kata tugas bmz

164
DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD SAAD BIN MOHAMAD NAIN KATA TUGAS

Upload: nad-nadz

Post on 19-Nov-2015

86 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

TUGASAN

TRANSCRIPT

  • DISEDIAKAN OLEH :MOHAMAD SAAD BIN MOHAMAD NAINKATA TUGAS

  • PENDAHULUAN

    Perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu tidak boleh boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik.

    Hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu.

  • JENIS-JENIS KATA TUGASKata hubungKata seruKata tanyaKata perintahKata pangkal ayatKata bantuKata penguatKata penegasKata nafi

  • Kata pemeriKata sendi namaKata pembenarKata arahKata bilanganKata adverbaKata penekanKata pembenda

  • KELOMPOK DASAR KATA TUGAS

  • Kata penyambung ayatKata hubungKata Hubung gabunganKeteranganKomplemenRelatif

    Kata Hubung pancangan

  • KATA PENYAMBUNG AYAT

    Sejumlah perkataan yang menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis ( ayat majmuk).

  • KATA HUBUNG GABUNGANMenghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.Contoh :DanAtauTetapi

  • Penggunaan dalam ayat :DanAminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.LaluTetamu itu bangun lalu turun ke serambi.TetapiAhmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.

  • KATA HUBUNG PANCANGANMenghubungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.Terbahagi kepada :RelatifKomplemenKeterangan

  • Kata hubung pancangan relatifMenghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lainBentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

  • Contoh ayat :Budak yang sedang membaca itu adik saya.Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.Mereka menonton drama yang disukai ramai.

  • Kata hubung pancangan komplemen.Menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.Contoh kata komplemen ialah bahawa dan untuk.

  • Contoh ayat :Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.

  • Kata hubung pancangan keterangan.Menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.Contoh beberapa kata keterangan :KeranaSekiranyaKalau

  • Contoh ayat :Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambungan.Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.

  • KATA PRAKLAUSASejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa.Bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata praklausa:Kata seruKata tanyaKata perintahKata benarKata pangkal ayat

  • Kata seruMelahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contoh kata seru :Aduh, cis, celaka, wah, aduhai, amboi, oh, eh, syabas dan wahai.

  • Contoh ayat :Aduh, sakitnya kakiku!Cis, terimalah tikamanku!Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

  • Kata tanyaDigunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.Contoh kata tanya :Mengapa, berapa, bila, dan bagaimana.

  • Hadir sebagai sebahagian daripada predikatPartikel kah perlu disertakan sekiranya kata tanya dikedepankan.Contoh ayat : Harga barang itu berapa?Berapakah harga barang itu?

  • Kata ganti nama yang digunakan sebagai kata tanya :ApaSiapaManaContoh ayat :Yang di dalam kotak itu apa?Yang datang semalam siapa?Baju baharu saya mana?

  • Kata perintahMenimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.Contoh kata perintah :Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, dan harap.

  • Contoh ayat :Jangan buang sampah di sini.Usah biarkan dia berseorangan.Sila ambil makanan di sana.

  • Kata pembenarMengesahkan sesuatu pernyataan.Contoh kata pembenar :Ya, benar dan betul.

  • Contoh ayat :Ya, itulah orangnya.Benar, dialah yang berkata demikian.Betul, tanyalah dia.

  • Kata pangkal ayatMenjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.Contoh kata pangkal ayat :Hatta, maka, syahadan, adapun, kalakian, sebermula, alkisah, dan arakian.Digunakan dalam bahasa Melayu lama.

  • Contoh ayat :Hatta istana itu pun siaplah.Maka panglina itu pun diberikan persalinan.Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.

  • KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASASejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa.Mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat.

  • Kata prafrasa yang hadie sebelum frasa.Kata bantuKata penguatKata penegasKata nafiKata pemeriKata sendi namaKata arahKata bilanganKata adverba

  • Kata tugas yang boleh hadir selepas frasa :Kata penguatKata penegasKata adverba

  • Kata bantuHanya hadie sebelum frasa.Bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan.Dibahagi kepada dua:Kata bantu aspekKata bantu ragam

  • Kata bantu aspekMenimbulkan suasana perbezaan masa sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan.Bentuk kata bantu :Telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.

  • Contoh ayat :Pekerja itu telah pulang.Murid-murid itu baru tiba.Kami pernah ke utara Malaysia.

  • Kata bantu ragamMenyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.Bentuk kata :Hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin.

  • Contoh ayat :Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.

  • Kata penguatPerkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektifBerfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.Jenis kata penguat :Kata penguat hadapanKata penguat belakangKata penguat bebas

  • Kata penguat hadapanLetaknya di hadapan frasa atau kata adjektifContoh kata penguat hadapan :Terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.

