bm nota dan latihan tahun 3

29
KATA TANYA APA - Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat 1.Apakah benda di dalam kotak itu? 2.Apakah warna jalur gemilang? 3.Apakah makanan kegemaran awak? MENGAPA -Untuk menanyakan sebab 1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah? 2.Mengapakah anak-anak itu didera? 3.Mengapakah Syafikah menangis? BILA -Digunakan untuk menanyakan masa 1.Bilakah projek tersebut akan siap? 2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir? 3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan? SIAPA -Untuk menanyakan manusia 1.Siapakah yang terlibat dalam konspirasi itu? 2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama? 3.Siapakah nama ibu kamu? BERAPA -Menanyakan masa atau bilangan

Upload: g-nathan-jd

Post on 07-Dec-2014

250 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

KATA TANYA

APA

- Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat

1.Apakah benda di dalam kotak itu?

2.Apakah warna jalur gemilang?

3.Apakah makanan kegemaran awak?

MENGAPA

-Untuk menanyakan sebab

1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah?

2.Mengapakah anak-anak itu didera?

3.Mengapakah Syafikah menangis?

BILA

-Digunakan untuk menanyakan masa

1.Bilakah projek tersebut akan siap?

2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir?

3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?

SIAPA

-Untuk menanyakan manusia

1.Siapakah yang terlibat dalam konspirasi itu?

2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?

3.Siapakah nama ibu kamu?

BERAPA

-Menanyakan masa atau bilangan

1.Pukul berapakah pengantin lelaki akan sampai?

Page 2: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

2.Berapakah jumlah pelajar di kelas Tahun Enam Bestari?

3.Berapakah harga sepasang kasut sukan itu?

BAGAIMANA

-Menanyakan keadaan atau cara

1.Bagaimanakah dia menjalani kehidupan tanpa tempat bergantung?

2.Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?

3.Bagaimana pelangi terjadi?

MANA

- Menanyakan tempat atau arah

1.Di manakah lombong bijih timah mula-mula dibuka di Tanah Melayu?

2.Di manakah rumah Ahmad?

3.Di manakah Jalan Abdul Rahman?

BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)

berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah mana

1.      ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?

2.      _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?

3.      _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?

4.      Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?

5.      Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?

6.      Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?

7.      ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?

Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah

Page 3: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

Latihan Kata Seru

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Indahnya pemandangan di bukit ini !

A. OhB. AduhC. HeiD. Wah

2._________! Sakitnya perut saya!A. AduhB. AduhaiC. OhD. Wah

3._________, petahnya pelajar itu berbahasa Inggeris!A. AmboiB. AduhC. CisD. Nah

4._________, cantiknya bunga ini!A. OhB. WahC. HaiD. Aduhai

5._________, siapkan kerja ini sekarang juga!A. OhB. CisC. NahD. Wah

6._________, begini caranya membuat kek lapis.A. WahB. OhC. AmboiD. Ceh

7._________, engkau telah berjaya!A. NahB. SyabasC. AmboiD. Wah

8._________, perempuan yang tidak tahu malu!A. OhB. WahC. CisD. Hoi

Page 4: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?A. AduhB. NahC. EhD. Aduhai

10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!A. NahB. CisC. EhD. Syabas

BM Tahun 3 : Latihan Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (16%)

kelabu kemas suam bersih mesra      berani indah sayang

1.      Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .

2.      Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.

3.      Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.

4.      Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .

5.      Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .

6.      Adik minum segelas air ________________ selepas makan.

7.      Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .

8.      Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.

Jawapan : 1. bersih, 2. berani, 3. indah, 4. kelabu, 5. kemas, 6. suam, 7. mesra, 8. sayang

BM Tahun 3 - Latihan Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)

kerana sementara sambil tetapi lalu agarsejak

1.      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.

2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.

Page 5: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.

4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.

5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.

6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.

7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.

Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 7. sejak

BM Tahun 3 : Latihan Kata Bilangan

Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)

1.      ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.

2.      Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.

3.      Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.

4.      ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.

5.      Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di perhentian bas ini.

6.      (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

7.      Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa ).

8.      Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.

Jawapan :  1. Semua, 2. separuh, 3. kedua, 4. Pelbagai, 5. berjam-jam, 6. Ribuan, 7. masing-masing, 8. satu

atihan Kata Adjektif - 1

             Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai :

                cerahdegil tangkas terketar-ketar   terkebil-kebil    

                berdentum     rending sukar  deras berseri

1.)    Adik berasa takut setiap kali guruh ____________________ and kilat sabung-menyabung.

Page 6: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

2.)    Budak itu sangat ______________________________, dia enggan mendegar teguran 

ibunya.

3.)    Anak-anak Makcik Sara akan bermain di padang bola apabila cuaca 

____________________.

4.)    Murid-murid suka berehat di bawah pepohon yang _____________________  di sekolah 

itu.

5.)    Mata guru _________________________________ apabila melihat muridnya memanjat 

tingkap di dalam kelas. 

6.)    Apabila dimarahi oleh guru penasihat, Johan _________________________________ .

7.)    Selepas hujan lebat, air di sungai itu mengalir ________________________ ke air terjun di 

hadapannya.

8.)    Muka Cikgu Jibson ________________________ apabila murid-muridnya mendapat 

markah yang baik di dalam kelas.

9.)    Chong Wei bermain badminton dengan _______________________ sekali, bukan senang 

untuk memenanginya.

10.)  Ramai murid berasa muram apabila melihat soalan peperiksaan yang _________________.

Latihan Kata Ganda - 1

Pilih kata ganda yang betul :

bantu-membantu kering-kontang orang-orang lintang-pukang

gelap-gelita anai-anai lauk-pauk huru-hara

rama-rama basah-kuyup

1.)                Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.

2.)                Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.

Page 7: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

3.)                Adik saya suka mengejar _____________________________  di taman bunga.

4.)                Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.

5.)                Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ .

6.)                Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk 

menakutkan burung-burung.

7.)                Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari 

New Zealand.

8.)                Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru 

tidak ada di dalam kelas. 

9.)                Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang 

garang.

10.)             Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat.  Apa dayanya, dia 

tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya _______________________ .

BM Tahun 3 : Latihan Simpulan Bahasa - 1

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut :

Ringan tulang  mata pencarian titik peluh

nasi telah menjadi bubur malang tidak berbau besar hati

1.       Aduhai, ___________________________________________________________, saya 

terpijak seekor ular lalu digigit olehnya. 

Page 8: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

2.       Emak Ali berasa _________________________________________ apabila melihat anaknya 

rajin belajar and berkelakuan baik.

3.       ________________________________________ nya sebagai seorang nelayan bukannya 

senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.

4.       Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil ______________________________ nya 

menjual sayur-sayuran.

5.       Saya sudah ditipu oleh penjahat itu.   Apa dayaku, _________________________________

______________.

6.      Pak Abu memang adalah seorang yang ___________________________________, pagi-

pagi lagi sudah pergi bekerja di lading getah untuk menyarai keluarganya.

BM Tahun 3 : Penjodoh Bilangan - 1

Tuliskan penjodoh bilangan untuk benda-benda di bawah : 

Helai  batang     angkatan baris bentuk biji buah bilahekor

naskhah orang pucuk      ulas           utas rangkap          patah kuntum

1.       se____________________________  rambut

2.       se ____________________________  risalah

3.       se_____________________________  pantun

4.       se_____________________________ perkataan

5.       se_____________________________ tokong

6.       se _____________________________ sungai

7.       se _____________________________ kedai

Page 9: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

8.       se_____________________________  polis

9.       se _____________________________ dawai

10.   se _____________________________  mata kail

Page 10: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

( A ) Kata Nama Am1.       Kata nama am digunakan untuk merujuk manusia, haiwan,

tumbuhan,benda dan tempat.2.       Contoh-contoh kata nama am mengikut kumpulan:

   

(B )Kata Nama Khas1.       Kata nama khas digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tumbuhan,benda dan tempat.2.       Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada awalan huruf dalam setiap perkataan.3.       Contoh-contoh kata nama khas mengikut kumpulan:

Kumpulan Contoh Kata NamaManusia kakak, abang, nenekHaiwan itik, tikus, ayam

Tumbuhan mawar, timun, kacangBenda kerusi, pensel, bukuTempat kantin, sekolah, padang

Page 11: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

PENJODOH BILANGAN

1.       Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang benda, orang, binatang dan tempat.

2.       Penjodoh bilangan didahulukan dengan kata bilangan dan diikuti dengan kata nama.

3.       Contoh penjodoh bilangan dan penggunaannya:

Kumpulan Contoh Penjodoh Bilanganmanusia orang, baris, gerombolan, angkatan, 

pasukan, kumpulan dan sebagainyahaiwan ekor, kandang, kawan, kelompok dan 

sebagainya.tumbuhan jambak, pohon, ikat, tongkol, cekak dan 

sebagainyabenda batang, bentuk, berkas, bidang, biji, 

bilah, ikat, ketul dan sebagainya

KATA ADJEKTIF

Kumpulan Contoh Kata NamaManusia Azura, Siew Mun, Inspektor ZainiHaiwan Sang Kancil, Si Tompok, 

Sang BuayaBenda Bata, Nokia, SamsungTempat Restoran Siti, Hentian Pudu Raya

Page 12: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

1.       Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, binatang, tempat dan sebagainya.

