bm3101 assignment

17
1.0 Tugasan 1 (Esei) Menurut Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1, Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Bagi mencapai matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran, beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajar secara khusus dalam waktu yang telah diperuntukkan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Menurut Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 2, aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa , memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian a aktiviti secara didik hibur. Dalam aspek ini, murid digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka. Semasa guru mengajar aspek seni bahasa, guru perlu memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur; mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara 1

Upload: kelly-yixin

Post on 29-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

A

TRANSCRIPT

1.0 Tugasan 1 (Esei)Menurut Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1, Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Bagi mencapai matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran, beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajar secara khusus dalam waktu yang telah diperuntukkan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Menurut Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 2, aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa , memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian a aktiviti secara didik hibur. Dalam aspek ini, murid digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka. Semasa guru mengajar aspek seni bahasa, guru perlu memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur; mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan melafazkan dan membina pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur. Walau bagaimanapun, saya sebagai guru Bahasa Melayu pada suatu hari nanti mungkin menghadapi pelbagai jenis masalah dalam merealisasikan objektif aspek Seni Bahasa dalam kalangan murid. Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah?Antara masalah yang mungkin saya hadapi ialah masalah murid kurang minat untuk belajar aspek seni bahasa. Mereka berasa bosan dan tidak memberi perhatian semasa guru mengajar seni bahasa dalam kelas menyebabkan objektif Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran aspek Seni Bahasa tidak dapat direalisasikan. Hal ini mungkin disebabkan oleh kaedah atau teknik pengajaran guru membosankan para pelajar. Oleh itu, Seni bahasa perlu dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti teknik main peranan, simulasi, permainan bahasa, bercerita dan sebagainya. Misalnya jika guru mengajar seni bahasa melalui teknik main peranan boleh menarik minat pelajar ke arah pengajaran yang dijalankan oleh guru kerana aktiviti ini melibatkan keseluruhan murid dalam kelas. Guru boleh terlebih dahulu merancang aktiviti-aktiviti bahasa yang dapat melibatkan pelajar berlatih untuk berinteraksi. Peranan tertentu diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajarnya dan kemudian mereka diminta untuk melakonkan secara spontan. Pelajar juga boleh memperkembangkan watak yang dilakonkan. Teknik ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan melibatkan keseluruhan pelajar di dalam kelas. Peranan yang dilakonkan oleh pelajar juga dapat memberikan contoh tingkah laku yang boleh menjadi lebih efektif daripada hanya bercakap sahaja mengenai situasi. Bahasa yang digunakan oleh pelajar juga hendaklah sesuai dengan situasi yang diberi. (Kamarudin Hj. Husin, 1997 : 23) Teknik ini boleh menarik minat pelajar ke arah pengajaran yang dijalankan oleh guru kerana aktiviti ini melibatkan keseluruhan murid dalam kelas.Masalah lain yang mungkin dihadapi ialah permasalahan murid menguasai kemahiran membaca. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Masalah ini boleh disebabkan sikap murid lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan mereka kurang inisiatif untuk menggunakan sebutan baku dan menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa intelektual yang dinamik. (Abdul Rasid Jamian, 2011) Oleh itu, mereka menyebut kata-kata pinjaman daripada bahasa tersebut mengikut sebutan bahasa Inggeris dan bukannya sebutan baku. Keadaan ini akan mengakibatkan berlakunya proses seperti proses pengguguran, proses penyisipan dan proses penggantian. Contohnya dalam proses pengguguran vokal, pelajar mengujarkan perkataan tentra dengan menggugurkan vokal // di tengah. Masalah sebutan ini juga disebabkan pelajar berasal dari kawasan yang berbeza dan mempunyai dialek yang tersendiri. Misalnya, pelajar yang berasal dari selatan akan membunyikan /a/ sebagai [] dan /r/ pada akhir kata disenyapkan. Manakala pelajar dari utara mengekalkan bunyi /a/ dan /r/ pada akhir kata. Pelajar yang mempunyai masalah sebutan akan berasa terasing. Mereka tidak suka bergaul, memberi pendapat atau melahirkan perasaan.(Kamarudin Hj. Husin, 1990 : 44 )Murid-murid tidak dapat mengecam bunyi atau ciri-ciri hentian, tekanan, irama dan intonasi semasa mereka membaca karya sastera secara bersuara dalam kelas. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru haruslah sentiasa mengadakan aktiviti perbualan, dialog atau soal jawab di dalam kelas. Dari sudut teknik pula, guru menggunakan teknik membaca kuat atau mekanis serta penulisan di papan hitam. Teknik membaca kuat atau mekanis ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kemahiran berbahasa pelajar dari segi sebutan iaitu membaca pantun dengan nada dan irama yang betul. Guru juga bolehlah bersoal jawab dengan pelajar tentang pelajaran yang lepas, atau mengadakan perbualan yang tidak formal tentang persekitaran mereka atau tentang hal ehwal semasa. Perbualan seperti ini menggalakkan pelajar untuk bertutur tanpa perasaan malu atau takut. Secara tidak langsungnya aktiviti ini membolehkan guru mengesan kesilapan sebutan pelajar. Guru juga boleh mengadakan aktiviti bercerita, misalnya meminta murid menerangkan satu siri gambar yang berkaitan dengan pantun yang telah dipelajari. Guru juga boleh mengadakan aktiviti lakonan cerita dalam kelas. Guru menggalakkan pelajar menumpukan perhatian kepada tingkah laku komunikatif. Guru akan bertindak sebagai pemerhati dan mencatatkan kesilapan sebutan pelajar. Kaedah latih tubi yang dijalankan dengan kerap dalam bacaan juga dapat membantu sebutan serta kelancaran murid dalam bacaan. Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. ( Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 245). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu sesiapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dikumpulkan dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat. Pelajar lemah dalam memahami maksud puisi klasik yang hendak disampaikan dan bertindak liar kerana mesej puisi klasik tidak dapat disampaikan. Masalah ini berlaku kerana murid-murid kurang didedah dengan karya sastera seperti sajak, pantun dan sebagainya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jika pelajar itu sering membaca puisi seperti sajak, pantun dan sebagainya ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar berkenaan memahami maksud tersirat yang hendak disampaikan dalam sesebuah puisi yang dibaca oleh mereka. Masalah ini juga berlaku kerana kadangkala guru bahasa Melayu memilih bahan sastera seperti sajak dan sebagainya dalam pengajaran pembelajaran tanpa mempertimbangkan beberapa perkara secara menyeluruh. Guru tidak memilih bahan sastera yang sesuai mengikut kemampuan pelajar mengikut umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005 : 56 ) Teks yang dipilih oleh guru juga tidak sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan. Oleh itu, untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap bahan sastera, guru sendiri haruslah mengetahui apa yang ingin diajarkan kepada pelajar. Pengetahuan sedia ada dan persediaan yang cukup sebelum guru masuk ke kelas amat diperlukan. Jika murid bertanya soalan di kelas, guru mestilah dapat menjawab soalan atau membantu murid menyelesaikan masalah dengan penuh keyakinan. Sekiranya guru tersebut dapat mengajar pelajar dengan berkesan dan penuh yakin secara tidak langsung dapat mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Kefahaman pelajar terhadap isi kandungan juga berkait rapat dengan keberkesanan guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar dalam bilik darjah. Oleh itu, Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik.(Mok Soon Sang, 1996 : 89 ) Guru perlu mempunyai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar yang terdiri daripada media elektronik seperti alat perakam, radio, televisyen, komputer dan sebagainya. Contohnya, guru boleh menggunakan alat perakam dan komputer untuk mengajar teknik deklamasi sajak yang betul. ( Dr. Faridah binti Nazir & Dr Tuan Jah binti Tuan Yusof, 2013 : 223 ) Guru-guru boleh memperdengarkan contoh deklamasi sajak komputer kemudian murid-murid diminta mendeklamasikan sajak yang telah didengar dengan sebutan, nada dan intonasi tang betul. Guru boleh merakam deklamasi sajak yang dijalankan oleh murid dengan alat perakam dan memperdengarkannya semula kepada semua murid. Guru sepatutnya menggunakan pendekatan yang sesuai contohnya guru menggunakan pendekatan eklektik iaitu gabungan pendekatan deduktif dengan pendekatan induktif. Pendekatan deduktif ialah pendekatan yang dimulai dengan mengemukakan contoh-contoh dan barulah membuat generalisasi manakala pendekatan induktif pula ialah pendekatan yang mengutamakan generalisasi terlebih dahulu dan barulah mengemukakan contoh-contoh. Kesimpulannya, sebagai seorang pengajar, guru haruslah berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam perubahan pendidikan. Guru hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, demi menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa, serta dalam persekitaran sosial. Guru juga hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Oleh itu, guru sepatutnya berpandangan positif dan fleksibel dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi di dalam kelas semasa ingin merealisasikan objektif aspek Seni Bahasa ini.

