pgjrn puisi mly moden

53
BSP 3053 BSP 3053 TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU BAB 13 PENGAJARAN PUISI MELAYU MODEN DR. HAJAH SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIR JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Upload: awang-kelabu

Post on 18-Jan-2015

10.657 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pgjrn Puisi Mly Moden

BSP 3053 BSP 3053 TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYUKESUSASTERAAN MELAYU

BAB 13PENGAJARAN PUISI MELAYU

MODEN

DR. HAJAH SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIRJABATAN KESUSASTERAAN MELAYU

FAKULTI BAHASAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Page 2: Pgjrn Puisi Mly Moden

Pengenalan.

Puisi adalah susunan kata-kata yang ringkas dan padat.

Ditulis dalam bentuk berangkap dam mempunyai sebutan yang puitis.

Bahasa puisi berbeza daripada bahasa prosa sama ada sintaksisnya atau sebutannya (intonasi).

Terdapat nada yang berbeza-beza mengikut mesejnya: serius, mengejek (ironi), atau sedih.

Kadang-kadang terdapat jeda (berhenti di tengah baris) bagi memahami persajakan dalam rima dan iramanya, khususnya pada bentuk puisi lama yang terikat sifatnya.

Page 3: Pgjrn Puisi Mly Moden

Elemen-elemen Dalam Puisi

Bentuk terikat, bebas, stanza, sonata, dua seuntai

(kuplet), quatrain, sinkuaian, oktav, sestinana.

naratif, meditasi, deskriptif (lirik) Struktur

metafora, imageri, imej, simile, bahasa personifikasi, symbol, sinekdoki, metonimi, pun, paradoks, hiperbola, meter, alusi.

Page 4: Pgjrn Puisi Mly Moden

Elemen-elemen Dalam Puisi (samb.)

Diksi irama, rima, aliterasi, asonansi, konsonan,

mudah, kompleks, konvensional, terus-terang, ambiguity.

Nada sinia/ironi, patriotic, rindu, sedih, mara

protes, semangat, riang. Tema

persoalan, mesej, amanat, sudut pandangan.

Page 5: Pgjrn Puisi Mly Moden

Struktur Luaran Sajak.

Struktur kebahasaan (struktur fizik) puisi disebut pula sebagai kaedah puisi.

Medium pengucapan maksud yang hendak disampaikan penyair adalah bahasa.

Bahasa puisi bersifat khas. Seperti yang dinyatakan terhadap puisi juga

didasarkan atas makna tipografinya itu. Bahasa puisi tidak sama dengan bahasa prosa.

Sering terjadi penyimpangan penggunaan bahasa.

Page 6: Pgjrn Puisi Mly Moden

Struktur Luaran Sajak ( samb. )

Bahasa puisi banyak berlaku penyimpangan bahasa oleh para penyair.

Struktur bahasa puisi juga berhubungan dengan sintaksis.

Demikian pula ada yang disebut kaedah puisi akan diuraikan satu demi satu sebagai langkah pemahaman terhadap unsur-unsur puisi.

Page 7: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa.

Geoffrey Leech menyebutkan bahawa ada sembilan jenis penyimpangan bahasa yang sering dijumpai dalam puisi iaitu seperti berikut:

i. Penyimpangan Leksikal. Kata-kata yang digunakan dalam puisi

menyimpang daripada kata-kata yang kita gunakan dalam hidup sehari-hari.

Penyair memilih kata-kata yang sesuai dengan pengucapan jiwanya ataupun kata-kata itu disesuaikan dengan tuntutan estetik.

Misalnya: mentari, pepintu, keder, leluka, ngiau, barwah, maruah dan sebagainya.

Page 8: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

ii. Penyimpangan Semantis. Makna dalam puisi tidak merujuk pada satu

makna sahaja tetapi kadang-kadang menonjol pada makna ganda atau makna dalaman.

Makna kata-kata tidak selalunya sama dengan makna dalam syair yang ditulis oleh penyair lainnya.