2.       Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.3.       Jenis-jenis kata adjektif seperti berikut:

Jenis Contoh Kata AdjektifSifat sihat            sakit          kuat,

cantik           kurusBentuk bulat              bujur

bengkok        segi tigaWaktu lewat         awal           pagi

petang       malamPerasaan benci         gembira

sayang       sedihJarak jauh          hampir

nyaris        sempitUkuran panjang     pendek

tinggi         luasWarna biru          merah

hijau         putihPancaindera wangi        hanyir

kasar          sejukCara pantas        cepat

lambat        lincah

KATA ARAH

1. Kata arah digunakan selepas kata sendi untuk menunjukkan arah sesuatu tempat. 2. Contoh-contoh kata arah adalah seperti berikut:

dalam

Page 14: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

sisiEmak berada di sisi adik yang demam.

sudutGambar pemandangan itu digantung di sudut ruang tamu.

  antaraRumah saya terletak di antara sekolah dengan masjid.

hadapanKassim duduk di hadapan saya.                                                                           

Page 15: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

tepiTong sampah itu terletak di tepi pagar rumah

tengahNenek itu berdiri di tengah jalan raya.

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat.a.    Menggabungkan kataContoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.

b.    Menggabungkan frasaContoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC.

c.    Menggabungkan klausaContoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain.

d.    Menghubungkan ayatContoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.

Kata Hubung

Fungsi Ayat Contoh

1.    dan Menunjukkan gabungan antara subjek, objek dan ayat.

Ali, Muthu dan Siva memancing ikan di sungai.

2.    atau Menunjukkan pilihan Kamu hendak minum teh atau kopi?

3.    kecuali Menunjukkan perbezaan tujuan atau perbuatan

Semua murid hadir ke sekolah kecuali Murni.

4.    tetapi Menunjukkan perbandingan makna tujuan yang berlawanan

Siti pendiam tetapi adiknya peramah.

5.    supaya Menyatakan tujuan Kita mesti rajin membaca buku supaya pandai.

Page 16: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

6.    jika Menunjukkan syarat Jika hari tidak hujan, kami akan pergi ke padang.

7.    kerana Menunjukkan sebab Munir tidak datang ke sekolah kerana demam.

8.    lalu Menunjukkan tindakan lanjutan

Adik masuk ke bilik lalu baring di atas katil.

9.    sambil Menunjukkan perbuatan yang dilakukan serentak

Bapa makan sambil menonton televisyen.

10. walaupun Menunjukkan suasana atau peristiwa yang bertentangan.

Walaupun cuaca panas terik, bapa saya masih berkebun.

Latihan Kata HubungIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

   

1.    Kamu hendak baju ini __________ baju itu? 

2.    __________ hari panas, Minah masih memakai baju sejuk.

3.    Siew Lee ___________Fiona hendak pergi ke Seremban.

4.    Chin Chin cantik ___________ malas.

5.    Kedai runcit itu dibuka setiap hari, ___________ hari Ahad.

6.    Adik menangis ___________ duit belanjanya telah hilang.

7.    Gunalah payung ketika hujan ___________  kamu tidak basah.

8.    Bapa masuk ke dalam rumah ___________ duduk di sofa.

9.    Abang membasuh kereta _____________ menyanyi.

10. Perlawanan itu akan dibatalkan _____________ hujan lebat.

Latihan Kata KerjaIsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

membaca    mengecat   melanggar   meminjammenyalak    merawat  memandu   menggoreng

1.    Doktor sedang __________ pesakit di atas sofa.

walaupun      lalu      atau     dan     kerana tetapi      jika    supaya      kecuali          sambil

Page 17: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

2.    Nini duduk di atas buaian itu sambil __________ buku cerita.3.    Puan Siti sedang __________ ikan di dapur.4.    Mereka bergotong-royong ___________ bangunan sekolah yang buruk itu.5.    Anjing itu ___________ apabila melihat orang yang tidak dikenali.6.    Muri-murid ____________ buku dari perpustakaan.7.    Kita tidak boleh ___________ peraturan-peraturan sekolah.8.    Ayah ____________ keretanya ke pejabat setiap hari kecuali hari Ahad.

Kata Perintah

Kata perintah digunakan untuk meminta, mempersila, melarang dan mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu.

Kata Perintah Penggunaannya/ Tujuan Ayat Contoh1.    jangan / usah Untuk melarang seseorang

melakukan sesuatuJangan bermain di situ.Usah kamu hubungi aku lagi.

