bola sepak

24
KERTAS KERJA ____________________________________________________ KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH SMK SUNGAI ARA ____________________________________________________________ __ TARIKH : 16 MAC 2013 – 17 MAC 2013 TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARA ANJURAN : KELAB BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARA

Upload: nizam-luffy

Post on 13-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

utk sk

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH

SMK SUNGAI ARA______________________________________________________________

TARIKH :

16 MAC 2013 17 MAC 2013TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SMK SUNGAI ARAANJURAN :

KELAB BOLA SEPAKSMK SUNGAI ARADENGAN KERJASAMA :

UNIT KOKURIKULUM SMK SUNGAI ARAPENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara dengan kerjasama Unit Kokurikulum SekolahKelab Bola Sepak SMK Sungai Ara akan menganjurkan pertandingan bola sepak 11 sebelah terbuka bawah 14 tahun . Program ini di harap dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelais pada masa akan datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan Program 1 Murid 1 Sukan yang dilancarkan oleh kerajaan.2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini dapat mencungkil bakat bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan SMK Sungai Ara mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Zon dan Negeri.Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah langkah perlu bagi membimbing dan menggerakkan pelajar agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN4.1Tarikh yang dirancang ialah 16-17 mac 2013 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari Ahad.4.2 Dilaksanakan selama 2 hari

4.3Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

4.4Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT

5.1Padanag SMK Sungai Ara6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pengetua SMK Sungai Ara Pn. Hjh Rosni binti Ahmad . Ia akan berlangsung di Dewan Dato Ismail Hashim yang terletak di sebelah padang. Pengetua akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1Jumlah pasukan

: 16 pasukan

7.2Jumlah AJK pertandingan: 15 orang

8.0JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung

: Pn. Hjh Rosni binti AhmadPenasihat

: En. Arshad bin AriffinJAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program: Sharul Rizan b Abdul RahmanNaib Pengerusi: Mohd Fairos b HassanSetiausaha

: Mohd Rusdan b Zainal AbidinBendahari

: Mohd Azrul b Mohd NoorPengerusi Majlis: Siti Nursufinah bt YusufAHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman

: Awatif bt BahariAJK Piala & Medal

: Norehan bt Ahmad

AJK Pertandingan

: Mohd Syuhaimi b AhmadAJK Keselamatan & Disiplin: Abdul Halid AnangAJK Kebajikan

: Helmi Faiz b AzmiAJK Pengurusan Padang: Mohd Razief b OsmanAJK Promosi

: Adzuan b Aznan9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN

Lampiran B

11.0RINGKASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 tahun SMK Sungai AraJAWATANKUASAUnit Kokurikulum SMK Sungai Ara

TAJUK PROGRAMKejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara

JENIS PROJEKKESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM

Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURANKelab Bola Sepak SMK Sungai Ara

TARIKH16-17 MAC 2013

TEMPATPadang Bola Sepak SMK Sungai Ara

BIL. PASUKAN16 pasukan

ANGGARAN KOSRM 1621.20

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:

i) Permohonan Peruntukan

RM1621.20 Jumlah Permohonan

RM1621.20ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARABILANGANHarga per unitJUMLAH

Promosi

Flyers

Banner40 helai

1 unitRM 00.03RM 80.00RM 1.20RM 80.00

Baju AJK

17 helaiRM 20.00RM 340.00

Pengadil Pengadil Pembantu Pengadil2 hari

2hari x 2orangRM 50.00

RM 30.00RM 100.00

RM 120.00

Makanan Makanan Ajk dan Pengadil Air Mineral20 x 2 hari40 kotakRM 5.00RM 8.00

RM 200.00

RM 320.00

PERKARABILANGANHarga per unitJUMLAH

Hadiah

Tempat pertama

Wang tunai

Tempat kedua

Wang tunai

Tempat ketiga

Wang tunai

RM 100.00

RM 50.00RM 30.00

First Aids1 kotakRM 50.00RM 50.00

Kos Luar JangkaRM 300.00

JUMLAH KESELURUHANRM 1691.20

Disediakan oleh :.........................................................

Setiausaha ProgramMOHD RUSDAN B ZAINAL ABIDIN

Disokong oleh :.........................................................

Pengerusi Program

SHARUL RIZAN B ABDUL RAHMAN

Disemak oleh :.........................................................

Penasihat EN. ARSHAD B ARIFFIN

Permohonan diluluskan oleh :.........................................................

PENAUNG

PN. HJH ROSNI BT AHMAD

LAMPIRAN A

BORANG PENDAFTARAN

PERTANDINGAN BOLA SEPAK

BAAH 14 TAHUN SMK SUNGAI ARA

NAMA PASUKAN

WARNA JERSEYBAJUSELUARSTOKIN

BilNama PemainNo. Jersey PSN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

LAMPIRAN B

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 14 Tahun SMK Sungai Ara2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Bola Sepak SMK Sungai Ara bersama Unit Kokurikulum SMK Sungai Ara3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki SMK Sungai Ara berumur 14 tahun ke bawah3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (13) orang pemain. Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.

3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja

3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 12 Mac 2013

kepada Pengerusi Program3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 14 Mac 2010 di Dewan sekolah4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang SMK Sungai Ara4.2 Perlawanan akan bermula pada 16 Mac 2013 dan akan berakhir pada 17 Mac 2013 Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.

4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan

4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan 11 sebelah.

2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 4 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.

3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.

4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.

5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.

6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.

7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:

7.1Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.

7.2Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak

7.3Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,

8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi

menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan.

Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan.

7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai

tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.

7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 12 Mac 2013Tarikh pengundian akan diadakan pada 14 Mac 2013 di Dewan sekolahLAMPIRAN C

SMK SUNGAI ARA

JALAN DATO ISMAIL HASHIM

11900 BAYAN LEPAS

PULAU PINANG

............................................................

SMK Sungai Ara

Ruj Kami :

11900 Bayan Lepas

Tarikh :

Pulau Pinang.

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH SMK SUNGAI ARA 2013Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.2.Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Tarikh

:7 Mac 2013.

Masa

:2.30 petang.

Tempat:Bilik Mesyuarat SMK Sungi Ara.

Pengerusi:Pengetua SMK Sungai Ara3.Agenda Mesyuarat:

3.1Ucapan Pengerusi.

3.2Ucapan Pengerusi Teknik Pengerusi Program

3.3Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.

3.4Maklumat Pertandingan

3.5Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.

3.6Kewangan.

3.7Hal-hal lain.

4.Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.......................................................