bab 3 terkini

28
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bahagian ini membincangkan kaedah mendapatkan dan mengumpul data. Ia mengandungi rekabentuk kajian, tempat, populasi dan pensampelan, instrumentasi, kajian rintis, prosedur menjalankan kajian serta analisis data. Metodologi kajian yang digunakan adalah bersesuaian untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan deskriptif. Menurut Azizi et.al (2007), tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri populasi. Pendekatan penyelidikan yang digunakan pula adalah “mix method design” yang menggabungkan dua kaedah iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Pendekatan ini digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang berbeza dan 1

Upload: siti-norhaiza-mat-ali

Post on 20-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

BAB IIIMETODOLOGI KAJIAN3.1 PengenalanBahagian ini membincangkan kaedah mendapatkan dan mengumpul data. Ia mengandungi rekabentuk kajian, tempat, populasi dan pensampelan, instrumentasi, kajian rintis, prosedur menjalankan kajian serta analisis data. Metodologi kajian yang digunakan adalah bersesuaian untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian.3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan deskriptif. Menurut Azizi et.al (2007), tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri populasi. Pendekatan penyelidikan yang digunakan pula adalah mix method design yang menggabungkan dua kaedah iaitu penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif. Pendekatan ini digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang berbeza dan mudah ditadbir selain dapat memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu. Untuk mengenal pasti tahap pengurusan penilaian prestasi dan tahap pengetahuan pengurusan penilaian prestasi dalam kalangan guru kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan, iaitu dengan menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Najib (2003) tinjauan soal selidik adalah popular kerana pengkaji boleh merancang analisis data lebih awal. Data yang diperolehi akan dianalisa menggunakan statistik deskriptif iaitu menggunakan peratusan, frekuensi, dan min. Manakala kursus-kursus yang diperlukan oleh pegawai penilai dalam menilai prestasi guru-guru dan cadangan penambahbaikan pengurusan penilaian prestasi dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi menggunakan penyelidikan secara kualitatif. Cadangan diperolehi melalui soal selidik yang meminta responden menulis cadangan penambahbaikan di dalam ruang yang disediakan. Menurut Mohd Najib (2003), soal selidik juga digunakan dalam kajian berbentuk tinjauan pendapat. Temubual juga dijalankan kepada pihak pentadbir sekolah khususnya kepada Guru Besar dan Penolong Kanan 1 selaku Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua untuk mengenalpasti latihan-latihan yang mereka perlukan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam menilai prestasi guru-guru. Rajah di bawah menunjukkan dengan jelas kerangka kajian yang dijalankan.Rajah 3.1 : Kerangka Kajian

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan di daerah Kota Tinggi. Sekolah Rendah Kebangsaan dan daerah Kota Tinggi dipilih kerana ia memudahkan pengkaji menjalankan kajian memandangkan pengkaji bertugas di Sekolah Rendah Kebangsaan dan dalam daerah Kota Tinggi. Sekolah yang dipilih adalah sekolah gred A meliputi sekolah bandar dan luar bandar. Sekolah gred A dipilih kerana bilangan guru yang ramai berbanding sekolah gred B dan sekolah kurang murid (SKM). Sekolah kurang murid (SKM) tidak dipilih kerana faktor bilangan guru yang sedikit iaitu kurang sepuluh orang dan berkemungkinan tidak menghadapi masalah daripada aspek pengurusan penilaian prestasi guru.3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Kaedah pensampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pensampelan rawak kelompok. Menurut Azizi et.al (2007) pensampelan rawak bermakna setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang memilih. Manakala menurut Mohd Najib (2003) rawak kelompok ialah rawak berdasarkan rumpunan kelompok populasi, tempat dan zon. Kaedah ini digunakan kerana ia dapat mewakili keseluruhan populasi dan terdapat keseragaman antara kelompok iaitu semua yang terlibat adalah guru sekolah rendah kebangsaan yang pernah melalui penilaian prestasi di sekolah masing-masing

Populasi ialah sekumpulan masyarakat mempunyai ciri yang sama. Dalam sesuatu penyelidikan, seseorang tidak mungkin berupaya menggunakan semua ahli populasi (Mohd Najib, 2003). Populasi adalah responden yang sepatutnya menjawab soal selidik berdasarkan kajian yang dijalankan di mana ia akan mewakili seluruh orang mahupun objek yang ingin dikaji. Berdasarkan data yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi (PPDKT) menunjukkan terdapat 1033 orang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan gred A dalam daerah Kota Tinggi. Untuk menentukan saiz sampel yang sebenar, jadual pensampelan Krejcie, R.V dan Morgan D.W (1970) (sumber: Azizi et.al, 2007) seperti di bawah digunakan sebagai panduan.

Jadual 3.2 : Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W

NSNSNSNSNS

1010100802801628002602800338

1514110862901658502653000341

2019120923001699002693500246

2524130973201759502744000351

302814010334018110002784500351

353215010836018611002855000357

403616011338018112002916000361

454018011840019613002977000364

504419012342020114003028000367

554820012744020515003069000368

6052210132460210160031010000373

6556220136480214170031315000375

7059230140500217180031720000377

7563240144550225190032030000379

8066250148600234200032240000380

8570260152650242220032750000381

9073270155700248240033175000382

95762701597502562600335100000384

Petunjuk :N =Saiz populasi S = Saiz Sampel

Berdasarkan jadual pensampelan Krejcie, R.V dan Morgan D.W (1970) jika saiz populasi sebanyak 1033 orang maka saiz sampel 278 orang sudah memadai. Dalam kajian ini sampel terdiri daripada 278 orang guru yang berkhidmat di sekolah- sekolah gred A di sekolah kebangsaan dalam daerah Kota Tinggi. Oleh itu untuk mendapatkan jumlah sampel seramai 278, penyelidik telah menyediakan sebuah balang yang mengandungi nama-nama Sekolah Kebangsaan gred A beserta jumlah guru bagi setiap sekolah tersebut. Pemilihan sekolah ditentukan dengan cara membuat cabutan secara rawak sehingga mendapat jumlah yang dikehendaki. Jadual taburan populasi kajian seperti di bawah.

Jadual 3.3 : Taburan Populasi KajianBilNama SekolahBilangan GuruJumlah Guru

1SK Bukit Lintang3737

2SK Bukit Mahkota3030

3SK Mawai3434

4SK Sg Mas3939

5SK Gembut2424

6SK Bandar4343

7SK Seri Aman2929

8SK (F) Lok Heng3131

9SK Tunjuk Laut2312

JUMLAH290278

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan berbentuk soal selidik, soalan berbentuk struktur dan temubual sebagai alat mengukur dan mengumpul data. Soalan akan diedarkan kepada guru-guru untuk menjawab persoalan yang diutarakan. Manakala temubual akan dijalankan kepada pihak pentadbir sekolah.3.5.1Soal Selidik

Set soal selidik yang akan dikemukakan kepada responden terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada 278 orang guru daripada 8 buah sekolah yang menjadi sampel kajian. Penyelidik memilih menggunakan soal selidik sebagai alat mengukur dan mengumpul data kerana ia lebih mudah diurus dan ditadbir. Menurut ( Azizi et.al, 2007) selain daripada murah, kaedah ini juga praktikal apabila populasi yang hendak dikaji itu tinggal berjauhan. Bahagian A soal selidik terdiri daripada 8 item yang meliputi soalan demografi guru iaitu jantina, bangsa, umur, taraf perkahwinan, kelayakan akademik, kelulusan ikhtisas, tempoh mengajar, dan lokasi sekolah Maklumat ini akan digunakan untuk membandingkan dapatan kajian berdasarkan demografi tertentu.Bahagian B pula terdiri daripada 25 item soalan yang perlu dijawab menggunakan skala Likert lima mata iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP), setuju (S) dan sangat setuju (SS). Responden akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan penilaian prestasi guru dengan cara membulatkan pilihan jawapan. Terdapat lima konstruk yang dikaji, daripada setiap konstruk item soalan dibina. Pembinaan item bahagian B melalui soal selidik adalah seperti berikut :

Jadual 3.4 : Pembinaan Item bahagian B melalui soal selidikPengetahuan penilaian prestasiItem

Penetapan Sasaran kerjaTahunan Pegawai Yang Dinilai (PYD)1. Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai jenis dan skop kerja dalam tahun penilaian.

2. Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kumpulan sasaran atau pelanggan

3. Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai piawaian pengukuran kerja samada dalam hitungan berdasarkan kuantiti, kualiti, kos dan masa.

4. Sasaran kerja tahunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai sumber yang akan digunakan seperti kewangan, peralatan, maklumat serta bilangan dan kualiti personel.

5. Pegawai yang dinilai perlu berbincang dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP) untuk menetapkan sasaran kerja tahunan

( SKT)

Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan1. Sasaran Kerja Tahunan menjadi sumber rujukan pelaksanaan aktiviti atau projek.

2. Keberkesanan kos merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam pelaksanaan kerja pegawai yang dinilai.

3. Penilaian mutu kerja pegawai yang dinilai adalah berdasarkan pencapaian objektif sesuatu projek atau aktiviti.

4. Ketepatan masa ialah kebolehan pegawai yang dinilai melaksanakan tugas dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran merupakan kriteria yang dinilai dalam aspek penghasilan kerja.

Kajian Semula Pertengahan Tahun1. Kemajuan pelaksanaan kerja pegawai yang dinilai dikaji semula pada pertengan tahun

2. Punca-punca yang menyebabkan sasaran kerja tidak tercapai perlu dikenalpasti semasa kajian semula pertengahan tahun

3. Kajian semula pertengahan tahun adalah tahap kedua pengurusan penilaian prestasi yang melibatkan PYD

4. Langkah-langkah untuk memperbaiki pencapaian sasaran kerja tahunan perlu dinyatakan semasa kajian semula pertengahan tahun

5. Sasaran kerja tahunan hanya boleh diubah sekiranya didapati ia tidak realistik untuk dicapai.

Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan

1. PYD perlu melaksanakan kerja mengikut perubahan yang telah dilakukan dalam SKT pada pertengahan tahun penilaian

2. Pegawai atau guru yang berkhidmat kurang dari enam bulan di sekolah baru harus dinilai oleh pegawai penilai dari sekolah terdahulu.

3. Piawaian yang digunakan untuk mengukur prestasi dapat diukur dari segi kuantiti, kualiti, masa dan kos.

4. Penghasilan kerja merupakan bahagian terpenting dalam penilaian prestasi kerana berkait langsung dengan pencapaian objektif sekolah.

5. Kebolehan pegawai untuk mengawal kuantiti, kualiti, masa dan kos mencerminkan kecekapan pelaksanaan kerja.

Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan1. Kursus dan latihan yang diperlukan bermaksud keperluan pegawai yang dinilai untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pembangunan diri berhubung dengan pelaksanaan tugasnya.

2. Penilaian prestasi dilakukan oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai kedua (PPK).

3. Pembahagian item penilaian berasaskan kepada tiga dimensi iaitu Teras, Fungsian dan Sumbangan.

4. Kegiatan dan sumbangan bermaksud penglibatan pegawai yang dinilai di dalam aktiviti-aktiviti sukarela di luar tugas.

5. Pegawai yang bersara pada tahun dinilai tidak perlu menyiapkan laporan prestasi tahunan.

Bahagian C terdiri daripada 25 item soalan yang juga perlu dijawab menggunakan skala Likert lima mata iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP), setuju (S) dan sangat setuju (SS). Responden akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan untuk mengenalpasti tahap pengurusan penilaian prestasi guru dengan cara membulatkan pilihan jawapan. Terdapat lima konstruk yang dikaji, daripada setiap konstruk item soalan dibina. Pembinaan item bahagian C melalui soal selidik adalah seperti berikut :Jadual 3.5: Pembinaan Item Bahagian C melalui soal selidikPengurusan penilaian prestasiItem

Penetapan Sasaran kerja Tahunan Pegawai Yang Dinilai (PYD)1. Saya berbincang dengan pegawai penilai pertama (PPP) pada awal tahun untuk menetapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

2. Sasaran Kerja Tahunan yang saya tetapkan mestilah realistik dan boleh dicapai dengan menggunakan sumber-sumber yang ada.