Kata ‘sungai’ bagi penyair yang berasal dari daerah banjir akan dikonotasikan dengan bencana, sementara para penangkap ikan dan penambang akan menyebutnya sebagai sumber penghidupan.

Begitu juga dengan makna universial.

Page 9: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

iii. Penyimpangan Bunyi. Bagi kepentingan rima, penyair sering

mengadakan penyimpangan bunyi. Dalam puisi Amir Hamzah dan Chairil Anwar bertajuk “Aku”, kata ‘perih’ diganti dengan ‘peri’.

Dalam puisi lamanya, kata ‘menggigil’ diganti ‘menggigir’, kata ‘melayang’ diganti dengan ‘melayah’ dan sebagainya.

iv. Penyimpangan Morfologi. Penyair sering melanggar kaedah morfologi

secara sengaja. Istilah lelawa, mungkret, mangkal, nangis, gerayani dan sebagainya adalah contoh penyimpangan morfologi.

Page 10: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

v. Penyimpangan Sintaksis. Sudah dijelaskan kata-kata dalam puisi

bukan membangunkan kalimat, namun ia membangunkan larik-larik.

Sering pula sulit mencari kesatuan mana yang dapat kita sebut satu kalimat dalam puisi.

Baris-baris puisi ini tidak harus membangunkan kalimat kerana makna yang dikemukakan mungkin lebih luas daripada satu kalimat tersebut.

Page 11: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

vi. Penggunaan Dialek Penyair ingin mengungkapkan isi hatinya

secara khusus lagi tepat. Pengucapan isi hati dengan menggunakan

bahasa Malaysia baku dirasakan belum mewakili ketetapan maksud itu.

Sebab itu, penyair menggunakan kata-kata yang menyimpang daripada Bahasa Malaysia yang bersih daripada dialek.

Para penyair mutakhir banyak menggunakan dialek kelompok bahasa daerah tertentu dalam masyarakat.

Page 12: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

Sering kali dialek ini tidak diketahui secara luas oleh pembaca.

Apalagi apabila kata atau frasa itu diambil daripada bahasa daerah.

Page 13: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

vii. Penyimpangan Historis. Penyimpangan historis berupa penggunaan

kata-kata kuno yang sudah tidak digunakan lagi dalam kehidupan sehari-hari.

Penggunaannya dimaksudkan bagi meninggikan nilai estetik.

Misalnya penyair Amir Hamzah, Usman Awang dan Shamsuddin Jaafar.

Page 14: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penyimpangan Bahasa ( samb. )

viii.Penyimpangan Grafologis. Ketika menulis kata-kata, kalimat, larik dan

baris, penyair sengaja melakukan penyimpangan daripada kaedah yang biasa berlaku.

Huruf besar dan tanda-tanda baca tidak digunakan sebagaimana mestinya.

Hal ini digunakan penyair bagi memperoleh efek estetik.

Penyimpangan sistem tulisan tersebut disebut penyimpangan grafologis.

Page 15: Pgjrn Puisi Mly Moden

Sintaksis Dalam Puisi.

Meskipun kaedah sintaksis sering diabaikan, namun untuk mentafsirkan makna puisi kita hendaklah mentafsirkan larik-larik puisi itu sebagai suatu kesatuan sintaksis.

Pentafsiran makna itu mungkin hanya dalam konsep fikiran sahaja kerana kita terbiasa menghadapi wacana yang dibangunkan dalam kesatuan sintaksis.

Pola sintaksis puisi juga mempunyai fungsi semantik seperti dalam bahasa sehari-hari.

Pola sintaksis puisi dapat membuat turutan seperti dalam prosa, namun sering kali penyair membuat pola yang aneh, dibuat lain daripada yang lain bagi menunjukkan kreativiti dan identitinya.

Page 16: Pgjrn Puisi Mly Moden

Sintaksis Dalam Puisi ( samb. )

Penyair dapat mengabaikan kaedah sintaksis yang harus dipatuhi, namun dapat juga mengulang-ulang tertentu sehingga beraturan.

