bola baling

24
Permainan bola balingberasal dari eropah. Permainan ini merupakan gubahan daripada beberapa permainan iaituhandbold di czehoslovakia, raffbold di Denmark, dan korfball di Denmark juga. Han, iaitu Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah jawatankuasa kerja bola baling telah dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan banyak kursus-kursus bola baling seperti pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi memperkenal sukan ini kepada pelajar sekolah. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor Dan Wilayah Perseketuan kategori lelaki dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2Jun 1982 dan telah mendapat perhatian 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Pada 11 September 1982, Pesatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara

Upload: syazmeer

Post on 03-Oct-2015

383 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

hand ball technieq

TRANSCRIPT

Permainan bola balingberasal dari eropah. Permainan ini merupakan gubahan daripada beberapa permainan iaituhandbold di czehoslovakia, raffbold di Denmark, dan korfball di Denmark juga.Han, iaitu Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor. Pada tahun 1978, sebuah jawatankuasa kerja bola baling telah dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dan banyak kursus-kursus bola baling seperti pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan dijalankan untuk guru-guru sekolah bagi memperkenal sukan ini kepada pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor Dan Wilayah Perseketuan kategori lelaki dan wanita julung-julung kali diadakan pada 2Jun 1982 dan telah mendapat perhatian 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya.

Pada 11 September 1982, Pesatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi manakala Persatuan Bola Baling Malaysia didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su dilantik sebagai presiden yang pertama. Pada tahun 1986, kesatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia.

Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 7 Disember 1985. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah memperoleh kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Sebanyak tujuh buah negara mengambil bahagian termasuk Malaysia.

1. Penggantian pemain boleh dilakukan bila-bila masa dalam permainan.

2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah

4. Seorang pemain dibenarkan:

- Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

- Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran

- Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ketempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.

5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan (D) gol. 6 meter dari gawang.6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.

7. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang-kurangnya 3 meter dari pembaling.8. Jika bola keluar garisan tepi permainan, disambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.9. Satu balingan penalti akan diberikan kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan pelbagai jenis balingan11. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain 5 orang sebagai pemain simpanan.

Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol. Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di belakang garisan gol. Tiang gol diletakkan di tengah-tengahantara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akandiperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain untuk setiap pasukan terletak di antaragarisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Ukuran Gelanggan Permainan

Ukuran Tiang Gol

KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA

Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara menghantar bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

a) Hantaran bahu

b) Hantaran lantun

c) Hantaran aras dada

d) Hantaran lompat

e) Hantaran sisi

A) Hantaran bahu

Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan bola baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

B) Hantaran lantun

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

C) Hantaran aras dada Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

D) Hantaran lompat Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

E) Hantaran sisi

Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pentas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

KEMAHIRAN MENERIMA BOLA

Prinsip utama dalam menerima bolah ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

Untuk menerima bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penhantarnya.

2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membua tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.6. Sepanjang pergerakan untuk mengangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.Cara Menangkap Bola

1. Dengan kedua-dua belah tangan - bola aras muka -Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap, bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan - bola rendah

-Untuk menangkap bola rendah, pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menerima bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan

-Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi

-Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

Kemahiran mengelak

Untuk mengelak dari serangan pihak lawan, pertahanan haruslah dikemaskan. Hadangan demi hadangan perlu bagi mengelakkan balingan ke gol. Hal ini dapat menyelamatkan gawang dan mengelak dari jaringan yang mudah.

Ketika menyerang, untuk mengelakkan dari pertahanan yang ketat, permainan cara ombak harus digunakan. Dengan cara membuat hantaran-hantaran pendek kepada rakan secara bersilang, kiri ke kanan dan sebaliknya, hal ini sedikit sebanyak dapat membuat pertahan letih dan leka. Sejurus itu, shooter atau pembaling utama harus mencari ruang yang selesa bagi mereka untuk melompat dan menjaringkan jaringan yang padu.

Ketika serang balas ataupun dikenali sebagai counter attack, pelari dengan bola harus bijak dalam mencari ruang kerana kini beliau dikejar oleh pertahanan. Elakan dan lenggok badan yang sukar dibaca perlu di gunakan dalam mengelirukan pertahanan dan lantas dapat membuat serangan balas dengan sempurna.

