bm tahun 4

18
SOALAN : Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk Ibu saya . Pendahuluan : nama umur tempat lahir tarikh lahir Isi-isi : pendidikan yang diterima ibu bekerja sebagai seorang guru ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil pandai menggambil hati anak-anak tidak garang lemah lembut dan penyabar Penutup : mengenang dan menghargai jasa ibu

Upload: anonymous-mbc9t4nh2x

Post on 26-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sdfhghaerhyer

TRANSCRIPT

SOALAN:Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk Ibu saya.Pendahuluan: nama umur tempat lahir tarikh lahirIsi-isi: pendidikan yang diterima ibu bekerja sebagai seorang guru ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil pandai menggambil hati anak-anak tidak garang lemah lembut dan penyabarPenutup: mengenang dan menghargai jasa ibu

Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu.Begitu juga dengan saya.Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim.Usianya sekarang ialah 32 tahun.Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.Tanggal 13 Februari 1970 beliau dilahirkan.Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama enam tahun.Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota Tinggi selama lima tahun.Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan.Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang.Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak kecil.Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak.Beliau tidaklah garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan.Ibu saya seorang yang lemah lembut dan penyabar.Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan kemarahannya.Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan amat memahami.Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku.Engkaulah ratu hatiku.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMIAnda sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga di kampung lantaran kesibukan bekerja.Tuliskan sepucuk surat kepada ayah anda untuk bertanya khabar.Pendahuluan: semoga keluarga di kampung sihat sejahteraIsi-isi: menanyakan khabar dan menyatakan khabar kata bonda, kaki ayahanda terseliuh harap kaki ayah sembuhPenutup: sampaikan salam kepada bonda

No. 15, Jalan 8/1,Taman Gembira,56700, Kuala Lumpur.20 Ogos 2012Ke hadapan ayahanda di kampung dengan selamatnya.Ayahanda,Apa khabar ayahanda sekarang?Sudah lama anakanda tidak pulang ke kampung.Bukannya anakanda tidak mahu pulang tetapi anakanda sibuk dengan kerja di Kuala Lumpur ini.Menurut kata bonda di telefon semalam, khabarnya kaki ayahanda terseliuh semasa bekerja di sawah.Bagaimana dengan kaki ayahanda?Sudahkah ayahanda berjumpa dengan doktor?Usia ayahanda telah lanjut, janganlah ayahanda bersusah payah lagi membanting tulang di sawah.Ayahanda perlu menjaga kesihatan diri ayahanda.Anakanda akan pulang pada minggu depan untuk menziarahi ayahanda.Harapan anakanda agar kaki ayahanda akan sembuh secepat mungkin.Adakah sekarang ini musim buah durian di kampung?Anakanda amat rindu akan tempoyak yang dibuat oleh bonda.Anakanda berharap dapatlah menikmatinya pada minggu depan.Setakat ini sahaja coretan anakanda.Semoga ayahanda sihat sejahtera.Sampaikan salam anakanda kepada bonda.Sekian, salam rindu.

