bola baling

29
1.0) PENGENALAN BOLA BALING atau (handball) adalah permainan padang, tetapi juga dimainkan di dalam dewan atau di dalam kawasan tertutup. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang pemain dalam satu pasukan. Peralatan untuk bola baling tidak banyak, sekadar memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang dipasangkan gol pada kedua-dua hujung padang, sebiji bola baling dan empat belas orang pemain serta dua orang pangadil. Setiap pasukan mengandungi tujuh orang pemain yang dibenarkan beraksi pada satu-satu ketika. Banyak padang bola sepak dan padang-padang permainan yang boleh digunakan untuk permainan bola baling di negara kita. Terkini, banyak sekolah mempunyai kemudahan padang masing-masing. Dengan peningkatan penglibatan murid- murid sekolah, sudah tentu menampakkan petanda yang positif terhadap perkembangan permainan ini. 1

Upload: bubok

Post on 24-Jun-2015

1.227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1.0) PENGENALAN

BOLA BALING atau (handball) adalah permainan padang, tetapi juga

dimainkan di dalam dewan atau di dalam kawasan tertutup. Permainan ini

dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang pemain dalam satu

pasukan. Peralatan untuk bola baling tidak banyak, sekadar memerlukan sebuah

padang atau gelanggang yang dipasangkan gol pada kedua-dua hujung padang,

sebiji bola baling dan empat belas orang pemain serta dua orang pangadil.

Setiap pasukan mengandungi tujuh orang pemain yang dibenarkan beraksi pada

satu-satu ketika. Banyak padang bola sepak dan padang-padang permainan

yang boleh digunakan untuk permainan bola baling di negara kita. Terkini,

banyak sekolah mempunyai kemudahan padang masing-masing. Dengan

peningkatan penglibatan murid-murid sekolah, sudah tentu menampakkan

petanda yang positif terhadap perkembangan permainan ini.

1

2.2) PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA

Permainan bola baling masih dianggap sebagai sukan atau permainan

yang baru di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun

1976. Pada ketika itu, seorang pegawai sukan di Pejabat Pendidikan Selangor,

Encik Lim Hock Han, yang bertangguangjawab memperkenalkan permainan bola

baling di negara kita. Pada masa itu, beliau telah memperkenalkan permainan ini

kepada satu kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor.

Selepas itu, sebuah jawatankuasa kerja khusus untuk permainan bola

baling telah dibentuk untuk tujuan menjadi badan penyelaras bagi

mempopularkan permainan ini, khususnya di kalangan sekolah, maktab serta

universiti. Dengan sokongan kuat daripada Kementerian Pandidikan serta Majlis

Sukan Sekolah-skolah Malaysia (MSSM), pelbagai kursus dalam aspek

pegenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk guru-guru

telah diadakan. Tetapi, sambutan yang diterima di sekolah amat kurang

menggalakkan.

Usaha dan kejayaan mereka dibuktikan apabila satu Kejohanan Bola

Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama bagi kedua-

dua bahagian lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Dalam

kejohanan ini sebanyak 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan,

Melaka, Pahang dan Universiti Malaya telah mengambil bahagian. Kejayaan ini

menganjurkan kejohanan merupakan detik permulaan penting dalam sukan bola

baling di negara ini.

2

Perkembangan yang berlaku pada sukan bola baling semakin menyerlah

apabila Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan

ditubuhkan pada 11 September 1982. Langkah Selangor dan Wilayah

Persekutuan ini diikuti oleh persatuan peringkat kebangsaan. Pada tahun 1985,

Persekutuan Bola Baling Malaysia ditubuhkan dengan rasminya dengan Encik

Cheah Hai Sui dilantik sebagai Presiden dan Encik Kan Tong Leong sebagai

Setiausaha. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menjadi ahli gabungan

Kesatuan Bola Baling Asia pada tahun 1986.

Pada tahun 1987, bola baling diterima sebagai salah satu permainan yang

dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan MSSM.

Perkembangan permainan bola baling di negara kita mendapat pengiktirafan

yang membanggakan pada ketika itu. Di peringkat sekolah, MSSM telah

menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih para guru dari semua negeri

di negara kita terutamanya dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Di maktab

perguruan, bola baling turut merupakan salah satu kegiatan ko-kurikulum para

pelajarnya dan menjadi permainan yang dipertandingkan di antara maktab-

maktab perguruan mulai tahun 1985.

