bmm3117(terkini

Upload: ainafifi

Post on 07-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

TUGASAN BAHASA MELAYU BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE TAJUK TUGASAN BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYABerkuat kuasa pada Jun 2011

Terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu Teori Tatabahasa Tradisional,Teori struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajiannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,bersistem serta bersifat arbitari dalam konteks perhubungan. Noam Choamsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori fungsional. Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli ahli bahasa tentang konsep bahasa,sifat,bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman tentang Teori Huraian Bahasa membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, keadah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun Masa Bilangan Murid Tema Tajuk

: 5 Amanah : 9:45 10:45 pagi (60 Minit) : 20 orang : Pertanian : Istimewanya Buah Limau Nipis.

Hasil Pembelajaran:Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i) Membentangkan penemuan dan dapatan

dengan jelas dan terperinci. Fokus Sampingan : 5.2 Aras 1 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Objektif 1) 2) : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:-

Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Mengemukakan sekurang-kurangnya 5 maklumat tentang keistimewaan buah limau nipis dalam pembentangan kumpulan.

3)

Menjawab 5 soalan pemahaman yang berkaitan dengan dengan betul. :: kekuningan, nipis, wangi, khasiat, berbengkung, mengempiskan,

Sistem Bahasa Kosa kata

menyegarkan, jus perahan. Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Tatabahasa : kata adjektif

Pengisian Kurikulum:-

Ilmu Nilai

: Sains : Mencintai buah-buahan tempatan :-

Kemahiran Bernilai Tambah

1) Kemahiran berfikir : Menjana idea, membanding dan membeza, meramal, membuat gambaran mental. 2) Kemahiran belajar : Berbincang dalam kumpulan, kemahiran mencatat (membina peta minda) 3) Pembelajaran Konstruktivisme : Koperatif, mengumpul maklumat, bertanya,

Bahan Bantu Mengajar

: Teh o, buah limau nipis, kertas majong, pena Marker, lembaran petikan, LCD, komputer riba.

Pengetahun sedia ada

: Murid-murid pernah melihat dan mengenali limau

nipis yang biasanya digunakan dalam masakan di rumah. Prosedur Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit) Arahan guru: Tuangkan air ini ke dalam 2 buah gelas yang disediakan. 1) Guru meminta seorang murid menuang cecair (air teh o ) ke dalam gelas jernih dalam kuantiti separuh daripada gelas. 2) Seorang murid lagi menuang cecair yang lain (jus limau nipis) ke dalam gelas air teh o tadi. BBM: Teh o, Jus limau nipis, gelas KBT: ~Membuat ramalan Catatan

Tambahkan cecair 3) Murid yang ketiga pula dipanggil untuk ini ke dalam salah merasa air yang telah dibancuh oleh dua orang

sebuah gelas sahaja. Dua orang murid diminta merasa air ini.

murid tadi. 4) Murid yang merasa air tersebut diminta untuk memberi pendapat mereka tentang air yang telah diminum tadi. 5) Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini. Langkah 1(10 minit)

Pembelajaran Konstruktivisme ~ Menemukan (Inquiry)

BBM: Lembaran petikan

Petikan berkaitan buah limau seperti pada lampiran 1.

1) Buah

Guru mengedarkan petikan Istimewanya Limau Nipis. Murid-murid

membaca Kemahiran Belajar: ~Membaca ~Membanding beza.

petikan yang telah diedarkan. 2) Guru dan murid berbincang tentang isi petikan yang telah dibaca. 3) Murid-murid mengecam dan menyenaraikan kata adjektif dalam petikan yang telah dibaca. Langkah 2 (20 minit)

BBM: Kertas majong, Pena marker, Lembaran petikan Kontruktivisme: Koperatif KB: ~Menjana idea

Lampiran 2

1) Murid-murid diminta berpecah ke dalam kumpulan masing-masing. Dalam kumpulan, murid-murid membincangkan isi penting tentang keistimewaan buah limau nipis yang terdapat dalam petikan. 2) Murid- murid mencatatkan maklumat tentang buah limau yang diperolehi ke dalam borang pengurusan grafik yang disediakan.

