peperiksaan pertengahan tahun ( bm kertas 1 tahun 4)

25
SULIT 1 011 Soalan 1 hingga 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. . A Si Galak B Si Tompok C Sang Bedal D Sang Kancil Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2 Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari. A mengelek B menjinjing C membimbit 011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Upload: amar-arif

Post on 30-Jun-2015

612 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 1 011

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .

A Si Galak

B Si Tompok

C Sang Bedal

D Sang Kancil

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2 Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.

A mengelek

B menjinjing

C membimbit

D menggalas

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 2: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 2 011

3 Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang

pemuda.

A marah

B geram

C malu

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4 Hani memungut baju-baju kotor itu ………………..merendamnya di dalam

besen.

A dan

B atau

C maka

D lalu

5 …………………….., malang sungguh nasibku ini!

A Wah

B Cis

C Amboi

D Aduhai

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 3: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 3 011

6 Baju yang baru dibeli oleh Nabila ada ………………..kakaknya.

A pada

B akan

C dengan

7 Zamri berjaya mendapat tempat ……………..dalam pertandingan mencipta logo

Sukan Asia.

A kedua-dua

B pertama

C satu

D separuh

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

8 Hanif berdiri di …………………….kakaknya ketika menunggu bas sekolah.

A sisi

B depan

C bawah

D di belakang

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 4: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 4 011

9 Pokok bunga yang ditanam oleh kakak telahpun ………………….

A berbuah

B berbunga

C berputik

D bertangkai

10 “Tolong …………………saya sepotong kuih,” kata Cikgu Kadir kepada Azman.

A buatkan

B carikan

C belikan

D hantarkan

11 Puan Diana berasa kesal kerana ……………….anaknya tanpa usul periksa.

A kemarahan

B memarahi

C memarahkan

D marahkan

12 Zulhelmi telah menimang ………………..yang pertama pada bulan Julai yang

lalu.

A cahaya mata

B anak emas

C anak bongsu

D anak angkat

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 5: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 5 011

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13 Terdapat se……………………anak sungai yang jernih airnya di belakang rumah

saya.

A buah

B biji

C kaki

D batang

14 Amirul terpijak kulit pisang ………….. terjatuh.

A lalu

B selagi

C sambil

D tetapi

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 6: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 6 011

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Sungguhpun Mak Leha cacat penglihatan, namun dia cekap menganyam bakul

rotan ………………….menggunakan tangannya.

A hingga

B untuk

C dengan

D pada

16 “Cantik ……………….lukisan pemandangan yang awak lukis ini,” kata Elysha

kepada Amira.

A sungguh

B sangat

C amat

D paling

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 7: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 7 011

17 Ayah melarang kami mandi-manda di sungai. ………………., ketika musim

tengkujuh.

A Lebih-lebih lagi

B Walau bagaimanapun

C Tambahan pula

D Di samping itu

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Adik makan sekeping roti sebagai …………………… sebelum pergi ke sekolah.

A ikat perut

B alas perut

C makan suap

D pencuci mulut

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 8: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 8 011

19 Murid yang paling bijak di kelas saya ialah Rosnah.

Perkataan seerti bagi bijak ialah

A pintar

B bagus

C baik

D lembab

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20 Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai

berhantu.

Perkataan berlawan bagi usang ialah

A tua

B baru

C lama

D buruk

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 9: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 9 011

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

21 Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

A Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan?

B Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan?

C Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan?

D Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22 Apakah yang sedang dilakukan oleh anggota polis trafik itu?

A Anggota polis trafik itu sedang mengawal kesesakan lalu lintas.

B Anggota polis trafik itu sedang menahan pesalah-pesalah trafik.

C Anggota polis trafik itu sedang menyaman seorang pemandu kereta.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 10: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 10 011

Soalan 23 dan soalan 24.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23 “ Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru,” kata Fadilah kepada

Irwan.

A Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di

bilik guru.

B Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru.

C Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.

24. Ibu tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya dengan

menonton televisyen sehingga larut malam.

A Abang tidak disukai oleh ibu yang suka menonton televisyen sehingga

larut malam.

B Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu.

C Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam

tidak disenangi oleh ibu.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 11: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 11 011

Soalan 25 hingga soalan 27.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 I Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja.

II Hujan turun dengan lebat pada petang itu.

III Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun.

IV Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.

A I sahaja

B I dan II sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

26 I Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi.

II Peristiwa yang lepas jangan dikenang.

III Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih.

IV Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I dan III sahaja

27 I Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik.

II Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila.

III Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam

peperiksaan.

IV “Kacau kuah kacang itu sehingga pekat,” kata ibu.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 12: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 12 011

Soalan 28 hingga soalan 30.

Pilih ayat yang betul.

28 A Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya.

B Kamarul lebih tampan dari abangnya.

C Fendi memberi ibunya segelas air.

D Suria ialah adik kepada Mamat.

29 A Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising.

B Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk

perpaduan.

C Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang.

D Adik bukan terangkat kotak yang berat itu.

30 I Majlis pernikahan Fauziah diadakan secara besar-besaran.

II Pemain cakera padat abang rosak kerana memasuki air.

III Cik Aisyah mula menetap di situ kira-kira sedekad yang lalu.

IV Ustazah Roziah tercungap-cungap ketika memanjat tangga yang tinggi itu.

A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 13: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 13 011

Soalan 31 hingga soalan 35.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Suasana di rumah Encik Kamal agak sibuk. Ramai jiran yang datang ke

rumahnya. Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila, akan

berlangsung seminggu lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampung

bermesyuarat di rumahnya.

Ketua kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu.

Mereka berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti

melapah daging lembu, memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan-mangkuk,

dan sebagainya.

Pada petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan,

kemeriahan majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas

bawang, kentang, merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula

sibuk dengan tugas-tugas mendirikan khemah.

Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan

lancar. Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda.

Begitu juga dengan tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah

sibuk melayan tetamu yang datang berkunjung. Pasangan mempelai tersenyum

simpul bersanding di atas pelamin yang direka khas.

Kira-kira pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang.

Para tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu,

petugas-petugas masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai.

Encik Kamal dan isterinya sungguh gembira. Hal ini demikian kerana

orang-orang kampung dan saudara-mara mereka banyak menghulurkan

bantuan. Konsep “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” yang diamalkan

telah memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan

sempurna.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 14: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 14 011

31 Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?

A Sabtu

B Ahad

C Isnin

D Selasa

32 Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di

rumahnya?

A untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya

B untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka

C untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan

D untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka

33 Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis

perkahwinan itu?

A Encik Kamal

B Encik Ibrahim

C Shakila

D Orang kampung

34 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…

A barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.

B segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.

C sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.

D bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 15: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 15 011

35 Tugas-tugas yang berikut dilakukan sebelum majlis perkahwinan

dilangsungkan kecuali…

A mengangkat hidangan.

B mendirikan khemah.

C mengupas bawang.

D merebus telur.

Soalan 36 hingga soalan 40.

Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1080, Taman Permai 2,

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan.

15 JANUARI 2009

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan

selamatnya. Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di

sini sentiasa sihat dan gembira.

Kakanda,

Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima

kasih adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan

surat kepada adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda

tentang keindahan Taman Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana

berpeluang untuk menikmati kehijauan dan keindahan alam di sana. Alangkah

seronoknya jika adinda dapat bersama-sama kakanda pada masa itu.

Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda.

Pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu

perkhemahan di Hutan Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberi

pendedahan kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 16: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 16 011

antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini

adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan.

Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di

dalam menempuh rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa

sungguh seronok mengikuti aktiviti perkhemahan ini.

Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat

yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini.

Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan

menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah

salam rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.

Adindamu,

Suraya

36 Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?

A 11 Januari 2009

B 12 Januari 2009

C 13 Januari 2009

D 15 Januari 2009

37 Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

A Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.

B Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.

C Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun.

D Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para

pengunjung.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 17: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 17 011

38 Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?

A Persatuan Pengakap

B Setiausaha Sukan

C Murid-murid Tahun 6

D Pihak sekolah

39 Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya

A setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR.

B apabila mendapat balasan daripada kakaknya.

C apabila dia mempunyai masa terluang.

D setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

40 Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali

A menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar.

B memupuk sikap cintakan alam sekitar.

C mencungkil kreativiti pelajar.

D menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 18: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( BM KERTAS 1 TAHUN 4)

SULIT 18 011

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

BAHASA MELAYU TAHUN 4

No.

soalan Jawapan

No.

soalan Jawapan

No.

soalan Jawapan

No.

soalan Jawapan

1 B 11 B 21 B 31 B

2 D 12 A 22 C 32 C

3 C 13 D 23 A 33 A

4 D 14 A 24 C 34 B

5 D 15 C 25 C 35 A

6 A 16 A 26 B 36 C

7 B 17 A 27 C 37 B

8 A 18 B 28 D 38 D

9 B 19 A 29 B 39 C

10 C 20 D 30 D 40 D

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT