modified and adopted

by the whole college students. The findings show that student’s participant to

programs organised by KTF discourage. Besides, student’s personality development

are also less effective. Furthermore, researcher concludes her study based on data

obtained in defining status of activities in student’s personality development

specially at Tun Fatimah College.

Page 9: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiv

Senarai Singkatan / Tatanama xv

Senarai lampiran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

Page 10: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

viii

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 8

1.9 Kesimpulan 9

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Konsep Pembangunan 10

2.2 Pembangunan Sahsiah

2.2.1 Pembangunan Individu Dari Aspek Jasmani 12

2.2.2 Pembangunan Individu Dari Aspek Rohani 14

2.2.3 Pembangunan Individu Dari Aspek Emosi 15

2.2.4 Pembangunan Individu dari Aspek Intelektual 16

2.3 Faktor-Faktor Pembangunan Sahsiah

2.3.1 Sifat Semulajadi Manusia 18

2.3.2 Persekitaran 19

2.3.3 Ilmu Pengetahuan 19

2.3.4 Sebaran Am 20

2.4 Cara Mendidik Sahsiah 21

2.5 Perlaksanaan Pendidikan Dalam Pembentukan Sahsiah 22

2.6 Hubungkait Sahsiah Dengan Ciri-Ciri Kepimpinan

2.6.1 Penghayatan Budaya Ilmu 26

2.6.2 Memiliki Sahsiah atau Akhlak Yang Baik 27

2.6.3 Berani dan Bersedia Menanggung Risiko 28

2.6.4 Keterbukaan 29

2.6.5 Pemimpin Yang Memberi Dorongan 30

2.6.6 Pemimpin Yang Sentiasa Bermuhasabah 32

Page 11: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

ix

2.6.7 Mengingati Allah 33

2.7 Kajian-kajian Lepas 35

2.8 Kesimpulan 36

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Tempat Dan Sampel Kajian 39

3.4 Instrumentasi

3.4.1 Penglibatan 43

3.4.2 Keberkesanan 43

3.4.3 Langkah-Langkah 44

3.5 Tatacara Kajian

3.5.1 Kajian Rintis 45

3.5.2 Kajian Sebenar 46

3.6 Analisis Data 48

3.7 Jangkamasa Kajian 48

3.8 Kesimpulan 48

Page 12: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

x

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 49

4.2 Analisis Data Bahagian A 50

4.3 Analisis Data Bahagian B 52

4.4 Analisis Bahagian C

4.4.1 Penglibatan Pelajar Terhadap Program Kolej 53

4.4.2 Keberkesanan Program 60

4.4.3 Langkah–langkah Pemantapan 67

4.5 Analisis keseluruhan item mengikut objektif

4.5.1 Penglibatan pelajar 74

4.5.2 Keberkesanan Program 75

4.5.3 Langkah–langkah Pemantapan 76

BAB IV

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan

5.2.1 Bahagian A 79

5.2.2 Bahagian B 80

5.2.3 Bahagian C 80

5.3 Rumusan 85

Page 13: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

xi

5.4 Cadangan 86

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89

5.6 Kesimpulan 90

RUJUKAN

Senarai Rujukan 91

LAMPIRAN

Lampiran A 95 Lampiran B 101 Lampiran C 102

Page 14: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.4.1 Skala Likert 39

