bmz 1034 bahasa melayu moden

42
Bahasa Melayu Moden

Upload: xjiuan97

Post on 05-Sep-2015

319 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

LANGUAGE @ MALAY

TRANSCRIPT

Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu ModenKonsep Bahasa Melayu ModenBahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda danInggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa pengantar, pentadbiran, kesusasteraan, bahasa pengantar di pusat pendidikan islam.Selepas Perang Dunia ke-2, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.Bahasa Melayu Moden berkembang pesat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan.Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.Perkembangan Sistem Tulisan dan EjaanKAEDAH EJAAN PRAMERDEKAKedatangan orang Eropah membawa tulisan Rumi. Bukti pertama- menerusi senarai perkataan bertarikh 1521 yang merupakan cacatan perjalanan seorang lelaki Itali-Antonio Pigafetta.Senarai perkataan tersebut mengandungi 426 kosa kata Bahasa Melayu. Berjudul Vocaboli de Popoli Mori (Perbendaharaan Kata Orang-orang Moorish[Melayu])Guna sistem ejaan Bahasa Itali. Contoh: matta(mata), poranpoan(perempuan).SISTEM EJAAN CORNELIS DE HOUTMANTerdapat dalam senarai perkataan yang berjudul The First Dutch-Malay Vocabulary (1595). Ditulis menggunakan tulisan rumi yang menggunakan ejaan Belanda. Contoh: penot = perutchynta = cintatyma = timah

b) SISTEM EJAAN BOWREYDapat dilihat dalam kamus A Dictionary English and Malayo, Malayo and English(1701).Kosa kata Bahasa Melayu dieja dalam sebutan Inggeris.Contohnya: perbooroooawn = pemburuancamee poonea = kami punyaparasch = paras

c) SISTEM EJAAN MARSDENDicatat menerusi kamusnya iaitu, A Dictionary of the Malayan Language(1812).Dianggap sebagai sistem ejaan Rumi yang tersusun lengkap oleh penutur Bahasa Inggeris pada abad ke-19.Beliau juga mewujudkan sistem kelarasan vokal bagi Bahasa Melayu yang terdiri daripada dua suku kata.Contoh : vokal a-i : habis-salib : vokal a-e : tasek-ayer : vokal i-n : pinggir-chinchin

d) Sistem Ejaan WilkinsonPada tahun 1904, Kerajaan Melayu menerusi jawatankuasa ejaan telah menghasilkan buku yang berjudul Romanised Malay Spelling. Buku ini dijadikan panduan untuk menulis Bahasa Melayu dalam tulisan Rumi.Aturan ejaan ini dinamakan Sistem Ejaan Wilkinson kerana dipengerusikan olehnya dan seterusnya dijadikan sebagai dasar bagi Ejaan Sekolah.

e) SISTEM EJAAN RUMI ZABADisusun oleh Zaba dan ditulis dalam beberapa buah buku pedoman bahasa yang diterbitkan Pejabat Karang Mengarang, SITC, iaitu menerusi buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1(1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1(1941), dan Daftar Ejaan Melayu(Jawi-Rumi)(1949).Dijadikan sebagai ejaan sekolah dan ejaan rasmi kerajaan hingga tahun 1970-an.f) SISTEM EJAAN FAJAR ASIADigunakan semasa pendudukan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu.Merupakan sistem ejaan rasmi yang digunakan dalam akhbar Fajar Asia.Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai pedoman untuk menulis Bahasa Melayu oleh ASAS 50 dalam karya mereka.2) KAEDAH EJAAN KINIDalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga(1956), persoalan ejaan telah ditimbulkan semula, terutamanya dari segi penyatuan sistem ejaan Rumi Tanah Melayu dan Indonesia.1959-Sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan dipengurusikan oleh Tuan Syed Nasir Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP). Indonesia-Diketuai oleh Slametmuljana. Sistem Ejaan Malindo terbentuk.Pelaksanaan sistem ini terbantut akibat konfrontasi Malaysia-Indonesia.1972-Malaysia-Indonesia sekali lagi mengadakan sistem ejaan bersama iaitu Sistem Ejaan Baharu. Diisytiharkan rasmi di kedua-dua buah negara pada 16 Ogos 1972.DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu(rujukan masyarakat) (mempunyai masalah). Menerusi Majlis Bahasa Melayu Indonesia-Malaysia(MBIM) dan kini Majlis Bahasa Melayu Brunei-Indonesia-Malaysia(MABBIM) telah diwujudkan kerjasama serantau untuk mantapkan ejaan Bahasa Melayu.MABBIM telah mengeluarkan pedoman umum ejaan yang dianggap sebagai lengkap untuk kegunaan negara terlibat. Dikenali Daftar Ejaan Baharu (Malaysia)13Daftar Ejaan Baharu ini membincangkan 6 aspek utama, iaitu:HURUF-HURUF Bahasa Melayu-26 huruf (a-z)HURUF VOKAL-a,e,i,o,u. -e (pepet/taling) :emak/enak.HURUF KONSONAN-26 huruf. -5 huruf gabung :gh, kh, ng, ny, sy.HURUF DIFTONG- gabungan 2 huruf vokal. - 3 bunyi (ai, au, oi)Sejarah Sistem Tulisan Bahasa1) Bahasa MelayuWujud sebelum abad ke-7, tarikh pembentukannya tidak dapat dipastikan.Digunakan sebagai wahana komunikasi oleh kelompok Melayu Deutro.Tidak memiliki tulisan, tetapi hanya wujud dalam bentuk lisan.Bentuk utama sastera lisan ialah puisi. Genre puisi yang terawal mungkin pantun, teka-teki, mantera dan tulisan2) Bahasa Melayu KunoBerkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13.wujud akibat pengaruh budaya Hindu (bahasaSanskrit) memperoleh aksara untuk membentuk sistem tulisan terawal.Lanjutan daripada perkembangan bahasa Melayu Purba dalam bentuk tulisan. Bukti penggunaan bahasa ini dikesan pada ukiran yang dibuat di atas batu(batu bersurat).