Melengkapkan CeritaSOALAN:Lengkapkan cerita di bawah yang berakhir dengan ungkapan berikut....Takku sangka, rupanya perempuan tua yang selalu kumaki dan kuhina di tepi jalan dalam perjalananku ke sekolah itu adalah ibu kandungku.Betapa besarnya dosa yang telah kulakukan selama ini.Aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi.Oh, Tuhan!Ampunilah dosaku.Pendahuluan: setiap pagi ke sekolah menaiki basikalIsi-isi: perempuan tua itu memanggilku anakku selalu menungguku di hadapan sekolah beri duit perempuan tua itu menolak ingin memelukku memukul dengan kayuPenutup: ayah melihat perbuatan marah kenal perempuan tua itu aku anak angkatSegala kemahuanku ayah dan ibu turutkan.Tidak pernah mereka membantah.Mungkin aku adalah anak tunggal mereka.Cuma satu aku tidak puas hati.Aku sering ditinggalkan bersendirian di rumah.Masing-masing sibuk dengan kerja.Setiap pagi aku ke sekolah dihantar dan dijemput.Keadaan ini merimaskan aku.Melihat kawan-kawan ke sekolah dengan menaiki basikal, timbul keinginan untuk memilikinya.Lantas aku mengunjurkan permintaanku itu kepada ayah.Esoknya ayah telah membelikan aku sebuah basikal berwarna biru.Alangkah gembiranya hatiku.Mulai hari itu, aku ke sekolah dengan menaiki basikal bersama kawan-kawan.Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan ke sekolah, seorang perempuan tua yang berpakaian compang-camping memanggilku dan mengaku aku anaknya.Aku terkejut.Kawan-kawanku mentertawakan aku.Perempuan tua ituterus memanggil anakku...anakku berulang kali.Aku menjadi malu dan sangat marah.Selepas peristiwa itu, perempuan tua itu selalu menungguku.Apabila terpandang sahaja aku, dia akan menerpa dan melaung memanggil namaku.Timbul kehairanan dihatiku apabila perempuan tua itu mengetahui namaku.Aku tidak mengendahkannya dan terus mengayuh basikal dengan laju.Semenjak peristiwa itu, hatiku tidak pernah tenang.Aku tidak menceritakan kepada sesiapa pun termasuk ayah dan ibuku sendiri.Sejak itu juga, timbul perasaan benci di hatiku setiap terpandang perempuan tua tersebut.Terfikir juga dibenakku, mungkin perempuan tua itu kehilangan anak dan sangat merindui anaknya.Ah, aku sendiri sukar untuk mendapatkan jawapannya!Pernah juga aku meghulurkan duit kepada perempuan tua itu seandainya dia itu pengemis, tetapi dia menolak pemberianku dan ingin memelukku sambil berlinangan air mata di pipinya.Melihat keadaannya itu aku terus memukulnya dengan sekuat hatiku dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya tanpa rasa bersalah.Setiap kali terserempak dengannya, aku akan membalingnya dengan batu dan mengejeknya.Perbuatanku itu turut diikuti oleh kawan-kawanku.Tanpaku sedari ayah telah melihat perbuatanku dan memarahiku.Sebelum ini, ayah tidak pernah memarahiku ataupun berkata kasar.Kemudian ayah mendekati perempuan tua itu.Aku melihat ayah berbual panjang dengannya.Rupa-rupanya ayah mengenali dia.Merah muka ayah menahan sebak dan memelukku.Ayah menjelaskan bahawa aku hanyalah anak angkatnya dan perempuan tua itu adalah ibuku.Takku sangka, rupanya perempuan tua yang selalu kumaki dan kuhina di tepi jalan dalam perjalananku ke sekolah itu adalah ibu kandungku.Betapa besarnya dosa yang telah kulakukan selama ini.Aku tidak sanggup untuk menghadapinya lagi.Oh, Tuhan!Ampunilah dosaku.