3.4.2 Skala Aras Persetujuan 40

3.4.3 Klasifikasi Item 40

4.2.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 47

4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Tahun Pengajian 48

4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Agama 48

4.3 Jadual kekerapan dan peratusan responden

menyertai program yang dijalankan 49

4.4.1.1 Taburan Skor Bagi Item 1 53

4.4.1.2 Taburan Skor Bagi Item 2 54

4.4.1.3 Taburan Skor Bagi Item 3 54

4.4.1.4 Taburan Skor Bagi Item 4 55

4.4.1.5 Taburan Skor Bagi Item 5 56

4.4.1.6 Taburan Skor Bagi Item 6 56

4.4.1.7 Taburan Skor Bagi Item 7 57

4.4.1.8 Taburan Skor Bagi Item 8 58

4.4.1.9 Taburan Skor Bagi Item 9 59

4.4.1.10 Taburan Skor Bagi Item 10 59

4.4.2.1 Taburan Skor Bagi Item 11 60

4.4.2.2 Taburan Skor Bagi Item 12 60

Page 15: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

xiii

4.4.2.3 Taburan Skor Bagi Item 13 61

4.4.2.4 Taburan Skor Bagi Item 14 62

4.4.2.5 Taburan Skor Bagi Item 15 63

4.4.2.6 Taburan Skor Bagi Item 16 63

4.4.2.7 Taburan Skor Bagi Item 17 64

4.4.2.8 Taburan Skor Bagi Item 18 65

4.4.2.9 Taburan Skor Bagi Item 19 66

4.4.2.10 Taburan Skor Bagi Item 20 66

4.4.3.1 Taburan Skor Bagi Item 21 67

4.4.3.2 Taburan Skor Bagi Item 22 68

4.4.3.3 Taburan Skor Bagi Item 23 68

4.4.3.4 Taburan Skor Bagi Item 24 69

4.4.3.5 Taburan Skor Bagi Item 25 69

4.4.3.6 Taburan Skor Bagi Item 26 70

4.4.3.7 Taburan Skor Bagi Item 27 70

4.4.3.8 Taburan Skor Bagi Item 28 71

4.4.3.9 Taburan Skor Bagi Item 29 72

4.4.3.10 Taburan Skor Bagi Item 30 72

4.5 Min Bagi Aras Persetujuan Skala 73

4.5.1 Min dan kecenderungan respon bagi objektif

kajian pertama 74

4.5.2 Min dan kecenderungan respon bagi objektif

kajian kedua 75

4.5.3 Min dan kecenderungan respon bagi objektif

kajian ketiga 76

5.2.2 Klasifikasi item mengikut JERI 80

5.2.2.2 Klasifikasi item mengikut aspek JERI 82

Page 16: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Falsafah Pendidikan 4 3.5.2 Rangka Kerja Tatacara Kajian Soal Selidik 47 5.4.1 Contoh Aktiviti-Aktiviti Perkembangan

Sahsiah 85

Page 17: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

xv

SENARAI SINGKATAN

AJK Ahli Jawatankuasa EXLEP SUKAM Excellent Learning Programme (Kejohanan Sukan Antara

Kolej Mahasiswa)

EXLEP Excellent Learning Programme IPT Institut Pengajian Tinggi JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual JKM Jawatankuasa Mahasiswa KTF Kolej Tun Fatimah PPIPS Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial S.a.w Sallallahualaihi Wasalam S.W.T Subhanahu Wa Taala SPIDEP Spiritual Development Programme SPSS Statistical Package for Social Sciences UKM Universiti Teknologi Malaysia UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 95

B Surat Perakuan Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia 101

C Surat Perakuan Perpustakaan Sultanah

Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia 102

Page 19: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Konsep pembangunan diri pelajar berkait rapat dengan konsep pembangunan

manusia. Ini adalah kerana pelajar adalah sebahagian daripada kelompok manusia

yang terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat. Mereka perlu dibangunkan dari

kedua-dua aspek fizikal dan rohani sesuai dengan fitrah kejadian manusia bagi

melahirkan umat yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Manusia pada hari ini berlumba-lumba untuk menuju ke arah kemuncak

pembangunan. Melalui pembangunan sains dan teknologi, manusia telah

mengeksploitasi sepenuhnya sumber alam kurniaan Allah S.W.T. untuk kesenangan

dan kemudahan kehidupan mereka. Walau bagaimana pun, satu hakikat yang sukar

dinafikan ialah bentuk dan corak pembangunan yang dilaksanakan oleh manusia hari

ini telah menimbulkan begitu banyak krisis dan masalah sama ada kepada kehidupan

manusia bermasyarakat atau alam sekitar secara fizikal.

Pembangunan yang dijelmakan oleh manusia pada hari ini, diwarnai dengan

pertambahan kadar jenayah, keruntuhan institusi keluarga, pertambahan gejala

keruntuhan moral di kalangan masyarakat, kelahiran generasi muda yang tidak

beretika dan tiada keperibadian yang tinggi dalam diri, kemusnahan alam sekitar serta

pelbagai masalah sahsiah manusia yang kronik.

Page 20: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9
Page 21: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

2

Melihat kepada perkembangan tersebut, satu penilaian terhadap bentuk dan

corak pembangunan hari ini adalah merupakan suatu perkara yang begitu penting.

Paradigma sesebuah masyarakat terhadap pembangunan akan menentukan apakah

bentuk dan corak pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam masyarakat

tersebut. Konsep pembangunan yang berteraskan kepada asas dan pandangan yang

tidak komprehensif dan bersandarkan kepada kepentingan material semata-mata akan

menghasilkan natijah atau implikasi negatif kepada seluruh generasi manusia .

Usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang beriman dan mempunyai

akhlak yang mulia adalah merupakan suatu aspek yang paling penting yang perlu

diberi perhatian khusus oleh segenap lapisan masyarakat. Ini adalah kerana mereka

akan mencorakkan bi’ah (suasana) sesebuah negara pada masa akan datang. Aset

negara yang paling berharga ini perlu diberi bekalan ilmu secukupnya untuk

digunakan sebagai panduan arah di dalam mengemudi bahtera kehidupan yang bakal

disambar oleh ombak mehnah (ujian) dan tribulasi yang mengganas. Sekiranya

panduan yang diberikan itu tidak mencukupi, maka bahtera tersebut akan karam di

lautan duniawi.

Kolej Tun Fatimah merupakan salah sebuah daripada 13 buah kolej kediaman

pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Skudai, Johor. Kolej yang

dahulunya dikenali sebagai Kampung Berlian dan kini bertukar nama sebagai Kolej 2

ini sudah berusia hampir dua dekad lamanya. Keunikan utama kolej yang

mempunyai sejarah penubuhan semenjak tahun 1985 adalah ia satu-satunya kolej di

UTM yang dihuni sepenuhnya oleh para pelajar sahaja (Majalah Warisan KTF,

2002/03:15).

KTF dibina di atas tanah seluas 412 ekar. Kawasan seluas ini mampu

menampung empat blok pangsa besar, sepuluh blok pangsa sederhana dan sembilan

blok pangsa kecil berjumlah 24 buah semuanya di samping rumah kediaman

pengetua dan felo-felo KTF sendiri. Sementara menunggu proses penyiapan blok-

blok yang baru dibina, buat masa ini kolej ini mampu menampung lebih kurang 1300

orang untuk satu-satu sesi (Majalah Warisan KTF, 2002/03:16).

Page 22: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

3

Konsep sebuah desa diterapkan sepenuhnya dalam penghasilan sebuah

perkampungan para ilmuan. Suasana impian ialah suasana di mana penghuni

mempunyai tempat tinggal yang selesa di dalam suasana harmonis serta dapat

menuntut ilmu dengan cara yang diberkati Allah S.W.T., di mana unsur-unsur

kebaikan dihidupkan dan unsur keburukan dihindari. Maka dengan ini, penglibatan

Pengetua, Felo-felo dan barisan kepimpinan pelajar (Jawatankuasa Kolej Mahasiswa)

di dalam menyusun dan menjayakan program-program yang dilaksanakan di kolej ini

amatlah membanggakan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Falsafah Pendidikan Negara menjadi tonggak di dalam penetapan matlamat

serta dasar penubuhan organisasi di KTF. Di antara objektif yang ingin dicapai oleh

organisasi KTF ialah melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dan seimbang dari

aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, KTF juga ingin melahirkan

pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan berkeperibadian mulia selaras dengan

moto “ilmu dan akhlak teras kecemerlangan”. Sehubungan dengan itu, aktiviti-

aktiviti yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTF

adalah berteraskan konsep jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam

membentuk sahsiah yang mulia di kalangan pelajar-pelajar kolej ini. (Majalah

Warisan KTF, 2002:15).

Di antara perkara penting yang ditekankan di dalam Falsafah Negara ialah

mewujudkan insan yang seimbang. Ini bermakna seseorang pelajar akan diberi

pendidikan menyeluruh yang merangkumi segala aspek sebagaimana yang

digambarkan di dalam Rajah 1.1 (Toh Hon Leong, 2000:160)

Page 23: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

4

Rajah 1.1: Falsafah Pendidikan

Rajah di atas jelas menunjukkan keperluan empat aspek terpenting untuk

membina insan yang seimbang dan harmonis. Aspek-aspek tersebut ialah jasmani,

emosi,rohani, dan intelek (JERI).