2.0 Tugasan 2 (Grafik)Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah sama ada yang diterjemahkan dalam KBSR atau KSSR bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa yang betul. Sehubungan dengan itu, guru perlu melaksanakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dengan perancangan yang lengkap dan teratur. Guru juga perlu mengaplikasikan pelbagai strategi untuk mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Strategi P&P juga perlu berlandaskan kepada penyepaduan Konsep 5P iaitu strategi penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Grafik berikut akan menjelaskan Konsep 5P secara lanjut;

Penggabungjalinan

PenyerapanPengayaan

KONSEP 5P

PemulihanPenilaian

12

Kemahiran berbahasa dikuasai secara serentak.Bentuk pengajaran lebih menarik.Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.Aktiviti P&P melibatkan pelbagai kemahiran, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta kemahiran tersendiri yang dimiliki oleh guru dalam cara penyampaian.Proses dalam satu sesi P&P yang menyarankan supaya bidang-bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan.

Definisi

Tujuan

2.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan KemahiranPrinsipKaedah

Mudah diubah dan bergantung pada matlamat dan objektif P&P yang hendak dicapai.Guru mengetahui apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkanGuru merancang kemahiran fokus dan sampingan dengan baik.Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan Aktiviti

Aktiviti

Mendengar dan Bertutur

Bacaan dan KefahamanTulisan

BerbualBerbincangBertemu ramahBerbahasBerceramahBerceritaBerlakon

MemahamiMengesan isi pentingMeringkasMembuat ayatMemberi maknaMenghurai ungkapanKaranganLaporanUlasanUcapanArahanIklan Mencatat isi

Penggabungjalinan Aktiviti3 Kaedah PenggabungjalinanPenggabungjalinan Kemahiran

Penggabungjalinan BahanBahanBahan utama(Petikan)Bahan sokongan(Bahan rangsangan)Bahan lisan(Rakaman)RencanaLaporanBeritaUcapanPengumumanUlasanIklanGambarDataRajahGrafCartaUcapanUlasanKomentarLaporanTemu bualPengumumanPenggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Mata Pelajaran Muzik dan Pendidikan SeniPenggabungjalinan Bahasa MelayuKemahiran BertuturKemahiran Pendidikan SeniKemahiran MuzikKemahiran BahasaKemahiran MenulisBahasa MelayuKemahiran MembacaKemahiran Mendengar

Aspek PembelajaranAspek KomunikasiAspek Pengetahuan/ isi pelajaranAspek Nilai Murni

-Menambahkan kefahaman mematuhi arahan dan peraturan -Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;-Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang minati;-Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;-Membentuk pemikiran yang rasional

Membantu murid menguasai pengetahuan penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa yang lain.

