latihan bm.3

50
MASA 50 MINIT SEDIA UNTUK MENJAWAB SEKARANG BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 011

Upload: hishamuddin-ahmad

Post on 10-Jul-2015

967 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan bm.3

MASA 50 MINIT

SEDIA UNTUK MENJAWAB SEKARANG

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1011

Page 2: Latihan bm.3

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Emak mengelar ikan-ikan kembung itu sebelum

________ garam dan kunyit.

A dilumuri C diliputi

B disaluti D dihiasi

Page 3: Latihan bm.3

2 “________ akan mencemar duli sebagai

tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan

_________ nanti,” kata Puteri Najihah

Batrisya kepada wartawan.

A Baginda…aku C Tuanku…hamba

B Baginda…saya D Tuanku…patik

Page 4: Latihan bm.3

3 “________ betul teh ubat ini,” kata May

Fong kepada emaknya.

A Payau

B Masin

C Kelat

D Masam

Page 5: Latihan bm.3

1 Sudah lama Puan Zaleha ________ oleh budi

pekerti anak perempuan jirannya itu.

A tertarik C menarik

B penarik D bertarik-tarik

Page 6: Latihan bm.3

5 Di ________ rumah nenek terdapat pokok

rambutan dan pokok durian.

A belakang C luar

B bawah D tepi

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Page 7: Latihan bm.3

6. Adik menemukan ________ mutiara

di celah-celah rumput ketika bermain

di padang permainan.

A sebuah C seutas

B sebutir D seketul

Page 8: Latihan bm.3

• Sejak bapa meninggal dunia, Amiralah tempat

adik-adiknya bergantung. ________, ibunya

pula sakit-sakit.

A Namun begitu C Di samping itu

B Tambahan pula D Oleh Sebab itu

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Page 9: Latihan bm.3

8 Jari-jari tangannya menjadi ________

kerana cuaca di Tanah Tinggi Genting

itu terlalu sejuk.

A kejang C kaku

B kejur D beku

Page 10: Latihan bm.3

9 Intan ________ apabila Kak Zura

mengusiknya di hadapan para tetamu.

A terkial-kial C terketar-ketar

B tersipu-sipu D tersedu-sedu

Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Page 11: Latihan bm.3

1 “Kalau tak silap saya, dia sampai ke sini

________ jam 8.00 pagi hingga 8.30

pagi tadi,” kata Azmir kepada Baharum.

A daripada

B seperti

C antara

D pada

Page 12: Latihan bm.3

• Sungguh wangi bau ikan terubuk yang

dibakar oleh ibu untuk ________ tengah

hari.

A jamuan C masakan

B hidangan D ramuan

Page 13: Latihan bm.3

• Hampir ________ daripada pembinaan

bangunan dua puluh tingkat itu telah siap.

A setiap

B seluruh

C sepuluh

D separuh

Page 14: Latihan bm.3

Soalan 13 berdasarkan gambar 5 di bawah.

1 Pengemis itu meminta sedekah di ________ yang

berdekatan dengan pejabat kami.

A laluan berjalan kaki C laluan pejalan kaki

B laluan jalanan kaki D laluan jalan kaki

Page 15: Latihan bm.3

• “________beratur mengikut kelas

masing-masing,” kata Cikgu Mustazza

kepada murid-murid Tahun Enam itu.

A Sila C Usah

B Harap D Jemput

Soalan 14 berdasarkan Gambar 6

Page 16: Latihan bm.3

• Kumpulan pelancong asing itu terpesona

________ tarian kuda kepang yang

dipersembahkan oleh penari Kebudayaan

dan Kesenian Negeri Johor.

A dengan

B pada

C oleh

D daripada

Page 17: Latihan bm.3

16 “Pakaian yang saya peragakan tadi ialah

rekaan Tom Abang Saufi,” kata ________

terkenal itu.

A pramugari C seniwati

B peragawati D olahragawati

Soalan 16 berdasarkan Gambar 7

Page 18: Latihan bm.3

17 Encik Hamdan ialah ________ yang

menjayakan projek khidmat masyarakat

Dengan kerjasama mahasiswa Universiti

Malaya.

A ayam pemikat C tulang belakang

B orang bawahan D ayam tambatan

Page 19: Latihan bm.3

18 Bangkai kapal yang pecah sebagai akibat

dipukul ombak besar itu ditemukan oleh

penduduk kampung _____ di tepi pantai.

A terbengkalai C terlantar

B tersadai D tersangkut

Soalan 18 berdasarkan Gambar 8

Page 20: Latihan bm.3

19 “Wah, enak __________ kek coklat yang

kamu buat ini!” kata Suraya kepada Anis.

A paling C nian

B sungguh D benar

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 9

Page 21: Latihan bm.3

20 Kata seerti bagi perbuatan yang sedang

dilakukan oleh Anis ialah _________.

A menghiris C membelah

B memotong D mencencang

Page 22: Latihan bm.3

1 Di manakah kamu meletakkan buku latihan

Matematik saya tadi?

A Bukan saya yang mengambil buku latihan

Matematik kamu.

B Saya nampak Halim yang mengambil buku

latihan Matematik kamu tadi.

C Sudah saya letakkan buku latihan Matematik

di atas dalam meja kamu.

D Saya akan meletakkan buku latihan Matematik

itu di atas meja kamu

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

Page 23: Latihan bm.3

22 Mungkin budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam ini.

A Adakah budak-budak nakal yang merosakkan telefon awam

ini?

B Mengapakah budak-budak nakal merosakkan telefon awam ini?

C Siapakah agaknya yang merosakkan telefon awam ini?

D Apakah yang dirosakkan oleh budak-budak nakal itu?

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan

Page 24: Latihan bm.3

Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris

dengan betul.

23 A Yang datang tadi tidak kakak saya.

B Bukan baju yang berwarna biru ini yang

saya pilih tadi.

C Abang saya tidak doktor di klinik haiwan itu.

D Dia bukan tahu-menahu tentang hal ini.

Page 25: Latihan bm.3

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

24 I Kami amat menyenangi sikap Becky yang tangan ringan itu.

II Pertandingan tarik tali itu dimenangi oleh pasukan rumah biru.

III Kerja-kerja membaik pulih jentera itu dilakukan oleh jurutera yang

berpengalaman.

IV Jangan lupa membawa pecah duit sekiranya kamu menaiki bas.

A I dan II C II dan IV

B II dan III D III dan IV

Page 26: Latihan bm.3

25 I Terdapat batu karang yang cantik-cantik di dasar laut di

sekitar pulau ini.

II Rakyat Iraq menderita kerana dasar kuku besi yang

diamalkan oleh pemerintahnya.

III Dasar kain langsir yang dibelinya itu berwarna hijau

muda.

IV Dasar kasut sukan abang yang lama itu telah haus.

A I dan II C I, II, dan III saja

B III dan IV D II, III, dan IV saja

Page 27: Latihan bm.3

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

26 “Saya berasa seronok sekali bercuti di Pulau Perhentian,

Gina,” kata Lalita.

A Lalita memberitahu Gina bahawa dia seronok bercuti

di Pulau Perhentian.

B Gina memberitahu Lalita bahawa dia seronok bercuti

di Pulau Perhentian.

C Gina bertanya sama ada Lalita seronok bercuti

di Pulau Perhentian atau tidak.

D Lalita dan Gina menyatakan bahawa mereka seronok

bercuti di Pulau Perhentian.

Page 28: Latihan bm.3

27 Kami membawa kanak-kanak yang kehilangan

ibunya itu ke kaunter pertanyaan.

A Ibu yang kehilangan itu kami bawakan anaknya

ke kaunter pertanyaan.

B Kaunter pertanyaan kanak-kanak yang hilang

itu kami hantar kepada ibunya.

C Kanak-kanak yang kehilangan ibunya itu kami

bawa ke kaunter pertanyaan.

D Kanak-kanak yang kehilangan itu dibawa oleh

ibunya ke kaunter pertanyaan.

Page 29: Latihan bm.3

Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat yang betul.

•A Pasukan Pengakap akan membangunkan

khemah di kawasan yang lapang ini.

B Kereta Pak Seman tidak dapat bergerak kerana

putusan minyak.

C Zakiah memasuki alat-alat mainan adiknya itu

ke dalam bakul.

D Hidup Mak Minah senang-lenang sejak anak

sulungnya memperoleh pekerjaan.

Page 30: Latihan bm.3

1 A Wah, rajinnya kamu bersenam!

B Aduh, kamu banyak berpeluh!

C Cis, habis lencun baju kamu!

D Nah, kamu nampak bertenaga!

Soalan 29 berdasarkan Gambar 11

Untuk menjaga kesihatan.

Page 31: Latihan bm.3

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul.

30 I Kamu yang mesti meminta maaf pada Hezry.

II Sampah sarap itu dibakar oleh mereka.

III Kamala sedang menggulung kertas

pembalut hadiah itu.

IV Surinder tidak boleh berjalan oleh kerana

kakinya lumpuh.

A I dan IV C I, II, dan III

B II dan III D II, III, dan IV

Page 32: Latihan bm.3

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab

soalan-soalan yang berikutnya,

Page 33: Latihan bm.3

4824, Kg. Lumadan, P/S 394, 91000, Beaufort, Sabah. 12 Mac 2011.

Menemui sahabatku saudara Syafiq yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Surat saudara yang bertarikh 5 Mac 2011 yang lalu berserta sehelai kemeja-T telah selamat saya terima. Terima kasih

saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak seolah-olah asli. Kawan-kawan saya terpegun

menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya memakainya.

Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang lepas. Saya telah mengikut

kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, saya

berasa gerun untuk mendaki gunung itu, tetapi ibu bapa saya memberi kata-kata semangat kepada saya.

Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran.

Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. Kami

hanya sampai ke hotel pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.

Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami memulakan pendakian. Kami

terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam dengan bantuan tali. Saya berasa sungguh

penat. Tekanan udara pula rendah. Kami dinasihatkan supaya bernafas menggunakan hidung agar dapat mengurangkan

keletihan. Saya kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan puncak Gunung Kinabalu. Kami sampai ke

puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika untuk menikmati pemandangan yang sukar saya

lupakan, iaitu melihat matahari terbit.

Sampai di sini dulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan datang, saya akan

ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu. Sehingga kita berjumpa lagi. Sambutlah

salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga. Sahabatmu,

Rosmadi Raffendy

Page 34: Latihan bm.3

31 Rosmadi mengucapkan terima kasih kepada

sahabatnya kerana....

A menghantar surat kepadanya.

B membawanya melawat negeri Melaka.

C menghadiahkannya sehelai kemeja-T.

D menceritakan keindahan Kota A’Famosa.

Page 35: Latihan bm.3

1 Apakah yang dimaksudkan dengan kata

terpegun dalam petikan?

A bangga

B hairan

C pelik

D kagum

Page 36: Latihan bm.3

33 Yang manakah antara yang berikut

bukan isi kandungan surat Rosmadi?

A lukisan Kota A Famosa pada kemeja-T amat

menarik.

B kegiatan yang dilakukannya pada cuti sekolah

yang lalu.

C pengalaman menuruni puncak Gunung

Kinabalu.

D keindahan matahari terbit di puncak Gunung

kinabalu.

Page 37: Latihan bm.3

1 Yang berikut ialah pengalaman Rosmadi ketika

mendaki Gunung Kinabalu, kecuali…

A keadaan cuacanya buruk dan sejuk.

B terdapat bahagian gunung yang licin serta

curam.

C tekanan udara di puncak Gunung Kinabalu

tinggi.

D dia terpaksa bernafas dengan menggunakan

hidung.

Page 38: Latihan bm.3

1 Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Rosmadi mengikut ibu bapanya mendaki gunung yang

tertinggi di Asia Tenggara.

B Rosmadi terpaksa menempuh tujuh pondok rehat

sebelum sampai ke hotel penginapan.

C Rosmadi sampai ke hotel penginapan pada pukul 2.30

petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.

D Rosmadi memulakan pendakian ke puncak Gunung

Kinabalu pada pukul 2.00 petang.

Page 39: Latihan bm.3

4824, Kg. Lumadan, P/S 394, 91000,

Beaufort, Sabah. 12 April 2010.

Menemui sahabatku saudara Syafiq yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara,

Surat saudara yang bertarikh 4 April 2007 yang lalu berserta sehelai kemeja-T telah selamat saya terima. Terima kasih

saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak seolah-olah asli. Kawan-kawan saya terpegun

menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya memakainya.

Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang lepas. Saya telah mengikut

kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, saya

berasa gerun untuk mendaki gunung itu, tetapi ibu bapa saya memberi kata-kata semangat kepada saya.

Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran.

Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. Kami

hanya sampai ke hotel pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.

Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami memulakan pendakian. Kami

terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam dengan bantuan tali. Saya berasa sungguh penat.

Tekanan udara pula rendah. Kami dinasihatkan supaya bernafas menggunakan hidung agar dapat mengurangkan

keletihan. Saya kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan puncak Gunung Kinabalu. Kami sampai ke

puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika untuk menikmati pemandangan yang sukar saya lupakan,

iaitu melihat matahari terbit.

Sampai di sini dulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan datang, saya akan

ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu. Sehingga kita berjumpa lagi. Sambutlah

salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga. Sahabatmu,

Rosmadi Raffendy

Page 40: Latihan bm.3

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Page 41: Latihan bm.3

Pernahkah adik-adik melihat gerhana matahari? Tahukah adik-adik bagaimanakah gerhana matahari terjadi? Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi bumi. Kedudukan bulan serta bumi pula berubah-ubah dalam orbitnya. Fenomena gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari. Keadaan ini menyebabkan sebahagian cahaya matahari ke permukaan bumi terhalang oleh bulan. Sepanjang tempoh berlakunya gerhana matahari ini, bulan akan membentuk dua bayang-bayang terhadapbumi, iaitu bayang umbra dan bayang penumbra. Bayang umbra yang penuh dan gelap hanya akan mencapai sebahagian kecil ke permukaan bumi, manakala bayang penumbra separa dan malap. Namun, masih ada sedikit cahaya akan sampai ke bumi lebih besar berbanding dengan umbra. Hal yangdemikian ini menyebabkan langit akan menjadi gelap secara perlahan-lahan. Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku dalam dua keadaan, iaitu gerhana penuh dan gerhana separa. Gerhana penuh terjadi ketika bulan melindungi seluruh matahari. Gerhana separa pula terjadi ketika bulan hanya menutupi sebahagian matahari. Gerhana matahari penuh jarang-jarang berlaku. Kemungkinan adik-adik dapat menyaksikan gerhana ini sekali dalam seumur hidup. Sekiranya adik-adik ingin melihat gerhana matahari, jangan sekali-kali melihat dengan mata yang terdedah. Lihatlah dengan menggunakan medium-medium lain seperti cermin mata hitam, teleskop, televisyen, dan sebagainya. Hal ini demikian keranasinaran cahaya matahari dapat merosakkan retina mata yang akhirnya mata akanmenjadi buta.

Page 42: Latihan bm.3

36 Gerhana matahari berlaku…

A disebabkan oleh gerakan bulan

mengelilingi bumi.

B apabila kedudukan bumi berubah-ubah

dalam orbitnya.

C ketika bulan berada dekat dengan

matahari pada waktu siang.

D apabila cahaya matahari ke permukaan

bumi terhalang oleh bulan.

Page 43: Latihan bm.3

37 Bagaimanakah gerhana penuh terjadi?

A ketika bayang umbra menutupi

sebahagian

kecil permukaan bumi.

B ketika langit menjadi gelap secara

perlahan-lahan.

C ketika bulan melindungi seluruh matahari.

D ketika bulan menutupi sebahagian

daripada matahari.

Page 44: Latihan bm.3

38 Frasa kata seumur hidup dalam petikan

bermaksud…

A hidup sekali.

B hidup sekali umur.

C sepanjang umur yang hidup.

D sepanjang hayat.

Page 45: Latihan bm.3

1 Perkara apakah yang ditegah ketika melihat

gerhana matahari?

A menonton melalui kaca televisyen

B memakai cermin mata hitam

C melihat dengan mata terdedah

D menggunakan teleskop

Page 46: Latihan bm.3

40 Penyataan yang berikut adalah benar tentang

petikan, kecuali…

A gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu

ketika bulan berada antara bumi dengan

matahari.

B bayang penumbra ialah bayang yang separa dan

malap.

C gerhana matahari penuh berlaku setiap lima

tahun sekali.

D langit akan menjadi gelap ketika berlaku gerhana

matahari.

Page 47: Latihan bm.3

Pernahkah adik-adik melihat gerhana matahari? Tahukah adik-adik bagaimanakah gerhan matahari terjadi? Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku disebabkan oleh gerakan bulan mengelilingi bumi. Kedudukan bulan serta bumi pula berubah-ubah dalam orbitnya. Fenomena gerhana matahari berlaku pada waktu siang, iaitu ketika bulan berada antara bumi dengan matahari. Keadaan ini menyebabkan sebahagian cahaya matahari ke permukaan bumi terhalang oleh bulan. Sepanjang tempoh berlakunya gerhana matahari ini, bulan akan membentuk dua bayang-bayang terhadapbumi, iaitu bayang umbra dan bayang penumbra. Bayang umbra yang penuh dan gelap hanya akan mencapai sebahagian kecil ke permukaan bumi, manakala bayang penumbra separa dan malap. Namun, masih ada sedikit cahaya akan sampai ke bumi lebih besar berbanding dengan umbra. Hal yangdemikian ini menyebabkan langit akan menjadi gelap secara perlahan-lahan. Buat pengetahuan adik-adik, gerhana matahari berlaku dalam dua keadaan, iaitu gerhana penuh dan gerhana separa. Gerhana penuh terjadi ketika bulan melindungiseluruh matahari. Gerhana separa pula terjadi ketika bulan hanya menutupi sebahagian matahari. Gerhana matahari penuh jarang-jarang berlaku. Kemungkinan adik-adik dapat menyaksikan gerhana ini sekali dalam seumur hidup. Sekiranya adik-adik ingin melihat gerhana matahari, jangan sekali-kali melihat dengan mata yang terdedah. Lihatlah dengan menggunakan medium-medium lain seperti cermin mata hitam, teleskop, televisyen, dan sebagainya. Hal ini demikian keranasinaran cahaya matahari dapat merosakkan retina mata yang akhirnya mata akanmenjadi buta.

Page 48: Latihan bm.3

Tahniah anda telah selesai menjawab

Sila semak jawapan anda selepas ini

Page 49: Latihan bm.3

1 - A2 - B3 - C4 - A5 - A6 - B7 - B8 - B9 - B 10 - C11 - B12 - D13 - C14 - A15 - A16 - B17 - C18 - B19 - B 20 - B

21 - C22 - C23 - B24 - B25 - A26 - A27 - C28 - D29 - A30 - B31 - C32 - D33 - C34 - C35 - D36 - D37 -C38 - C39 - C40 - C

Page 50: Latihan bm.3

SELESAI