~Bertutur ~Mengecam dan mengenal pasti ~Membuat gambaran mental. Kemahiran Berfikir: Memilih maklumat Nilai Murni: Kerjasama Borang pengurusan grafik yang akan digunakan untuk mencatat maklumat. Langkah 3 (25 minit) 1) Murid-murid membentangkan dapatan di hadapan kelas. 2) Guru membetulkan kesalahan murid sama ada dari segi ayat, ketepatan isi dan sebagainya atau apa yang perlu. BBM: Pengurusan grafik Kemahiran belajar: ~Pembentangan hasil tugasan ~ bertutur Langkah 4 (5 minit) Soalan Interaktif dari komputer riba. 1) Murid menjawab soalan pemahaman dari komputer riba yang telah disediakan. Melalui aktiviti ini murid akan mendapat jawapan mereka terus dengan menekan kekunci enter. 2) Murid-murid diedarkan dengan soalan dari BBM: Komputer riba, skrin, LCD Latihan Interaktif BBM: Latihan dari

Lampiran 4

tajuk kata adjektif. Mereka diminta menjawab 10 soalan subjektif yang disediakan.

Lembaran kerja KBT: Belajar cara belajar

Penutup (5 minit) ~ Apakah yang kamu perolehi melalui pengajaran kita pada hari ini? ~ Apakah pula nilai yang kamu pelajari melalui aktiviti kita tadi? 1) Murid diminta untuk menyatakan perkara yang telah mereka pelajari pada hari ini. 2) Murid menyatakan nilai murni yang mereka perolehi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Nilai murni: Sayangkan buah-buahan tempatan

Pengenalan

Teori Huraian dan Teori pemerolehan bahasa amat penting dikuasai oleh semua guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan terutamanya ketika berinteraksi dengan murid di dalam kelas. Dalam Rancangan Pengajaran Harian ini, Teori Huraian Bahasa Fungsional telah digunakan dalam mengaplikasikan Pendekatan, Kaedah dan Teknik yang sesuai dan menarik bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Justeru itu keseluruhan perbincangan dan kupasan akan menjurus kepada hubungkait teori huraian bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori Fungsional Teori ini berkembang sekitar tahun 1960-an dan 1970-an setelah melihat kelemahan pada teori-teori sebelumnya. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Halliday menganggap bahasa sebagai alat perhubungan. Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa. Teori ini sangat mementingkan aspek semantik. Kajian bahasa bukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya

terbuka dan dinamis. Seterusnya, asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya. Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional, interpersonal, dan tekstual. Fungsi ideasional menyatakan pengucapan serta hasrat dan fikiran. Manakala, fungsi interpersonal menggambarkan gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi. Dan akhir sekali, fungsi tekstual menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk ayat untuk menyampaikan mesej.

Kelebihan dan Kekurangan Teori Fungsional Kelebihan Teori Fungsional 1) Menurut Teori ini bahasa mempunyai tiga fungsi utama iaitu:a) menyampaikan idea iaitu murid boleh berfikir dan berkongsi pandangan serta pendapat dengan orang lain melalui bahasa yang dikenali sebagai fungsi kognitif.Guru-guru boleh menggunakan fungsi teori ini dalam bilik darjah supaya murid-murid boleh menyampaikan idea dan pendapat mereka melalui aktiviti berkumpulan atau semasa aktiviti pembentangan. b) menyampaikan maklumat iaitu bahasa mempunyai keupayaan menyampaikan maklumat mengenai penutur. Sebagai contoh, apabila seseorang itu bercakap, secara tidak langsung individu itu telah menyampaikan maklumat tentang dirinya.Keadaan ini penting bagi seorang guru untuk mengetahui sejauh mana murid-murid yang diajar telah menerima arahan yang diberikan atau menerima ajaran guru.

c)

tujuan komunikasi dan berinteraksi dimana fungsi ini membolehkan murid menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sama ada dengan guru atau kawan-kawannya. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan tujuan ini untuk mengetahui latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh anak muridnya.

Dengan adanya fungsi ini, ia akan memudahkan lagi tugas guru dalam kelas dan pengajaran guru tidak sehala sahaja kerana murid bebas mengemukakan pendapat . Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih menarik dan tidak membosankan. Di samping itu, murid akan lebih aktif kerana mereka perlu mengambil bahagian dalam perbincangan untuk menyampaikan maklumat yang telah mereka perolehi.

Kelemahan teori fungsional bahasa adalah sebagai berikut : (1) keyakinan bahwa bahasa sekedar alat untuk berkomunikasi menggunakan fungsifungsi bahasa, tidak bersifat universal, kerana tidak mampu menembus sasaran bahasa isyarat yang diperlukan oleh seseorang . Jenis bahasa ini tidak memerlukan penguasaan bunyi-bunyi bahasa (language sounds) dan pengucapannya; (2) penggunaan bahasanya hanya terbatas untuk kepentingan berkomunkasi secara lisan (spoken language) bagi kalangan penutur jati; (3) bahasa tidak hanya memungkinkan seseorang untuk berkomunikasi, tetapi juga memiliki fungsi daya fikir (mental functions) yang sangat diperlukan untuk memahami persekitarannya sekaligus. Hubungan Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.

Teori huraian dan pemerolehan bahasa mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Memahami dan menguasai teori huraian dan pemerolehan secara berkesan oleh guru bahasa akhirnya dapat mengaplikasikannya dengan berkesan sewaktu mereka berinterkasi dengan muridmurid mereka dalam bilik darjah. Setiap guru bahasa mestilah memahami ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat (sosiolinguistik) , ilmu linguistik tulen (linguistik huraian, perbandingan dan linguistik sejarah), dan ilmu linguistik yang berkaitan dengan fikiran (psikolinguistik). Menurut teori ini bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati. Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka. Ia juga boleh diterima oleh masyarakat dan penutur jati bahasa itu. Bahasa itu juga mestilah standard. Selain itu, perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu. Pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Pengajaran lisan penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak. Mengikut Awang Mohammad Amin (Kamarudin, 2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan pertama, seorang anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah daripada orang-orang yang hampir dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga atau penjaganya. Perkara kedua penting ialah kerana lisan adalah lebih senang dikuasai daripada perkara-perkara lain yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lisan adalah punca kepada segala kemahiran yang lain. Ini bermakna kemahiran mendengar dan bertutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.

Bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.

(a) Pemilihan bahan-bahan pengajaran Pemilihan bahan-bahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan iaitu yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian pelajar-pelajar itu. (b) Penyusunan bahan-bahan pengajaran Bahan-bahan pengajaran harus disusun supaya perkembangannya maju iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Susunan bahan-bahan pengajaran dapat mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar-kacir.

(c) Kawalan bahan-bahan pengajaran Ini adalah bertujuan supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan. (d) Pemeringkatan bahan-bahan pengajaran Bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikan itu seharusnya dirancangkan terleih dahulu kerana dari segi latar belakang keluarga, pengalaman, kecenderungan dan kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza. Selain daripada pemilihan dan susunan yang dilakukan, bahan-bahan itu juga perlu diperingkat-peringkatkan mengikut kesesuaian. Selain itu, penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Mengikut prinsip ini, mendengar dan bertutur perlu diajar terlebih dahulu dan kemudian baharulah membaca dan menulis. Oleh itu sebutan guru itu hendaklah jelas dan terang iaitu menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Sebutan yang betul akan terbawa kepada bacaan yang mengikut ciriciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini akan dirakamkan ke dalam bentuk tulisan. Prinsip ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus dilakukan mengikut susunan, iaitu satu kemahiran disusuli dengan kemahiran yang satu lagi. Aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah

diadakan oleh guru. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermakna adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai menarik minat murid-murid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran guru itu. Jadi guru mestilah aktif dan menggunakan alat-alat Bantu mengajar yang sesuai supaya murid-murid tidak berasa bosan. Manakala kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik. Guru perlulah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hatihati. Guru juga seharusnya mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan hasilnya Pendekatan, kaedah dan teknik yang berkaitan dengan RPH Kaedah Pembelajaran Kontekstual Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.

Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Aplikasi Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Yang Berkaitan Dengan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Dalam RPH yang disediakan, guru berpegang kepada pendekatan kontekstual. Kami mengaitkan pengetahuan sedia ada murid bagi menimbulkan minat untuk terus mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran selanjutnya. Pendekatan ini bertujuan menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan murid seperti situasi set induksi yang berkisar tentang campuran minuman daripada gelas yang berbeza menghasilkan rasa minuman yang enak iaitu `keistimewaan buah limau nipis`. Set Induksi Akitiviti (5 minit) : Mencampur dua minuman yang berbeza dalam satu gelas

Set Induksi (5 minit)i)

Guru meminta seorang murid menuang cecair (air teh o ) ke dalam gelas jernih dalam kuantiti separuh daripada gelas.

ii)

Seorang murid lagi menuang cecair yang lain (jus limau nipis) ke dalam gelas air teh o tadi.

iii)

Murid yang ketiga pula dipanggil untuk merasa air yang telah dibancuh oleh dua orang murid tadi.

iv)

Murid yang merasa air tersebut diminta untuk memberi pendapat mereka tentang air yang telah diminum tadi.

v)

Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini.

Berdasarkan petikan daripada RPH di atas, kami telah menerapkan pendekatan kontekstual kerana kaedah ini berkisar kepada pengetahuan sedia ada murid. Kaedah ini dipilih bertujuan menggalakkan murid berkongsi pengalaman sedia ada mereka dan pengetahuan tersebut dikembangkan dalam menimbulkan perasaan ingin terus mengetahui perkara seterusnya.. Aktiviti mencuba rasa minuman dalam set induksi mengetengahkan pendekatan kontekstual yang menitikberatkan aspek pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dalam menarik minat murid untuk terus mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran.

Pendekatan Komunikatif Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanakkanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti yang berikut: Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu. Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain. Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud. Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginative

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan teori Halliday. Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: a Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yangtertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan.Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,ayatayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.Dengan kata lain,pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa(tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Aplikasi Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Yang Berkaitan Dengan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Dalam RPH yang disediakan, guru berpegang kepada pendekatan komunikatif dan kecekapan linguistik. Kami menggunakan strategi berpusatkan murid bagi melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Pendekatan ini bertujuan mendedahkan murid dengan struktur dan tatabahasa dalam sesuatu aktiviti berkomunikasi yang sebenar seperti situasi perbincangan dan pembentangan `keistimewaan buah limau nipis`. Melalui aktiviti perbincangan dan pembentangan yang dijalankan dalam RPH, murid dapat dilatih dari beberapa aspek pertuturan atau komunikasi sebagaimana berikut : i. ii. iii. iv. Intonasi Kelancaran Gaya persembahan Pemilihan ayat yang sesuai dalam mernyatakan sesuatu perkara

Pendekatan komunikatif ini dibentuk dalam RPH berdasarkan teori bahasa yang dipelopor oleh Halliday yang menyatakan bahawa kanak-kanak belajar berbahasa sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, menyampaikan maklumat di samping berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Aktiviti bahasa yang dijalankan melalui proses perbincangan dan pembentangan dapat menarik minat dan penglibatan mereka. Guru pula bertindak sebagai fasilitator dan memastikan murid selesa sewaktu menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Namun setelah selesai aktiviti, guru perlu membuat penilaian dan pembetulan kepada murid agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Langkah 2 (20 minit)

Akitiviti 1 i. ii.

: Perbincangan dalam kumpulan Murid-murid diminta berpecah ke dalam kumpulan masing-masing. Dalam kumpulan, murid-murid membincangkan isi penting tentang keistimewaan buah limau nipis yang terdapat dalam petikan.

iii.

Murid- murid mencatatkan maklumat tentang buah limau yang diperolehi ke dalam borang pengurusan grafik yang disediakan.

Langkah 3 (25 minit) Aktiviti 1 i. ii. ; Pembentangan hasil perbincangan Murid-murid membentangkan dapatan di hadapan kelas. Guru membetulkan kesalahan murid sama ada dari segi ayat, ketepatan isi dan sebagainya atau apa yang perlu. Berdasarkan petikan daripada RPH di atas, kami telah memilih pendekatan komunikatif kerana kaedah ini berkait rapat dengan teori Huraian Fungsional dan Teori Pemerolehan Interaksionalis. Kaedah ini dipilih bertujuan untuk member pembelajaran bahasa yang bermakna kepada murid dalam usaha menggalakkan lagi proses pembelajaran mereka. Aktiviti komunikasi dipaparkan melalui langkah 2 melalui aktiviti perbincangan dan langkah 3 menerusi aktiviti pembentangan yang menunjukkan penggunaan pendekatan komunikatif yang menitikberatkan aspek kelancaran dan ketepatan berbahasa.

Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer. Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dalam kalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan

pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. 2.0 PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklumbalas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaikbaiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antaramuka perisian.

3.0 ISTILAH-ISTILAH PPBK

Antara Istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah seperti "computerassisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assisted learning" dan "computer-aided learning". Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI) CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer. Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respond yang diberi oleh pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcara yang lazimnya dilakukan oleh seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.

3.2 Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL) Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengan cara CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum-balas komputer.

3.3 Courseware / Perisian Kursus Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisian kursus merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan dan teknik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengan kata lain perisian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu sebelum ini.

4.0 Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning) Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang disampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi, urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001) sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskan web ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuanpengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelas tradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan. Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka dan memantau pertukaran maklumat ini untuk mempastikan pembelajaran yang bermakna sebenarnya berlaku.. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankan tentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat, tahap interaktiviti, pembelajaran berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yang sepatutnya ada dalam seting keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehi maklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran - iaitu sama ada buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung. Struktur pula mempastikan fokus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Dan sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku. Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senang didapati dengan menerokai dan melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingan keempatempat keperluan tersebut semasa proses pengajaran-pembelajaran berlaku.

Aplikasi Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Yang Berkaitan Dengan Rancangan Pengajaran Harian(RPH)

PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai kelebihannya masingmasing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri. Bagaimanapun, perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik. Dalam RPH yang disediakan, guru mempraktikkan perkembangan teknologi maklumat agar dapat memberikan impak yang besar dalam konteks pembelajaran.Pendekatan ini bertujuan memberikan minat dan keseronokkan melalui permainan pendidikan di samping menilai prestasi murid berdasarkan pembelajaran yang telah dilaksanakan seperti menjawab soalan interaktif dari komputer

Langkah 4

:i)

Menjawab soalan pemahaman dari komputer riba Murid menjawab soalan pemahaman dari komputer riba yang telah disediakan. Melalui aktiviti ini murid akan mendapat jawapan mereka terus dengan menekan kekunci enter.

ii)

Murid-murid diedarkan dengan soalan dari tajuk kata adjektif. Mereka diminta menjawab 10 soalan subjektif yang disediakan.

Berdasarkan petikan daripada RPH di atas, kami telah memilih pendekatan pembelajaran berbantukan komputer kerana kaedah ini memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada murid cara pengendalian komputer dalam menyelesaikan sepuluh soalan pemahaman dengan menekan kekunci `enter` untuk mendapatkan jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang dikemukakan berdasarkan isi pembelajaran yang telah dilalui oleh murid. Kaedah ini dipilih bertujuan untuk menyuntik semangat ingin mencuba dalam kalangan murid untuk mencari jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang perlu diselesaikan.