ujian bulanan 1 bm sjk tahun 4

13
SJK CHUNG HUA BUNTAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR I) BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KERTAS 1 50 minit NAMA: ________________________________ TARIKH: ________________ Soalan 1 hingga 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. ________ itu menangis di dalam buaian selepas terjaga daripada tidur. A Bayi B Budak C Orang tua D Orang dewasa Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Ibu sedang membaca ________. A komik B kamus C buku teks D surat khabar 3. Ayah mendaftarkan kelahiran adik di ________. A pejabat B sekolah C bilik guru D pejabat pendaftaran 4. Kassim melaporkan kes kecurian di ________. A bank B balai raya C balai polis D balai bomba 5. Adik demam. Ayah membawanya ke ________. A klinik B sekolah C balai polis D kedai bunga Soalan 6 adalah berdasarkan gambar di bawah. 6. Pak Abu sedang ________ sate. A merebus B memasak C mencelur D memanggang 7. Kakak sedang ________ nasi di dapur. A merebus B menanak C menanam D memanggang 1

Upload: audrey-yee

Post on 11-Nov-2015

147 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ujian bulan pertama BM SJK Tahun 4 (2015)

TRANSCRIPT

SJK CHUNG HUA BUNTALPENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR I)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4KERTAS 1

50 minit

NAMA: ________________________________TARIKH: ________________

9

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ________ itu menangis di dalam buaian selepas terjaga daripada tidur.ABayi

BBudak

COrang tua

DOrang dewasa

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ibu sedang membaca ________.Akomik

Bkamus

Cbuku teks

Dsurat khabar

3. Ayah mendaftarkan kelahiran adik di ________.Apejabat

Bsekolah

Cbilik guru

Dpejabat pendaftaran

4. Kassim melaporkan kes kecurian di ________.Abank

Bbalai raya

Cbalai polis

Dbalai bomba

5. Adik demam. Ayah membawanya ke ________.Aklinik

Bsekolah

Cbalai polis

Dkedai bunga

Soalan 6 adalah berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Abu sedang ________ sate.Amerebus

Bmemasak

Cmencelur

Dmemanggang

7. Kakak sedang ________ nasi di dapur.Amerebus

Bmenanak

Cmenanam

Dmemanggang

8. Puan Siti mempunyai lima orang anak berusia 4, 5, 7, 11 dan 14 tahun. Adib berusia 14 tahun. Dia adalah anak ________ Puan Siti.Asulung

Bkedua

Cketiga

Dbongsu

9. Encik Tan mempunyai dua orang abang dan tiga orang kakak. Anaknya, Joshua mempunyai ________ orang pak cik.Adua

Btiga

Cempat

Dlima

10. Abang Su Li bekerja dalam bidang perubatan. Beliau seorang ________.Aguru

Bdoktor

Cpeniaga

Djurutera

11. Encik Yeo menyelia pembinaan bangunan baru. Beliau seorang ________.Ajurujual

Bjurutera

Cjuruukur

Djururawat

12. Yang Berhormat ________ Abu bin Bakar akan merasmikan majlis penyampaian hadiah tersebut.ACik

BEncik

CDatin

DDatuk

13. ________ Aishah sedang menunggu kepulangan anaknya di hadapan rumah.ACik

BTuan

CPuan

DEncik

14. Savi ________ sebuah hadiah daripada ibunya.Amenerima

Bberterima

Cditerimakan

Dmenerimakan

15. ________ Datuk Lee telah mengharumkan nama negara.AJayaan

BBerjaya

CKejayaan

DDijayakan

16. Masyarakat Baba dan Nyonya tinggal di ________.AMelaka

BPahang

CSarawak

DKuala Lumpur

17. Yang manakah antara berikut adalah ayat tanya? ATolong angkat bakul ini.

BAdik sungguh gembira hari ini.

CCis, berani kamu memukul adik saya!

DDi manakah dia akan menunggu kamu?

18. Yang manakah antara berikut adalah ayat penyata?ATolong angkat bakul ini.

BAdik sungguh gembira hari ini.

CCis, berani kamu memukul adik saya!

DDi manakah dia akan menunggu kamu?

19. Yang manakah antara berikut adalah ayat perintah?ATolong angkat bakul ini.

BAdik sungguh gembira hari ini.

CCis, berani kamu memukul adik saya!

DDi manakah dia akan menunggu kamu?

20. Yang manakah antara berikut adalah ayat seruan?ATolong angkat bakul ini.

BAdik sungguh gembira hari ini.

CCis, berani kamu memukul adik saya!

DDi manakah dia akan menunggu kamu?

Soalan 21 dan Soalan 22

21. Kumar merupakan seorang budak yang gigih. Pilih perkataan seerti yang paling sesuai bagi gigih.Arajin

Bbaik

Cnakal

Dmalas

22. Suasana di majlis itu sungguh meriah. Pilih perkataan berlawan yang paling sesuai bagi meriah.Asunyi

Bbising

Cgirang

Dsenyap

Soalan 23 dan Soalan 24Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23. I. Nenek berasa sesak nafas semasa di pasar kerana banyak orang. II. Puan Sathiya mempunyai kehidupan yang sesak sejak kematian suaminya. III. Seluar itu terlalu sesak buat kakak. IV. Jalan itu sungguh sesak pada waktu ini.AI dan III

BII dan IV

CI, II dan III

DI, II, III dan IV

24. I. Puan Fong membeli dua kaki payung di kedai itu. II. Kaki Muthu lenguh kerana berjalan jauh. III. Ayah Tina seorang kaki pancing. IV. Fahmi hanya menyorak pasukan itu kerana dia kaki bangku.AI dan III

BII dan IV

CI, II dan III

DI, II, III dan IV

25. Walaupun miskin, Ahmad belajar dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, dia berjaya melanjutkan pelajaran di universiti. Apakah peribahasa yang sesuai menerangkan situasi di atas?AKatak di bawah tempurung.

BMelentur buluh biarlah dari rebungnya.

CBerakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

DYang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Soalan 26 hingga Soalan 28Pilih nilai murni yang betul yang mewakili situasi yang diberi.

26. Syukri dan kawan-kawannya menyiapkan projek Bahasa Malaysia itu bersama-sama.ABekerjasama

BKasih sayang

CHemah tinggi

DTolong menolong

27. Roy mengucapkan Selamat pagi kepada Cikgu Loh.AHormat

BPrihatin

CBertolak ansur

DBerterima kasih

Soalan 28 hingga Soalan 30Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.28. Latifah menangis kerana kehilangan buku notanya.ABilakah Latifah menangis?

BMengapakah Latifah menangis?

CSiapakah yang kehilangan buku nota?

DDi manakah Latifah menghilangkan bukunya?

29. Rombongan tersebut akan tiba pada pukul 10 pagi.ASiapakah yang akan tiba?

BMengapakah rombongan itu akan tiba?

CDi manakah rombongan itu akan tiba?

DPada pukul berapakah rombongan itu akan tiba?

30. Mak Minah membeli seekor ayam di pasar.AApakah yang dibeli oleh Mak Minah?

BBilakah Mak Minah membeli seekor ayam?

CSudahkah Mak Minah membeli seekor ayam?

DMengapakah Mak Minah membeli seekor ayam?

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Keluarga Encik Dharmaraj dan Puan Sunita ialah contoh keluarga yang berjaya. Kedua-dua anak mereka, kini berusia 27 dan 25 tahun adalah lulusan dalam bidang perubatan. Anak ketiga mereka pula sedang belajar di sebuah kolej kejuruteraan.

Mohan yang kini berusia 12 tahun menjadikan sifat gigih bapanya sebagai teladan untuk berjaya. Bapanya gigih belajar secara sambilan di universiti. Mohan juga menjadikan sifat rajin abang-abangnya, Kumar, Rajesh dan Ravi sebagai pendorong kejayaan. Dia sering mengulangkaji pelajaran agar sedia menghadapi peperiksaan umum yang bakal didudukinya.

Bagi Mohan, kemiskinan keluarganya pada masa lalu menjadikannya bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Usaha bapa dan abang-abang Mohan seperti berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

31. Encik Dharmaraj dan Puan Sunita mempunyai __________ orang anak.Adua

Btiga

Cempat

Dlima

32. Berapakah umur abang ketiga Mohan?A14 tahun

B19 tahun

C25 tahun

D27 tahun

33. Berikut kemungkinan adalah pekerjaan abang sulung dan kedua Mohan kecualiADoktor

BJurutera

CJururawat

DDoktor gigi

34. Perkataan teladan di dalam petikan bermaksudAcontoh

Bjawapan

Clarangan

Dsumbangan

35. Berikut adalah nilai-nilai murni yang boleh didapati daripada petikan kecualiABaik hati

BKerajinan

CBertanggungjawab

DTidak mudah putus asa

Soalan 36 hingga Soalan 40Lihat lirik lagu di bawah, kemudian isi tempat kosong dengan nilai-nilai murni yang sesuai.

Ayuh kawan-kawanKita sama-samaTunjuk prihatinHarmoni terjalin

Amal hemah tinggiHulur jasa baktiBerterima kasihOrang yang berbudiAyuh kawan-kawanKita sama-samaTunjuk sikap sopanJalin perpaduan

Usah penting diriJungjung nilai murniHidup dihormatiSejiwa sehati

SJK CHUNG HUA BUNTALPENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR I)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4KERTAS 2

1 jam 15 minit

NAMA: ________________________________TARIKH: ________________

BAHAGIAN A[10 markah]Masa dicadangkan: 15 minit

Gambar di bawah menunjukkan suasana di rumah Puan Adibah. Tulis lima ayat yang lengkap mengenai gambar tersebut.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN B[30 markah]Masa dicadangkan: 40 minit

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.1. Tulis sebuah karangan bertajuk Keluarga Saya.

ATAU

2. Pada musim cuti sekolah yang lalu, anda dan kelaurga telah menziarahi datuk dan nenek di kampung. Tulis cerita anda itu selengkapnya.

ATAU

3. Sebagai bekas pelajar, anda diminta untuk menyampaikan satu ucapan mengenai kejayaan anda. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.

BAHAGIAN C[20 markah]Masa dicadangkan: 20 minit

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.

Encik Hakim berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik dan ibubapanya pula hanyalah petani. Semasa kecil, Encik Hakim seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau hendak menjadi seorang doktor. Oleh itu, beliau sering hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu. Apabila beliau berusia 17 tahun, beliau perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Walaupun beliau perlu menolong ibunya menjual kuih pada waktu petang, beliau tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Beliau rajin belajar dan mengulangkaji. Akhirnya, beliau dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya. Setelah tamat pengajian, beliau menjadi seorang doktor yang terkenal dan berjaya.

Kita hendaklah (1)_________________________________ seperti Encik Hakim di mana beliau hendak menjadi seorang doktor. Selain itu, kita juga perlu (2)______________________________________ hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu. Seterusnya, kita perlulah bertanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan (3)_______________________________________________________________. Akhir sekali, kita perlu menyayangi ibubapa seperti Encik Hakim yang (4)___________________________________________________________________________.