PeribahasaSOALAN:Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Bagai Kacang Lupakan KulitPendahuluan: kehidupan Shamsul sekeluarga susahIsi-isi: belajar bersungguh-sungguh dapat masuk universiti jawatan besar jarang pulang ke kampung bapanya meninggal dunia ibu sedih dengan sikap shamsulPenutup: kita mestilah sedar dan tahu asal usul kitahShamsul memandang tenang laut luas yang terbentang di hadapannya.Mega senja mula melabuhkan tirainya.Shamsul semakin kukuh berdiri di persisiran pantai.Dalam fikirannya berserabut memikirkan masa depan.Shamsul dilahirkan dalam keluarga susah.Bapanya seorang nelayan manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.Dia mengidamkan satu kehidupan mewahseperti kawan-kawannya yang lain yang tidak pernah mengenal erti kesusahan hidup.Hanya dengan pendidikan sahaja dapat mengubah segala-galanya.Lantaran itu, Shamsul belajar bersungguh-sungguh.Dalam fikirannya hanya satu, ingin mengubah corak kehidupannya.Berkat kesungguhannya dna ketekunannya dia telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR.Keputusannya itu telah melayakkan dia terpilih ke sekolah berasrama penuh.Di sana dia meneruskan cita-citanya.Usaha tangga kejayaan.Kata-kata itulah menjadi perangsang kepada Shamsul.Akhirnya dia berjaya mausk ke universiti.Kejayaannya amat menggembirkan keluarganya terutama ibu dan bapanya.Beberapa tahun kemudian, Shamsul telah berjaya mengejar cita-citanya.Dan kini menjawat jawatan tinggi dan berkedudukan serta dihormati.Kejayaannya itu telah mengubah terus perangainya.Dahulu dia diasuh dalam keluarga yang tinggi akhlak tetapi kini, dia telah bertukar corak.Bersikap ego, sombong dengan apa yang dimilikinya.Shamsul jarang pulang ke kampung.Perhatiannya kepada keluarga semakin kurang malah tidak diambil tahu tentang keadaan keluarganya.Dia sanggup membiarkan ibu dan bapanya ternanti-nanti kepulangannya dengan penuh kerinduan.Kerinduan anak yang menjadi kebanggaan keluarga.Pada suatu hari, Shamsul mendapat khabar menyatakan bapanya sakit tenat.Shamsul menerima berita itu dengan bersahaja tanpa ada perasaan tanggungjawab.Alasannya dia sibuk dan tidak dapat cuti.Dia tidak pulang ke kampung untuk menjenguk bapanya yang sakit tenat.Akhirnya, bapa Shamsul meninggal dunia.Ibunya sangat sedih dengan sikap Shamsul yang sudah berubah.Hatinya pedih dan kecewa.Balasan yang Shamsul hulurkan tidak setimpal dengan pengorbanan yang ditaburkan.Perangai Shamsul tidak ubah seperti kacang lupakan kulit.Cepat melupakan asal usul setelah memperoleh kesenangan.

KeperihalanTajuk :Keluarga bahagia

Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.Ciri keluarga bahagia ialah semua ahli keluara hidup dalam suasana ceria, gembira dan bertolak ansur.Keluarga bahagia mesti saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.Nama ayah saya ialah Mohd Kamal bin Mohd Isa.Ayah saya seorang yang baik dan tabah.Ayah saya bekerja sebagai seorang pegawai kastam.Sebagai ketua keluarga, ayah saya telah membeli sebuah rumah yang indah sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga.Nama ibu saya ialah Khalijah binti Ibrahim.Ibu saya seorang yang baik hati.Beliau selalu memberikan segala keperluan yang saya perlukan.Ibu saya bukan sahaja bekerja di pejabat, malah ibu saya bertanggungjawab menguruskan makan minum kami sekeluarga.Saya mempunyai empat orang adik-beeradik.Abang saya bernama Amirul, kakak saya bernama Amira dan adik saya bernama Aqeef.Saya amat menyayangi mereka.Mereka selalu membuatkan saya gembira.Nama saya ialah Ameer Hafiz.Saya berumur 10 tahun.Saya menghormati ibu bapa saya.Saya pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh demi ibu bapa saya.Saya amat menyayangi keluarga saya.Saya bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia.

PerbahasanSOALAN:Membantu Ibu Bapa Ketika Di Rumah Adalah Suatu Tanggungjawab.Sebagai pencadang dalam satu pertandingan perbahasan, kemukakan hujah-hujah anda.Pendahuluan: kata-kata aluan sokong tajukIsi-isi: mendapat ibu bapa pekerjaan yang mulia dapat membalas jasa ibu bapa agar ibu bapa sayang kepada kita anak yang rajin akan menggembirakan ibu bapaPenutup: ucapan terima kasihTerima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya muliakan barisan hakim yang menentukan keadilan, penjaga masa yang setia dengan tugasnya, barisan pembangkang yang dihormati, serta hadirin yang budiman.Berdirinya saya sebagai pencadang pertama dalam majlis ini adalah untuk menyatakan bahawa persoalan yang menjadi tajuk perbahasan hari ini, iaitu Membantu Ibu Bapa Ketika Di Rumah Adalah Suatu Tanggungjawab.Sidang hadirin yang dimuliakan,Ibu dan bapa adalah insan yang paling penting dan berharga dalam hidup kita.Tanpa mereka kita tidak akan muncul di alam fana ini.Kita sebagai anaknya yang taat seharusnya membantu mereka ketika di rumah.Membantu ibu bapa adalah satu pekerjaan yang mulia.Mengapa tidak kita lakukan pekerjaan mulia ini?Walaupun ibu dan bapa tidak pernah meminta pertolongan daripada kita, namun sebagai seorang anak yang bertanggungjawab kita sepatutnya meringankan beban mereka.Sehari suntuk mereka berkerja mencari nafkah untuk kita, mereka juga memerlukan waktu rehat.Dengan cara ini, kita akan dapat membalas jasa mereka justeru, mereka akan menjadi lebih sayang kepada kita.Tambahan pula, seorang anak yang rajin akan dapat menggembirakan ibu bapa.Mereka akan berasa bertuah memiliki anak seperti kita jika kita bersikap ringan tulang.Lantaran itu, kita pula akan merasai diri kita disayangi dan dihargai.Oleh itu, sikap membantu ibu bapa di rumah bukanlah satu bebanan malah satu kebajikan.Selain belajar bersungguh-sungguh, amalan selalu membantu ini juga diibaratkan cara membalas jasa ibu bapa.Semoga apa yang kita lakukan akan dapat menggembirakan hati mereka.Semestinya sudah menjadi tanggungjawab setiap anak membantu ibu bapa ketika di rumah.Sekian, terima kasih.

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )

Nota: Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran Awalan maha -: yang bermaksudsangat, amat atau teramat.Contoh:Maha_Maksud

MahaguruGuru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.

MaharajaRaja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar

MahasiswaPenuntut di universiti

mahasiswiPenuntut perempuan di universiti

Awalan tata - : yang bermaksudperaturan, acara, kaedah susunan atau sistemTata -Maksud

TatacaraSusunan acara, agenda

TatabahasaPengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.

TatacaraCara dan peraturan

TatanegaraSusunan dan bentuk pemerintahan negara.

TatasusilaAdat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.

tatatertibPeraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksudpelaku atau pemilik. Contoh:-wanMaksud

AngkasawanOrang yang pergi ke angkasa lepas.

BangsawanOrang yang berbangsa atau keturunan mulia.

BudayawanAhli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)

CendekiawanOrang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual

DermawanOrang yang suka menderma ( pemurah )

JelitawanGadis atau wanita yang jelita atau cantik

JutawanOrang yang kaya dan memiliki harta yang banyak

HartawanBerharta , kaya

KaryawanPenghasil karya, pencipta atau penulis

NegarawanOrang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.

OlahragawanOrang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

PeragawanLelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.

PustakawanOrang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan.

RupawanPerempuan yang cantik.

sejarawanAhli sejarah

SukarelawanOrang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.

UsahawanOrang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.

WartawanOrang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.

Akhiran man : bermaksud yangahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:-manMaksud

BudimanOrang yang berbudi

SenimanOrang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran wati : bermaksudperempuan yang ahli Contoh:-watiMaksud

OlahragawatiOrang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga.

PeragawatiPermpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya.

SeniwatiBintang filem

SukarelawatiOrang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran - ita :bermaksud wanita. Contoh:-itaMaksud

bidunitaPenyanyi atau pelakon wanita.