bola baling

28
SEJARAH BOLA BALING Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan- permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. 1

Upload: juaranilai

Post on 19-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sila share

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Baling

SEJARAH BOLA BALING

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan

yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia,

Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua

permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917,

bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak.

Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan

satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan

Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam.

Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan

Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah

muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola

Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah

ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan

permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia

telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956,

undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania,

Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara

negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam

Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.

Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu,

Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di

Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

1

Page 2: Bola Baling

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula

diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor

dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai

Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986,

persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling

Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982.

Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 di mana 11

pasukan telah mengambil bahagian.

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang

dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di

Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986

untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab

perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan

menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam

Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada

sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas

sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti

Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah

Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada

tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk guru-guru telah dijalankan untuk

mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan

wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan ini telah disertai oleh 12

buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya.

Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara

rasmi pada 11 September 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara

2

Page 3: Bola Baling

rasmi pada tahun 1985. Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling

bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

GELANGGANG, KELENGKAPAN DAN ALATAN

Sebelum mempelajari cara bermain bola baling, ada baiknya jika mengetahui peralatan

yang diperlukan untuk permainan ini. Bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar

dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau

gelanggang, sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujung orang sepasukan). Dua orang

pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Permainan bola baling juga mempunyai

beberapa peralatan yang tersendiri daripada kebanyakan sukan-sukan yang lain. Oleh itu,

peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan.

 

Padang atau Gelanggang

3

Page 4: Bola Baling

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh

merupakan gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang

permainan berbentuk segi empat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di

garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu

garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter

dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah

garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah

ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan

ukuran sebenar 5 cm.

 

Bola

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola

sepak atau bola jaring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan

diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk

setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

4

Page 5: Bola Baling

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

• Bola saiz 3

• Berat antara 426 g hingga 475 g

• Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16

tahun)

• Bola saiz 2

• Berat antara 325 g sehingga 375 g

• Lilitan antara sehingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12

tahun)

• Bola saiz 1

• Berat antara 290 g sehingga 330 g

• Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan

bagi setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di

peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling

Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

 

5

Page 6: Bola Baling

Tiang Gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua

batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan

oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu

atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan

antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di

bahagian lain tiang gol dan palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. Tiang gol perlu

dipasangkan dengan jaring. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm.

 

Pemain dan Pakaian

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau

panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah

berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang

berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala

alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola

baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 7 orang pemain gelanggang dan 5 orang

pemain simpanan termasuk 2 orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi

bernombor 1 hingga 20. Nombor 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala

nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

6

Page 7: Bola Baling

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Bola baling (handball) adalah permainan yang memerlukan pelbagai kemahiran untuk

mencapai sasaran kemenangan dan permainan yang cantik dan menarik. Berikut adalah beberapa

kemahiran dalam bola baling.

1.    Berlari

2.    Melompat

3.    Hantaran bola

4.    Menyambut bola

5.    Mengelecek bola dengan tangan

6.    Mengacah

7.    Mengadang

8.    Menjaring

9.    Menjaga gol

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

            Kemahiran menghantar bola adalah asas utama dalam permainan bola baling. Kemahiran

permainan ini menyerupai cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola

jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

1.    Hantaran aras dada

2.    Hantaran bahu

7

Page 8: Bola Baling

3.    Hantaran lantun

4.    Hantaran lompat

5.    Hantaran sisi

Hantaran Aras Dada

            Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk

hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan.

Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

Hantaran Aras Dada

8

Page 9: Bola Baling

Hantaran Bahu

           Cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh dan serangan balas secara mengejut

(counter-attack). Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak

lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala

hantaran atau memusingkan badannya.

Hantaran Bahu

9

Page 10: Bola Baling

Hantaran Lantun

            Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Dengan melatunkan bola.

Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas.

Hantaran ini biasanya dilakukan dengansebelah tangan.

Hantaran Lantun

Hantaran Lompat

            Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya

apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia

akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

10

Page 11: Bola Baling

Hantaran Sisi

            Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain

tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila

hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan

memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Hantaran Sisi

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

            Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola,

memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah

tangan yang berkedudukan relaks.  Tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira

kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Tangkapan yang tepat dan betul bermula

daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

11

Page 12: Bola Baling

Cara Menangkap Bola

1.    Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah

berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke

hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat

badan untuk kawalan yang lebih baik.

2.    Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah

Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah

tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah

semasa menangkap bola.

Tangkapan Bola Rendah

12

Page 13: Bola Baling

3.    Menangkap bola dengan sebelah tangan

Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi

tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah

memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,

keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4.    Menangkap bola tinggi

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang

sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat.

Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat,

bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

Tangkapan Bola Tinggi

13

Page 14: Bola Baling

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

Jaringan dari Atas Kepala

            Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah

pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan

ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

1.    Pemain bergerak satu langkah ke depan.

2.    Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.

3.    Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala

pada aras bahu.

4.    Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas

kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

5.    Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan

            Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh

dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang,

pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola

selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

1.    Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan

sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

14

Page 15: Bola Baling

2.    Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan

dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

3.    Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

            Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi

perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialahpemain perlu bergerak tiga langkah ke

depan sebelum membuat jaringan.  Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak

gol diperoleh daripada jaringan ini khususya selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan

daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Lompat dan Menjaring

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

1.    Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang

bola dengan kedua-dua belah tangan.

15

Page 16: Bola Baling

2.    Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan

dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju

ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

3.    Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4.    Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

1.    Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri

boleh mengelirukan penjaga gol.

2.    Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara

memusingkan bahu dan lengannya.

3.    Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-

celah kaki penjaga gol.

4.    Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah

tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang

lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-

merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola

daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gol dan membengkokkan

lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan.Dengan pantas, pemain ini membuat

jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

16

Page 17: Bola Baling

Jaringan Sisi

Penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.Pemain

tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia

akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri.

Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa

bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih

berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru,

jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan

gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-

dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi

sudut jaringan.

Jaringan Junam dan Jatuh

17

Page 18: Bola Baling

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang

penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan

hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

1.    Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus

pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.

2.    Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

3.    Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung

untuk menjaring.

4.    Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke

depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1.    Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain

lawan daripada lontaran penalti.

2.    Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh

bola untuk membuat jaringan.

3.    Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi

serangan pantas.

18

Page 19: Bola Baling

Jaringan Voli

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

1.    Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

2.    Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

3.    Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Jaringan Voli

19

Page 20: Bola Baling

KESIMPULAN

Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari, melompat, hantaran

bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan

menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke

dalamnya.

Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan

ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton

Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola

bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam

kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola

dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan

untuk memberikan daya yang kuat.

Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut

dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.

20

Page 21: Bola Baling

BIBLIOGRAFI

1.    Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

2.    Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

3.    Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America. Human

Kinetics, Inc.

4.    Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya.

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

5.    Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah

Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

6. http://www.wikipedia.com

7. http://www.tutor.edu.com

21