2.    sila / jemput

Untuk mempersilakan atau menjemput seseorang

Silalah masuk ke dalam.Jemputlah minum, puan.

3.    minta / tolong Untuk memohon permintaan atau pertolongan

Minta kamu beratur.Tolong tutup suis lampu itu.

Latihan Kata PerintahIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. ______________ (Jangan, Sila) bermain di tepi sungai yang deras.2. ______________ (Minta, Jemput)lah datang ke rumah saya.

3. ______________ (Tolong, Usah) sapukan lantai bilik darjah.

4. ______________ (Jangan, Sila)lah masuk ke dalam.

5. ______________ (Minta, Jangan) semua penonton bertenang.

6. ______________ (Tolong, Jemput) ambilkan saya segelas air suam

7. ______________ (Usah, Jangan) kamu cari dompet itu lagi.

8. ______________ (Sila, Jemput) buka kasut sebelum masuk ke dalam bilk komputer.

9. ______________ (Tolong, Usah) perlahankan radio itu kerana abang sedang mengulang kaji pelajaran.

10. ______________ (Usah, Jangan)lah pukul anak kucing itu.      

Page 18: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

Kata Nama

Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama benda, manusia, binatng, tempat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain secara umum.Contoh:

Manusia guru, askar, ibuBenda buku, van, kertasBinatang kucing, anjing, ikanTempat sekolah, kedai, padangTumbuh-tumbuhan rumput, pokok, bunga

Huruf awal kata nama am mestilah ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat.Contoh:1. Guru sedang mengajar di dalam bilik darjah.2. Saya ke sekolah dengan menaiki bas.3. Haiwan kesayangan saya ialah seekor anjing.4. Kami bermain bola sepak di padang.5. Pokok mangga itu sedang berbuah lebat.

Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, judul, bangunan dan lai-lain secara khas.Contoh:

Manusia Cikgu Aishah, Doktor Salim, Puan TanBenda Proton Waja, Parker, CitizenBinatang Si Hitam, Pak Belang, Sang RangkakTempat Putrajaya, Melaka, MalaysiaJudul Berita Harian, Dewan Pelajar, Kamus DewanBangunan SJK(C) Jabi, Hospital Segamat, Pasar Raya Nirwana

Huruf awal kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar.

Contoh:1.    Cikgu Aishah sedang mengajar di dalam bilik darjah.2.    Bapa saya membeli sebuah kereta Proton Waja.3.    Nama anjing peliharaan saya ialah Si Hitam.4.    Mereka tinggal di Putrajaya.5.    Setiap pagi, bapa membaca surat khabar Berita Harian.

Page 19: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

6.    Nenek saya dirawat di Hospital Segamat.

Latihan Kata Nama

Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang berikut.

Kata Nama Am Kata Nama Khas1.    Bangunan KLCC sungguh

cantik.2.    Rambut Ai Lin panjang

mengurai.3.    Surat itu daripada Pak Ali.4.    Murad sedang membaca

buku cerita.5.    Lada hitam banyak ditanam

di Sarawak.6.    Pelancong itu ke Pulau

Langkawi.7.    Pen saya berjenama Pilot.8.    Abang saya bekerja di Kuala

Lumpur.

Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.Sekiranya kata tanya berada di awal ayat, partikel –kah hendaklah disertakan.Tanda tanya (?) ditulis pada akhir ayat tanya.

Kata Tanya Penggunaannya Ayat Contoh1.    apa Untuk menanyakan benda

atau haiwanApakah tajuk lagu itu?

2.    siapa Untuk menanyakan manusia Siapakah lelaki yang tinggi itu?

3.    bila Untuk menanyakan masa Bilakah kamu sampai?

4.    berapa Untuk menanyakan jumlah Berapakah harga baju ini?

Page 20: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

5.    bagaimana Untuk menanyakan cara atau keadaan

Bagaimanakah keadaan ibu kamu sekarang?

6.    mengapa Untuk menanyakan sebab Mengapakah kamu menangis?

7.    mana Untuk menanyakan tempat Di manakah kamu tinggal?

Latihan Kata TanyaPlih jawapan yang betul.

