bmk 3043 seni mengarang tugasan 1

9
BMK3043 SENI MENGARANG TUGASAN 1 Anda dikehendaki mengulas sebuah artikel daripada jurnal berkaitan bahasa atau kesusasteraan Melayu. NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY NOMBOR I.D. : D20112055167 KUMPULAN : UPSI07 NAMA PENSYARAH : ENCIK GHAZALI BIN DIN TARIKH AKHIR : 25 OKTOBER 2013 PENGHARGAAN

Upload: nitotony73

Post on 29-Nov-2015

467 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

BMK3043

SENI MENGARANG

TUGASAN 1

Anda dikehendaki mengulas sebuah artikel daripada jurnal berkaitan bahasa atau

kesusasteraan Melayu.

NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY

NOMBOR I.D. : D20112055167

KUMPULAN : UPSI07

NAMA PENSYARAH : ENCIK GHAZALI BIN DIN

TARIKH AKHIR : 25 OKTOBER 2013

Page 2: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Ghazali

bin Din kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya

untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

Kandungan

Bilangan Perkara Muka surat

1 Tajuk 1

2 Penulis 1

3 Sumber 1

4 Kumpulan sasaran 1

5 Alasan kenapa kajian dijalankan 1

6 Objektif kajian 1

7 Kaedah kajian 2

8 Dapatan kajian 2

9 Kesimpulan 4

10 Rujukan 5

Page 4: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

Tajuk : Bahasa Melayu Menongkah Zaman

Penulis : Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Sumber : Dewan Bahasa, Mei 2013 Jilid 13 Bil. 05

Kumpulan sasaran : Pengguna, penutur dan pencinta bahasa Melayu iaitu

semua rakyat Malaysia terutamanya bangsa

Melayu itu sendiri.

Alasan kenapa kajian dijalankan :

Bagi mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang telah termaktub dalam

perlembagaan, usaha meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan tertinggi perlulah

diterjemahkan dalam urusan harian masing-masing. Sesiapa pun tidak dihalang untuk bertutur

atau menggunakan bahasa selain bahasa Melayu, tetapi perlulah bijak menggunakannya

mengikut suasana atau situasi. Cabaran dimensi baharu ini bukanlah mudah untuk ditangkis jika

strategi berkesan tidak dilakukan dengan sewajarnya. Tambahan lagi, saban waktu dihujani oleh

persoalan yang menguji tahap kesabaran kita sebagai pencinta bahasa Melayu.

Objektif kajian :

i. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca bagi masyarakat pada masa

kini.

ii. Memperkembangkan bahasa Melayu untuk perubahan dan persaingan dengan bahasa

lain.

iii. Menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyebaran pelbagai ilmu dan falsafah.

iv. Menangani cabaran bahasa Melayu daripada dipinggirkan dan perlu diberi keutamaan.

v. Meletakkan bahasa Melayu pada kedudukan yang tertinggi setanding bahasa lain.

vi. Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu membawa

kemodenan dan kemajuan.

1

Page 5: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

vii. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Kaedah kajian :

i. Bacaan atau pemerhatian terhadap artikel yang dikaji dengan teliti dan berulang kali.

ii. Semakan semula berdasarkan sejarah Bahasa Melayu pada zaman kegemilangannya.

iii. Pandangan atau pendapat daripada tokoh-tokoh, ahli-ahli dan pencinta bahasa Melayu.

iv. Rujukan daripada makalah-makalah yang ditulis oleh tokoh-tokoh bahasa tempatan dan

orang asing mengenai bahasa Melayu.

v. Tindak balas atau sambutan daripada institusi pengajian seperti universiti dan kolej

swasta tentang penggunaan bahasa Melayu.

vi. Pengesanan penggunaan bahasa Melayu oleh orang tempatan atau orang asing dan pada

majlis rasmi atau tidak rasmi.

Dapatan kajian :

Artikel ini memberi maklumat bahawa Bahasa Melayu sangat penting pada masa dahulu dan

menjadi bahasa lingua franca bagi masyarakat pada masa itu. Sejajar dengan perkembangan

semasa, Bahasa Melayu turut menerima perubahan dan terpaksa bersaing dengan Bahasa lain,

contohnya Bahasa Inggeris. Artikel ini juga disokong oleh pelbagai penulis dan sumber.

Diantaranya ialah, menurut Hassan Ahmad dalam pidatonya “Cabaran Dunia Bahasa Melayu”,

sejumlah 84 bahasa digunakan di pelabuhan Melaka dan Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua

franca. Bahasa Melayu juga menjadi wahana penyebaran pelbagai ilmu pengetahuan dan falsafah

dengan wujudnya pusat intelektual terkemuka seperti di Pasai, Melaka, Acheh, Patani,

Palembang, Banjar, Batam dan Riau. Selain daripada itu, artikel ini juga menyentuh mengenai

cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Bahasa Melayu pada masa sekarang. Kini, Bahasa Melayu

seolah-olah dipinggirkan dan penggunaan Bahasa Inggeris lebih diutamakan dari segenap sudut.

Artikel ini ditulis dengan menggunakan Penyataan Deduktif. Penyataan Deduktif bermaksud

pemikiran dari sesuatu penyataan umum kepada satu kesimpulan yang bersifat khusus.

2

Page 6: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

Contohnya, penulis artikel ini telah menyatakan masalah yang ingin ditonjolkan iaitu mengenai

Bahasa Melayu yang terpaksa bersaing dengan Bahasa lain sejajar dengan perubahan globalisasi.

Masalah timbul apabila rakyat Malaysia sendiri lebih selesa dan berbangga menggunakan

Bahasa Inggeris dalam kehidupan berbanding dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Justeru, bagi mendukung Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang termaktub dalam

perlembagaan, usaha meletakkan Bahasa Melayu pada kedudukan tertinggi perlulah

diterjemahkan dalam urusan harian masing-masing. Setelah menyatakan masalah, penulis artikel

ini membuat generalisasi dengan menyokong isi artikel dengan pelbagai sumber maklumat.

Sebagai contoh, diantaranya ialah, Hassan Ahmad, Asiah Idris, Dr James T. Collins, Rozali

Rejab, Abang Patdeli Abang Muhi, Kamal Shukri Abdullah Sani dan A. Aziz Deraman.

Isi kandungan artikel ini pula disokong oleh hasil tulisan dari sumber buku, jurnal, pidato dan

hasil kajian oleh ahli akademik. Ini menunjukkan penulis artikel ini membuat kajian yang

menggunakan pelbagai sumber untuk menghasilkan artikel yang berilmiah, berkualiti dan

memberi informasi kepada pembaca. Selain daripada itu, penulis menggunakan gaya bahasa

yang mudah difahami oleh orang ramai. Penyampaian berjaya menarik perhatian pembaca.

Pembaca artikel ini berfikir tentang apakah kesudahan nasib Bahasa Melayu sekiranya sebagai

rakyat Malaysia sendiri tidak mempunyai semangat patriotik dan cintakan bahasa kebangsaan

sendiri.

Dari aspek kelemahan artikel pula, walaupun artikel ini ditulis dengan pelbagai sember

maklumat, artikel ini masih boleh diragui dari aspek keesahan isi kandungan. Secara

keseluruhannya, artikel ini disampaikan dengan menggunakan Penyataan Deduktif. Melalui

Penyataan Deduktif, isi penyampaian lebih kepada kritikan sosial dan ia menggalakkan pembaca

atau individu supaya berfikiran terbuka terhadap sesuatu isu. Penyampaian adalah dari aspek

umum hingga ke aspek yang lebih khusus. Bagi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan

sejarah tentang zaman kesultanan Melaka dan isu kenegaraan, agak sukar bagi mereka

memahami isi-isi penting yang cuba disampaikan oleh penulis.

Penyampaian artikel ini pula lebih kepada maklumat kualitatif. Semuanya dalam bentuk

penerangan dan tidak disertai oleh maklumat atau data kuantitatif. Tidak ada bukti atau hujah

3

Page 7: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

secara saintifik dalam artikel tersebut. Contohnya, melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir

maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dari aspek kuantitatif, sebagai

pembaca, kita tidak tahu dan pasti berapakah jumlah rakyat Malaysia yang fasih berbahasa

Melayu dan juga bagaimana Bahasa Inggeris digunakan. Adakah dalam urusan rasmi, dalam

kehidupan seharian dan sebagainya. Penyataan secara spesifik dan saintifik sangat penting

supaya sebagai pembaca, kita jelas dan boleh membuat penilaian yang adil dan tidak berat

sebelah.

Selain daripada itu, penulis artikel dicadangkan agar menulis sumber rujukan delam helaian lain

supaya memudahkan pembaca membaca sumber maklumat tersebut. Secara keseluruhannya,

artikel ini berkualiti, memberi banyak maklumat kepada pembaca dan disokong oleh pelbagai

sumber. Tajuk artikel sesuai dan berkesinambungan dengan isi kandungan. Penulis artikel ini

membuat perbandingan tentang kepentingan penggunaan Bahasa Melayu pada masa dahulu dan

pada masa sekarang. Jika dahulu Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca tetapi kini telah

diambil alih oleh Bahasa Inggeris.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, artikel yang bertajuk “Bahasa Melayu Menongkah Zaman” hasil

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong menarik, bermaklumat, ilmiah dan disokong oleh pelbagai

sumber. Ia menunjukkan penulis membuat kajian sebelum menghasilkan artikel tersebut. Artikel

ini juga mudah difahami dan isi kandungan relevan dengan tajuk artikel yang dipilih. Tajuk

artikel berjaya menarik pembaca untuk membaca artikel yang dihasilkan. Ia disampaikan secara

berperingkat dari perkara umum kepada perkara yang lebih spesifik. Pembaca membaca dari isu

yang mudah dan kemudian kepada isu yang lebih sukar. Artikel ini berbentuk ilmiah dan

menggalakkan pembaca untuk berfikir secara terbuka dan boleh menerima sesuatu isu yang

disampaikan.

Walaupun demikian, artikel ini boleh diperbaiki dengan menggunakan dua cara penyampaian isi

iaitu dengan Penyataan Deduktif dan juga dengan Penyataan Induktif. Justeru, artikel akan

menjadi lebih menarik, dan bermutu dengan adanya bukti secara saintifik (kuantitatif). Ia

menjadikan artikel ini mempunyai keesahan yang tidak boleh diragui oleh pembaca.

4

Page 8: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 1

RUJUKAN

Majalah

Pelita Bahasa, Mei 2013 Jilid 25 Bilangan 05

Dewan Bahasa, Mei 2013 Jilid 13 Bilangan 05

Dewan Masyarakat Julai 2013 Jilid 51 Bilangan 07

Dewan Budaya, Ogos 2013 Jilid 34 Bilangan 08

Buku

Kumpulan Karangan daripada Majalah Dewan Bahasa. (1981). Di sekitar Persoalan

Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Aris Hj. Osman. (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Petaling

Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

Negara Kita (1983). Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Institut

Tadbiran Negara. Kuala Lumpur.

Tengku Anuar. (1987). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur:

Nurin Enterprise.

5