-Penyerapan daripada aspek pengetahuan atau isi pelajaran meliputi bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain.-Penyerapan pelbagai karya sastera.-penyerapan pengetahuan am

-Pembinaan nilai murni melalui aktiviti secara individu, berkumpulan atau kelas

Sains & TeknologiPendidikan Jasmani & kesihatanEstetikaIlmu kemanusiaanNilai Keterampilan diri

Penguasaan pengetahuan sains, matematik, teknologi Aspek Penyerapan dalam KSSRperkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diriPemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasiPenguasaan ilmu tentang kemasyarakatan, alam sekitar setempat, negara, global.Fokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilaiPemupukan kepimpinan dan sahsiah melalui kokurikulum.

Aspek Penyerapan dalam KBSRDefinisi2.2 Penyerapanproses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar

Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan.Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti:Kerja projek;Bacaan tambahan;Permainan dan rekreasAkses KendiriPembelajaran berbantukan komputer.

Takrif

Aktiviti Penggayaan

2.3 PengayaanMenggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri;Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan;Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

Prinsip Perancangan Aktiviti Pengayaan

Menggunakan daya usaha sendiri;Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubahMelibatkan pembacaan luas; danMemberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

Objektif

Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka;Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju;Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; danMeneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

Takrif

2.4 PemulihanObjektif

Bacaan BerpanduBahan belajar kendiriPendekatan pengalaman bahasaPusat PembelajaranAktiviti pukal pembelajaranProses penulisan

-Menyertakan gambar dalam petikan untuk membantu murid yang mengalami masalah dalam pembacaan.-Meminta murid membeli kamus dan buku kerja.

-Guru boleh mengajar pelbagai kemahiran dalam Bahasa Melayu dengan membawa murid sendiri situasi yang dipelajari.-Membawa murid ke bilik multimedia dan perpustakaan untuk mencari bahan berkaitan dengan Bahasa Melayu-Guru menyusun rancangan pelajaran masing-masing supaya pencapaian murid-murid yang lemah dalam kemahiran bahasa dapat ditingkatkan.-Murid-murid dilatih menulis kemahiran paling asas, iaitu huruf secara ansur maju hingga boleh menulis suku kata, perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Aktiviti Pemulihan

penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Jenis Aktiviti PenilaianDalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&PPenilaian Mengesan Penguasaan

Penilaian Formatif

Penilaian Mengesan Kemajuan

Penilaian Sumatif2.5 Penilaian

Penilaian Mengesan PencapaianPenilaian Mengesan PencapaianPenilaian SumatifPenilaian formatif PerbezaanPenilaian sumatif

Maklum balas kepada pelajar dan guru tentang kemajuan dan kelemahan.FungsiPensijilan dan penggredan

Sepanjang pengajaranMasaPada akhir unit/kursus

Kognitif, psikomotor dan afektifPenekananKognitif

Terhad kepada tugasanSifatBeraneka jenis

Berubah-ubahKesukaranSenang-sukar

Dibentuk khasAlatPeperiksaan akhir tahun

Rujukan kriteriaJenis ujianRujukan norma

Konsep Pengayaan, pemulihan, penilaianPENILAIANPEMULIHANPENGAYAANPENILAIAN

BibliografiBukuDr. Faridah binti Nazir & Dr Tuan Jah binti Tuan Yusof. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong: Penerbitan Multimedia.Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Shah Alam: Sri Pendidikan Logman.Kamarudin Hj. Husin. (1994). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 3 Komunikasi Bahasa. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori Bahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan IdrisDokumenKementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Bahasa Malaysia. Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Panduan Guru. Bahasa Malaysia. Sekolah Kebangsaan Tahun 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.JurnalAbdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.1(2). 1-12. Laman WebKementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Panduan Guru Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 2. http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/muat_turun/tahap_i/modul_teras_asas/bahasa_malaysia/panduan_guru_bm_sk_tahun_2 Dimuat turun pada 4 Mac 2013Puan Aminah Binti Othman et.al. (2011). Modul Bahasa Melayu BMM 3117. http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG/BMM3117_Kaedah_Pengajaran_Bahasa_SR.pdf Dimuat turun pada 3 Mac 2013