1.    __________ kah kamu hendak pergi ke Pulau Langkawi?A.   Mana                                                C. BilaB.   Siapa                                                D. Berapa 2.    __________ kah harga sehelai baju batik ini?A.   Mana                                                C. BilaB.   Siapa                                                D. Berapa 3.    __________ kah punca kemalangan itu?A.   Bila                                                    C. ManaB.   Apa                                                   D. Berapa 4.    Di __________ kah letaknya perpustakaan awam?A.   Apa                                                   C. MengapaB.   Siapa                                                D. mana 5.    __________ kah ibu kamu tidak datang ke rumah saya?A.   Mengapa                                          C. BilaB.   Bagaimana                                      D. Berapa 6.    __________ kah yang tertinggal buku ini di atas meja?A.   Mana                                                C. BagaimanaB.   Siapa                                                D. Berapa 7.    __________ kah kucing itu mengiau?A.   Apa                                                   C. SiapaB.   Mengapa                                          D. Mana 8.    __________ kah cara membuat kek coklat ini?A.   Apa                                                   C. BilaB.   Siapa                                                D. Bagaimana 

Latihan Kata SeruLengkapkan ayat dengan kata seru yang betul.

1.    ____________ (Oh, Wah), malang sungguh nasib anak yatim itu!

2.    ____________ (Syabas, Aduh), saktnya kepalaku!

3.    ____________ (Amboi, Hai), jangan makan di situ!

4.    ____________ (Aduhai, Syabas), kita telah berjaya!

Page 21: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

5.    ____________ (Wah, Hai), tingginya bangunan itu!

6.    ____________ (Syabas, Aduhai), sedihnya rasa hati ini!

7.    ____________ (Eh, Hai), dulu kawasan ini sangat kotor!

8.    ____________ (Aduh, Amboi), merahnya pipi kamu!

Tanda Baca

Tanda baca digunakan untuk melengkapkan ayat. Tanda baca dalam ayat memberi isyarat kepada pembaca untuk membaca mengikut intonasi yang sesuai.

Tanda Baca Penggunaannya Ayat Contoh1.    Tanda koma

(,)     Mengasingkan kata yang

sama jenis dalam ayat     Selepas kata seru     Sebelum tanda pembuka

kata (“) atau penutup kata (”)

     Emak membeli sayur, ikan dan daging di pasar.

     Wah, tingginya bangunan itu!     “Murid-murid, sila beratur di

padang,” kata cikgu.

2.    Tanda noktah (.)

     Diletak di akhir ayat      Saya berumur 9 tahun.

3.    Tanda tanya (?)

     Diletak di akhir ayat tanya      Ke manakah kamu pergi semalam?

4.    Tanda seru (!)      Diletak di akhir ayat seruan      Aduh, sakitnya perut saya!5.    Tanda petik

(“…”)     Diletak pada awal dan akhir

ayat cakap ajuk     “Saya suka makan aiskrim,”

kata Jenny.6.    Huruf besar

(A…Z)      Diguna pada huruf awal

perkataan pertama dalam setiap ayat.

     Diguna pada huruf awal kata nama khas

     Pak cik saya seorang polis.

     Rashid tinggal di Taman Selayang.

Latihan Tanda Baca Salin ayat semula dengan meletakkan tanda baca yang betul.

1.    samy lebih tinggi daripada ahmad     ________________________________________________________

2.    aduhai malang sungguh nasib zainal________________________________________________________

3.    mengapakah cikgu fauziah tidak datang ke sekolah________________________________________________________

4.    ibu membeli sayur ikan gula dan buah-buahan di pasar________________________________________________________

5.    amboi cantiknya anak perempuan puan wong________________________________________________________

6.    dia belajar di sekolah jenis kebangsaan (cina) yuk hwa

Page 22: Bm Nota Dan Latihan Tahun 3

________________________________________________________

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.

Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat Contoh1.    Sifat / Keadaan rajin, bijak Budak yang rajin itu disukai oleh

semua orang.2.    Warna merah, hijau Apabila lampu isyarat berwarna

merah, kita mestilah memberhentikan kenderaan.

3.    Ukuran tinggi, berat Kumar ialah murid yang paling tinggi di dalam kelas itu.

4.    Bentuk bulat, buncit Bola itu berbentuk bulat.5.    Pancaindera enak, wangi Masakan ibu saya sungguh enak.6.    Waktu lewat, singkat Zaki lewat tiba di sekolah hari ini.7.    Cara deras, sering Air sungai itu mengalir dengan deras. 8.    Perasaan gembira,

maluIbu berasa gembira menyambut kepulangan abang dari luar negara.

9.    Jarak jauh, nyaris Lily tinggal jauh dari sekolah.

Latihan Kata AdjektifSuaikan kata adjektif dengan jenisnya yang betul.

1.    pandai      2.    kuning3.    rendah4.    segi empat5.    harum6.    lambat7.    selalu8.    sedih

a.    warna        b.    pancainderac.    sifatd.    perasaane.    caraf.     bentukg.    waktuh.    ukuran