Pelajar yang diterima masuk ke Kolej Tun Fatimah adalah majoritinya terdiri

daripada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang di dalam

peperiksaan pada setiap semester. Pemilihan ini dibuat bagi memastikan Kolej Tun

Fatimah sentiasa unggul berbanding dengan kolej-kolej yang lain. Demikian juga di

dalam menentukan perlantikan organisasi jawatankuasa kolej. Pihak Pentadbiran

Kolej Tun Fatimah amat peka dan berhati-hati di dalam memberi mandat kepada

pelajar-pelajar yang dipilih. Pemilihan ini bukan hanya dilihat daripada aspek

akademik semata-mata, tetapi aspek keperibadian dan kepimpinan individu juga

dititik beratkan. Ini dilakukan agar pembangunan sahsiah dapat diterapkan di

kalangan warga kolej melalui “kepimpinan melalui teladan”.

Ilmu pengetahuan Akhlak mulia

Tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat

Insan

seimbang dan harmonis

Jasmani Emosi

Rohani Intelek

Page 24: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian mengenai sahsiah pelajar-pelajar di Kolej Tun Fatimah ini masih belum

pernah dilakukan oleh sesiapa sama ada di kalangan pensyarah mahu pun pelajar.

Maklumat awal mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta langkah-langkah di

dalam membentuk sahsiah pelajar diperolehi dengan mendapatkan maklumat

daripada buku-buku, kertas-kertas kerja yang lalu, internet dan maklumat daripada

pihak kolej sendiri.

Kajian ini dibuat memandangkan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTF terlalu

aktif mengadakan program-program yang bersifat keilmuan, kerohanian, kendiri dan

sebagainya terhadap warga kolej. Namun masalahnya di sini, satu kajian perlu

dilakukan untuk menilai sejauh mana keberkesanan sesuatu program yang dijalankan

dapat diserapkan di dalam diri warga kolej dan memastikan matlamat asal sesuatu

aktiviti dapat dicapai dengan jayanya.

Bermula dengan adanya kajian ini, diharapkan kita akan dapat mengenalpasti

kekuatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTF di dalam proses membangunkan

sahsiah warga kolej. Sebagaimana kita maklum setiap kelebihan pasti ada

kelemahannya, dengan itu kewujudan kajian ini juga adalah sebagai medan

muhasabah untuk meneliti kelemahan yang ada agar dapat dijadikan iktibar dan

pengajaran di dalam membetulkan setiap program yang akan dijalankan pada masa

akan datang.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap peranan yang

dimainkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTF di dalam membangunkan

sahsiah para penghuninya dengan mengadakan pelbagai program di dalam mencapai

matlamat penubuhannya. Objektif kajian ini secara khusus adalah seperti berikut:

Page 25: PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR: PERSEPSI · PDF filepembangunan sahsiah pelajar: persepsi pelajar kolej tun fatimah terhadap peranan jawatankuasa kolej mahasiswa, ... 1.9 kesimpulan 9

6

1. Mengenalpasti penglibatan pelajar Kolej Tun Fatimah terhadap

program-program yang dijalankan oleh JKM, KTF dalam usaha

membangunkan sahsiah di kalangan pelajar di KTF.

2. Mengukur sejauhmana kesan-kesan yang akan diperolehi apabila

pelajar-pelajar melibatkan diri ke dalam program yang dijalankan

oleh JKM, KTF

3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh

Jawatankuasa Mahasiswa Kolej untuk memantapkan lagi sahsiah

penghuni di kolej.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada

beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah:

1. Bagaimanakah penglibatan pelajar–pelajar Kolej Tun Fatimah di

dalam program-program yang dijalankan oleh pihak Jawatankuasa

Kolej dalam meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar?

2. Apakah kesan-kesan yang akan diperolehi apabila pelajar-pelajar

melibatkan diri ke dalam program yang dijalankan oleh pihak

Jawatankuasa Kolej?

3. Apakah langkah-langkah yang wajar bagi menyelesaikan

permasalahan ini?