Yang pertama disebut sebagai infrastrukturisasi sedangkan yang kedua disebut suprastrukturisasi.

Kerana pembicaraan berkenaan sintaksis sulit dilaksanakan dengan saksama, maka kesatuan sintaksis dapat dibicarakan juga dalam larik dan bait.

Sebuah larik mewakili kesatuan gagasan penyair dan apabila dibangunkan bersama-sama denga larik-larik yang lain akan membangunkan kesatuan gagasan yang lebih besar.

Page 17: Pgjrn Puisi Mly Moden

Sintaksis Dalam Puisi ( samb. )

Bait-bait puisi pada hakikatnya mirip dengan sebuah paragraf prosa.

Di dalam bait itu terdapat satu atau beberapa bait yang menjadi klimaks gagasan penyair.

Bait yang menjadi klimaks itulah yang dapat menjadi kunci tema dan amanat yang hendak disampaikan oleh penyair.

Namun kerana kebebasan penyair, belum tentu gagasan pokoknya terdapat dalam suatu bait tertentu.

Demikian huraian berkenaan bentuk sintaksis daripada puisi yang dapat dihubungkan dengan larik dan bait puisi.

Page 18: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi.

a. Diksi. Penyair sangat cermat ketika memilih kata-kata

kerana kata-kata yang ditulis harus ditimbang-titik maknanya, komposisi bunyi dalam rima dan irama, kedudukan kata itu di tengah konteks kata lainnya dan kedudukan kata dalam keseluruhan puisi itu.

Oleh sebab itu, di samping memilih kata yang tepat, penyair juga mempertimbangkan urutan katanya dan kekuatan atau daya magis daripada kata-kata tersebut.

Ada kata-kata mempunyai makna diberi makna baru dan ada kata-kata yang tidak mempunyai makna menurut kehendak penyair.

Page 19: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

b. Perbendaharaan Kata. Perbendaharaan kata yang dikuasai oleh

seseorang penyair sangat penting bagi membentuk dan melahirkan kekuatan ekspresi, juga menunjukkan ciri khas penyair.

Dalam memilih kata-kata, penyair memilihnya berdasarkan makna yang akan disampaikan dan tingkat perasaan serta suasana batinya, juga latar belakang dipengaruhi oleh faktor sosiobudaya penyair.

Page 20: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

c. Urutan Kata. Dalam puisi, urutan kata bersifat beku

ertinya urutan itu tidak dapat dipindah-pindahkan tempatnya meskipun maknanya tidak berubah oleh perpindahan tempat itu.

Cara menyusun urutan kata-kata itu bersifat yang lainnya.

Dapat pula dinyatakan ada perbezaan teknik menyusun urutan kata, baik urutan dalam setiap baris mahupun urutan dalam suatu bait puisi.

Page 21: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

i. Daya Endangan Kata. Dalam memilih kata-kata, pemuisi

mempertimbangkan daya endangan kata yang dicadangkan bagi mewakili maksud dengan cepat lagi bernas.

Pandangan kata itu ditimbulkan oleh makna kata yang dipandang sangat tepat mewakili perasaan puisi.

Kerana ketepatan pilihan dan ketetapan penempatannya, maka kata-kata itu seolah-olah memancarkan daya ghaib yang mampu memberikan kekuatan kepada pembaca supaya ikut sedih, terharu, bersemangat, marah dan sebagainya.

Page 22: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

ii. Pengimejan. Ada hubungan erat antara diksi, pengimejan

dan kata konkrit. Diksi yang dipilih harus menghasilkan

pengimejan. Kerana itu kata-kata menjadi lebih konkrit

seperti kita hayati melalui penglihatan, pendengaran atau cita rasa.

Page 23: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

iii. Kata Padu. Bagi membangkitkan imej (daya baying)

pembaca, maka kata-kata harus dimampatkan dan dipadukan.

Maksudnya ialah kata-kata itu dapat menyarankan erti yang menyeluruh.

Seperti halnya pengimejan, kata yang konkrit ini juga erat hubungannya dengan penggunaan kiasan dan lambing.

Jika penyair mahir mengkonkritkan kata-kata, maka pembaca seolah-olah melihat, mendengar atau merasa apa yang dilukiskan oleh penyair.

Dengan demikian pembaca terlibat penuh secara batin ke dalam puisinya.

Page 24: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

d. Bahasa Figuratif. Bahasa figuratif ialah bahasa yang digunakan

penyair supaya mengatakan sesuatu dengan cara yang luar biasa, yakni secara tidak langsung mengungkapkan makna. Kata atau bahasanya bermakna kias atau makna lambang.

Bahasa figuratif mampu menghasilkan kesenangan imaginatif;

Bahasa figuratif adalah cara menghasilkan imej tambahan dalam puisi, sehingga yang abstrak jadi konkrit dan menjadikan puisi lebih nikmat dibaca;

Page 25: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

Bahasa figuratif adalah cara menambahkan intensity perasaan penyair untuk puisinya dan menyampaikan sikap penyair;

Bahasa figuratif adalah cara menumpukan makna yang hendak disampaikan dan cara menyampaikan sesuatu yang banyak dan luas dengan bahasa yang singkat.

Page 26: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

i. Kiasan. Kiasan yang dimaksudkan di sini mempunyai

makna yang lebih luas dengan gaya bahasa kiasan kerana mewakili apa yang secara tradisionalnya disebut sebagai gaya bahasa secara keseluruhan.

Dalam gaya bahasa suatu hal dibandingkan dengan hal lainnya.

Seperti yang sudah disebutkan, tujuan penggunaan kiasan ialah bagi menciptakan efek lebih kaya, lebih efektif dan lebih sugestif dalam bahasa puisi.

Page 27: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

ii. Metafora. Metafora adalah kiasan langsung, ertinya

benda yang dikiaskan itu tidak disebutkan. Jadi ungkapan itu langsung berupa kiasan. Contoh klasik: lintah darat, bunga bangsa,

kambing hitam, bunga sedap malam dan sebagainya.

Dalam puisi-puisi moden banyak kita jumpai metafora yang tidak konvensional.

Page 28: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

iii. Simile. Kiasan yang tidak langsung disebut

perbandingan atau simile. Benda yang dikiaskan kedua-duanya ada

bersama pengkiasnya dan digunakan kata-kata seperti, laksana, bagaimana, bagai dan sebagainya.

Kadang-kadang juga tidak digunakan kata-kata pembandingan.

Perbandingan yang sudah lama ada, misalnya; matanya bagai bintang timur, larinya bagai anak panah, pepeti kukunya bulan tiga hari, pipinya bak pauh di laying, rambutnya mayang mengurai.

Page 29: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

iv. Personifikasi. Keadaan atau peristiwa alam sering

dikiaskan sebagai keadaan atau peristiwa yang dialami oleh manusia atau personal, atau di’personifikasi’kan.

Hal ini digunakan bagi menjelaskan penggambaran peristiwa dan keadaan itu.

Page 30: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

v. Hiperbola. Hiperbola adalah kiasan yang berlebih-

lebihan. Penyair merasa perlu melebih-lebihkan hal

yang dibandingkan itu bagi mendapatkan perhatian yang lebih saksama daripada pembaca.

Hiperbola tradisional boleh kita dapati dalam bahasa sehari-hari seperti bekerja membanting tulang, menunggu seribu tahun, hatinya bagai dibelah sembilu, serambut dibagi tujuh dan sebagainya.

Page 31: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

vi. Sinekdoce. Sinekdoce menyebutkan sebahagian bagi

maksud keseluruhan, atau menyebutkan sebahagian bagi maksud keseluruhan, atau menyebutkan keseluruhan bagi maksud sebahagian.

Terbahagi pada part pro toto (menyebut sebahagian bagi keseluruhan) dan totem pro parte (menyebut keseluruhan bagi maksud sebahagian).

Page 32: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

vii. Ironi. Dalam puisi pamphlet, demontrasi dan kritik

sosial, banyak digunakan ironi yakni kata-kata yang bersifat berlawanan bagi memberikan sindiran.

Ironi dapat berubah menjadi sinisme, yakni penggunaan kata-kata yang keras dan kasar bertujuan menyindir atau mengkritik.

Jika ironi harus mengatakan kebaikan daripada apa yang hendak dikatakan, sedangkan sinisme tidak.

Tapi ketiga-tiganya mempunyai maksud yang sama, yakni memberikan kritik atau sindiran.

Page 33: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

e. Perlambangan. Seperti halnya dengan kiasan, perlambangan

digunakan oleh penyair bagi memperjelaskan makna dan menjadikan nada dan suasana sajak lebih jelas, sehingga dapat menggugah hati pembaca.

Jika dalam kiasan, sesuatu perkara dibandingkan atau dikiaskan dengan perkara yang lain, maka dalam perlambangan, sesuatu perkara diganti atau dilambangkan dengan hal lain.

Page 34: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

i. Lambang Warna. Warna mempunyai ciri-ciri tertentu. Banyak

puisi yang menggunakan lambang warna bagi mengungkapkan perasaan penyair. Contohnya, warna ungu melambangkan kesedihan pelaku utama.

ii. Lambang Benda. Pelambangan juga dapat dilakukan dengan

menggunakan nama benda bagi menggantikan sesuatu yang ingin diucapkan oleh penyair.

Page 35: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

iii. Lambang Bunyi. Bunyi yang diciptakan oleh penyair juga

melambangkan perasaan tertentu. Perpaduan bunyi-bunyian menciptakan

suasana yang khusus dalam sebuah puisi. Penggunaan bunyi sebagai lambang amat erat

hubungannya dengan rima. Di samping itu, penggunaan lambang bunyi

juga erat berhubungan denga diksi. Ketika memilih kata-kata, salah satu faktor

yang diperhatikan adalah faktor bunyi yang padu.

Page 36: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

vi. Lambang Suasana. Suatu suasana dapat dilambangkan pula

dengan suasana lain yang dipandang lebih konkrit.

Lambang suasana ini biasanya dilukiskan dalam kalimat atau alinea.

Dengan demikian yang diwakili adalah suatu suasana dan bukan hanya suatu peristiwa sepintas saja.

Page 37: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

f. Versifikasi. Bunyi dalam puisi menghasilkan rima dan ritma. Rima adalah pengulangan bunyi dalam puisi. Kata rima digunakan menggantikan istilah

persajakan pada sistem lama kerana diharapkan penempatan bunyi dan pengulangan tidak hanya pada akhir setiap baris, namun juga bagi keseluruhan baris dan bait.

Dalam ritma pemotongan-pemotongan baris menjadi frasa yang berulang-ulang, adalah unsur yang memperindahkan puisi itu.

Page 38: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

i. Rima. Pengulangan bunyi dalam puisi membentuk

puisi muzikal atau orkestra. Dengan pengulangan bunyi itu, puisi

menjadi merdu apabila dibaca. Bagi pengulangan bunyi ini, penyair juga

mempertimbangkan lambang bunyi. Dengan cara ini, penilaian bunyi-bunyian

mendukung perasaan dan suasana puisi.

Page 39: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

Majorie Boulton menyebut rima sebagai ‘phoetic form’.

Apabila bentuk fonetik itu berpandu dengan ritma, maka ia akan mampu menegaskan makna puisi.

Dalam rima, terdapat onomatopeia, bentuk intern pola bunyi, intonasi, pengulangan dan persamaan bunyi.

Jadi rima tidak khusus bererti persamaan bunyi atau dalam istilah tradisional disebut sajak.

Rima lebih luas lagi kerana berkait rapat dengan perpaduan bunyi konsonan dan vokal bagi membangunkan orkestra atau muzikal.