3

3.0) PERALATAN PERMAINAN

Permainan ini hanya memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang

dipasangkan gol pada kedua-dua hujung padang, sebiji bola baling dan 14 orang

pemain serta dua orang pengadil.

3.1) PADANG ATAU GELANGGANG

Padang atau gelanggang untuk permainan bola baling hendaklah mempunyai

permukaan yang keras dan rata. Padang hendaklah berumput ataupun

gelanggang bersimen atau berparkat seperti di dalam dewan atau tempat yang

tertutup. Gelanggang atau padang permainan hendaklah berbentuk segiempat

bujur. Panjangnya ialah 40 meter mengikut kiraan pada garisan tepi dan 20

meter lebar pada garisan gol. Padanng atau gelanggang permainan ini

dibahagikan kepada dua bahagian yang sama saiznya oleh garisan tengah

dinamakan gelanggang permainan kiri dan gelanggang permainan kanan.

Pada hujung kedua-dua bahagian kawasan atau gelanggang didirikan

tiang gol. Tiang gol ini didirikan di dalam kawasan gol yang panjangnya enam

meter daripada tepi tiang gol dan tujuh meter daripada garisan penjaga gol.

Garisan bilangan percuma ditunjukkan dengan garisan terputus-putus berjejari

sembilan meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan penalti yang jaraknya tujuh

meter daripada tengah garisan gol, lebarnya satu meter.

4

Panjang garisan penjaga gol ialah 15 cm sementara jaraknya dari tengah

garisan gol ialah 4 meter. Pada kedua-dua garisan tep, iaitu di tengah-tengah

antara dua kawasan permainan terdapat garisan pertukaran pemain. Garisan ini

panjangnya 15 sentimeter dan 4.5 meter dari garisan tangah. Semua garisan

hedaklah dibuat dengan jelas dan mempunyai ukuran lebar 5 sentimeter,

termasuk garisan percuma yang terputus itu.

5

3.2) BOLA

Bola untuk permainan bola baling hendaklah berbentuk bulat keseluruhannya

dan diperbuat daripada bahan seperti kulit atau getah yang diwarnakan

menggunakan warna yang tidak begitu keras atau gelap. Ukuran dan berat

berbeza-beza sedikit mengikut peringkat umur dan jantina. Ukuran bola baling

untuk berbagai-bagai kumpulan pemain adalah ditunjukkan seperti di bawah.

Kumpulan pemain Berat bola Ukuran lilitan

1. Lelaki dan belia lelaki 425g hingga 475g 58cm hingga 60cm

2. Wanita dan remaja lelaki 325g hingga 499g 54cm hingga 56cm

3. Lelaki bawah 18 tahun 425g hingga 474g 58cm hingga 60cm

4. Perempuan bawah 18 tahun 325g hingga 400g 54cm hingga 56cm

5. Lelaki dan perempuan bawah 12

tahun

325g hingga 400g 54cm hingga 56cm

Bagi pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, hanya bola

yang bertanda dengan logo Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) sahaja

yang dibenarkan. Untuk perlawanan peringkat lain, tidak perlu menggunakan

bola yang belogokan IHF tetapi hendaklah mengikut spesifikasi di atas.

Biasanya dua biji bola disediakan bagi sesuatu perlawanan. Bola ini hendaklah

terlebih dahulu diperiksa dan disahkan oleh pengadil. Bola yang digunakan di

6

perlawanan tidak boleh ditukar ganti dengan bola lain kecuali atas sebab-sebab

tertentu dan mendapat kebenaran pangadil.

3.3) GOL DAN JARING

Gol permainan bola baling adalah serupa dengan gol dalam permainan hoki

tetapi berbeza dalam beberapa aspek. Tiang gol hendaklah didirikan di tangah-

tangah garisan gol pada kedua-dua penghujung kawasan permainan dan

mengandungi dua batang tiang yang didirikan tegak daripada garisan gol, yang

panjanghay 3 meter dan tingginya 2 meter. Tiang ini disambungkan oleh

sebatang palang berbentuk segiempat yang panjangnya 3.16 meter.

Tiang gol hendaklah diperbuat darpada kayu atau bahan tiruan yang lain

yang serupa dan dicatkan hanya dengan dua warna yang terang secara

berselang seli. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang hendaklah

dicat dengan warna yang sama dengan ukurannya iaitu 28 cm. Pada bahagian

lian tiang gol dan palangnya, panjang setiap warna ialah 20cm. Pada tiang gol

hendaklah dipasangkan jarring manakala kayu untuk tiang dan palang hendaklah

berukuran 8cm panjang dan lebar.

7

8

3.4) PAKAIAN

Pakaian untuk peman lelaki dan juga pemain wanita adalah terdiri daripada baju

berlengan pendek atau panjang, seluar pendek atau seluar sukan panjang,

stoking dan kasut sukan biasa atau boot. Semua pemian gelanggang hendaklah

mengenakan pakaian yang seragam warnanya tetapi penjaga gol dikecualikan.

Pemakaian sebarang alat yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemain

dan pemian lawan tidak dibenarkan. Sesebuah pasukan hendaklah memakai

pakaian yang berlainan warna daripada pasukan lawan.

Dalam pertandingan peingkat antarabangsa sesebuah pasukan mestilah

mengandungi 12 orang pemain. Dua daripada 12 orang pemain hendaklah terdiri

daripada penjaga gol. Ini bermaksud 10 orang pemain adalah terdiri daripada

pemain padang. Dalam sesebuah pasukan bola baling pemain hendaklah

memakai jersi yang bernombor. Pemain-pemian dibenarkan memakai jersi yang

bernombor dari1 hingga 20 dan nombor 1, 12 dan 16 hanya dibenarkan untuk

penjaga gol.

9

3.5) PEGAWAI PERMAINAN

Bagi perlawanan yang diiktiraf, empat orang pengawai perlawanan diperlukan.

Pegawai-pegawai ini adalah terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan

bertauliah. Dua daripada empat orang pengadil itu terdiri daripada seorang

pengadil garisan gol dan pengadl gelanggang. Pengadil garisan gol akan

bertanggungjawab mengadili di bahagian hadapan pemain penyerang. Pengadil

gelanggang pula merupakan pengadil yang bertugas di bahagian belakang

pemain penyerang. Kedua-dua pengadil ini akan sering bertukar tugas mengikut

kedudukan dan situasi permainan.

Satu lagi pengadil adalah seorang penjaga masa. Dia merupakan

pengadil yang bertugas mengawal masa permainan, mengawal pemain keluar

masuk gelanggang, masa pergantungan dan emasukan pemain. Seorang

pencatat mata yang merupakan pengadil yang bertugas mencatat jaringan gol

dan mengawal kemasukan pemain dalm permainan.

10

4.0) CARA BERMAIN BOLA BALING

Step 1

Bola baling adalah berpasukan yang terdiri daripada 7 orang sepasukan dan

dimainkan di atats padang atau gelanngang sama ada berumput ataupun

kawasan tertutup. Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain

untuk sesuatu perlawanan. Ini bermakna 5 orang adalah pemain gantian.

Setiap pasukan hendaklah memastikan perkara-parkara berikut:

1. Memakai pakaian seragam yang bernombor, termasuk 1 dan 12 untuk

penjaga gol.

2. Pemain berpakaian lengkap yang sesuai untuk permainan bola baling.

3. Pemain-pemain bersedia dari segi fizikal dan mental.

4. Bermain dengan penuh semangat kesukanan serta mematuhi setiap

peraturan dan undang-undang permainan.

Setiap keperluan dan peralatan permainan hendaklah disediakan termasuk

pegawai permainan, terutamanya pengadil. Pengadil hendaklah seseorang yang

dapat diterima oleh kedua-dua pasukan, dan mestilah yang berkelayakan.

Pengadil juga hendaklah memastikan pemain-pemain tidak memakai sesuatu

yang boleh mencederakan diri sendiri ataupun pemain lawan.

11

4.1) MEMULAKAN PERMAINAN

Terutama sekali adalah kedua-dua pasukan perlu memastikan semua 7 orang

pemain yang akan bermain pada permulaan permainan. Bagaimanapun bagi

membolehkan perlawanan dimulakan, sejurang-kurangnya lima orang pemain

harus berada di dalam padang pada permulaan permainan. Semasa perlawanan

berlangsung, tambahan dua orang pemain lagi boleh dilakukan pada bila-bila

masa, dengan syarat mendapat kebenaran pengadil bila kemasukan pemain ini

dibenarkan. Sekiranya, bilangan pemain dalam satu-satu pasukan kurang

daripada 5 orang, perlawanan itu tidak boleh dijalankan, yakni hendaklah

dibatalkan atau ditangguhkan.

Bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan pemainan atau

memilih kawasan permainan, undian akan dijalankan. Caranya ialah pengadil

akan memanggil ketua daripada kedua-dua pasukan untuk undian dengan cara

melambung duit syiling. Pasukan yang menang dalam undian itu berhak sama

ada memulakan permainan memilih kawasan permainan bahagian padang. Jika

pasukan yang menang dalam undian ini memilih untuk memulakan permaian,

bermakna pasukan lawannya diberi peluang untuk memilih kawasan permainan.

Sebelum permainan dimulakan, semua pemain hendaklah berada di

posisi masing-masing. Lontaran permulaan hendaklah dilakuakn dalam masa

tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel. Pemain dari pasukan lawan

hendaklah berada sekurang-kurangnya tiga meter daripada pemain yang akan

12

memulakan permainan. Pemain tidak dibenarkan terus melakukan jaringan gol

selepas lontaran permulaan. Sekiranya pemain menjaringkan gol, jaringan itu

tidak dikira.

4.2) TEMPOH PERMAINAN

Umunya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh yang setiap satu

selama 30 minit, dengan 10 minit masa rehat. Dalam pertandingan yang diiktiraf,

permaian diadakan dalam dua tempoh yang setiap satunya hanya terdiri

daripada 15 minit sahaja tanpa masa rehat. Secara khususnya, tempoh

permaian adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan wanita dewasa atau mereka berumur 18 tahun ke atas. Masa

permaian ialah 30 minit tiap-tiap satu tempoh dengan 10 minit masa rehat

antara dua tempoh itu.

2. Lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur atau kategori lain; masa

permaian ialah 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit untuk masa

rehat antara kedua-dua tempoh.

3. Peringkat MSSM, tempoh permainan yang bergantung kepada umur

adalah:

Sepuluh minit setiap separuh masa tanpa rehat untuk pertandingan

yang dijalankan secara liga.

13

Dua puluh minit setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat

antara kedua-dua tempoh untuk pertandingan secara kalah mati.

Sebarang masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambah selepas

setiap tempoh berakhir. Masa juga diberikan kepada pemain selepas lontaran

penalti atau lontaran percuma. Kedua-dua pasukan akan bertukar kawasan

permainan untuk permainan separuh masa pertama berpeluang melakukannya

pada permulaan separuh masa kedua ini.

Permainan biasanya berakhir dengan kemenagan atau kekalahan kepada

salah satu pasukan. Kadang-kadang permainan berkesudahan dengan

keputusan seri. Sekiranya dalam sesuatu perlawanan diperlukan pemenang,

tetapi berakhir dengan seri, masa tambahan selama lima minit tiap-tiap separuh

masa tanpa masa rehat diberikan. Bagi menentukan pasukan yang akan

mamulakan permainan, undian diadakan sekali lagi, iaitu menerusi lambungan

duit syiling. Jika selepas masa tambahan ini diberikan dan keputusan masih lagi

seri, undang-undang pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran

penalti diberi untuk menentukan pemenang. Sebanyak lima lontaran diberi

kepada setiap pasukan, dan lontaran itu diikuti dengan lontaran ‘sudden death’

sekiranya menerusi lontaran penalti ini kedudukan masih tidak berubah

14

4.3) SEMASA BERMAIN

Pemain dibenarkan:

1. Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dalam sebarang cara

dan arah menggunakan tangan, lengan, kepala, badan paha dan lutut.

2. Memegang bola tidak melebihi 3 saat sebelum menghantar kepada rakan.

3. Menmindahkan pegangan bola dari tangan ke tangan.

4. Menghantar bola daripada kedudukan duduk, melutut atau berbaring di

atas gelanggang.

5. Menghentikan bola dengan sebelah atau dua belah tangan kemudian

menangkapnya tanpa bergerak.

Sebaliknya, pemain tidak dibenarkan:

1. Menyenuh bola lebih daripada sekali melainkan bola telah terjatuh ke

tanah, terkena pemain lain, atau terjatuh ke pintu gol atau memindahkan

pegangan dari sebelah tangan ke sebelah yang lain.

2. Menyentuh bola walaupun tanpa sengaja dengan kakinya(di bawah lutut)

3. Menjatuhkan atau menjunamkan badan untuk mendapatkan bola, iaitu

dalam kedudukan berbaring.

15

4. Mnjunamkan badan untuk mengambil bola semasa bola bergolek

sepanjang dataran.5

5. dengan sengaja memainkan bola melepasi kawasan barisan gol.

4.4) JARINGAN GOL

Sesuatu jaringan gol dikira sah apabila seluruh bahagian bola telah melepasi

garisan gol pasukan lawan, iaitu di antara kedua-dua tiang serta di bawah palang

gol. Walaupun biasanya gol diperoleh menerusi pemain daripada pasukan yang

membuat jaringan, tetapi ada kalanya daripada kesilapan pasukan yang

tertahan. Dalam keadaan begini pemain daripada pasukan yang bertahan itu

telah menjaringkan gol sendiri. Pengadil akan meniupkan wisel setiap kali gol

dihasilkan.

4.5 BALINGAN KE DALAM

Pengadil akan membenarkan membuat balingkan ke dalam apabila seluruh

bahagian bola telah melepasi bahagian garisan tapi. Pasukan yang tidak

melakukan kesalahan sehingga menyebabkan bola terkeluar gelanggang diberi

peluang melakukan balingan ke dalam. Balingan ini dibuat di tempat bola telah

keluar gelanggan. Balingan ini dibuat di tempat bola telah keluar gelanggang.

16

Balingan penjuru merupakan sebagai balingan ke dalam, tetapi dilakukan di

penjuru gelanggan atau kawasan permainan.

4.6 BALINGAN GOL

Balingan gol dilakukan selepas seluruh bahagian bola telah melepasi garisan gol

dan telah disentuh sekali terakhir oleh pemain lawan, ataupun penjaga gol yang

menahan bola di dalam kawasan golnya sendiri. Balingan gol dilakukan oleh

penjaga gol daripada pasukan yang bertahan.

Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol, dan

semasa lontaran dibuat semua pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9

meter. Bola dikatakan masih dalam permainan apabila bola melepasi garisan

golnya. Perlu diingat, penjaga gol tidak dibenarkan membuat jaringan daripada

lontaran atau balingan.

4.7) BALINGAN PERCUMA

Balingan percuma dalam permainan bola baling diberi kepada pihak lawan

kerana kesalahan-kesalahan berikut:

1. Memasuki atau meninggalkan gelanggang secara tidak sah.

2. Memainkan bola dengan cara yang tidak sah.

3. Melakukan pertahanan, halangan dan serangan secara tidak sah.

4. Memainkan bola dengan sengaja supaya bola melepasi garisan gol.

17

5. Pemain memasuki kawasan gol( kecuali penjaga gol)

6. Kesalah-kesalahan kecil yang dilakukan oleh pemain.

7. Pemain berkelakuan kurang sopan

8. Kesalahan pemain semasa melakukan sesuatu balingan.

4.8) BALINGAN PENALTI

Balingan penalti untuk permainan bola baling diberikan dalam situasi berikut:

1. Sebarang permainan yang diannggap berbahaya.

2. Memusnahkan peluang keemasan untuk menjaringkan gol oleh pihak

lawan.

3. Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan.

4. Pemain dengan sengaja memberi bola kepada penjaga golnya.

5. Melakukan kesilapan dalam pertukaran penjaga gol.

4.9 BALINGAN PENGADIL

Permaian dimulakan semula dengan balingan yang diberikan oleh pengadil pada

situasi seperti berikut:

1. Sekiranya kedua-dua pasukan melakukan pada waktu yang sama

sehingga menyebabkan pengadil sukar menentukan siapa yang harus

dipersalahkan.

2. Sekiranya permainan terganggu oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

18

3. Sekirany pemain dengan tidak sengaja terjatuh ke ats bola sehingga

menyebabkan permainan terganggu.

4.10) PENGGANTIAN PEMAIN

Dalam sesuatu perlawanan, pasukan dibenarkan menamakan 12 orang pemain.

Tujuh orang harus berada di dalam padang atau gelanggan sebagai membentuk

sebuah pasukan. Ini bermakna lima orang pemain lagi akan menjadi pemain

gantian atau pemain simpanan. Daripada lima orang ini, seorang terdiri daripada

penjaga gol. Dalam permainan bola baling, peratutan membenarkan pemain

gantian dimasukkan pada bila-bila masa tanpa had dan setiap penggantian

hendaklah memberitahu penjaga masa dan pengadil. Mana-mana pemain yang

digantikan hendaklah meninggalkan padang sebelim penggantianya masuk.

Sebarang kesalahan penggantian pemain akan dihukum dengan balingan

percuma. Oleh itu, para pemain handaklah mematuhi peraturan penggantian

pemain ini.

19

5.0) TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS

Step 2

Bola baling merupakan sejenis permainan berpasukan. Oleh itu, setiap pemain

harus mampu bermain secara berpasukan dengan menitikberatkan

persefahaman dan kerjasama sesama pemain. Bagi memastikan setiap pemain

mampu bermain secara berpasukan dengan baik, berkesan dan bermotifkan

kejayaan, setiap pemain hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri ini amat

perlu dalam memahirkan diri pemain dengan pelbagai kemahiran dan teknik

permainan yang khusus untuk bola baling. Ciri-ciri ini adalah seperti berikut:

Tahap atau tingkat teknik kemahiran yang tinggi

Tahap atau tingkat kecergasan, kesegaran dan keseimbangan yang tinggi

Berpengetahuan dan mempunyai pemahaman menyeluruh akan taktik-

taktik permainan

Mempunyai pendekatan mental yang betul dan wajar

Bersikap positif dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi

Mampu bermain secara berpasukan

Seorang pemain bola baling yang berjaya harus mempunyai tahap atau

tingkat kemahiran dan teknik yang tinggi dan ini merupakan ciri terpenting pada

20

setiap pemain. Sebarang peningkatan dalam kemahiran dan teknik ini pada

pemain merupakan pendedahan dan sistem latihan yang dianjurkan adalah yang

teratur dan berkesan. Sebagai pemain, seseorang itu harus mempunyai sikap

dan bakat semula jadi yang digabungkan bersama pelbagai bentuk latihan

menandakan faktor penentu mereka semasa bermain dalam sesuatu permainan

atau perlawanan. Segala aktiviti yang diselaraskan turut melibatkan penggunaan

bahagian-bahagian tertentu dalam badan untuk menggerakkan otot-otot bagi

membolehkan pencapaian kemahiran yang diharapkan.

Bagi mencapai tingkat kemahiran yang diharapkan berdasarkan kepada

peringkat dan tahap yang dikehendaki pemain harus mengikuti latihan

berpanjangan dengan bimbingan serta tunjuk ajar jurulatih yang

bertanggungjawab dan berpengalaman. Dengan demikian segala aktiviti dalam

latihan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Akhirnya, objektif atau

matlamat permainan mampu dicapai dalam tempoh masa yang diharapkan.

Seseorang pemain mampu memahirkan diri dalam segala macam

kemahiran tanpa mengikuti latihan-latihan yang dianjurkan. Menerusi latihan,

pemain dapat mempelajari dan kemudiannya meningkatkan prestasi, serta

seterusnya memantapkan persefahaman di kalangan ahli-ahli dalam pasukan.

Mungkin ada sesetengah pemain yang mempunyai potensi untuk menjadi

pemain yang berjaya. Bagaimanapun potensi pemain akan tinggal begitu sahaja

sekiranya mereka tidak mengikuti latihan tertentu lagi bersistem yang

dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman. Tambahan pula, keupayaan

dan kebolehan seseorang pemain secara individu, belum mampu menjadi faktor

21

penentu dalam kejayaan sesebuah pasukan. Yang penting ialah gabungan

kemahiran bersepadu individu dan kemahiran rakan-rakannya akan membentuk

sebuah pasukan yang mantap dan mampu menghadapi mana-mana pasukan.

Dalam permainan bola baling, tingkat kemahiran teknikal pemain

merupakan perkara penting. Kemahiran pemain diperoleh daripada aktiviti

gabungan dan disepadukan dengan penggunaan mekanisme motor dan ingatan.

Bagi membolehkan sesuatu kemahiran diserapkan ke dalam jiwa seseorang

pemain, hendaklah dipelajari menerusi latihan-latihan kemahiran tertentu.

Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan bola baling, dan setiap

pemain hendaklah mempelajari kesemua kemahiran ini bagi melengkapkan

dirinya sebagai pemain bola baling yang berjaya. Kemahiran itu adalah seperti

berikut:

Berlari

Melompat

Melontar (menghantar)

Menangkap (menerima)

Mengadang

Menggelecek

Pergerakan badan (untuk berpusing, tipu-helah dan mengelak)

22

23

24