Kemahiran mengacah

Seseorang pemain perlulah mempunyai kemahiran mengacah yang licik. Hal ini perlu dalam mengelirukan pertahanan lawan. Lenggok badan dan cara mengelak yang berkesan harus digunakan. Selain itu, dengan cara memegang bola sehingga bagai melekat pada tangan. Ini mampu menjadikan seseorang pemain itu mampu memvariasikan balingan dan hantaran. Senagai contoh, semasa menyarang, penyerang boleh mengacah dengan memegang bola sehingga melekat pada tangan dan mengacah igin membaling pada muka pertahanan ataupu membuat balingan terus tetapi penyerang boleh menarik semula tangan beliau dan hanya mnegacah. Kemudiannya dia boleh membuat hantaran atau mencari tempat kosong lants membuat jaringan terus.

Pertahanan

Wall atau dinding harus dibuat bagi menyukarkan penyerang membuat serangan dan balingan. Tikus atau ayam boleh digunakan juga. Maksudnya di sini, seorang pertahan boleh keluar dari dinding hadangan dan mengucar-kacirkan penyerang. Gangguan yang dibuat oleh tikus ini sedikit sebanyak mampu menggangu hantaran dan strategi yang telah disusun oleh penyerang.Hands up ataupun meletakkan kedua belah tangan di atas atau sebelah sahaja selalu digunakan oleh pertahanan, hal ini mampu membuat penyerang berasa pertahanan yang dibuat telah ketat dan sukar ditembusi. Pertahanan yang ketat mampu mengelak dari serangan yang dibuat oleh pihak lawan dan sama sekali dapat mengelakkan jaringan. Kerjasama dan ikatan persefahaman yang kuat perlu pada setiap pemain agar pertahanan dapat dilakukan dengan kemas dan sempurna.Penjaga gol

Penjaga golmerupakan last man dalam permainan bola baling. Penjaga gol perlulah cekap dan tangkas dalam menghadapi balingan-balingan penyerang terhadap gawang. Setiap sudut dan ruang haruslah ditutup sempurna agar penyerang tidak mampu membuat balingan kepada gawang. Penjaga gol perlu berani dan bijak membaca balingan dari penyerang agar pintu gawang tidak dapat dibolosi dengan mudah.

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.

PRINSIP PRINSIP UTAMA

Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.

2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.

3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.

4. Pemain mengikut lajak.

5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.

6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.

2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.

3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.

4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.

3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.

4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.

4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.

2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Terdapat beberapa strategi permainan untukbola balingketika menyerang dan bertahan. Diantaranya ialah:

Strategi menyerang

a- Sistem 3 : 3

b- Sistem 2 : 4

c- Sistem 5 : 1

d- Sistem 6 : 0

Cara serangan :

(penyerang di hadapan : penyerang dari tengah)

Strategi bertahan

a- Sistem 6 : 0

b- Sistem 5 : 1

c- Sistem 4 : 2

Cara bertahan :

(wall ataupun dinding pertahanan : tikus atau penggangu penyerang)

Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya.

Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialahsistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat.

Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.

Ucapan Alhamdulillah didahulukan atas kesihatan dan keselamatan yang diberikan oleh Allah, saya dapat menghadiri kokurikulum bahagian dua iaitu permainan bola baling bahagian satu. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat jurulatih terutamanya kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam cara dan bagaimana untuk menjadi pemain bola baling. Asas-asas bola baling dapat dipraktikkan sama seperti di dalam perlawanan sebenar.

Penguasaan terhadap cara permainan bola baling dapa ditingatkan dan dikemaskan lagi. Peraturan-peraturan yang digunakan sudah dapat dipraktikkan dan difahami dengan mudah. Demonstrasi perlawanan sebenar juga telah diperlihat dan dirasai sendiri dalam aktiviti ini. Cara balingan, cara tangkapan, cara menghadang, cara menyerang dapat dikuasai dan prestasi boleh ditingkatkan lagi dalam aktiviti yang dijalankan ini.

Saya berasa gembira setiap kali hadir ke aktiviti ini. Dan berasa tidak sabar menunggu bahagian seterusnya. InsyaAllah jika berpeluang, saya mengharapkan jurulatih yang sama dan saya akan pertingkatkan lagikemahiran yang telah diajar kepada saya.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAPERAK DARUL RIDZUAN

NAMA: SYAZMEER ADIB BIN SHARUDDIN

NO MATRIKS: 2014440962JURULATIH: ENCIK ZULKARNAIN DAHARI

COURSE: PERMAINAN BOLA BALING (BAHAGIAN 1)