Page 40: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

ii. Onomatopeia. Onomatopeia bererti tiruan terhadap bunyi-

bunyi yang ada. Dalam puisi, bunyi-bunyi yang dipilih oleh

penyair diharapkan dapat memberikan gema atau memberikan warna suasana tertentu akibat onomatopeia akan kuat terutama apabila puisi tersebut dioralkan (dibaca secara keras).

Marjorie Boulton memberi contoh kata-kata yang mengandungi onomatopeia adalah seperti buzz, crash, hizz, bang, thump, miaow, quack, giggle, sizzle, hiss, sneeze, thud, snort dan effecescene.

Page 41: Pgjrn Puisi Mly Moden

Unsur-unsur Bentuk Binaan/Struktur Puisi (samb.)

iii. Bentuk Intern Pola Bunyi. Menurut Boulton, yang dimaksudkan dengan

bentuk intern ini adalah seperti aliterasi, asonansi, persamaan akhir, persamaan awal, sajak berselang, sajak berparuh, sajak penuh, pengulangan bunyi (kata) dan sebagainya.

iv. Pengulangan Kata/Ungkapan. Pengulangan tidak hanya terbatas pada bunyi,

namun mungkin kata-kata atau ungkapan. Boulton menyatakan bahasa pengulangan bunyi/kata/frasa memberikan efek entelektual, efek magis intelektual dan efek magis yang murni.

Page 42: Pgjrn Puisi Mly Moden

Mencari Makna Dalam Puisi.

Dalam puisi, kata-kata, frasa dan kalimat mengandungi makna tambahan atau makna konotatif.

Bahasa figuratif yang digunakan menyebabkan makna dalam baris-baris puisi itu tersembunyi dan harus ditafsirkan.

Proses mencari makna dalam puisi adalah proses penggulatan terus-menerus.

Bahasa puisi adalah figuratif yang bersusun-susun.

Page 43: Pgjrn Puisi Mly Moden

Mencari Makna Dalam Puisi (samb.)

Sebuah perkataan memiliki kemungkinan makna ganda.

Kata yang nampaknya tidak bermakna diberi nilai baru rasa baru.

Tidak semua kata, frasa dan kalimat bermakna tambahan dan kalau keadaannya demikian, puisi akan menjadi sangat gelap.

Sebaliknya, puisi tidak mungkin tanpa makna tambahan sehingga kudrat bahasa puisi.

Page 44: Pgjrn Puisi Mly Moden

Tema.

Tema menjadi fikiran pokok daripada penyair dan biasanya dilandasi oleh filsafat hidup penyair.

Banyak tema lain yang dapat dikemukakan penyair.

Dalam kaitan ini, penulis membicarakan tema yang sesuai dengan tujuan pendidikan kebangsaan.

Di samping kesesuaian dengan tujuan pendidikan, tema yang dipilih sebagai pengajaran hendaknya sesuai dengan tingkat perkembangan jiwa dan lingkungan hidup anak.

Page 45: Pgjrn Puisi Mly Moden

Tema (samb.)

a.Tema kemanusiaan Tema kemanusiaan bermaksud menunjukkan

betapa tingginya martabat manusia dan bermaksud menyakinkan pembaca bahawa setiap manusia memiliki harkat (martabat) yang sama.

Perbezaan kekayaan, pangkat dan kedudukan seseorang, tidak boleh menjadi sebab adanya pembezaan perlakuan terhadap kemanusiaan seseorang.

Para penyair memiliki kepekaan perasaan yang begitu dalam memperjuangkan tema kemanusiaan.

Page 46: Pgjrn Puisi Mly Moden

Tema (samb.)

b.Tema kebangsaan. Tema patriotisme dapat meningkatkan

perasaan cinta pada bangsa dan tanah air. Banyak puisi yang melukiskan perjuangan

merebut kemerdekaan dan mengisahkan riwayat-riwayat pahlawan yang berjuang melawan penjajah.

Tema patriot juga dapat diwujudkan dalam bentuk usaha penyair membina kesatuan bangsa atau membina rasa kenasionalan.

Page 47: Pgjrn Puisi Mly Moden

Tema (samb.)

c.Tema kedaulatan rakyat. Penyair begitu sensitif perasaannya bagi

memperjuangkan kedaulatan rakyat dan menentang sikap kesewenang-wenangan pihak yang berkuasa.

Tema kedaulatan rakyat dan tema keadilan sosial biasanya kita dapati pada puisi protes.

Dalam puisi yang bertemakan kedaulatan rakyat, yang kuat protes terhadap pihak yang berkuasa yang tidak mendengar jeritan rakyat atau dapat juga berupa kritik terhadap sikap otoritet penguasa.

Sedangkan dalam puisi yang bertema keadilan sosial, yang ditonjolkan adalah kepincangan sosial.

Page 48: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penilaian.

Dengan mentafsirkan sesebuah puisi (bicara/tulis)

Dengan menunjukkan minat dalam puisi-puisi lain.

Bagaimanakah dengan nada dan adakah ianya melahirkan suasana riang, bersemangat, lucu dan lain-lain.

Kemampuan menjelaskan kenapa mereka suka sesuatu puisi yang diajar.

Berkeupayaan memberi perkataan yang hilang pada tempatnya.

Page 49: Pgjrn Puisi Mly Moden

Penilaian (samb.)

Boleh memberi erti atau makna kata-kata yang dipilih dan dapat mengasosiasikan dengan kata-kata lain.

Dapat menjawab soalan-soalan kefahaman. Dapat membuat kritikan yang menyeluruh.

Page 50: Pgjrn Puisi Mly Moden

Pendekatan Pengajaran Analisis Sajak.

i. Pokok Persoalan, Pengalaman dan Isi. Tentukan persoalan isi dan pengalaman

yang terkandung dalam sajak secara umum. Tentukan apakah ianya sebuah cerita,

renungan, perbincangan, tentang sesuatu aspek gagasan atau ideology, atau suatu penyataan terhadap konsep dan lain-lain.

Sekiranya persoalan tersebut suatu renungan, pastikan aspek-aspek renungan itu sama ada ianya proses-proses perkembangan persendirian dan lain-lain.

Apakah kualiti-kualiti utama yang hendak disampaikan oleh pelajar.

Page 51: Pgjrn Puisi Mly Moden

Pendekatan Pengajaran Analisis Sajak (samb.)

Apakah persoalan-persoalan itu mudah, biasa ataupun pembaca pernah mengalami atau renunginya atau apakah ianya begitu kompleks.

Apa persoalan itu objektif atau subjektif. Bagaimanakah dengan nada dan adakah ianya

melahirkan suasana riang, bersemangat, lucu dan lain-lain.

Page 52: Pgjrn Puisi Mly Moden

Pendekatan Pengajaran Analisis Sajak (samb.)

ii. Struktur Sajak. Perhatian bagaimanakah persoalan itu diolah

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagaimanakah sesuatu sajak itu dimulakan?

Adakah dengan suatu contoh, suatu perbandingan, atau dengan suatu pembayang seperti pantun atau dengan suatu huraian latar pembayang seperti pantun atau dengan suatu huraian latar belakang atau suatu pertanyaan dan lain-lain.

Bagaimanakah sajak itu ditamatkan? Adakah dengan suatu keputusan atau penyataan baru atau sewenang-wenangnya atau habis begitu sahaja.

Page 53: Pgjrn Puisi Mly Moden

Pendekatan Pengajaran Analisis Sajak (samb.)

Bagaimanakah secara keseluruhan sesebuah sajak itu disusun, apakah persoalan itu diberi komen secara panjang lebar, apakah isi-isinya itu dibahaskan, apakah peristiwa-peristiwa di dalamnya diceritakan frasa demi frasa, apakah penyusunan itu mengerak pada kemuncak dan apakah ianya mempunyai bentuk lahirnya.