Terdapat 5 batu bersurat yang dihasilkan di sekitarabad ke-7 masihi:Batu bersurat Kedukan Bukit (653M)Batu bersurat Talang Tuwo (684M)Batu bersurat Boom BaruBatu bersurat Karang Brahi (686M) -Merangin,Hulu JambiHanya 7 buah daripada 30 buah batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu Kuno yang dihasilkan sekitar abad ke-13. Antaranya ialah:Batu bersurat pada alas arca AmoghapasaBatu bersurat Bukit Gombak I (batu bersurat Pagar Ruyung I)Batu bersurat Pagar Ruyung IIIBatu bersurat Batu Pahat (Bandarbapahat)Batu bersurat OmbilinBatu bersurat RambatanBatu bersurat Lubuk LayangPerubahan aksara penulisan Bahasa Melayu sehingga kiniPenulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:Tulisan Pallava.Tulisan Rencong.Tulisan Kawi.Tulisan JawiTulisan Rumi

Tulisan PallavaTulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam Bahasa Sanskrit.Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Dikenali juga sebagaiVatteluttu atau tulisanbulatAksara ini digunakan dalam hampir semua batu bersurat sebelum abad ke-7.Batu bersurat Canggal, Jawa Tengah (732M) merupakan batubersuratterakhir menggunakan aksara ini.Contoh Tulisan Pallava:

Tulisan RencongTulisan Rencong (rncong), ialah sistem tulisan yang terbit daripada Pallava dan Kawi, yang akhirnya berasal daripada tulisan Brahmi.Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba.Orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat).Terdapat banyak versi tulisan Rencong, masing-masing berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di Sumatera dan Sulawesi. Contoh Tulisan Rencong:

Tulisan KawiTulisan Kawi (juga dinamakan "tulisan Jawa Kuno") ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan Kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru.Tulisan Kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M.

Contoh Tulisan Kawi:

Tulisan JawiTulisan Jawi juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi.Huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.Penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.

Contoh tulisan Jawi

Abjad RumiAbjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini.Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil Abjad Rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu.Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf, iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), Amerika, Afrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik.Contoh Abjad Rumi:

HurufABCDEFGHNamabcdefghSebutan (IPA)/a//be//ke//de//e//ef//ge//ha/HurufIKLMNOPQNamakelemenpqSebutan (IPA)/i//ka//el//em//en//o//pe//ku/HurufRSTVXYZNamaerestex GraecaztaSebutan (IPA)/er//es//te//u//eks//i graika//zeta/Abjad Rumi KlasikAbjad Latin LamaABCDEFZHIKLMNOPQRSTVXFungsi Bahasa Melayu ModenBahasa KebangsaanBerfungsi untuk menunjukkan identiti atau jati diri sesuatu bangsa atau negara.Terdiri daripada bahasa peribumi.Dijadikan bahasa kebangsaan kerana dapat memainkan fungsi di atas.Berfungsi menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta membentuk satu bangsa Malaysia mempunyai identiti keperibadian yang dibanggakan dan kesetiaan yang tinggi.

Dijadikan bahasa kebangsaan atas hakikat bahawa Bahasa Melayu:Telah sekian lama menjadi lingua francaMenjadi bahasa majoriti pendudukMenjadi bahasa perhubungan antara kaumMempunyai sejarah yang gemilang sejak kerajaan srivijaya.

2. Bahasa RasmiBahasa yang digunakan dalam urusan atau dalam pentadbiran kerajaan iaitu bahasa yang digunakan dalam hubungan atau konteks rasmi negara.Bahasa rasmi tidak semestinya terdiri daripada bahasa peribumi.Bahasa rasmi juga tidak semestinya terdiri daripada satu bahasa.Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963.

3. Bahasa PerpaduanBahasa yang disarankan pengunaannya oleh pihak berkuasa untuk memudahkan perhubungan antara kaum.Lazimnya merupakan bahasa yang dapat difahami oleh majoriti penduduk. Bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.

4. Bahasa PengantarBahasa yang dijadikan sebagai medium pendidikan, iaitu bahasa yang digunakan di institusi-institusi pengajian.Bahasa pengantar seharusnya mengalami pemodenan supaya mampu berperanan sebagai wahana ilmu.Kepentingan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga sebagai satu mata pelajaran diperkuatkan lagi dalam sistem peperiksaan dengan menjadikan kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan sijil.

5. Bahasa IlmuSebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, kedoktoran, dan undang-undang di samping sastera dan agama.Bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa untuk menjadi bahasa ilmu.Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa.6. Bahasa KomunikasiKomunikasi bermaksud perhubungan antara orang dengan orang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan bahasa atau isyarat. Komunikasi ini boleh berbentuk lisan atau tulisan dalam erti kata yang tradisional. Bahasa Melayu dalam konteks komunikasi telah memainkan peranannya sebagai bahasa lingua franca semenjak zaman Empayar Sriwijaya lagi. Hampir semua rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu. Ia telah digunakan sebagai bahasa dalam semua bentuk komunikasi secara meluas melainkan dalam sektor swasta. Sekian, terima kasih.