bm latihan 2 edit
TRANSCRIPT
UJI MINDA
BAHASA MELAYU TAHUN 6
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Soalan 1 - 17Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 “Kita mestilah _________ sesuatu kepada Ai Leen sempena majlis hari jadinya,” kata Vimala kepada Suri.
A menghulurkan C menyumbangkan B memberikan D menyerahkan
2 _________ suka makan nasi goreng.
_________ suka makan apa ?
A Kami ... Awak
B Hamba... Dia
C Patik ... Mereka
D Saya ... Awak
3 Pada malam ini saya akan menonton perlawanan bola sepak di ____________.
A Zoo NegaraB gelanggang bola tamparC Stadium Nasional Bukit JalilD Arkib Negara
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4 Semalam kakak pergi menonton ________ di ________ bersama tunangnya.
A televisyen ... panggungB wayang ... pawagamC pameran ... kedaiD gambar ... wayang
5 Farid dimarahi oleh Cikgu Hisyam kerana selalu datang _________
ke sekolah.
A cepat C lewatB perlahanD awal
6 Penduduk kampung itu _________ membina sebuah balai raya
A bergotong-royong C berpusu-pusu
B bersungguh-sungguh D bertolak-tolak
7 __________ hari Mak Tipah menunggu anak kesayangannya di
perhentian bas itu.A SemuaB Berbulan-bulan
C Bertahun-tahunD Tiap-tiap
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8 __________ pelancong asing membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan perbarisan Hari Kemerdekaan.
A Ribu-ribuan C Beribu-ribuB Ribuan-ribuan D Ribu-ribu
9 Kita mestilah menggunakan ________ yang betul semasa menulis karangan.
A jurubahasa C tatabahasa B tatacara D jurutulis
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10 Rahimin telah _________ dalam kemalangan jalan raya pada pagi semalam.
A terlibat B penglibatan C dilibatkan D melibatkan
11 Zalia telah menempah dua _________ baju kurung untuk menyambut Hari Raya Haji.
A buah C pasang B biji D cebis
12 __________ tentang niat Azman yang ingin berkahwin di Thailand telah tersebar luas di kampung saya.
A Tiada angin B Khabar angin
C Ringan tulang D Makan angin
13 Sudah tiga bulan Rina tidak makan. Sebab itulah badannya __________.
A pucat seperti mayat B kurus seperti lidi C besar seperti gajah D kuat seperti badang
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.
14 Pak Samad telah menjual tiga _________ durian dengan harga RM10.
A buah C bijiB ulas D batang
15 Kalau kamu rajin berlatih, kamu _________ boleh menjadi pemain badminton seperti Roslin Hashim.
A jua C pun B tah D kah
16 Karmila harus berusaha bersungguh- sungguh ________ cita-citanya menjadi seorang doktor tercapai.
A sambil C sejak B apabila D agar
17 Kakak memegang tangan adik ________ ketika melintas jalan.
A kuat-kuat C keras-keras B ketat-ketat D lemah-
lemah
18 Shanti fasih berbahasa Melayu walaupun dia berbangsa India. Perkataan seerti bagi fasih ialah
A cakap C tepat B petah D patuh
19 Dania membeli kasut baru itu secara tunai untuk majlis pertunangannya nanti.
Perkataan berlawan bagi tunai ialah
A segera C sewa B pinjaman D hutang
Soalan 20 - 22Pilih ayat-ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.
20 I Telaga di belakang rumah saya dalam.
II Harga yang ditawarkan oleh Aidil bagi komputer itu terlalu dalam.
III Kavita membuang bekas minuman itu ke dalam tong sampah. IV Farok berada dalam ketakutan ketika ditahan oleh anggota polis itu.
A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV
21 I Datuk Nazir ada kuasa di syarikat itu. II Dia mempunyai kuasa memecat kamu. III Saya tidak kuasa melayan kerenahnya.
IV Pasukan lawan sedang kuasa permainan.
A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV
22 I Salim hampa dengan keputusan peperiksaannya.
II Hampa padi boleh dijadikan makanan ayam. III Dia berasa hampa untuk meminta maaf atas kesalahannya.
IV Pemecatannya hampa semua penyokongnya.
A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Siapakah yang memandu kereta itu?
A Kereta itu kepunyaan ayah saya.B Di sebelah kereta itu basikal saya. C Ayah pergi ke pejabat dengan
menaiki kereta itu.D Abang yang memandu kereta itu.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
A Bagaimanakah negara kita mencapai kemerdekaan?
B Benarkah negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
C Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan? D Siapakah yang bertanggungjawab memberi kemerdekaan negara kita?
Soalan 25 – 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan
25 Setiap hari, banyak berita kemalangan tersiar di akhbar-akhbar.
A Setiap hari, berita akhbar-akhbar banyak menyiari kemalangan.
B Setiap hari, berita akhbar-akhbar menyiarkan banyak kemalangan.
C Banyak akhbar menyiarkan berita kemalangan setiap hari.
D Setiap hari, akhbar-akhbar menyiarkan banyak berita kemalangan
26 “Ibu saya akan menaiki kereta api itu,” kata Azmi kepada Lim.
A Azmi memberitahu Lim bahawa ibunya akan menaiki kereta api itu.
B Lim mengatakan kepada Azmi bahawa ibunya akan menaiki kereta api itu.
C Azmi bertanya kepada Lim siapa yang menaiki kereta api itu.
D Azmi menyuruh ibu Lim menaiki kereta api itu.
Soalan 27 – 30
Pilih ayat yang betul.
27 A Hari Natal disambut pada bulan Disember setiap tahun.
B Mereka berlarian-berlarian di tepi pantai.
C Bangunan itu tinggi amat sekali. Pak Hassan terdiam di rumah itu D Dia berasal dari Sabah.
28 A Ibu menggosoki baju kami. B Nyata pelita itu oleh nenek. C Sampai-sampai pada perhentian
bas, dia terus menelefon kakaknya.
D Dia berasal dari Sabah.
29 I Tiga orang murid telah dirotan kerana tidak mematuhi peraturan sekolah.
II Azri merupakan satu-satunya anak Encik Iskandar. III Berapa segugus harga betik ini? IV Harga jam tangan ini setengah ringgit enam puluh.
A I dan II C III dan IVB II dan III D I dan IV
30 I Aiman sebasikal ke sekolah. II Adik menangis kerana anak
patungnya hilang. III Cuaca hari ini sangat sejuk. IV Pak Daud menjual pisang goreng di pasar tani.
A I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV
SOALAN TAMAT
SILA SEMAK JAWAPAN
ANDA SELEPAS INI
1 B 2 D 3 C 4 B
5 C 6 A 7 D 8 C
9 C 10 A 11 C 12 B
13 B 14 C 15 C 16 D
17 A 18 B 19 D 20 C
21 A 22 A 23 D 24 C
25 D 26 A 27 A 28 D
29 A 30 D
ANDA SUDAH SELESAI
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA
TERUSKAN USAHA