3. Saya mengambil kira rancangan jabatan dalam penetapan Sasaran Kerja Tahunan.

4. Dalam setiap aktiviti atau projek, saya menetapkan tahap ukuran jenis kerja yang berasaskan kualiti, kos dan masa

5. Saya menghantar Sasaran Kerja Tahunan yang lengkap untuk proses pengesahan Guru Besar pada awal tahun.

Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan

1. Saya melaksanakan kerja mengikut penetapan dalam Sasaran Kerja Tahunan.

2. Saya diselia oleh pegawai penilai prestasi sewaktu melaksanakan program, projek dan aktiviti.

3. Saya melaksanakan program, projek dan aktiviti mengikut kos dan masa yang telah ditetapkan dalam Sasaran Kerja Tahunan

( SKT)

4. Saya menjadikan Sasaran Kerja Tahunan sebagai senarai semak pelaksanaan aktiviti.

5. Saya dibimbing oleh pegawai penilai prestasi sewaktu pelaksanaan program, projek dan aktiviti.

Kajian Semula Pertengahan Tahun1. Pada pertengahan tahun saya berbincang semula dengan pegawai penilai prestasi untuk menilai kemajuan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan tahun semasa.

2. Semasa perbincangan dengan pegawai penilai prestasi semua aktiviti yang masih belum dilaksanakan dalam Sasaran Kerja Tahunan dimaklumkan.

3. Saya dan pegawai penilai berbincang untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki pencapaian Sasaran Kerja Tahunan.

4. Saya telah memberikan penjelasan tentang punca kegagalan melaksanakan projek atau aktiviti pada setengah tahun pertama

5. Saya mencatatkan semua perkara utama yang perlu diambil tindakan penambahbaikan di dalam borang Sasaran Kerja Tahunan.

Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan

1. Saya melaksanakan kerja mengikut perubahan yang telah dilakukan dalam Sasaran Kerja Tahunan.

2. Pegawai penilai prestasi menyelia aktiviti atau projek yang saya laksanakan pada setengah tahun kedua.

3. Saya memastikan aktiviti atau projek yang dijalankan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

4. Saya melaksanakan kerja mengikut perubahan yang telah dilakukan dalam SKT .

5. Pentadbir sentiasa menyelia aktiviti atau projek yang saya laksanakan pada setengah tahun kedua.

Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan1. Borang Laporan Penilaian Prestasi diserahkan kepada saya pada akhir tahun semasa

2. Saya menerima borang penilaian prestasi mengikut gred jawatan

3. Pentadbir memaklumkan markah prestasi saya

4. Saya melengkapkan data dengan sempurna pada bahagian yang diarahkan sahaja.

5. Prestasi kerja saya dinilai sepanjang tahun .

Jadual dibawah pula menerangkan skala Likert yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 3.6 : Skala Likert

Skala pengukuranNilai skala

Sangat tidak setuju (STS)1

Tidak setuju ( TS)2

Tidak Pasti (TP)3

Setuju (S)4

Sangat setuju (SS)5

Bahagian D merupakan bahagian yang terakhir, ia mengandungi soalan berbentuk struktur terbuka yang meminta responden menulis jawapan di dalam ruang yang di sediakan. Soalan dalam bahagian ini meminta cadangan penambahbaikkan pengurusan penilaian prestasi guru. Cadangan-cadangan yang dikemukakan akan digunakan sebagai dapatan kajian pada bab seterusnya. Taburan item mengenai pengurusan penilaian prestasi guru ditunjukkan dalam jadual 3.7 dibawah.

Jadual 3.7 : Taburan item bagi pengurusan penilaian prestasi guru.

BahagianPerkaraNo SoalanBilangan Item

ALatar Belakang RespondenA1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, A88

BPengetahuan Penilaian Prestasi Guru

Penetapan Sasaran kerjaTahunan Pegawai Yang Dinilai (PYD)B1, B2, B3, B4, B5, 5

Pelaksanaan Kerja dan PengesananB6, B7, B8, B9, B10,5

Kajian Semula Pertengahan TahunB11, B12, B13, B14, B15, 5

Pelaksanaan Kerja dan PengesananB16, B17, B18, B19, B20, 5

Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi TahunanB21, B22, B23, B24, B25, 5

CPengurusan Penilaian Prestasi Guru

Penetapan Sasaran kerjaTahunan Pegawai Yang Dinilai (PYD)C1, C2, C3, C4, C5, 5

Pelaksanaan Kerja dan PengesananC6, C7, C8, C9, C10,5

Kajian Semula Pertengahan TahunC11, C12, C13, C14, C15, 5

Pelaksanaan Kerja dan PengesananC16, C17, C18, C19, C20, 5

Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi TahunanC21, C22, C23, C24, C25, 5

DCadangan Penambahbaikan Pengurusan Penilaian Prestasi GuruD1, D2, 2

3.6 Pengumpulan Data

Bagi menjalankan kajian, surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, dimohon terlebih dahulu. Ia bertujuan mendapatkan persetujuan fakulti terhadap tajuk kajian iaitu Pengurusan Penilaian Prestasi Guru Sekolah Kebangsaan di daerah Kota Tinggi. Surat ini penting ditunjukkan kepada guru besar di sekolah kajian kerana ia sebagai bukti secara bertulis bahawa kajian yang dijalankan adalah sebahagian daripada keperluan pengajian. Memandangkan kajian ini berbentuk tinjauan, dapatan yang diperolehi bukan untuk membuat penilaian prestasi bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

Langkah seterusnya, adalah memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan kajian dijalankan di sekolah sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) juga dilakukan memandangkan responden yang terlibat adalah guru-guru yang berkhidmat di negeri Johor, khususnya di daerah Kota Tinggi.Kajian mula dijalankan di sekolah setelah menerima surat kebenaran daripada pihak-pihak yang terlibat. Guru Besar adalah individu pertama yang dimaklumkan mengenai kajian yang dijalankan, semua surat kebenaran dikemukakan sebagai dokumen sokongan dan menjelaskan tujuan kajian disamping meminta kebenaran dan kerjasama menjalankan kajian disekolahnya. Maklumat yang lengkap seperti bilangan responden yang diperlukan dimaklumkan terlebih dahulu. Penyelidik akan memohon kebenaran daripada guru besar untuk melantik seorang guru yang telah dikenalpasti oleh penyelidik di sekolah tersebut bagi membantu penyelidik mentadbir dan mengumpulkan semula soal selidik yang akan diedarkan. Latihan, arahan dan maklumat yang lengkap akan diberikan kepada wakil supaya tadbiran dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saguhati turut diberikan kepada wakil dan responden yang terlibat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Kaedah ini sangat sesuai kerana penyelidik dapat memastikan kembalian yang tinggi sekiranya wakil rajin mentadbir soal selidik secara kumpulan atau beliau rajin berusaha mendapatkan kembalian daripada setiap responden ( Mohd Najib, 2003). Tempoh masa yang diberikan untuk responden menjawab soalan kajian adalah 5 hari memandangkan soalan yang dikemukakan tidak terlalu banyak. Selepas 5 hari, penyelidik akan kembali semula ke sekolah berkenaan dan mendapatkan semula soal selidik yang telah dikumpul melalui wakil. Seterusnya borang-borang soal selidik yang telah dikumpul akan dianalisa bagi mendapatkan data dan diuji secara statistik bagi menjawab persoalan - persoalan kajian.3.7 Kajian Rintis

Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ( Mohd Najib, 2003). Kajian rintis tidak perlu dijalankan apabila instrumen telah benar-benar mempunyai kepastian daripada aspek objektif, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan. Dalam hal ini, penyelidik mesti menjalankan kajian rintis kerana ingin menguji kebolehpercayaan dan keesahan instrumen memandangkan soal selidik adalah dibina sendiri kerana kajian ini berlainan daripada kajian-kajian yang lepas maka tiada soal selidik yang boleh digunakan untuk diubahsuai.

Langkah pertama yang dijalankan ialah dengana berbincang bersama penyelia untuk mendapatkan maklum balas. Seterusnya soal selidik akan ditadbirkan kepada 20 orang responden yang mempunyai ciri yang sama dengan populasi sebenar iaitu guru-guru dari SK Muzaffar Syah. Ia telah dilakukan pada ( tarikh) memandangkan guru-guru tersebut tidak terlibat dalam kajian sebenar. Jumlah responden 15 -20 orang adalah mencukupi untuk menentukan kesahan luaran dan indeks kebolehpercayaan ( Mohd Najib, 2003).

Perbincangan setiap item akan dilakukan bersama responden bagi meningkatkan tahap kesahan. Responden perlu memahami dengan jelas setiap pernyataan yang dikemukakan, istilah dan struktur ayat dalam setiap item. Item yang samar dan kurang jelas akan diubahsuai semula dengan menggunakan struktur ayat yang lebih mudah difahami.

Akhirnya ujian Stastik Alpha-Cronbach dan perisian SPSS digunakan bagi menguji skala kebolehpercayaan instrumen kajian. Data kebolehpercayaan semua item ditunjukkan seperti dalam jadual 3.8.Jadual 3.8 : Aras Kebolehpercayaan Instrumen berdasarkan nilai alpha Cronbach

IndeksAras Kebolehpercayaan

0.0 ~ 0.2Sangat lemah

0.21 ~ 0.4Lemah, rendah

0.41 ~ 0.7sederhana

0.71 ~ 0.9Tinggi, kuat

0.91 ~ 1.00Sangat tinggi, sangat kuat

3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan dan kebolehpercayaan memainkan peranan yang penting dalam konteks pengukuran dan teknik pengumpulan data. Selepas instrumen soal selidik dibina ujian kesahan dan kebolehpercayaan perlu dilakukan untuk memastikan soal selidik yang akan digunakan mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. 3.8.1 Kesahan Instrumen

Kesahan didefinisikan sebagai pengukuran sejauh mana ia berjaya mengukur apa yang hendak diukur (Azizi et.al). Temubual akan dilakukan bersama 3 orang guru dari sekolah yang berlainan untuk menghasilkan item soal selidik. Kesahan yang dilakukan ialah kesahan muka dan kesahan kandungan. Kesahan muka adalah perkara yang perlu dipertimbangkan sendiri oleh penyelidik dan tiada peraturan yang ketat bagi memastikan kesahan itu (Azizi et.al). Manakala kesahan kandungan dilakukan dengan membaca dengan teliti ayat, perkataan ataupun susunan ayat yang sesuai atau tidak untuk mengukur konsep - konsep yang hendak diukur. Bagi menentukan kesahan soal selidik, soal selidik akan disemak terlebih dahulu oleh pakar dalam bidang penilaian prestasi. Seterusnya penyelidik akan meminta pandangan penyelia iaitu Dr Al Muz-zammil Yasin untuk menyemak dan memperbaiki soal selidik yang dibina sebelum diedarkan kepada responden. Cadangan pakar dalam bidang yang diukur perlu bagi tujuan penambahan ataupun pengurangan ke atas skala yang digunakan (Azizi et.al).3.8.2 Kebolehpercayaan InstrumenMenurut Mohd Najib (2003), ujian kebolehpercayaan Alpha Cronbach dalam SPSS digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan item-item soal selidik yang digunakan bagi mengukur item soal selidik dengan menggunakan kriteria berdasarkan nilai indeks 0 hingga 1.

Nilai yang hampir dengan 0 bermakna tahap kebolehpercayaan yang sangat rendah, manakala nilai yang hampir kepada 1 menunjukkan tahap kepercayaan yang sangat tinggi dalam kajian. Pengubahsuaian terhadap item perlu dilakukan sekiranya kesemua atau sebahagian item mempunyai nilai kebolehpercayaan kurang daripada 0.8.Walaubagaimanapun, nilai 0.8 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sangat sesuai untuk sesuatu alat dan sesuai dijalankan dalam kajian sebenar. Nilai Alpha Cronbach dan kedudukan item seperti dalam jadual 3.9Jadual 3.9 : Peningkatan kedudukan Item Berdasarkan Nilai Alpha Cronbach

Nilai AlphaKedudukan Item

0.0 ~ 0.2Ubah semua item

0.2 ~ 0.8Ubah sebahagian item

0.8 ~ 1.0Item boleh diterima

3.9 Analisis DataAnalisis data tidak hanya merujuk kepada kaedah bagaimana mencerap data seperti menggunakan SPSS, ia sebenarnya adalah bagaimana segala data yang dikutip diberi skor dan dinilai menggunakan sesuatu kaedah ( Mohd Najib, 2003). Dalam kajian ini, analisis data yang digunakan ialah analisis deskriptif secara kuantitatif yang menganalisis min, kekerapan dan peratus. Kaedah ini amat bersesuaian untuk menjawab persoalan kajian untuk mengenalpasti tahap pengurusan penilaian prestasi guru seperti yang terdapat pada bahagian B soal selidik dan tahap pengetahuan penilaian prestasi guru seperti yang terkandung dalam bahagian C soal selidik.Berdasarkan data yang diperolehi melalui soal selidik, iaitu data mentah yang diperolehi melalui skala likert yang dijawab oleh responden, data-data ini akan dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0 bagi mengetahui nilai min, kekerapan dan peratusan bagi setiap item. Selain itu pengorganisasian data turut dilakukan kepada data kualitatif iaitu cadangan penambahbaikan pengurusan penilaian prestasi guru dan latihan-latihan yang diperlukan oleh pegawai penilai prestasi dalam menjalankan penilaian prestasi terhadap guru-guru.3.9.1 Tatacara Menganalisis Data Kajian

Kaedah yang digunakan untuk menganalis data soal selidik ialah dengan menggunakan statistik deskriptif. Semua item akan di pre-code kemudian dipindahkan ke dalam lampiran xxx supaya analisis dapatan lebih mudah dilakukan. Statistikal Package For The Sosial Science (SPSS) versi 11.0 digunakan untuk membantu menganalisis data. Dalam menganalisis data kualitatif iaitu soalan terbuka yang meninjau cadangan penambahbaikan pengurusan penilaian prestasi dan latihan-latihan yang diperlukan oleh pegawai penilai, data yang diperolehi akan dianalisis mengikut langkah- langkah berikut :

Jadual 3.10 : Proses Menganalisa Data Kualitatif

Tahap 1

Pengorganisasian Data1. Membaca transkripsi cadangan berulang kali.

2. Memberi makna kepada transkripsi

Tahap 2

Pembahagian Data1. Membahagikan data kepada komponen / unit kecil.

2. Memilih dan menapis unit yang boleh digunakan .

3. Mengkategorikan berdasarkan unit

Tahap 3

Sintesis Data1. Melihat kepada persamaan kategori

Tahap 4

Kesimpulan1. Membuat rumusan

2. Menulis laporan

3.10 Kesimpulan

Bab ini menerangkan dengan jelas metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Antara perkara yang terkandung di dalamnya ialah reka bentuk kajian, populasi, sampel, instrumen kajian, pengumpulan data, kajian rintis dan pengnalisaan data. Hasil dapatan kajian akan diterangkan dalam bab seterusnya.

16