bmm sem 8 ppg

19
Tugasan A : Penulisan Esei 1.1 Pendahuluan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Maka,murid-murid perlu menguasai kemahiran bahasa untuk mencapai matlamat tersebut. Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan termasuklah kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia merupakan kemahiran asas bagi kanak-kanak untuk menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah yang bersesuaian untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengguaan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai akan memberi kesan positif kepada murid-murid. 1.2 Pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah cara atau langkah-langkah untuk memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Termasuklah arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan yang dipilih biasanya berdasarkan teori-teori yang tertentu. Mok Soon Seng (1992) pula mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Strategi pula ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan, rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan,2013). Manakala kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Menurut Mok Soon Seng (1992), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran 1

Upload: mu-yien-lee

Post on 06-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

esei 1

TRANSCRIPT

Tugasan A : Penulisan Esei

1.1 Pendahuluan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Maka,murid-murid perlu menguasai kemahiran bahasa untuk mencapai matlamat tersebut.Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan termasuklah kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia merupakan kemahiran asas bagi kanak-kanak untuk menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah yang bersesuaian untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengguaan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai akan memberi kesan positif kepada murid-murid.

1.2Pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran Bahasa Melayu Sekolah RendahMenurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah cara atau langkah-langkah untuk memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Termasuklah arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan yang dipilih biasanya berdasarkan teori-teori yang tertentu. Mok Soon Seng (1992) pula mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Strategi pula ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan, rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan,2013). Manakala kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.Menurut Mok Soon Seng (1992), kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan situasi berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa murid-murid perlu menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan struktur bahasa sebelum dapat menguasai kemahiran lisan. Ini disebabkan melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Pendekatan ini mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa.

Dalam mengaplikasikan pendekatan situasi, guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas tersebut diulangi lagi. Selain itu, guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul.

Untuk mendorong minat murid-murid mempelajari bahasa, pengajaran kemahiran bertutur perlu dimulakan pada peringkat awal. Pita rakaman merupakan bahan latih tubi yang boleh digunakan oleh guru dalam melatih murid-murid bertutur. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru perlu memandu mereka melalui latih tubi menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu.

Pendekatan komunikatif pula mengutamakan kecekapan komunikatif. Ia menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur meliputi kecekapan bahasa dan kecekapan komunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan beberapa prinsip.

Antaranya, guru perlu mendorong murid berinteraksi dengna rakan-rakan mereka. Komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya.

Selain itu, guru perlu mendedahkan murid-murid kepada pelbagai situasi formal dan tak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Tujuannya, murid dapat menggunakan pelbagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan ini dapat melatih murid berfikir dan menggunakan pelbagai bentuk bahasa, paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan.

Di samping itu, guru juga perlu membentuk hubungan yang positif dengan murid dan di antara murid. Dengan ini, persekitaran pembelajaran yang mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan dapat dibentuk. Aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan jayanya sekiranya murid berpengalaman dan berpengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran kemahiran lisan.

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dnegan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid-murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. Guru perlu menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan sebagainya.

Dengan pengaplikasian kaedah terus, tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh yang sesuai. Murid dilatih untuk membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif dan guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Kaedah ini membolehkan murid menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Kaedah ini berjaya sekiranya murid terlibat secara aktif dalam pertuturan dan mempraktikkan kemahiran yang diajar di luar bilik darjah.

Kaedah linguistik ialah kaedah yang mendahulukan perkataan yang hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan dan ayat yang mempunyai bentuk yang sama. Dengan ini, boleh memahami dan bertutur dlam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru boleh melaksanakan pengajaran dengan menyebut bunyi perkataan dalam bahasa sasaran dan murid membunyikan bunyi-bunyi tersebut.Seterusnya, guru memberi contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa dan murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah komunikatif dibentuk berlandaskan teori interaksi.Kaedah ini berprinsip bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.Kaedah ini bertujuan membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa dan kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar. Oleh itu, pengajaran guru perlu merangkumi kecekapan bahasa dan komunikatif. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan membuat gambaran makna tersebut dalam struktur ayat tertentu.

Kaedah ini menegaskan bahawa pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.

Murid-murid dibenarkan membuat kesilapan di mana mereka melakukannya semasa membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kaedah ini juga mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.

Setelah guru memilih pendekatan dan kaedah untuk menyampaikan sesuatu kemahiran lisan, guru perlu memilih teknik pengajaran pula. Guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran yang sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bertutur. Antaranya latih tubi, bercerita, tunjuk cara, penyelesaian masalah, lakonan, perbincangan , berbahas, perbualan dan sebagainya.

Kemahiran membaca perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai agar dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran ini perlu diajar secara berperingkat agar demi penguasaan yang optimum. Bahan bacaan perlu diperbagaikan dan diajar menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca. Terdapat empat pendekatan dalam pengajaran kemahiran membaca. Antaranya pendekatan binaa, pendekatan cerakinan, pendekatan komunikati, dan pendekatan pengalaman bahasa.

Mengikut pendekatan binaan atau pendekatan sintesis, pengajaran kemahiran membaca dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu dan diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf terlebih dahulu dan diikuti suku kata, perkataan dan akhirnya membentuk ayat.

Pendekatan cerakinan adalah pendekatan pengajaran yang memperkenalkan unsur-unsur besar terlebih dahulu. Unsur-unsur yang besar ini akan dicerakinkan kepaa unsur-unsur yang kecil dan membentuk struktur yang besar. Contohnya guru memperkenalkan sesuatu ayat dan kemudiannya mencerakinkan ayat tersebut kepada perkataan, suku kata dan seterusnya huruf. Tujuannya murid dapat menghubungkaitkan huruf yang tidak bermakna dan abstrak dengan ayat yang bermakna.

Pendekatan komunikatif mementingkan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Guru perlu merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi murid-murid boleh berkomunikasi dengan cekap. Murid-murid perlu mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukan sebelum berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan. Contoh aktiviti adalah seperti bercerita, teater pembaca, laporan dan ulasan buku.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif memperlihat hukum hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum hukum tadi melalui contoh contoh yang konkrit ( Kamaruddin Haji Husin, et al.1997:22-24).Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti berikut:

Rajah 1.1 : Konsep Pendekatan Deduktif

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan murid murid mempelajari peraturan peraturan dan diberikan maklumat tertentu tentang bahasa yang dipelajari.Murid akan mengaplikasikan peraturan peraturan itu apabila menggunakan bahasa tersebut.Pendekatan ini juga menyarankan supaya analisis rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu, sebelum guru menunjukkan pengaplikasian rumus melalui contoh-contoh.

Ringkasnya prosedur pengajarn pendekatan ini dimulakan dengan pengenalan rumus.Rumus tersebut mestilah telah sedia diketahui oleh murid.Manakala contoh-contoh pula harus berkaitan dengan isi pelajaran,Pada masa ini guru perlu membimbing murid melaksanakan aktiviti melalui contoh yang terarah dan terancang.Prinsip penggunaan pendekatan deduktif seperti di rajah 1.2

Rajah 1.2 : Prinsip Penggunaan Pendekatan Deduktif

Ciri- ciri pendekatan deduktif Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif

Pembelajaran mementingkan pengatahuan bukan pembentukan kebiasaan

Bersifat ideasionalisme untuk mendapat ilmu pengetahuan

Penyusunan isi, bermula dengan keseluruhan kepada lebih kompleks

Permulaan pengajaran dengan generalisasi, diikuti dengan contoh.

Guru pentingkan undang-undang pengajaran bahasa, dari penggunaan bahasa.

Pembelajaran kefahaman lebih utama.

Menitikberatkan kemahiran tulisan.

Kelebihan Pendekatan Deduktif

Walaupun pendekatan ini dianggap pendekatan tradisional, namun terdapat beberapa kelebihan, antaranya:

Penyampaian pengajaran guru lebih mudah,kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat persediaan.

Sesuai diajar murid yang pandai,sebab mereka mudah memahami dan mengikutinya

Pengajaran dimulakan dengan generalisasi sebelum diberi contoh, mudah difahami murid.

Kefahaman generalisasi dinilai dengan meminta murid menggunakan dalam situasi yang hampir sama.

Rumusan kepada pengajaran dan pembelajaran pendekatan deduktif seperti rajah 1.3 Rajah 1.3 : Rumusan Prosedur Pengajaran Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

Menurut Jonh M.Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh, kemudian bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Manalaka kamaruddin Husin (1988), pula berpendapat induktif merupakan satu pendekatan pengajaran yang bermula dengan contoh-contoh kemudian guru membuat pengitlakan terhadap unsur unsur yang terdapat dalam contoh contoh tersebut.

Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahului contoh contoh struktur penggunaan unsur unsur tatabahasa yang dipelajari, dan barulah membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini melibatkan proses pemerhatian,kajian dan analisis tentang aspek bahasa pada awal pengajaran , kemudian barulah kesimpulan.Ini bermakna guru digalakkan member definisi, menerangkan peraturan, isi kandungan keseluruhan pengajaran dan pada akhirnya membuat kesimpulan.

Terdapat 3 proses pengajaran menggunakan pendekatan induktif iaitu seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.4

Konsep pendekatan induktif boleh diterangkan melalui perincian seperti di bawah:

Mempelajari sesuatu bagi mendapatkan hukum.

Memperkenalkanpengetahuan dan member pengalaman.

Mengumpul maklumat untuk membentuk hukum.

Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh contoh tertentu.

Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran.

Membuat justifikasi daripada spesifik kepada umum.

Kaedah penaakulan bagi mendapat peraturan, daripada fakta atau contoh.

Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan

Gunakan pengalaman deria bagi memperolehi ilmu

Mementingkan kekerapan ulangan untuk menguasai kemahiran

Menekankan pengajaran berbentuk konkrit

Selaras dengan linguistik struktural terutama dalam pengajaran tatabahasa

Murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru

Penglibatan pelajar secara aktif

Bersifat saintifik dan situasi pengajaran yang menarik.

Menekankan aspek lisan

Menggunakan model iaitu contoh kepada generalisasi

Ciri- ciri pendekatan induktif

Rajah 1.5 : ciri - ciri pendekatan induktif

Pendekatan induktif mempunyai banyak faedah jika digunakan dengan cara yang betul.Bagi tujuan tersebut guru perlulah mematuhi beberapa prinsip utama seperti yang ditunjukkan di rajah 1.6

Rajah1.6: Prinsip Pendekatan Induktif

Strategi Pengajaran Pendekatan Induktif Menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru menentuan struktur isi pengajaran,kemudian menyusunnya supaya isi pelajaran menarik.

Penentuan kebolehan kognatif iaitu kemahiran intelektual ,melibatkan contoh pada awal pengajaran diikuti dengan kesimpulan pada akhir.

Prosedur pengajaran melibatkan langkah pengajaran yang dirancang iaitu pendahuluan,pembentukan konsep, dan membuat generalisasi pada peringkat penutup.

Kelemahan Pendekatan Induktif Sukar mendapat kerjasama dari murid kerana sudah biasa dengan amalan deduktif.

Membazirkan masa disebabkan murid perlu member contoh yang banyak untuk menyelesaikan masalah pemmbelajaran

Membebankan gurukerana perlu membuat perancangan yang rapi dan teliti

Kurang berkesan bagi murid yang cerdas kerana cepat bosan

Rumusan Prosedur pengajaran pendekatan induktif seperti rajah 1.7

Rajah 1.7 : Rumusan Pengajaran Pendekatan Induktif

Pendekatan Eklektif

Pendekatan elektif merupakan pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. . Dalam konteks ini guru tidak perlu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid. Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba mencantumkan unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu strategi yang lebih seimbang.(Menurut Kamarudin Haji Husin,1991:37) Pendekatan ini biasanya diambil daripada pelbagai ciri yang baik dan ini akan menyakinkan murid-murid. Sifat pendekatan ini juga luwes dan mudah ubah.Prinsip pendekatan eklektik Rajah 1.8: Prinsip Pendekatan Elektik

Dua variasi pendekatan eklektikRajah 1:9 Dua variasi pendekatan eklektik

Dalam variasi yang pertama,pengajaran dimulakan dengan contoh yang berkaitan dan contoh daripada murid.Kemudian murid dibimbing untuk menghasikan generalisasi. Akhinya murid dibimbing untuk memberikan contoh-contoh lain dalam konteks yang sama apabila generalisai diaplikasikan.

Dalam variasi kedua pula, pengajaran dimulakan dengan menyatakan generalisasi yang berkenaan.Kemudian contoh- contoh diberikan oleh guru dan pelajar untuk menjelaskan generalisasi berkenaan.Akhirnya generalisasi itu diaplikasikan dalam konteks yang sama.

Kebaikan pendekatan eklektif Sifatnya yang mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.

Sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.

Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan itu.

Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan.

Pendekatan komunikatif Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an.Ahli linguistik berpendapat bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan digunakan Sesutu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.

Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.

Kecekapan Berkomunikasi

Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin :1998:38-40).Pendekatan pengajaran ini boleh digambarkan berdasarkan rajah yang berikut:

Kecekapan berbahasa dalam:

Fonologi

Perbendaharaan kata

Tatabahasa

Makna perkataan

Kecekapan sosiolinguistik dalam:

Perhubungan lisan

Penggunaan bahasa tertentu

Kebolehan naratif

Merujuk

Mengubahsuai gaya bahasa

Rajah 1.10: Model pendekatan komunikatif

Jika anda teliti Rajah 1.10, pendekatan komunikatif mempunyai kaitan dengan komunikasi.Namun secara perbandingan, pendekatan ini memberi penekanan kepada penguasaan aspek lisan dalam aktiviti pembelajaran bahasa.

Prinsip pendekatan komunikatifRajah 1.11 : Prinsip Pendekatan Komunikatif

Ciri- ciri pendekatan komunikatif Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain.

Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan.

Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari.

Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul.

Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Pendekatan Tematik

Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar.Tema dipecahkan kepada komponen yang kecil. Ini membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan.Secara keseluruhannya,pendekatan tematik akan memberi peluang kepada mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan.

Tujuan Pendekatan TematikRajah 1.12 : Tujuan Pendekatan Tematik

Prinsip Pendekatan Tematik Tema sesuai dengan minat, kebolehan dan minat pelajar.

Tema berkait rapat dengan kehidupan pelajar.

Tema mempunyai skop yang luas meliputi pelbagai bidang.

Sekuen tema amat penting bagi pelajar supaya dapat mengikuti topik dengan lancar

Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang banyak.

Dalam kemahiran berbahasa terdapat beberapa lagi pendekatan yang sesuai diaplikasikan mengikut kemahiran- kemahiran pengajaran berbahasa. Antara seperti yang di tunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah 1.13 : Pendekatan Kemahiran Berbahasa

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Lisan (Bertutur & Mendengar) Pendekatan Situasi

Diperkenalkan oleh Mackey (1965), menegaskan pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi yang betul dalam pola ,nada dan intonasi tertentu.Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata kata dan unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar makna yang betul.dan teori

Pendekatan ini berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran Behaviorisme. Teo:ri ini beranggapan untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan,perlu menguasai dahulu kemahiran asas lain dahulu.Antaranya menguasai kemahiran :

Membuat tanggapan

Mengingat

Membunyikan perkataan

Aspek struktur bahasa

Hal yang demikian,melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat dibaiki dari semasa ke semasa.Dengan demikian pendekatan situasi mestilah berlandaskan kepada prinsip pengajaran seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.14

Rajah 1.14 : Prinsip Pendekatan Situasi

Pendekatan Pengajaran Kemahiran BacaanPendekatan Binaan

Dikenali juga dengan pendekatan sintesis.Mengikut pendekatan ini kemahiran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil diikuti unsur terbesar.Contoh murid diperkenalkan dahulu dengan huruf, diikuti dengan gabungan huruf menjadi suku kata, kemudian menjadi perkataan dan seterusnya ayat.Penggunaan pendekatan ini boleh dijalakan bersama dengan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan

Dikenali juga dengan pendekatan analisis adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur unsur besar, yang dicerakinkan menjadi unsur yang kecil Pengajaran kemahiran membaca dimulakan dengan cerita atau ayat Ayat- ayat itu akan dicerakinkan menjadi sukata dan huruf-huruf.Murid dapat mengaitkan huruf yang tiada bermakna dengan ayat yang bermakna.Jadi murid mempelajari sesuatu yang menarik dan bermakna.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan ini memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dalam membaca. Murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan dalam tulisan sekiranya mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama.Terdapat tiga peringkat pemahaman dalam proses membaca iaitu:

Lateral

Interpretasi dan inferens

Penilaian makna

Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada bagi memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat itu.Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid harus mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (tatabahasa, istilah,keindahan bahasa, ragam,laras bahasa dan lain-lain lagi) untuk mengetahui tulisan dibacanya.

Prosuder pendekatan pengalaman bahasa Pendekatan pengajaran kemahiran menulis Pendekatan proses

Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya.Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, unsur-unsur ini adalah saling berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan. Bibliografi

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik? Retrieved from:http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

Kaedah Pengajaran. Retrieved from http://pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm5