bola baling

8
PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bolasepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untukmemperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkatkebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadisalah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberisaingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapatmembantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak. SEJARAH PERMAINAN Rajah 5.1 : Pemain sedang bermain bola baling Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelumkurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman KerajaanGreek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada ZamanPertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yangmirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dariDenmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetuskepada permainan bola baling masa kini. Haandbold Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawassekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama denganpermainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyakmenyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkahmengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bolayang lebih baik dia telah

Upload: wikwang-wong

Post on 18-Feb-2016

262 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bola baling note

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Baling

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bolasepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untukmemperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkatkebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadisalah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberisaingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapatmembantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.

SEJARAH PERMAINAN

Rajah 5.1

: Pemain sedang bermain bola baling

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelumkurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman KerajaanGreek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada ZamanPertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yangmirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dariDenmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetuskepada permainan bola baling masa kini.

Haandbold

Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawassekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama denganpermainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyakmenyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkahmengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bolayang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola denganmenggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjayadikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.

Hazena

Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saizgelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola balingmoden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasanyang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yanghanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.

Torball

Page 2: Bola Baling

Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanyadi Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungandi kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainanini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiapnegara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya diperingkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturanpertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.

Bola Baling Padang

Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan dikawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saizgol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demisedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkatantarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapatmempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkatdunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkandi sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempohmasa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan disukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakankuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakansatu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark padatahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini,saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagimembolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan

Bola Baling Dewan

Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya.Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang keranaia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpagangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan denganlebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanantertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagiperkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukanOlimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang palingpopular di sukan Olimpik.

5.1.1 Perkembangan di Malaysia

Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyaisejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula dinegara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan inimula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit

Page 3: Bola Baling

SukanUniversiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dariTemasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan inikepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangordan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempenameraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan padatahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagaiacara pertunjukan pada waktu itu.Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan BolaBaling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur padaSeptember 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinyatelah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMKSri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telahmenjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohananyang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan sepertiMSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkatMaktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA(Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikanpemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 danEn. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakalaEn. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986,Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama AsiaHandball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabunganPersekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadiahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertaiPersekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. PersekutuanBola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kiniialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti:(a)Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)(b)Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola BalingPersekutuan Bola Baling Asia (AHF)(c)Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)(d)Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkansatu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalampembangunan bola baling.

5.2.1 Peraturan

Gelanggang Permainan

Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saizgelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40mpanjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6).Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebihpendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang jugaterdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di

Page 4: Bola Baling

5.2

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

77

belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengahantara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yangdilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akandiperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol.Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti.Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antaragarisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat(a)M

asa Permainan

Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehatpula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagiumur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masamanakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuksetiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini jugaadalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri,perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit.Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masadalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat diantaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturanpertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akandipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlakuseperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penaltisebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukanpemenang.(b)I

syarat Akhir

Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balinganpermulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyaratautomatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjagamasa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jamawam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa,pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel.Pengadil

Page 5: Bola Baling

yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buatsementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta

time-out

dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yangditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikanpada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bolayang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan.Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balinganpercuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarattamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasawisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama,maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikutperbezaan masa yang wujud

TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

79

(c)M

emberhentikan perlawanan (

time-out

)

Pemberhentian masa sementara (

time-out

) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti:

seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang

diminta oleh pasukan yang bermain

melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandinganKesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikansementara (

Page 6: Bola Baling

time-out

) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsungdan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya,pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dandimulakan semula berhubung dengan

time-out

. Pengadil juga akanmemberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupanwisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuatsatu panggilan

time-out

selama satu minit untuk setiap separuh masa,tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan