bm012_set3.doc

6
Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________ 012 Bahasa Melayu Set 3 2010 1 jam ¼ 012 Angka Giliran PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL – SET TIGA MODUL FOLUS : 2010 012 BAHASA MELAYU Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C. 2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan. Kod Pemeriksa: Bahagian No. Soalan Markah A B C JUMLAH MARKAH 60

Upload: sarah-clements

Post on 03-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Nama : _____________________________________

Modul Fokus Lulus (FOLUS)4012 KLON UPSR

Nama Calon : _______________________________________

Nombor Surat Beranak : ________________

012

Bahasa

MelayuSet 320101 jam

012

Angka Giliran

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL SET TIGAMODUL FOLUS : 2010

012 BAHASA MELAYUSatu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C.

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.

Kod

Pemeriksa:

BahagianNo. SoalanMarkah

A

B

C

JUMLAH MARKAH 60

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman yang bercetak

012Modul FOLUS Bahasa Melayu 2010 Set 3

Bahagian A[10 markah][Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti seorang suri rumah sepanjang hari.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

Bahagian B[30 markah][Masa yang dicadangkan : 40 minit]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.ATAU

2. Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu di hospital dan kamu ingin mengetahui tentang kejadian tersebut.

Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.

ATAU3. Kamu dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan. Tiba-tiba kamu terdengar suara seorang kanak-kanak menangis kerana terjatuh dari buaian. Ceritakan bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu membantu kanak-kanak tersebut.Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit]

[20 markah]Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Adi dan Azli hendak pulang ke rumah mereka selepas selesai waktu persekolahan. Semasa mereka berada di pondok perhentian bas, mereka dapati seorang tua mengalami sesak nafas. Adi dan Azli segera bertindak membantu pak cik itu. Mereka mendapatkan bantuan daripada seseorang. Seorang pemuda sudi menghantar pak cik itu ke sebuah hospital yang berhampiran.

Encik Hazif, Adi, dan Azli tiba di wad kecemasan di sebuah hospital. Selepas mendapat rawatan, pak cik itu pulih daripada sakit yang dialaminya. Dia berasa terhutang budi kepada Adi, Azli, dan Encik Hazif. Dia amat terharu sehingga mengalirkan air mata mengenangkan sikap prihatin dan budi baik mereka terhadapnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Adi, Azli, dan Encik Hazif. Dia mempelawa Adi, Azli, dan Encik Hazif berkunjung ke rumahnya pada bila-bila masa.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL - SET TIGAJAWAPAN BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHAGIAN A - PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT

1. Puan Zuraini pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian.

2. Anak perempuannya mengikut Puan Zuraini pergi ke pasar pada pagi itu.

3. Puan Zuraini sedang memasak lauk untuk hidangan tengah hari keluarganya.

4. Nur Fiza menolong ibunya di dapur menghidangkan juadah makan tengah hari.

5. Puan Zuraini dan keluarganya menikmati hidangan tengah hari bersama-sama.

BAHAGIAN B(1) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISANRABU, 16 MEI 2007

7.45 pagi

Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2007. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga cerah pada hari itu. Acara dimulakan dengan ucapan Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

8.45 pagi

Sukaneka dimulakan dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi. Perlawanan bola jaring juga diadakan antara murid dengan guru.

9.45 pagi

Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan dengan nasyid oleh murid-murid tahun tiga. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama yang berjudul Guru Agung. Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi

Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Ariffin bin Mat Rawi.

BAHAGIAN B(2) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISANSaya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang terlantar di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Yang berikut ialah perbualan kami.

Ramli

Karim:

:Apa khabar, Karim?

Khabar baik. Terima kasih kerana sudi melawat saya di sini.

Ramli

Karim:

: Boleh saya tahu. Di mana kemalangan itu berlaku?

Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman.

Ramli

Karim:

: Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?

Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar basikal saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua.

Ramli

Karim:

: Apakah kecederaan yang awak alami?

Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir seluruh badan saya mengalami luka dan calar-balar.

Ramli

Karim:

: Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang menghantar awak ke hospital?

Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan bantuan sebuah van yang lalu ketika itu.

Ramli

Karim

Ramli:

:

: Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.

Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi menjenguk saya di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan.

Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan.

BAHAGIAN B(3) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISANPada petang itu, aku dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan yang tidak jauh dari rumah kami. Angkasawan negara menjadi topik perbualan kami pada petang itu.

Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis. Kami meluru ke arah tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak terjatuh dari buaian. Mukanya tersembam ke atas tanah.

Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Thomas terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah pondok. Aku mencuci mukanya yang bertanah dengan sapu tanganku. Thomas pula mengelap darah pada lutut kakinya.

Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Wanita itu kelihatan cemas melihat keadaan anaknya. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada kami kerana membantu anaknya.

Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, kami membantu ibunya mencuci luka-luka kecil di bahagian muka, tangan, dan kaki kanak-kanak itu. Rohaizat tersengih-sengih menahan kepedihan akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut.

Sebelum kami beredar dari rumah Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak goreng dan air oren. Kami berasa gembira kerana dapat menolong anak jiran kami yang dalam kesusahan. Rohaizat pula tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kepada kami.

BAHAGIAN C - MEMBUAT RUMUSAN / MEMBUAT ULASANLima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah amanah dan pulang ke rumah setelah selesai waktu persekolahan. Selain itu, kita sepatutnya prihatin terhadap kesulitan yang dialami oleh orang lain seperti mengalami sesak nafas. Seterusnya, kita haruslah baik hati dan menolong orang yang dalam kesusahan. Oleh itu, kita dikehendaki berterima kasih atas pertolongan orang kepada kita. Akhirnya, kita sewajarnya menjalin hubungan silaturahim bagi merapatkan hubungan persahabatan.

PAGE PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 SET 3

DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)