  • Contoh ayat :Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi untuk dipanjat.Masakan ibunya paling sedap.Sungai itu agak dalam.

  • Kata penguat belakangPerkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.Contoh kata penguat belakang :Sekali, benar, betul, dan nian.

  • Contoh ayat :Kelakuan budak-budak itu baik sekali.Lambat benar bas itu tiba.Indah nian istana bunian.Keputusan peperiksaannya kali ini buruk betul.

  • Kata penguat bebasPerkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas.Contoh kata penguat bebas :Amat, sangat dan sungguh.

  • Contoh ayat :Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.

    Pemandangan di perbatasan sungguh indah.Pemandangan di perbatasan indah sungguh.

    Dia terbeli baju yang sangat besar.Dia terbeli baju yang besar sangat.

  • Kata penegasSejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Jenis kata penegas :Menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.Menegaskan kedua-dua bahagian ayat.

  • Kata penegas yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.Kehadiran kah, -tah dan lah berlaki apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.Ayat (b) menyalahi hukum tatabahasa kerana bentuk yang menerima kah, -tah dan lah mesti dikedepankan.

  • Contoh ayat :

    Siapakah majikan kamu itu?Majikan kamu itu siapakah?

    a)Apatah daya kita?Daya kita apatah?

    Itulah rumah idamanku.Rumah idamanku itulah.

  • Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayatMenegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya.Contoh :Hanya, memang, juga, pun, jua, dan lagi.

  • Contoh ayat :Hanya dia / sahabat karib saya.Budak-budak / memang suka akan permainan itu.Kami juga / ingin ke pekan.Rombongan pengantin lelaki / belum tiba lagi.

  • Kata nafiHanya hadir sebelum frasa.Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat.Bentuk kata nafi :BukanTidak

  • Kata nafi bukanMenjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Contoh ayat :Makanan itu bukan untuk Ratna.Projek itu bukan usaha saya.Kereta api itu bukan dari Ipoh.

  • Boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.Contoh ayat :Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.Murid itu bukan bijak, tetapi sebaliknya.

  • Kata nafi tidakUnsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektifContoh ayat :Bapanya tidak turun ke sawah hari ini.Bandar itu tidak besar sangat.

  • Kata pemeriMenjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Cara melakukan pemerihalan :Secara persamaan antara subjek dengan predikatSecara huraian tentang subjek oleh predikat.

  • Secara persamaan antara subjek dengan predikatKata pemeri ialahHadir di hadapan frasa nama.

  • Contoh ayat :Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.Dalam terjemahan komunikatif, yang mustahak ialah mesej yang hendak disampaikan

  • Secara huraian tentang subjek oleh predikatKata pemeri adalahHadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

  • Contoh ayat :Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

  • contoh ayat :Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

  • Peringatan !Penggunaan kata pemeri amat terbatas.Kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu.Tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja.

  • Kata sendi namaPerkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.Mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.

  • Kata sendi nama diDigunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama

  • Contoh ayat :Ibunya bekerja di sekolah itu.Pengembara itu tersesat di dalam hutan.

  • Kata sendi nama keDigunakan di hadapan kata nama dan frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan waktu atau masa.

  • Menunjukkan tempat atau arahContoh ayat :Burung-burung itu terbang ke arah selatan.Mereka akan ke Kuantan esok.

  • Menunjukkan waktu atau masaContoh ayat :Mereka mengadakan peperiksaaan dari semasa ke semasa.Isteri yang setia itu berada di sisi suaminya ke saat terakhir.

  • Peringatan !Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan binatang.Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke sesuatu tempat atau waktu.

  • Kata sendi nama dariDigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu.

  • Menunjukkan tempat atau arahContoh ayat :Angin kencang bertiup dari arah selatan.Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.

  • Menunjukkan waktu atau masaTempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu.Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang.

  • Kata sendi nama daripadaHadir di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarab, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.

  • Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarab.Contoh ayat :Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

  • Perhatian Penggunaan kata sendi nama daripada bagi maksud punca tempat dianggap tidak betul.

  • Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.Contoh ayat :Ukiran itu diperbuat daripada logam.Semua ubatnya daripada akar kayu.

  • Menunjukkan perbezaan atau perbandinganContoh ayat :Edisi kedua buku it lebih lengkap daripada edisi pertama.Daripada Ali lebih baik Ahmad.

  • Kata sendi nama kepadaTerletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarab, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

  • Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarab.Contoh ayat :Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini.Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.

  • Boleh juga digunakan untuk merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia.Contoh ayat :Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut.Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan buku bacaan kepada beberapa buah perpustakaan sekolah.

  • Menyatakan pecahan.Contoh ayat :Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.Waktu persekolahan dipecahkan kepada sesi pagi dan sesi petang.

  • Menyatakan perubahan keadaan.Contoh ayat :Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.Harga pasaran saham menurun kepada paaras yang membimbangkan.

  • Sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripadaContoh ayat :Daripada Aminah kepada Salmah.Daripada tahap sederhana kepada tahap memuaskan.

  • Penggunaan yang merujuk tempat seperti yang berikut tidak betul.Contoh ayat :Daripada batang kepada dahan.Daripada Johor kepada Perak.

  • Kata sendi nama padaDigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

  • Menunjukkan keterangan waktuMendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa.Contoh ayat :Bas itu bertolak pada pukul tujuh pagi.Seminar itu bermula pada hari ini.

  • Apabila didahului ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia atau haiwan.Contoh ayat :Wang itu ada pada ibu.Kekuatan itu ada pada beberapa orang pahlawan sahaja.

  • Di hadapan kata nama menunjukkan tempat bagi sesuatu kata kerja.Contoh ayat :Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.Tulis nama pada kertas ini.

  • Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran.Contoh ayat :Surat ini hendak dikirim pada siapa?Serahkan bungkusan itu pada pegawai kastam.

  • Digunakan dalam bentuk-bentuk ungkapan.Contoh ayat :Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.Pada pendapatnya persatuan kami harus dibubarkan.

  • Kata sendi nama untuk dan bagiDigunakan di hadapan kata nama dan frasa nama

  • Menunjukkan kegunaan untuk sesuatuContoh ayat :Asrama (untuk/bagi) penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.Derma (untuk/bagi) anak-anak yatim akan dipungut.

  • Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkanUntuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagiContoh ayat :Hadiah itu untukmuTanah seluas dua ekar itu untuk kami.

  • Kata sendi nama demiBertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Contoh ayat :Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini.

  • Perkataan untuk yang sering digunakan dalam bentuk demi untuk dianggap lewah dan seharusnya digugurkan.Contoh ayat :Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.Demi untuk kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini.

  • Digunakan sebagai unsur penegas dalam ungkapan.Contoh ayat :Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.

  • Digunakan dalam ungkapan untuk melahirkan makna urutan satu atau sekumpulan.Contoh ayat :Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.Mereka bergerak ke dalam stadium pasukan demi pasukan.

  • Kata sendi nama tentangDigunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad.

  • Menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.Contoh ayat :Mereka berbincang tentang masalah negara.Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.

  • Sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai.Contoh ayat :Tembakan pembutu itu mengenai sasarannya.Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.

  • Penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi yang berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun tergolong dalam kata kerja.

  • Kata sendi nama seperti, bagai, umpama dan laksanaBersifat kelainan atau varian antara satu sama lain kerana mempunyai fungsi yang sama.Perkataan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.

  • Contoh ayat :Murid baharu itu kebingungan (seperti / bagai / umpama / laksana) rusa masuk kampung.Hatinya keras (seperti / bagai / umpama / laksana) batu.

  • Kata sendi nama denganDi hadapan kata nama atau frasa nama yang digunakan untuk membawa maksud seperti berikut :

  • Membawa maksud bersama-sama atau bersertaContoh ayat :Abdullah menelaah mata pelajaran sains dengan kawannya.Ayah pergi ke pekan dengan ibu.

  • Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan.Contoh ayat :Kerja ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka.

  • Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alatContoh ayat :Ani melukis potret itu dengan cat air.Petani itu menggembur tanah sawahnya dengan cangkul.

  • Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama.Contoh ayat :Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.

  • Kata sendi nama sejakPerkataan sejak atau semenjak bertugas membawa maksud penanda waktu atau masaDigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama

  • Contoh ayat :Hasnah sentiasa sugul (sejak / semenjak) kematian ibunya.(Sejak / Semenjak) hari itu saya tidak berani meninggalkan rumah.

  • Kata sendi nama terhadapDigunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda.Contoh ayat :Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya.Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

  • Sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad.Harus digantikan dengan kata sendi nama tentang

  • Contoh ayat :Ketua pejabat itu sentiasa curiga tentang kejujuran anak buahnya.Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung.

  • Kata sendi nama akanDigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

  • Contoh ayat :Wanita itu amat rindu akan anaknya.Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya.

  • Ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan..

  • Contoh ayat :Wanita itu amat rindukan anaknya.Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat tumpah darahnya

  • Kata sendi nama olehDigunakan di hadpaan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut :

  • Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk di-, ter-, dan kena.Contoh ayat :Kuih itu dibeli olehnya.Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oleh Zaba.Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

  • Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab.Penggunaannya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan.Contoh ayat :Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri.Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan.

  • Dapat ditukar ganti dengan kata sendi nama lantaran yang membawa maksud yang sama.Penggunaan oleh yang diikuti kerana (oleh kerana) yang membawa sebab merupakan penggunaan yang salah.Bentuk yang betul ialah oleh sebab.

  • Kata sendi nama hingga dan sampaidigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat.

  • Contoh ayat :Pegawai itu berjaga (hingga / sampai) pagi.Anak-anaknya belajar (hingga / sampai) peringkat universiti.

  • Kata sendi nama dalam dan antaraBerfungsi sebagai arahHadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

  • Dalam :Contoh ayat :Dalam hal ini, kita semua setuju.Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.

  • Antara Contoh ayat :Tidak ada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.Mereka berbincang antara adik-beradiknya.

  • Kata arahSejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.

  • Antara contoh kata arah :Atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, dan sebagainya.

  • Contoh ayat :Buku itu ada di atas meja.Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi.Mereka bersembunyi di bawah rumah

  • Kata bilanganSejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Jenis-jenis kata bilangan :

  • Menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya (kardinal)Contoh :Satu, dua puluh, tiga ratus, empat ribu, lima juta, dan sebagainya.Contoh ayat :Dua hari lagi saya akan berangkat ke Itali.Harga barang itu dua puluh ringgit.

  • Menunjukkan bilangan tak tentuContoh kata bilangan :Segala, semua, para,beberapa,, sekalian, seluruh, banyak, sedikit, dan sebagainya.Contoh ayat:Segala persiapan telah dibuat.Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

  • Perkataan ini sudah dijamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang.

  • Membawa maksud himpunan.Contoh kata bilangan :beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.Contoh ayat :Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran.Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan.

  • Membawa maksud pisahanContoh kata bilangan :Masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan sebagainya.Contoh ayat :Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri.Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.

  • Membawa maksud pecahanContoh kata bilangan :Setengah, sepertiga, separuh, seperempat, dua pertiga dan sebagainya.Contoh ayat :Setiap penduduk kampung itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan.Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang.

  • Kata adverbaPerkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempatHadir di hadapan dan di belakang frasa

  • Dianggap sebagao golongan kata utama, bahkan golongan kata tugasTidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikatBerfungsi sebagai predikat tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal

  • Ayat minimalAyat yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana mempengaruhi oleh bahasa lisan.

  • Bentuk kata adverbaKata adverba jatiKata adverba yang asalnya kata adjektifKata adverba yang asalnya kata kerjaKata adverba bentuk gandaan

  • Kata adverba jatiBerfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain.

  • Contoh beberapa kata adverba jati:SemalamSering kaliSempatKelakKadang kalaDemikian

  • Contoh ayat :Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand.Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit.Pegawai itu sentiasa sahaja di sini

  • Kata adverba yang asalnya kata adjektifBerasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.

  • Contoh kata adverba yang asalnya kata adjektif :Berjalan lajuKetawa besarMengalir lesu

  • Contoh ayat :Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu.Fatimah hampir terjatuh ketika menyidai kain basuhannya.

  • Kata adverba yang asalnya kata kerjaBerfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi namaContoh :Berjalan mengiringTerbang meninggi

  • Contoh ayat :Ketam ialah haiwan yang berjalan Kulit tuan puteri itu putih berseri.

  • Kata adverba bentuk gandaanPerkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.Bentuk kata adverba berganda :

  • Kata adverba penggandaan penuhTerhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarContoh :Betul-betulSedikit-sedikit

  • Contoh ayat :Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah.Pemuda itu pura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal mentuanya.

  • Kata adverba penggandaan separaTerhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannyaJenis penggandaan separa :Penggandaan separa berawalanPenggandaan separa

  • Penggandaan separa berawalanTerhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannyaContoh :Berdikit-dikitBermalam-malam

  • Contoh ayat :Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.Sekawan itik berjalan terkedek-kedek menyeberang jalan.

  • Kata adverba penggandaan separa yang menerima awlan se- boleh menerima bentuk nyaContoh :Selama-lamanyaSeikhlas-ikhlasnya

  • Penggandaan separa berakhiranPerkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.Contoh :Gila-gilaanHabis-habisanBesar-besaran

  • `contoh ayat :Mereka menari gila-gilaan menyambut kedatangan tahun baharu.Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahakan kejuaraannya.

  • Kata adverba penggandaan berentakPerkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.Contoh :Menangis sedu-sedanBerbunyi hingar-bingar

  • Contoh ayat :Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.Pengemis itu berjalan mundar-mandir di kaki lima kedai.

  • KATA PASCAKATAHadir selepas perkataanBentuk nya berfungsi sebagai penekan atau pembendaBentuk kata :Sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya.

  • Kata penekanBentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

  • Contoh ayat :Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

  • Kata pembendaBentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama.Contoh :Lajunya, sakitnya, dan lantangnya

  • Contoh ayat :Bukan kepalang sakitnya.Dia berhujah dengan lantangnya.

  • Sekian, terima kasih

  • Rujukan :

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood,

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2013