nota teori pemerolehan bahasa bmm3117

21
Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behaviourisme (B.F. Skinner) Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran. Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan- peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang diajar.

Upload: yuvarani-subramaniam

Post on 24-Jun-2015

9.053 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Behaviourisme (B.F. Skinner)

Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam

bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau

luaran.

Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta

suasana dalam bilik darjah.

Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari

bahasa melalui hukuman dan ganjaran.

Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih

tubi.

Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.

Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.

Page 2: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang diajar.

Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu

perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-

kanak.

Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula

jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.

Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti “pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh meransang kanak-kanak bercakap.

Page 3: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Prinsip Teori Behaviorisme

Bahasa yang ditamakan bahasa lisan

Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan

Wujudnya unsur rangsangan dan tindak

balas dalam P&P

Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan

Pengukuhan penting dalam P&P

Tulisan ialah bahasa kedua terpenting

Page 4: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Hubungan Toeri Behaviorisme Dalam P&P

Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.

Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.

Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.

Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

Page 5: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Kekuatan Teori Behaviorisme

Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang persekitarannya terutamanya guru-guru mereka.

Mereka suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.

Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.

Teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Page 6: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Kelemahan Teori Behaviorisme

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

Hal ini kerana system pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada ransangan dan gerak balas yang ditunjukkan.

Sebagai contoh, guru akan beri ransangan seperti hadiah dan baru mereka member jawapan yang dikehendaki guru.

Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.

Page 7: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Teori Kognitif (Jean Piaget)

Konsep penting yang diutarakan oleh Jean

Piaget

Skema

AdaptasiAkomodasi

Asimilasi

Page 8: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

SKEMA

Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Contohnya : Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa

gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang serta mengerakkan tangan dan kaki.

Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.

Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.

ASIMILASI

AKOMODASI

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.

ADAPTASI

Page 9: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN

KOGNITIF

Tahap Sensorimotor (dari lahir hingga 2

tahun)

Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun)

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12

tahun)

Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Page 10: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

TAHAP SENSORIMOTOR

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning).

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.

Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.

Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.

Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

TAHAP PRAOPERASI

Page 11: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.

TAHAP OPERASI KONKRIT

TAHAP OPERASI FORMAL

Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

Page 12: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Kelemahan Teori Piaget

Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.

Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut

berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Page 13: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Kekuatan Teori Kognitif

Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran

kanak-kanak.

Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan

pelajar.

Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar

kendiri.

Page 14: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Teori Mentalis (Noam Chomsky)

Memperkenalkan analisis bahasa

Transformasi generatif (Chomsky).

Mendokong istilah generatif, kreatif,

eksplisit, kegramatisan dan transformasi.

Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu

proses kognitif.

Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa

sebagai proses pemikiran yang

melibatkan aktiviti mental.

Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.

N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini

berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti

Pemerolehan Bahasa.

Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi

untuk menguasai bahasa.

Page 15: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Ciri Tatabahasa

CIRI TATABAHASA

Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami.

Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur.

Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis.

Page 16: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Hubungan Teori Mentalis Dalam P&P

Penguasaan bahasa

kecekapan dan prestasi

Tulisan dan bacaan

diutamakan

Kaedah kod-kognitif

Teknik hafalan

Pendekatan analisis

Undang-undang bahasa

ditekankan

Page 17: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Teori Interaksionalis (Halliday)

Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976).

Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa - hanya boleh

mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.

Kanak-kanakperlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang

jelas dan tepat.

Mementingkan aktiviti komunikasi.

Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.

Page 18: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Pandangan Dalam P&P

Pandangan dalam P&P

Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses

mental dan linguistik

Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai

undang-undang bahasa dalam P&P

Seseorang pelajar perlu menggunakan

struktur-struktur bahasa yang betul

dari segi tatabahasa dan makna

Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid

Menganggap penyampaian makna (semantik) penting

namun struktur bahasa perlu berjalan

serentak

Page 19: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Prinsip P&P Interaksionalis

Prinsip P&P interaksionalis

Penyampaian makna bermakna dalam

komunikasi

P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang

bermakna

Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan

linguistik

Page 20: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Kelebihan Teori Interaksionalis

Merupakan interaksi sosial harian.

Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.

Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

Page 21: nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117

Kelemahan Teori Interaksionalis

Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

Walau bagamanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan

pemikiran tentang dunia sosial.

Pebezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak

terbatas.

Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan

masyarakat.